“Af, papa
nak kamu ikut serta sukarelawan di Sudan nanti!”
“Tak
nak! Af tak suka pergi sana. Cuacanya panas terik. Tak suka!
“Habis,
kamu fikir papa mahu tinggalkan kamu sorang-sorang kat rumah ni? Jangan nak
berangan.”
“Papa
ajak pergi umrah sekali, kamu tak mahu. Tak bersedia nak pakai tudunglah, belum
tiba masa nak insAflah, macam-macam
alasan yang kamu bagi. Tak kira, keputusan papa muktamad! Kamu pilih kamu mahu pergi
umrah sama papa dan mama atau jadi sukarelawan dekat Sudan sana?!”
“Papa
jahat!”
Afrina
menjerit kuat lalu berlari memasuki kamarnya, dia menyembamkan wajahnya ke
bantal melepaskan tangisan geram. Kemudian dia mengamuk, lalu lemparkan bantal
yang berada di katil ke bawah seraya itu dia melaung seperti orang tidak waras.
“Awak
tengok perangai anak awak tu? Semakin menjadi-jadi. Pening saya memikirkan
perangai dia yang sorang tu.”
“Saya
pun tak tahu nak buat apa bang? Didikan agama sudah kita berikan. Apa lagi yang
tak kena? Macamana nak buat ni? Saya risaulah bang…..”
“Tu
sebabnya saya nak dia ikut serta jadi sukarelawan dekat Sudan sana, nak ajar
dia macamana mahu jadi orang. Saya nak baiki perangai anak awak tu sikit! Asyik
dimanjakan dengan wang ringgit itulah jadinya suka memboros situ sini!”
Afrina
bagaikan cacing kepanasan, tak senang duduk. Nak membantah cakap papanya pasti
semua kemewahan yang dilimpah kepadanya akan dirampas kembali. Nak pergi ke
umrah? Dia rasakan belum bersedia untuk menjadi muslimah sejati lagi. Akhirnya
dia terpaksa akur untuk memilih pergi ke Afrika sana.
“Afrina,
ini Umar Fawwaz. Dia salah seorang
anggota sukarelawan, dan akan menjaga kamu dekat sana nanti.”
Afrina
dengan geram memalingkan wajahnya menghadap lelaki yang baru diperkenalkan
papanya itu. Matanya membulat, terpegun bila melihat lelaki itu. Hatinya
bagaikan telah dicuri oleh senyuman lelaki yang berkopiah putih itu.
“Waw,
kacaknya.” desis hatinya kecil, gatal.
“Kalau
macam ni, aku sanggup terbang ke Sudanlah. Asalkan sentiasa bersama dengan si
mamat berkopiah putih ini. Papa, AF dah tak sabar nak terbang ke Sudan ini.”
Jerit Afrina di dalam hati. Hati kecilnya bersorak riang.
~~~~~~~~~~~
“Adus, panasnya dekat sini! Rimas betullah.
Menyesal! Menyesal betul! Gila agaknya aku ni. Gara-gara terpikat dekat mamat
kopiah putih tu, aku sanggup ke sini. Memang gila betul kau ni Afrina!” amuk Afrina
sendiri, sambil mengibas-ngibas wajahnya menggunakan tapak tangannya sendiri.
Sudah
tiga hari dia sampai ke sini tidak pernah sekali pun dia keluar dari khemah
perlindungan. Dia asyik berkurung dari keluar berjumpa dengan penduduk di sana.
Baginya mereka semua itu kotor dan sangat menggelikan.
“Awak
tak de apa-apa ke?” Suara Umar tiba-tiba, yang muncul dari belakang lantas
mengambil tempat di hadapan Afrina.
“Tak
de apa-apa, cuma badan macam tak sihat, kepala saya pun pening. Mungkin cuaca
terlalu panas kot,” adu Afrina dengan suara dilunakkan sedikit.
“Sekarang
kita di Afrika, bukannya Malaysia. Jadi Afrina kena biasa-biasakan diri dengan
cuaca di sini.” ucap Umar Fawwaz seraya bangkit dari duduknya.
“Dahlah
dari duduk sini tak buat apa-apa, apa kata Afrina bantu kami agihkan makanan
untuk penduduk kampung kat luar sana, macamana?” suaranya lagi, lembut sekali.
“Tak
naklah, saya sakit kepala. Kalau kat luar lagilah panas terik.” tolak Afrina
dengan suara dimanjakan.
“Oh
ya, Afrina kalau nak elakan sakit kepala, tudunglah kepala yang terdedah tu.”pesan
Umar sebelum meninggalkan Afrina yang nyata terasa dengan sindiran itu.
“Tak
guna punya mamat kopiah putih, kalau bukan aku sudah terjatuh cintakan kau,
mahu aku ketuk-ketuk kepalanya.” Gerutu Afrina lantas menuju ke arah beg
pakaiannya untuk mencari sesuatu untuk dimakannya.
“Apa
ni? Semua dah berkulat, macamana aku nak makan ni? Esok dah mula puasa. Mati kelaparanlah
aku jawabnya.” marah Afrina sambil melempar keluar segala makanan yang telah
tamat tempoh itu.
Sedang
Afrina membebel seorang diri tiba-tiba dia terdengar ada suara sedang
bertengkar di luar khemah tempat dia berkurung. Dengan pantas dia bergerak ke
arah suara itu. Dia terkejut bila melihat sekumpulan manusia berebut makanan-makanan yang telah dilemparnya
sebentar tadi. Mereka terpekik-pekik dalam bahasa mereka. Afrina mengigil ketakutan dan seram tiba-tiba kerana
mereka sudah mula bertumbuk antara satu sama lain, yang menambah rasa paniknya
bila ada di antara mereka sudah berdarah tapi tidak diendahkan. Air matanya
sudah memula menitis.
“Afrina
awak cedera ke? Mereka ada apa-apakan awak, tak?” tanya Umar cemas, sebaik dia
tiba di sana.
Afrina
masih mengigil sambil memandang Umar dan semua sukarelawan yang lain berlari
menuju ke arah mereka. Dengan pantas Afrina memeluk Umar seerat mungkin. Umar
terkedu bila gadis itu menangis dalam pelukannya. Namun dia tidak menyentuh
walaupun seinci badan Afrina. Kerana mereka bukan muhrim.
“Kenapa
boleh jadi macam ni Afrina?” Soal Umar bila tangisan Afrina semakin reda. Dia
menghulurkan segelas air mineral untuk gadis itu.
“Saya
yang lempar makanan itu… saya tak tahu akan menjadi macam tu.” ujar Afrina
dalam esakan.
“Awak
tak boleh buat macam tu, Afrina! Walaupun awak anak datuk sekali pun! Dekat
sini kita semua sama sahaja!”
“Tahu!
Awak ingat kita ke sini nak melancong ke? Dah nama sukarelawan, buat cara
sukarelawanlah! Bukanya puteri asyik berkurung dalam khemah sahaja.”
Kata-kata
sindiran dari ahli-ahli lain membuatkan Afrina menangis lagi.
“Sudahlah
tu. Jangan bertengkar lagi.” Umar Fawwaz cuba meleraikan perasaan amarah mereka
yang asyik menyalahi gadis itu.
“Afrina
jangan amik hati dengan mereka, ya. Mereka cuma nak kita saling membantu sama
lain, lagipun esok dah mula puasa jadi banyak kerja yang harus kita lakukan.”
pujuk Umar setelah ahli yang lain keluar dari situ.
“Dan
satu lagi, jangan buat macam tadi. Ingat negara ini, negara kering kontang. Makanan
dan minuman sukar untuk diperolehi, tak heranlah kalau setiap hari penduduk di
sini akan meninggal dunia akibat kelaparan. Kalau kita ada sedikit air pun,
kita tak boleh bagi pada mereka. Kalau tak akan jadi macam tadi. Mereka sanggup
membunuh sesama sendiri semata-mata
untuk terus hidup. Saya harap Afrina mengerti akan situasi ini.” Suaranya lalu
meninggalkan Afrina yang masih dalam esakan.
Esok
seluruh umat Islam akan menunaikan ibadat puasa, Afrina sudah mula risau akan
hal itu. Tadi masa semua umat Islam sedang bersolat terawih dia seenak mungkin
duduk berkurung di khemah, tanpa rasa bersalah ataupun malu dengan saudara
seislam yang lain. Dia lebih risau memikirkan apa yang akan bakal terjadi esok
hari. Cukupkah makanan dan minuman untuk dia esok dan hari-hari berikutnya
sebelum pulang ke Malaysia.
“Afrina apa yang awak buat tu?” Soal Umar, tegas.
Afrina
yang sedang membawa tong yang beisi air berhenti lantas menoleh ke belakang,
dia terkejut bila melihat Umar Fawwaz.
“Nak
mandi.” Jawabnya cuba menahan perasaan takutnya.
“Awak
dah hilang akal ke, hah?” Suara Umar Fawwaz semakin meninggi.
“Air
tu untuk simpanan kita seminggu lagi, boleh awak nak buat mandi? Apa kena
dengan awak ni? Awak tak sedar ke kita dekat mana sekarang ni?”Jergah Umar
Fawwaz lagi.
“Saya
panas saya nak mandi! Sejak sampai kat sini saya tak pernah mandi, awak tahu
tak?” marah Afrina dalam gugup, kerana takut.
“Awak
jangan nak bertindak bodoh dan pentingkan diri sendiri! Kat luar sana sanggup
berdahaga kerana tak cukup bekalan air, awak senang-senang nak bazirkan! Awak
takde perikemanusiaan ke?”marah Umar lalu merampas tong dari tangan Afrina.
Umar
meletakkan tong itu di tempat asalnya. Dia terkejut bila melihat plastik
makanan bertaburan dan seperti baru dibuka. Lantas dia memalingkan badannya
menghadap Afrina semula. Kesabarannya sudah luntur untuk gadis itu.
“Afrina
jawab dengan jujur, awak ke yang makan
semua ni?”
Wajah Afrina sudah mula pucat dan peluh.
“Jawab
saya Afrina!”
“Ya!Ya!
Saya. Saya tak puasa! Puas hati?”
“
Ya, Allah! Apa nak kena dengan awak ni? awak….”
Belum
sempat Umar menghabiskan kata-katanya Afrina sudah mencelah.
“Saya
bukan macam kamu semua… saya Islam atas dasar nama je, bukannya umat Islam
sejati.” Suara Afrina dalam tangisan.
Umar
tercengang dengan luahan gadis di hadapannya itu. Akhirnya dia faham maksud
kata-kata ayah gadis itu sebelum mereka terbang ke mari. Harapan seorang ayah
untuk menyedarkan anak gadisnya.
Afrina
masih menangis, ketika itu juga mereka dikejutkan dengan suara tangisan yang
meraung-raung dengan kuat. Umar tergesa keluar dari khemah itu diekori oleh Afrina.
Mereka berdua terkejut bila melihat seorang kanak-kanak lelaki meraung-raung
sambil mengheret tangan ibunya yang sudah terkulai.
Anak
mata Afrina mengekori susuk tubuh Umar yang menuju ke arah kanak-kanak itu. Dia
melihat Umar bercakap dengan kanak-kanak itu dalam loghat bahasa mereka. Afrina
tertanya-tanya akan kejadian itu, dia mengatur langkah menghampiri kanak-kanak
itu. Dia memasuki celahan orang ramai untuk melihat dengan lebih jelas. Hatinya
tersentuh bila kanak-kanak itu mengoncang kuat bahu ibunya tetapi tiada
sebarang reaksi, tanpa disedari olehnya air mata kesedihan mengalir keluar.
“Cepat
panggilkan Ustaz Azmin, bersiap-siap untuk kafankan mayat.”
Umar
mula bersuara. Dia pantas bangkit dari situ dan menuju ke khemah. Afrina yang
berada di situ kaget dengan tindakan kelam kabut semua sukarelawan. Dia
dilanggar oleh salah seorang ahli sukarelawan. Badannya tergerak sedikit ke
belakang tatkala itu dia terlihat keadaan penduduk di situ. Dia betul-betul
terkejut melihat keadaan sekelilingnya. Ada yang terkulai lemah, ada juga yang
menolak kereta sorong untuk mendapatkan rawatan bagi seorang wanita yang sudah
uzur. Ada yang menyusukan anak. Semuanya sangat kurus dan tidak berzat. Seperti
mayat hidup.
“Mereka
semua…. aku baru nampak dengan mataku sendiri. Mereka cukup terseksa. Mereka mampu
bertahan untuk menjalani ibadat puasa hari ni, walaupun tak cukup makanan dan
minuman dan tambahan dengan cuaca panas membahang. Mereka betul-betul pelik.
Ah! Gila.”
“Mereka
tak gila. Mereka lakukan semua itu sebabnya mereka sedar yang mereka itu adalah
hamba Allah dan wajib ke atas mereka atau umat yang beragama Islam untuk
menjalani perintah Allah.”
Afrina
lantas menoleh ke belakang bila suara Umar kedengaran.
“Kita
semua nikan hamba Allah, jadi awak tak boleh cakap mereka gila. Malulah mengaku
umat Islam tapi tak patuh apa yang disuruh oleh Pencipta, tak gitu?” soal Umar Fawwaz
sebelum meneruskan bicaranya lagi. Afrina masih terdiam.
“Tengok
wanita tadi, dia sanggup bertahankan puasanya kerana hari ini memandang hari ni
hari pertama kita berpuasa, sampaikan tergadaikan nyawanya. Sebab apa? Sebabnya
dia yakin yang dia tu hamba Allah. Tapi tengok sekarang, masih ramai lagi manusia
tak sanggup buat macam tu. Cuba awak perhatikan mereka semua, walaupun keadaan
mereka macam ni mereka sanggup keluar bekerja dan meneruskan kehidupan mereka dengan
cuacanya lagi, dan bandingkan dengan kita yang sihat ini memang jauh berbeza,
kan? Kita sepatutnya bersyukur kerana lahir di Negara yang aman dan damai,
makanan mencukupi malah kita membazirkannya lagi.”
Afrina
memandang sekeliling kemudian dia tertunduk, dia betul-betul menyesal sekali.
Dia juga dapat merasakan kata-kata Umar seolah-olah dituju kepadanya. Air
matanya menitis lagi.
“Mereka
tahu mereka sedang diuji Allah dengan kehidupan seperti ini panas yang
mengbahang, kulit kering akibat teriknya cuaca, jika kita tengok keadaan mereka sangat azabkan. Tapi mereka
tetap bersabar kerana mereka yakin Allah menjanjikan sesuatu yang indah di
syurga nanti.” Lebih baik kita azab di dunia daripada mendapat azab di akhirat
nanti, yang kekal abadi.” Umar Fawwaz masih dengan nasihatnya.
“Saya
tak nak hidup macam ni, saya tak nak…” Afrina sudah teresak.
“Saya
faham kenapa papa awak, mahu awak ke sini. Dia mahu awak berubah Afrina. Masih
belum terlambat untuk awak berubah. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha
Pengampun.”
Air
mata Afrina semakin laju. Bahunya terhinjut-hinjut. Dia betul-betul insAf
dengan kejadian yang menimpa masyarakat sini sekaligus membuka pintu hatinya
untuk berubah. Dia tekad dia mahu berubah.
“Aku
tak mahu macam tu. Ya Allah ampunkan aku.”
“Afrina!
Afrina! Kamu tak ada apa-apa? Dahi kamu berpeluh. Kamu okey?”
Panggilan
dari mamanya mengejutkan dia dari terlena. Dia mengenyeh matanya lantas
menggelengkan kepala tanda dia tidak ada apa-apa. Afrina membetulkan kedudukannya sambil tersenyum
manis dan melentokkan kepalanya dibahu mamanya yang tercinta.
“Ah!
aku mimpi ini lagi rupanya.” Gumam Afrina dalam hati.
Mimpi tadi mengingatkan dia pada peristiwa 3
tahun yang lepas, pengalaman sebagai sukarelawan di Afrika telah mengubah
dirinya. Betullah seperti firman Allah dalam suruh yasin ayat 82 “Verily,
when He intends a thing, His command is, "Be", and it is!”
Dia yang
dahulunya sangat liat untuk bersolat mahupun berpuasa, mendedah aurat di sana
sini serta menjalani kehidupan semuanya berlandasakan budaya barat. Namun dengan
takdir Allah dia telah berubah dan benar-benar insaf bila melihat kehidupan
sebenar penduduk Afrika yang beragama Islam sanggup bermatian-matian untuk
teruskan hidup.
sambungan boleh dapati dalam versi cetakan ya :)