Home Novel Cinta WATAK JAHAT BERGINCU UNGU
WATAK JAHAT BERGINCU UNGU
aumie insyirah
23/8/2021 15:49:00
9,222
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3

BALIK rumah,dapur yang aku tuju. Setelah berperang dengan kuali dan sudip selama lima belasminit, siap sudah nasi goreng hancur! Tak tahu apa rasanya. Mungkin seterukperasaan orang yang menggorengnya. Inilah terapi yang aku amalkan sejak zamansekolah lagi. Kalau stress, kau perlumakan!

            Aku bersila tepi sofa. Nasi gorengyang berada didalam mangkuk besi itu aku capai. Sesuap sudu sudah dimasukkandalam mulut! Aku kunyah dengan rasa geram teramat!

            Aku nekad gila! Aku tak akan buatprojek tu! Lantak lah! Kalau Encik Muiz nak pecat aku sekalipun aku tak kisah!Pertama kali orang kritik hasil usaha aku. Kalau benda tu aku buat sambil lewa,aku tak kisah dikritik macam tu. Masalahnya, aku buat projek tu dengantersangat komited! Aku buat dengan sepenuh jiwa raga aku! Kalau iya sekalipunhasil kerja aku tu ada kekurangan bagilah tahu part mana yang kurang. Aku boleh perbaiki. Ni tak, apa pun taksembang terus cakap yang kerja aku tu terlalu biasa bagi dia. Dia nak luarbiasa macam mana lagi? Ada bom-bom ke? Atau dia yang nak kena bom dengan aku?

            Talifon yang berdering aku jenguk,kalau Encik Muiz sorry...  Aku tak nak angkat. Tapi tertera nama ‘Sweet Home’. Umi talifon! Pantas akumenjawab.

            “Assalamualikum... Anak Umi sihat?”Merdunya suara umi. Sejuk hati aku. Hilang moodnak marah-marah.

            “Waalaikumsalam Umi. Alhamdulillahsihat. Umi dengan semua sihat?” Aku membalas dengan senyuman.

            “Alhamdulillah sihat jugak. Angah,Along nak cakap dengan Angah.” Umi terus menyerahkan talifon kepada Alifah.

            “Assalamualaikum Along…” Ceria suaraaku.

            “Waalaikumsalam. Angah! Esok angahbalik tau...” Teruja sungguh suara disana.

            “Ada apa Long?” Soalku hairan.

            “Esok keluarga Hatim datang. Dorangnak cerita perkara sebenar.” Beriya-iya dia bersuara. Nada suaranya tiada sedihlagsung.

            Aku mengeluh. Kalau betullah SiHatim tu balik, memang aku orang pertama yang ‘sambut’ dia dengan penyapu!Kapak pun iya jugak!  Namun apakan daya,aku cuba iyakan saja apa yang dikata oleh Along. “Along ni yakin sangatlah!Entah-entah dorang nak tipu lagi. Nanti kalau ada masa angah balik la Long.Angah nak cakap dengan Umi.”

            Talifon diserahkan kepada Umi. “Umitak tahu nak buat apa. Dia beriya suruh umi talifon angah. Umi rasa kita perludengar penjelasan dari pihak sana.”

            “Umi pun percaya jugak dengan dorangtu. Umi, dorang dah buat kita macam-macam. Hati angah macam mendidih bila dengar nama keluarga lelaki tak guna tu.Umi dengan Along kuat tau. Angah akan cari sampai lubang cacing lelaki tak gunatu! Angah akan balas semuanya!” Eh, ni bukan main-main. Aku betul-betul nakbalas dendam!

            “Janganlah macam tu angah. Tak baik,biar lah orang buat kita. Jangan kita buat orang.” Kedengaran suara sayu Umi.

            “Benda lain boleh angah tolak ansur.Tapi bila melibatkan maruah keluarga angah sendiri. Mintak maaf banyak lah,memang angah ingat sampai mati! Angah sendiri tak pernah biarkan walau setitisairmata Umi dengan Abah jatuh, inikan pulak dia orang luar sesuka hati buatmacam tu! Memang angah tak maafkan!” Marahku.

            Umi masih menasihati lagi danmemujuk aku agar balik. Namun aku tetap dengan pendirian aku! Sampai Umi taktahu nak cakap apa. Selensai bersembang, aku mengadap semula mangkuk nasigoreng itu. Aduh, terus hilang selera aku nak makan.

            Tapi inilah peluangnya untuk akujumpa keluarga si Hatim ni. Ish, alang-alang aku tak pernah bersua muka denganmereka. Lebih baik aku tak payah jumpa langsung. Kita jumpa dengan ‘cara’ yanglain. Ainin sudah tersenyum sinis. Arghhhhhh! Aku marah ni tau tak! Satu-satubenda datang!

 

 

 

MELIHAT jamsudah pukul lapan malam laju saja aku menutup semua lampu ditingkat bawah. Danberlari aku mendaki tangga menuju kebilik. Aku kunci pintu bilik. Lampu bilikaku terang menderang! Jangankan lampu kalimatang, lampu tidur, lampu meja, lampubilik air, lampu suluh pun aku pasang (okey ini tipu).

            Aku paling tak suka gelap kalau akududuk seorang macam ni. Kalau ada orang lain, aku okey. Entah kenapa, aku pun tak tahu. Mungkin imaginasi otak aku niditahap infiniti kot. Ha...Ha...

            Tiba-tiba talifon bimbit aku masuksatu pesanan melalui WhatsApp. DariEncik Muiz. Masuk ni, dah 26 pesanan dia hantar. Semuanya aku biarkan blue tick. Tapi aku tak balas. Biar diatahu sikit hargai pekerja. Jangan disebabkan nak kejar pelanggan, pekerja dianggapmacam sampah!

            ‘Okey2…Saya menyerah kalah. Kali ni kalau awak ambil projek ni, saya ikut semua apayang awak nak. Naik gaji? Naik pangkat? Saya ikut.’

            Aku tersenyum! Amboi, pandai‘menjala’ guna ‘jala’ emas nampak! 

            ‘Pecat Asiah....’  Baru aku nak tekan sent, aku delete semula.Ish! Seteruk aku, aku tak akan hancurkan periuk nasi orang lain. Dia pun carirezeki jugak. Aku kembali menaip.

            ‘Esokcerita. Nak tidur!’ Sent!

Pergh,aku yang bos ke? Dia yang bos? Jahatnya aku. Kejam sangat. Sampai merayu-rayudia.

            ‘OK.Good Night :)’

            “Hai Encik Muiz. Banyak lagisyarikat yang terbaik yang boleh Encik Muiz berharap. Tapi nak jugak denganSyarikat yang entah apa-apa tu. Apa pun Encik Muiz, jawapan saya tetap tidak.Selamat malam!”

 

 

 

SEBAIK saja aku melintasimeja Kamil, aku terdengar mereka bergosip. Amboi siap berkumpul. Baik dorangbuat meeting terus. Berlonggokmendengar cerita dari Kamil. Aku pulak sengaja memasang telinga, manalah tahuini cerita best. Sekurang-kurangnyaaku tak ketinggalan. Ha! Ha!

            “Kalau Ainin tak ambik projek tu,kesian lah Encik Muiz. Bukan senang weh nak tambat hati bos syarikat tu. Yangdatang hari tu baru anak dia. Belum lagi bapak dia. Bapak dia lagi cerewet.”Rancak Kamil bergosip.

            Eleh, tak best lah topic dorang.Baru aku nak berlalu, kaki aku terhenti sebaik saja mendengar soalan dariAsiah.

            “Siapa nama CEO syarikat tu?”

            “Haji Hussen Bin Haji Hamid……”

            Sebaik saja mendengar nama itu, lajuaku menuju kearah Kamil. Aku tolak semua orang yang ada disitu. “Kamil betul kenama tu?” Soalku dengan penuh teruja!

            Kamil sudah berwajah pucat. Dia kankutuk Ainin tadi, mana tak pucat muka dia. “Err... Be...Betul. Kalau takpercaya pergi Google.” Ucapnya dengantergagap-gagap.

            Aku tersenyum! “Terima kasih budakkeding!” Aku menggosok-gosok kepalanya. Terkesima Kamil dibuatnya. Berdezupppp!Aku terus menuju ketempat aku. Ada benda aku nak buat!

            Aku taip nama Syarikat HJ.Terketar-ketar jari aku menekan symbol kanta pembesar itu. Ya Allah permudahkanlahpencarian aku ni! Amin!

            Terkeluar portal syarikat tersebut.Laju saja aku menekan button latarbelakang syarikat.

 

ENCIK HARRAZ BIN HAJIHUSSEN PENERAJU BARU SYARIKAT HJ SDN. BHD

 

            Eh, ini nama budak belagak tu. Ehkejup! BIN HUSSEN? Maknanya? Anak dia? Haji Hussen ni ada anak lagi? Kejup, akutry Google nama ni. ENCIK HARRAZBIN HAJI HUSSEN.

            Bersepah-sepah gambar lelaki belagaktu. Amboi! Popular jugak kau eh? Kenapa aku tak tahu? Siap masuk majalahUsahawan eh? Dahsyat! Biodata ditekan.

 

NAMA: HARRAZ BIN HAJIHUSSEN

PEKERJAAN: CEO SYARIKATHJ

MEMEGANGJAWATAN SEBAGAI CEO SEJAK JUN 2019 BAGI MENGGANTIKAN HAJI HUSSEN BIN HAJI HAMIDIAITU BAPANYA…bla..bla...bla..

 

            Terus aku berhenti dari membaca!Okey! Dah cukup! Aku dah dapat apa yang aku nak! Kenapa lah aku tak Google je dulu? Bodoh jugak aku ni kan?Dengan penuh semangat aku berlari menuju ke bilik Encik Muiz.

            Tanpa ketuk pintu terus akumenerjah. “Encik Muiz!!” Sergahku.

            Encik Muiz yang sedang mengikat talikasutnya terhantuk kepalanya pada meja. Terkejut punya pasal! “Ouch!!!” Digosok-gosok kepalanya.

            “Opss!Sorry, Encik! Tak sengaja.” Akumenggaru kepala. Aduh! Tak ada niat nak terkejutkan dia.

            “Awak kalau ada niat nak bunuh saya,bagi tahu awal-awal.” Perlinya halus.

            “Ish, kita tak ada masa nak fikirsoal tu.” Terus aku mendapatkan kerusi dihadapannya. Kemudian aku memandangnyadengan pandangan mengharap.

            “Awak ni kenapa? Takut saya tengokawak ni!”  Balas Encik Muiz.

            “Saya terima tawaran Encik! Tapidengan satu syarat!” aku tersenyum penuh makna.

            Encik Muiz tersenyum lebar. Letaklah berapa banyak syarat, dia akan turutkan. “Apa dia?”

            “Biar saya buat sendiri. Tanpacampur tangan kapitalis dari Encik dan Asiah gedik!” Terus terang aku bersuara.

            Encik Muiz ketawa. “Boleh-boleh.Kalau itu yang awak nak. Andai kata awak perlukan pertolongan saya, panggil jesaya.”

            “Dan lagi satu! Biar saya siapkansemua kerja saya dulu. Selepas itu saya tak mahu apa-apa kerja. Sebab saya nakfokus untuk projek ni. Kalau boleh sebulan!” Pintaku lagi.

            “Eh, awak jangan risau. Awak bolehserahkan semua kerja tu pada Asiah dan Kamil. Mereka akan buat kerja awak. Sayanak awak tumpukan perhatian untuk projek tu saja.” Jawapan Encik Muizbetul-betul membuatkan aku terkejut. Amboi! Semudah tu saja? 

            Aku tersenyum sampai ketelinga.  Bagus! Ni lah yang dinamakan sambil menyelambalas dendam! Ambik kau Asiah!  Nasibbaik kerja aku yang tinggal ni dah separuh aku buat. Kalau aku tahu kau yangbakal buat, baik aku tak buat langsung! Biar padan muka dengan kau!

            WELCOMEHARRAZ! Kau tahulah langit tu tinggi ke rendah nanti!



P/S: FB Page : CIK Penulis Aumie Insyirah. kalau ada yang komen boleh lah komen di page fb nanti :)

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.