Kan Dah Kena!
Oleh : Zhar Aruzi Hairi
Bulan yang mengambang penuh betul-betul diatas kepala.
Cahayanya menerangi hampir segenap ceruk. Bayang pokok-pokok di sekeliling
kelihatan berbalam-balam dan menakutkan. Malam bulan penuh juga dikatakan masa
yang paling banyak makhluk di alam lain bersantai.
Kelihatan tiga kelibat di halaman istana lama itu. Zulkarnain
duduk bersila diatas tanah. Jari jarinya sibuk menekan kekunci handphonenya.
Dua orang kawannya yang datang sekali pun sama. Asyik dengan telefon
masing-masing.
“Yes!!! Dapat jugak!” Jerit Ah Keong. Zulkarnain dan Redha
memendang serentak.Tertarik untuk mengetahui apa yang dijeritkan.
“Aku dapat Clefairy!”
“Dasyat juga lu, Keong. Kejap lagi kita try battle nak?”
Umpan Redha.
“Tak boleh la bro. Wa pun tak boleh lama-lama kat sini. Wa
budget dalam setengah jam lagi bateri habis. Powerbank pun dua-dua dah guna.” Rungut Ah Keong.
“Apa susah. Lu pinjam sekejap dengan Zul. Dia bawak tiga
powerbank”
“Ceh, jangan nak mengada. Aku menapak sampai ke sini pun
sebab nak cari spesis yang rare punya. Powerbank
tu memang aku prepare untuk main kat
sini. Selagi tak dapat aku tak nak balik” Balas Zulkarnain.
Mereka tidak menyedari ada kelibat lain yang sedang
memerhati dari tadi. Setiap gerak langkah mereka diperhatikan dengan teliti.
“Dasar budak degil. Aku dah pesan jangan datang, Korang
datang jugak” bebel empunya badan.
Cepat-cepat dia menyorokkan kepala sebaik perasan Zulkarnain berpaling
kearahnya.
“Kejap lagi, aku pulak yang akan main-mainkan korang”
“Lu rasa sini ada hantu tak?” Ah Keong bertanya sambil
mengunyah coklat.
“Mulut lu jaga sikit Keong. Ni dah tengah-tengah malam.
Kalau dia keluar, pokeball kau tu pun
tak boleh nak tangkap tau.” Pesan Zulkarnain.
“Lu berdua berani apa. Kalau benda tu datang, lu baca-baca,
lari la dia kan?” hujah Ah Keong sambil tersenyum mengejek.
“Jangan nak memandai-mandai la Keong. Bukan masa ni nak diskus hal macam ni. Kita datang sini
nak main kan?” Redha cuba meredakan suasana. Ah Keong kembali menumpu kepada handsetnya. Ada sesuatu yang menarik
perhatiannya.
“Tang!”
Seketul batu mengenai atap istana lama di belakang mereka.
Bertingkah bunyi batu sederhana besar itu jatuh dari birai atap.
“Siapa ?”
Zulkarnain mengurut dada kerana terkejut. Dia saling
berpandangan dengan Redha.
Keadaan kembali sunyi.
“Jom blah oii. Aku rasa tak sedap la” Cadang Zulkarnain.
“Bukan senang nak datang sini loh. Port baik apa. Banyak Pokemon kat sini. Kalau Lu takut, duduk
dalam kereta je la. Pasang radio kuat-kuat” Ujar Ah Keong. Redha mengangguk seolah
mengiyakan. Dia masih asyik dengan pokemon
gonya.
“Memang kerja gila ni!” getus Zulkarnain sambil meneruskan
permainan.
Beberapa hari
sebelumnya.
Hezry berlari laju sebelum melompat melepasi bangku. Lagak
hebatnya itu menarik perhatian beberapa orang yang ada di situ. Namun tak
seorang pun yang nampak kagum.
“Kau ni budak parkour tahap berapa? Jatuh tadi pun kaki tak
balance” Komen Redha. Hezry tersengih-sengih sambil menarik nafas.
“Kau demo lagi sekali Keong” Arah Redha.
Ah Keong merewang tangan tanda tak mahu. “ Aku nak tangkap
pokemon dulu”
“Aku nak buat sekali
lagi” Rayu Hezry.
Dia berlari semula
beberapa meter ke belakang. Redha bersedia dengan handphone untuk merakam.
“Start!” Jerit Redha. Kamera handphone ditala mengikut gerak langkah Hezry.
Kali ini langkahnya jauh dari yang pertama tadi. Lompatanya
pula dicantikkan dengan gerakan balik kuang. Cuma jatuhannya tersasar kerana
imbangan yang tidak tepat. Hezry melanggar bangku yang berada dihadapannya.
Kakinya terseliuh.
“Kurang practice la tu” Zulkarnain yang hanya memerhati tadi
mengulas.
Hezry memegang buku lalinya sambil mengurut-ngurut. Dia
mengetap bibir menahan rasa sakit.
“Dari kau buat macam tadi, lagi bagus kalau kau main Pokemon Go ni je” Ah Keong memerli. Hezry
terasa sangat.
“Kalau nak parkour
lagi, parah aku nanti. Baik aku cari Pokemon yang paling power dan cabar
diaorang semua!” Janji Hezry di dalam hati.
“Kita nak ke mana ni?” Tanya Zulkarnain yang tak tahu hujung
pangkal. Dia hanya datang setelah Ah Kong menjemput di Whatapps tadi.
“Kita pergi tangkap Pokemon la. Apa lagi?” Redha menjawab
sambil menghidupkan enjin kereta.
“Dah malam sangat ni. Kita nak ke mana?”
“Kita ke Istana Lama di lereng Bukit Larut.” Jawab Ah Keong
bersahaja.
“Jauh tu. Ade ke Pokemon kat situ?”
“Itu aku tak pasti. Tapi ada Whatapps dari Hezry yang cabar
kita lawan dia kat sana”
“Kalau mangkuk tu yang ajak, aku tak tolak. Dah la putus
sahabat, berani pulak cabar kita."
Sekarang.
“Yes!! Dapat lagi” Jerit Zulkarnain kegembiraan. Sasarannya
dapat ditangkap lagi. Storan di dalam Pokeballnya kini berjumlah 28. Matanya
sempat menjeling Ah Keong yang masih berusaha untuk menangkap Jinglypuff.
“Tang!”sekali lagi bumbung istana lama itu dibaling.
Kali ini Redha sudah bersedia. Sepantas kilat dia berlari
kearah belakang. Ada kelibat hitam di belakang semak samun di situ.
“Jangan lari!” Jeritnya. Ah Keong dan Zulkarnain turut
berlari kearahnya.
Redha mencengkam belakang kolar baju Hezry.
“Bro, apa lu buat kat sini?” Soal Ah Keong. “ Kata dah tak
join kitaorang?”
“Lu semua yang sengaja datang kat port aku ni kan?” soal Hezry balik. Satu persatu muka-muka yang ada disitu ditenungnya.
“Kau yang cabar kami datang sini. Dah tu apa yang kau buat
apa kat sini?” Redha pula menyoal.
“Bila masa pulak aku cabar. Whatapps pun aku tak bukak. Aku dah
setting gym kat sini. Yang korang
datang menyibuk apa pasal”
“Releks la bro. Kita sama-sama nak main game ni. Kongsi yang
mana patut. Main aje, la tak payah nak gaduh-gaduh!” Zulkarnain cuba
menenangkan keadaan.
“Apasal kau-baling-baling macam tadi? Nak takutkan kami ke?”
Redha masih belum puas hati.
“Memang pun aku nak takutkan korang. Bagi korang cabut
balik. Tapi korang semua boleh tahan jugak beraninya” Akui Hezry. Ah Keong
tersenyum kerana merasa dipuji.
“Dah..dah aku nak sambung game. Kalau korang nak
gaduh..gaduhlah kat sini” Ah Keong balik semula ke tempat dia bermain tadi.
“Kita Battle!” Hezry mencabar.
“ Ok, aku setuju” Sahut Redza. Masing-masing mencapai
handset.
“Aku nak ubah sedikit syarat pertandingan” Hezry memberikan
saranan. Yang lainnya hanya menunggu apa yang bakal dicadangkannya.
“Kalau siapa kalah, semua pokemonnya hendaklah diserahkan
kepada yang menang. Dan pokemon trainernya
juga kena menyerah kepada yang menang.
“Syarat gila apa yang kau buat ni. Memandai pulak tambah!.
Mana boleh libatkan trainer” Redza
meluahkan rasa tidak puas hati.
“Aku cadangkan apa yang aku rasa patut je. Korang bertiga
yang akan lawan aku. Hebat-hebat pulak tu. Ah Keong pun dah capai sampai level
berapa, dan pokemon dia pun semuanya power-power. Takkan takut kot” Cabar
Hezry.
“Aku tak takut. Cuma rasanya macam idea tu gila sikit.” Ah
Keong memberikan pendapat. “Kau yakin ke yang kau boleh menang”
“Ha..ha.. yang tu bergantung pada nasib aku. Dan pokemon special aku”
“Aku dah tak sabar nak telan Pokemon dia ni. Apa dia mintak tadi,
aku ikutkan jer” Redza sudah tidak sabar untuk beraksi.
Pertandingan antara Redza dan Hezry mengikut format tiga
lawan tiga. Tiga Pokemon bagi setiap orang akan berlawan. Kemenangan akan
berpihak kepada siapa yang mempunyai Pokemon yang dapat bertahan paling lama.
Redza mengeluarkan Pokemon bernama Mankey sebagai taruhan awal. Pokemon yang bertubuh dan berwajah
seakan monyet. Dia tahu yang Hezry akan mengeluarkan lebih kuat untuk berlawan.
Tektik Redza adalah untuk kalah dahulu bagi membaca gerakan lawan yang
seterusnya.
Hezry yang duduk bertentangan hanya tersenyum sebaik
memandang lawannya.Peluang sekarang berpihak kepadanya kerana dia berpeluang
mengeluarkan pokeman yang lebih hebat. Pokeball yang dipilihnya mengeluarkan
pokemon yang bernama sandshrew. Pokemon seakan tenggiling itu dipilih kerana
sistem pertahanannya. Lawannya lebih kepada kekuatan fizikal.
“Mampus Mankey tu
kalau kena Rock slide Sandshrew tu nanti”
Bisik Ah Keong pada Zulkarnain.
“Belum tau bro. Redza tu kan bijak” Balas Zulkarnain.
Taktik Redha menggunakan Mankey untuk bertahan dan menyerang
memang menjadi. Dia menunggu sehingga Bar special movenya penuh sebelum
melancarkan serangan. Pokemon Sandshrew
yang gagah didalam tanah itu dipermainkan dengan gerak lincah Mankey.
Hezry yang menyerang dari tadi agak kecewa kerana lawannya
belum tewas lagi. Dia tidak mahu gymnya
dirampas macam tu sahaja.
“Kejap lagi. Gym
ni akan jadi hakmilik kami pulak” Redza menyuarakan keyakinan. Hezry sedang
terkial-kial menekan kekunci pada handphonenya.
“Kalau dah tak terer, memang tak terer sampai bila-bila”
Gumam Redza sebagai serangan psikologi kepada Hezry. Suara Hezry mendengus
menahan marah membuatkan mereka bertiga tersenyum.
“Game ni bukan ke haram” Ah Keong bertanya di sebalik
keasyikan mereka bermain. Zulkarnain yang tadinya asyik melihat skrin Redza
beralih pandangan.
“ Kau ni dah kenapa? Dari tadi asyik tanya yang
bukan-bukan…. Benda ni macam rokok jugak la. Dah fatwa haram pun, ada yang
hisap jugak.”
“Hmmm… Kamu semua memang degil kan.”
“Kau pun sama jer.”
Pusingan pertama memberikan kemenangan kepada Redza. Hezry agak
gelisah untuk mengeluarkan Pokemon yang kedua.
“Kenapa bro, baru satu
round kalah dah gabra?” Ah Keong menyoal.
“Kau tengok la nanti” Balas Hezry.
Ada kepulan asap nipis sebaik dia melemparkan pokeballnya.
Seekor makhluk berambut panjang panjang dan berbaju putih terapung-apung di
udara.
“Ah..Pokemon apa pulak ni?” Redza mencari-cari maklumat
mengenai pokemon yang baru dilihatnya tadi dalam pokedex. Namun tiada maklumat diperolehi.
Ah Keong dan Zulkarnain juga terkejut.
“ Aku kenalkan pada korang, PontiMax. Tak payah cari dalam pokedex tu. Memang tak jumpa.”
“ Mana boleh guna pokemon
yang tak ada dalam list” Bantah Zulkarnain.”Kau main cheatmode ni”
“ Takkan aku pakai pokemon lain sikit kau dah goyang” Perli
Hezry.
“Jangan buang masa. Jom sambung” Redha pula tidak
sabar-sabar untuk meneruskan permainan.
Dia pantas menekan pada skrin membuatkan Pokemonnya Mankey menyerang PontimaxHezry. Sebaik mahu membuat pukulan, Pontimax tiba-tiba menghilang. Kemudian kedengaran bunyi mengilai
sebelum skrin handphone Redha tiba-tiba terpadam.
Semua yang ada mulai meremang bulu roma!
“Ish, Jangan la buat hal masa ni” Redza memeriksa
powerbanknya. Risau kalau-kalau itulah punca handsetnya mati. Tapi masih banyak kuasa bateri yang ada.
Tiba-tiba sahaja dia merasa angin sejuk dihadapan mukanya. Kemudian
satu cakaran mengenai mukanya hingga terkeluar biji mata.
“Arrrghhhh !!!!” jeritan Redza kesakitan disambut dengan
hilaian yang menakutkan. Dia menekup mata dan cuba bergerak namun tetap terpaku di situ.
“Ni bukan pokemon dah… ni syaitan yang berlawan ni”
Ah Keong dan Zulkarnain mengambil langkah mahu melarikan
diri sebelum kaki mereka tiba-tiba terpaku di tanah.
“Apa ni Hezry?” Jerit mereka berdua serentak. “ Kau main
kasar ni”
“Memang aku sengaja umpan korang. Whatapps suruh korang semua
ikut jejak aku sampai ke sini. Main apa yang aku main. Seronok macammana aku seronok. Sekarang…rasakan pulak sengsara, macam
yang aku rasa.” Jawab Hezry dengan
mukanya yang semakin berubah menjadi pucat kebiruan.
Redha, Ah Keong dan Zulkarnain turut merasai pengalaman yang
sama. Kaki mereka mulai sejuk dan seterusnya bertukar menjadi pucat kebiruaan. Tubuh
mereka kesejukan hingga mengeletar.
“Kami dah jumpa kereta tu, tuan.” Lapor anggota polis sambil
melihat bonet kereta berwarna merah di sebalik kiambang.
“Mangsa macam mana?” Tanya pegawai yang bertugas di hujung
talian.
“Rasanya semuanya terperangkap di dalam kereta tuan. Nampak
macam ada tiga mayat kat dalam kereta tu”
“Baiklah. Nanti saya ke sana”
Anggota polis tadi memandang kearah rakan sekerjanya di
sebelah. “ Kau tahu macammana kita boleh kesan kereta ni”
“Mana la aku tahu. Aku kan ikut arahan jer”
“Ikut GPS Pokemon Go.
HQ check last location diaorang main”
“Boleh pulak macam tu. Jadi, Diorang ni datang sini nak main
pokemon la”
“aku rasa macam tu la. Dan bukan satu kereta je dalam parit
tu. Ada satu lagi.”
“ Biar betul. Mana kau tahu?”
“ Kan nampak dari sini” katanya sambil menunjuk ke satu
arah. Polis yang satu lagi mengalih pandangan ke situ.
“Kau rasa pemandu yang satu lagi tu main pokemon jugak.”
Anggota polis yang pertama tadi menganggukkan kepala. Itu telahan
awalnya.
“Apa kita nak buat sekarang?”
“Kita tunggu semua sampai dulu. Nanti Bomba dan Ambulan pun
akan datang jugak. Kemudian tunggu
arahan seterusnya dari tuan Shafie”
“Kalau macam tu. Kita rehat sekejap.”
“Apa teori kau yang diorang masuk ke dalam parit tu?”
Anggota Polis dengan tag nama Hamdan itu menyoal.
“Senang je. Dua-duanya pemandu kereta tu ikut arahan
pemanduan GPS la tu. Kawasan yang boleh lalu dengan kawasan berparit sudah
bertukar. Kalau malam lagi la susah nak nampak. Bila jalan ikut situ je,terus
ke dalam parit” Balas kawannya yang bernama Kamarul.
“Takkan diaorang tak cuba lepaskan diri”
“Bukan senang nak lepaskan diri kalau panik. Tambahan pulak
kalau dan tertidur. Takkan tiba-tiba nak bangun kot”
“Apa yang kau buat?” Kamarul apabila melihat rakannya
menghidupkan handset.
“Main pokemon”
“Mana boleh? Kita kan dalam tugas ni.”
“aku tahu la. Ini pun hal kerja jugak. Aku nak siasat Pokemon
apa yang ada di sini” Katanya sambil menekan kekunci pada handphonenya.
“Biar betul!” jerit Hamdan terkejut.
Skrinnya menunjukkan ada empat kelibat sedang bermain Pokemon go di situ. Betul-betul
berhadapan dengan tempat dia meletakkan kereta.
Cuma yang bermain tu bukannya manusia lagi!!!!!