Home Cerpen Keluarga Dendam Budak Kampung
Dendam Budak Kampung
Pena Bergerak
4/5/2014 12:45:40
1,608
Kategori: Cerpen
Genre: Keluarga
     Disebuah kampung terdapat sebuah keluarga yang miskin di hujung kampung. Mereka hidup dalam keadaan hina, selalu dipinggirkan. Keluarga tersebut mempunyai seorang anak lelaki tunggal. Kedua orang tua nya telah uzur. Penduduk kampung tersebut selalu meminggirkan mereka kerana mereka antara orang yang paling miskin di kampung tersebut. Pernah sekali penduduk kampung menyerang rumah mereka hanya kerana anak mereka berkawan dengan anak orang lain di kampung itu.

     Bagi mereka sesiapa yang berkawan dengan orang miskin seperti membawa bala dan kemiskinan akan menjangkit kepada sesiapa yang berkawan dengannya. Pernah juga mereka dihalau oleh penduduk kampung disitu . suatu hari anak lelaki sulung nya menangis di dalam bilik, “kenapa semua orang kampung menghina keluarga aku?” apa salah keluarga aku?” kenapa?” luah isi hati budak yang berusia 7 tahun itu di dalam bilik bersendirian.
Kedua orang tuanya pula bagaikan sudah biasa dengan semua tomahan itu dan mengangap itu sebagai cubaan dari allah untuk mereka.Suatu hari mereka terpaksa juga keluar dari kampung itu kerana paksaan dari orang kampung tersebut yang tidak menyukai keluarga tersebut. Tetapi bagi anak mereka ini satu penghinaan buat mereka. Ini tidak boleh dibiarkan. Mereka tiada hak untuk menghalau kami.

     Kami tak pernah melakukan kesalahan. Suatu hari anak mereka menanam azam dalam diri akan belajar bersungguh-sungguh dan membalas balik perbuatan orang kampung terhadap keluarganya. Kini 15 tahun berlalu, budak 7 tahun itu telah membesar dengan baik manakala kedua orang tuanya telah meninggalkannya semasa dia berumur 12 tahun kerana sakit tua. Budak itu tidak melupakan janjinya , dendamnya terhadap kampung tersebut masih belum reda..

     Nama kampung itu telah tertanam di dalam hatinya dan membuatkannya membuak-buak ingin melihat penduduk kampung yang menghinanya selama ini merana. Budak itu memang pandai dalam segala urusan kini budak itu menceburi pelbagai bidang hartanah dan perniagaan. Kini budak itu melancarkan dendamnya terhadap kampung tersebut dengan membeli sebidang tanah yang cukup luas di kampung tersebut atas alasan pembanggunan.

     Budak itu tahu tanah yang penduduk kampung itu duduki bukanlah tanah mereka.. kini satu kampung heboh mengatakan ada syarikat luar yang ingin membeli tanah di kampung tersebut. Khabar angin ini mula tersebar ke seluruh penjuru kampung tersebut. Mereka berjumpa ketua mereka dan berbincang tentang hal ini.

     Namun ketua mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka tahu tanah ini bukan milik mereka. “macam mana ni ketua kampung, dah bertahun kami duduk di sini mengapa kami diarah pindah pula?” jerit salah seorang penduduk kampung itu kepada ketuanya. “maaf, saya tak mampu untuk berbuat apa-apa kerana saya tiada kuasa untuk menentang mereka.” Jelas ketua penduduk kampung itu.

     Budak itu berhasrat itu melihat penduduk kampung itu merana dengan alasan untuk melawat tapak pembangunan. Sampai di kampung tersebut budak itu melihat pelbagai demontrasi jalanan membantah pembangunan di kawasan itu. Budak itu cuba endahkan perasaan orang kampung itu. “rasakan bagaimana aku rasa selama ini, rasakan bagaimana keluarga aku merana selama ini, rasakan kehinaan yang telah kamu lakukan terhadap keluargaan aku dahulu, rasakann!!” kata-kata dendam membuak-buak di hatinya.

     Dia tersenyum sinis melihat penduduk kampung itu kerana penduduk kampung disitu langsung tak mengenali siapa dia sebenarnya.. ini kerana wajah budak itu telah berubah seratus peratus kerana tumbesarannya. Suatu hari budak ini mengadakan sidang tergempar di dewan kampung itu, ramai yang menghadiri mesyurat itu. “Assalammualaikum.. saya Atan! Saya adalah budak kampung yang kamu hina selama 15 tahun dahulu, saya adalah budak kampung miskin yang pernah tinggal di hujung kampung kamu ini!

     Saya adalah budak yang kamu semua halau keluarga saya keluar dari kampung ini, saya kini datang kembali ke kampung ini untuk menagih dendam saya terhadap kamu semua, saya akan menghalau kamu semua keluar dari kampung ini sebagaimana kamu telah menghalau kami sekeluarga dahulu keluar dari kampung ini!! “ . Jelas budak itu dengan penuh dendam. Tiba-tiba semua penduduk kampung terdiam ,terkelu,terkesima melihat dan mendengar ucapan budak itu. Dewan menjadi sunyi seketika.

     Mereka tertanya-tanya bagaimana budak itu boleh mencapai tahap sebegini rupa. “ saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk kampung ini kerana telah membuatkan saya berazam menjadi orang yang Berjaya!, dan kini saya telah mendapat kedudukan ini.”, jelas budak itu dengan penuh rasa bangga dan bongkak! Kini semua penduduk kampung itu berasa bersalah dan akur untuk keluar dari kampung itu.

     Setelah sidang selesai, bermulalah khabar angin tersebar lagi.. mereka semua mengosongkan rumah masing-masing dan melihat rumah mereka di robohkan satu persatu.. mengalir air mata mereka melihat rumah mereka dirobohkan. Mereka akur, mereka insaf, mereka sudah tak terdaya untuk menentang. Budak itu tergelak sinis melihat semua gelagat penduduk kampung itu yang sudah tidak terdaya untuk menentang dia.

     Kini pembanggunan giat di jalankan di kampung tersebut bagi memajukan lagi kawasan tersebut, pelbagai pusat perniagaan dibina. Semua penduduk kampung itu menyumpah budak itu dan sememangnya budak itu telah menaikkan lagi kemarahan penduduk kampung itu.. setelah 1 tahun, pembinaan pembangunan di kampung itu selesai. “ baiklah mari kita mulakan rancangan kita,” kata budak itu kepada semua kakitanganya..

     Banyak kertas dan sampul surat dibeli.. banyak kertas dicetak dalam bentuk surat. Apabila selesai, surat itu diedarkan kepada semua penduduk kampung yang pernah dia halau setahun yang lalu. Setelah semua surat sampai kepada mereka, tersentak hati mereka membaca surat itu, sungguh tidak terduga apa yang sebenarnya budak itu cuba lakukan. “ Puan kami menjemput puan atau tuan semua untuk kembali kepada kampung tuan dan puan yang kini telah siap dibina sepenuhnya”. Kata isi surat itu alangkah terkejutnya mereka!. Lutut yang selama ini gagah berdiri rebah mencecah tanah.

     Nampaknya sangkaan semua penduduk kampung terhadap budak itu tidak benar. Budak itu bukan lah seorang yang pendendam, malah niat budak itu cumalah untuk melihat kampung yang dahulu jauh dari pembangunan kini maju sepenuhnya.

     Kini budak itu disukai ramai, kini juga ramai penduduk kampung itu menghormati budak itu. Budak itu kini disanjung-sanjung. “ ayah..!! mak..!! lihatlah saya telah membawa perubahan besar terhadap kampung ini dan menyedarkan mereka secara terus tentang kesalahan mereka terhadap keluarga kita selama ini” jelas budak itu dengan penuh rasa penghormatan di hadapan kubur kedua orang tuanya.

     Kini penduduk kampung itu hidup dengan bahagia dan mendapat rezeki yang mencurah-curah. Ini semua hasil dari idea budak kampung yang miskin dan hina dari sebuah kampung yang hanya sekadar kampung biasa bertukar menjadi pusat Bandar yang berdaya saing! Sekian….. -tamat

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.