Aku dan Hakimi adalah penyiasat
muda yang diupah Pengarah Besar Hospital Medik bagi menyiasat kes kematian mengejut seorang lelaki. Mati mengejut
diakibatkan serangan jantung. Sesuatu yang mustahil memandangkan sewaktu
mendaftar, dia disahkan mengidap penyakit paru-paru akibat kuat merokok. Hasil autopsi
mengesahkan mangsa mati akibat kecuaian kakitangan hospital yang telah tersalah suntik ubat jenis ephinephrine dengan dos yang berlebihan.
Kami ke wad lelaki di blok A,
Suasananya agak lengang memandangkan waktu melawat sudah tamat. Bau hanyir
darah dan ubat-ubatan agak memualkan Kami. Kebanyakan pesakit ditemani oleh
keluarga terdekat. Kami meneruskan penyiasatan kami untuk menyelesaikan kes
itu.
Seorang wanita dempak muncul
sejurus kemudian, kakinya pendek dan pengkar. Tergedek-gedek dia menghampiri.
Seragam biru yang dipakai kelihatan agak kotor, mungkin kesan tumpahan sejenis
cecair.
“Assalamualaikum. Saya Aslan dan
ini Hakimi. Tentu Sister sudah tahu tujuan kami.” Aku tidak berbasi-basi dan
sebenarnya aku tidak pandai berbasi-basi.
Ya! Silakan. Jika ada yang menyoal katakan
saya sudah izinkan.” Pantas Sister Mona menjawab.
“Sister. Siapa yang terakhir
bersama mangsa. Saya mahu mereka berjumpa kami esok pagi. Letakkan mereka
sebilik .” Aku meminta kepada Sister Mona, manakala Hakim berkerut seribu.
“Baik!” Pendek sahaja jawapan daripada
Sister Mona. Kemudian dia meninggalkan kami kerana perlu menguruskan pesakit.
Pertama yang aku lakukan adalah ke
bilik mangsa pembunuhan. Memandangkan mangsa
orang berada, maka mangsa telah ditempatkan di bilik persendirian dan itu lebih
memudahkan penyiasatan kerana tentunya bahan bukti masih belum terusik. Malah bilik
itu tidak terusik sejak kematian itu diragui oleh Pengarah Hospital itu.
Katil di dalam bilik itu
mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan agak kotor malah tidak terurus.
Sebuah television besar tergantung. Aku melangkah yakin. Berhampiran katil, di
atas sebuah meja terdapat sebuah mesin ‘Nebulizer’ yang selalu digunakan oleh pesakit yang menghadapi masalah pernafasan. Mungkin kerana
Asma. Tetapi yang pasti mangsa adalah seorang perokok tegar.
Sebuah troli berada pada sudut
hospital. Kulihat beberapa bekas dan ubatan
di atasnya. Ada sebuah gelas aluminium yang agak kusam dan di dalamnya
terdapat satu tiub kaca yang masih tersisa
cecair ubat. Bila diamati ada sesuatu yang pelik pada lebel ubat
tersebut.
Pada cadar katil itu tertulis perkataan
‘S.M.P’. Aku menggaru dagu, cuba mengaitkan tulisan itu dengan siri pembunuhan,
namun idea itu kelihatan janggal atau lebih tepat agak bodoh. Pada lantai pula
kelihatan kesan tapak kasut yang agak pudar, mungkin kerana seseorang dengan
kasut basah akibat kotoran telah berjalan di dalam bilik itu.
Hampir sejam aku menyiasat bilik itu
sebelum aku keluar dan meneruskan siasatan di ruangan lain. Tepat pukul
sembilan malam aku bertemu Hakim di taman hospital.
“Bagaimana.” Pendek aku menyoal.
“Ada sesuatu yang tidak kena
mengenai hospital ini.” Hakimi berkata cemas.
“Nampaknya ini bukan kes kecuaian,
tapi sebaliknya.” Hakimi berkata lagi. Dia teruja untuk berkongsi hasil
penyiasatannya.
“Mereka dibunuh dengan modus
operandi yang sama.” Hakimi separuh berbisik. Dia kelihatan berhati-hati.
“MEREKA!” Aku separuh terkejut. “Bermakna
mangsa lebih dari seorang.” Wajahku yang agak pucat bertambah pucat, kerana
terkejut.
“Aku ke bahagian simpanan rekod-rekod
lama dan apa yang memeranjatkan adalah selang sebulan pasti ada yang meninggal
kerana serangan jantung.” Hakimi diam. Sebelum
menyambung, dia memerhati sekeliling. Bila diyakini selamat, dia kembali
bersuara.
“Kesemua mangsa didaftarkan atas penyakit lain, disahkan tidak
kritikal dan boleh diselamatkan, namum mati akibat serangan jantung mengejut.
Itu bermakna mereka dibunuh seseorang.” Hakimi berkata, kemudian senyap bila
seorang pesakit wanita melintasi mereka.
“Sudah berapa lama perkara ini
berlaku.” Aku semakin berminat.
“Sudah tiga tahun dan tiada sesiapa
yang menyedari.” Hakimi mendengus marah.
“Nampaknya kita ada seorang lagi
Kristen.” Aku senyum pahit.
“Siapa Kristen dan siapa pula
seorang lagi.” Hakimi agak bingung. Seolah-olah aku menyembunyikan sesuatu.
“ Nanti bila masanya tiba, barulah
aku beritahu siapakah Kristen.” Aku bingkas bangun kemudian dituruti Hakimi.
Kami sudah berjanji untuk bertemu Pengarah Hospital Medik keesokan hari.
Pagi-pagi lagi Hakimi sudah
menunggu di tangga paling bawah hospital. Kami kemudian berjalan beriringan
ke bilik Pengarah Besar. Bila pintu bilik dibuka kelihatan beliau sedang
memegang sesuatu, namun sebaik menyedari kedatangan kami, cepat-cepat beliau
menyembunyikannya di dalam laci.
“Bagaimana hasil siasatan kamu.
Saya mengharapkan sesuatu yang memuaskan. Sebagai pengarah baru di sini sudah
menjadi tanggunjawab saya menjaga nama baik hospital ini.” Angkuh nada suaranya
membuatkan Hakimi sedikit geram.
Aku hanya menceritakan perkara
biasa sahaja. Bimbang jika yang disangka
malaikat rupanya syaitan. Dtambah dengan kelakuannya sebentar tadi. Jadi
aku memutuskan ini bukanlah masa yang terbaik
untuk bercerita.
Sebenarnya kami diupah untuk menyelesaikan kes
ini dalam masa tiga hari bersesuaian
dengan syarat keluarga mangsa atau Hospital Medik bakal disaman. Selesai melaporkan perkembangan
siasatan kami bergegas untuk berjumpa
suspek kes pembunuhan.
“Bila kes ini berjaya, Pengarah
Hospital tulah yang akan jadi heronya. Kononya nanti dia telah berjaya
menangkap penjenayah itu. Licik rupanya dia.”
Hakimi masih tidak berpuas hati.
“Biarkan saja.” Aku ketawa pendek.
Bila kami sampai ke bilik mesyuarat
kecil bersebelahan unit dietatik, aku mengarahkan Hakimi untuk memerhatikan
gerak geri ketiga-tiga suspek dengan teliti. Apakah yang akan dilakukan bila
salah seorang memberikan keterangan?Pergerakan mata, malah segala-galanya
selagi pergerakan itu mencurigakan.
“Assalamualaikum dan selamat pagi.”
Kami memberi salam serentak dengan penuh yakin dan sedikit senyuman yang
sengaja dibuat-buat.
Tiga orang jururawat sedang menghadap
kami.Tiada meja diletakkan di antara kami. Sengaja aku alihkannya agar setiap
inci pergerakan mereka dapat dilihat dari kaki hingga ke atas.
Jururawat pertama bernama Alice. Merupakan
seorang gadis berbangsa Cina dan berumur 25 tahun. Jururawat bukanlah kerjaya
pilihanya tetapi kerjaya paksaan. Paksaan itu telah menyebabkan dia sentiasa
memberontak dan berkelahi dengan pesakit.
Jururawat kedua ialah gadis yang berumur
4o tahun, kelihatan sentiasa menundukkan kepala dan berbangsa India. Dia
dipanggil Thilaga oleh teman-teman. Seorang anak dara tua yang tinggal
bersendirian. Namun sejak kebelakangan ini dia sering dilihat bersama dengan
seorang lelaki yang tidak dikenali.
Manakala jururawat ketiga atau lebih tepat suspek terakhir
merupakan seorang wanita Melayu bernama Fadilah dan berumur 32 tahun. Sepanjang
sesi itu dia kelihatan sering mengusap-ngusap tengkuknya malah sentiasa
gelisah. Menurut Sister Mona, anak buahnya itu seorang yang cemerkap dan sering
tersalah memberi ubat kepada pesakit.
“Gila! Memang saya ada bertengkar
dengannya sebelum dia mati, tapi saya tak bunuh.” Alice meradang. Tangannya
memeluk tubuh, sambil dia bersandar pada kerusi. Kakinya pula disilang.
“Kamu ugut nak suntik dia dengan
racun, pada pagi sebelum dia mati. Betul atau tidak?” Aku menyoal.
Alice memfokuskan matanya ke atas
dan ke kiri. Kemudian dia menjawab dengan senyuman sinis. “Ya! Puas hati. Dia
memang layak mati. Dasar lelaki tua gatal. Berani dia tepuk punggung saya.”
“Jadi kamu membunuhnya?” Aku
menyoal kembali.
“Tidak! Tapi saya harus berterima
kasih kepada pembunuh itu.” Alice menjawab pantas. Tangannya masih menyilang kemas
dengan badannya masih bersandar malas pada kerusi. Aku mengalihkan pandangan pada Fadilah pula.
“ Mungkin kamu. Menurut Sister Mona
kamu seorang yang cemerkap semasa menjalankan tugas. Mungkin kamu sengaja
menggunakan helah ini untuk tujuan membunuh.” Aku membuat andaian.
“T-tak!” Dia kemudiannya
mengosok-gosok tengkuk. Mungkin dia cuba bertenang atau cuba menyesuaikan diri
dengan situasi sekarang.
“Semenjak bulan lepas Sister Mona
arahkan Thilaga temankan saya untuk elakkan kejadian serupa berlaku. Lagi pun
sebelum saya berikan ubat Thilaga akan periksa dahulu, adakah ubat itu betul
atau tidak. Tidak pernah lagi pesakit seliaan saya mati.” Matanya asyik
bergerak ke kiri,malah semakin dia gelisah semakin kerap matanya bergerak dan
focus ke kiri.
Mungkin kamu berdua bersubahat
membunuh mangsa kerana seorang jururawat yang lalu ketika kejadian sempat
melihat mangsa menarik tangan Thilaga dengan kuat dan mangsa menjerit “Maafkan
saya dalam Bahasa Tamil.” Aku merapati Thilaga yang tunduk sejak dari tadi.
Sepantas kilat jururawat bernama
Thilaga itu menafikan. Kepala dan tangannya tidak berhenti-henti bergerak.
“Saya tidak bunuh dia. Malah saya
tak sanggup bunuh dia.”
“Mungkin lelaki tua itu juga telah
menepuk punggung kamu, maka kamu marah dan menggugut untuk membunuhnya. Menyedari
kesungguhan kamu dia mungkin meminta maaf, namun tak kamu endahkan. Lalu kamu
Fadilah telah menyuntik mangsa dengan ubat jenis ephinephrine secara berlebihan
yang menyebabkan mangsa mati mengejut akibat serangan jantung.” Aku berkata
tegas.
“Bukan kami encik. Saya tak mungkin
membunh dia.” Thilaga masih mengulangi ayat tersebut malah kepala dan tangannya
semakin kuat bergerak. Alice seolah terkejut,namum masih berlagak selamba.
Sekali sekala dia melihat jam tangannya, tanda dia sudah bosan disoal siasat
oleh aku. Hakim masih memerhati dengan tekun.
Kenapa kamu tidak sanggup bunuh
dia. Adakah dia kekasih kamu.” Aku menyoal Thilaga.
“Bukan encik!” Dia masih
mengoyang-goyang tangannya tanda bukan, seolah-olah drama Tamil pula lagaknya.
“Munkin ayah kamu.” Aku meneka dan
Thilaga masih menafikan,namun aku sedari yang tangan dan kepalanya sudah tidak
bergoyang selaju dan sebanyak tadi. Aku dapat merumuskan sesuatu daripada
pergerakan itu.
“Dia ayah kamu. Benar atau
bukan.”Aku menyoal.
Thilaga memandang ke kanan, sejurus kemudian dia menjawab dengan
yakin, namun masih lemah. “Dia bukan ayah saya. Ayah saya sudah lama mati.”
“Kamu tipu! Kata yang benar. Adakah
dia ayah kamu. Jika tidak kamu saya serahkan kepada pihak polis.” Aku mengugut
Thilaga.Mungkin kerana takut dia akhirnya mengaku.
Menurut dia, ayahnya telah
meninggalkan keluarga sewaktu dia berusia
14 tahun. Mangsa terkejut ketika melihat tanda nama dan rupanya yang seiras
ibunya. Untuk menyakinkan lagi mangsa telah meminta air dan bila dia menyuakan
air, mangsa telah menyelak lengan uniformnya dengan pantas. Bila sahaja
terlihat tanda lahir pada lengannya mangsa terus menjerit meminta maaf dan
ketika itulah dia berusaha melepaskan
pegangan tangan mangsa.
“Jadi betullah kamu merancang
membunuh mangsa kerana marah dengan perbuatan mangsa yang telah meninggalkan
kamu sekeluarga. Mangsa dibunuh oleh Fadilah mengunakan ubat jenis
epihinephrine. Kamu Thilaga telah
menggunakan kecermekapan Fadilah untuk manfaat kamu dan akhirnya Fadilah akan
dituduh. Cap jari kamu berdua mungkin berada pada tiub kaca itu. Ianya akan menghantar kamu berdua ke penjara.” Aku
mengugut.
“Sampai hati kamu Thilaga. Kamu
aniaya aku.” Fadilah mula menangis.
“Sumpah aku tak aniaya kamu. Betul
dia ayah saya, tapi ayah tetap ayah. Saya tak mungkin bunuh dia.” Thilaga
berkata.
“Terima kasih kepada kamu kerana
telah membunuh lelaki itu.” Alice menyampuk.Kemudian dia bangun pergi kerana
baginya penjenayah sebenar sudah ditangkap.
“Kamu berdua juga boleh pergi. Esok
Kita akan tahu siapakah pembunuh sebenar.Jangan cuba lari.” Hakimi mengancam.
Dia benar-benar gembira kerana sudah berjaya menyelesaikan kes itu.
“Sudah selesai akhirnya. Kasihan
Fadilah, digunakan kawan sendiri.” Hakimi berkata. Dia masih memerhati
ketiga-tiga jururawat itu berlalu pergi.
“Aku tak rasa mereka pembunuhnya.”
Aku menjawab pendek.
“Bukankah kamu sendiri yang kata
tadi.”
“Wanita bukan seperti lelaki.
Ibarat macam ayam bertelur sebiji riuh sekampung. Percayalah sekejap sahaja ia
akan menjadi berita hangat.” Aku tersengih kerana umpanku sudah dipasang.
“Tujuannya untuk apa.”
“Supaya si penjenayah fikir dia
sudah selamat atau mungkin bertambah kelam- kabut. Kebiasaannya jerat tidak
pernah melupakan pelanduk. Hanya pelanduk yang selalu melupakan jerat.”
“Tapi kesan jari pada tiub ubat itu
milik Fadilah.” Hakimi cuba mengigatkan aku.
“Ya,tetapi selepas disiasat lebel
pada tiub kaca itu pernah ditanggalkan dan terdapat sebuk putih yang melekat pada
pelekat label itu.”
“Maksud kamu ada seseorang yang
telah menukarkan label itu, supaya Fadilah keliru. Kalau ya. Bagaimana, dimana
dan bila?” Hakimi menyoal berubi-tubi.
“Itu aku tak tahu lagi. Kita tunggu
sehingga hasil siasatan apakah serbuk putih itu dan apakah cecair sebenar yang
tersisia pada jarum yang telah dibuang ke dalam bakul sampah di bilik mangsa.”
“Kamu pasti yang mereka bertiga
tidak bersalah. “ Hakimi kembali
menyoal. Dia kelihatan masih tidak berpuas hati dengan jawapanku.
“Mudah sahaja. Apakah yang kamu
boleh simpulkan berkenaan gerak-geri ketiga-tiga jururawat itu?” Aku menyoal
kembali.
“Si sombong Alice itu sentiasa
bersilang tangan,berpeluk tubuh dan bersandar. Bercakap kasar. Sangat angkuh.”
Hakim berkata dengan nada meluat.
“Sebenarnya dia sedang melindungi
dirinya daripada dibaca oleh kita dengan bersilang tangan. Seolah-olah ada
perisai yang menghalang di antara dia dan kita. Mungkin dia anak orang kaya,
namun kerana kurang keyakinan diri, ada kelemahan pada dirinya yang cuba
disembunyikan. Orang jenis ini biasanya memerlukan pengiktirafan daripada orang
lain atau lebih tepat mahu diri mereka dihargai. Dia sering melihat jam
tangannya kerana tidak senang atau bosan dengan kita malah dia bersandar malas
pada kerusi untuk menyatakan dia tidak berminat dengan kes ini.”
“Bagaimana pula Thilaga bagaimana
kamu tahu dia menipu berkenaan ayahnya.” Hakimi bertanya penuh minat.
“ Bila menyiasat, perkara paling
remeh pun akan menjadi penting. Kamu tentu perasan bila dia bercakap dan ketika
diajukan soalan kepala dan tangannya bergerak laju. Tapi bila diajukan
pertanyaan adakah itu ayahnya, tangan dan kepalanya sudah tidak selaju
sebelumnya,malah mulutnya ditutup sebaik menjawap soalan itu. Bermakna dia
sedang berbohong.” Aku menjawab ringkas.
“Bagaimana pula dengan mata mereka. Apa yang
kamu dapat perhatikan?” Aku senyum kepada Hakimi.
“ Gerakan mata mereka tidak
menentu. Kebanyakan ka kiri. Tapi Alice ke atas dan ke kiri. Ada sekali aku
perhatikan mata Thilaga asyik ke kanan, iaitu semasa kamu menyoal mengenai
ayahnya.” Hakimi berkata dengan yakin.
“Mengikut pakar neurological,
setiap pergerakan anak mata mempunyai makna tertentu. Kerana pengaktifan
bahagian otak yang berbeza. Corak pergerakan anak mata ini memberi kita
petunjuk mengenai gaya pemikiran manusia.” Aku berhenti sekektika.
“Alice memfokus ke atas sebelah
kiri untuk mengigati imej lama. Dia termasuk kelompok yang berkomunikasi dengan elemen gambar (VISUAL).
Dia akan cuba mengigati warna,imej, corak atau apa sahaja yang berkaitan dengan
visual.” Aku tersenyum manakala Hakimi ternganga takjub.
“Tilaga dan Fadilah memfokus ke
kiri tanpa matanya ke atas itu bermakna mereka berkomunikasi dengan elemen
bunyi(Auditori) yang mana mereka akan cuba mengigati bunyi lama. Ajaib bukan
mata manusia?” Aku meminta persetujuan Hakimi.
“Ya ajaib! Jadi kenapa semasa
berbohong mata Tilaga kerap memfokus ke kanan.” Hakimi mengajukan semula soalan
yang belum dijawabku.
“Itu kerana, bila anak mata
memfokus ke kanan dia sebenarnya sedang mencipta bunyi baru, atau alasan baru
dengan minda kreatifnya.” Aku menjawab dengan cermat.
“Jadi jika Alice cuba menipu maka
gambaran baru pula yang akan dicipta, kerana dia berkomunikasi dengan visual.
Betul atau tidak?”
“Tepat sekali.” Aku senyum kerana
Hakimi faham maksudku.
“Jadi ke mana pula kita
sekarang?” Hakimi bertanya, kedua-dua
bahunya terangkat.
“Si penjenayah tentu akan
kelam-kabut nanti. Aku mahu kamu pasangkan kamera pengintip di bilik menyimpan
rekod pesakit. Tapi sebelum kamu pergi aku mahu kamu periksa siapakah yang
merekodkan kesemua kematian berkaitan serangan jantung itu sepanjang tiga
tahun.” Aku merenung tepat pada Hakimi.
“Tiada nama yang direkodkan. Tapi
penulisnya pasti orang yang sama kerana tulisannya sangat mirip.” Hakimi
berkata yakin. Dia kemudian tersengih bila aku masih merenungnya.
“Kalau begitu kamu curi salah satu
daripada rekod itu. Dan tangkap gambar yang selebihnya.” Aku memberi arahan.
“Aku pula akan meminta beberapa orang yang aku syak untuk menulis sesuatu.
Nanti kita akan bandingkan tulisan mereka. Kita jumpa malam ini selepas Insyak
di pejabat.” Belum sempat Hakimi menjawab aku sudah mengatur langkah.
Kedengaran bunyi motosikal Hakimi. Bunyinya amat bising kerana
motosikal itu sudah tua dan merupakan pemberian ayahnya. Pejabat penyiasatan
kami kecil sahaja, hanya sebuah bilik
kecil yang berada di atas pokok atau lebih tepat rumah ran. Rumah ran itu kecil
namun kukuh. Sangat cantik bila musin pokoknya berbunga. Baunya juga harum.
Untuk naik ke atas kami telah memaku papan pada batang pokok itu sehingga ke
atas. Di dalamnya pula terdapat sebuah komputar, sebuah peti ais kecil, komputer
riba. Sebuah meja dan kerusi. Bekalan elektrik kami ambil dari rumah
berhampiran. Sebenarnya adalah rumah keluargaku.
“Kamu lewat nampaknya.” Aku berkata
sebaik Hakimi menjulurkan kepala dari bawah.
“Semua rekod berkaitan sudah
hilang. Hanya satu sahaja yang tinggal. Itu pun kerana si penjenayah
mencicirkannya.” Hakimi bersandar lesu. Dia sedikit terkilan.
“Beri pada aku.” Aku ambil sehelai
kertas dari Hakimi dan kuperhatikan menggunakan kanta pembesar lalu aku
bandingkan dengan tulisan yang telah aku kumpulkan siang tadi. Aku bersuara
sejurus itu.
“Si penjenayah bertangan kidal.”
Aku berkata.
“Buktinya?” Hakimi masih belum
berminat. Tetapi setelah dia melihat tulisan itu menggunakan kanta pembesar dia
mula senyum.
“Betullah. Jadi kita dah dapat penjenayahnya.”
Hakimi bertanya.
“Sudah, dan aku tahu bagaimana dia
melakukanya. Malah sebelum mati mangsa juga sempat memberitahu siapa pembunuhnya.”
Hakimi tersengih dan ketawa kemudiannya.
“Ketika di bilik mangsa aku lihat
tulisan ‘S.M.P’ dan sekarang aku tahu maksudnya. Esok kita akan panggil mereka
yang terlibat dan kamu akan tahu siapakah Kristen.” Aku bersuara bila ketawa Hakimi reda.
Selepas menyelesaikan apa yang
patut, Hakimi pulang dan aku masih di situ.
Pagi-pagi lagi motosikal Hakimi
berbunyi bising. Asap hitam berkepul-kepul keluar dari ekzosnya. Dia tersengih
di atas pelana motosikalnya dan bila sahaja dia melihatku terus dilambai tangan.
“Cepat sikit penyiasat muda!” Dia
menjerit dan pagi itu aku membonceng motosikalnya ke Hospital Medik.
Setibanya kami di Hospital Medik,
kami disambut Pengarah Hospital dengan wajah kerisauan, malah ada peluh pada
dahinya. Aku kurang pasti adakah dia berdebar menanti keputusan kes atau dia
berdebar kerana sekejap nanti akan ditemuramah oleh para wartawan.
Kami bertiga berjalan ke
pejabatnya. Di dalam, sudah kelihatan Alice yang masih berpeluk tubuh, Thilaga
yang masih bermuka muram, Fadilah yang berwajah merah akibat menangis, Sister
Mona yang ceria dan Pengarah Hospital itu sendiri.
“Jadi siapakah yang cuai.” Sister
mona bertanya. “ Kamu berdua jangan takut saya akan minta keluarga mangsa
maafkan kesalahan kamu. Jadi sebelum penyiasat itu menyatakan siapakah
orangnya, baik mengaku.” Sister Mona masih senyum dan sesungguhnya dia seorang
yang berperwatakan ceria.
“Mangsa bukan mati tetapi telah dibunuh
seseorang!” Kata-kata Hakimi menyebabkan
semua orang terkejut dan Fadilah pula kembali menangis, mujurlah Sister Mona
menenagkannya
“Mustahil! Berani kamu kata
begitu.” Pengarah Hospital itu berkata.Peluh pada wajahnya semakin banyak.
Bermakna perkara itu benar-benar mengejutkannya dan ini bermakna perkara itu
sudah menjadi kes jenayah.
“Sudah tiga tahun pembunuhan itu
berlaku. Kesemua mangsa didaftarkan dengan penyakit lain dan mati akibat yang
sama iaitu serangan jantung mengejut.” Selepas berkata aku diam dan memerhati
setiap wajah yang berada di situ.
“Mereka dibunuh Sister Mona. ” Aku dan Hakimi memandang Sister Mona
serentak. Semua yang ada di situ tercengang. Sister Mona mula mengusap-usap
hidungnya yang agak berminyak dan itu tandanya dia sedang risau.
“Apa buktinya dan kenapa saya mahu
gunakan cara itu. Saya tak mungkin terfikir untuk guna cara itu.” Sister Mona
marah, wajahnya merah padam.
“Kamu mungkin tidak terfikir,
tetapi mungkin kamu akan mempertimbangkan semula selepas membaca kisah
Kristen H. Gilbert.” Aku bersuara keras,
menyebabkan semua senyap.
“Siapakah Kristen?” Alice berminat
dan Hakimi cepat-cepat mengangguk tanda meminta penjelasan.
Thilaga yang tadinya menunduk
bersuara.
“Kriten adalah jururawat pembunuh.
Dia telah membunuh secara terancang dengan menyuntik ubat jenis ephinephrine
secara berlebihan pada pesakit. Hampir separuh daripada kes kematian yang
dicatat sejak tahun 1991 disebabkan serangan jantung secara mengejut, sedangkan
pesakit didaftarkan dengan penyakit lain. Alasannya Cuma kerana mahu pulang
awal untuk berjumpa kekasihnya.” Thilaga kembali tunduk, mungkin kerana malu
atau rendah diri.
“Kalau begitu Thilaga adalah
pembunuhnya. Kerana dia tahu secara terperinci kisah Kristen dan sekarang dia
sibuk bercinta. Buktinya dia sering dilihat bersama seorang pemuda selepas
waktu kerja. Bukankah motifnya juga serupa untuk memadu kasih.” Pantas Sister
Mona berhujah.
Belum sempat Thilaga mempertahankan
diri. Hakimi memintas.
“Si pembunuh bertangan kidal.
Buktinya kesemua rekod ditulis seseorang yang bertangan kidal.” Hakimi
bersuara.
“Apakah buktinya saya yang menulis
kesemua laporan itu dan apakah benar saya kidal.” Sister Mona masih mengelat.
“Pen yang digunakan penjenayah
jenis dakwat cair. Jika seseorang itu kidal maka dia akan menulis dari kiri ke
kanan. Cuba perhatikan dengan teliti pada setiap huruf. Ada kesan seperti
dakwat yang tersapu. Ini kerana bila si penjenayah menulis,secara tidak sedar
dakwat yang belum kering akan tersapu ke kanan dengan sendirinya bila terkena
tangan atau pakaian kerana setiap huruf berada di hadapan pen.” Hakimi
menghulurkan kanta pembesar kepada Pengarah Hospital agar dia juga dapat
melihat apa yang telah dilihat oleh kami.
“Cuba perhatikan pada hujung lengan
uniform Sister Mona yang di sebelah kiri, masih terdapat kesan dakwat yang
belum hilang. Itu buktinya.” Hakimi tersenyum puas dan Sister Mona bungkam.
“Bukan itu saja Sister Mona juga
mempergunakan kecermekapan Fadilah dalam menjalankan jenayahnya dengan menukar
label pada tiub kaca.” Aku kembali bersuara.
“ Apa buktinya. Jangan sebarangan
tuduh, nanti saya saman kamu berdua.” Sister Mona masih cuba berselindung. Dia
kemudian mengusap-usap hidungnya.
“Pada pelekat di belakang label itu
terlekat serbuk putih. Serbuk itu hanya ada pada Sister Mona.”
“Harus diketahui sarung tangan
latex yang dipasarkan untuk kegunaan hospital adalah dalam bentuk ‘powder’ dan
‘powder free’. Kesemua kakitangan di wad ini menggunakan jenis ‘powder free’
hanya Sister Mona yang menggunakan jenis ‘powder’ kerana jenis ini mudah
disarungkan atau dipakai dan kurang melekat pada kulit, namun ia akan
menyebabkan tangan si pemakai berdebu akibat serbuk putih.”
“ Jadi sebelum menanggalkan lebel pada
tiub kaca,dia terlebih dahulu menanggalakan sarung tangannya agar label itu
dapat ditanggalkan dengan mudah dan
tidak rosak. Tetapi perbuatannya itu telah menyebabkan serbuk putih pada tangannya
melekat pada pelekat di belakang label. Ini bermakna Sister Mona telah melekatkan label ubat asma pada tiub ubat
jenis ephinephrine.” Aku merenung tajam
ke arah Sister Mona.
“Tapi saya bukan orang yang
terakhir barada di situ dan itu bermakna saya bukanlah pembunuhnya.” Sister
Mona masih mempertahankan dirinya.
“Ya Sister Mona bukan orang yang
terakhir,tetapi yang pertama.” Aku kemudian menyambung.
“Kesan kotoran pada baju Sister
Mona itu adalah tumpahan kopi. Menurut ketiga-tiga jururawat itu Sister Mona
bersama mereka minum pagi di bilik kecil wad. Sebelum dia meminta diri kerana
tertumpah air kopi. Tapi yang sebenarnya air kopi itu sengaja ditumpahkan agar
dia dapat melaksanakan jenayahnya untuk menukar label. Memandangkan saiz tiub
dan dan warna kedua-dua tiub sangat mirip, maka Thilaga dan Fadilah mudah
tertipu. Tambahan pula gelas yang berisi tiup juga kusam kerana serbuk putih
itu.” Aku duduk bersandar pada tiang sebaik habis berkata.
“Apa kaitan antara air kopi dengan
kematian mangsa?” Sister Mona menyoal.
“Kerana terdapat kesan kotoran
tapak kasut pada lantai bilik itu, dan kotoran itu adalah air kopi. Jika Sister
Mona masih menafikan. Kita hanya perlu menjalankan ujian pada kotoran di uniformnya dan
lihat adakah kepekatan kopi dan kandungan gulanya sama dengan kotoran pada
lantai bilik mangsa. Lagi pula pada cadar mangsa ada tertulis huruf ‘S.M.P’
atau lebih tepat Sister Mona Pembunuh” Aku
tersengih.
Sister Mona bungkam. Dia akhirnya
mengaku.
“Ya saya bunuh mereka. Saya
kasihankan mereka. Mereka menderita jadi lebih baik mereka mati.” Sister Mona
tunduk, air matanya jatuh. Kesemua yang ada ternganga, seakan tidak percaya.
Keesokan harinya terpampang di muka
depan akhbar tentang kehebatan Pengarah Hospital Medik yang telah berjaya menyelesaikan siri
pembunuhan yang sudah berlaku sejak tiga tahun. Senyuman lebarnya benar-benar
memualkan Hakimi.