Home Cerpen Seram/Misteri BANGUNAN TIGA TINGKAT
BANGUNAN TIGA TINGKAT
Tiz Sueraya
16/9/2020 11:52:36
3,156
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

                                               

Setelah  hampir tiga  minggu  mengadakan beberapa  ujian,  akhirnya Sean  berjaya  didalam kedudukan  kesebelasan  yang utama.  Walau  bukan kali  pertama  dia mendapat  watak  utama, namun  kerana  kecederaan lutut  yang  dialaminya tahun  lepas,  membuatkan dia  terpaksa  mengundurkan diri  dari  kelab tersebut.  Dia  terpaksa menjalani  pemulihan  selama 6  bulan.  Beberapa kejohanan  terpaksa  dilepaskan olehnya.  Walaupun  sayang kerana  tidak  dapat beraksi,  namun  pemulihan dan  kesihatan  lebih penting  dari  sebarang pertandingan.  Jika  dipaksa juga,  kemungkinan  besar Sean  tidak  dapat lagi  bermain  dipadang buat  selamanya.  Itulah nasihat  guru  penasihat dan  selaku  jurulatihnya. Sean  terpaksa  akur dan  berehat  dengan secukupnya.  Kini  dia bersemangat  semula  dan stamina  pula  semakin bertambah  kerana  mempunyai tahap  kesihatan  yang baik.

 

“Sean!”  laung Aizat  dari  belakang. Sean  yang  sedang  memanaskan badan  melambai  tangan padanya.  Aizat  berjalan bersama  Raj  mendekatinya. Raj  atau  nama sebenarnya  adalah  Rajan, merupakan  penggantinya  tahun lepas.  Sebelum  ini Raj  hanya  pemain simpanan  utama.  Namun disebabkan  kecederaan  yang menimpanya,  jurulatih  telah menjadikan  Raj  sebagai pemain  utama  sayap kiri.  Kini  apabila dia  sudah  kembali dan  mengambil  semula tempatnya,  Raj  telah ditukarkan  dibahagian  penyerang bersama  Aizat.  “Mengapa lambat?”  tanya  Sean sambil  melakukan  regangan. “Maaf,  tadi  cikgu Aida  tahan  kami. Dia  minta  tolong suruh  hantar  barang ke  keretanya.”  Jelas Raj.  Mereka  bertiga merupakan  rakan  sekelas dan telah  bersama  sejak Sean  masih  pelajar baru  tiga  tahun  dahulu.  Sejak  itu mereka  sentiasa  bersama tidak  kira  kemana dan  dimana  jua.

 

Pada suatu  pagi  selepas tamat  pelajaran  sejarah, guru  sejarah  mengumumkan sesuatu. “Baiklah,  sekarang  ni cikgu  mahu  kamu semua  buat  kumpulan untuk  projek  sejarah yang  akan  datang ni.”  Beritahu  cikgu Awang  selaku  guru mata  pelajaran  sejarah kelas  Intelek.“Sekurang-kurangnya  dalam  2 atau  4  orang dalam  satu  kumpulan. Dan  tajuk  projek kamu  bebas  dan berkaitan  dengan  sejarah.”  Ucap  cikgu  Awang lagi. Maka  dengan  itu seluruh  kelas  kecoh dengan  suara  para pelajar  dan  mereka semua  segera  mencari ahli  kumpulan  masing-masing.  Mereka bertiga  terpaksa  satu kumpulan  kerana  kelas mereka  tidak  mencukupi untuk  membuat  kumpulan yang  mempunyai  nombor genap. 

 

Petang  itu mereka  bertiga  telah ke  perpustakaan  untuk mencari  maklumat  bagi menyiapkan  projek  sejarah mereka.  “Kenapa  kita tak  cari  didalam internet  sahaja?  Lecehlah nak  ke  perpustakaan ni”  rungut  Aizat sambil  berjalan  bersaing dengan  Sean  dan Raj.  “Kalau  kau nak  tahu  di perpustakaan  ni  lagi banyak  maklumat  dari internet  tu.  Lagipun kitan  tengah  cari sejarah  tentang  sekolah kita.  Sudah  pasti hanya  di  perpustakaan sekolah  yang  dapat memberi  maklumat  yang berguna  untuk  projek kali  ni”  jawab Raj.  Sean  menyokong kata-kata  Raj.  Aizat hanya  mencebik  mendengar kata-kata  rakannya  itu.

 

“Manalah  tahu nanti  kau  dapat maklumat  yang  berguna atau  terjumpa  harta karun  di  perpustakaan tu”  ucap  Raj  sambil  tersenyum pada  Aizat  yang sudah  membuat  muka bosan.  Dia  tahu rakannya  seorang  itu amat  bencikan  perpustakaan, namun  dia  tidak tahu  mengapa  Aizat begitu  anti  dengan perpustakaan.  “Kau  saja nak  perli  aku.” Ujar  lalu  menanggalkan kasut  dan  diletakkan diatas  rak  yang telah  disediakan  dihadapan pintu  perpustakaan.  Aizat menjawab  pertanyaan  Sean tentang  mengapa  dia tidak  suka  masuk ke  dalam  perpustakaan. “Sebab  aku  tak suka  baca  buku. Bosan.  Kalau  untuk ulat  buku  macam kamu  berdua  bolehlah. Aku  lebih  suka bermain  dengan  alat elektronik  seperti  playstation  4, PSP,  dan  telefon pintar.”  Lalu  duduk dihadapan  Sean  dan  Raj.  Sean dan  Raj  hanya mengangkat  kening  sambil mengangguk  faham.

 

Setelah  hampir setengah  jam  mereka mencari  dan  menulis maklumat  yang  diperlukan untuk  menyiapkan  projek sejarah  mereka.“Kawan-kawan,  cuba tengok  apa  yang aku  jumpa   ni?” jerit  Aizat  sambil berjalan  pantas  mendapatkan Sean  dan  Raj  yang  sedang  sibuk dengan  kerja  mereka dimeja.  “Perlahan  sedikit suara  tu”  tegur seorang  pengawas  yang sedang  bertugas.  “Maaf.” Ucap  Aizat  lalu mendapatkan  mereka  berdua. Aizat  menunjukkan  sesuatu dari  dalam  sebuah buku  kepada  Sean dan  Raj.  “Apa yang  kau  jumpa? Harta  karunkah?  Sampai satu  perpustakaan  kau menjerit”  ujar  Raj pada Aizat. 

 

“Entahlah,  aku pun  tak  pasti. Tapi  cuba  kamu berdua  lihat  peta pada  majalah  ini.  Ada  sesuatu  yang  pelik tentangnya.”  Aizat  menunjukkan  sebuah  peta  yang dilukis  dikulit  belakang sebuah  buku  majalah sekolah.  Majalah  itu kelihatan  sedikit  kusam dan  sudah  lama sahaja  rupanya.  “Kenapa dengan  peta  ni? Apa  yang  peliknya? Biasalah,  semua  buku sekolah  ada  peta sekolah.”  Ucap  Sean sambil  meneliti  peta diatas  buku  tersebut. “Memanglah,  tapi  cuba kau  tengok  betul-betul. Bukankah  peta  ini hanya  menunjukkan  bangunan tiga  tingkat  yang terletak  ditepi  padang sekolah  kita.  Lagipun hanya  ini  satu-satunya majalah  yang  mempunyai peta  pelik.”  Sean dan  Raj  melihat dengan  khusyuk  peta tersebut,  kemudian  memandang Aizat.  “Bagaimana  kau pasti  ini  bangunan tepi  padang  tu?” tanya  Sean.  “Cuba kau  tengok  betul-betul simbol  ni”  Aizat menunjukkan  simbol  pokok kelapa  sawit  dan rumah  guru  didalam peta  tersebut.  “Betullah. Hanya  ditepi  bangunan tu  je  yang ada  rumah  guru.” Jawab  Raj  setelah memerhatikannya  dengan  teliti. “Bukan  itu  sahaja, cuba  kamu  berdua tengok  helaian  belakang ni  pula.  Macam plan  rumahkan?”  Aizat sekali  lagi  menyelak muka  surat  sebelah. Sean  dan  Raj sekali  lagi  terkejut dengan  penemuan  rakannya itu.

 

Setelah  hampir 2  jam  mereka bertiga  bertungkus-lumus  menyiapkan projek  sejarah,  akhirnya siap  juga.  Semalam Sean  telah  mempelawa mereka  berdua  ke rumahnya.  “ Aku  ada  benda  nak tunjukkan  pada  kamu berdua.”  Ucap  Aizat lalu  mengeluarkan  sesuatu didalam  begnya.  Terbeliak mata  kedua  rakannya saat  melihat  sesuatu ditangan  Aizat.  “Hei, kau  ambil  majalah sekolah  semalam.”  Jerit mereka  berdua  serentak. “Apa  pula  aku ambil.  Aku  pinjamlah.” Beritahu  Aizat.  “Apa yang  kau  buat ni?  Kau  tahu kan  majalah  sekolah ni  kita  tak  boleh bawa  keluar.”  Ujar Raj.  “Aku  bukannya nak  buat  apa pun.  Cuma  nak tahu  sahaja  pasal peta  semalam.  Takkan kau  tak  nak tahu?”  soal  Aizat pada  Raj.  Sean hanya  memandang  mereka berdua  bertikam  lidah. Raj  tidak  bersetuju dan  mahu  memulangkan majalah  tersebut.  Mereka berdua  mula  berebut majalah  sekolah  itu. 

 

“Kamu berdua!”  marah Sean.  Aizat  dan Raj  segera  memandang Sean.  “Macam  nilah kita  tengok  dan dengar  dulu  apa yang  ingin  disampaikan oleh  Aizat.  Kalau  tiada  yang menarik kita  pulangkan  majalah ini.  Daripada  kamu berdua  berebut  macam ni,  lagi  susah kita  nak  jawab dengan  pengawas  perpustakaan kalau  koyak   nanti.” Cadang  Sean.  Aizat dan  Raj  berhenti berkelakuan  seperti  kanak-kanak. “Aizat,  apa  yang kau  nak  tunjukkan pada  kami?”  soalnya sambil  memandang  Aizat. Dengan  segera  Aizat menyelak  muka  kulit yang  terakhir  kemudian dia  mengeluarkan  sehelai kertas  yang  telah berconteng  diatas. 

 

“Cuba  kamu berdua  tengok  peta ni,  bila  aku letakkan  plan  diatasnya.” Aizat  menggabungkan  peta dan  plan  yang telah  dilukis diatasnya.  “Kamu berdua  tidak  rasakah bahawa  bangunan  dan plan  ni  ada kena-mengena  diantara  satu sama lain?”  soalnya  pada kedua  rakan  itu. Mereka  berdua  meneliti kedua-dua  bangunan  dan plan  tersebut  sebelum menjawab  pertanyaan  Aizat. “Kau  yakinkah  bangunan dan  plan  ini berkait?  Entah-entah  plan ni  untuk  bangunan lain.”  Ujar  Raj kurang  yakin  dengan penjelasan  Aizat.  “Aku dah  agak,  kau mesti  cakap  macam tu.  Mari  sini aku  tunjuk.”  Aizat mengambil  buku  projek mereka  yang  mempunyai peta  sekolah  mereka. “Cuba  kau  tekap dan  padankan  dengan bangunan  sekolah  yang lain.”  Arah  Aizat lalu  memberikan  plan pada  Raj.  Sean hanya  memerhatikan  perbuatan rakannya  itu.  Raj menekapkan  plan  pada bangunan  sekolah  dan cuba  memadankannya.   “Tak sama  dengan  peta yang  lain.”  Ucap Sean  sambil  mengambil buku  daripada  Raj. “Kamu  berdua  rasa, apa  yang  ada dibangunan  tiga  tingkat ni?”  soal  Sean lagi  sambil  matanya memandang  peta  dihadapannya. “Tak  tahu.”  Jawab mereka  berdua  serentak. “Kalau  macam  tu kita…”  Sean  tidak menghabiskan  kata-katanya,  dia  membiarkan  sahaja ianya  tergantung.  Aizat dan  Raj  memandangnya sambil  menunggu  sambungan ayat.

 

“Aizat,  maaflah lambat.  Si  Raj ni  buat  hal. Tiba-tiba  sakit  perut nak  membuang  pula.” Sean  memberi  alasan mengapa  mereka  berdua lewat  sampai.  Raj hanya  tersenyum  sumbing mendengar  jawapan  Sean. “Dahlah,  jomlah  kita jalankan  operasi  yang kamu  cadangankan  tempoh hari.”  Ucap  Aizat pada  Sean.  Tempoh hari  Sean  telah mengemukakan  satu  cadangan semasa  mereka  bertiga membincangkan  sebuah  peta sekolah  dan  sebuah plan  bangunan  ketika mereka  sedang  membuat projek  sekolah  di rumahnya.  Cadangannya  adalah melihat  sendiri  bangunan tiga  tingkat  tersebut. Memastikan  plan  bangunan tersebut  benar  atau tidak.  “Marilah,  lagipun hari  semakin  panas ni”  ajak  Sean. 

 

Dengan  keberanian dan  perasaan  ingin tahu  yang  tinggi. Mereka  bertiga  berjalan melintas  bangunan  tingkatan enam  kemudian  melalui padang  sekolah,  sebelum sampai  ke  bangunan tiga  tingkat  yang berada  dihujung  padang sekolah.  “Jauh  juga nak  sampai  ke bangunan  ni.”  Ucap   Raj  sambil  mengelap peluh  yang  meleleh dipipinya.  Sean  dan Aizat,  masing-masing  tersenyum sumbing  mendengarnya  sambil membuka  butang  baju sekolah  mereka  kerana panas.  Hari  ini terasa  panas  yang amat,  selalunya  panas begini  yang  tiada angin,  menandakan  ribut akan  melanda.  Selepas 3  minit  berjalan, akhirnya  mereka  bertiga sampai  dihadapan  bangunan usang  tiga  tingkat itu.

 

“Dah berapa  lama  bangunan ni  di  tinggalkan?” tanya  Sean  sambil berjalan  mengintai  sebuah kelas  melalui  sebuah cermin  yang  telah pecah.  “Kalau  tidak  silap  aku, sudah  hampir  50 tahun.  Sejak  berlaku kebakaran  yang  telah meragut  sehingga  10 orang  pelajar  disini. Bangunan  ini  langsung tidak  diusik.  Ada juga  mereka  bercadang mahu  buat  pembaikan dan  menggunakan  semula bangunan  ni.  Namun cadangan  itu  hanya tinggal  sebagai  cadangan sahaja  sampai  sekarang. Aku  tak  tahu sebab-sebab  mengapa  cadangan itu  tidak  dilaksanankan.  Tetapi terdapat  beberapa  dakwaan yang  mengatakan  cadangan tersebut  tidak  dapat dilaksanakan.  Ada  yang mengatakan  mahu  bangunan ini  dijadikan  tanda memorial  pada  kebakaran yang  berlaku,  ada juga  yang  mengatakan bangunan  ini  berhantu dan  ada  juga terdapat  dakwaan  bahawa bangunan  ini  bukan bangunan  sekolah.  Aku sendiri  pun tidak  pasti yang  mana  satu berita sahih.”  Beritahu  Aizat. Raj  dan  Sean memandang  Aizat,  mereka berdua  terkejut  dengan infomasi  yang  diberikan oleh  rakannya  itu. Padat  dan  terperinci. “Amboi,  panjang  betul penerangan  kau.  Mana kau  dapat  maklumat semua  tu?”  tanya Sean  lagi.  “Semua tu  dihujung  jari ni.”  Jawab  Aizat sambil  menunjukkan  jari telunjuknya  pada  Sean.

 

Raj tidak  mengendahkan  perbualan mereka  berdua,  dia begitu  leka  melihat kelas-kelas  yang  telah lama  ditinggalkan  itu. Dia  mencuba  membuka pintu  namun  berkunci. “Kamu  berdua,  mari kita  teroka  bangunan ni”  ajak  Raj sambil  berjalan  naik ke  tangga  yang berdekatan  dengan  rakannya itu.  Mereka  bertiga memulakan  perjalanan  naik ke  tingkat  dua. Di  tingkat  ini mempunyai  tiga  buah kelas,  namun  ketiga-tiga sudah  habis  hangus terbakar.  Tiada  rupa langsung,  yang  ada hanya  meja  dan kerusi  yang  sudah hangus.  Kemudian  mereka bertiga  naik  ke tingkat  3   bangunan tersebut.  Sean  cuba membuka  sebuah  pintu. 

 

“Eh, pintu  ni  terbukalah.” Ucapnya  teruja  lalu mereka  bertiga  masuk ke  dalam.  “Besar juga  kelas  didalam ni”  ujar  Aizat sambil  berjalan.  “Macam dewan  je  ditingkat ni”  kata  Raj pula  apabila  melihat kelas  tersebut  terlalu luas  baginya.  Ini kerana  hanya  didinding didepan  sahaja  yang mempunyai  sebuah  papan hitam  dan  terdapat banyak  kerusi  meja yang  telah  bersepah disitu.  “Yalah,  aku pun  rasa  macam tingkat  3  ni dewan.  Macam  dewan peperiksaan  sahaja.”  Sokong Sean.  Mereka  bertiga kemudiannya  berjalan  ke sebuah  tingkap  yang menghadap  padang  sekolah. “Wah,  dari  sini kita  boleh  nampak kelas  kita.”  Jerit Aizat  sambil  memandang ke  bangunan  kelas yang  terletak  di seberang  padang  sana. “Aizat,  cuba  tengok semula  plan  bangunan ni.”  Sean  mengambil plan  tersebut  daripada tangan  Aizat.  Dia melihat  dan  memandang ke  sekeliling  dewan tersebut.  “Eh,  kamu berdua  cuba  tengok plan  ni.”  Ucapnya pada  Raj  dan Aizat  yang  begitu leka  menikmati  pemandang sekolah  mereka  dari tingkat  atas  itu. “Kenapa?”  hampir  serentak mereka  ajukan  soalan pada  Sean.  “Cuba tengok  ni.”  Tunjuk Sean. 

 

Ada sesuatu  yang  pelik tentang  plan  yang dilukis  oleh  rakannya itu.  Terdapat  satu bilik  di  tingkat dua  yang  mereka terlepas  pandang.  “Aku tak  perasan  pula ada  bilik  lain tadi.  Yang  aku nampak  hanya  tiga kelas  yang  telah hangus  terbakar  sahaja.” Ujar  Raj  sambil matanya  melihat  plan tersebut.  “Agaknya  bilik ni  didalam  kelas.” Aizat  bersuara  setelah lama  dia  melihat plan  ditangan  Sean. Rakannya  memandang  Aizat dengan  muka  terkejut. “Kau  rasa  dalam bilik  tu  ada apa?”  tanya  Raj ingin  tahu.  “Kalau kau  nak  tahu, mari  kita  turun dan  lihat  bersama. Sebab  aku  pun tak  boleh  nak jawab  soalan  kau tu”  balas  Sean sambil  berjalan  membontoti Aizat  yang  sudah bergerak  ke  hadapan. Mereka  bertiga  sekali lagi  ke  tingkat dua.  Ketika  itu pula  angin  bertiup kencang  dan  langit pula  sudah  gelap diliputi  dengan  awan mendung.  Menandakan  hujan akan  turun.  Aizat telah  membuka  pintu depan  kelas  pertama, sebelum  mereka  ke tingkat  tiga  tadi.  Namun tidak  berjaya.  Sean dan  Raj  pula mencuba  nasib  mereka dengan  membuka  pintu dikelas  yang  lain. 

 

“Kamu  berdua, pintu  ini  boleh dibuka”  jerit  Raj teruja  dengan  pencapaiannya itu.  Lalu  mereka bertiga  masuk  ke dalam  kelas  yang paling  hujung.  Hujan lebat  telah  turun membasahi  bumi  yang kering  itu.  Mereka cuba  membuka  suis lampu,  kerana  keadaan didalam  kelas  tersebut yang  sememangnya  gelap dan  ditambah  pula dengan  keadaan  hujan diluar.  Nasib  mereka baik  kerana  terdapat satu  lampu  didepan telah  menyala.  “Nasib baik  lampu  ni masih  hidup  lagi, kalau  tidak  bergelaplah kita  disini.”  Ucap Aizat  syukur.  “Teruk juga  kebakaran  yang berlaku  disini.”  Rungut Sean  perlahan  sambil melihat  keadaan  disekelilingnya.  Terdapat satu  rekahan  ditengah lantai  yang  amat besar.  Seperti  ada sesuatu  yang  menbuatkan lantai  itu  merekah dengan  teruk  sekali.  “Kring!! Kring!!  Kring!!”  Raj yang  sedang  bersandar di  dinding,  terdengar bunyi  loceng  yang  begitu  sayup dibalik  dinding  tersebut. “Kamu  berdua!  Kamu dengar  tak  apa  yang  aku dengar?”  panggil  Raj pada  rakannya  yang sedang  sibuk  mencari tempat  untuk  berteduh, ini  kerana  banyak siling  sudah  bocor. “Dengar  apa?   Yang aku  dengar  bunyi hujan  diluar  tu saja.”  Jerit  Aizat kerana  semakin  lama bunyi  hujan  semakin kuat.

 

“Cuba  kamu berdua  tekapkan  telinga pada  dinding  ni” arah  Raj.  Sean dan  Aizat  hanya turuti  sahaja  permintaan Raj.  Apabila  rakannya itu  berkali-kali  mengatakan bahawa  dia  mendengar sesuatu  dibalik  dinding tempat  dia  berdiri. “Mana  ada  apa-apa. Aku  tak  dengar apa-apa  pun.”  komen Sean.  “Entah,  aku pun  tak  dengar apa-apa.”  Sokong  Aizat. “Aku  dengar!  Macam mana  pula  kamu berdua  tak  dengar pula”  tungkas  Raj. “Entah-entah  cuma  khayalan kau  je  kot. Dahlah,  marilah  kita duduk  dulu.  Sejuk ni”  ajak  Sean kemudian  berjalan  tempatnya semula.  “  Hish, takkan  aku  berkhayal atau  hanya  imaginasi aku.”  Rungut  Raj sambil  menekap  telinga semula  pada  dinding tersebut.  Sekali  lagi dia  terdengar  bunyi seperti  loceng.  “Aku dengar  lagi  bunyi tu.”  Beritahu  Raj tidak  puas  hati.  Namun  mereka berdua  hanya  buat tidak  endah  sahaja kata-kata  rakannya  itu. Dan  mengatakan  bahawa loceng  yang  didengari oleh  Raj  adalah loceng  dari  sekolah mereka.  “Tak  apa nanti  kita  dengar lagi  selepas  hujan berhenti.”  Raj  mengalah buat  sementara.

 

Selepas  hampir satu  jam,  akhirnya hujan  lebat  yang membasahi  bumi  sudah berhenti.  Raj  sekali lagi  menekapkan  telinga pada  dinding  untuk mendengar  bunyi  loceng. Dia  tersenyum  sambil memandang  pada  kedua rakannya  itu.  Raj menarik  tangan  mereka berdua,  lalu  mengarahkan mereka  berdua.  Mereka berdua  mengeluh  sambil melakukan  apa  yang disuruh  oleh  Raj. Buat  kali  pertama mereka  berdua  tidak mendengar  apa-apa,  namun apabila  mereka  focus dan  menumpukan  perhatian. Akhirnya  kebenaran  berpihak pada  Raj.  “Macam mana?  Kamu  ada dengar  apa-apa?”  soal Raj  tidak  sabar apabila  melihat  Sean dan  Aizat  tidak bersuara.  “Betullah  kata kau,  memang  ada bunyi  loceng  dibalik dinding  ni”  jawab Aizat.  “Maaflah,  sebab kata  kau  berkhayal tadi.  Memang  ada bunyi”  ucap  Sean kesal  dengan  ucapannya tadi  pada  Raj. “Tak  ada  hal. Lagipun  aku  tahu, kau  buat  macam tu  sebab  perangai aku  yang  penakut ni.  Tapi  kamu berdua  rasa  dari mana  bunyi  ni datang?”  soal  Raj. “Entahlah,  nak  kata ada  pintu  rasanya macam  tiada  sebarang tanda  ada  pintu disini.  Rata  je aku  tengok.”  Jelas Aizat  sambil  menggosok tangannya  pada  dinding dibelakangnya.

 

 “Kalau dinding  ni  sebenarnya bukan  dinding  macam mana?”  celah  Sean. “Apa  maksud  kau yang  dinding  ni bukan  dinding?”  soal Raj  terkejut.  “Yalah, maksud  aku.  Dinding ni  sebenarnya  hanya penutup  bagi  bilik yang  lain.  Mungkin dinding  itu  penutup bilik  yang  kita cari.”  Sean  menjelaskan kemungkinannya  itu  pada mereka  berdua.  “Kalau macam  tu,  macam mana  kita  nak pecahkan  dinding  palsu ni?”  tanya  Raj lagi.  “aku  rasa kita  boleh  pecahkan dinding  ni.  Di tingkat  bawah  ada bengkel  kayu  dan motor,  mungkin  ada sesuatu  yang  kita boleh  gunakan  untuk pecahkan  dinding  ni.” Cadang  Aizat.  Bercahaya mata  Sean  dan  Raj  mendengar cadangan  Aizat  itu. Kemudian  mereka  bertiga bergerak  ke  tingkat satu.  Mahu  tidak mahu,  mereka  terpaksa memecahkan  pintu  dengan menyepak.  Dek  kerana mereka  bertiga  merupakan atlet  bola  sepak, jadi  sepak-menyepak  merupakan kepakaran  mereka.

 

Dengan  tenaga sebagai  seorang  lelaki, mereka  bertiga  memukul dinding  sekuat  hati sehingga  dinding  tersebut pecah.  Mereka  bertiga buat  kali  pertamanya tergamam  dengan  penemuan itu.  “Betul  lah, ada  pintu  lain disebalik  dinding  ni.” Ucap  Aizat  terkejut dengan  penemuan  baru itu.  Sean  dengan beraninya  membuka  pintu kayu  tersebut.  “Bunyi yang  kita  dengar tu,  datang  dari sinikah?”  soalnya  sambil melihat  ke  dalam bilik  tersebut.  “Aku dengar  macam  dari  dalam bilik  ni”  beritahu Raj.  “Gelap  bilik ni.  Aku  tak nampak  apa-apa  pun. Kamu  berdua  ada bawa  lampu  suluh tak?”  tanya  Sean lagi.  Aizat  membuka begnya,  lalu  menyerahkan sebatang  lampu  suluh pada  Sean.  “Aku bawa  kerana  takut kecemasan  begini.”  Ujarnya sambil  melihat  bersama Sean.  Mereka  bertiga masuk  ke  dalam bilik  yang  kosong itu.  “Tiada  apa-apa pun  disini.”  Bisik Raj  pada  Aizat. “Tu  lah,  tapi bunyi  yang  kita  dengar tu  datangnya  dari sini.  Kau  rasa ada  bilik  lain tak  selain  dari bilik  ni?”  tanya Aizat  separuh  berbisik. Dia  mula  merasakan seram  sejuk  semacam. Bertambah  sejuk  dengan keadaan  luar  yang baru  sahaja  hujan sebentar  tadi.  Manakala Sean  pula  menyentuh dinding  sepertinya  sedang mencari  sesuatu.  Kemudian secara  tidak  sengaja sebuah  pintu  terbuka dibelakang  Aizat  dan Raj  berdiri.  Apabila dia  menyentuh  dinding yang  agak  kemek bentuknya.  Terdapat  sebuah tangga menuju  ke  bawah. “Wah,  siap  ada tangga.  Bangunan  apa sebenarnya  ni.  Betulkah ini  bangunan  sekolah. Pelik  je.”  Ujar Raj  sambil  melihat tangga  dihadapannya.

 

“Apa lagi  mari  kita turun.”  Ucap  Sean lalu  turun  menuruni tangga. Dia  terasa  teruja dengan  penemuan  barunya itu.  Mereka  berdua hnaya  turuti  sahaja Sean.  Alangkah  terkejutnya mereka  apabila  sebaik sahaja  mereka  bertiga turun  dari  tangga. Terdapat  banyak  senjata dan  bom  dari pelbagai  jenis  ada disitu.  Mereka  bertiga tidak  dapat  berkata apa-apa  dan  hanya pandangan  mata  menjadi tanda  persoalan.  Mereka kini  terjebak  dengan sesuatu  yang  amat berbahaya  dan  boleh memusnahkan  diri  mereka. Mereka  bertiga  mula  panik  dan segera  berlari  naik semula  ke  atas. Namun  nasib  mereka malang,  apabila  salah satu  bom  yang berada  diatas  salah satu  rak  bergolek mahu  jatuh  apabila berlaku  gegaran  disekelilingnya.  Raj yang  berada  di belakang  segera  mengambil bom  tersebut.  “Nasib baik  tak  meletup bom  ni.”  Ucap Raj  sambil  meletakkan semula  ke  tempatnya semula.  Sean  dan Aizat  masing-masing  menarik nafas  lega.  Hampir sahaja  jantung  mereka bertiga  gugur  dek kerana  satu  bom itu.

 

“Kita  tidak boleh  berlari.  Kita kena  berjalan  seperti kita  masuk  tadi” beritahu  Aizat  selepas takut  dan  paniknya hilang.  Kali  ini mereka  dengan  berhati-hati berjalan  naik  semula. “Aduhai,  lagi  sikit  je  jantung aku  nak  gugur tadi.  Lain  yang kita  cari,  lain pula  yang  kita jumpa.”  Komen  Sean sambil  terduduk  diatas lantai.  Manakala  Aizat dan  Raj,  masing-masing menghela  nafas  lega kerana  baru  sahaja terhindar  dari  bahaya.  “Apa kita  mak  buat sekarang  ni?”  soal Raj  sambil  melihat kedua  wajah  rakannya. “Em…Sekarang  sudah  jam berapa?”  soal  Sean  pula  tidak menjawab  soalan  Raj. Aizat  yang  memakai jam  memberitahu  bahawa sudah  melepasi  jam 5.15  petang.  “Kalau macam  tu  kita pergi  jumpa  cikgu yang  berkenaan.  Kita beritahu  apa  yang kita  jumpa  hari ini.”  Cadang  Sean. Aizat  memandang  Raj dan  Sean  silih berganti.  “Marilah,  kita pergi.  Benda  penting ni.”  Ucapnya  lalu berdiri.

 

Petang  itu mereka  kembali  semula ke  bangunan  tiga tingkat  itu  bersama seorang  guru  disiplin dan  guru  bertugas. “Tidak  sangka  rupanya ada  bilik  tersembunyi disini.”  Ucap  cikgu Ramli  seorang  guru disiplin.  Manakala  cikgu Amin  pula  melihat keadaan  didalam  bilik yang  gelap  itu. “Macam  mana  kamu bertiga  boleh  terjumpa bilik  ni?”  soal cikgu  Amin  sambil memandang  mereka  bertiga. Sean  yang  berani menceritakan  dari  mula bagaimana  mereka  boleh mengetahui  tentang  bilik tersebut.  “Bunyi  loceng? Cikgu  tak  dengar apa-apa  pun.”  Ucap cikgu  Ramli  yang baru  sahaja  keluar dari  bilik  tersebut. “Tapi  memang  kami dengar  ada  bunyi loceng  dibalik  dinding ni,  cikgu”  tungkas mereka  bertiga.  “Agaknya kamu  bertiga  terdengar bunyi  loceng  sekolah.” Balas  cikgu  Amin. Mereka  bertiga  tidak dapat  berkata  apa-apa kerana  bunyi  loceng itu  tidak  lagi kedengaran  semasa  mereka ingin  tujukkan  kepada guru  mereka. 

 

“Kita  tunggu pihak  polis  dahulu disini.  Tadi  cikgu sudah  arahkan  kerani sekolah  untuk  telefon pihak  polis  dan pihak  yang  berkenaan untuk  mengesahkan  keaktifan bom  yang  terdapat di  tingkat  bawah sana.”  Ujar  cikgu Ramli pada  mereka  bertiga. Cikgu  Amin  sedang melihat  plan  bangunan yang  diperolehinya  daripada Aizat.  Dia  juga tidak  menyangka  ada bilik  penyimpan  senjata didalam  bangunan  ini. “Cikgu,  tahu  bangunan ini  dahulu,  bangunan apa?”  tanya  cikgu Amin  pada  cikgu Ramli.  “Entahlah,  saya tidak  berapa  tahu sangat  tentang  sejarah bangunan  ni.  Terdapat banyak  khabar  angin tentang  bangunan  tiga tingkat  ni.  Salah satunya  adalah bangunan  ini bukan  kepunyaan  pihak sekolah.  Disebabkan  itu pihak  sekolah  tidak dapat  berbuat  apa-apa pada  bangunan  ini.” Beritahu  cikgu  Ramli. Mereka  bertiga  hanya diam  mendengar  perbualan guru  mereka.  “Patutlah, bangunan  ini  kelihatan seperti  tidak  dijaga.” Ujar  cikgu  Amin. Selepas  20  minit, pihak  polis  bersama pasukan  pengesan  bom sampai.  Sean,  Aizat dan  RJ  bekerjasam dengan  pihak  polis dengan  memberi  maklumat yang  diperlukan  sebagai pengakuan  saksi.

 

Seminggu  kemudian mereka  bertuga  dipanggil oleh  pengetua.  “Syabas, saya  ucapkan  kepada kamu  bertiga  kerana telah  berjasa  pada sekolah.  Namun  sebagai guru  yang  bertanggungjawab  ke  atas  kamu, saya  ingin  katakan jangan  ulangi  perbuatan kamu  itu.  Kawasan yang  kamu  pergi itu  berbahaya.  Nasib kamu  tidak  apa-apa. Kalau  tidak  bagaimana mahu  cikgu  jawab pada  ahli  keluarga kamu.”  Nasihat  cikgu Ali.  “Maafkan  kami, cikgu.  Lain  kali kami  tidak  buat lagi.”  Ucap  mereka bertiga  serentak.  “Sudahlah, perkara  sudah  berlalu. Cikgu  maafkan  kamu” kata  cikgu  Ali sambil  tersenyum.  “Cikgu, boleh  saya  tanya satu  soalan  tentang bangunan  tiga  tingkat tu?”  tanya  Sean. “Tanyalah.”  Ucap  cikgu Ali.  Sean  bertanyakan tentang  sejarah  bangunan itu.  Cikgu  Ali tersenyum  sebelum  menjawab soalan  daripada  pelajarnya itu.  “Bangunan  itu merupakan  bangunan  penyimpan senjata  pada  zaman penjajahan  jepun  dahulu. Setelah  peperangan  telah tamat  dan  bangunan itu  tidak  lagi digunakan.  Beberapa  tahun kemudian  bangunan  tersebut diperbaiki  semula  untuk dibuat  sekolah  pertama.” Mereka  bertiga  khusyuk mendengar  cerita  daripada pengetua  mereka.  

 

“Namun  sekolah itu  hanya  bertahan selama  20  tahun. Ini  kerana  terdapat satu  letupan  berlaku ditingkat  dua  dan telah  meragut  ramai nyawa  para  pelajar. Menurut  cerita  ada pelajar  terpijak  perangkap samar  yang  tertanam dibawah  lantai.  Selepas kejadian  bangunan  itu tidak  lagi  digunakan dan  bangunan  sekolah yang  baru  sedang dibina  dan  inilah bangunan  sekolah  sekarang. Rasanya  tahun  2019 ini,  sudah  hampir 50  tahun  bangunan itu  dibina.  Lagi satu,  ada  khabar angin  yang  mengatakan terdapat  beberapa  pelajar terdengar  bunyi  loceng dibangunan  tersebut,  namun cikgu  tidak  tahu adakah  ianya  benar atau  hanya  mahu menakut-nakutkan  pelajar  lain  supaya  tidak menghampiri  bangunan  tersebut. Kerana  sepanjang  cikgu berkhidmat  disini,  tidak pernah  langsung  cikgu mendengar  loceng  dibangunan itu.”  Mereka  bertiga berpandangan  sebaik  sahaja mendengar  ayat  terakhir daripada  guru  mereka itu.  Ini  bermakna hanya  mereka  bertiga sahaja  yang  mendengar bunyi  loceng  itu.  Bulu  roma masing-masing  sudah  naik meremang.  Apakah  itu benar  atau  khayalan mereka  sahaja.  Kini mereka  tidak  pasti. Teka-teki  tentang  rahsia bangunan  tiga  tingkat itu  masih   lagi belum  terjawab.          

   

                                                                   TAMAT

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Tiz Sueraya