Kita couple nak
Alisya memandang kepada Rafiq dengan
satu perasaan yang sukar digambarkan.
Sedih, sayu, kecewa semuanya menjadi satu resepi. Macam resepi masak lemak cili api. Kalau makan memang tangap nangis. Sedangkan Rafiq? Rafiq hanya menyambut pandangan mata Alisya
tanpa rasa bersalah. Hati Alisya
meronta. Ah, mengapakah ini yang harus
terjadi? Mengapa perpisahan yang menjadi
penghulu kepada segala jawapan? Air mata
Alisya sedikit pun tidak memberi kesan kepada Rafiq. Betapa sedih hati Alisya dengan Rafiq ketika
itu.
“Tolonglah Rafiq, jangan buat Alisya
macam ni. Rafiq kan tahu yang Alisya
sayangkan Rafiq.” Perlahan sahaja nada
Alisya ketika itu. Air matanya masih
lagi mengalir.
“Sayang? Cukuplah Alisya. Aku tak pernah anggap kau istimewa dalam
hidup aku. Hanya kau sahaja yang
perasaan macam tu.” Sambut Rafiq dengan
penuh bangga.
“Rafiq, aku ada buat salah dengan
kau ke? kalau aku ada buat salah dengan
kau aku minta maaf.”
“Maaf? Ye, kau memang ada salah. Kau bersalah sebab menyintai aku. Sedangkan aku? Terus-terang aku katakan yang aku tak pernah
simpan perasaan terhadap kau.” Tersentak
Alisya mendengarkan pengakuan Rafiq itu.
“Jadi selama ini?”
“Hanya kau saja yang anggap aku
istimewa. Sudahlah Alisya, jangan kau nak
bermimpi. Sampai bila-bila aku tak akan
menyintai kau. Cuma kau sahaja yang
bertepuk sebelah tangan.”
Alisya diam tanpa suara. Begitu juga dengan Rafiq. Suasana petang itu begitu memberi kesan
kepada Alisya. Alisya kemudiannya
menyalahkan dirinya sendiri kerana begitu mudah menyerahkan hati kepada insan
yang selama ini tidak pernah menyintainya.
Rafiq meninggalkan Alisya sendirian melayani perasaan. Betapa perit hati Alisya saat Rafiq berlalu
pergi. Air matanya kini merembes laju
menghiasi wajahnya.
Mulai saat itu, hubunngan Alisya dan
Rafiq bagaikan orang luar. Di tempat
kerja, mereka tidak seperti dulu. Namun
Alisya cuba untuk tidak mengeruhkan hubungan.
Memang hatinya sakit dan perit.
Namun dia perlu untuk teruskan hidup.
Dia tidak mahu kerana seorang lelaki dia jatuh tersungkur. Walau bagaimanapun Rafiq begitu dingin dengannya. Dia sendiri tidak tahu mengapa Rafiq begitu
tidak menyenangi dirinya. Hina sangatkah
diri ini? Keluh Alisya sendirian.
“Alisya, kau tak ada apa-apa ke?”
Alisya terkejut bila Sabrina menegurnya dari belakang.
“Wei, kau. terkejut aku tau.”
“Taklah, aku tengok kau bukan main
termenung panjang dari tadi. Kau ni pun…
tak payah nak kenangkan sangat mamat poyo tu.
Dia bukannya nakkan kau.” Alisya
memandang kepada Sabrina.
“Kau ni memang tak sayang mulut
kan.”
“Hish! Betul apa yang aku cakap.”
“Apa kurangnya aku? Sampai hati dia buat aku macam ni.” Keluh Alisya.
“Hati. Kita tak boleh nak paksa orang terima hati
kita, Alisya.”
Hati! Ya, dia kalah dengan itu.
“Tapi dia buat aku macam orang
asing.”
“Kau ni, fikirkan banyak
sangat. Apa yang kau dapat kalau berbaik
dengan kau? sedangkan dia tak suka dengan kau.”
“Tak salah kan kalau aku nak
berkawan dengan dia.”
“Mungkin kau anggap dia sebagai
seorang kawan. Sedangkan dia? Dah tentu
dia tak nak. Lagi pula kau dah luahkan
perasaan kau pada dia. Lagi pun dia tak nak kau simpan perasaan terhadap
dia.”
“Bukan ke dia dah beritahu dengan
aku yang dia tak ada perasaan pada aku.
Mula-mula aku sedih, Sabrina.
Tapi sekarang aku sudah boleh terima.”
Luah Alisya.
Kali ini Sabrina pula yang mengeluh.
“Buat masa ni baik kau elak jumpa
dengan dia. Macamlah tak ada lelaki lain
yang nak kau takle. Ha, apa kata kau couple dengan Khalis. “
Terbuntang mata Alisya mendengarkan nama Khalis.
“Khalis? Kau ni pun agak-agaklah. Dia kan minat dengan kau.”
“Tapi aku tak suka dengan
dialah. Dia tu bukan taste aku tau. Mamat senget tu? Aku tengok dia pun aku nak termuntah
tau. Bermisai, berjambang dah pulak tu
rambut panjang? E….. tolonglah.
Berselirat je aku tengok.
Perempuan mana yang nak dekat dengan dia.” Komen Sabrina dengan penuh lagak.
“Tak baik tau kau cakap macam
tu. Kalaulah dia tahu tentu kecik hati
dia. Dia tu baik tau.”
“Saya dah dengar.” Alisya dan Sabrina terkejut. Pantas kepala
mereka berpaling. Wajah Khalis
serta-merta jelas di ruang mata mereka.
Khalis kemudiannya masuk ke dalam
cubicle Alisya dan wajah Sabrina segera ditatap.
“Alisya, kita couple.” Terbuntang mata
Alisya apabila mendengarkan pengakuan berani mati Khalis itu. Mamat ni dah kenapa? Buang tabiat ke apa? Sesuka hati je ajak orang couple.
“Yes!”
Sabrina melompat gembira.
“Sabrina!”
“Orang dah nak, terima jelah
Alisya. Lagi pun kau kan tengah single.”
“Wei, dia kan suka dengan kau. Takkan nak couple dengan aku pulak.”
“Ala…. Kau janganlah nak malu. Aku tak nak mamat ni. Kau ambil jelah.” Amboi, sesedap mulut je cakap macam lah si
Khalis tu tak ada perasaan.
“Janganlah Sabrina.”
“Mula-mula malu, lama-lama okey lah
tu.”
“Tapi…” Alisya memandang kepada
Khalis. Khalis tersenyum memandang ke
arahnya sambil mengeyitkan matanya.
Pulak! Alisya tahu, Khalis seorang
yang baik. Puas juga Khalis mengorat
Sabrina. Bermacam-macam dia buat untuk
Sabrina. Setiap hari Khalis memberi
Sabrina bunga dan coklat, namun Sabrina menyimpannya di dalam tong sampah. Setiap hari juga Khalis mempelawa untuk
menghantar pulang rumah namun Sabrina menolaknya mentah-mentah.
“Good
Luck Alisya.” Terkebil-kebil Alisya
memandang kepada Sabrina yang sudah meninggalkannya. Dia ni biar betul. Tinggalkan macam tu je?
Alisya menikus menyambung kerjanya
tanpa memandang kepada Khalis yang dari tadi memerhatikannya. Alisya memandang Khalis dengan ekoran
matanya. Tak sanggup dia bertentang mata
dengan Khalis.
“Kau malu ke?” Tegur Khalis.
Terus pandangan mata Alisya kepada
Khalis.
“Malu? Malu sebab apa?”
“Malu nak kawan dengan aku.”
“Siapa kata? Aku tak kisah nak kawan dengan siapa pun.”
“Semua orang tak nak kawan dengan
aku sebab aku macam ni kan?”
“Eh, mana ada. Kau je yang fikir yang bukan-bukan.”
“Ala… kau pun sama kan. Kalau ada Rafiq tu, aku pun kau tak
pandang.”
Bila Khalis menyebut nama Rafiq
serta-merta perasaan kecewa dan sedihnya bertandang. Hai, Khalis… kenapalah kau sebutkan nama mamat tu.
Buat panas hati je.
“Dahlah, malas aku nak layan
dia. Kau nak apa sebenarnya
Khalis?”
Khalis tersenggeh.
“Kan aku dah kata tadi yang aku nak couple dengan kau. Itu pun kalau kau nak. Aku dah penatlah nak
tunggu Sabrina tu. Bukannya dia nak
layan aku.”
“Sesedap mulut je kau cakap. Aku tahu kau suka dengan Sabrina. Kau jangan main-main Khalis.”
“Ala… setakat suka je. Macam mana?”
Hish! Boleh percaya ke mamat ni? entah-entah saja nak bagi panas hati Sabrina
kot? Tapi, terang-terang tadi Sabrina
tak nak berkawan dengan Khalis.
“Untuk permulaan, tengahari kita
makan sama. Aku belanja.” Ajak Khalis.
“Kau biar betul.”
“Betul, tapi aku tengahari cari
nasi.”
“Boleh…”
“Bukan ke kau diet?”
“Diet? Taklah, aku memang cari nasi. Nak kalau kena dengan tekak aku. Pekena masak lemak, ikan goreng…”
“Sambal belacan! Kau ni buat aku laparlah Alisya.”
Alisya ketawa. Ini adalah kali pertama dia berbual dengan
Khalis semenjak dia bekerja di syarikat itu semenjak setahun lalu. Lagi pun mungkin sebelum ini Khalis tidak
berani menghampirinya kerana ada Rafiq.
Disebalik jambang itu Alisya dapat melihat senyuman manis yang
dilemparkan untuknya.
Tengahari itu Alisya dan Khalis
menikmati makan tengahari bersama-sama.
Pada mulanya Alisya merasa kekok saat bersama-sama dengan Khalis. Namun lama-kelamaan, dia mula serasi dengan
lelaki itu.
“Alisya, er…. Kalau aku cakap dengan kau jangan marah
ye.” Alisya mendongakkan kepala
memandang kepada Khalis. Alisya tahu apa
yang bakal dikatakan oleh Khalis. Mesti
Khalis ingin masuk jarum mengorat Sabrina.
“Aku tahu, mesti pasal Sabrina kan?”
Khalis senyum.
“Kau ni macam tahu je apa yang aku
nak cakap. Itulah, aku minta maaf kalau
aku pasang harapan pada kau.”
“Aku tahu, kau saja kan nak kenakan
Sabrina tadi.” Khalis ketawa.
“Itulah, perempuan tu memang tak
makan saman langsung. Dia buat tak tahu
je tadi. Alisya, apa kata kau jadi penasihat aku.”
“Aku bukannya pandai sangat bab-bab
ni. Kau pun tengok aku macam mana. Awal-awal aku dah kena reject.”
“Ala… lelaki tu kasanova. Tak payahlah kau nak fikirkan sangat pasal
lelaki tu.”
Alisya tersenyum kelat. Dia terasa dengan kata-kata Khalis itu
tadi.
“Untung Sabrina dapat kau.”
“Kau jangan risau. Aku yakin satu hari nanti kau akan dapat
lelaki yang lebih baik dari Rafiq tu.” Khalis cuba memujuk. Rasa bersalah mula bertandang di dalam
hatinya. Bagaikan dia cuba untuk
mempermainkan gadis itu.
“Kau jangan nak pujuk aku sangat,
Khalis. Aku sedar siapa aku.”
“Ah, kau ni. Sentaplah pulak. Cubalah kau fikirkan cara positif. Tak apa, oleh sebab kau sedih dengan aku apa
kata aku belanja kau tengok wayang hujung minggu ni.” Tengok wayang? Wah, macam best je.
“Kita tengok Captain America
nak?” Bagaikan ada nada gembira di situ.
“Cantik!” Sahut Khalis gembira.
Pertemuan hujung minggu antara
Alisya dan Khalis benar-benar membuatkan hati mereka gembira. Khalis juga seronok berbual dengan Alisya
sehingga hilang segala angan dia untuk bertanyakan tentang Sabrina. Namun begitu, Alisya terlebih dahulu
bertanyakan tentang hubungan Khalis dan Sabrina.
“Khalis, kalau betul kau nak pikat
hati Sabrina tu kau kena ubah penampilan kau dulu. Gaji kau banyak kot. Apa kata kau spend sikit gaji kau untuk diri sendiri.” Ujar Alisya jujur ketika mereka sedang
berjalan beriringan antara deretan kedai di KLCC.
Belum sempat Khalis berkata apa,
tangan milik Alisya ditarik. Terkejut
Alisya dengan tindakan Khalis itu.
“Woi, kau dah kenapa tarik tangan
aku? Lepaslah! Mana boleh pegang.” Terus melompat Khalis melepaskan tangan
Alisya.
“Sorry, tindakan luar kawalan sekejap.”
“Banyaklah kau tindakan luar
kawalan. Lagi sekali kau buat, penumbuk
sulung aku bagi kat kau. kalau nak
merasa silalah.”
“Mak ai! Boleh tahan garang juga kau ni ye. Aku bukan apa, tu….” Tunding Khalis mendorong Alisya
memandang. Terbuntang mata Alisya memang
kepada Sabrina yang sedang berjalan beriringan sambil memaut mesra lengan….
Rafiq?
Serta-merta terngiang-ngiang dengan
kata-kata Sabrina terhadap Rafiq.
Patutah beria-ia suruh lupakan Rafiq.
Barulah sekarang dia tahu kenapa.
Alisya memandang kepada Khalis.
Ternyata Khalis kelihatan sangat kecewa.
“Sabar, Khalis.” Khalis berlalu saat kelibat pasangan itu
hilang dari pandangan matanya. Alisya
segera mengejar Khalis dari belakang.
“Khalis!”
Khalis terhenti.
“Kita declare! Kita couple. Ini bukan olok-olok. Ini betul-betul.”
“Jangan nak ikutkan perasaan,
Khalis. Kau suka dengan dia kan? Rampas balik cinta kau tu.”
Khalis memandang kepada Alisya. Dada Khalis berombak. Turun naik nafasnya saat itu.
“Rampas balik cinta aku? Macam mana dengan cinta kau Alisya? Kau tahu tak kedua-dua makhluk tu dah mainkan
kita.”
“Aku tahu, Khalis.”
“Kita declare.”
“Kau gila ke apa? Jangan buat perkara bodoh, Khalis. Cuba jangan bertindak terburu-buru.”
“Aku serius ni.”
Alisya berlalu meninggalkan Khalis
di dalam keadaan terpinga-pinga. Tak
faham betul Alisya dengan mamat bernama Khalis itu. Suka hati je nak declare bercinta. Dia ingat
cinta ni perkara main-main agaknya.
Alisya tahu, Khalis bertindak begitu kerana mahu menyakitkan hati
Sabrina.
“Alisya!” Kali ini Khalis pula yang mengejar.
“Alisya, kau tolonglah aku.”
“Kenapa pulak aku? Kau carilah orang
lain.”
“Aku tahu kau boleh tolong aku.”
“Kalau aku tak nak?”
“Aku tahu nak buat apa. Nanti kau jatuh cinta dengan aku, itu aku tak
jamin.” Usik Khalis.
“Hish! Kau memang dah angau! Malaslah aku nak layan
mamat tiga suka macam kau ni.” Sekali
lagi Alisya berlalu meninggalkan Khalis.
Khalis tersenyum. Dia menghela
nafas perlahan. Alahai, comel le pulak
tengok budak Alisya ni.
Alisya masuk ke dalam pejabat dengan hati yang riang. Hilang semua apa yang telah terjadi
semalam. Namun sampai sahaja di meja,
betapa dia terkejut dengan kehadiran sejambak bunga mawar dan diringi dengan
sekotak coklat. Bulat mata Alisya dengan
hadiah yang memenuhi ruang mejanya.
“Amboi kau Alisya, semenjak kau
pisah dengan Rafiq banyak hadiah kau dapat.”
Ujar Sabrina yang tiba-tiba muncul.
Alisya memandang kepada Sabrina sambil mulutmya menganga. Sumpah dia tak
tahu apa yang dah terjadi.
“Aku tak tahu siapa yang bagi.”
“Hai, mustahil kau tak tahu. Bak sini aku tengok.” Sabrina mencapai kad yang terselit di dalam
jambangan bunga itu.
“Khalis!?” Jerit Sabrina tidak
percaya. Pantas tangan Alisya merampas
kad dari Sabrina.
“Wow! Unexpected.”
“Tak baik tau baca kad orang.”
Alisya tersenyum bila memandang
bunga di atas meja. Khalis…. Khalis…
beria-ia kau nak kenakan Sabrina.
“Alisya….” Alisya dan Sabrina berpaling. Wajah Khalis pula menyapa ruang mata
mereka. Sekali lagi Alisya terkedu bila
Khalis membawa sekuntum mawar merah di tangan.
“Sejambak bunga yang ada tidak sama
dengan sekuntum bunga yang ada di tangan saya.”
Khalis tersenyum.
“Dan sekuntum bunga di tangan saya
adalah yang paling istimewa. Ianya khas
untuk awak, Alisya.” Khalis menyerahkan
bunga mawar merah kepada Alisya. Alisya
menyambut pemberia Khalis walau pun hatinya penuh dengan debaran yang amat
sangat.
“Untuk saya?”
“Hai, untuk Alisya lah. Habis tu
siapa lagi? Awak kan buah hati
saya. Takkan saya nak bagi kat orang
lain pulak?” Perlahan sahaja suara Khalis
ketika itu membuatkan hati Alisya sudah tidak tenang. Mamat ni agak-agaklah. Over
sangat romantiknya. Naik seram satu
badan dengan perubahan Khalis itu.
Alisya memandang kepada
Sabrina. Dia cuba untuk melihat reaksi
Sabrina. Ternyata wajah Sabrina muram
ketika itu. Marahkah dia? Tapi sebelum ini pun Khalis selalu juga
memberinya bunga dan coklat, tetapi Sabrina tidak pernah terima pemberian
Khalis sebaliknya Sabrina terus membuangkanya di dalam tong sampah.
“Balik kerja saya hantar awak
balik. Saya dah beritahu dengan keluarga
awak yang saya nak hantar awak balik.”
Terbuntang mata Alisya
mendengarkannya. Hah? Macam tu sekali? Nak diikutkan hati, mahu sahaja dia baling
semula jambangan bunga kepada Khalis.
Namun bila mengenangkan Khalis dah banyak melaburkan duit, tak jadilah
pulak. Tapi…. Kalau dah melibatkan
keluarga memang dah melampau.
Namun bukan Alisya sahaja yang
terkejut, malah begitu juga dengan Sabrina.
Khalis tersenyum sinis. Kembang
hatinya bila dapat mengenakan Sabrina.
“Sorrylah beb. Aku gerak dulu. Tak nak kacau korang. By the
way, cantik bunga tu.” Ujar Sabrina
yang berlalu dari situ. Ternyata
wajahnya berubah masam.
“Khalis, awak ni pun agak-agaklah nak kenakan
dia. Kau tengok dia dah merajuk.” Ujar Alisya sambil matanya meliar takut
Sabrina masih ada di situ.
“Ada saya kisah? Sebelum ni bukan saya tak pernah berikan dia
bunga. Awak pun tahu kan mana dia buang
semua tu. Dalam tong sampah. Awak ingat saya tak sakit hati ke bila dia
buat macam tu?” Alisya diam. Memang sebelum ini setiap kali Khalis memberi
bunga dan coklat, Sabrina akan membuangnya ke dalam tong sampah. Saat itu, Alisya dapat melihat betapa
kecewanya Khalis.
“Maaf,”
“Dahlah, tak payah nak minta
maaf. Awak tak ada salah apa-apa,
Alisya. Awak sudi terima bunga tu dah
cukup buat saya gembira. Tapi saya tak
tipu tau. Saya dah minta izin dengan
keluarga awak yang saya akan hantar awak balik nanti.” Khalis memandang kepada Alisya. Alisya sudah tidak senang dengan pandangan
mata Khalis yang membuatkan dia malu untuk bertentang mata. Khalis senyum. Geram dia dengan Alisya yang buat muka blur.
“Tak payah susah-susahlah Khalis.
Saya boleh balik sendiri.” Tolak Alisya.
“Memang tak ada susahnya. Memang niat saya nak hantar awak balik.” Ujar Khalis.
“Ke awak saja nak bagi Sabrina tu naik
angin?”
“Itu pun salah satu sebab juga. Tapi dari riak muka dia tadi saya tahu yang
dia bengang dengan saya.” Alisya
senyum. Memang benar apa yang dikatakan
oleh Khalis itu. Masam mencuka wajah
Sabrina tadi bila Khalis sanggup menghantarnya pulang.
“Jadi tak?” Tanya Khalis.
Alisya mengangguk tanda setuju.
“Yes! Nanti balik kita singgah makan dulu.”
“Eh, tak payahlah. Awak nak hantar saya balik pun dah kira cukup
baik.”
“Kenapa? Tak sudi ke?”
“Bukan tak sudi, tapi tak nak
menyusahkan awak.”
“Sayang juga ye awak dengan saya.”
Alisya mencebik. “Tak ada maknanya.”
Khalis ketawa gembira. Senang hatinya bila Alisya sudi menerima
pelawaannya.
Petang itu, seperti yang
dijanjikan Khalis menghantar Alisya
pulang ke rumah. Pucat muka Khalis bila
Alisya mengajaknya masuk ke rumah untuk bertemu dengan keluarganya.
“Hish! Tak naklah saya.”
“Nak malu apa? Awak sendiri yang telefon keluarga saya dan
sekarang ni keluarga saya nak sangat jumpa dengan awak. Itulah awak.
Gatal sangat telefon keluarga saya siapa suruh.” Alisya tersenyum
apabila melihatkan wajah Khalis yang sudah pun seperti ayam berak kapur. Ha, tahu kau takut.
“Kalau saya tahu jadi macam ni, tak
adalah saya telefon keluarga awak.
Aduh! Macam mana ni? Kalau tak jumpa tak boleh ke?” Alisya ketawa.
“Nak atau tidak, awak kena berjumpa
dengan mereka.” Ujar Alisya.
“Hish! Gementar rasa hati ni. Macam nak jumpa dengan bakal pak mertua
pulak.” Makin galak Alisya ketawa.
“Dah, jom. Awak jangan nak lari pulak.” Ingat Alisya.
Khalis membuka pintu kereta dengan
perasaan yang amat berat sekali.
Tangannya mula sejuk beku.
Perasaan takut terus menerjah di dalam hatinya. Menyesal pula dia menelefon keluarga Alisya
tadi. Menyesal! Menyesal!
Khalis melangkah masuk ke dalam
rumah milik keluarga Alisya dengan langkah yang amat perlahan. Peluh jantan sudah pun singgah di wajahnya.
Jelas kedua-dua orang tua Alisya sedang menunggu kehadiran mereka. Khalis menelan air liur yang tersekat di anak
tekaknya. Persepsi pertama? Wajah bengis ayah Alisya membuatkan Khalis
pucat dan mati kata. Nampak macam garang
je. Khalis memandang ke arah pintu
rumah. Takkan nak keluar balik kot?
“Abah, umi ini Alisya kenalkan
Khalis.” Khalis kemudiannnya mendapatkan
Encik Kamarul dan bersalaman dengan lelaki itu.
“O….. inilah lelaki yang berani
telefon ayah minta izin hantar kamu balik?” Dak duk dak duk debaran hati Khalis
tidak boleh diceritakan lagi.
Khalis memandang kepada Encik
Kamarul yang mukanya bagaikan singa nak menerkam mangsanya. Bohonglah kalau dia tidak takut. Ini silap hari bulan mahu dia terkencing di
situ.
“Maafkan saya, pakcik.” Bergetar
suara Khalis ketika itu.
“Apa maaf?”
Air liur Khalis tersekat
dikerongkong.
“Maaa… maa…” Aduh! Gagaplah pulak. Alisya yang memandang cuma tersenyum. Habislah kau Khalis.
“Ma…ma…. Awak tahu tak?” Khalis menggeleng pantas.
“Awaklah orang pertama yang berani
telefon saya untuk hantar dia balik rumah.”
Kepala lutut Khalis bergetar. Dia
tunduk tidak memandang kepada Encik Kamarul.
Kelibat Alisya juga tidak dicari.
Nampaknya terkontang-kantinglah dia seorang menghadap Encik Kamrul di
ruang tamu itu.
“Abang…..” Puan Aisyah menepuk lembut bahu suaminya.
“Apa lagi yang tercegat tu? Duduklah.”
Khalis akur. Terus dia duduk bila
mendengarkan arahan Encik Kamarul itu.
Saat itu Khalis mendengarkan suara
Encik Kamarul yang galak ketawa. Tak
faham! Pulak dah, kenapa ketawa pulak? Seram satu badan bila melihatkan ayah Alisya
yang sudah gelak besar itu.
“Nampak sangat takutnya,
Aisyah.” Khalis menghela nafas
lega. Hish! Pandai betul ayah si Alisya ni buat
lawak. Kalau ada pelakon terbaik, memang
boleh menanglah kalau macam ni.
“Tak sangka Khalis berani minta izin
dengan kami nak hantar Alisya. Kami puji
keberanian Khalis itu.” Ujar Encik
Kamarul dengan nada yang perlahan. Khalis
menyambut dengan sebuah senyuman.
Kalaulah dia tahu aku pernah tengok wayang sama dah sah mati aku
dikerjakan.
Khalis sempat memandang kepada
Alisya. Alisya sudah senyum menahan
tawa. Amboi, nak gelaklah tu. Geram pula Khalis apabila melihatkan Alisya
yang tersenyum sinis memandang kepadanya.
“Dah alang-alang datang rumah ni,
jemputlah makan malam sini.” Kali ini
Puan Aisyah pula yang bersuara.
“Eh, tak apa makcik. Saya ni cuma hantar Alisya je. Makan saya tak nak.” Khalis menggeleng laju. Kali ini meledak tawa Alisya. Nampak sangat takutnya.
“Rezeki jangan ditolak. Dah rezeki Khalis.” Ujar Puan Aisyah.
“Yelah makcik kalau makcik dah cakap
macam tu.”
“Tapi sebelum tu kita Jemaah maghrib
sama-sama. Khalis jadi imam boleh?” Gulp!
Serta-merta tersirap darah Khalis mendengarkannya. Begitu juga dengan Alisya. Terus mati tawanya. Alamak! Mati aku! Encik Kamarul sudah tersenyum.
Khalis mengambil tempat dihadapan
sekali. Debarannya memuncak. Bukan dia tidak pernah menjadi imam, tetapi
makmumnya sudah cukup membuatkan dia gementar.
Entah mengapa debarannya berganda-ganda.
Tak pasal-pasal semua tajuid berterabur.
Namun disebabkan permintaan Encik Kamarul, dia akur. Hati Khalis sempat berkata-kata. Dia ni saja nak mengena ke apa? Alisya yang
berada di belakang merasa tenang saat Alisya mengalunkan ayat-ayat suci. Dia tidak menyangka Khalis berjaya menjadi
imam pada hari itu.
Setelah selesai makan malam, Khalis
meminta izin untuk pulang. Walau pun dia
disergah oleh Encik Kamarul pada mulanya, namun akhirnya dia mesra dengan
lelaki itu.
“Khalis, saya minta maaf tau kalau
buat awak takut tadi.” Ujar Alisya
sebelum Khalis membuka pintu kereta.
Khalis senyum.
“Awak tahu tak kecut perut saya
dibuatnya tadi.” Alisya ketawa. Tidak boleh dia lupakan sewaktu pertama kali
Khalis bertemu dengan ayahnya.
“Maaf, ye.”
“Ala…. Perkara kecik je.” Perkara kecik? Masa mula-mula jumpa macam nak terkencing
dalam seluar je.
“Apa pun saya nak ucapkan terima
kasih dengan awak.”
“Kasih diterima. Tapi kan awak, sekarang ni baru saya
perasan.”
Alisya mengerut dahinya. Tak faham dengan apa yang dikatakan oleh
Khalis.
“Perasan apa?”
“Sejak kita couple, kita dah tak
panggil ‘kau’ ‘aku’ lagi.”
Alisya terdiam. Yelah, baru Alisya
perasan yang sejak akhir-akhir ini dia dengan Khalis lebih biasa membahasakan
diri sebagai ‘saya’ dan ‘awak’. Alisya tersenyum. Malu pula bila Khalis menyebut tentang
itu.
“Dahlah awak ni. Baik awak balik dulu. Nanti kena tempik dengan abah saya, awak
salahkan saya pulak.” Khalis
ketawa. Lupa pula dia berada di rumah
keluarga Alisya. Cepat sahaja dia
membuka pintu sambil mengangkat tangan kepada Encik Kamarul yang dari tadi
berada di hadapan pintu rumah. Namun
sebelum dia masuk ke dalam kereta sempat juga dia bersuara.
“Saya tahu awak malu.” Merah padam wajah Alisya bila dia ditegur
begitu.
Alisya memandang kepada Encik
Kamarul.
“Dahlah tu Alisya, masuk. Kalau betul dia nakkan kamu, suruh dia masuk
meminang.” Meminang? Kali ini Alisya
pula yang mati kata. Baru je nak kenal
nak suruh masuk meminang. Abah ni, nasib
baiklah si Khalis tu dah balik. Kalau
tidak, sah-sah dia malu dengan Khalis dan silap haribulan esok pergi kerja
sampai balik tak dapat nak pandang muka dia.
Sebab malu punya pasal.
Alisya mula mengemas meja bila jam
sudah menunjukkan ke angka 6 petang. Dia
setia menantikan Khalis tiba. Namun
Alisya terkejut bila wajah Sabrina pula yang muncul.
“Kenapa Sabrina?”
“Aku nak minta tolong kau settlekan proposal ni hari ni juga. Urgent.” Alisya mencapai fail dari
tangan Sabrina dengan wajah yang sedikit tidak puas hati. Agak-agaklah nak bagi pun. Dah pukul 6 kot. Kalau buat ni bila masa nak
siap?
“Bukan ke benda ni nak lusa?”
“Hish! Kau ni banyak sangat
bunyi. Kan aku dah kata nak urgent. Takkan tak faham lagi.” Alisya memandang kepada Sabrina. Minah dah kenapa nak sound orang bagai. Selalunya
tak adalah meroyan macam ni. Pelik juga
Alisya dengan sikap dingin Sabrina itu.
“Tapi aku nak balik. Esok boleh?
Esok aku janji aku buat. Lagi pun
aku dah tutup PC ni.” Ujar Alisya seolah merayu.
“Bukan lama sangat pun nak buka PC
tu balik. Susah-susah….” Sabrina terus on PC Alisya. Haish!
Ini dah melampau.
“Assalamualaikum, Alisya. Dah boleh balik ke?” Tiba-tiba Khalis muncul membuatkan Alisya
terkejut. Melihatkan wajah muram milik
Alisya, Khalis tahu sudah tentu ada sesuatu yang telah terjadi. Tambahan pula Sabrina berada di situ.
“Maaflah, Khalis. Saya kena stay
sebab ada benda urgent yang perlu
saya selesaikan sekarang.” Alisya
menunjukkan fail yang berada di tangan kanannya.
“Eh, Khalis! Awak nak balik ke? aku tumpang boleh?” Entah mengapa Sabrina mencelah dengan
tiba-tiba. Khalis memandang sekilas
kepada Sabrina seperti tidak puas hati.
Ek… e…. le…. Sesuka hati je nak menyampuk cakap orang. Siapa agaknya cakap dengan dia.
“Tak apalah Alisya. Saya tunggu awak siap kerja. Bahaya kalau awak balik malam-malam. Lagi pun saya dah janji dengan abah awak yang
saya nak hantar awak balik.” Khalis tidak menghiraukan Sabrina sebaliknya dia
terus berbual dengan Alisya.
“Saya okey, Khalis. Saya boleh balik sendiri. Kalau nak tunggu tak tahu pukul berapa boleh
habis.” Tolak Alisya.
“Betul tu, Khalis. Lagi pun dia boleh telefon abah dia datang
jemput nanti. Jomlah kita balik.” Eh, minah ni.
mambang mana pulak yang rasuk dalam badan dia ni? kalau sebelum ni ajak balik bukan main liat
lagi. Sekarang apa dah jadi?
“Tak boleh, Alisya. Saya dah janji dengan abah awak. Nanti apa pulak kata dia. Tinggalkan anak dia sorang-sorang. Saya tunggu kat bawah kalau awak takut saya
duduk sini.” Ujar Khalis. Alisya memandang kepada Khalis. Terharu pula dia dengan Khalis yang sanggup
menunggunya.
“Awak tak risau ke Khalis bawa
pulang anak dara orang tengah malam?”
“Eh, ada orang rupanya. Ingatkan kita berdua je tadi Alisya.” Khalis memandang kepada Sabrina yang sudah
kelat wajahnya.
“Awak ni Khalis, saja kan nak
sakitkan hati saya.”
“Sakit hati? Bila masa pulak saya sakitkan hati awak? Bukan ke awak yang selalu sakitkan hati
saya? Kenapa tak suruh je buah hati
pengarang jantung awak yang hantar?”
Merah padam muka Sabrina bila mendengarkan kata-kata Khalis itu.
“Yang kau sibuk sangat pasal dia
kenapa?”
“Tidaklah, bukan ke kau tengah mabuk
bercinta sekarang ni.”
“Kita orang dah putus! Okey,
putus! Puas hati?”
“O…. jadi sekarang ni dah ludah nak
jilat semulalah ni.” Sabrina kian
membahang dengan kata-kata Khalis yang menyindir dirinya. Mendengarkan pengakuan Sabrina membuatkan
Alisya terkejut. Jadi, sekarang ni
nampak sangat Sabrina sedang terdesak.
“Awak nak apa sebenarnya ni
Sabrina.”
“Aku nak berbaik dengan kau,
Khalis.”
“Untuk apa? Kau jangan lupa yang aku ada Alisya.”
“Aku tahu kau tak sayang dan
cintakan dia.”
“Macam mana kau tahu? Kau nujum pak belalang ke sampai tahu hati
dan perasaan aku.”
Alisya tidak sanggup melihat Khalis
dan Sabrina bergaduh. Aduh! Dah macam budak kecik.
“Tak apalah Khalis. Awak hantar jelah dia balik. Semaklah kalau gaduh macam ni.”
“Mana boleh, saya dah janji dengan…”
“Tak apa, saya boleh telefon abah
jemput saya.”
“Kalau saya kata tak nak?”
“Tolonglah Khalis. Bukan ke ini yang awak nak?”
“Alisya….”
“Maaf, Khalis. Aku ada banyak kerja yang perlu buat.”
“Tapi Alisya,”
“Please
Khalis jangan ganggu,” Air mata Alisya sudah tidak dapat ditahan lagi. Sedih rasa hatinya. Tidak sanggup dia melihat wajah Khalis ketika
itu.
“Fine! Kalau itu yang awak nak. Look
here Alisya, boleh tak awak pertahankan kehendak awak sendiri. Saya tahu awak sayangkan saya.”
Alisya memandang kepada Khalis. Kemudiannya kepada Sabrina. Memang tidak dinafikan semenjak dia berkawan
dengan Khalis, hatinya sudah terpaut dengan lelaki itu. Namun dia sedar, dia
adalah seorang perempuan. Dia tahu
Khalis memendam perasaan dengan Sabrina.
Takkan Khalis boleh jatuh cinta dengannya.
“Jom balik, Khalis.” Ujar Sabrina
yang bagaikan tiada perasaan bersalah.
“Kalau kau nak balik, kau baliklah
sendriri. Tak ada masa aku nak hantar
kau.” Khalis berlalu meninggalkan Alisya dan Sabrina dalam keadaan
terpinga-pinga.
“Puas hati kau Alisya?” Alisya memandang sekali lagi kepada
Sabrina. Minah ni dah kenapa? Cinta tak berbalas, kita pulak yang kena
tempiasnya. Ini memang dah melampau.
“Eh, kenapa pulak aku?”
“Sebab kau, Khalis tinggalkan aku.”
Alisya mencebikkan bibirnya.
“Pembetulan ye. Sebenarnya kau yang buang dia dulu dan kau
juga yang kata dia tu bukan taste kau.
Sekarang bila Rafiq dah tinggalkan kau, Khalis juga yang kau cari.”
“Kau jangan lupa, Khalis sayangkan
aku.”
Kali ini perasaan sedih
bertimpa-timpa hadir dalam hatinya.
Betapa dia sedih ketika Sabrina menyalahkan dirinya.
“Sabrina, cukuplah apa yang kau dah
buat pada aku. Kau larang aku dengan Rafiq, dan sekarang ni kau larang pulak
hubungan aku dengan Khalis. Kau cakap
Sabrina. Apa lagi yang kau tak puas hati
dengan aku?”
“Apa maksud kau, Alisya?”
“Cuba kau ingat apa yang kau dah
buat pada Khalis. Kau buang dia, kau
reject dia dan sekarang bila aku dah rapat dengan dia kau iri hati. Kau harus ingat, Sabrina. Keputusan bukan ditangan kita. Kita ni perempuan. Aku sebenarnya malas nak bergaduh sebab
lelaki tau. Dah, maafkan aku. Aku nak balik dulu. Kerja ni, aku akan siapkan esok. Aku dah tak ada mood.”
Alisya meletakkan fail di atas
meja. Dia kemudiannya meninggalkan
Sabrina keseorangan. Selepas ini kalau
Sabrina nak kata apa, dia dah tak kisah.
Biar Sabrina tahu apa kesalahannya.
Keesokkan harinya, Alisya datang
kerja seperti biasa. Matanya sembab
kerana banyak menangis. Malam tadi pun
Khalis telefon tidak diendahkan. Begitu
juga dengan mesej Khalis juga tidak dibalas.
Bukan kata balas, baca pun tidak.
Dia mencapai fail yang diberikan oleh Sabrina semalam dan kemudiannya
meneruskan kerja.
“Assalamualaikum….”
“Wa….a…lai….kum…musalam…” Alisya terkejut. Lidahnya kelu. Matanya tidak berkelip.
“Khalis?” Khalis senyum. Hilang semua misai dan jambang. Rambutnya
telah dipotong pendek. Hampir sahaja
Alisya tidak mengenali Khalis. Betul ke
Khalis ni?
“Kenapa? Alisya terkejut? Dah kena bebel bakal pak mertua, ikut jelah.”
Bakal pak mertua?
“Jangan buat terkejut sangat. Susah juga kan, nak ambik hati bakal pak
mertua ni. Tapi setakat potong misai
ngan jambang tak ada masalah. Yang
penting saya bersedia nak jadi imam kepada dia.
Rindu pula saya nak jadi imam.”
Alisya terdiam. Dia tidak bersuara. Entah mengapa kakinya terasa berat untuk
melangkah. Khalis sudah ada pilihan hati? Betapa sedih hati Alisya di saat itu.
“Tahniahlah kalau macam tu.”
Khalis memandang pelik.
“Kenapa pulak?”
“Awak dah nak kahwin.”
“Itulah… Puas juga saya pujuk pak
Kamarul untuk pinang anak dia.”
Pantas kepala Alisya mendongak.
Kamarul? Khalis senyum. Senyuman Khalis
itu membuatkan Alisya terleka sejenak.
Baru dia tahu betapa kacaknya Khalis.
“Dah, jangan nak terkejut
sangat. Jom saya belanja awak
sarapan. Masa sarapan nanti boleh kita
bincang majlis kita nanti. Abah kata,
tiga bulan lagi kita nikah. Dia pun dah
tak sabar nak terima menantu. Dan….
Abang pulak tak sabar nak terima isteri.”
Abang? Isteri? Alisya memandang
kepada Khalis seolah mahukan kebenaran dari lelaki itu.
“Tapi…”
“Jangan risau, hujung minggu ni
abang datang pinang Alisya. Abang tak
sabar nak terima Alisya sebagai makmum abang.
Mungkin abang tak sempurna, tapi abang nak ucapkan terima kasih sebab
terima abang.”
Tiba-tiba Sabrina tiba di meja Alisya.
Ternyata Sabrina terkejut melihat perubahan Khali situ.
“Sabrina, ini saya kenalkan bakal
isteri saya. Alisya Binti Kamarul. Maafkan saya, Sabrina. Saya memang tak layak buat awak. Saya tak setaraf dengan awak. Maafkan kami, kami nak sarapan dulu. Tunggu sahaja
kad jemputan dari kami.”
“Tapi…”
“Selamat tinggal Sabrina!” Alisya tidak bersuara. Sebaliknya dia mengekori Khalis dari belakang
dengan hati yang berbunga. Kini dia
yakin jodohnya adalah untuk Khalis.
Senyumanya terukir di dalam diam.
Sabrina? Menangis dia dengan
kebahagiaan Alisya dan Khalis.