Home Cerpen Cinta Serpihan Sebuah Kenangan
Serpihan Sebuah Kenangan
Pena Bergerak
4/5/2014 13:52:27
1,229
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta
     Joe merebahkan dirinya ke atas tilam yang sangat empuk sambil
merenung ke arah kipas syiling yang sedang berpusing. Matanya
terasa sangat berat sehingga terlelap. Tiba-tiba Joe disergah oleh adik
perempuannya Krista. 

     “ Woiiiii…. !! Ape main sergah-sergah ni !!”tengking
Joe kepada adiknya sambil matanya tajam memandang tepat ke arah mata
Krista.. Krista tersengeh-sengeh sambil melihat wajah abangnya yang
sedang marah.. “ape hal ko tersengeh-sengeh pandang aku ni??” Kata Joe
kepada adiknya yang masih lagi tersengeh-sengeh kepadanya.. Wajah
Krista mula serius, “Relaks argh abang..! Sergah sikit dah nak marah, patut
la tak ramai aweks melekat kat abang”.usik Krista.

     “mane taknye marah,salam tak beri tetiba sergah masuk bilik orang..” kata
Joe dalam nada yang masih lagi marah dan bengang terhadap adiknya.
“ayah suruh abang pergi kedai jap beli gula pasir” kata Krista kepada Joe yang
sedang meletakkan batal di di atas kepalanya. “Ko tak boleh pergi ke??” balas Joe.
“ayah suruh die,die suruh orang pulak… susah betul dapat abang pemalas macam
abang nie.” usik Krista lagi yang sengaja hendak menaikkan darah Joe. Joe geram
Dengan kata-kata adiknya lalu memukul Krista dengan batal di dalam biliknya..
“ Ayahh!! Tengok abang ni pukul orang !!”jerit Krista yang memecahkan
suasana sunyi di rumahnya.. 

       Joe cepat-cepat menutup mulut Krista.. Tiba- tiba satu suara kedengaran “Joe ko buat ape dengan adik ko tu hah!!”.. “Takde ape-ape ayah ni ha Krista Ngigau masa tidur..” balas Joe yang masih
lagi menutup mulut Krista.. Krista mula ketawa di dalam hati apabila melihat wajah abangnya ketika itu..hehi.. “ko memang anak manjakan Krista!,Sikit- sikit bagitahu ayah, arghh!!”kata Joe secara berbisik kepada Krista.. 

    Tension dapat adik macam die ni,kata Joe didalam hati. Akhirnya Joe mengalah dan
pergi membeli gula pasir seperti yang disuruh oleh adiknya.. Dikedai die bertemu
dengan kawannya Sobri.. “Woit!! Joe, petang ni jom main bola kat padang..”kata
Sobri sambil mendekati Jeo yang sedang mencari gula di kedai itu.. “Ok,macam
biasa pukul 6petang nanti” balas Joe sambil mengambil gula yang terletak didalam
kotak itu.. “jumpa petang nanti yerk!!”jerit Sobri yang sedang beredar dari situ, begitu
juga dengan Joe.. Sampai saja di rumah Joe meletakkan gula beserta baki duit beli
gula tadi di atas meja.. 

     Lalu beredar masuk ke dalam bilik sambil mengunci pintu supaya 
tidak diganggu oleh adik perempuannya Krista.. Aduh letihnye la.. Keluh Joe
seorang diri.. Sementara di luar bilik, Krista mendekati meja yang terletak gula di
atasnya.. Terlihat oleh krista duit yang juga terdapat di situ.. Dengan
melihat ke kiri dan ke kanan, krista ambil kesempatan yang ada dengan menyeluk
duit yang ada di atas meja itu,lalu beredar keluar rumah..

     Tepat jam 5.30 petang Joe bangun dari tidur lalu mencapai tuala yang tersangkut
dekat pintu bilik tidurnya dan pergi ke bilik air untuk mandi.. Setelah selesai mandi
Joe lihat gula tersebut masih lagi ada di atas meja makan, tetapi duitnya telah
tiada.Joe memikirkan mungkin ayahnya telah mengambil duit tersebut,tanpa memikir
panjang Joe terus melangkah masuk ke bilik untuk memakai baju dan seluar. Setelah
selesai memakai baju dia pun ke ruang tamu dan melihat ayahnya sedang tidur di
atas sofa dan Dalam jam 6.01minit Joe sudah mula keluar ke padang untuk bermain
bola bersama kawan-kawanya yang lain.. 

     Sementara dirumah, ayahnya terjaga dari tidur dan melihat televisyen sedang 
bercakap seorangan tanpa ada orang melihat televisyen tersebut.Ayah joe 
mencapai remote TV itu dan menutup Tv tersebut. Ayah Joe bangun dari sofa 
dan melangkah ke dapur serta melihat gula yang disuruh beli
oleh anaknya sudah pun dibeli oleh anaknya.. 

     Ayah Joe hidup berseorangan semenjak kematian Ibu Joe yang meninggal akibat sakit jantung. Dilihat oleh ayahnya baki duit beli gula tadi tiada di atas meja tersebut.Ayahnya mula berang dan
menunggu anak lelakinya Joe pulang. Setelah jam 7 ptg Joe pulang dari bermain
bola,sampai saja di rumah dilihat olehnya seperti seekor kerbau yang hendak
menangkap mangsanya. 

      Ketika itu Krista juga sudah pulang dan sedang mandi di dalam bilik air..
 Joe cuba meneliti wajah itu dengan betul, rupanya ayah nya sendiri..
Joe sudah mula bersalah kerana ayahnya melihat dirinya seperti dia membuat
salah. Lalu Joe memberanikan diri untuk bertanya.tetapi belum sempat Joe
hendak bertanya ayahnya sudah mula bersuara “Joe! Mana duit baki beli gula tadi!!”
jerkah ayahnya dalam nada yang sangat kasar sehingga Krista yang berada di bilik
air pun boleh dengar.

     Pada petang tersebut Jeo memang kena marah habis-habisan dengan
ayahnya.. Jeo tahu sebenarnya adiknya yang mengambil duit itu,tetapi Joe
tidak mahu memberitahu ayahnya.Malam itu Krista mengetuk pintu bilik Joe
dan Joe membukanya. “abang Krista minta maaf, sebenarnya krista yang
ambil duit tu..”jelas krista kepada abangnya yang kecewa dengan sikap
adiknya itu. “sebenarnya abang dah tahu Krista yang ambil duit tu..”kata Joe
kepada Krista yang sedang merebahkan punggungnya ke atas tilam Joe
yang empuk itu. Krista terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Joe.
“Hah!! Abang dah tahu.. Macam mana abang boleh tahu? Kenapa abang tak
bagitahu ayah??” 
  
       sudah mula banyak persoalan timbul di fikiran krista.. Krista
tertanya-tanya dan tidak sabar mendengar jawapan dari abangnya.. “abang
tahu la, sape lagi yang ada dalam rumah ni selain daripada kau dan
ayah.Kalau ayah tak ambil baki duit tu mesti ko yang ambil.Abang tak nak
bagitahu ayah sebab kesian dekat kau” kata Joe dengan nada sedikit kasar.
Krista berasa sedikit bersalah, “abang tak marah Krista ke??” kata Krista
yang terus bertanya. “abang tak marah tapi abang kecewa dengan sikap
Krista,lain kali jangan buat macam tu lagi” kata Joe dengan
memperlahankan nada suaranya kepada Krista. Krista berasa begitu lega
lalu beredar dari bilik Joe..

20 tahun berlalu….

      “Ayah!! krista bagitahu yang dia akan balik ke Malaysia Lusa ni” kata Joe kepada ayahnya melalui telefon. “baguslah akhirnya habis juga adik kau belajar di luar negeri..”kata ayah Joe dengan bangga. Joe juga sekarang sudah mempunyai bisnes sendiri. Joe sekarang sudah menjadi seorang yang berjaya kerana memiliki sebuah syarikat yang besar dan maju Joe tidak sabar-sabar menunggu kepulangan adiknya. Sementara di dalam pesawat Krista sedang menunggu pesawat tersebut mendarat di lapangan terbang KLIA. Krista sebenarnya membawa seorang kawan perempuan bersamanya yang bernama Saly. 

     Sesudahnya tayar pesawat mencecah landasan dan berhenti, Krista dan kawanya Saly melangkah keluar dengan banyak berubahan yang telah berlaku kepada dirinya. Saly kagum dengan KLIA kerana syilingnya yang unik dan juga struktur binaan Lapangan tersebut. Mereka berdua mula keluar dari lapangan terbang tersebut lalu menahan sebuah teksi. Setelah semua bagasi sudah masuk ke dalam bonet teksi, mereka mula bergerak ke rumah ayah Krista yang terletak di Kampung Baru Cheras. “Cantik Malaysia, saya kagum melihatnya” kata Saly kepada Krista yang sedang memandang ke luar tingkap teksi. “Malaysia memang cantik, saya akan bawa kamu berjalan-jalan di sini nanti”jelas Krista kepada Saly. Sementara di rumah ,Ayah Krista sedang sibuk menyediakan hidangan yang istimewa buat anak perempuannya begitu juga dengan Joe yang juga berada di rumah menanti Kepulangan adik perempuannya.

     Hon hon..!! Bunyi teksi yang kelihatan sedang memasuki halaman rumah ayah Krista. Ayahnya
dan Joe cepat-cepat keluar menyambut Kepulangan Krista. “Hai ayah hai abang!!” Jerit Krista
yang sedang keluar dari teksi tersebut. Joe membalasnya.. Tiba-tiba Joe dan ayahnya terkejut
yang Krista juga membawa kawanya sekali. Setelah semua bagasi dikeluarkan dari teksi Krista
pun melangkah masuk rumah bersama temannya lalu bersalam dengan ayahnya. “Krista kamu tak
bagitahu abang pun yang kamu bawa teman sekali” bisik Joe kepada Krista. “saje nak bagi
surprise kat abang dan ayah..”balas Krista kepada Joe dan kelihatan Saly sedang salam dengan
ayah Krista. 

      Kemudian mereka bergerak ke meja makan untuk makan petang.. Sedang makan
mereka berbual rancak sambil menceritakan pengalaman Krista semasa Di luar negara. Pada
keesokkannya Joe bangun awal untuk pergi ke pejabat sementara Krista dan Saly masih tidur.
Sementara ayahnya sedang keluar membeli nasi lemak untuk anaknya. Pada jam 8 pagi Krista
dan Saly sudah mula bangun dan kelihatan sudah ada nasi lemak di atas meja. 

     “ayah dan abang kau kemana Krista?” tanya Saly kepada Krista yang sedang mengambil sebungkus nasi lemak dan bergerak ke ruang tamu begitu juga dengan Saly. “ayah aku pergi minum di kedai kot, abang aku pula pergi kerja..” balas Krista spontan. “rumah aku dah banyak berubah sekarang.. Jalan di kampung nie pun dah besar sikit..”jelas Krista kepada Saly yang sudah selesai makan. Kemudian Saly berdiri di depan pintu rumah Krista kelihatan Menara Berkembar berdiri megah begitu juga kelihatanya menara Petronas. “apa yang kamu menungkan tu Saly?” tanya Krista yang perasan

      Saly sedang memandang menara tersebut. “best rumah kamu boleh nampak menara tinggi tu”kata Saly kepada Krista. Krista tersenyum lebar. “petang nie lepas abang aku balik aku akan suruh dia bawa kita ke Sunway Piramid dan berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur”. Kata Krista. “sunway piramid? Ape tu??” kata Saly yang merasa sedikit janggal dengan perkataan tersebut. Krista
menjelaskan kepada Saly dari A sampai Z. Saly tidak sabar hendak pergi ke Sunway Piramid
yang dikatakan oleh Krista kepadanya sebentar tadi.

     Petang itu seperti yang dirancang mereka pergi ke Sunway Piramid.. Sampai saja di
sana Joe sedang mencari tempat yang sesuai untuk parking keretanya. Setelah jumpa
tempat yang sesuai mereka pergi ke kaunter tiket dan mereka bertiga diberi jam yang
diletakkan di pergelangan tangan. Saly teruja dengan Sunway Piramid, untuk masuk ke
dalam mereka perlu dekatkan jam tadi dekat dengan alat scan yang membolehkan
mereka masuk ke dalam. Mereka cuba pelbagai permainan di sana seperti roller coster ,
sampan berpusing 360 darjah, cawan berpusing, dan Lastik.. Semua permainan di sana
mereka cuba dan akhir sekali mereka mandi sepuas-puasnya.. 

     Mereka juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar, dan disana juga bermulanya Cinta Joe. 
Joe jatuh hati dengan Saly dan mereka semakin rapat di sana.. Begitu juga Saly yang sudah mula
minat terhadap Joe yang tampan itu. Tetapi Krista masih tidak tahu lagi bahawa Saly
minat kepada abangnya dan abangnya minat terhadap Saly. Krista perasan Yang Saly
semakin rapat dengan Joe semasa Saly memegang tangan Joe ketika Turun dari
gelongsor yang begitu tinggi sekali. Semuanya gembira.. 

      Setelah jam 6 petang mereka pun pulang. Dalam perjalanan pulang Joe bertanya kepada Saly, “Saly kamu balik ke negara kamu semula bila?”. “Bulan depan”balas Saly pendek.. “ Apakata minggu depan
kita pergi ke Genting Highland pula?”kata Joe. Okey!! Jerit Krista yang gembira mendengar bahawa abangnya hendak membawa mereka ke Genting Highland Minggu
Depan..

     Setelah sampai di rumah kelihatan ayahnya sedang berborak
dengan jiranya di bawah pokok rambut dimana di bawah pohon
tersebut terletak tempat beristirehat.. “hahh!! Dah balik pun,
ingatkan tak nak balik dah tadi..” Usik ayahnya. “macam mana
best pergi sunway piramid?” tanya ayah krista kepada saly.
“best pak cik.. Kat sana ramai orang.” jelas saly. Kemudian
mereka semua bergerak masuk kedalam rumah sementara
ayahnya masih lagi di luar berborak dengan jirannya. Pada
malam hari mereka sibuk menceritakan cerita mereka semasa
di sunway kepada ayahnya.. 

      Jam di dinding menunjukkan pukul 12.54 malam. “dah lewat rupanya, 
krista ayah masuk tidur dulu yerk!” kata ayah kepada krista. Setelah melihat 
sekeliling sunyi Sepi, Krista pun masuk ke bilik juga, saly melangkah ke tingkap
dan kelihatan menara bekembar yang tadinya bercahaya terang
kini sudah tiada. Hanya lampu yang berkelip sahaja kelihatan di
menara tersebut. Saly pun menutup tingkap dan bergerak ke
katil lalu tidur..

     Sudah seminggu berlalu, abang krista tidak melupakan janjinya untuk
membawa krista dan temannya ke genting highland.. Kali ini Joe membawa
ayahnya sekali. Mereka bertolak pagi selepas sarapan. Krista dan Saly begitu
teruja sekali.. Lebih kurang sejam perjalanan akhirnya sampai juga mereka.
Udara sejuk sudah mula terasa apabila abang krista mematikan aircon kereta
ketika tingkap kereta dibuka oleh krista dan saly.. “wah sejuknya di sini.” kata
saly teruja. “biasa la, ni kan di tempat tinggi. Orang malaysia kata ini kota
keriangan kerana di sini terdapat banyak permainan berbanding di sunway
piramid kita pergi hari itu.” jelas Joe kepada Saly. 

     Setelah parking kereta, mereka semua mula bergerak ke dalam dengan berjalan kaki. Kelihatan
bangunan di cat bewarna-warni menerujakan lagi mereka berdua. “pak cik dah
selalu pergi ke sini, kat sini ada macam-macam.” jelas ayah krista. “aik, sejak
bila pulak ayah pernah pergi ke sini?” tanya krista kehairanan.. “ masa kau
belajar di luar negara lah, abang kamu selalu ajak ayah pergi ke tempat ini,
malah juga pernah bermalam di sini. Kata abang kau di sini tenang, udaranya
juga segar.”jelas ayah krista lagi. Oooo… kata krista menandakan dia sudah
faham. Setelah sampai di dalam, alangkah terkejutnya mereka melihat begitu
ramai orang dan begitu banyak juga permainan yang menarik untuk mereka
mencubanya.

       Mereka berada di sana sampai petang. Mereka bukan sahaja
bermain permainan yang ada di sana tetapi mereka juga pergi ke ladang teh
dan taman botani.. Di sana Joe dan Saly bertambah rapat..
Setelah puas berjalan mereka mula bergerak balik, Saly banyak
membeli barang di sana untuk di buat hadiah buat keluarganya
begitu juga Krista. Sampai di rumah semua terus terlentang tidur
keletihan.. Sebulan berlalu, “cepatnya lah sebulan, tak puas rasa
tinggal di sini..” rungut Saly kepada Krista. “aku pun rasa sekejap”
balas Krista spontan. “rindu pula rasa kat ko nanti, bila la lagi aku
dapat ke sini.”kata saly. Setelah siap mengemas bagasinya, saly
mengangkatnya masuk ke dalam bonet kereta abang Krista.Krista
mengiringi Saly ke KLIA.. 

     Saly begitu berat hendak melangkah ke
dalam pesawat. Kelihatan Krista dan abangnya juga sedih..
Apabila pesawat mula bergerak Krista dan abangnya
melambaikan tangan kepada Saly begitu juga saly yang kelihatan
melambaikan tangan nya juga.Apabila Sudah tinggi pesawat
terbang Krista Dan abangnya Joe pulang ke rumah. Sementara di
pesawat Saly masih lagi sedih meninggalkan kawannya apabila
dia terkenangkan masa mereka bersuka ria bersama. Tak
tersengaja air mata saly menitis..

     Setelah dua jam berlalu Joe dan Krista pun sudah sampai di
rumah.. Kini rumah mereka sunyi dan tidak semeriah dahulu..
Semua membuat kerja masing-masing. Bila malam tiba mereka
berkumpul di ruang tamu untuk menonton berita di tv sambil
minum teh panas. Krista memandang Jam di dinding yang
menunjukkan pukul 8:25 malam. “dah sampai ke belum Saly
yerk.” bisik hati Krista. Tiba-tiba ayah Krista menegur.. “Ehh..
Krista tu bukan ke pesawat yang kawan kamu naik tengahari
tadi??” Krista terkejut dan meneliti pesawat yang disiarkan di
berita tv itu.. Alangkah terkejutnya Krista pesawat yang di naiki
kawannya Saly terhempas ke dalam laut akibat kegagalan enjin
pesawat berkenaan berfungsi. Krista terus menitiskan air
matanya. 
     
      Dia seolah-olah tidak percaya bahawa begitu cepat
kawannya meninggalkan dia. Daripada maklumat berita tersebut
mengatakan tiada sesiapa yang terselamat.

     Joe dan ayahnya juga terkejut dengan berita itu..
“sabarlah Krista tuhan lebih menyayangi dia.” Jelas
ayahnya kepada Krista yang masih lagi tidak percaya
dengan apa yang terjadi. Sejak itu Krista mula
menyalahkan dirinya. Dia percaya kalau dia tidak bawa
Saly bercuti di Malaysia perkara ini mungkin tidak akan
terjadi. Sudah seminggu berlalu hanya 25 mangsa
kejadian itu yang baru ditemui sementara 25 lagi masih
belum ditemui.. Di US ibu bapa Saly juga terkejut
dengan kematian anaknya itu kerana Saly adalah satu-
satunya anak tunggal mereka yang masih ada.. Lima
minggu kemudian baru semua mayat di temui.Joe
diberitahu oleh salah seorang penyelamat di sana
bahawa Mayat Saly telah dibawa ke US untuk
dikebumikan. Mayat saly dituntut oleh kedua orang
tuanya semalam,katanya lagi.
Joe sangat sedih kerana tidak dapat melihat wajah Saly
buat kali terakhir. 

      Sementara Krista sudah menjadi
seorang yang murung dan jarang berkata-kata. Krista
asyik terkurung sahaja di dalam rumah. Makan pun
Krista tidak selera. Joe semakin risau akan keadaan
adiknya Krista lantas membawanya pergi berjumpa
doktor.Doktor memberitahu bahawa Krista mengalami
trauma. Kemudian doktor memberi ubat mengurangkan
tekanan mental kepada Joe untuk diberikan kepada
Krista supaya Krista tidak terlalu tertekan. Sekiranya itu
terjadi kemungkinan Krista boleh menjadi gila. Joe
sudah mula semakin risau dengan keadaan adiknya
begitu juga ayahnya.

     Kini Krista hidup dengan memakan ubat setiap hari.
Sementara ayahnya sudah semakin berumur. “Joe kalau
ayah sudah pergi kamu jagalah adik kamu sehingga dia
sembuh.”kata Ayahnya menandakan bahawa hidupnya
mungkin tidak lama lagi. “astafirullahalazim!! Kenapa
ayah cakap begitu?? Insyaallah tuhan akan
memanjangkan lagi umur ayah kelak.” kata Joe kepada
ayahnya sebagai kata semangat.ayahnya tersenyum
sahaja.. Dua tahun berlalu keadaan Krista tetap sama.
Ramai kawan Krista yang datang menjenguknya dan
memberi kata semangat namun Krista seolah-olah
sudah berputus asa untuk meneruskan hidup. Pada
suatu hari Joe pergi ke bilik ayahnya untuk
mengejutkannya supaya solat subuh bersama-sama.
Berkali-kali Joe menggerakkan ayahnya namun ayahnya
masih tidak lagi bangun.

     Joe sudah mula tidak sedap hati. Berbagai-bagai
perkara bermain di fikirannya. Joe meletakkan jari
telunjuknya di pergelangan tangan ayahnya. Sekali lagi
Joe tersentak… Joe menangis kecewa. “ ya allah ujian
apakah yang telah kau berikan kepada ku ya allah?
Mengapa begitu cepat engkau mengambil ayah ku??”
dengan nada sedih Joe melafaskan kata-kata
tersebut.sementara Krista langsung tidak memberi apa-
apa reaksi ketika ayahnya meninggal dunia. Joe cuba
menerimanya dengan tabah dan redha kepada allah.
Mayat ayahnya mula dimandikan serta di kapankan.
Sampai saja di tanah perkuburan upacara menanam
mayat ayahnya dimulakan. Setelah selesai majlis
tersebut dan setelah semua orang pergi Joe masih lagi
di tanah perkuburan itu.

     Joe melepaskan semua perasaan di tanah
perkuburan ayahnya. Sudah lewat baru Joe
pulang. “Ya allah! Aku terlupa bagi ubat pada
Krista..” menyedari kesalahannnya itu dia cepat-
cepat balik ke rumah. Sampai di rumah Krista kelihatan
seperti orang yang sudah tidak siuman. Krista sudah
mula bercakap seorang diri seolah-olah ada seorang
lagi di bilik adiknya yang sedang berbual dengan Krista.
Joe dengan berani menegur Krista. “Krista kamu
bercakap dengan siapa??” Krista tidak menjawab
pertanyaan abangnya. Sekali lagi Joe bertanya kepada
Krista dengan nada sedikit kuat,“Krista abang tanya ni,
kamu bercakap dengan siapa??”. “Aku cakap dengan
kawan aku la bodoh!!” Balas Krista dengan kasar..
Apabila mendengar jawapan dari Krista, Joe sudah mula
naik seramm.. Joe menjadi takut kerana mata Krista
tepat memandang ke arah anak mata Joe dari tadi. Joe
cepat-cepat keluar dari bilik itu. Joe mula berfikir, “kalau
dia bercakap dengan kawan dia bermakna dia boleh
melihat roh?? Siapa lagi kawanya selain Saly yang
meninggal beberapa tahun lalu. Ehh!! Apa aku merepek
ni, mungkin perasaan dia je kot” kata Joe bersendirian.
Semenjak ayahnya meninggal Joe sering mendengar
Krista cakap berseorangan di dalam biliknya. “aku tidak
boleh biarkan perkara ini, kalau dibiarkan mungkin
dengan aku-aku sekali jadi gila” kata Joe di dalam hati.
Keesokkannya Joe nekad membawa Krista pergi ke
hospital sakit mental.

      Setelah selesai Joe dipanggil oleh doktor yang
memeriksa Krista tadi. Doktor tersebut
menasihati Joe supaya menempatkan Krista di
hospitalnya supaya mudah untuk doktor memberi
rawatan kepada Krista. Pada mulanya Joe tidak mahu
Krista ditinggalkan di hospital tersebut,namun apabila
difikir-fikirkan balik akhirnya Joe membuat keputusan
untuk menempatkan Krista di hospital tersebut. Setiap
bulan Joe akan melawat adiknya dua kali seminggu di
hospital tersebut. Joe juga diberitahu oleh doktor di
hospital itu bahawa keadaan adiknya semakin baik.
Apabila Joe mendengar jawapan itu dari mulut doktor
tersebut,Joe merasa sungguh bersyukur.
Joe sentiasa mendoakan adiknya supaya cepat
sembuh. Akhirnya,Krista sudah mula berborak
dengan abangnya.namun Krista belum pulih
sepenuhnya lagi. Krista harus menjalani
beberapa terapi lagi di hospital itu. Apabila Joe
memberitahu Krista bahawa ayah mereka sudah
meninggal, Krista berasa terkejut.. Krista berasa
sangat sedih kerana ketika ayahnya meninggal,
dia tiada di sisi ayahnya. tetapi Krista
menghadapinya dengan tabah.. Krista sekarang
sudah banyak berubah berbanding Krista yang
dahulu.

     Akhirnya saat yang dinanti-nantikan sudah tiba..
Krista akhirnya pulih sepenuhnya, dia juga sudah
dibenarkan pulang. Joe pula berasa sungguh
gembira kerana masih mempunyai adiknya yang
tersayang. Kini mereka bersatu semula tetapi
tanpa bapa mereka. Sampai saja di rumah Krista
terus melawat kubur arwah bapanya begitu juga
dengan Joe. “bersatu juga kita akhirnya.” kata
Joe kepada Krista didepan kubur arwah
bapanya..
  -TAMAT-

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.