Home Novel Cinta WATAK JAHAT BERGINCU UNGU
WATAK JAHAT BERGINCU UNGU
aumie insyirah
23/8/2021 15:49:00
603
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 4

SEBAIK sajamendengar pintu dibuka. Berlari Ainin menuju kemuka pintu. “Ija!!!!!!” dipelukkawan baiknya itu sambil melompat-lompat. Ija yang masih tergamam turut samamelompat.

            “Eh kejup!” Ija menolak perlahantubuh kawan baiknya itu. Disentuh dahi Ainin. Tak panas pun.

            Ainin buat muka. “Kau ingat akudemam?”

            Ija mengangguk. “Selama kita serumahhampir tiga tahun ni, belum pernah kau sambut aku sampai peluk lompat-lompatmacam ni. Selalunya kau akan sambut plasticBig Apple yang aku bawak ni je. Kauakan biarkan aku tersadai je depan pintu ni tarik beg je. Kau okey ke?” Ija menunjukkan plastic Big Apple yang dalamnya ada 12ketul donut. Dah rasa macam tabiat pulak, kalau tinggalkan minah ni lama-lamamesti aku pujuk dengan donut ni. Kekonon nak pujuk lah. Tapi hari ni pelikpulak.

            Ainin mengeluh. “Kau sukadefinisikan aku pada sesuatu yang negatif kan? Kau ingat manusia tak bolehberubah?”

            Ija tersenyum dan terus menadahtangan berdoa. “Ya Allah! Terima kasih diatas keajaiban ni. Moga dia tak degildan suka berbalas dendam lagi. Alhamdulillah.” Gembira sungguh hati IJa.

            Ainin menggaru-garu dahinya sambilbuat muka menyampah. Kau kalau nak perli aku memang macam ni ye Ija? “Kau kalauberdrama memang nombor satu!”

            “Eh, aku bukan drama. Aku bersyukursangat kalau kau dah berubah.”  Luah Ijaikhlas.

            Ainin terus mencapai beg plastic Big Apple yang tersangkut ditepi beg Ija, kemudian dia menujukearah sofa. Aku baru nak luahkan perasaan gembira aku ni.

            Ija ketawa. Merajuk lah tu. Ditarikbegnya ketepi dan mengunci pintu, terus dia menuju ke arah kawannya itu.  Ija melabuhkan duduknya disebelah Ainin. “Okey, berita gembira apa yang kau nak share dengan aku?”

            Ainin berhenti dari mengunyah donut.Ditoleh Ija disebelah dengan pandangan tak percaya. Laju dipeluk Ija. “Kaumemang kawan baik aku. Tahu je apa yang aku nak sampaikan. Ni buat aku sayangkau ni.” Ujar Ainin dengan perasaan teruja.

            Ija hanya tersenyum dilepaskanpelukkan itu dan dicapai tangan Ainin. Digenggam tangan Ainin. Segala suka dukagadis ni semuanya diceritakan pada aku, tak ada satu pun menjadi rahsia. Akufaham sangat dengan gadis ni, walaupun nampak dia macam seorang wanita kuat.Namun disudut hati gadis bernama Qurratun Ainin ni macam-macam yang dia simpan.Wanita ni tak kuat sebenarnya. Nin, sesukar mana pun yang kau lalui… Aku selaluada untuk kau.

            “Ceritalah cepat!”

            “Amboi marah.” Ainin ketawa.

            Ainin masih tersenyum. “Ija, aku dahjumpa dengan keluarga Hatim hitam ketiak busuk! Aku dah jumpa!” Ujarnya dengannada sungguh teruja.

            Ija ketawa! Ainin ni kalau bagi namagelaran, main hentam je sebut.  “Apa kaucakap Hatim macam tu? Macam lah kau pernah cium ketiak dia.” Ija ketawa lagi.

            Ainin mencebik jelik. “Biarlah, dahaku tak suka. Memang kenalah dapat titlemacam tu. Biar padan muka dia. kalau empat puluh empat kali aku sebut, doa lahtu. Biar betul-betul ketiak dia busuk! Sebusuk hati dia!” Marah benar nadasuara itu.

            “Macam-macamlah kau ni. Okey kenapa dengan dia?” Ija menyoallagi.

            “Aku dah jumpa keluarga dia. kau takexcited ke? Kau tak rasa apa yang akurasa?” Soal Ainin dengan nada pelik. Macam tak excited je si Ija ni.

            Ija menggeleng. “Tak, aku tak rasaapa-apa. Kau nak buat apa sebernarnya ni? Kau jangan macam-macam Nin.”

            Ainin mengeluh. Tiba-tiba diatersenyum penuh menjiwai watak jahat. “Aku tak buat macam-macam cuma aku nakbuat ‘satu’ macam je.”

            Ija mengeluh. “Kau ni, tak habisdengan idea jahat kau. Kali ni kau nak buat apa pulak?”

            “Kali ni aku nak buat jahat yang takpernah aku buat lagi! Kau tahu tak Si Hatim tu ada adik? Kau boleh baca tak apayang aku nak buat?” Ainin ketawa sinis.

            “Jangan kau cakap nak kahwin dengandia…” Ija menduga.

            Ainin menepuk kuat peha Ija.“Choiiii!! Mulut kau memang main sembur je kan? Astagfirullah Al-Azim. Mintak jauh!”

            Ija ketawa. “Kalau tak betuljanganlah kalut sangat macam tu. Okey, kau nak buat apa sekarang?”

            Ainin tersenyum jahat penuh maknasambil memandang kipas syiling. “Aku nak balas dendam kat adik dia. Biar akubalas dengan cara aku.”

            “Eh, kau nak jadi jahat ke?” SoalIja dengan nada suspen.

            “Yes!”Jawab Ainin yakin!

            “Weh berdosa lah.”

            Ainin menepuk dahi. Ija ni kalau akucampak depan pintu kang baru kau tau. Ainin memandang wajah kawannya itu yangjelas risau. “Tak adalah sampai nak membunuh. Kau ni pun, ingat aku ni jahatsangat ke?”

            Ija mengurut dada. “Nasib baik.Habis tu kau nak buat apa?”

            Ainin bersila betul-betul dihadapanIja. Segala ideanya semua diluahkan pada Ija. Ija dengar dengan penuh teliti.Sesekali Ija mengurut dada, terkejut dengan teknik penyampaian Ainin yangsangat menjiwai watak!

            “Tapi minggu lepas, kau dah bolehjumpa keluarga Hatim kan? Kenapa tak jumpa masa tu? Dengar penjelasan mereka?Lepas tu kau marahlah mereka kaw-kaw.Kerja kau dah senang dah Nin oi. Dah kenapa nak susahkan diri macam ni?” Ijamula terfikir sesuatu.

            Berkerut dahi Ainin dengan soalanIja itu. “Aku nak simpan identityaku. Aku tak nak dorang kenal aku. Aku nak planaku ni menjadi dengan sangat lancar dan tiptop. Lagi satu, idea kau tu senangsangat. Tak jadi ceritalah kalau semuanya sesenang macam tu. Nak buat satu babnovel pun tak lepas. Apa benda entah idea kau tu. Buat aku lapar je. Banyakbetul nak fikir.” Bebel Ainin sambil berlalu ke dapur. Mulutnya tak henti-hentibercakap.

            Ija menggaru-garu kepalanya.Sekarang ni Ainin tu nak buat cerita apa? Cerita pembunuhan atau cerita cinta?Weh! Peninglah! Ija mengeluh dan terus berlalu ke bilik.

 

 

 

AININ menyikatrambutnya yang separas bahu itu. Dijuntaikan sedikit rambut pendek dibahagianhadapan. Diperhati dalam-dalam wajahnya pada cermin. Ish!  Macam tak jahat je. Macam mana aku nak buatmuka aku ni macam jahat? Aku kena makeover muka aku ni. Kalau boleh jadi cantik macam watak J.Lo dalam cerita Magnificenttu. Alang-alang nak ubah, biarlah lagi lawa dari sekarang. Betul tak?Kah...kah...kah... Selepas bersiap seringkas yang mungkin. Terus saja Aininberlari mendapatkan kereta.

            “Hoi! Makan dulu!” Tegur Ija sebaiksaja melihat Ainin berlari melintasi meja makan menuju ke keretanya. Lajubetul! Macam kena kejar dengan anjing je gayanya. Lintang pukang.

            “Tak sempat dah. Aku nak pergi belibarang. Nanti aku makan.” Laung Ainin dari luar. Disarung seliparnya denganterburu-buru. Aku perlu cepat, sebelum idea dalam kepala otak aku ni hilangdibawa angin lalu. Cewah!

            Ija mengeluh. Aku tak tahulah, bilamasa agaknya dia guna kaki dia tu untuk berjalan. Asyik nak berlari je kerjadia! Suka hati kau lah Ainin. Penat aku asyik membebel pasal kau. Baik aku makan.Ija mencapai pinggan dan terus menyenduk nasi goreng.

            Ainin berdiri dihadapan kedaiSephora. Belum pernah seumur hidup aku menjejakkan kaki ke dalam kedai ni. Dansejak lahir lagi aku tak ada sekelumit niat pun perasaan teringin nakmenjejakkan kaki kedalam kedai yang sangat digilai oleh para wanita ini!  Bagi aku, jika diberi pilihan nak masuk siniatau ke KFC? Aku tanpa berfikir panjang akan pilih KFC!

            Tapi demi seketul barang yang memangselama ni aku tak pernah pakai, aku gagahkan juga! Moga adalah jual kat dalamkedai ni. Tak sampai tiga minit, aku keluar semula. Aku geleng-geleng kepala,pening! Banyak sangat. Aku bukan seorang yang suka make-up. So! Aku tak nak membazir duit aku, semata-mata nak beliseketul benda alah tu!  Dan akhirnya akubuat keputusan nak ke kedai lain!

            Sedang ralit melintasi dari satukedai ke satu kedai, aku melihat sesuatu! Dengan pantas aku menyorok dibelakangpasu besar itu. Mataku tajam memandang sepasang pasangan yang sedang bersembangdisebuah restoran yang berhampiran dengan tempat aku menyorok.

            “Itu bukan Encik Harraz ke? Siapaperempuan tu ye? Kena check ni!”Perlahan dan bersahaja aku menyelinap masuk kedalam restoran tersebut tanpadisedari oleh dua orang manusia tersebut.

            Aku melabuhkan duduk betul-betul berhampirandengan meja Encik Harraz. Buku menu aku ambil dan buat-buat macam nak tengok.Padahal, aku guna buku menu itu untuk menutup muka.  Tiba-tiba datang seorang pelayan wanita.

            Belum sempat wanita itu berkataapa-apa, aku terus bersuara pelahan. “Teh Ais satu.”

            Terpinga-pinga pelayan tersebut.“Maaf Cik, ni ini Kenny Rogers’s cik.Tak ada teh ais.” Berhati-hati pelayan tersebut menutur kata. Risaukata-katanya meninggung perasaan pelanggannya.

            TerbeIijak biji mata Ainin! Lajusaja dia memandang nama pada buku menu tersebut. Tiba-tiba terasa tebalmukanya. Ya Allah malunya! Aku tersengeh! “Sorry, Triple Passion satu.”

            Pelayan wanita yang bernama Mira itutersenyum “Itu saja?”

            Aku masih tersengeh. “A’ah. Tusaja.”  Setelah pelayan wanita itu beredaraku menepuk dahi. Malunya!!!! Ingat kedai mamak ke?

            Aku kembali memandang meja keduadari belah kiri aku. Lelaki itu masih disitu. Wajah lelaki itu sangat serius!Manakala wanita dihadapannya pula dari tadi tersenyum manis. Siapa ye perempuanni? Adik dia ke? Muka tak sama pun! Hah! Bini dia?  Ish! Mustahil. Mungkin awek dia! Yes! Pandainya aku! Tapi kenapa perutperempuan tu macam mengandung je? Ah, lantaklah. Awek dia kut. Perempuan tubuncit sebab gemuk. Haaa, pepandai aku je kan?

            Awek ye? Aku tersenyum penuhkejahatan! Welcome to critical zone EncikHarraz and your Aweks. Dalam otak aku dah bergumpal-gumpal idea dah ni.Tiba-tiba talifon bimbit aku berbunyi. Cepat-cepat aku menjawabnya.

            “Nin belikan aku santan. Nak duabungkus tau. Hah, satu lagi kelapa parut. Jangan lupa tau.” Tak berAssalamualaikum langsung minah ni. Terus je order.

            Ainin melihat talifonnya dengan dahiberkerut bila mendengar pesanan Ija itu. Gila ke apa nak cari kelapa parutdalam shopping mall ni? Adoi, macam-macam budak ni. Ainin kembali mendekatkantalifonnya ke telinga. “Yelah nanti aku belikan. Tapi lambat sikit, sebab akuada benda nak beli ni.  Kau nak buat apasantan banyak-banyak? Nak meniaga nasi lemak ke?” Soalku hairan.

            Ija ketawa. “Aku nak buat kuih lahgila! Weh, jangan lambat sangat.”

            “Ya...Ya... Weh, aku busy gila ni. Nanti kalau ada apa-apaaku call kau.” Kalau betul si Ija ni.Masa-masa genting macam ni lah nak callbagai. Masa aku bosan tak ada buat apa-apa satu orang pun tak nak call aku. Puiii!

            “Apa yang kau busy kan sangat tu? Weh jangan buat benda gila!” Belum sempat Ijamembebel, laju saja aku mematikan talian. Minah ni kalau dapat bercakap. Macamdah tak ada hari esok. Membebel je kerja dia. Aku tak boleh nak bayangkan anakdia nanti mau pekak telinga dengar dia membebel macam mak nenek!

            Aku mencuri pandang kearah mejalelaki tadi. Dah kosong?! Alamak mana pulak perginya ni? Melilau matakumemandang sekeliling. Ish! Ini semua Ija punya pasal! Dengan pantas aku mahuberdiri. Namun, pelayan tadi tiba-tiba sampai dengan membawa air. Aduh, macammana ni ye?

            “Nah 20 ringgit. Baki awak ambik.Saya belanja awak air ni. Minumlah. Saya halalkan. Saya ada misi yang sangatmencabar ni. Terima kasih. Bye!” Ainin meletakkan not 20 ringgit diatas mejadan terus berlalu keluar dengan sangat laju. Sampaikan budak ituterpinga-pinga! Ah, lantak kau lah! Aku nak cepat ni.

            Keluar saja dari restoran itu, Aininmelilau memandang sekeliling mencari kelibat Harraz dan perempuan tadi. Masihsempat untuk aku cari. Dorang tak akan pergi jauh. Cepat Ainin!! Go!

            Namun langkahnya terhenti bila adaseseorang menarik tangannya. Ainin mengentap bibir! Siapa lagi yang kacauni!!!! Arghhhhh! Stress aku! Aininmenoleh, dan matanya memandang kebawah. Seorang anak kecil berumur 7 tahun menarik-nariktangannya sambil mencebik mahu menangis.

            Ainin meratanya mukanya dan matanyadijulingkan keatas. Masa-masa macam nil ah ada orang hilang anak! Ya tuhan!Mahu tidak mahu Ainin mencangkung menghadap kanak-kanak itu. “Ibu adik mana?”

            Budak itu hanya menggeleng-gelengdan menangis lagi. Ainin menepuk dahi. Dibawa budak itu ke kaunter pertanyaanuntuk memaklumkan kehilangan ibubapa budak tersebut. Sementara wanita dikaunter pertanyaan itu melakukan kerjanya, Ainin terfikir sesuatu. Patut ke akuannounce kehilangan Harraz dalam mall ni? Ish! Gila ke apa? Aininmenggeleng-geleng sendiri dengan idea bodohnya itu. Ingat kehilangan suami ke apa?Puii!



P/S: macam biasa untuk update silalah bersiar-siar di page FB saya: CIK Penulis Aumie Insyirah :)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.