Penatnya..
jam di dinding menunjukkan pukul dua pagi .. aku merebahkan diri di atas tilam
selepas pulang dari kerja. . lampu di bilik masih terpasang… dong dong dam!!…
tiba-tiba terdengar seperti bunyi tong kosong jatuh di luar…
hati aku mula
berdebar. Siapa pula pagi-pagi buta pukul dua ni.. mata aku terlintas untuk
merenung ke tingkap bilik yang tertutup. Ku pandang cermin yang berlatar
belakangkan kegelapan malam itu.. zupp!! Huhh?? Apa tu??
Hati aku terkejut
selepas melihat satu kilabat melintas dengan laju di hadapan cermin bilik ku
yang tertutup itu.. aku bingkas bangun dan menjauhkan diri dari cermin itu.
Heee..e…e…
terdengar suara
sayup mengilai dan sekali lagi melintas di hadapan cermin biliku.. aku terlihat kelibat berambut
putih bermuka hitam dan kepala bengkok ketepi melintas secara perlahan di
cermin tertutup itu..
hoii budak…
aku tersentak!!
Kelibat itu bersuara garang.. sambil terdengar
bunyi seseorang ketawa di telinga ku.. kaki aku mula mengigil untuk terus
berdiri. Aku terkaku seketika..
“apa kau nak?!! Jerit aku..
“padam balik gambar aku!!” mahluk itu bersuara.. gambar??
Hatiku tertanya-tanya..
“ada orang ambil
gambar aku secara tak sengaja.. aku nak ko padam balik gambar tu..!!!” diikuti
suara gelak yang menyeramkan…
Bila aku cuba hendak bergerak..
sialan.. aku bermimpi.. aku lihat jam di tangan
baru pukul 3 petang… aku terus bangun dan mandi.. sehingga kini aku
masih ingat mimpi itu.. adakah ia mainan tidur atau?? Aku biarkan ianya berlalu
begitu sahaja..