REMY, seorang samseng yang bekerja dengan
lintah drat. Kegiatannya dilakukan dengan penuh berhati-hati. Adakalanya Remy
berkeras dengan pengnutang hingga menyebabkan kecederaan.
Remy
tidak sesekali memberi muka kepada pemiutang. Dia tidak pernah gagal mengutip
hutang dari penghutang yang dicari. Remy sentiasa mendapat pujian dari ketuanya.
Remy akan tersenyum bangga.
“Mr.
Amar Asyraf…” Bahu seorang lelaki dicengkam kuat dari belakang.
Lelaki
yang dipanggil namanya itu menoleh. Wajahnya berubah menjadi pucat.
“Enci
Remy, berilah saya satu minggu lagi.”
Remy
mengoyang-goyangkan jadi telunjuknya sebagai isyarat ‘tidak’ kepada lelaki
tersebut. Tempoh sudah diberikan. Harp muka kacak dan bergaya tetapi hutang
dibayar tidak mengikut tempoh. Mahu tangguh-tangguh pula.
Remy
bersiul-siul mengira wang yang berjaya dikutip. Lelaki berpakaian pejabat itu
hanya mampu melihat langkah Remy beredar dengan wang miliknya. Jika dia melawan
maka habuannya adalah buku lima. Dia tidak sanggup mukanya pecah ditumbuk oleh
Remy. Salahnya juga kerana meminjam wang dengan lintah darat.
Seorang
makcik kelihatan sedang memangku mangkuk tingkat dengan kepala yang menunduk. Kain
yang direntangkan tiada dilihat apa-apa barang jualan di atasnya. Kosong? Remy kerut
dahi. Barangkali makcik itu peminta sedekah tetapi tidak ada seorang pun
manusia yang lalu-lalang di hadapannya menghulurkan duit kepada makcik
berkenaan.
Simpati
pula Remy melihatnya. Lantas dia merapati makcik itu. Remy menghulurkan wang
lima puluh ringgit. Makcik itu hanya menundukkan kepalanya. Remy hairan.
“Sedekah
untuk makcik,” ujarnya lembut.
Makcik
itu menggeleng.
“Kenapa
makcik tak nak?” soal Remy.
“Makcik
lapar. Makcik tak nak duit.”
Dahi
Remy berlpis-lapis. Dia memandang pada mangkuk tingkat pada riba makcik itu. Masakan
tiada nasi dan lauk-pauk dalam mangkuk berkenaan.
Remy
beredar meninggalkan makcik yang bersama mangkuk tingkatnya itu. Dia menuju ke
sebuah kedai makan berdekatan. Remy membelikan nasi bungkus untuk makcik itu.
Apabila
dia kembali di tempat berkenaan, makcik
itu sudah tiada. Hanya mangkuk tingkat yang ditinggalkan. Remy menghela nafas
kecil.
******
REMY meletakkan mangkuk tingkat pada
dada meja. Entah mengapa dia ringan tangan membawa mangkuk tingkat itu pulang
ke rumahnya. Remy menongkat dagu di meja smbil memusing-musingkan mangkuk
tingkat yang tidak dibuka itu. Apa agaknya isi di dalamnya? Kosong? Atau ada
isi yang lain?
“Mana
kau dapat mangkuk tingkat tu, bro.
Girlfreind kau buatkan bekal untuk kau ke?” Sapa sahabat memernagkap rakan
serumahnya, Rudy yang kebetulan ke dapur untuk mencari minuman di dalam peti
ais.
Remy
mengangkat mukanya.
“Kau
fikir si Emma tu rajin sangat nak masakkan untuk aku. Perempuan tu pemalaslah.”
Desis Remy. Sempat dia mengata kekasihnya itu di belakang.
“Pemalas
tapi girlfriendkau tu cun.” Komen
Rudy.
Remy
hanya tersengih.
“Aku
nak masuk tidurlah. Berehat. Esok ada job
lagi.” Remy bingkas bangun. Mata Rudy tertumpu pada mangkuk tingkat di dada
meja makan.
“Mangkuk
tingkat kau tu?”
“Aku
tak tahu apa isinya. Kau bukalah sendiri. Kalau ada makanan dalam tu kau
lahaplah sorang-sorang. Aku dah kenyang.” Remy terus memijak anak tangga
satu-persatu.
Rudy
membelek mangkuk tingkat terbabit lalu dia membukanya. Terbeliak mata Rudy apabila
dia menarik satu demi satu mangkuk tingkat tersebut.
“Apa
benda ni?” Bau yang hanyir menular ke rongga hidung. Tekaknya mula mual.
Rudy
memeriksa isi di dalamnya dengan sudu. Lantas tanpa berlengah dia bergegas ke
sinki dapur.
“Uwekkkk!”
Siapalah
yang berikan mangkuk tingkat berisi hati, limpa dan tali perut manusia itu
kepada Remy? Rudy bergegas nak ke atas menerpa ke pintu bilik tidur Remy. Pintu
bilik itu diketuk bertalu-talu.
Remy
malas-malas bangkit dari tilam empuknya. Lesu badan. Apa hal pula Rudy mengetuk
pintu biliknya sampai bergegar begitu?
“Kau
kenapa?” Rengus Remy sebaik membuka pintu biliknya.
“Mana
kau jumpa mangkuk tingkat tu, bro?”
“Kenapa
dengan mangkuk tingkat tu?” Remy mengaru-garu rambutnya yang sudah serabai.
“Kau
tengok sendiri.”
Tiada
pilihan. Remy mengekori langkah sahabatnya itu. Mangkuk tingkat yang dibuka
oleh Rudy masih terletak atas meja. Remy merapati meja. Riak muka tidak seperti
terkejut. Dia sampai salah satu dari bekas itu lalu ditunjuk pada Rudy.
“Daging
salai je pun.”
“Hah!”
Rudy tersentak. Dia merampas bekas mangkuk tingkat itu dari tangan Remy.
Matanya tidak menipu. Bekas-bekas itu berisi hati, limpa, dan tali perut
manusia. Bagaimana boleh bertukar menjadi daging salai pula? Pelik.
“Kau
nampak apa dalamnya tadi?”
“A…
aku… aku…” Rudy tergagap-gagap.
“Kau
ada masak nasi tak? Aku rasa lapar pulak.” Remy menarik kerusi. Bau daging
salai itu menyelerakan. Rudy sekadar mengangguk.
Rudy
memeriksa dua lagi bekas mangkuk tingkat itu. Isi di dalam sudah bertukar. Hati
masak kicap dan gulai lemak perut lembu. Rudy menelan liur. Remy mengambil
periuk nasi dan pinggan letak atas meja. Nasi putih dicedukkan masuk ke dalam
pinggan.
“Kau
tak nak join aku makan sekali?” pelawa Remy.
Laju
Rudy menggeleng. Dia hanya duduk memerhatikan Remy makan dengan berselera
sekali. Dua tiga suap masuk ke dalam mulut Remy. Suapan seterusnya buat Rudy
terkedu. Tekaknya berasa mual lagi melihat darah yang meleleh-leleh dari bibir
Remy. Lebih memualkan bila dia melihat Remy meratah tali perut yang masih
mentah itu. Rudy tidak mampu menahan lagi. Dia meninggalkan meja tersebut.
Selera makannya terus mati.
Licin
lauk-pauk dalam mangkuk tingkat itu. Remy mengusap-usap perut. Sedap!
*****
SERBA salah pula kerana dia menghabiskan
lauk-pauk di dalam mangkuk tingkat itu. Remy tidak dapat menahannya. Masakkan
lauk-pauk di dalam mangkuk tingkat itu sedapnya luar biasa sekali. Remy
mencari-cari makcik itu di lorong tersebut. Dia mahu memulangkan mangkuk
tingkat yang diambil dan memohon maaf.
Tiada
kelibat makcik itu kelihatan. Remy cuba bertanya pada seorang lelaki tua bercermin
mata hitam yang duduk menjual tisu di situ.
“Pakcik
ada nampak tak makcik yang duduk di sini semalam?”
“Pakcik
tak tahu sebab pakcik tak nampak. Pakcik buta.” Lelaki tua itu membalas.
Buta
pula. Ingatkan buat-buat buta. Remy melepaskan keluhan kecil. Kemudian saja dia
mencri makcik itu. Dia perlu segera membereskan kerjanya yang tertangguh.
Mangkuk tingkat itu ditinggalkan saja di tempat makcik semalam itu duduk.
LEWAT malam Remy sengaja melalui lorong-lorong
sunyi berdekatan Pasar Seni itu semula. Dia bersiul-siul sambil menyeluk kocek
seluar jean. Malam-malam begini barulah syok jalan-jalan. Sunyi sepi tidak
ramai orang. Remy tak menjangka makcik
mangkuk tingkat berada di situ tengah malam begini. Duduk di tempat yang sama
sambil memangku mangkuk tingkatnya.
Remy
segera merapati. Bibirnya mengulum senyuman. Makcik itu hanya menundukkan
kepala. Rambutnya yang keputihan mengerbang hingga menutup hampir sebahagian
wajahnya. Bau pada tubuh makcik itu menggangu pernafasan Remy. Hanyir bercampur
busuk. Makcik itu tidak pernah mandi agaknya.
“Makcik…
saya nak minta maaf sebab habiskan lauk-pauk dalam mangkuk tingkat makcik. Saya
ambil mangkuk tingkat makcik tanpa izin pula.”
Makcik
itu diam.
“Saya
minta maaf ye makcik.” Remy seluk kocek mengeluarkan dompet duitnya lalu
dihulurkan dua keping wang not lima puluh kepada makcik itu.
Makcik
itu hanya diam tidak berkutik. Remy gigit bibir. Dia tarik tangan makcik itu
yang pucat kebiruan dan mengelupas kulitnya. Dia letakkan wang tersebut ke
telapak tangan makcik itu. Remy segera beredar.
*****
MANGKUK tingkat makcik itu berada di
atas meja makan rumah Remy. Remy mengusap dagu. Sampai saja di rumah, dia lihat
ada mangkuk tingkat di meja makan. Bila pula makcik itu menghantar mangkuk
tingkat ke rumahnya? Rudy yang baharu pulang dari melaram turut memberikan
reaksi yang sama dengan Remy. Terkejut.
“Kau
tak pulangkan lagi ke?” Rudy bertanya.
“Aku
dah berikan semula mangkuk tingkat ni pada makcik tu.”
“Kau
biar betul?”
Remy
bercekak pinggang. Tidak mungkin makcik itu boleh menyelinap masuk ke rumahnya.
Rumahnya berkunci. Remy membelek-belek mangkuk tingkat tersebut. Ringan. Tidak
seperti sebelum ini. Dia membukanya. Wang not lima puluh ringgit terdapat dalam
mangkuk tigkat terbabit.
Duit
yang aku bagi dekat makcik tu? Hati kecil Remy berbisik.
“Duit
siapa tu?”
“Aku
nak pulangkan semula mangkuk tingkat ni kat makcik tu. Aku rasa dia ada lagi
kat tempat tu.” Mangkuk tingkat itu digapai.
“Dah
lewat malam, bro. Kau buang saja
mangkuk tingkat tu.” Rudy menegah. Seriau pula bila melihat mangkuk tingkat
itu.
“Kau
ingat aku takut keluar tengah malam macam ni. Tak guna aku jadi orang bawahan
Mr. Ong yang digeruni jika keluar malam nak pulangkan mangkuk tingkat ni aku
kecut. Makcik tu orang tua je.”
“Ini
bukan masalah kau digeruni atau tidak. Dengar nasihat aku, bro. Buang saja mangkuk tingkat tu.
“Apa
hal kau ni? Muka pun pucat semacam?”
“Aku
rasa makcik yang kau jumpa ni, puaka. Hari tu lauk-pauk dalam mangkuk tingkat
tu bukannya hati masak kicap, daging salai dan gulai lemak perut lembu. Aku
nampak hati, limpa dan tali perut manusia. Mual tekak aku tengok kau makan, bro.” Serius Rudy bercerita.
Remy
ketawa. Kata-kata Rudy itu berbaur kelakar. Dia makan hari itu tidak terasa pun
makan daging mentah. Bau hanyir pun tak melekat di hidung.
“Aku
tak main-main, bro.”
“Hari
tu aku ambik mangkuk tingkat ni tanpa keizinan makcik tu. Aku bagi duit sebagai
tnda minta maaf. Aku jumpa dia sebelum aku nak balik rumah.”
“Kau
jumpa kat mana makcik tu?”
“Kau
tak perlu tahulah kat mana aku jumpa makcik tu. Aku nak keluar sekejap
pulangkan balik mangkuk tingkat ni.”
“Ikut
suka kaulah!”
Remy
menyarung semula jaket kulitnya.
*****
MAKCIK itu seperti menunggu
kehadirannya. Tidak berganjak dari tempat duduknya. Remy mengukir senyuman. Diserahkan mangkuk
tingkat kepada makcik itu.
“Saya
tak tahu macam mana mangkuk tingkat ni berada di rumah saya semula? Sedangkan
saya sudah memulangkan pada makcik.”
“Kamu
habiskan makanan makcik,”
Tiba-tiba
makcik itu bersuara. Dia mengambil mangkuk tingkat dari tangan Remy denngan kasar.
“Saya
minta maaf. Saya bagi makcik duit, makcik tak mahu.”
“Hehehehe…
duit kau tak boleh berikan aku makan!”
“Makcik…
duitlah boleh berikan manusia tu makan, minum dan harta benda.” Kalau tiada
duit hidup akan merempat macam makcik itu.
“Makcik
tak nak duit.”
“Makcik
nak apa? Saya akan gantikan dengan lauk-pauk yang saya makan tu.”
“Hehehehe…”
Makcik itu ketawa mengekek-ngekek.
Kepalanya
diangkat. Tengadah Remy melihat wajah makcik mangkuk tingkat itu. Hilang
bicaranya. Remy mengorak langkah jarak jauh.
“Makcik
nak daging segar, hati segar, limpa segar, semuanya segar!” Makcik menjilat
bibirnya dengan lidah yang terjelir keluar. Air liurnya yang berwarna seperti
kehitaman itu meleleh keluar apabila melihat Remy. Remy seperti makanannya yang
cukup lazat.
“Argh!”
Remy
membuka langkah tetapi kakinya bagaikan dipasung. Makcik bersama mangkuk
tingkatnya sudah berada di depan mata Remy. Sengihan makcik itu kian melebar
menunjukkan gigi-gigi runcingkan yang warna kekuningan.
*****
SEBUAH bangunan tinggal terletak di
pinggir bandar.
Kepala
Remy terletak di atas meja kayu berlumuran darah tanpa tubuh badan. Kedua belah
matanya terbuka luas. Bunyi parang seperti menetak-netak jelas kedengaran.
Mangkuk tingkat terletak di meja makan.
Tubuh
Remy dikerat-kerat dengan parang seperti memotong ayam. Makcik mangkuk tingkat
tidak sabar untuk mengambil hati, limpa dan tali perut kesukaannya untuk
dijadikan hidangan. Makcik mangkuk tingkat menyanyi-nyanyi di dapur. Lidah yang
terjelir menjilat darah yang melekat pada bilah pisau.
“Sedapnya…
sedapnya…” Makcik mangkuk tingkat mengekek ketawa. Selepas Remy, tidak
diketahui siapa akan menjadi mangsanya.
TAMAT