Home Novel Cinta WATAK JAHAT BERGINCU UNGU
WATAK JAHAT BERGINCU UNGU
aumie insyirah
23/8/2021 15:49:00
9,160
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

AKUmengetuk-ngetuk meja itu sambil tangan menongkat dagu. Otak aku galak berpusingdan berlari-lari dari satu urat keurat yang lain. Masing-masing sedang bekerjakeras mencari idea! Aku mesti kena cari adik Si Hatim! Mesti! Hai keluarga HajiHussen. Mana kau nak lari? Walaupun kau dah berpindah, ingat aku tak bolehcari? Walaupun aku tak pernah bersua wajah dengan keluarga kau wahai si Hatim,kau jangan ingat aku terus diam diri. Silap besarlah kau!  Hai Hatim, kau kena dapat balasan yangsetimpal kalau boleh lebih teruk dari apa keluarga aku dapat! Aku tak peduli!

            “Ainin!!!!!” Bergema bilik meeting itu dengan volume suara itu.

            “Oi Hatim Hitam ketiak busuk!”  Kelam kabut Ainin berdiri. Tercampak entahkemana pen yang ada ditangannya tadi. Berdegup-degup jantungnya.

            “Awak buat apa ni Ainin?” Soal EncikMuiz dengan wajah seriusnya. Dia ni mana pernah tak serius? 24 jam serius. Mukadia ni pakai mask kut!

            Aku tersengeh. “Tengah kemaslah niEncik.” Laju aku teruskan kerja yang tergendala tadi. Matilah aku. Proposal tak letak atas meja lagi. Dahpukul berapa ye?

            Encik Muiz mengeluh. “Saya bagi awakmasa 20 minit lagi. Sebelum Syarikat HJ sampai, saya nak semua dah siap. Kalautak, awak yang siap nanti.” Terus lelaki itu berlalu.

            Aku menggaru kepala. Eleh, dia ninak emo sangat dah kenapa? Bukansusah sangat. Lima minit pun boleh siap lah! Apalah nak dikusutkan? Syarikat HJni bukannya besar pun. Kalau dia tak boleh terima proposal yang aku siapkan ni memang dorang kena makan meja lahjawabnya! Memang cari nahas! Dekat tiga hari aku tak tidur malam buat benda ni!Sampai aku bangun lambat pagi tadi! Dah lah cerewet! Itu tak nak, ini tak nak.Aku memang tak suka syarikat tu!

            “Nin. Kenapa tadi?” Asiah masukdengan muka teruja nak bergosip.

            Ish minah ni. Sibuk je. “Lipas tadi.Tu Encik Muiz jerit nama aku tu. Eh tadi lipas tu menyorok kat atas kerusi yangkau duduk tu.” Saja aku mengenakan perempuan itu. Tahu tak, sepatutnya projekni minah gedik ni yang buat. Tetiba pulak aku yang kena buat! Alasan dia, diakena handle lima projek untuk bulanni. Apa dia ingat aku ni duduk dalam pejabat ni goyang kaki? Acah-acah lap mejaje? Aku lah kalau perempuan ni, kalau boleh nak je aku sumpah kau jadi meja!Geram aku!

            “Arghhh! Yeke? Mana? Mana? Kau duduklah kat kerusi tu Nin!” Laju saja Asiah melompat dari kerusinya dan dengantiba-tiba menolak aku kearah kerusi itu.

            Aku yang tak daya imbangan yangstabil ni tersasar jatuh didepan pintu. Nasib baik ada orang sambut. Kalau tak,memang telentang aku depan pintu tu. Kurang ajar punya Asiah. Nama je macamorang baik-baik, tapi perangai macam Firaun! Hah! Geram aku!

            Melihat yang menyambut aku ituseorang lelaki. Dan aku dah berada di pelukkannya, dengan laju aku menolak danterus berdiri stabil sambil buat muka biasa. “Maaf, daya imbangan yangterlebih. Sila masuk. Selamat datang.” Sedaya mungkin aku sekolahkan muka tahappaling kebal yang mampu. Malunya tak tahu nak cerita. Rasanya merah muka ni dahmacam kena simbah cat! Ya Allah, kalau aku boleh hilang sekelip mata dah lama akubuat.

            Lelaki itu menggeleng-gelengkankepala dan terus masuk. Encik Muiz yang melintasi aku hanya buat muka ‘Siapkau, nanti jumpa saya!’ Matilah oi!!!!

            Meetingberlangsung dengan penuh ‘keseriusan’ (ayat apakah ini?). Sementellah tuanempunya Syarikat HJ ni sangat serius orangnya. Dan aku dapat baca sikap dia,masa dia sambut aku tadi. Muka dia ketat gila. Spana apa yang dia guna aku puntak tahu, ketat benar muka dia. Hey! Kita punya projek nak buat iklan sempenahari kanak-kanak sedunia. Projek ni projek ceria.  Dah kenapa nak serius pulak?

            Aku perhati je si Asiah ni. Daritadi asyik pandang Encik Harraz tu macam nak terkeluar biji mata.Tergedik-gedik buat muka gatal dah kenapa? 

            “Ainin!”

            “Yes Sir!” Dengan iba-tiba akuberdiri siap tabik hormat lagi. Ish! Terkejut aku. Tak boleh panggil elok-elokke Encik Muiz ni?

            “Awk dah ‘sampai’ mana??” Soal EncikMuiz sinis.

            Aku mengeluh. “Baru nak ‘berlabuh’ni.” Balasku mendatar sambil membuka buku notaku.

            Encik Muiz menggeleng-geleng. Adasaja dia nak jawab. Nasib baik awak seorang pekerja yang bagus, kalau tak dahlama saya pecat awak. Degil! Suka menjawab! “Terangkan slot ni kat Encik Harraz.”

            Aku melontar pandang kearah EncikHarraz yang hanya memandang aku seolah aku ni sebuah tembikar di muzium.Seriusnya muka dia! Aku berdehem sejenak, dan kemudian terus menuju kehadapan.Nasib baik aku yang handle project ni.  Dengar sini Encik Harraz!  Ehem! Aku mula bercerita dari awal dan akhirdengan wajah ceria. Segala idea aku selama tiga hari tak tidur malam itu telahaku bentangkan dengan rasa gembira dan penuh rasa teruja. Aku sangat enjoy dengan projek ni. Dan sehabis sepenuhsekudrat hati aku buat projek ni. Aku yakin lelaki depan aku ni mesti terimaidea aku ni!

            Encik Harraz mengerutkan dahinya.“Itu saja?” Soalnya pendek namun mampu buat otak Ainin berasap!

            Namun Ainin sekolahkan mukanyaditahap paling sejuk! “Yes, EncikHarraz. Nak tambah apa-apa lagi ke?” Aku tersenyum penuh rasa Arghh... Aku nakbunuh dia sekarang!

            “Tak sampai apa yang saya mahu.”Jawabnya pendek!

            Hah? “Tapi Encik...” Aku cuba nakbalas tapi……

            “Encik Muiz, saya rasa ada baiknyasuruh budak ni improve kan lagi hasilkerja dia. Saya rasa tak boleh terima dengan idea dia yang sangat biasa ni.”Encik Harraz dah bersiap-siap menyusun failnya mahu beredar.

            “Tapi Encik Harraz, bagi kami lagisatu peluang. In Sya Allah saya akanbagi yang terbaik untuk syarikat Encik.” Encik Muiz merayu. Syarikat HJ memangbukan sebuah syarikat yang besar. Tapi pengaruhnya dalam bidang perniagaansangat kuat! Andai kata syarikat kecil milik Encik Muiz dapat bekerjasam denganSyarikat HJ, ada potensi syarikatnya mudah melebarkan sayap.

            Encik Harraz terdiam seketika. Lamadia mendiamkan diri. Kemudian dia bersuara. “Baiklah. Tapi saya nak budak niyang buat. Kalau kali ini hasilnya bagus, saya akan terima. Kalau tak menepatiapa yang saya nak. Maaf, saya terpaksa bagi peluang kepada syarikat lain.”Encik Harraz menunjukkan kearah Ainin.

            Ainin ternganga! Apa pulak aku?Kalau dah tak terima tu, sudah lah! Dah lah hasil penat lelah aku di judge macam tu je. Siap cakap ‘biasa’pulak tu!  Sakit hati aku! Ah, janganharap aku nak ambik projek ni lagi! Jangan harap!!!!!!!!

            “Baik! Baik! Saya akan cuba sedayaupaya saya.” Laju Encik Muiz bersuara. Tersenyum-senyum dia.

            Terus Encik Muiz mengiringi EncikHarraz keluar dari bilik meeting itu.

            Asiah ketawa. “Tahniah! Selamatbekerja dengan Encik Fussy. Nasib kaulah Nin!” Terus minah tu berlalu.

            Kalau aku dapat sepak minah ni, akubelanja Ija makan ayam penyek. Sabarlah Ainin! Monyet memang sikapnya macam tu!Sabar tau!  Aku mengeluh. Aku kembalimemandang laptop aku. Aku tengok satu persatu hasil kerja aku. Ya Allah, kenapaaku jumpa manusia macam tu? Dia buta ke? Kata nak buat iklan sempena harikanak-kanak sedunia. Aku meriahkanlah dengan jiwa kanak-kanak. Kau tahu tak,dua hari aku berusaha pergi buat researchkat tadika? Kau tahu tak waktu lunch aku habiskan dengan pergi tadika tengokdan kaji apa yang budak-budak suka? Kau tahu tak aku siap buat research pasal hari kanak-kanak seduniani? Kau tahu tak mangkuk!!!!!!!!!  Bolehkau cakap hasil aku ni ‘biasa’? Kau pernah makan baldi tak Encik Harraz?????!!!

            “Arghhhhh!!!! Stressss!!!!!” Terus aku keluar dari bilik meeting itu.

            Sambil lalu aku mencapai tas tangandiatas meja dan melintasi meja Farah. “Farah cakap kat Encik Muiz, aku half day! Cakap kat dia, akuhampir-hampir gila. Kepala aku macam nak meletup. Sebelum office ni meletup, ada baiknya aku blah dulu dari sini. Okey?Bye.” Terus aku beredar.

            “Nin! Ainin! Ish budak ni, suka buatsesuka hati dia.” Bebel Farah geram.




P/S: untuk update bab baru, bolehlah korang like dan follow page FB saya : CIK Penulis Aumie Insyirah :) kat sana korang boleh tahu kalau-kalau baba baru dah upload.
Previous: BAB 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.