Kereta yang dipandunya meluncur laju membelah kegelapan malam yang dingin.
Cahayanya menyorot jalanraya yang sunyi dan sepi. Dilangit tidak ada sebutir
bintang pun kelihatan. Rembulan pula bersembunyi disebalik kepulan awan yang
tebal dan berat. Daun-daun pohon ditepi jalan bergetar ditampar angin yang
menderu keras.
“ Jauh lagi ke?” Maziah
yang duduk disebelah bahagian pemandu bertanya. Tidak pula dia menoleh kearah
Rafik yang kelihatan tekun memusatkan perhatiannya pada jalanraya.
“ Kejap lagi sampailah,” sahut lelaki
itu juga tanpa menoleh. Seakan-akan mereka bukan lagi pasanngan kekasih seperti
yang dikenali dulu. Hati masing-masing memberontak didalam. Maziah cemas dan
takut manakala Rafik pula tertekan. Kejap jari-jemarinya menggengam stereng
kereta.
Lelaki muda berusia sekitar
pertengahan 20an itu menoleh tatkala terdengar dengusan halus dari Maziah.
“ Kenapa?” wajah gadis ayu yang kelihatan berbalam-balam itu direnung
sekilas.
Maziah gugup untuk menjawap. Yang dia tahu dadanya makin berdebar-debar.
Sejak dari bertolak lagi rasa debaran itu tidak mampu dikikisnya. Mukanya juga
mulai pucat. Hanya ianya tersembunyi disebalik kesamaran malam. Tidak jelas dimata Rafik.
“ Takut?” Rafik cuba meneka.
Maziah mengigit bibirnya. Tangannya diramas-ramas. Begitulah perlakuannya
andai dia diseranng dengan rasa cemas atau pun takut.
“ Mahunya I tak takut,”
ulas Maziah pendek tidak lama kemudian. Jalan sunyi didepan matanya ditenung
lagi. Perasaannya berbelah bagi. Bolehkah dalam saat dan ketika ini dia
mengubah keputusannya? Bolehkah dia berpatah semula?
“ Rilek,” ucap Rafik tanpa menghiraukan perasaan kekasihnya itu. “ Tak ada
apa yang nak dibimbangkan,” sambung pria itu lagi. Berharap agar kata-kata itu
mampu menambahkan kekuatan pada Maziah.
Seperti ada yang lucu Maziah menghamburkan ketawanya. Kedengaran sinis dan
menyakitkan telinga Rafik. Sekali lagi pemuda itu menjeling kearahnya.
“ You boleh suruh I rilek dalam keadaan macam ni?” nadanya kedengaran
sarkastik.
“ Habis tu you nak buat
macam mana lagi? Ini aje jalan yang terbaik,” sanggah Rafik dengan suara yang
dikeraskan.
“ Bukan ke kahwin jalan yang paling baik dan mudah?” Maziah menoleh.
Rafik terdiam. Nafasnya
dihela dengan panjang. Sudah berkali-kali dia membangkitkan masalah ini dan
ternyata Maziah seolah-olah enggan untuk memahaminya. Atau barangkali sengaja
buat tidak faham. Dagunya dilurut lembut dengan jari.
“ Kita tetap akan kahwin sayang. Tapi masalahnya bukan sekarang. Ada
perkara lain yang perlu I buat dulu. Lagi pun ekonomi I belum betul-betul kukuh
lagi. Kenapa you tak nak faham,” balas Rafik mendatar.
“ Kita tetap akan kahwin
tapi bukan sekarang. I harap you faham. Beri I masa lagi,” lelaki itu memujuk.
“ Bila Fik? Jangan buat I tertunggu-tunggu.”
“ I promise. Kita akan kahwin dan buat masa ni masalah yang kita tengah
hadapi ini elok kita settlekan dulu,” ujar Rafik lagi.
Langsung Maziah menundukkan
kepalanya. Tangannya mengusap lembut perutnya sendiri. Ada rasa hiba merantai
perasaannya. Ada rasa kecewa datang menjengah. Diwaktu yang sama dia merasa
kejam dan zalim. Masih mampukah dia berpatah semula? Lagi-lagi itu yang
terlintas direlung fikirannya.
Kerana pesona cinta yang
tidak terkawal akhirnya dia terlanjur. Dan hasilnya ada benih yang sedang
berkembang didalam perutnya. Lambang cinta terlarang dari mereka berdua. Namun
saat yang sudah berlalu tidak mungkin dapat ditarik kembali. Waktu yang terus
bergerak tidak ada daya untuk dia menahannya. Seiring dengan waktu itu juga
anak didalam kandungannya makin membesar.
Rafik yang hanya bekerja
sebagai seorang kerani meminta agar ditangguhkan perkahwinan mereka bila diaju
soalan itu. Memang awalnya dia terkejut dengan pemintaan teman lelakinya.
Sangkanya Rafik akan mengorbankan dirinya semata-mata untuk membuktikan cinta
mereka. Namun sangkaannya ternyata meleset. Rafik keliru dan takut. Minta
tempoh. Dan yang paling dashyat lelaki itu meminta agar dia mengugurkan saja
kandungan didalam rahimnya itu.
Maziah menentang dan tidak
ingin lagi bergelumang didalam perut dosa. Namun kelicikan Rafik memujuk
akhirnya membuatkan dia cair dan akur dengan permintaan lelaki itu. Ya....jika
ditanya dia memang mencintai lelaki itu. Masih lagi.
“ You jangan takut Zie.
Lepas ni masalah kita akan selesai,” seakan-akan tahu apa yang bersarang dalam
kepala Maziah, Rafik berkata lagi.
“ Ada kawan I yang bagi
alamat rumah nenek ni pada I. Katanya nenek ni bagus dan pandai buat kerja ni.
You jangan takut okay,” Rafik memujuk lagi. Andai disaat-saat akhir Maziah
mematikan niatnya, parah juga dia nanti.
“ Semua yang buang dengan nenek ni selamat. Tak jadi apa-apa pun,” tambah
lelaki itu lagi.
Maziah mematikan dirinya. Hanya menadahkan telinganya mendengar setiap
butir bicara Rafik. Dia sudah tidak berdaya lagi untuk menolak, hanya berserah
pada takdir.
Rafik memperlahankan
keretanya dan kemudian membelok masuk melewati sebatang lorong yang gelap.
Maziah ikut menoleh.
“ Rumah dia kat dalam ke?” ditemani dengan rasa cuak gadis itu bertanya. Kegalauan
makin terserlah diwajahnya. Membayangkan saat-saat yang tidak boleh dia
gambarkan memang menakutkan. Ngeri. Bulu roma disetiap inci tubuhnya mula
meremang.
“ Ha ah.....dah tak jauh lagi. Masuk dalam sikit,” pedal minyak ditekan
lagi. Kereta meluncur melalui jalan tanah merah. Bergoyang-goyang apabila
merempuh segala lubang dan lekuk.
Akhirnya mereka tiba
disebuah rumah kayu lama. Nampak usang seperti tidak berbela. Pokok-pokok besar
mengelilingi sekitar kawasan rumah tersebut. Menambahkan lagi keseramannya.
Lalang yang bergetar ditepi parit berbisik bila disapa angin malam. Rafik
mengarahkan Maziah keluar.
“ Marilah tak kan nak tunggu sini lama-lama,” pintu dibuka dan dia sendiri keluar
tanpa menunggu Maziah.
Rafik terus menghampiri
pintu dan memberi salam. Tidak ada kedengaran suara yang menyahutnya dari
dalam.
“ Dia tak ada kat rumah tak,” Maziah yang baru berdiri disebelah Rafik
bersuara perlahan. Lebih pada berbisik. Rafik buat tidak endah. Terus memberi
salam dengan suara yang sengaja dikuatkan.
Keriut dimuka tingkap
memancing perhatian mereka berdua. Terjonggol kepala wanita tua yang sudah
beruban. Kusut masai. Kulit mukanya juga sudah berkedut. Mencerunkan
pandangannya pada Rafik dan Maziah. Mulutnya kelihatan terkumat-kamit.
“ Ini rumah nek Peah ke?” Rafik bertanya. Wajahnya dimaniskan.
“ Kamu ni sapa?” terketar-ketar suara nenek Peah.
“ Nenek tak kenal kami
tapi kami datang ni ada hajat,” resah juga dia kalau perempuan tua itu banyak
sangat bertanya. Apa yang dia mahu ialah urusannya membuang kandungan Maziah
selesai dengan cepat. Tidak perlu lagi dia runsing-runsing memikirkannya.
Nenek Peah hilang dimuka
tingkap. Terdengar bunyi tapak kakinya menginjak lantai kayu. Tidak lama
kemudian pintu dibuka. Kini terserlah batang tubuh nenek Peah. Kecil saja
orangnya. Sedikit bongkok namun masih kuat berdiri.
“ Naiklah,” pelawa perempuan itu sambil berlalu. Pantas Rafik menanggalkan
kasut dan menarik Maziah naik keatas rumah.
Tidak ada apa-apa yang
menariknya didalam rumah kayu lama itu. Perabut yang ada pun ala kadar. Kerusi
rotan lama. Langsir sudah lusuh tanda sudah lama tidak berganti. Meskipun
begitu hawa diruang tamu itu terasa sejuk. Rumah kampung memang begini, rumus
Rafik didalam hati.
Cahaya dari mentol diruang
tamu pula malap. Ada angin menerobos masuk melalui celahan kayu didinding.
Seketika Maziah berpaling padanya. Rafik sekadar tersenyum dan memberi isyarat
agar teman wanitanya itu tenteram.
“ Kamu duduk sini dulu,” arah nek Peah dan sejurus kemudian dia mengilang
kedalam.
Segera Maziah memaut lengan Rafik. Wajahnya memucat kesan dari rasa takut.
“ Dah.....,” Rafik memujuk. “ Tak ada apa yang nak ditakutkan. Rilek.”
Maziah mengulum bibirnya. Tidak percaya dengan cakap-cakap Rafik. Bagaimana
perasaannya boleh aman jika semua ini terpaksa dia hadapi sendiri. Dia yang
akan menunggung semuanya, bukan Rafik.
“ Zee jangan takut. Lepas
ni abang janji kita kahwin. Kalau problem ni selesai lega sikit kita,” bisik
Rafik lagi. Maziah tidak jadi menyahut kerana derap tapak kaki nek Peah
kedengaran semula.
“ Kamu ni dari mana? Macam
mana kamu boleh sampai kesini,” soal nek Peah.Tajam matanya merenung kearah
Rafik dan Maziah silih berganti.
Mahu tidak mahu terpaksa
juga Rafik membuka mulutnya bercerita. Namun tidak semua diberitahu pada
perempuan tua itu. Cukup sekadar maklumat ringkas saja. Nek Peah mengangguk.
“ Datang sini sebab dah ada isi?” soal wanita itu yang sememangnya sudah
menduga dari awal lagi. Rafik tersengih serba-salah. Lalu dia menganggukkan kepalanya.
Maziah terus erat menggengam tangan teman lelakinya itu.
Nek Peah menunduk dan tidak
lama kemudian kepalanya terangguk-angguk lagi. Seakan-akan seperti sedang
mendengar seseorang berbisik dicuping telinganya.
“ Hmmm.....hmm....,” itu saja yang keluar dari bibirnya yang kering.
“ Emmm.....aku tau,” akhirnya
dia mendongak semula. Maziah makin seriau dengan tingkah laku perempuan tua
itu. Mahu saja dia bangun dan pergi dari situ. Tanpa disedarinya tangannya
meraba perutnya sendiri. Timbul pula rasa kasihan pada benih yang sedang
membesar itu.
“ Tak apa. Aku boleh
tolong kamu berdua. Tak ada masalah. Aku tau apa aku nak buat,” nek Peah
meyeringai sebentar.Jelas giginya hanya tinggal tunggul-tunggul hitam saja. Tulang
pipinya menonjol.
“ Dah ramai orang yang aku
tolong. Tak ada masalah pun. Semuanya selamat,” akhirnya dia mengekeh ketawa.
Kedengaran menyeramkan pada pendengaran Maziah. Terasa seperti satu ancaman
pula.
“ Kenapa?” tiba-tiba dia menjegilkan
biji matanya kearah Maziah. Makin kecut perut perempuan itu dibuatnya. “ Aku
tak paksa. Kamu fikir masak-masak. Kalau kamu datang sini sebab nak mintak
pertolongan. Ya.....aku bagi. Tapi kalau kamu rasa nak pergi aku jugak tak
menghalang.”
Deras Rafik berkalih pada Maziah. “ You
ni dah kenapa? Penat kita datang dari jauh. Alih-alih sampai ni you tak mahu,”
keras lelaki itu berbisik. Kalau Maziah menolak dan ingin pergi, dia juga yang
akan kalut nanti. Perut Maziah pula membesar dari hari ke hari. Mana boleh
sorok-sorok? Orang lain akan tahu. Kalau itulah yang terjadi dia juga yang
bakal mendapat balanya. Rafik mendesah.
“ I....I....”
“ Dah.....you tak payah nak susah-susah. I ada jaga you. Kali ini aje,”
seperti biasa Rafik memujuk dengan janji-janji manisnya.
Maziah berpaling kearah
nek Peah. Seperti tadi perempuan yang sudah beruban dikepala itu menunggu
jawapan darinya. Maziah masih lagi merasa serba-salah dan serba tidak kena.
“ Dah....I ada sini. You jangan takut. Lagi pun nek Peah tau apa yang dia
buat.”
“ Emmm.....kau jangan takutlah. Dah lama dah aku buat kerja ni. Aku taulah
nak buat macam mana?” wanita itu seperti berang.
Rafik terus memujuk.
Akhirnya Maziah akur juga. Nek Peah tersenyum simpul. Kemudian dia bangkit dari
kerusi.
“ Dah.....ikut aku masuk bilik. Biar aku tengok dulu budak tu macam mana,”
arahnya dengan suara keras. Lebih pada memerintah. Sejenak Maziah berkalih pada
Rafik. Rafik angguk mengesa, menyuruh Maziah ikutkan saja segala arahan perempuan
tua itu.
Maziah dibawa masuk
kedalam sebuah bilik. Pintu ditutup rapat dan sebentar kemudian tiada apa-apa
bunyi yang kedengaran. Rafik mengambil kesempatan untuk duduk sambil cuba
menenangkan dirinya. Bohong sangat kalau dia sendiri tidak merasa cemas. Tidak
terjangkau akan nasib yang bakal diterima oleh Maziah.
Nek Peah keluar dari kamar
dan selang beberapa minit kemudian dia kembali dengan segelas air ditangan. Sempat
dia menjeling kearah Rafik yang masih lagi tersandar dikerusi. Setelah
bayangnya hilang pintu ditutup lagi.
Rafik memanjangkan kakinya
yang tiba-tiba dirayap rasa lenguh. Matanya tepat dihalakan kearah siling rumah
yang jelas berhabuk. Menurut perkiraannya rumah itu sudah lama tidak
dibersihkan.
Dari jauh kedengaran lolongan anjing
bersahut-sahutan. Bisikan lalang diluar juga kedengaran jelas. Mungkin diluar
angin bertiup keras. Rafik mengigil kesejukan. Tiba-tiba hawa dingin menerpa
ketubuhnya.
Rafik tersenntak apabila
tiba-tiba lampu diruang tamu berkelip-kelip sendiri. Apa hal pulak ni, desis
hati kecilnya. Lama dia mendongak. Mentol nak terbakar ke apa? Langsung dia
menjadi tidak selesa dengan keadaan ruang tamu yang kejap terang dan kejap
gelap itu. Terpingga-pingga jadinya.
Dalam keadaan mamai begitu Rafik sekali lagi
terkejut. Matanya diarahkan pada salah satu sudut ruang tamu disitu. Serasanya
dia seperti ternampak sesosok tubuh duduk diam membeku. Rafik membesarkan
matanya. Ketika gelap sosok itu kelihatan samar-samar tetapi bila terang tiada
apa-apa yang dilihat. Mimpi ke aku? Dia menyoal dirinya sendiri. Mujur keadaan
itu tidak lama. Lampu menyala semula seperti tadi. Rafik menarik nafas lega.
Rafik berkalih pula pada bilik
nek Peah. Masih seperti tadi.Tidak ada sebarang bunyi yang muncul. Sepi dan
kaku. Apa yang dibuat lama-lama tu? Terlintas pula soalan itu didalam benaknya.
Tak kan nak periksa perut pun ambil masa sebegini lama? Rafik mula rasa tidak
puashati.
Dia bangun perlahan-lahan. Namun baru saja
kakinya hendak melangkah tiba-tiba dimatikan. Ada hilai ketawa halus melintas
dicuping telinga. Kepalanya dipusingkan kekiri dan kekanan. Mencari dari mana
datang bunyi hilaian halus itu. Diamatinya dengan cermat. Ya! Memang tidak
salah lagi.
Rafik berputar-putar lagi
cuba mencari arah mana suara hilaian itu muncul. Pun begitu ada kejanggalan
pada pendengarannya. Bunyi hilaian itu bukan milik perempuan melainkan milik
seperti....Rafik membuntangkan sepasang matanya. Benarkah apa yang dia dengan?
Suara ketawa halus itu tidak ubah seperti suara kanak-kanak. Tidak pula dia
pasti jantina kanak-kanak yang empunya suara itu.
Anak siapa yang ketawa
begitu rupa? Anak nek Peah? Cepat-cepat dia menepis andaian yang wujud dalam
kepalanya. Tidak mungkin anak nek Peah. Wanita itu sudah terlalu tua itu
memiliki anak. Paling tidak pun mungkin cucunya? Ya.....itu barangkali memang
tepat. Rafik memanjangkan lehernya. Mungkin suara itu datang dari arah bilik
atau pun bahagian dapur?
Tidak mungkin. Suara itu
kedengaran terlalu hampir. Seolah-olah berada disekitarnya saja.
“ Siapa tu?” dia menegur takut-takut.
Tidak ada jawapan melainkan ketawa itu terus bergema.
“ Adik?” nadanya kedengaran memanggil memujuk. Tidak ada balasan. Ketawa itu
sepi tidak lama kemudian. Rafik menghela nafasnya dengan panjang.
Matanya diarahkan pada
kamar yang dimasuki oleh Maziah dan nek Peah tadi. Bilik yang bertutup itu
masih lagi sepi. Rafik resah sendiri. Lalu dia menapak perlahan-lahan.
Berhati-hati kerana tidak mahu bunyi keriut dilantai papan menarik perhatian
kedua wanita didalam bilik tersebut.
Sejenak dia
berdiri kaku didepan pintu. Telinganya dipicingkan dengan teliti. Beberapa
detik kemudian dia terdengar sesuatu. Suara seperti orang merungut. Terlalu
perlahan. Rafik diusap curiga. Dadanya tiba-tiba berdebar-debar.
“ Makanlah.....makanlah
puas-puas,” disusuli dengan suara nek Peah ketawa.
Apa yang dibuatnya? Rafik
terdiam lagi. Makan apa? Maziah diberi makan apa? Jamu barangkali? Untuk
menghilangkan kesakitan yang bakal dirasai?
Namun ketawa yang muncul dari balik
dinding membuatkan Rafik diancam dengan perasaannya sendiri. Pemuda itu mula
diasak dengan rasa tidak sedap hati.
“ Makanlah puas-puas. Bukan
selalu kau orang dapat makan macam ni,” ketawa dari nek Peah membuatkan bulu
roma Rafik meremang dengan tiba-tiba.
Rafik mula merayap didinding cuba
mencari lubang jika ada. Berhajat benar dia mahu mengintai apa yang berlaku
didalam sana.
Ada celahan dinding agak renggang
kedudukannya. Ini peluang, fikir anak muda itu. Lalu dia melekatkan sebelah
matanya pada celahan dinding tersebut.
Alangkah terkejutnya dia apabila
melihat Maziah terbaring diatas lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri. Bukan
setakat itu saja malahan kelihataan perutnya terburai dan segala isinya
terhambur keluar. Lebih mengejutkan lagi dia melihat nek Peah duduk bersila
tidak jauh dari jasad Maziah. Rafik tidak mampu bersuara apabila turut melihat
sekumpulan kanak-kanak berusia lingkungan dua hingga empat tahun mengerumuni
mayat Maziah. Tangan masing-masing menyeluk rakus kedalam celahan luka diperut
gadis malang itu. Kemudian segala organ dan isi perut dimamah dan dikunyah
sebelum ditelan. Darah pekat membasahi sekitar mayat gadis itu.
Bila diamati lagi dia sedar yang
kumpulan kanak-kanak itu bukanlah seperti kanak-kanak biasa. Masing-masing berwajah
pucat. Matanya juga terpersuk agak kedalam. Taring menjulur keluar tatkala
membuka mulut. Bunyi isi perut diratah beramai-ramai jelas ditelinganya.
Berdecit-decit. Rafik ngeri untuk terus menatapnya.
Namun belum pun sempat dia bertindak
sedar-sedar salah seorang dari kanak-kanak puaka itu mendongak dan memerhatikan
tepat kearahnya. Rafik kaget. Nek Peah juga perlahan-lahan menoleh dan kemudian
membuahkan senyum sinisnya.
“ Kau dah tau?” sela nek Peah
dengan rambutnya yang mengerbang. Biji matanya
seakan-akan ingin terjojol keluar.
Rafik duduk
tersandar dilantai. Mukanya pucat lesi. Takutnya bukan kepalang lagi. Rafik
bangun dengan serta-merta. Dia mahu meninggalkan rumah puaka ini sebelum
nyawanya sendiri terkorban.
Pintu diterpa dan cuba dibuka. Namun
seperti ada tangan ghaib yang menghalang, pintu kayu buruk itu tidak mampu
dibukanya. Berkali-kali Rafik mencuba namun hasilnya tetap sama. Kemudian dia
berkalih ketingkap pula. Kejadian yang sama turut sama berlaku. Haram sedikit
pun daun tingkap tidak mampu direnggangkan apatahlagi untuk dibuka. Rafik yang
cemas mula menghentak tingkap dengan tangannya. Kuat dan bertalu-talu.
“ Tolong wei! Tolong aku!” dia
berharap agar jeritannya dapat didengari walau siapa pun yang ada diluar sana.
“ Tolong aku wei!!” Rafik sudah
berpeluh sendiri. Tidak lagi menghiraukan akan kesakitan ditangan akibat
menghentak tingkap terlalu kuat.
Rafik terhenti apabila suara hilai
ketawa kedengaran dari arah belakangnya. Dia menoleh perlahan-lahan dan
mendapati nek Peah sudah pun berdiri diruang tamu. Disekelilingnya kelihatan
kanak-kanak berwajah pucat turut sama merenung tajam kearahnya. Ada kesan sisa
darah meleleh dibibir dan taring mereka.
Nek Peah ketawa halus “ Ada jamuan
besar untuk kau orang malam ni.Makanlah. makanlah sepuas-puasnya,” dan serentak
dengan itu sejumlah kanak-kanak tadi berlari menerpa kearah Rafik. Pemuda malang yang tidak bersedia itu tidak
lagi mampu mengelak.
Kanak-kanak terus menerkam kearah
kaki, tangan dan tubuh Rafik lalu dikokangnya dengan lahap. Ketika malam makin
larut kedengaran jeritan lantang Rafik hingga kepuncak suara sebelum menghilang
bersama embun jantan yang turun ketanah.
TAMAT