Home Cerpen Thriller/Aksi Bangunan
Bangunan
29/4/2016 16:21:11
3,058
Kategori: Cerpen
Genre: Thriller/Aksi

"Semalam aku ada lalu dekat sebelah Jusco tu. Kau orang perasan tak dekat tepi tu ada satu bangunan lama?" Meor memandang Fuad dan Wina silih berganti.

"Perasan." Fuad menjawap dan Wina hanya menganggukkan kepala.

"Apa kata kita lepak dekat situ malam nanti? Port baik tu wei!" nampak benar Meor teruja hendak menyinggah di bangunan lama itu.

"Eh, tapi bangunan tu ada pemaju yang nak bangunkan balik, kan? Aku dengar cerita pemaju nak buat hotel kat situ." Wina akhirnya bersuara seraya air sirap limau dicapai dan disedut perlahan.

"Mana ada, bangunan tu pun dah lama. Aku rasa dari tahun 90-an lagi bangunan tu dah terbengkalai," ujar Meor, yakin!

Fuad diam tidak berkutik! Dia hanya menjadi pendengar. Sebenarnya Fuad antara yang penakut. Tetapi dia tidak mahu kalah dengan Meor. Lagi-lagi bila Wina ada sekali. Tak akan dia nak tunjuk lemah!

"So, boleh kita 'cari hantu' kat situ!" ujar Meor dan senyuman nipis tersungging di bibirnya.

"Aku okay je!" ujar Fuad bersemangat walaupun dalam hati sudah berdebar.

*****
Mereka bertiga berjalan perlahan memasuki kawasan bangunan lama itu. Bangunan setinggi 27 tingkat itu kelihatan suram dan menyeramkan. Bulu roma Fuad mula merinding. Bulu tengkuk juga mencanak naik tapi digagahkan juga langkah kaki mengekori Meor yang berjalan pantas seperti sudah biasa dengan kawasan itu.

Meor berhenti secara mengejut di tengah ruang lobi.

"Aku rasa kat sana sesuai untuk kita mulakan." Ujarnya dengan tangan menunjuk menghala ke arah pintu yang terletak di sebelah kiri.

Fuad dan Wina berpandangan sesama sendiri. Pelik!

"Kau biar betul. Takkan kita nak duduk dekat situ?" biasanya mereka akan berada di tengah ruang. Tapi kali ini, Meor mengarahkan mereka untuk menyiapkan peralatan di bawah tangga.

"Betul lah, kau orang tak percayakan aku kali ni?" soal Meor dengan suara mendatar. Lirikan matanya menyembunyikan sesuatu.

Fuad dan Wina pantas membentangkan tikar dan menyalakan lilin untuk menerangi kawasan yang kelam itu. Tidak kekoh untuk menyiapkan segalanya kerana mereka sudah beberapa kali duduk di bangunan atau rumah kosong untuk 'mencari hantu'.

Buk!!!

Bunyi hentakkan itu mengejutkan Wina. Terkaku dia di situ melihat Fuad yang terbaring berlumuran darah. Meor tersenyum sinis dengan kepala disengetkan dan pandangan matanya tajam menikam wajah Wina.

Wina mahu lari! Tetapi dia tersekat di bawah tangga batu itu. Akhirnya dia terjelepok jatuh di bucu dinding. Air mata sudah membasahi pipinya. Jantungnya semakin berdebar bila terdengar bunyi kaki melangkah menghampirinya. Meor berjalan perlahan sambil melentuk-lentukkan kepalanya menuju ke arah Wina. Badan Fuad dipijak tanpa rasa bersalah.

"Shhh, jangan menangis sayang... Ku seperti dulu... Rindu ku hanya padamu... Cinta ku hanya untukmu... Buat selamanya..." Dia duduk mencangkung di hadapan Wina sambil menyanyikan lagu dan tiba-tiba dia tertawa sendiri. Tangannya mengusap air mata yang bersisa di pipi pujaan hatinya itu.

"Apa kau buat ni Meor?!" tangan yang mengusap pipinya ditepis kasar.

"Apa aku buat?! Apa aku buat kau cakap?! Aku nak buktikan cinta aku pada kau, bodoh!" melengking suaranya. Tangan Meor mencengkam kuat rambut Wina membuatkan gadis itu terdongak. Mata Meor terjegil memandang wajah Wina.

Pantas tali yang ada di dalam beg diambil lalu dia mengikat tangan dan kaki Wina.

"Fuad!!! Bangun Fuad! Tolong saya!" terhenti jeritannya bila tangan sasa Meor singgah di pipinya. Perit!

"Meor, kenapa buat kami macam ni? Kita dah kawan lama. Sampai hati kau!" air mata laju turun membasahi pipi gebunya. Dia mahukan penjelasan!

"Aku buat macam ni sebab aku sayangkan kau! Tapi kau sikit pun tak layan aku macam kau layan Fuad! Aku benci tengok kau dengan dia!" pengakuan itu mengejutkan Wina. Mulutnya bergerak-gerak mahu menyuarakan sesuatu tetapi tidak terlontar suaranya.

"Dari aku tengok kau dengan Fuad, aku lagi rela tengok kau mati! Biar semua orang tak dapat!" ujar Meor seraya mencapai pisau yang sudah diselitkan di poket belakang. Wina kalut! Adakah nyawanya akan tamat di sini? Sungguh dia tak rela!

"Meor! Tolong jangan buat aku macam ni," terketar-ketar suara Wina bila mata pisau itu di layang-layangkan di hadapannya.

Meor terus mengusap pipi Wina dengan pisau itu. Rayuan gadis itu di biarkan sepi. Wina sudah menggigil ketakutan.

"Arrrghhhhhh!!!" jerit Wina bila mata pisau itu ditekan menembusi kulit pipinya. Darah pekat bercampur dengan air matanya.

Meor dengan rakus menorah-noreh wajah Wina. Dia tertawa melihat darah merah pekat yang keluar hasil dari torehan itu. Dia puas! Puas melihat Wina tersiksa!

Fuad tersedar dari pengsan. Dipegang kepalanya yang terasa pening itu. Terasa lendir di situ. Dia terkejut bila melihat tapak tangannya penuh darah. Otakknya terbejat! Apa yang berlaku?

Dia terperanjat bila terdengar jeritan Wina. Lagi sekali dia terkejut bila menyaksikan Meor sedang menyiksa kekasih hatinya. Perlahan dia bangun dan mencapai kayu beluti yang ada kesan darah itu.

Diangkat kayu itu setinggi kepalanya lalu dihayun kuat tepat mengenai kepala Meor. Meor terperanjat tetapi tidak mampu berbuat apa. Kepalanya sakit sekali. Berguling dia menahan sakit. Sekali lagi Fuad menghayunkan kayu itu tepat megenai muka Meor. Meor menjerit nyaring dan terus terkaku di situ. Pengsan atau mati, Fuad juga tidak tahu. Apa yang dia tahu dia dan Wina perlu keluar segera dari bangunan itu.

"Cepat Wina, kita keluar dari bangunan ni!" ujar Fuad sambil tangan laju membuka tali ikatan tangan dan kaki Wina. Dia memapah Wina yang sudah lemah.

Terhencut-hencut mereka melangkah keluar. Sesekali Fuad menoleh ke belakang, risau kalau nanti tiba-tiba Meor menyerang dari belakang.

*****

Pinn!!!!

Kedengaran bunyi hon dari arah belakang mereka berdua. Langkah Fuad terhenti. Wina pula antara sedar dan tidak. Dirinya sudah lemah benar dek kerana darah yang keluar dengan banyak.

"Kenapa ni, bang?" Soal pemuda dari dalam kereta jenis Proton Iriz itu.

"Jom saya hantar ke hospital!" ujar pemuda yang perihatin itu. Fuad tidak fikir panjang. Dia terus bersetuju.

Nasib mereka baik kerana tidak mati di tangan Meor, lelaki gila! Meor dijumpai tidak sedarkan diri di dalam bangunan lama itu oleh pihak polis selepas Fuad melaporkan kejadian itu. Sungguh dia tak sangka, kawan serumah yang selama ini menjadi kepercayannya adalah musuhnya sendiri!

Wina pula, semakin pulih. Cuma kesan luka di wajahnya membuatkan dia trauma. Pilu hati Fuad bila melihat Wina yang sekejap-sekejap ketawa dan sekejap-sekejap menangis.

Fuad redha. Dia tetap akan menunggu Wina pulih sepenuhnya. Dia pasti dan yakin, Wina akan kembali seperti sebelumnya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.