CINTA Nurain wanita cantik idaman lelaki
itu telah dimiliki. Rasa kecewa menghambat hati Harith yang selama ini
menyimpan perasaan pada wanita itu dalam diam. Harith hanya mampu memandang wanita
idamannya bersanding di atas pelamin bersama jejaka pilihan wanita itu.
Ucapan
‘selamat pengantin baharu’ juga tidak terungkap di bibirnya. Senyumannya dalam
tangisan. Juliana yang duduk di sisinya itu hanya mencebik. Hatinya dipaut rasa
cemburu melihat Harith yang seakan masih mengharapkan cinta dari Cinta Nurain.
Apalah
yang dipandang sangat pada Cinta Nurain itu. Kalau nak kata cantik tidaklah
cantik mana. Dia lebih cantik cuma dari segi harta benda Cinta Nurain lebih
darinya. Senyuman sinis terukir di hujung bibir Juliana. Rancangan yang
diaturkan berjalan dengan lancar.
Syarul
bijak memainkan peranan memikat hati Cinta Nurain. Dia mengupah Syarul untuk
mendekati gadis itu tetapi tidak diduga yang Syarul akan mengahwini Cinta
Nurain. Mungkin kerana harta milik Cinta Nurain? Apa yang penting Cinta Nurain
tidak bersama Harith. Peluangnya lebih cerah.
“I
nak balik.” Harith bingkas bangun. Dia tidak betah untuk berada lebih lama di
situ lagi.
Juliana
segera mengekori langkah panjang Harith.
“Harith.”
Lengan sasa Harith dipaut.
“You
tak perlu berpura-pura depan I. I tetap takkan menerima you. Sekali you curang
pada I, I akan ingat sampai mati.”
Juliana
mencebir bibir. Hatinya cukup panas dengan Harith yang masih tergila-gilakan
Cinta Nurain.
“I
dah berubah, Harith. Berikan peluang kedua untuk I. Untuk apa you
terkejar-kejarkan perempuan yang tidak sudi pada you? I kan ada. I masih
cintakan you.”
“You takkan dapat peluang kedua itu.” Harith
menarik lengannya dari pautan jemari runcing Juliana. Hatinya tidak mungkin
akan berpaling pada Juliana. Sekali dia dikhianati selamanya akan diingati.
Juliana
mengetap bibir. Harith kembali mengaturkan langkahnya tanpa mempedulikan
Juliana.
“Kalau
I tidak dapat memiliki you, mana-mana gadis pun tidak akan memiliki you!” Jerit
hati kecil Juliana.
Harith
hanya boleh menjadi miliknya seorang. Juliana turut meninggalkan majlis
tersebut.
*****
TIGA bulan yang lalu mereka cukup
bahagia. Tiba-tiba saja, Syarul berubah laku. Lelaki itu sering marah-marah dan
pulang lewat ke rumah. Cinta Nurain gelisah dengan perubahan Syarul yang
mendadak. Syarul sudah menjadi orang lain. Mereka acapkali bertengkar kerana
perkara yang remeh-temeh. Syarul juga sudah berani memukul tubuhnya. Kerana
sayang, Cinta Nurain masih bersabar dengan sikap dan kerenah Syarul.
Cinta
Nurain pening memikirkan masalah rumah tangganya. Tambahan pula dia sudah
berbadan dua. Kesihatannya juga kian merosot. Demi anak yang dikandungnya,
Cinta Nurain gagahkan juga dirinya untuk menempuhi liku kehidupan.
“Kalau
akulah, aku sudah lama minta cerai.” Desis Natalia sahabat yang dikongsi cerita
suka dan dukanya.
“Aku sayangkan Syarul.”
Natalia menggeleng
perlahan.
“Kau sayang tapi dia
buat kau macam hamba abadi. Lelaki macam Syarul tu tak layak buat kau. Kau ni
tak pandai nilai kaca dengan permata.” Marah Natalia.
“Aku tak kisah aku
hilang segala harta benda yang aku miliki asalkan Syarul tidak tinggalkan aku.
Aku mahu hubungan kami macam dulu.” Cinta Nurain menyapu air mata yang
berjuraian.
“Kau memang bodoh!
Bodoh! Kalau kau bagi dia harta setinggi gunung pun dia tidak akan hargai kau.
Cinta Syarul tidak ikhlas!” Bentak Natalia.
Cinta Nurain terdiam.
Natalia mengusap-usap bahu Cinta Nurain. Dia mahu sahabatnya itu buka mata.
Syarul tidak ikhlas.
Malam
itu Cinta Nurain menerima panggilan dari seorang perempuan yang memintanya
datang ke sebuah hotel mewah. Hati Cinta Nurain hancur berkecai apabila melihat
adegan di depan matanya itu. Kini, dia telah melihat kecurangan Syarul.
Syarul
tanpa rasa bersalah meninggalkan bilik hotel itu bersama kekasih gelapnya.
Juliana yang mengintai di balik dinding tersenyum senang hati. Dia suka melihat
kebahagiaan Cinta Nurain hancur di dalam tangannya.
“Macam
mana? sakit hati tak?” Juliana keluar dari tempat persembunyiannya. Tangannya
disilangkan.
Cinta
Nurain memalingkan tubuhnya.
“Kau?”
“I
rasa Harith tentu seronok tengok rumah tangga you musnah. Pastinya perempuan
ber-
sama husband
you tu diupah oleh Harith. Setahu I perempuan tu salah seorang staf pejabat
Harith.”
Juliana
berlalu dengan senyuman sinis yang terukir di hujung bibir. Juliana sengaja
memburuk-burukkan Harith pada Cinta Nurain.
*****
CINTA Nurain termakan dengan kata-kata
Juliana. Kebencian dan dendam bersatu di hati Cinta Nurain. Dia tidak menduga
Harith akan merosakkan kebahagiaannya. Harith mencemburi cintanya bersama
Syarul. Dia tidak menduga yang Harith berhati busuk. Dia menghormati lelaki itu
selama ini.
Cinta
Nurain bingkas bangun dari sofa sebaik melihat Syarul melangkah masuk. Dia
menghalang laluan suaminya itu. Syarul mendengus kasar. Tidak senang tingkah
isterinya itu.
“Kau
nak apa lagi ni?”
“Siapa
perempuan tu?” Cinta Nurain mahu Syarul berterus terang dengannya. Syarul tidak
perlu berselindung lagi.
“Kau
nak tahu siapa perempuan tu?”
Renungan
tajam Syarul menggentarkan hati Cinta Nurain.”
“Siapa
dia bang?”
“Dia
itu bakal madu kau! Puas hati!”
“Sampai
hati abang!”
“Aku
boleh tinggalkan dia jika kau berikan semua harta kau pada aku. Aku mahu semua
harta kau itu atas nama aku seorang. Boleh?”
Cinta
Nurain mengetap bibir.
“Saya
takkan berikan satu sen harta pun pada abang.”
Syarul
mencekak rambut Cinta Nurain.
“Aku
tak kisah tapi jangan kau haraplah aku akan lepaskan kau. Kalau aku nak kahwin
dengan prempuan itu pun kau tak boleh halang aku.”
“Sekalipun
abang bunuh saya, saya tidak akan serahkan harta saya pada abang.”
Syarul
melepaskan rambut Cinta Nurain.
“Kali
ini kau menang! Tapi lepas ini nasib kau dalam tangan aku, termasuk anak dalam
kandungan kau itu!”
Syarul
berlalu. Nafas Cinta Nurain turun naik.
*****
SYARUL meneguk airnya sehingga habis.
Hatinya sedang membara dengan sikap keras kepala Cinta Nurain. Cinta Nurain
masih berdegil. Puas dia menggunakan kekerasan pada isterinya itu. Cinta Nurain
masih bertahan.
Juliana
hanya tersenyum melihat tingkah Syarul. Syarul tentunya sedang bengang kerana
gagal memiliki harta milik Cinta Nurain sepenuhnya.
“Aku
kasihan dengan kau, perempuan lembik seperti itu pun kau tak reti mahu
bereskan.”
Syarul
mengalihkan pandangan ke arah Juliana.
“Kau
ada cara?”
“Bunuh
saja dia?”
Terjegil
mata Syarul. Juliana begitu selamba dengan kata-katanya itu.
“Kau
berani? kalau kau takut aku tak boleh buat apa-apa. Keputusan terletak dalam
tangan kau. Itupun kalau kau anak jantan.” Juliana menyambung kata-katanya.
“Kau
fikir aku takut?” Syarul mula tercabar.
*****
TUBUHnya diseret tanpa belas kasihan. kedua-dua
lelaki itu ketawa melihat keadaan Cinta Nurain yang terseksa itu. Gadis angkuh
yang sedang duduk menyilang kaki itu bingkas bangun. Dia menekan-nekan perut
Cinta Nurain dengan kasut tumit tingginya itu. Cinta Nurain menjerit kesakitan.
Kemudian dia memjijak jari-jemari Cinta Nurain.
Juliana
ketawa halus. Dia bercangkung lalu mencekak rambut Cinta Nurain.
“Kau
tiada pilihan. Kalau kau tak sain dokumen penyerahan harta ini maka aku bunuh
anak dalam kandungan kau! Aku janji aku akan lepaskan kau jika sain dokumen tu.”
Syarul
muncul bersama satu dokumen di tangan. Tiada riak belas kasihan di wajah
Syarul. Tidak diduga selama ini dia ditipu. Juliana bersekutu dengan Syarul.
Syarul hanya berpura-pura mencintainya.
Syarul
menyerahkan dokumen perpindahan segala harta itu kepada Cinta Nurain.
Terketar-ketar Cinta Nurain menyainnya. Air matanya mengalir laju. Dia terpaksa
demi nyawa anak dalam kandungannya itu.
Juliana
dan Syarul senyuman lebar sebaik melihat tandatangan di atas dokumen itu.
Syarul sudah menjadi kaya-raya dan dan dia akan mendapat bahagiannya dari harta
tersebut.
“Apa
kamu berdua nak buat pada dia, terpulanglah pada kau.” Syarul memalingkan
tubuhnya. Dia menghilang.
Juliana
memandang Cinta Nurain dengan pandangan jengkel.
“Kau
dengar tu. Dia tak kisah kau kalau aku bunuh kau dan anak kau itu.”
Cinta
Nurain mengesot dan memeluk kedua belah kaki Juliana.
“Aku
sudah buat apa yang kau suruh. Kau dah janji akan lepaskan aku.” Cinta Nurain
merayu. Dia tidak kisah dia hidup melarat asalkan kandungannya selamat.
“Aku
tak ingat bila aku berjanji akan lepaskan kau. Aku tak sabarlah nak tengok anak
dia dengan Syarul tu.” Suara Juliana. Matanya dikalih pada perut Cinta Nurain
yang sudah agak kelihatan itu.
“Tolongggg
lepaskannn akuuu…” Cinta Nurain masih merayu.
“Tolong
tarik perempuan sial ni jauh dari aku!” Pekik Juliana.
Orang
upahan Juliana menarik kasar tubuh Cinta Nurain. Cinta Nurain terbaring di atas
lantai. Perutnya semakin sakit. Lelaki berkumis nipis itu memecahkan botol kaca
yang sudah berlumut itu. Rakannya pula menekan kedua-dua belah tangan Cinta
Nurain.
“Jangannnnn!”
Botol
kaca yang sudah berlumut itu dirodok ke dalam perut Cinta Nurain. Darah
memercik membasahi tubuh Cinta Nurain.
Arghhhhhhhhh!
Jeritan tidak
diendahkan. Tanpa belas perut Cinta Nurain dirobek. Cinta Nurain yang dalam
keadaan nyawa-nyawa ikan hanya mampu melihat janinnya berusia dua bulan itu
dikeluarkan dari perutnya. Air matanya berjuraian tanpa henti.
“Akuuuu… tidakkk…
aaakkannn… melepasskannn kamu semuaaa….” nafasnya terhenti setelah mengungkap
kata-kata terakhir. Matanya terpenjam rapat.
Juliana puas hati
melihat Cinta Nurain yang sudah kaku tidak bernyawa itu. Perempuan kesayangan
Harith itu sudah mati. Dia ketawa mengekek. Senang hati.
“Kalau kau bangkit jadi
hantu pun aku tidak takut pada kau! Berikan aku janin tu.”
Janin itu diserahkan
kepada Juliana. Juliana campak janin itu ke tanah kemudian dia memijak janin
itu tanpa perikemanusiaan.
“Cincang janin tu dan
tanam bersama ibunya. Pastinya tiada sesiapa akan menemui mayat mereka.”
Juliana memberikan amaran terakhirnya.
Tubuh kaku Cinta Nurain
yang berlumuran darah itu diangkat. Tubuh itu dicampakkan ke dalam lubang yang
telah tersedia. Janin yang sudah dicincang itu turut dicampakkan bersama.
Cinta Nurain bersama
anaknya ditimbus.
*****
CINTA Nurain hilang tanpa dikesan. Orang
yang paling sedih atas kehilangan Cinta Nurain adalah suaminya. Syarul bijak
berlakon di hadapan semua orang. Syarul menunjukkan rasa kesalnya kerana banyak
menyakiti dan mengabaikan isterinya itu.
Natalia
hanya merenung Syarul tajam. Dia yakin Syarul terlibat dalam kes kehilangan
sahabat baiknya itu tetapi dia tiada bukti untuk menuduh Syarul. Sehari sebelum
kehilangan Cinta Nurain, sahabatnya itu ada bertemu dengan dia mengadu tentang
Syarul.
Natalia
menyampaikan berita sedih itu kepada Harith. Terlepas fail-fail dari pegangan
Harith. Natalia kesal kerana gagal menghalang Cinta Nurain dari mendekati
Syarul. Dari mula lagi dia tidak menyenangi Syarul. Lelaki itu pula bijak
memenangi hati sahabatnya berbanding Harith. Jika Cinta Nurain berkahwin dengan
Harith tentu sahaja sahabatnya itu sudah berbahagia sekarang.
“Kau
tak tipu aku?”
“Untuk
apa aku nak tipu kau.”
Harith
terduduk pada kerusi ini. Dia sentiasa menyibukkan diri dengan urusan kerja
agar tidak terfikir tentang Cinta Nurain. Cintanya pada wanita itu masih kukuh
di hatinya. Dia mengambil peluang untuk menguruskan projek-projek yang memakan
masa berbulan lamanya di luar negara.
“Aku
tak sedap hatilah, Nat. Aku takut jika benda tak baik berlaku pada Cinta.”
“Kita
sama-sama berdoa Cinta ditemui dalam keadaan selamat.” Natalia tahu harapannya
itu mungkin tidak akan menjadi kenyataan.
Segalanya adalah ketentuan Ilahi. Dia masih tidak berhenti untuk berdoa.
Harith
mengangguk lemah.
*****
GURUH bergema dilangit. Kawasan banglo
tinggal itu begitu gelap gelita. Pokok-pokok bergoyang ditiup angin. Lolongan
anjing jelas bersahut-sahutan. Buaian pada sebatang pokok besar itu kelihatan
berayun perlahan. Kelibat lembaga seorang wanita berambut panjang sedang duduk
di atasnya. Wanita itu seperti sedang mendodoi bayi dalam pelukannya. Air mata
berupa darah mengalir dari kelopak matanya. Sebaik rambut panjangnya ditiup
angin jelas kelihatan belakang tubuhnya berlumuran darah.
Suara
tangisan wanita itu mendayu-dayu berselang seli dengan suara lolongan anjing.
Kemudian suara tangisan itu bertukar dengan hilaian tawa yang menyeramkan.
Kelibatnya hilang dalam sekelip mata.
BIBIRnya bersiul-siul kecil sambil
mengira sejumlah wang yang sudah berada di dalam tangan. Upah yang cukup lumayan.
Zaim mencium wang habuannya. Rezekinya bekerja dengan orang kaya. Malam ini Zaim
akan berseronok sepuas-puasnya. Dia tidak perlu fikirkan tentang hutang-piutang
yang sentiasa membelenggu hidupnya itu. Dia sudah bebas dari segala hutang.
Zaim
menanti teman wanita di sebuah kelab malam. Tangannya mengetuk meja
berkali-kali. Dia tidak senang duduk. Dia sudah tidak sabar mahu memberikan
‘hadiah’ untuk teman wanitanya itu.
“Sayang…”
bahunya disentuh dari belakang.
Seorang
gadis genit melakar senyuman manis buatnya.
“Hana,
kenapa lambat?” Zaim buat muka monyok.
“Maaflah
sayang. I tunggu teksi tadi.”
“You
naik teksi? kereta you mana?” Dahi Zaim berkerut.
“Masuk
bengkellah sayang.”
Zaim
mengusap-usap dagunya. Dia sedang merencana sesuatu.
“Apa
kata malam ni you bermalam di rumah I?”
Hana
mencubit lengan Zaim.
“Nakallah
you ni.” Hana tersenyum manja.
Zaim
ketawa kecil. Dia mula berbisik pada telinga Hana.
“I
tak paksa.”
“I
okay saja.”
Jinak
pulak Hana malam ini. Zaim tersengih. Hana akan berada dalam pelukannya malam
ini. Hana memaut lengan sasa Zaim. Mereka langkah keluar dari kelab tersebut.
“Cantik
kereta you?” Hana bersuara sebaik berada di dalam kereta.
“Biasalah
kereta baharu tentulah cantik.”
“Banyak
duit you.”
Zaim
mengeluarkan sebentuk cincin dari kocek seluarnya. Terbeliak bola mata Hana.
“Untuk
you.” Zaim menyarungkan cincin pada jari manis Hana.
“Thanks dear.” Hana membelek-belek cincin
pada jari manisnya.
Zaim
tercium bau haruman di tempat parkir kereta. Haruman itu seperti pernah menusuk
hidungnya sebelum ini. Wajah Zaim berubah apabila melihat kelibat seorang
perempuan yang sedang mendukung anak di pintu lif. Dia kenal dengan perempuan
itu.
“Cinta Nurain…” Perempuan
tu sudah mati. Dia segera menghidupkan enjin kereta. Kereta milik Zaim mula
bergerak meninggalkan pengarangan tempat parkir itu.
Zaim
memandu keretanya laju. Tiba-tiba kain putih lusuh melekat pada hadapan cermin
kereta Zaim. Wajah Cinta Nurain yang menakutkan muncul di depan mata Zaim. Hana
yang melihatnya juga menjerit kuat. Zaim
hilang kawalan hingga keretanya melanggar sebuah lori muatan berat. Zaim mati
di tempat kejadian. Hana cedera parah.
*****
DINN menelan liur. Dia tak sangka Zaim
akan mati begitu tragis. Suara perempuan menangis mengganggu fikiran Dinn yang
sedang sibuk menyiapkan kerjanya di komputer. Pelik. Setahu dia, staf-staf di
syarikat itu sudah pulang. Siapa pula yang kerja lebih masa?
Dinn
melangkah keluar dari bilik pejabatnya. Suara tangisan itu masih kedengaran.
Ruang pejabat itu mula menjadi malap. Kemudian lampu kalimantan terpadam
sendiri. Dinn merengus kecil.
Suara
tangisan perempuan itu semakin sayup-sayup.
Dinn kembali ke bilik pejabatnya. Seram pula dia mendengar suara
tangisan itu hingga bulu romanya meremang. Dinn mencari-cari kunci keretanya.
Dia ingin terus pulang. Tiada kerja yang boleh dibuat dalam keadaan gelap
begini.
Bau
haruman semerbak memenuhi ruang bilik pejabat Dinn. Haruman yang wangi itu
bertukar dengan bau yang sangat busuk. Dinn menekup hidung. Bayang seorang
perempuan muncul di belakangnya.
“Malam
ini akan jadi malam terakhir kau!”
Suara
perempuan di belakangnya mengejutkan Dinn. Dia memusingkan tubuhnya. Terbelalak
mata Dinn melihat perempuan bermuka pucat dengan mata kemerahan merenungnya
garang. Air mata darah mengalir dari kelopak mata perempuan itu.
Dinn
sudah kehilangan kata-kata. Dia seperti terpasung di situ. Wayar telefon menjalar
dengan sendiri lalu membelit leher Dinn. Dinn mula seksa nafas. Dia cuba
melawan tetapi tubuhnya seperti tidak mampu untuk digerakkan. Wajah Dinn mula
membiru. Wayar telefon itu menjalar ke kipas lalu mengheret tubuh Dinn naik ke
atas.
Cinta
Nurain hanya melihat Dinn putus nafas tanpa rontaan. Mata Dinn terbeliak besar
dan lidah terjelir keluar. Dia menghilang menembusi dinding dengan suara
tangisan yang sayup-sayup.
SYARUL tidak senang duduk. Zaim dan Dinn
mati dalam keadaan mengerikan. Siapa yang membunuh mereka? Tiada sesiapa yang
tahu. Tidurnya tidak pernah lena. Mimpinya didatangi oleh Cinta Nuraian bersama
anaknya. Suara tangisan yang mengganggu saban malam. Bayangan Cinta Nurain
berada di mana-mana. Bau haruman yang dipakai isterinya sentiasa dicium dalam
segenap ruang banglo itu.
Natalia
ada menyerangnya dan menuduh dia menyorokkan Cinta Nurain. Malahan wanita itu
dengan berani mengatakan yang Cinta Nurain mati dibunuh. Dia tidak membunuh
isterinya itu. Orang-orang upahan Juliana yang membunuhnya.
Dan
malam itu Cinta Nurain kelihatan sedang duduk dikerusi rehatnya sambil mendodoi
bayi di dalam pangkuannya. Rambutnya yang panjang tidak terurus. Pakaiannya
koyak rabak dengan warna yang lusuh. Suara Cinta Nurain sudah cukup buat Syarul
merinding.
Syarul
cuba berlari keluar dari banglo itu tetapi pintu yag tertutup tidak dapat
dibuka. Dia terperangkap. Siapa pun tidak akan dapat membantunya melepaskan
diri dari dendam isterinya itu.
Cinta
Nurain bingkas bangun.Dia memusingkan tubuhnya. Wajahnya pucatnya berubah
perlahan-lahan. Jelas kulit mukanya yang pucat itu tertanggal menampakkan isi
dagingnya yang berulat. Bayi yang dalam pangkuannya sudah tiada.
Haruman
wangi bertukar menjadi busuk.
“Heheheheee…”
Hilaian tawanya semakin nyaring.
Syarul
membuntangkan matanya. Cinta Nurain yang sudah berwajah hodoh itu melayang-layang
merapati Syarul. Mereka saling bertentangan mata.
“Kenapa
abang buat Cinta macam ni?” Sayu suara Cinta Nurain. Air mata darahya mengalir.
Syarul
mengetap bibir.
“Aku
kahwin dengan kau sebab harta. Aku tak mahu hidup merempat! Tapi kau tak mahu
bagi harta kau pada aku. Aku tiada cara lain selain bunuh kau! Marilah bunuh
aku! Aku ada depan mata kau sekarang! Bunuhlah aku! Aku tak takut!” Pekik
Syarul sambil menepuk-nepuk dadanya.
“Kau
kejam!”
“Kau
yang bodoh! Kau yang cintakan aku! Kau fikir aku takut mati!” Lantang kata-kata
Syarul.
“Betul,
kau tak takut mati?” Cinta Nurain menyeringai. Leher Syarul dicekak dengan
kemas.
“Bunuhlah
aku!”
Cinta
Nurain melepaskan jari-jemarinya dari leher Syarul. Syarul terbatuk-batuk
kecil. Dia sudah takut separuh mati.
“Aku
nak kau mati dalam terseksa.” Matanya
masih tajam merenung wajah Syarul.
Syarul
mengundur beberapa langkah ke belakang. Jantung berdengup kencang. Kuku runcing
Cinta Nurain mencakar wajah tampan Syarul. Syarul menjerit kesakitan.
Darah
membasahi wajahnya.
“Kau
takkan sampai hati nak bunuh aku. Aku tahu kau sayangkan aku kan?”
Cinta
Nurain hilang dari pandangan mata Syarul. Syarul mengambil peluang itu
melarikan diri naik ke tingkat atas. Syarul naik ke loteng. Tiba-tiba Cinta
Nurai di depan matanya tanpa sempat dia menuju ke arah jendela. Bagaikan ada
kuasa menerpa ke arahnya hingga tubuhnya merempuh ke jedenla loteng lalu
tubuhnya melayang jatuh dan terhempas di atas bumbung kereta. Darah mengalir
dari celahan bibir Syarul. Tubuh Syarul seakan tidak bergerak lagi.
******
JULIANA menjerit melihat Syarul yang
seperti sudah keputusan nafas di atas bumbung kereta itu. Juliana mendongak ke
atas. Harith yang berada di sebelah turut memberikan reaksi yang sama. Juliana
mengajaknya ke rumah Syarul kerana risaukan lelaki itu. Harith tahu Juliana
menjalinkan perhubungan dengan Syarul. Dalam pada yang sama Juliana masih
memikat untuk memiliki cintanya.
“Cinta…”
Dari jendela loteng itu mereka melihat Cinta Nurain. Juliana sudah memaut lengan baju Harith.
“Betterkita pergi dari sini.”
Harith
tidak mengendahkan Juliana. Dia meluru masuk ke dalam banglo tersebut.
“Cinta!”
Dia berteriak memanggil perempuan itu.
Juliana
turut menuruti langkah Harith. Dia berdiri di belakang Harith. Cinta Nurain
sudah mati. Tapi perempuan yang berada di loteng itu adalah Cinta Nurain. Tak
mungkin perempuan itu masih hidup.
“Kamu
semua harus mati!” Suara Cinta Nurain kedengaran di telinga Juliana. Rambut
Juliana direntap dari belakang.
“Aaaa!”
“Juliana?”
Juliana
sudah tidak berada lagi di belakangnya.
“Tolong
I, Harith.” Pekik Juliana.
Juliana
diheret ke ruang dapur. Mata Harith hanya melihat samar-samar seorang perempuan
mengheret Juliana.
Harith
cuba menolong tetapi kakinya terpasung di lantai.
Sebilah
pisau ditarik keluar dari dalam laci dengan sendiri. Juliana sudah terbaring di
lantai dapur dengan kedua belah tangan yang bagaikan terikat di dada lantai.
Harith membuntang matanya.
“Juliana!”
Cinta
Nurain menjelma dengan wajah yang penuh amarah. Harith tersentak melihat Cinta
Nurain. Cinta Nurain yang berada di depan matanya itu bukan manusia bernyawa
sepertinya tetapi…
“Ampunkan
aku Cinta! Ampunkan aku!”
“Kau
tak lepaskan aku ketika aku meminta dari kau? Kau bunuh aku dan anak aku. Kau
tak layak hidup!”
Pisau
tercacak pada dada Juliana. Perlahan-lahan pisau itu bergerak membelah dari
dadanya hingga ke perut. Darah membuak-buak keluar. Juliana menggeletik hingga
nafasnya putus.
Harith
terpaku melihat apa yang berlaku di matanya itu. Cinta Nurain menerpa ke
arahnya. Tiada perasaan takut menyelubungi lelaki itu.
“Kau
pun patut mati seperti mereka!” Tangannya mengusap-usap wajah Harith.
Harith
memenjamkan matanya.
“Kenapa?
Apa aku yang aku dah buat pada perempuan yang paling aku cintai?”
“Kau
dengan mereka sama saja. Kau juga bersubahat musnahkan hidup aku!” Jerkah Cinta
Nurain.
“Aku
tak pernah ada niat memusnahkan kebahagiaan kau dengan Syarul. Aku tak tahu apa
yang berlaku? Apa yang sudah jadi pada kau?”
Lama
Cinta Nurain memandang wajah Harith. Harith berasa tubuhnya sudah boleh
digerakkan semula. Dia ingin mendekati Cinta Nurain tetapi jelmaan Cinta Nurain
itu menjauhinya. Kedua belah tangan diangkat. Bayi yang berlumura darah
muncul dalam dakapan Cinta Nurain.
“Biar kuburku dan
anakku tiada sesiapa yang tahu.”
Perlahan-lahan
Cinta Nurain hilang dari pandangan Harith.
“Cinta…”
Jawapan
yang diinginkan terus menjadi tanda soal.
TAMAT