Home Cerpen Thriller/Aksi Sayap-sayap ke syurga
Sayap-sayap ke syurga
NaimTamdjis
19/10/2013 10:16:30
6,372
Kategori: Cerpen
Genre: Thriller/Aksi
Beli Sekarang

Cerpen pertama ; Sayap sayap ke syurga

Prolog

Pasukan kami briged kedua Al-Kassam kini telah berjaya menawan kubu kuat kem Israel infrantri kedua yang terletak 15 kilometer dari sempadan bertembok Palestin. Dahulu kawasan ini adalah milik Palestin yang subur dengan tanaman tetapi telah dirampas oleh Israel. Aku menyertai briged Al-Kassam, sebuah briged komando ditubuhkan untuk mempertahankan bumi Palestin. Aku sebagai Mejar pasukan diarahkan untuk menyerang kedudukan kem tersebut apabila tentera Israel menyerang Syria dan juga Jordan kelmarin. Panglima tentera kami mengatakan bahawa inilah peluang untuk kami mengambil balik tanah yang telah di rampas oleh Israel. Kerana kekuatan tentera mereka telah ditumpukan dan dihantar ke negara tersebut. Malam semalam kami telah menyusup melalui terowong yang telah di gali setahun sebelumnya.

Kami hanya bersenjatakan Ak47, pistol, anti kereta kebal, mortar, mesingan, roket anti pesawat aras rendah melakukan serangan pada malam Hanukkah ( perayaan cahaya bagi kaum yahudi ). Kami menyerang ketika mereka sedang hanyut dan mabuk merayakan perayaan tersebut. Dalam masa 2 jam sahaja kami berjaya menawan kem tersebut dan tentera Israel lari apabila kami menyerang bertubi-tubi. Banyak senjata yang ditinggalkan di kem tersebut di rampas oleh kami.

“Mejar. Banyak senjata anti pesawat yang kami dapat rampas” kata salah seorang tenteraku.

“Haniffa, arahkan orang-orang kita belajar menggunakannya. Saya yakin sebentar lagi pasukan bantuan dan pesawat Israel akan datang untuk merampas kembali kem ini” kami berkomunikasi menggunakan bahasa arab.

“Baik tuan!!!” Haniffa berlalu pergi. Aku melihat-lihat dokumen yang terletak di dalam bilik ini. Banyak maklumat yang aku dapat di sini. Sebentar kemudian, ketua komunikasiku Ustaz Farhan datang menemuiku.

“Assalaimualaikum. Ada apa ustaz?” kami bersalaman dan berpelukan.

“ Mejar. Briged 5 berjaya menawan Bandar Nahsa. Briged keenam berjaya menawan pekan El Shalom . Batalion 1 dan kedua tentera Palestin berjaya menawan Bandar Ben Aitum. Cuma Batallion kelima Hama tidak berjaya menawan kem Astur. Mereka mengalami kemalangan jiwa yang tinggi. Tapi pasukan simpanan sedang dalam perjalanan untuk membantu mereka” Ustaz Farhan memberikan maklumat terkini kedudukan pasukan tentera kami yang lain.

“Alhamdulillah. Segala yang dirancangkan berjalan lancar.” Tiba-tiba seorang tentera kami dari unit komunikasi masuk ke dalam bilik.

“Tuan!!! Radar kita mengesan segerombolan pesawat udara menuju ke arah kita!!!!” perkara yang aku telah jangka. Aku berlari menuju ke bilik radar. Di skrin radar.. terdapat 6 titik yang menandakan 6 pesawat sedang menuju kea rah kem kami.

“Bunyikan siren kecemasan lekas!!!!” aku berlari keluar daripada kubu. Keluar daripada kubu aku menjerit,

“Siapkan meriam anti pesawat!!! Mereka datang!!! Siapkan!!! Allahu Akbar!!!!” lantas tentera yang sedang berehat segera bangun dan berlari ke posisi untuk bertahan daripada serangan Israel. Aku berlari pantas ke salah satu meriam anti pesawat yang telah siap dipasang.

“Kita ada berapa anti pesawat yang boleh digunakan?” tanyaku kepada Sarjan yang sedang sibuk mengarahkan anak buahnya memasang meriam satu lagi;

“Ada 12 tuan” jawab Sarjan tersebut.

“Gunakan sebaik-baiknya. Kamu dan kamu. Tolong saya kendalikan meriam ini” 2 orang pegawai bawahan yang aku panggil segera datang ke arahku. Meriam Howitzer 65mm segera ditandu ke tempat yang aku rasa sangat strategik untuk menembak pesawat Israel. Sampai di tempat yang aku rasa sesuai… kami mula mengaktifkan meriam. Kemudian kami terdengar deruan pesawat di angkasa.. aku memandang ke langit. 6 pesawat sedang menghampiri kem.

“Jangan takut!!!! Allahu Akbar.. syurga pasti menanti kita.” aku menhidupkan bateri meriam dan mula melihat teropong untuk menembak. Jelas pesawat F16 buatan Amerika Syarikat sedang meluncur laju mencari kedudukan untuk mengebom.

“Duffffffffff…. Dufffffffffffff…. Duffffffffffff” bunyi tembakan Anti pesawat yang membingitkan telinga apabila kami mula menembak. Sedozen tembakan tidak mengenai pesawat Israel.. sebaliknya mereka berjaya mengebom beberapa kawasan kem.

“Allah.. tolonglah kami ya Allah. Sesungguhnya Engkau maha pengasih dan maha penyayang” aku mengenggam gear pandu tembak. Sebentar kemudian sebuah pesawat dalam jangkauanku. Aku melepaskan tembakan bertalu-talu… salah satu terkena ekornya. Seketika kemudian pesawat tersebut berasap dan terhempas. Kami bersorak dan bertakbir, ini menambahkan semangat kami. Aku terus menyasarkan peswat lain. 2 buah pesawat lagi berjaya dijatuhkan oleh senjata anti pesawat kami. Nampaknya senjata makan tuan. Tiba-tiba ;

“Tuan!!! Pesawat bantuan mereka datang dari belakang!!!” jerit salah seorang tenteraku. Aku segera mengalihkan muncung senjata ke kedudukan belakang . Kemudian aku menembak bertubi-tubi. Tetapi aku melihat satu bom berpandu dijatuhkan oleh salah satu pesawat menyasarkan kepada kami.

“Lari” kataku sebaik sahaja melihat bom itu meluncur laju ke arah kami. Aku dan pegawai aku yang lain berlari meninggalkan senjata. Baru beberapa langkah, bom berangkai tersebut tepat mengenai senjata kami tadi…

“Bufffffffffffffffffff” ledakan yang memekakkan telinganya. Akibat tekanan bom yang dilepaskan, aku tercampak sendirinya beberapa meter. Serpihan bom mengenai tubuhku. Aku terbaring tidak bermaya. Sakit sungguh aku rasakan di dadaku. Telinga berdesing.. mataku berpinar. Kaki aku rasakan kebas.

“Tuan… tuan” seseorang datang memangku kepalaku.

“Allahu akbar” mataku semakin kelam.. gelap.


sambungannya di dlm antologi cerpen jiwa kacau terbitan karangkraf. InsyaAllah

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.