Namaku Mutiara. Cahaya Mutiara. Pelikkan? Bahasa
Malaysia sangat. Bukan arab mahupun inggeris. Seluruh keluarga aku panggil aku
Tiara. Kawan-kawan dan orang bukan ahli keluarga aku panggil aku, Mutia. Aku
anak kedua dari tiga beradik dan semuanya perempuan. Antara kami tiga beradik
hanya aku yang tidak berkahwin lagi. Kenapa? Aku tiada jawapan untuk itu tapi
kalau tanya mak, kakak dan adik aku pasti mereka akan cakap aku penakut dan
pemalu dengan lelaki.
Tidak.
Aku tak takut pada insan yang bernama lelaki tapi hati aku tidak pernah senang
dengan kehadiran mereka kecuali abi aku. Bagi aku mereka seperti makhluk asing
dalam hidup aku. Kehadiran mereka disekeliling aku akan buat aku jadi macam
cacing kepanasan. Senang cerita tak senang hiduplah. Aku sangat alergik dengan
mereka.
“Tiara!”
Aduh!
Kuss semangat aku. Kalau mak aku menjerit, alamatnya satu taman boleh dengar.
“Tiara!”
“Ya
buah hati pengarang jatungku!” Sahut aku sambil berlari anak ke dapur. “Kenapa
mak? Nasib baik Tiara tak pekak lagi tau.”
“Kamu
dah buat apa yang mak suruh kamu buat?”
Pantas
aku angguk. “Beres bos. Jemur kain, sapu rumah semua dah selesai. Ini Tiara
lah.” Balasku dalam nada berbangga diri. Hidungku terhidu bau masakan mak yang
sungguh menyelerakan. Pantas tangan aku yang gatal ini terus mencuitnya. “Ouch!
Ala mak, sikit je.”
“Jangan
nak mengada. Tunggu kakak dan adik balik dulu. Gula mana gula?”
“Gula?
Gula-gula ke gula getah mak?”
Lantas
mak memandang aku dengan pandangan agak terkejut. “Jangan cakap kamu tak beli
lagi gula yang mak suruh? Alamatnya minum air kosong jelah kita nanti.”
Aku
menepuk dahi. “Alamak mak! Tiara lupa.”
Terdengar
suara gelakkan menghampiri kami. Suara itu aku sangat kenal. Siapa lagi kalau
bukan kakak dan adik aku serta suami mereka. Kenapalah mereka tiba disaat aku
memalukan diri sendiri.
“Kau ni
Tiara, mesti berangan je dari tadi.” Seloroh Mentari, kakakku. “Mak, mak
kahwinkan je budak ini. Takkan sampai ke tua duduk bawah ketiak mak dan abi
saja. Nak cakap tak cukup pakej, Ari rasa dah terlebih pakej pun ada. Kan dik?”
Aku
mencebik. Sudah lali dengan kata-kata itu.
Bintang
angkat kedua tangannya sambil menggeleng. “Adik tak nak masuk campur. Kalau kak
Ari dan Kak Tiara bergaduh lagi, adik dah tak nak damaikan.”
Kali
ini Mentari pula yang mencebik. “Betul lah apa yang Kak Ari cakap. Mak, mak
kahwin kan je si Tiara ni. Tiara, kalau kau tak ada calon, kak Ari boleh suruh
abang Im carikan.”
Mak
menggeleng dan tangannya ligat menghidangkan lauk pauk yang sudah dimasaknya
tadi. “Dah nak berbuih mulut mak ni suruh dia kahwin tapi macamlah kamu tak
kenal adik kamu yang sorang ni. Mungkin dia tunggu hero anime dia keluar kot
baru dia buka hati dia.”
Haish
kakak aku ini kalau dia balik rumah tak boleh ke tak sebut pasal kahwin.
Kahwin. Kahwin. Kahwin. Naik bosan aku. Memang satu kesalahan besar ke kalau
seorang perempuan itu lambat kahwin? Dah tak ada jodoh nak buat macam mana.
“Tiara
tak tunggu hero anime Tiara keluar pun, mak. Tiara tunggu seorang lelaki yang
boleh buat Tiara gapai awan kat atas sana itu.” Aku menjawab selamba. “Kalau
dia boleh buat Tiara gapai awan itu, Tiara akan terus jawab ‘yes’ bila dia
lamar Tiara. Dan kalau dia tak lamar Tiara pun, Tiara akan buat dia lamar
Tiara.”
Mak
terus menarik kulit aku dibahagian perut sambil memusing-musingnya.
“Aaa…
aaa sakitlah mak.”
“Hah
tunggulah laki macam itu. Sampai bila-bila pun tak akan wujud. Kamu ingat
manusia ini bersayap ke? Tiara-Tiara. Suka hati kamulah. Asal jangan jadi
andartu sudah.”
Automatik
ruang makan itu menjadi riuh-rendah dengan gelakkan keluarga aku.
“Ala
Tiara tak kesah pun kalau jadi andartu. Asalkan cita-cita Tiara tercapai.” Aku
betulkan tudungku. “Alang-alang semua dah ada dekat sini, Tiara nak sampaikan
berita penting hari ini.” Tambahku sebaik sahaja melihat abi menuju ke arah
meja makan.
Abi
angkat kening. “Aik! Dari luar abi dengar gelak ketawa terbahak-bahak sekarang
ada berita penting pula. Kamu nak kahwin ke Tiara?”
“Abi!
Bukan tulah.”
“Habis
tu?” Soal mereka hampir serentak.
Berita
ini aku dah terima sejak semalam lagi. Tapi aku takut untuk memberitahu mereka.
Aku takut mereka bakal membantah keinginan aku tu. “Tiara dapat surat tawaran
sambung Phd dekat UK. Akhir bulan depan dah kena pergi sana.” Senafas aku
menuturkannya. Tolonglah cakap ‘boleh’.
Mak,
abi dan yang lain terdiam seribu bahasa umpama dengar berita aku pergi selam
dalam lautan untuk cari mutiara pula gayanya.
“Eh tak
ada siapa nak cakap tahniah ke?”
“Berapa
tahun?” Akhirnya mak yang bersuara dulu.
“Tiga
tahun je mak, tak lama sangat.”
Mata
mak terbeliak. “Tiga tahun?! Kamu tahukan 27 tambah 3 jadi berapa?”
“Tiga
puluh.”
“Hah
tak sedar lagi. Mak tak akan benarkan kamu sambung sana.”
Umpama
berhenti sebentar detak jantungku. “Mak, mak tahukan tu memang cita-cita Tiara.
Tiga tahun je mak, lepas tu kalau mak nak suruh Tiara kahwin, Tiara angguk je.
Ala bolehlah mak. Tiga puluh tahun tu bukannya tua sangat pun.”
Mak
terus angkat pinggan dan gelasnya yang hanya berusik sedikit ke singki. “Kalau
kamu nak juga ke sana kamu kena kahwin dulu. Kalau tak, mak takkan izinkan kamu
ke sana.”
“Mak!”
Aku cuba memanggil mak yang pantas naik ke atas. “Abi, tolonglah pujuk mak.
Tiara cuma nak sambung belajar je. Tiara tak sedia lagi nak kahwin semua tu.”
Abi
melepaskan keluhnya. Sudah lama isterinya tidak bertindak sekeras ini.
Isterinya itu takkan bertindak seperti ini kalau mulut-mulut manusia lain tidak
mengumpat anaknya yang tidak berkahwin lagi. Kalau sekali dua bolehlah pekakkan
saja, ini dah macam hari-hari dia sendiri pun tak tahan mendengarnya.
“Betul
cakap mak kamu tu Tiara. Dia mahukan yang terbaik untuk anak-anak dia. Kamu
janganlah ikut kepala sendiri saja. Kesian mak kamu tu.” Kata-kata abi itu buat
aku berfikir panjang. Aku tidak pekak lagi untuk dengar semua umpatan orang.
Cahaya
matahari petang ini agak menyenangkan. Udaranya juga nyaman. Sesekali angin
meniup lembut menerbangkan hujung shawl yang aku pakai. Kepala aku, aku
dongakkan ke langit sambil menghirup udara petang. Untuk melihat awan, aku
terpaksa halang silaun cahaya matahari dari terus menyilaukan pandanganku ke
atas. Ya, aku sangat suka awan. Aku pun tak tahu kenapa. Ia mampu mengubah mood
aku setiap hari, seperti mana berubahnya corak lukisan awan di dada langit.
“Kalaulah
aku dapat gapai awan, kan best.” Dalam tidak sedar aku menuturnya.
“Kau
nak gapai awan?”
Automatik
aku jadi patung cendana. Suara garau itu begitu hampir denganku. Sangat hampir.
Aku berpaling ke kanan.
“Kenapa
kau nak gapai awan?” Dia bertanya lagi.
Sedaya
upaya aku cuba tenangkan diri. Jantung yang berdenyut pantas aku cuba redakan.
“Salah ke keinginan saya tu?”
“Tak.
Aku tak cakap salah. Aku cuma tanya kenapa kau nak gapai awan je.”
Makhluk
asing ini aku tak tahu datang dari mana. Tiba-tiba sahaja nak beramah mesra
dengan aku. Datang tanpa diundang, harap pergi pun aku tak perlu undang. “Boleh
tolong tepi sikit?” Pintaku sebaik sahaja langkahku dihalang olehnya. Aku ke
kiri dia ke kiri, aku ke kanan dia pun sibuk nak ke kanan. “Encik, saya nak
lalu ni.”
Dia
berganjak ke kanan dan memberi laluan padaku. “Cik Awan, tiada yang mustahil
dalam dunia ni kalau kita betul-betul mahukan sesuatu tu. Usahalah sebab usaha
adalah nama lain bagi keajaiban.”
Langkahku
terhenti dan berpaling menghadapnya. Apalah makhluk asing ni merepekkan.
“Mutia!
Dekat sini rupanya kau. Penat aku tunggu kau dekat bangku depan sana.” Ilyya
memanggil aku. Ilyya terhidu bau perfume seseorang. “Eh Rafi kau dah kenal
Mutia ke?”
Ilyya
memanggil makhluk asing itu dengan nama Rafi. Gaya dia menegurnya macam sudah
berkurun lama mereka berkenalan. Satu masalah Ilyya, dia memang suka angkut
keturunan dia yang ramai lelaki tu kalau nak jumpa aku. Macamlah dia tak tahu
aku ini macam mana. Yang si Rafi ni keturunan dia dari ceruk mana pula?
“Belum
lagi. Aku just tegur dia macam tu je tadi.” Balas Rafi bersahaja.
Ilyya
terus menarik tangan aku menggunakan tangan kanannya dan tangan rafi dengan
tangan kirinya. Dia memeluk tangan kami erat. “Okay Mutia, ni Rafi abang aku
yang aku cerita semalam dan Rafi, ni Mutia kawan Ilyya yang Ilyya selalu cerita
dalam phone.”
“Nama
bahasa Malaysia tu ke? Cahaya Mutiara?”
Amboi
sesedap mee segera saja dia kutuk nama aku. “Salah ke nama bahasa Malaysia?”
“Tak.
Aku tak cakap salah pun. Aku cuma nak pastikan je.”
Aku
menjeling tajam. Jawapan dia memang yang jenis menyakitkan hati. “Kenapalah kau
suka bawak makhluk asing bila nak jumpa aku? Kau tahukan aku tak suka.
Abang-abang kau atau adik-adik kau yang sebelum ni aku boleh terima lagi tapi
yang ni aku rasa nak cekik dia hidup-hidup.” Bisikku ke telinga Ilyya.
Seperti
biasa Ilyya sengih. “Kau tahukan mak ayah aku macam mana. Mana boleh aku keluar
sorang-sorang dalam keadaan tak dapat melihat dunia ni. Rafi ni okaylah, kau
jangan risau.”
“Okay
bagi kau tapi tak okay bagi aku. Dah lah aku cakap kat phone jelah nanti.” Aku
mula melepaskan tangan dari Ilyya.
“Beria
kau ajak aku keluar, alih-alih kau pergi macam tu je. Eh Mutia! Tunggulah!”
Aku
terus melangkah pergi dan hanya membalas panggilan Ilyya dengan menepuk bahu
Ilyya dua kali sebagai ucapan selamat tinggal. Ahh! Tak betak aku bila ada
insan lain antara aku dan Ilyya. Nak kongsi masalah peribadi pun jadi terbantut
macam tu.
“Memang
pelik kawan kau tu. Sepelik namanya.” Ujar Rafi ketika dia menghantar pemergian
Mutiara dengan hanya pandangan. “Dia tak tahu ke gapai awan tu adalah perkara
sia-sia.”
“Sepelik-pelik
dia pun, dia tetap seorang pensyarah separuh masa.”
“What?!
Kau tak boleh sambung Phd selagi kau tak kahwin lagi? Itu ke masalah besar yang
kau nak cerita kat aku petang tadi?” Suara Ilyya seperti menjerit dihujung
talian. Aku hanya mampu menjauhkan sedikit phone aku dari telinga.
Aku
bangun dari duduk dan menuju ke tingkap bilik. “Selalunya bila aku tengok
bintang dilangit malam-malam macam ini, aku akan tersenyum tapi Ilyya.. aku nak
sambung belajar. Nak sangat-sangat tapi aku tak nak kahwin. Berat sangatlah
permintaan mak aku tu. Aku tahu dia dah tak tahan dengar umpatan orang tapi
aku… ah! Ilyya patut ke aku setuju je dengan cadangan mak aku tu? Ish aku mana
ada calon.”
Lama
Ilyya berdiam dan sibuk memikirkan sesuatu difikirannya.
“Ilyya
kau masih ada kan?”
“Ada.
Kau Phd kat mana?”
“UK.”
Tiba-tiba
Ilyya menjerit keriangan seolah aku bagitahu dia satu berita yang sangat
gembira. Walhal sebaliknya. “Kau ingat tak yang aku pernah bagi tahu kau? Salah
satu abang aku belajar sana dan lepas habis saja belajar dia kerja dekat sana.
Sekarang abang aku yang tu masih bujang lagi, apa kata aku suruh mama aku masuk
meminang kau untuk dia. Lagipun dia memang suruh mama aku carikan calon untuk
dia dan kau pun dah biasa sangat dengan mama aku. Wow macam cantic je pelan aku
ni!”
Terkedu
aku beberapa saat. Boleh pula si Ilyya ni nak jodohkan aku dengan abang dia.
Abang dia yang mana satu pula ni? Bukan semua abang dia dah kahwin ke? “Ilyya
sayang, aku tak nak jadi isteri nombor dualah.”
Ilyya
tergelak mendengar jawapan aku. “Mutia sayang, abang aku yang ini tak kahwin
lagi.”
“Siapa?”
“Nama
dia Ahmad Ar-Rafi, makhluk asing yang aku bawak petang tadi. Okaylah, kira kau
setujukan? Esok atau lusa keluarga aku sampai rumah kau. Aku gerenti mak dan
abi kau akan setuju. Kau jangan risau, semuanya akan aku bereskan untuk kau.
Yang pasti akhir bulan depan kau akan berangkat ke UK dengan dia.” Bagaikan
mesin gun saja Ilyya menuturkan kata-katanya. “Mutia, aku letak dulu tau. Tak
sabar nak bagitahu mama aku.”
“Eh..
eh Ilyya! Ilyya!” Gila! Itu sahaja yang mampu keluar dari otak aku sekarang
ini. Kalau Ilyya dah cakap, dia takkan tarik balik dan takkan main-main. Sekali
lagi aku cuba menelefon Ilyya tetapi Ilyya tidak mengangkatnya. Ah! Ini mesti
dia tengah cerita dengan mama dia lah ni.
Seperti
yang aku sangka. Ilyya memang tak pernah tarik balik kata-katanya dan tak akan
main-main dengan apa yang telah dia tekadkan. Rombongan meminang keluarga Ilyya
tak datang esok lepas Ilyya bagi tahu aku tapi lusa. Mereka datang siap dengan
cincin tunang lagi. Serius aku katakan, aku tak nak tapi mak dan abi aku
sudahpun jatuh kasih pada Rafi bila tahu Rafi ialah abang Ilyya. Muka ceria
Ilyya dan mamanya pun melemahkan aku masa itu. Aku memang tak sanggup cakap
‘tak’ pada mereka. Dan disebabkan itu, hari ini aku berada di dalam tandas
bilik air aku dihari pernikahan aku dan Rafi.
Selepas
sahaja hari meminang dan merangkap hari bertunang aku, mereka telah berbincang
untuk satukan aku dan Rafi dua hari sebelum aku berangkat ke UK. Semasa mereka
sibuk menguruskan majlis aku, aku pula sibuk menguruskan hal aku untuk sambung
ke sana. Pejam celik pejam celik hari itu tiba. Dan hari itu adalah hari ini.
Hari pernikahan aku dan Rafi.
“Tiara!
Buat apa dalam tandas ni? Tok kadi dah sampailah Tiara.” Kak Ari memanggil aku.
“Tiara! Kau jangan nak buat hal pulak. Jangan malukan keluarga kita dan Ilyya.”
Tangan
aku sejuk. Seluruh badanku menggeletar. Tolonglah semua benda ini hanya mimpi
yang singgah dalam tidur aku.
“Kak
Tiara tak nak keluar lagi ke kak Ari?” Aku dengar suara Bintang bertanya. “Kak
Tiara, keluarlah. Nanti mak tahu, kesian mak. Dari tadi mak dok tanya kak Tiara
bila nak turun. Kak Ilyya dan keluarga pun dah tunggu kat bawah. Takkan kak
Tiara nak malukan keluarga kita dan keluarga kak Ilyya pulak? Keluarlah kak.”
Bintang cuba memujuk aku.
Aku
tarik nafas sedalam dalamnya. Demi keluarga kedua-dua pihak, aku kena kuat. Aku
kena teruskan juga. Aku buka pintu tandas. “Kak Ari, adik. Tiara takutlah.
Betul ke tindakkan Tiara ni?”
Bintang
peluk aku dan kak Ari usap belakang aku. “Mulakan dengan Bismillah, In sha
Allah semua baik-baik sahaja.”
Selepas majlis itu, dia pulang ke
rumah keluarganya dan aku tinggal di sini, rumah keluarga aku. Sebab lusa kami
akan berangkat ke UK. Sepanjang majlis, aku cuba untuk buang riak wajah takut
aku dan dia seolah tahu aku tidak selesa dengannya. Aku ingatkan dia akan bagi
aku ruang tapi dia asyik tenung aku macam laser. Siap bisik ke telinga aku lagi
‘saya dengar ada orang menyorok dalam tandas tadi’, ah! Siap dengan senyuman
tahap pencair hati lagi. Nasib baik aku tengah pegang sudu untuk suap ke
mulutnya. Memang aku sumbat je terus.
‘Click’. Bunyi whatsApp masuk
menghentikan lamunan aku.
‘Cik awan, impian awak nak gapai
awan masih ada ke?’. Aku baca whatsApp dari Rafi. Aku hanya meninggalkan
bluetick saja untuk dia.
‘Cik awan, hancur hati saya bila
awak hanya balas bluetick untuk saya. Tak apalah. Kita jumpa lusa. Jangan rindu
saya sudahlah.’ Sekali lagi aku hanya balas bluetick. Bukan aku tak nak balas
tapi aku tak tahu nak balas apa. Akhirnya aku biarkan sahaja dan terus tertidur.
Nak cakap aku kurang
ketinggian, tinggi aku 162cm. Dah sah-sah aku sampai nak letak beg kat atas.
Tapi dia tetap ambil beg laptop aku dan letakkan. Aku angguk dan senyum jelah.
Kemudian aku duduk di seat aku di hujung tingkap. Beberapa saat lepas itu dia
duduk disebelah aku. Dengan ekor mata aku, aku dapat lihat dia menundukkan
kepalanya untuk membetulkan tali kasutnya yang terbuka. Mungkin sebab dia
terpijak sendiri atau ada orang lain yang pijak, ataupun talinya longgar.
Sebaik sahaja dia angkat mukanya dia tersenyum ke arah aku.
“Kalau nak tengok saya, tengok
jelah. Tak dosa pun, dapat pahala adalah.”
Aku dapat rasakan muka aku mula
membahang kepanasan. Mesti merah menyala.
“Betul cakap Ilyya, awak memang
susah nak cakap dengan lelaki. Err sampai bila awak boleh bertahan ya? Yalah,
setahu saya Ilyya cakap mulut awak ni boleh tahan becohnya.” Rafi cuba
mengumpan aku untuk bercakap.
“Cik awan?” Dia panggil aku dan
memegang tangan kananku. “Merahnya pipi, banyak sangat awak letak pemerah pipi
ni.”
Aku dah tak tahan. Jantung ni
rasa macam nak meletup sahaja. Kapal terbang baru je terbang tapi aku rasa nak
terjun sekarang.
“Cik awan?” Dia masih memanggil
aku dengan senyuman nakal yang cukup manis, kalah gula-gula kapas.
Lantas aku ambil bantal flight yang
berada dibelakang aku dan menutup mukaku dengan bantal tersebut. Aku tutup
rapat-rapat kerana aku begitu malu saat ini. Tak pernah ada seorang pun lelaki
begitu hampir dengan aku seperti ini.
Rafi menahan gelak melihat
telatah aku. Hatinya sangat tercuit dengan tingkah laku aku. Sudah lama dia
sukakan Mutiara sejak Ilyya asyik bercerita tentang sahabat baiknya yang paling
memahaminya itu. Tidak sangka orang itu sudah menjadi isterinya sekarang.
Rafi tarik perlahan bantal yang
menutupi muka aku. Walau aku cuba melawan, dia tetap menariknya. Dia pegang
dagu aku supaya aku melihat wajahnya. “Malu ya?”
Aku gigit bibir bawah. Lantas aku
mengangguk perlahan.
“Cik awan masih nak gapai awan?”
Soalan selalu dia tanyakan pada aku. “Nak lagi?”
“Bo.. boleh ke?” Akhirnya suara
aku keluar.
Dia tunjuk keluar tingkap yang
dihiasi awan putih. “Sebenarnya cik awan dah ada di atas awan.”
Aku tersenyum mendengar
jawapannya. Mata aku masih tetap melihat awan yang berada di kiri aku. Tidak
sangka awan yang selalu aku pandang dari bawah, sekarang berada betul-betul
disebelah aku. “Cantik sangat!”
Rafi tersenyum. “Tapi ada satu
lagi pemandangan yang sangat cantik dekat sini. Cik awan nak tahu?”
Aku kerutkan dahi. “Mana?”
Dia tarik senyuman pencair hati
miliknya pada aku. “Sayalah Ahmad Ar-Rafi, suami awak Cahaya Mutiara.”
Aku tergelak kecil mendengarnya. “Terima
kasih sebab terima insan pelik macam saya dalam hidup awak.”
Dia geleng. “Tak, awak tak pelik.
Nama awak yang agak pelik untuk didengari.”
Aku mencebik. “Salah ke nama
bahasa Malaysia? Mak dan abi saya nak mudahkan orang supaya tak payah tengok kamus
atau cari makna nama saya, sebab dah sah-sah semua orang tahu maknanya.”
Dia gelak mendengar omelan aku.
“Tak. Saya tak cakap salah pun. Saya dah rancang nak bagi nama anak kita nanti
Ahmad Awan kalau lelaki dan Cahaya Awan kalau perempuan. Sedapkan? Unik pun
unik.”
“Awak!”
Dia hanya tergelak mendengar aku
menjerit memanggilnya. Awan pun awanlah. Yang penting hari ini, hari bersejarah
aku dan dia. Hari di mana aku mula terima dia dalam hidup aku dan hari di mana
aku dan dia mula kenal hati budi masing-masing. Ini kisah aku, kisah penggemar
lukisan awan di dada langit. Dan namaku Mutiara. Cahaya Mutiara.⛅☁🌁
(SELESAI)😁
#Coretanpengkarya: Ini merupakan percubaan pertama saya dalam genre
seperti ini. Sengaja saya cabar diri sendiri untuk keluar dari genre fantasi.
Terima kasih kerana sudi bace karya saya yang tak seberapa ini.😃