Sam memandang kearah beg sandangnya diatas katil. Matanya terkebil-kebil
sambil otaknya terus berfikir. Hujung ibu jari diletakkan dibibirnya. Dahinya
juga berkerut seribu. Ada lagi ke barang yang tinggal? Tidak henti-henti
benaknya diasak dengan soalan yang sama. Baju, seluar, peralatan mandian semua
itu berputar-putar memenuhi tempurung kepalanya. Takut ada yang tertinggal.
Cuti semesta ini dia akan
berkunjung ke rumah salah seorang sahabatnya dikolej. Sudah lama dia
merancangan percutian ini. Lebih-lebih setelah habis menduduki peperiksaan dia
memerlukan sesuatu yang tenang dan damai.
Sam adalah anak muda yang
dibesarkan ditengah-tengah hiruk-pikuk kota sejak dari kecil lagi. Hutan batu
ini sudah muak dipandang. Bosan. Baginya tidak ada yang menarik perhatiannya
dikota besar seperti Kuala Lumpur. Biar pun orang lain mungkin berlumba-lumba
mahu menjadi penguni kota, namun tidak padanya. Dalam erti kata yang lain dia
sudah jelak. Hari-hari terpaksa menghadam benda yang sama. Sibuk sepanjang
masa. Telinganya sudah pekak dengan segala bunyi yang ada dikota ini. Dia ingin
lari.
Dia mahu sesuatu yang baru
dan segar. Sesuatu yang jarang dia kecapi. Tentu saja keindahan kampung menjadi
impiannya. Sejak kebelakangan ini suasana tenang kampung sering mengamit hati
dan perasaannya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana merasa hidup ditengah-tengah
kampung. Dia terlalu ingin merasainya.
Lantas hasratnya itu
diluahkan pada teman sebiliknya, Nizam. “ Cuti ni aku nak ikut kau balik kampung.”
Nizam terkejut. Berkerut dahinya menatap wajah bujur sirih Sam. Anak muda
berambut panjang mencecah bahu itu sekadar tersengih dibirai katil.
“ Habis exam aku nak kesana,” sambung Sam lagi.
“ Kenapa kau nak balik kampung aku? Family kau tak makan angin ke, ke luar
negeri,” setahu Nizam, Sam lahir dari keluarga yang berada. Setiap kali hendak
bercuti pasti mencari destinasi luar negara. Bukan seperti keluarganya yang
kais pagi makam pagi dan kais petang makan petang. Hendak menghantarnya dulu
belajar ke kolej pun sampai bergolok bergadai.
“ Alah aku saja nak tengok kampung. Nak
rasa jadi orang kampung,” Sam tersengih lagi sambil menyandarkan badannya
kekepala katil. Bantal dicapai menjadi alas kepala.
Sekilas Nizam yang sedang
menyangkut baju dialmari menoleh. “ Lain macam pulak kau kali ni Sam. Selalu
ikut family kau makan angin. Ni apa hal pulak kau sampai buang tabiat nak duduk
kampung. Kampung aku tu apa yang ada?” sela Nizam dengan suara yang mendatar.
“ Aku tak pernah duduk
dekat kampung. Aku sejak dari kecik lagi memang dibesarkan di KL ni. Atuk dan
nenek aku pun asal orang KL. Aku dah jemulah asyik duduk kat sini.”
“ Family kau tak bawak kau pergi bercuti ke kali ni?” Nizam bertanya.
Punggungnya dilabuhkan dibirai katil Sam.
“ Dia orang ada cadangan nak ke europe tapi aku saja malas nak ikut. Dah
jelak,” balas Sam seperti tidak berminat. Nizam tersengih. Kalau dialah yang
diberi peluang memang dia tidak akan melepaskannya. Bila lagi hendak melihat
negeri orang? Tapi dia sedar dia bukan anak orang kaya. Ayahnya pun hanya kerja
kampung saja. Bukan kata hendak makan angin, hendak makan nasi hari-hari pun
belum tentu mewah.
“ Pelik pulak aku tengok
fiil kau Sam,” ujar Nizam. Sesaat telaga mata mereka bertemu. Sam menguncikan
mulutnya.
“ Apa yang menariknya kampung aku tu.”
“ Aku cuma nak rasa macam mana jadi orang kampung. Salah ke?” soal Sam. Masih
dengan pendiriannya.
Nizam tersengih seraya menggelengkan kepalanya. “ Salah tu tidak la
tapi.....iyelah kalau kau dah cakap macam tu. Nanti jangan kau bosan pulak
sudahlah. Terus-terang aku cakap yang kampung aku tu memang tak ada apa-apa,”
awal-awal lagi Nizam sudah memberi ingatan pada teman sebiliknya itu.
“ Tu kau jangan khuatirlah
Zam. Aku tak kan nak komplen apa-apa pulak,” sahut Sam dengan senang hati.
“ Tapi aku kena balik
rumah dulu nak uruskan hal lain sebelum bertolak,” ucap Sam tidak lama
kemudian.
Nizam deras berpaling. “ Maksud engkau?”
“ Aku mungkin lewat dalam dua tiga hari. Nanti kau kasilah alamat kampung
engkau. Biar aku pergi sendiri. Adventure sikit,” Sam ketawa halus.
Nizam kemudiannya menganggukkan kepalanya. “ Sukahati engkaulah Sam. Nanti
aku bagi alamat engkau. Kalau engkau sesat nasib engkaulah.”
“ Susah sangat ke nak cari kampung engkau Zam?” perli Sam. Macamlah dia
boleh sesat.
“ Susah tu taklah tapi memang jauh sikit dari bandar.”
Sam termenung sebentar. Kemudian dia memandang lagi kearah Nizam. “ Apa?
Kampung kau ni dalam hutan ke?”
“ Mana ada,” bantah Nizam. Sam ketawa makin kuat.
“ Satu lagi sebelum aku terlupa. Kalau boleh jangan lewat sangat sampai
kampung aku,” ucap Nizam sambil menepuk kepala lutut sahabatnya itu.
“ Yelah aku tak kan lewat.”
“ Ingat pesan aku tu,” pesan Nizam sekali lagi.
Sam hanya mengangguk. Bosan pula diingatkan begitu. Macamlah dia budak
kecil yang perlu diawasi selalu.
Seperti ditampar sesuatu
Sam tersedar dari lamunannya. Bergegas dia memeriksa segala keperluannya
dikampung Nizam nanti. Tidak mahu ada yang tertinggal. Memikirkan mungkin
antara rumah Nizam jauh dengan kedai membuatkan dia lebih berhati-hati. Tidak
mahu percutiannya nanti menjadi sulit hanya kerana perkara-perkara kecil dan
remeh.
Setelah memastikan
semuanya ada dan lengkap Sam mencapai beg galasnya dan keluar dari dalam bilik.
Ditangga dia ditegur oleh
ibunya yang kebetulan baru keluar dari dalam kamarnya tidurnya.
“ Dah siap dah?”
Sam angguk sambil menyeringai mengalas beg besar itu dibahunya.
“ Betul ke kali ni tak mahu ikut mama pergi holiday,” soal ibunya lagi.
Sengaja dia mahu mematahkan niat anaknya itu untuk bercuti dikampung. Entah apa
yang menariknya tentang kampung dia tidak pasti. Sudah ada kemudahan dan
kesenangan kenapa mesti menyusahkan diri untuk kesana pula. Dengan nyamuknya,
pacat dan agas malam. Rimas dan risau.
“ Betul ma. Sam nak
holiday dikampung pulak. Lagi pun sejak dari kecil duduk terperap di KL ni.
Elok jugak kalau Sam beralih angin. Kalau tak sekarang bila lagi? Kalau dah
kerja tentu dah susah nak berjalan,” itu alasan yang terbit dari bibirnya. Kali
ini ibunya tidak mampu membantah lagi. Pilihan sudah dibuat dan Sam nyata tekad
dengan keputusannya. Tidak guna lagi andai dia memujuk. Membazir air liur saja,
bisik hati datin Fiza.
“ Nanti mak panggilkan pak
Abu. Suruh dia hantar Sam ke bus station. Naik dari mana ni TBS ke atau Pudu?”
datin Fiza menoleh kearah anak bujangnya.
“Pudu aje mak. Arah utara memang naik ikut situ,” sahut Sam sambil
tersengih. Menyerlahkan lagi lesung pipit dikedua pipinya.
“ Hati-hati bila disana
nanti Sam. Jangan buat kelaku yang tak senonoh. Itu kampung, bukannya bandar
besar macam tempat kita ni. Lain sikit budaya orang sana,” pesan datin Fiza
dengan hati yang dipaut bimbang.
Pertama kali melepaskan
anak bujang bercuti dikampung. Ada sesuatu menganjal dilubuk hati. Tidak pula
dia tahu kenapa. Kurang enak. Kalu boleh memang dia tidak mahu melepaskan
anaknya pergi sendiri.
“ Alah mama ni. Macamlah Sam nak berkampung kat kampung afrika sana. Orang
kampung dah moden mama. Bukan macam zaman mama dan papa,” bantah Sam.Tersengih
lagi. Datin Fiza mempamerkan wajah cemberut. “ Bukannya jauh mana pun. Masih
dalam Malaysia lagi,” Sam berseloroh.
Bertemankan pak Abu selaku
pemandu keluarga mereka, Sam bertolak ke Puduraya. Tergesa-gesa dia mengalas
beg besarnya sambil matanya mencari kaunter tiket. Beberapa orang ulat tiket
menghampiri dan bertanyakan destinasinya. Sengaja dia tidak mahu melayan.
Beberapa kaunter yang menghala ketempat yang sama diperhatikan. Kemudian dia
membuat keputusan untuk mengambil tiket disalah satu kaunter.
Sementara menanti basnya
bertolak Sam mengambil keputusan untuk makan dahulu kerana kebetulan waktu
sudah merangkak ke tengahari.
Ketika bas ingin bergerak
dia tergesa-gesa turun ke platform. Selesai memeriksa tiket dia bergerak masuk
kedalam perut bas. Tercangak-cangak dia memilih kerusi. Mujur kerana penumpang
tidak penuh membuatkan dia boleh pilih mana-mana kerusi yang dirasakan selesa.
Sedapatnya dia mahu bersendirian sepanjang perjalanan.
Perlahan-lahan bas
bergerak meninggalkan kepesatan ibu kota yang terus hangat. Meninggalkan
kesibukan dan kerancakan yang ada.
Dia mahu menyedut udara segar kampung.
Mendengar kokokan ayam tatkala subuh menjelma. Mahu mendengar suara kambing dan
lembu kalau ada. Kampung Nizam masih lagi menjadi misteri. Itulah yang ingin
dia teroka sepanjang musim cuti kali ini. Jauh dilubuk hatinya dia berharap
biarlah ada kenangan indah dan manis yang akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur
sebagai buah tangan.
Perjalanan yang
disangkanya mudah ternyata meleset sama sekali. Entah apa nasibnya ketika
melewati lebuhraya menuju utara, perjalanannya tersekat. Ada kemalangan yang
membabitkan beberapa kenderaan didepan membuatkan perjalanan bas terhalang. Sam
yang duduk terperuk dikerusi mula gelisah tatkala bas bergerak terlalu
perlahan. Adakalanya berhenti lama. Kalau macam ni bila masa pulak aku nak
sampai? hatinya bersungut. Beberapakali lehernya dipanjangkan meninjau kearah
depan. Yang mampu dia lihat cumalah deretan kenderaan yang berbaris panjang.
Kawasan kemalangan mungkin masih berada jauh didepan. Sam menyandarkan tubuhnya
dengan perasaan sebal. Jam dipergelangan tangannya acapkali juga dikerling
dengan rasa tidak puashati. Jangan lambat aku sampai sudah, desisnya lagi
didalam hati.
Hampir tiga jam kemudian
bas mampu bergerak lancar semula. Sam yang sudah diasak dengan rasa bosan
akhirnya mengeluh lega. Jam ditangannya dikerling lagi. Mungkin dia terlewat
sampai dibandar sebelum bertolak ke kampung Nizam.
Menghampiri satu jam
berikutnya sekali lagi bala menimpa. Kali ini bas mengalami gangguan enjin. Sam
yang hampir terlelap dikerusi terjaga apabila tubuhnya tersentak seperti disentap
oleh seseorang. Dengan rasa mamai dan letih dia membuka mata. Memerhatikan
kearah pinggir jalan. Penumpanng dikerusi belakang dan depannya mula menceceh.
Tidak pula dia dengar butir percakapan mereka.
“ Apa hal ni?’ dia bersuara. Meminta jawapan dari yang lain.
“ Tak tahu.....engin tersenggut-senggut pulak. Bas rosak kot,” dia
mendengar tetapi tidak pasti siapakah yang bercakap.
Sam mengeluh kecewa lagi
tatkala bas mudik dibahu jalan dan akhirnya berhenti. Pemandu bas segera terjun
keluar untuk memeriksa enjin. Sekali lagi Sam terperuk kerusinya. Rambutnya
yang agak lebat disisirnya dengan tangan. Apa lagi ni? Dia tidak pasti selepas
ini apa yang akan berlaku.
Sah, bas mengalami
kerosakan yang agak serius. Memaksa mereka menunggu sebuah lagi bas lain muncul
untuk menjemput. Hari sudah mula menginjak ke malam. Sam dibadai risau. Pukul
berapa nanti aku nak sampai rumah Nizam? Hatinya berteka-teki.
Dek kerana masalah yang tidak dijangkan
akhirnya dia tiba juga dibandar yang dituju. Ketika itu hari sudah lewat. Malam
sudah melabuhkan tirai. Jari-jemari jam menunjukkan ke angka sebelas malam baru
dia berjaya menginjakkan kaki diperhentian bas.
Perkara pertama yang dia harus lakukan
ialah menghubungi Nizam untuk menyatakan kelewatannya. Amarahnya meluap-luap
apabila menyedari yang telefon bimbitnya kehabisan bateri. Malang apa pulak
yang datang lagi ni, dia bersungut didalam hati. Seperti rusa masuk kampung dia
tidak tahu apa yang harus dia lakukan.
Paling tidak pun dia harus
mencari telefon awam. Lalu dia menyusur kaki lima perhentian bas mencari. Pun
begitu sekali lagi dia diterjah kecewa apabila telefon yang sepatutnya
digunakan untuk waktu kecemasan, rosak. Sam tercegat lagi. Kalau diikutkan
hatinya mahu saja dia menendang pondok telefon itu. Memikirkan dia berada
ditempat awam, disabarkan juga hatinya yang sedang mendidih.
Sam akhinya membuat
keputusan nekad. Apa cara sekalipun dia akan tetap pergi ke rumah Nizam.
Kemudian dia mengambil keputusan untuk memenuhkan perutnya dahulu. Kebetulan
sejak makan tengahari tadi dia langsung tidak menjamah apa-apa.
Sam masuk kedalam sebuah
restoran yang masih lagi dibuka.Tidak ramai pengunjung. Menjadikan dia boleh
memilih tempat yang selesa untuk menjamu selera.
Usai makan dia bergerak
semula keperhentian bas. Tidak ada bas sangkut-sangkut disitu. Lapangan tempat
letak bas juga kosong. Yang ada cuma dua buah bas ekspress yang tentunya
menghala kedestinasi jauh. Beg sandangnya diletakkan dibahu jalan. Tertoleh
kekiri dan kanan. Sam mula diburu resah apabila menyedari yang waktu makin menginjak
ketengah malam. Apa cara aku nak ke rumah Nizam ni? Ligat otaknya berfikir.
Mungkin saja malam ini dia
menyewa bilik hotel? Ketika sedang asyik menimbang akan tindakan yang bakal
dibuat sedar-sedar ada sorotan lampu mengenai wajah dan tubuhnya. Sam menoleh
dan mendapati sebiji kereta sewa bergerak perlahan menghampirinya. Langsung dia
mengukir senyum. Ada jugak teksi malam-malam ni, hatinya melompat riang.
Sam menundukkan kepalanya
sebaik saja teksi tersebut berhenti disisinya. “ Nak kemana ni dik?” tegur
lelaki separuh umur didalamnya. Wajahnya tidak begitu jelas.
“ Nak ke kampung Teluk Dalam,” balas Sam dengan hati yang berdebar-debar.
Manakan tidak andai lelaki itu tidak mahu menghantarnya terpaksa dia tercegat
lagi disitu ditengah-tengah malam buta begini. Memikirkan dia berada ditempat
asing membuatkan dia merasa tidak senang. Keselamatannya mudah terancam.
“ Naiklah,” ternyata
ungkapan itu melegakan hatinya yang gundah-gulana tadi. Terus dia merentap
pintu kereta dan masuk kedalam. Sebaik saja pintu ditutup kereta sewa itu
bergerak pergi.
Sam tersandar kekenyangan dan keletihan.
Kepalanya ditolehkan kekiri sambil melepaskan pandangannya kearah luar yang
gelap. Cahaya neon semakin berkurangan apabila mereka bergerak semakin jauh
meninggalkan kawasan bandar.
Sepanjang perjalanan dia
hanya ditemani dengan kesunyian. Lelaki yang sedang menandu itu tidak bersuara
walau sepatah pun. Mungkin dia jenis lelaki pendiam. Sam tidak mahu memikirkan
lagi. Yang penting dia sampai ke rumah Nizam. Yang lain tolak tepi. Pada
perkiraannya sampai saja dirumah Nizam nanti dia mahu berehat sepuasnya.
Sedar-sedar kereta bergerak
melintasi kawasan kampung yang sunyi. Tidak banyak deret rumah yang dia lihat.
Satu persatu ditinggalkan jauh kebelakang.
Sam terkejut apabila ada
cahaya terang menyuluh dari kereta yang ditumpanginya. Serentak dengan itu dia
merasakan yang pemandu tadi mula meningkatkan kelajuannya. Sam diasak rasa
ragu-ragu. Mulanya dia hanya mendiamkan diri namun apabila merasa yang teksi
itu bergerak semakin laju akhirnya dia bertanya “ Kenapa ni pak cik?”
Lelaki yang bertindak sebagai pemandu itu tidak menjawap.
“ Jangan toleh belakang!”
Sam tersentak apabila dia ditegur. Seakan-akan lelaki itu tahu yang dia mahu melihat
apa yang ada dibelakang teksi ketika itu. Cahayanya cukup terang. Siapa yang
mengekori mereka? Dan kenapa pula pemandu itu kelihatan mengelabah dan
takut-takut?
“ Kenapa ni pak cik. Pak cik bawak laju sangat ni,” giliran Sam pula menegur. “ Biarkan aje kereta kat belakang tu
potong.”
Apa yang dia rasa mereka
bagaikan berlumba. Kenderaan dibelakang bergerak laju untuk memotong manakala
lelaki itu pula berterus memecut teksinya. Kau nak berlumba itu kau punya
pasal. Masalahnya aku ada menumpanng dalam teksi engkau, tolong hargai nyawa
aku! Seranah Sam didalam hati. Kecut juga perutnya bila berada didalam kereta
yang bergerak terlalu laju.
“ Itu bukan kereta!”
Sam terkedu. “ Habis tu apa? Lori?”
“ Pun bukan. Tak ada kenderaan dibelakang tu!”
Sam tidak faham.
“ Bukan yang macam kau sangkakan. Apa yang ada dibelakang tu cuba kejar
kita.”
Muka Sam mula pucat.
“ Itu jembalang! Saja nak kacau kita!”
Sam tidak bersuara lagi.
“ Yang penting jangan bagi
dia potong. Kalau tak nahas lah kita,” terang lelaki itu dengan nada serius.
Keadaan didalam teksi terang-benderang dengan limpahan cahaya dari belakang
teksi. Macam spotlight stadium. Menjadikan Sam tersilau dan hampir tidak dapat
melihat apa yang ada dihadapan.
Seperti mengerti dengan
apa yang bermain direlung fikiran anak muda itu, pemandu tadi bersuara lagi “
Memang dia saja kasi silau supaya kita terbabas tepi jalan. Kalau tak dapat dia
akan cuba potong kereta kita.” Dia melihat lelaki itu memaut stereng dengan
kejap dan kuat. Pedal minyak terus ditekan.
“ Dah ramai yang kena macam ni. Ada yang mati pun sebab langgar pokok. Tak
kurang jugak ada yang terhumban dalam gaung. Jalan ni memang tempat permainan
dia,” sela lelaki itu lagi. Sam pula makin tidak senang duduk jadinya.
“ Kalau.....kalau dia potong.....apa jadi pak cik?” peluh sudah berjurai
didahinya.
Seperti tadi lelaki itu langsung tidak menoleh ketika bercakap dengannya. “
Kalau dia potong ada benda yang menanti
didepan. Dah banyak orang yang kena. Kadang-kadang nampak orang berdiri tengah
jalan. Ada pulak nammpak perempuan melintas. Pernah juga ada orang nampak ada
gaung didepan. Macam-macam.Orang kata tempat ni memang ada puaka. Dia nakkan darah!”
Sam tersandar dikerusinya. Nafasnya tersekat-sekat. Tanpa disedari
tangannya mencengkam tempat kusyen kereta dengan kuat.
Yang jelas cahaya terang
dibelakang tetap berusaha untuk memotong teksinya. Sam kaget. Pemandu lelaki
itu terus menekan pedal minyak sekaligus menjadikan teksinya bergerak semakin
laju.
Sam terkejut apabila
menyedari ada bunyi hentakan kuat dibelakang teksi. Apa benda tu? Anak muda itu
cuak. Hendak menoleh dia tidak berani. Mulutnya mula terkumat-kamit membaca surah
lazim.
Ah.....diwaktu-waktu
genting begini otaknya enggan untuk membantu. Entah kenapa langsung sepatah
haram pun ayat-ayat lazim tidak mampu diucapkan. Pelik! Sedangkan sebelum ini
bibirnya lancar menyurahkan ayat tersebut ketika dia bersolat. Benar kata orang
bila berada didalam keadaan panik dan tegang perkara yang mudah pun tidak mampu
dilakukan dengan baik.
Bunyi hentakan dibelakang
kedengaran lagi. Kali ini bertalu-talu seperti ada tangan besar yang mengetuk
bonet kereta dengan kuat. Serentak itu juga dia merasakan yang badan teksi itu
bergegar.
Ya Allah! Hatinya menjerit ketakutan.
“ Pak cik,” dia menyeru.
“ Jangan layan!” sergah lelaki itu tanpa menoleh. Fokusnya lebih pada
jalanraya yang gelap-gelita.
Sam dikejutkan lagi dengan
bunyi sesuatu mencakar cermin belakang. Apa pulak kali ni, hatinya berbisik
cemas. Perlahan-lahan dia menoleh kebelakang.
Terkejut apabila dia
melihat ada tangan serta jari-jari runcing mencakar permukaan cermin. Tubuhnya
tidak kelihatan. Bunyi ngilu menghambat perasaannya. Sam berpaling dan
memejamkan matanya seketika. Ya Allah! Selamatkanlah aku!
Bunyi itu hilang untuk
seketika sebelum ianya muncul ditingkap sisi dibahagian belakang. Sam segera menoleh
dan kali ini dia melihat kepala seorang perempuan berwajah pucat dan rambutnya
yang panjang, menyeringai memandang kearahnya. Lidahnya yang kehitaman menjilat
permukaan cermin berkali-kali. Meninggalkan kesan darah.
“ Pak cik! Dia ada dibelakang ni!” pekik Sam sekuat hatinya. Tidak pernah
dia merasa setakut ini. Inilah pengalaman pertamanya.
“ Pak cik! Tolong!” pekik Sam hingga ke puncak suaranya.
Pemandu tadi terpaksa
menoleh kebelakang membuatkan dia hilang tumpuan pada jalanraya. Pandangan mata
mereka bertembung dan kali ini Sam menjerit semakin nyaring. Apa yang
dilihatnya lebih menakutkan.
Wajah lelaki tadi tidak
ubah seperti wajah perempuan yang berada diluar tingkap tadi. Sepasang matanya
merah.Wajahnya pucat. Bibirnya jelas kehitaman. Rambutnya yang panjang dan
hitam pekat menerawang seperti ditiup angin kencang. Tersenyum ngeri kearah
Sam. Bila dipandang kearah luar bayang perempuan berambut panjang disisi
tingkapnya sudah lesap. Kini ia berada dibahagian pemandu. Mana pak cik tadi?
Belum pun sempat Sam
melakukan apa-apa, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang cukup kuat.
“ Arghhh.....!” Tubuhnya segera melayang dan terhumban kedepan sebelum
suasana menjadi gelap. Terasa bagaikan nafasnya terputus.
*****
Kelopak matanya dibuka
perlahan-lahan. Terus dia tersentak dan cuba menegakkkan badannya. Nizam segera
memaut bahunya sambil tersenyum.
“ Rilek Sam.....bawak rehat dulu,” ucap anak muda itu dengan tenang.
Dengan wajah kelat Sam menelan
air liurnya. Sempat dia berkalih dan memerhatikan kearah beberapa orang lelaki
yang agak berusia duduk tidak jauh dari tempat perbaringannya. Tilam nipis yang
mengalas badannya juga ditenung dengan hairan.
“ Nizam,” segera dia memaut lengan Nizam. “ Aku dimana ni?” jelas kulit
mukanya masih pucat. Tidak bermaya.
“ Rilek. Kau ada di rumah
aku sekarang ni,” dengan tidak menghiraukan Sam yang berada didalam keadaan
terpinga-pinga itu Nizam tetap mengukirkan senyumnya.
“ Tapi.....tapi aku,” anak muda itu cuba mengimbas kembali apa yang dia
lalui sebelum ini. Serta-merta bulu roma diseluruh tubuhnya merinding.
“ Aku tau apa yang dah jadi pada engkau,” tutur Nizam lagi. Cuba meredakan
perasaan rakan baiknya itu.
“ Kau tau?”
Nizam angguk.
“ Kami jumpa kau dalam
teksi rentung diselekoh tak jauh dari kampung ni. Bila kau tak sampai ke rumah
aku, aku dah mula cemas. Aku takut kau lewat sampai. Kan aku dah pesan dengan
engkau dulu. Jangan lewat sampai kekampung aku.”
Sam memutarkan mindanya
dan seketika kemudian dia mula mengangguk.Masih dia ingat pada pesan rakan
karibnya itu.
“ Aku rasa kau memang dah
lewat sampai dibandar tu. Malam tadi kau naik teksi puaka tu. Ramai orang luar
yang dah kena. Orang tempatan dah tau cerita tak akan naik kereta sewa terakhir
tu. Sebab dia orang memang dah tau,” Nizam tersengih.
“ Ada cerita disebalik
teksi terakhir yang kau tumpang tu,” sambung Nizam lagi. Sam menegakkan
badannya. “ Cerita apa?”
“ Teksi kau naik tu dulu mengalami kecelakaan. Terbabas dan melanggar pokok
serta meletup. Pemandu dan penumpangnya mati ditempat kejadian,” sejurus
kemudian dia terdiam.
“ Menurut cerita ada
cahaya terang mengejar teksi tu dalam perjalanan balik. Cahaya itu dikatakan
adalah jembalang yang mendiami kawasan tersebut. Memang dah ramai yang kena.
Cahaya itu akan cuba memotong kenderaan yang mereka naiki,” salah seorang dari
lelaki berusia tadi mencelah cerita Nizam.
Nizam berpaling semula
pada Sam dan menyambung kata-katanya “ Bila cahaya tu dapat memotong kenderaan
seseorang, serta-merta cahaya itu terpadam. Keadaan akan gelap seperti
sediakala. Ketika itulah ada sesuatu yang melintas didepan jalan. Ramai yang
mendakwa ada perempuan atau orang tua melintas. Dek kerana hendak mengelak
kenderaan mereka akan terbabas dan mengalami kecelakaan. Kalau nasib baik
mereka selamat. Tapi apa yang berlaku pada pemilik teksi terakhirnya itu adalah
sebaliknya. Dia maut ditempat kejadian. Dan malam tadi kau adalah mangsanya
yang terbaru.”
Sam merasakan yang tekaknya tiba-tiba kering.
“ Mangsa akan ditemui didalam teksi rentung tu dibawah pokok mati diselekoh
sebelum sampai kekampung ni,”tutur Nizam lagi. Bahu Sam ditepuknya mesra.
Sunguh, Sam kehilangan
kata-katanya. Matanya bulat mengambarkan rasa tidak percaya. Memang dia mahu
bercuti dikampung Nizam dan mengharapkan agar ada kenangan yang bakal dia
perolehi. Tapi dia tidak menyangka bahawa kenangan yang bakal dia bawa pulang
nanti adalah sesuatu yang amat menakutkan. Sam perlahan-lahan menatap wajah
Nizam. Bibirnya terus kelu. Lepas ini entah apa lagi yang menantinya dikampung
sahabatnya itu.
TAMAT