Home Novel Cinta WATAK JAHAT BERGINCU UNGU
WATAK JAHAT BERGINCU UNGU
aumie insyirah
23/8/2021 15:49:00
9,220
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 1

SUDAH hampir duabulan peristiwa memalukan itu berlalu. Dan Along masih begitu. Pendiam dan sukamenyendiri.  Aku memicit-micit kepala.Ish! Aku tak tahu macam mana nak mula. Ish kusut betul kepala otak aku sekarang!!!!Dah macam tali kasut! Berbelit!

            Gadis itu tiba-tiba saja berlarimenuju kedapur. Sekali pandang dah macam Batman! Berdezup bunyinya… Manakala gadisyang berada di ruang tamu itu pula hanya terkebil-kebil sambil terngangamelihat aksi pantas ‘Batman’ itu berlalu dihadapannya. Hampir saja biskut yangdicicah didalam cawan air kopi tersebut tertenyeh kehidung mancungnya. Sesekalidia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Terdetik bermacam-macam jenissoalan dibenaknya. Soalan pertama, dah kenapa gadis ‘Batman’ tadi berlari kedapur?? Apakah yang dicari?

            Ija bangun dari kerusi. Cubamengintai kawannya yang ada didapur tersebut. “Hoi! Hang dah kenapa?” Laju saja tangannya menarik kawannya yang sedangbuat aksi merbahaya. Memasukkan kepala kedalam peti ais bahagian atas sekali.Uishhh... Cubaan bunuh diri ke apa? Tak beku kepala, boleh beku otak kut!

            Wajah yang dah macam ayam berakkapur itu mula kelihatan di ruang dapur. Bibir itu mencebik seolah-olah mahumenangis tapi bukan nangis pun, dia ni spesis yang susah nak menangis! Hatibatu minah ni!  Ini lah Qurratun Aininanak Pak Aziz. Dia ni kalau ada masalah macam ni lah. Lebih suka berbincangdengan peti sejuk dari kawan sendiri. Aku pun tak faham!

            “Hangdah pasaipa? Gila? Buatnya peti ais tu tak terima Hang, beku otak Hangdalam tu.” Ija dah membebel.

            Ainin mengerutkan dahinya. Sejakbila pulak peti ais ni tak terima aku? Aku yang beli peti ais ni. Amboii takhormat tuan betul peti ais ni! “Ija…. Aku tengah serabut ni.” Ainin sudahmenghembuskan hingusnya dengan rakus menggunakan kain yang tergantung disebelahpeti sejuk. Tetiba pulak hingusnya itu mahu keluar. Dan dengan setulus hatinyadia menghembuskan cecair hidung itu keluar.

            Err... Ija yang menyaksikan kejadiantersebut mula berjanji pada dirinya sendiri akan membuang kain tersebut sebaiksaja ia dicemari oleh molekul yang tak sepatutnya itu. “Nin! Hang ni kotoq la. Tu kain aku lap tangantau. Sampai hati Hang perlakukan kaintu sedemikian rupa?” Penuh riak drama wajah Ija. Ainin ni! Arghhh trauma sampaitua aku dengan adegan kau ni!

            Ainin terpinga-pinga. “Hang pun sama je macam orang lain! Lebihpentingkan kain ni dari perasaan aku. Aku tak nak kawan Hang dah.” Ainin mencampak kain tersebut diatas peti sejuk kemudianberlari ke ruang tamu.

            Ija mengjengkitkan kakinya mahumelihat kain tadi yang dicampak diatas peti sejuk. Eiii, esok aku buang hang! Bisiknya kepada kain itu didalamhati dengan penuh rasa tekad dan keazaman yang tinggi! Kemudian dia berlari keruang tamu. Tuuuudiaaaa... MuncungAinin dah macam tiang bendera. Panjang betul. Perlahan dia melabuhkan dudukdisebelah kawan baiknya itu. Elehh, Ainin ni nak merajuk dengan aku berapaminit sangat? Aku ni ibarat Mak Apak dia kat sini. Aku jugaklah kakak ‘sado’dia. Dan aku jugaklah yang selalu kemas rumah ni. Haaaihhh, macam manalah nakkahwin dia ni???

            “Okey, ayat first aku. Apa yang kau fikir sekarang?” Muka Ija dah habis seriusni. Ainin merenung Ija lama. Kemudian dia ketawa sambil menolak pipi Ija. Ah!Dah kenapa dia ni? Bisik hati Ija.

            “Jangan lah buat muka macam tu.Macam orang tahan sembelit. Adoi, kelakar!” Sampai tertunduk-tunduk Aininketawa.

            Ni aku malas ni. Asal aku buat mukaserius, tak pernah orang accept tumuka serius aku. Apa tak cukup serius ke muka aku ni? “Hang kalau tercekek baldi malam-malam buta ni jangan tanya pasaipa!” Ija mula bersuara.

            Ainin terdiam. Hilang ketawanya.Kawannya itu kalau cakap dia nak buat, dia memang buat. Walaupun kadang-kadang perkarayang dia nak buat tu tak berapa nak logik. Maisarah Faiza anak Pak Faisal ni bukanbetul. “Okey. Now, aku takut. Janganbuat muka macam tu.”

            Ija ketawa akhirnya. Tahu takutjugak dia ni dengan aku. Ha...ha...Ha... “Okey, cerita kat aku sekarang.” Ijasudah bersila menghadap Ainin. Bersedia mahu menjadi pendengar setia buat kawanbaiknya itu.

            “Aku tak ada idea nak cari keluargasi Hatim tu. Ish! Bengang betul aku. Kalau dia kat depan aku sekarang, dah lamadah dua benjol kat dahi dia.” Marah benar nampaknya Ainin ni.

            Ija mengeluh. “Kau nak buat apa caridorang? Jangan cakap kau nak balas dendam? Ish! Tak payah lah. Biar Allah Taalayang balas.” Ewah, aku kalau bab motivasikan orang memang power. Tapi kalaubenda tu jadi pada diri aku sendiri? Jangan kan balas dendam, memang bom makandia!

            “Memang, hari-hari aku doa AllahTaala balaskan. Tapi disamping itu, aku pun nak balas dendam jugak. Ini soalmaruah kau tahu tak? Belum pernah keluarga aku dimalukan macam ni. Tambah pulakbenda ni jadi kat kakak kesayangan aku. Memang tiada maaf lah! Sorry, sampai aku mati! Aku tak akanmaafkan!” Penuh bersemangat Ainin bersuara!

            “Ish, kau ni. Kau nak cari kat mana?Guna Waze? Guna google map? Melainkan kau kenal adik beradik si Hatim tu ke. Kaujumpa dengan mak ayah si Hatim pun tak pernah, inikan pulak nak cari. Gila tautak.” Bebel Ija.

            Ainin terdiam. Betul jugak tu. Ehkejup, adik? “Wow!!!! Sebab inilah aku sayang kau Ija... Sayang sangat. Mehsini nak peluk sikit.” Ainin pantas meraih tubuh kawan baiknya itu. Ya Allah,kenapalah aku tak terfikir pasal benda tu? Kenapa? Aduh! Ainin menepuk dahisendiri bila menyedari betapa lembabnya otak dia berfungsi.

            Ija tersenyum. Aku pun sayang kaubudak keras kepala anak Pak Aziz. Tapi kejup! Ditolak ganas tubuh Ainin yangmemeluknya. “Kau nak buat apa?”

            Ainin tersengeh. Siap buat mukajahat syaiton nirojim pulak tu. “Aku tahu apa nak buat!”

            Ija mengeluh. Sejak kenal dari zamanbelajar lagi. Semua idea gila, teknik kerja berani mati...  Semua si Ainin ni pernah buat. No wonder lah kalau ada idea gila dianak buat untuk balas dendam kali ni! Kau buatlah apa saja Nin, asalkan benda tutak memakan kau balik.

 

 

 

BUNYI bising itumembuatkan aku terbangun dari tidur. Aku tak faham betul kenapa ada jiranserumah macam ni? Berdentum dentam pintu bilik aku diketuk. Sayup-sayup sajaayat yang aku dengar. Tapi ayat terakhir yang aku dengar membuatkan akumendadak bangun dan menoleh jam.

            “Ija!!! Kenapa tak kejut aku?! Dahlambat!” Berlari laju Ainin menuju kebilik air. Hampir dekat tiga puluh minitAinin bersiap. Dah sehabis gaya Supermandah dia cuba kejar masa. Sekejup terbang kesan, sekejup terbang kesini. Aksinyaitu serius dah macam adegan Superman terbangselamatkan orang!

            Ija menyembur minyak wangi sebaiksaja Ainin melintasinya. Ainin mengecilkan matanya, kecik besar je dia nampakIja sekarang. “Orang sarapan roti kau sarapan kaki aku kang. Kau tahu tak dahlambat? Kau tahu tak aku kena berlari sekarang nak kejar masa?” Laju sajalangkah kaki Ainin menuju ke almari kasut.

            “Aku ketuk bilik kau dari pukul 6pagi tau tak. Aku rasa dah macam kejutkan satu perumahan. Tahulah tak bolehsolat, tapi janganlah bantai tidur macam dah tak ada hari esok. Dah tu, mehmakan dulu. Nanti penyakit ‘gout’ kaudatang pulak. Meh sini...” Ija tertahan-tahan ketawa sambil menarik kerusimenyuruh Ainin duduk makan sarapan. Bukan senang nak merasa air tangan aku buatsarapan. Aku pun tak tahu kenapa rajin sangat pagi ni. Nak jumpa jodoh kut.Jumpa jodoh tak apa, jangan jumpa bodoh. Stressaku!

            Ainin mendengus. “Apa kaitan pulakdengan gout? Kau saja je kan. Aku dahlambat ni Ija. Nanti aku balik, aku makan tau.” Kalut benar Ainin memakai stoking. Dah macam lambat ke sekolah,takut bas sekolah tinggalkan dia.

            “Hoi basi lah nasi goreng aku ni. Kauni kalut sangat buat apa? Dah meh sini makan.” Ija menarik kawannya itu menujuke meja makan.

            “Aku dah lambat ni. Sempat lagikalau aku berlari ni.” Ainin melihat jam ditangan.

            Ija mengeluh. Dah namanya QurratunAinin, tak degil tak sah! “Kau pernah tengok orang kena suap nasi guna senduk?Kau nak cuba?”

            Ainin ketawa. “Macam nenek-nenekbila kau marah. Kau ni relax je,bukan kau masuk kerja pukul 7 ke?”

            “Aku ada kerja luar sikit. Teman KakAwa hantar proposal.” Ija menjawab sambil menuang air teh kecawan.

            Terhenti aku dari menyuap nasigoreng. Kalau Ija teman Kak Awa, maknanya dia balik pun dengan Kak Awa.  Habis tu, ni mesti nak terus pergi lama?Secara automatic aku memandangnyameminta jawapan.

            “Aku pergi seminggu je, sorry lambat bagi tahu. Kak Awa yangmintak teman. Kau tak marah kan?” Dengan wajah ceria Ija menjawab.

            Nasi yang ada didalam mulut Aininjatuh sebutir dua dan berbutir-butir jatuh kedalam pinggan. “Seminggu?” Akurasa macam nak bunuh je budak ni. Kenapa kau tak bagi tahu aku sebulan selepaskau pergi?  Aduh! Aku sorang lah malamni?

            “Kau marah aku ke? Sorry Ainin, aku tak sengaja.” Ijameminta maaf. Dan dia tahu Ainin tak berapa berani duduk rumah seorang diri.Tambah pulak minah ni takut gelap, sebenarnya bukan takut gelap tapi kepalaotak dia tu suka bayangkan benda yang bukan-bukan. Aku dah pesan jangan tengokcerita hantu yang bukan-bukan, tapi dia degil. Tengok sekarang, aku naktinggalkan dia duduk sorang pun dah tak boleh... Aduh, tapi aku terpaksa.

            “Aku okey lah. Tak apa, tak kisah pun. Nanti pandai-pandailah aku survive. Tak pun aku angkut sesiapa kat office nanti.”  Ainin tersenyum. Cuba meyakinkan Ija.  Eleh! Dia ingat aku ni budak tadika ke?Tenanglah, kalau aku tak boleh duduk rumah malam ni aku balik je lah esok.Hahahaha...

            “Aku sayang kau. Jaga diri tau.Nanti kau pasang je semua lampu dalam rumah ni. Aku bayar semua bil elektrikbulan ni. No problem.” Ija tersenyum.

            Aku ketawa. Kalut betul minah ni!Dia ingat aku budak-budak ke? “Hoi, aku tahu lah. Kau ni, risau sangat. Akutampar kang.”

            “Hah! Kau memang macam ni, takpernah rasa apa yang aku rasa. Aku risau tau, tinggalkan kau sesorang. Kau tudah lah suka cari pasal dengan orang yang kau tak kenal. Kalau terjadi apa-apananti siapa susah?” Bebel Ija.

            Aku hanya tersengeh dan terusmencapai sekeping roti dan terus keluar. “Jaga diri kat sana ye mak cik yangsuka membebel!” Ainin melambai-lambai Ija.

            Ija mengeluh! Suka main-main!

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.