Inas termenung di balkoni
sambil menikmati muzik yang berkumandang di corong radio, sedang dia ralit mengelamun,
dia terganggu dengan satu suara yang agak sumbang sekali. Dia tercari-cari
gerangan empunya diri yang menyanyi lagu jiwang dengan begitu kuat sampai membingitkan
cuping kedua telinganya.
“Sewel ke apa mamat
ni? Menyanyi pagi-pagi buta, kuat pulak tu!” bebel Inas, geram bila melihat
seorang lelaki sebelah rumahnya sedang memetik sebuah gitar.
“Inas!”
Kedengaran suara Mak
Jah dari dapur memanggil anak dara bongsunya itu.
“Ada apa mak? Pagi-pagi
dah memekik, orang tak pekak lagi, tahu!” usik Inas sebaik kakinya melangkah
masuk ke dapur.
“Ini haa…. tolong mak
pergi hantar tepung bungkus kat rumah mak cik Nab kamu,” perintah Mak Jah
dengan suara yang masih memekakkan telinga.
“Baiknya mak, nak
hantar kuih segala, ke ada udang di sebalik mee ni?” usik Inas lagi dengan
keningnya diangkat-angkat. Ketika dia mahu mengambil kuih di dalam bekas yang
sedia di atas meja, tangannya ditampar lembut oleh ibunya.
“Ish, budak ni, nak makan pergi amik dalam
periuk sana! ini yang mak cik Nab punya,” marah Mak Jah
“Aduh sakit mak!” Inas
mengaduh sambil mengosok lembut tangannya.
“Pergilah, mereka dah
banyak tolong kita Inas, sejak kita berpindah ke sini keluarga dia tak
putus-putus hulurkan bantuan. Kat siapa lagi kita nak mintak tolong kalau bukan
dengan jiran sendiri, tambah-tambah ayah kau dah tak de, jadi kita kena
balas bak kata orang-orang dahulu orang..
orang berbudi kita
berbahasa orang memberi kita merasa,” celah Inas sambil tersengih.
“Budak nii…” marah Mak
Jah lalu memcubit bahu anaknya.
“Sakit mak!” jerit Inas
tak sempat mengelak. Mak Jah menambah
satu lagi cubit dipehanya pula.
“Okeylah- okeylah, Inas
pergi ni.” Akhirnya Inas mengalah.
“Assalamualaikum
orang rumah. Assalamualaikum tak de orang ke? Eh, pintu pagar tak berkunci ni,
apa lagi Inas masuk jelah.”
Tatkala Inas membuka
pintu pagar dia terkejut bila melihat ada seorang lelaki di kerusi batu sedang
membelai sebuah gitar.
“Awak pekak ke? Orang
bagi salam bukan nak jawab. Berdosa tahu, tak jawab salam orang.”
“Eh! Jap bukan ke
lelaki yang aku tengok tadi? Tapi siapa dia ni, hah? Setahu aku mak cik Nab
cuba ada anak lelaki sorang je, abang Uzir. Habis siapa dia ni hah?”
Sedang Inas membebel
seorang diri, tiba-tiba lelaki itu menghampiri dirinya. Inas tersentap dengan
kemunculan lelaki itu tiba-tiba. Dia cuba mengukir senyuman manis untuk lelaki
itu lalu menghulurkan bekas yang berisi tepung bungkus kepada lelaki itu.
“Mak bagi, nanti kasi
dekat mak cik Nab, ya.”
Bekas itu tidak
bersambut, Inas geram kerana lelaki hanya menatap wajahnya
tidak berkelip.
“Dia ni tak betul ke,
apa? Lantaklah baik aku blah sebelum jadi apa-apa? Tengok muka mamat ni
pun dah menyeramkan aku,” gerutu Inas.
Setelah meletakkan
bekas itu di meja batu ,Inas mengatur langkah untuk pulang ke rumahnya tanda di
duga olehnya kakinya tersepak batu dan mahu tumbang namun tubuhnya sempat
disambar lelaki itu dari tersungkur.
“Terima kasih,” ujar Inas
sambil membetulkan posisinya.
Dengan serta merta lelaki itu bertindak
agresif, dia memeluk Inas seerat mungkin. Inas tersentak lalu bergelut untuk
membebaskan dirinya, lelaki tadi tidak melepaskan pelukan itu. Inas semakin
panik, yang paling mengejutkan Inas lelaki itu telah mengucup bibirnya dengan
rakus. Inas menutup rapat bibirnya dia tak sanggup melepaskan ciuman pertamanya
kepada orang ajnabi. Dengan segala kekuatan yang ada padanya, Inas menolak
kasar tubuh sasa itu lantas menampar kuat wajah yang penuh dengan jambang itu.
“Kurang ajar! Kau ni
gila ke apa, hah?” marah Inas dengan mata merah menyala. Lelaki itu hanya
ketawa lalu berlalu memasuki rumahnya. Air mata Inas berlinangan dengan
perasaan marah dia berlari menuju ke rumahnya di sebelah.
“Bodoh!bodoh!sengal!sewel!gila!
Aku benci mamat tu sampai kapan pun,” bentak Inas sendiri lalu meyembam mukanya
ke bantal dengan tangisan yang masih berbaki.
“Ya Allah Inas kau ni,
kenapa? Dah bagi kuih pada mak Nab ke?” soal Mak Jah bila memasuki kamar
anaknya.
“Dah! Mak ni, bukan
nak tanya keadaan Inas, tentang kuih mak je, yang mak tahu. Perasaan hati anak
mak mak tak peduli!”
“Yang kau menangis
ini kenapa?”
“Baru nak tanya?
Mamat gila kat rumah mak Nab yang buat,” adu Inas geram.
“Uwais ada apa-apa
kan kau, ke?” tanya Mak Jah cemas
“Uwais? Siapa tu
mak?” soal Inas kembali.
“Uwais anak sulung
mak Nab yang baru balik dari Amerika, mak Nab cakap dia mental sikit sebab
kematian isteri dan anak, dia sangat sayangkan isteri dan anaknya sebab tu jadi
macam tu? Dulu budak tu baik orang, bijak pulak tu. Kerja pun elok, tapi sayang
otaknya ada mental sikit sebab terlalu sayangkan isterinya, tulah lain kali
kalau nak sayang seseorang tu jangan melebih,” cerita mak Jah diselit dengan
nasihat kepada anak gadisnya itu.
“Patutlah aku bagi
salam dia tak jawab, sewel rupanya,” suara Inas sendiri.
“Dia ada buat apa-apa
kat kau, ke Inas? jangan dimain budak tu!”
Inas tersentap,
fikirannya diwayangkan pada kejadian yang menimpa diri. Dia berkira-kira samada
mahu memberitahu hal sebenarnya atau tidak pada maknya itu.
“Er.. tak, dia tak
ganggu Inas pun,” bohong Inas.
“Yang kau maki hamun
tadi, siapa?” duga mak Jah.
Inas tersengih
sumbing, Mak Jah mencebik lalu keluar dari bilik tidur anak bongsunya itu.
“MAMA MANA PISAU?
UWAIS NAK MAKAN COLEK MANGGA PUTIK.”
Suara anak lelaki
sulung mak Nab mengejut mereka bertiga di dapur.
“Tak payah nak ngada,
biar mama yang kupaskan nanti. Uwais bukan boleh percaya sangat, nak kupas buah
konon! tengok-tengok kelar tangan sendiri nanti,” bebel mak cik Nab pada
anaknya.
Inas memandang lelaki
sewel yang bernama Uwais itu berlalu dari situ setelah dimarahi oleh ibunya
sendiri. Terselit rasa kasihan terbit dari pangkal jantungnya.
“Tak pe mak Nab,
biar Inas tolong kupaskan untuk abang Uwais, mak dan mak Nab masaklah, nanti
tak sempat nak hantar gulai dekat masjid nanti,” pelawa Inas lalu berlalu dari
situ.
Inas menghampiri
lelaki yang pernah meninggalkan sejarah hitam buat dirinya seminggu yang lepas,
dia mengeluh sebelum duduk menghadap lelaki yang bernama Uwais itu.
“Abang Uwais nak Inas
kupaskan mangga, tu?” soal Inas dengan suara sedikit gemuruh.
Uwais memandang
sekilas pada Inas, kemudian dia mengambil sebiji mangga putik dan dihulurkan
pada Inas. Inas menyambut buah itu dengan sedikit gemuruh di dada, lalu
mengupasnya.
“Nah!” Inas
menghulurkan pinggan yang berisi kepingan mangga pada Uwais.
“Aku tak nak makan
macam tu! Aku nak makan dengan coleknya sekali!” suara Uwais dibuat-buat tegas.
“Uh! Ngada betul
mamat sewel ni?” gerutu Inas lalu bangkit.
Uwais
tersengih-sengih bila melihat Inas datang kembali sambil membawa sepiring kicap
yang bercampur gula pasir, sedikit garam dengan memek muka yang menyampah.
Sebaik sahaja piring itu diletak dihadapannya Uwais sudah bertepuk tangan
seperti kanak-kanak dapat coklat.
“Memang sewel dan
sengal mamat ni,” kutuk Inas lagi dalam hati.
“Cepat buka mulut?”
Suara Uwais
membuatkan Inas pantas mendongak ke memandang Uwais, Uwais menyuakan sepotong
mangga yang sudah dicicah dengan colek ke arah mulut Inas. Sebaik sahaja Inas
mahu membuka mulut Uwais cepat-cepat memasukkan mangga itu ke dalam mulutnya
sendiri lalu ketawa terbahak-bahak.
“Sewel punya mamat!
Berani dia mempermainkan aku? Tak guna betul!” marah Inas, perlahan.
“Maaf-maaf..kali ni betul,
cepatlah buka mulut tu?” ujar Uwais sekali lagi sebaik tawa reda.
Sekali lagi dia
menyuakan potongan mangga pada Inas. Dan sekali lagilah Inas tertipu, gelak
tawa Uwais semakin kuat menimbulkan kegeraman dalam diri Inas.
“Sewel!” marah Inas
lalu meninggal Uwais yang masih dengan tawanya.
Petang esoknya Uwais
membawa setangkai buah mangga ke rumah Inas, bila salamnya tidak bersahut dia
terus menerpa masuk memandangkan pintu itu tidak berkunci. Uwais
tertinjau-tinjau mencari kelibat Mak Jah dan Inas namun tidak ketemui, bila bola
matanya dilarikan ke arah kerusi panjang bibirnya mengukir senyuman yang
melirik. Uwais menatap lama wajah ayu yang sedang lena dibuai mimpi, lalu dia
menundukkan tubuhnya sebuah ciuman
dihadiahkan kepada gadis itu kemudian dia keluar dari rumah itu bila Inas memberi
reaksi seakan-akan mahu sedarkan diri.
“ AIR PASANG PAGI SURUT PUKUL LIMA, INAS
BANGUN PAGI SIRAM POKOK BUNGA, POKOK BUNGA ROS TANAM TEPI RUMAH, MAK JAH
MENGAMUK INAS BUAT BODOH.”
Inas menyanyi riang
ketika menyiram pokok-pokok bunga kepunyaan ibunya, sedang dia menyanyi
tiba-tiba dia disergah oleh Uwais dari arah belakang. Inas terkejut lantas
menoleh dan menyiram Uwais.
“Ya, Allah abang Uwais,
jangan nak buat gila dengan Inas boleh tak?!” marah Inas sambil melurut
dadanya.
Uwais ketawa
terbahak-bahak. Lalu merampas wayar paip dari tangan Inas terus menyiram Inas, Inas
sudah terpekik marah. Kekecohan yang berlaku di antara mereka mengundang
kedatangan Mak Jah dari dalam.
“Ya Allah Inas, mak
suruh kamu siram bukannya…. Eh! Uwais kamu pun ada sekali?”
“Mak tengok abang Uwais
ni.. dia ganggu Inas,” adu Inas sambil merengek manja.
“Tak delah mak cik, Uwais
cuma nak sapa Inas, tapi dia balas dengan jirus air pada Uwais.”
Uwais berbohong namun
dihatinya senang bila melihat riak muka Inas sudah berubah merah menahan marah
padanya. Dia suka bila melihat muka Inas berubah macam itu.
“Korang berdua ni,
macam budak-budak,” bebel Mak Jah berlalu masuk ke dalam semula.
“Abang ni, dah lah
sewel lepas tu sengal pulak!” bidas Inas lalu mahu mengatur langkah untuk
memasuki rumah, belum sempat dia melangkah
dengan pantas Uwais mencengkam lengan Inas. Inas tersentap, perasaan
takut mula menjalar dalam dirinya memandangkan Uwais seorang yang sakit jiwa
sekarang.
Wajah Uwais semakin
menghampiri wajah Inas dengan renungan yang cukup mencurigakan dengan serta
merta Inas memejamkan matanya serapat yang mungkin. Saat itulah Uwais ketawa
dengan begitu kuat sekali lalu meninggalkan Inas yang sudah naik geram.
“Memang dasar sewel,
gila dan bengap punya laki!” sumpah Inas geram.
“Tapikan setiap kali
aku tengok gelak tawanya, hatiku turut tergelak sama.. ah! Inas jangan kau
turut tergila bayang kat lelaki sewel tu sudah.”
Semakin hari persahabatan
antara Inas dan Uwais yang sewel itu semakin erat dan Inas semakin senang
dengan kesewelan Uwais itu, setiap kali mereka bersama pasti tidak kering gusi Inas.
~~~~~~~~~~~~~
UWAIS TAK BOLEH
TERIMA MAMA! BIAR UWAIS MATI SAMA!
“Uwais tak sanggup nak terima! kenapa dia buat
Uwais macam tu? Uwais sayang dia lebih dari nyawa Uwais sendiri mama…”
Uwais mengamuk,
penyakit jiwa kembali lagi, mak cik Nab turut menangis sama dia memeluk erat
tubuh sasa anaknya itu agar bertenang namun tenaga seorang perempuan tidak
mampu menghalang amukan anaknya itu.
“Mak Nab kenapa tu,
mak ?” soal Inas sebaik meluru turun dari biliknya untuk mendapatkan Mak Jah di
dapur.
“Entahlah, Mak rasa Uwais
mengamuk lagi.”
“Mengamuk..” suara Inas
perlahan selepas itu dia menarik tangan Mak Jah dan berlari untuk ke rumah
sebelah.
Uwais yang sudah
duduk terus bangkit dia mengambil pasu bunga lalu dilempar. Pasu yang dilempar Uwais
nyaris-nyaris mengena Inas. Inas yang terkejut terus melaung memanggil nama Uwais.
“Abang Uwais!!”
Uwais tersentap, anak
matanya tepat menikam wajah Inas yang sudah mengigil itu serta merta dia
berlari keluar meninggalkan rumah itu, semasa Uwais melewati Mak Jah dan Inas
dia terlanggar badan kecil Inas menyebabkan imbangan badannya Inas bergerak
kebelakang.
“Inas kamu tak de
apa-apa ke ?” soal mak cik Nab sampai menyapu air.
Inas mengeleng
menandakan dia baik-baik sahaja.
“Kenapa Nab? Apa yang
tak kena dengan Uwais tu?” soal Mak Jah cuba menenangkan jirannya itu.
“Saya pun tak tahu
kenapa kak Jah, balik dari kubur isteri dan anaknya dia terus mengamuk, abang
Hab pun masih di Kelantan dengan Uzir, saya risaulah kak Jah,” adu mak cik Nab
dengan tangisannya yang masih berbaki itu.
Inas kaku dan
terkejut, hatinya juga cukup sedih bila pertama kali melihat Uwais mengamuk
sakan sepanjang perkenalan mereka.
Dalam perjalanan
pulang dari kedai, Inas melewati danau untuk pulang ke rumahnya, pertengahan
jalan dia ternampak susuk tubuh seorang lelaki yang dia kenali sedang termenung
jauh.
“Abang Uwais…..”
panggil Inas
Uwais hanya
mengerling sekilas kemudian kembali menghadap air yang tenang dihadapannya itu.
“Abang jomlah kita
pulang, mak Nab duk risau tentang abang?” Inas memujuk Uwais bila panggilannya
tidak diendahkan.
“Kau masih nak berkawan
dengan aku?”
Inas terkejut bila Uwais
mula ber ‘kau aku’.
“Aku kan gila! Pergi
kau dari sini! Sebelum aku apa-apakan?!”
“Tak! abang tak gila!”
Bentak Inas
“Habis kalau tak gila
,apa dia?” soal Uwais kasar.
“Abang tak gila,
abang cuma sewel… dan satu lagi sengal,” ujar Inas masih dalam keadaan geram.
Uwais pantas
memalingkan mukanya menghadap Inas, lama dia menatap sebelum bersuara.
“Bukan ke, sewel dan
gila maksud yang sama?”
“Tak!” jawab Inas
laju.
“Gila tu memang dah
terlalu teruk tapi sewel masih dalam peringkat waras lagi lah,” sambung Inas.
“Apa yang Inas
mengarut ni?” marah Uwais bila terasa dirinya dipermainkan.
“Yeay! Akhirnya abang
sudi bercakap dan pandang Inas.” Inas bersorak seperti kanak-kanak ribena.
“Budak-budak,” marah
Uwais bengang.
“Tengok-tengok abang Uwais
dah kembali. Seronoknya…”
“Inas abang serius
ni? Ni masih nak kawan dengan abang ke tak?” tanya Uwais tegas.
“Sejak bila abang
pandai serius ni?” usik Inas lagi, sambil tersengih sumbing.
“Mestilah nak!
Asalkan abang tak buat perkara mula-mula yang abang buat pada Inas, masa kali
pertama kita berkenalan, ya? Sebab kita belum mahram lagi tahu,” suara
menekankan sedikit pada ayat akhirnya.
Hati Uwais berdebar
kencang bila perkataan kita belum mahram lagi meniti dibibir nipis Inas, dia
mengagak Inas menyukai dirinya yang gila ini.
“Abang!”
Sergahan Inas
mengejutkan Uwais. Dia menjungkit keningkan sebelah
“Wah! abang nampak
kacak tanpa sehelai jambang di muka, mesti abang lakukan semua ini disebabkan Inas
kan? Tak sangka ya, abang ikut cakap Inas, ‘kalau abang cukur jambang mesti abang
bertambah kacak’, haa sekarang memang terbukti, abang memang kacak.”
Inas berjeda seketika, dia tidak menyedari
kata-katanya menyebabkan Uwais salah sangka perasaan Inas padanya.
INAS PERGILAH JUMPA
UZIR KAT DEPAN SANA?” Suara mak cik Nab yang sedang sibuk memasak hidang untuk
majlis kesyukuran malam nanti, sempena Uzir dapat bertukar ke negeri asalnya,
Perak.
“Seganlah mak Nab,”
ujar Inas tersengih malu.
“Amboi, dah pandai
nak malu-malu dengan abang, ya? 3 tahun lepas tak malu pula,” usik Uzir bila
tiba di dapur.
Dia yang baru sampai
pagi tadi dari Kelantan, kelihatan agak keletihan. 5 tahun bekerja di Pantai
Timur akhirnya dia berjaya menukar balik ke Perak. Salah satu kenapa dia mahu
kembali ke negeri asalnya adalah kerana Inas, dia mengenali Inas sejak 3 tahun
yang lepas sejak Inas berpindah di sebelah rumahnya. Dan sejak itu perasaan
cintanya terpendam di sudut hatinya.
“Mak Jah, Uzir nak
curi Inas sejak boleh tak?”
“Aih! Nak curi kena
masuk meminanglah dulu, ya?”
Usikan dari Mak Jah
menimbulkan gelak tawa mereka yang berada di dapur, Inas membuat muka kerana bengang
dengan usikkan ibunya.
“Amboi orang tu,
sombong sekarang.. sms pun tak apatah lagi nak call. Maklumlah
dah dapat segulung ijazahkan?” perli Uzir bila mereka jauh dari orang ramai.
“Eleh.. kata kita, yang orang tu busy
memanjang tak sedar? Raya tahun lepas pun tak balik rumah, asyik raya kat
hospital je kerja orang tu, tak gitu Dr. Uzir,” bidas Inas balik. Mereka saling
sindir menyindir sambil ketawa.
“Inas… sudi tak Inas
jadi isteri abang, hujung tahun nanti,” pinta Uzir bila tawanya reda.
Mata Inas membulat,
tawanya serta merta terhenti, dia meneguk airnya berkali-kali terkejut dengan
luahan hati Uzir yang tiba-tiba itu. Belum sempat Inas mahu membalas
kata-katanya, tangan kanannya disentap kuat oleh Uwais. Uwais menarik Inas
kasar lalu membawa gadis itu memasuki kamarnya lantas dia mengunci diri mereka dari
dalam. Dia menarik dan menghempas Inas ke katilnya. Tercegang Inas buat
seketika.
“Kenapa kau buat aku
macam ni, Inas? Perempuan memang sama. Tak reti nak harga sebuah cinta!” herdik
Uwais dengan mata merah menyala.
“Kau memang tak guna!
Aku menyintai kau setulus hati aku, kekayaan aku tabur ke atas kau sorang dan
zuriat dalam perut kau, aku bagi. Apa yang tak cukup untuk kau? Cakap!” sambung
Uwais lagi, suaranya bergema seluruh bilik.
“Abang Uwais kenapa
ni? Inas tak faham ?” soal Inas dalam nada gugup.
“Uwais! Buka pintu
ini sayang! Jangan apa-apakan si Inas tu.”
“Abang Uwais buka
pintu nii!”
Laungan mama dan papa
serta Uzir adiknya dari luar tidak diendahkan. Dia betul-betul terpukul bila
melihat Uzir dan Inas mesra bergurau senda tadi. Jadi dia mengambil keputusan
untuk mengheret Inas memasuki kamarnya, dia tak sanggup melihat gadis itu
bermesra dengan orang lain selain dia.
“Aku sayang kau! Aku
benci kau! Kau sanggup menduakan aku ketika kau hamilkan zuriat aku! Kenapa?”
“Abangg!” Pekik Inas
lalu menghadiahkan satu tampar pada Uwais.
Uwais bagaikan
tersedar. Dia merengus kasar lalu menuju ke laci mejanya. Dia mencari sesuatu
dari situ, kemudian dia kembali menghadap Inas sambil melemparkan beberapa
keping gambar di atas katil, Inas mengutip gamabr-gambar tersebut dan menatap
seketika, dahinya berkerut-kerut matanya dipanggung mencari anak mata Uwais
yang sudah merah berair.
“Itu isteri abang, abang
balik ke Malaysia untuk melupakan segala bayangan dia di sana, tapi bila abang
terpandang Inas buat kali pertama, abang dapat lihat bayangan dia dalam diri Inas,
bila abang semakin rapat Inas semakin banyak ciri-ciri dia yang ada pada Inas.
Macamana abang nak pulih, setiap kali terpandang Inas hati abang berdegup
kencang, sampaikan abang tak boleh nak kawal nafsu abang. Abang sanggup pikul
dosa abang sebab telah menyentuh dan mencium Inas sebanyak dua kali yang tidak
halal dari abang.”
Uwais berjeda
seketika dengan suara yang sudah berubah nada. Manakala Inas sudah menekup
mulutnya. Tidak percaya yang bibirnya sudah dua kali dinodai.
“Dua kali abang?
Bila?”
“Masa Inas tidur di
kerusi panjang rumah Inas. Dah lah Inas abang sedar yang abang ni gila dan tak
mungkin Inas akan terima cinta dari abang yang gila inikan? Inas keluarlah.
Maafkan abang sebab buat Inas macam ni, Inas tak bersalah yang bersalah isteri
abang, dia dijumpai mati kemalangan bersama dengan bekas kekasihnya. Abang tak
dapat terima semuanya itu, tapi berkenalan dengan Inas membuatkan hati abang
berbunga lagi. Dan abang tak boleh terus heret Inas dalam hal ini,” sambung Uwais
lagi.
“Kenapa abang cakap
macam tu? Inas tak tahu diri Inas buat abang terbayang-bayangkan isteri abang. Inas..
Inas nak bantu abang. Lagipun Inas dah mula sayangkan abang, dan abang boleh
bezakan diri Inas dan arwah isteri abangkan? Berilah peluang untuk Inas rawat
abang.”
“Dah lah! Aku tak
perlukan kau untuk aku pulih! Kau keluar sekarang! Uzir sedang tunggu kau, baik
kau pergi!”
“Inas tak nak!”
bentak Inas. Dia masih berdegil dia memakukan duduknya di katil Uwais.
Uwais bengang lantas
dia menghampiri gadis itu dan menarik tangan Inas lalu membuka pintu kamarnya,
dia menolak Inas keluar dari biliknya. Ketika badan Inas dilambung Uwais namun
Inas sempat mendarat dalam pelukan Uzir.
“Inas, awak tak de
apa-apa?” tanya Uzir nyata terkejut.
Mak Jah serta yang
lain menggosok belakang Inas yang sudah teresak-esak itu. Uzir naik angin bila
gadis yang disayanginya itu telah diapa-apakan oleh abang kandungnya yang gila
itu dengan amarah di dada dia meluru masuk kamar Uwais lantas menghadiahkan
satu tumbukan pada wajah abangnya itu.
“Abang dah gila!
jangan menambah kegilaan abang tu pada Inas! Dah gila buat cara gilalah!” marah
Uzir dan satu lagi tumbukan kena pada bibir Uwais.
Uwais terjatuh dan yang paling parah bibirnya sudah
berdarah. Dia tidak membalas sedikit pun tumbukan adiknya itu, dia lebih suka
memakukan dirinya dari membalas serangan. Inas bertambah sedih bila melihat Uwais
ditumbuk berkali-kali, dia tak sanggup untuk melihatnya lalu dia berlari
meninggalkan rumah itu.
UWAIS, UZIR, UWAIS,
UZIR, UWAIS, UZIR, UWAIS…. Inas membilang sambil memejamkan matanya.
“Hah! abang Uwais
lagi…” ujar Inas bila matanya dicelikkan kembali.
Inas yang tiada kerja
lain asyik membuat perkara yang sama sejak tiga hari yang lalu, iaitu mencabut
kelopak bunga ros yang dipetik di halamannya dan tiga hari bertutur-tutur nama Uwais juga yang akan muncul berbanding Uzir.
“Kenapa ni? Adakah
aku dah turut gila kerana tergilakan senyumannya yang sewel itu? Ahh!!
Macammana ni?”
Kepala otak Inas
sudah berserabut memikirkan perasaannya sedang dia memeningkan kepalanya,
cuping telinganya sempat menangkap suara tangisan mak cik Nab dan suara abang
Uwais terpekik, di sebelah rumah dengan pantas dia berkejar ke sana.
“Kenapa ni mak Nab?
Pak Wahab?” soal Inas sebaik saja tiba di hadapan mak cik Nab yang masih lagi
mengesak.
Pak Cik Wahab memandang
Inas tanpa sebarang riak, mulutnya terkumat kamit ingin memberitahu sesuatu
namun seperti ada sesuatu yang tersekat dikerongkongnya. Mereka dikejutkan
dengan suara Uzir memarahi abangnya yang semakin menghampiri mereka.
“Kalau abang asyik
macam ni, menyusahkan mama dan papa! Lebih baik abang masuk hospital sakit!”
Uzir mengheret kasar Uwais.
Uwais masih lagi terpekik melolong, penyakit gila semakin parah.
“Abang Uzir! cukuplah
tu abang! sanggup abang buat abang
kandung abang sendiri macam orang gila?”
Uzir tercengang bila Inas
memarahi dirinya malah membela abangnya yang gila itu.
“Inas, pak cik dan
mak cik sudah tak tahu cara untuk menyembuhkan Uwais lagi, jadi Uzir cadangkan
kami supaya Uwais dibawakan ke hospital jiwa. Kami takut kalau kejadian yang
menimpa Inas akan terjadi lagi,” suara Mak cik Nab dalam tangisan.
“Pak cik, mak cik,
bukan begitu nak rawat abang Uwais, sepatutnya kita menyokongnya dia bukannya
hantar ke tempat macam tu?” suara Inas syahdu.
Uwais sudah berhenti
dari amukkannya, serentak itu dia melangkah laju dan terus membolos memasuki
kereta adiknya. Mereka berempat terpinga-pinga dengan tindakan tiba-tiba dari Uwais
itu.
“Uzir, jom!” suara Uwais
tegas sebelum menghempas kuat pintu kereta.
Belum sempat Uzir
memasuki keretanya, Inas terlebih dahulu membuka pintu kereta di tempat duduk Uwais.
“Abang Uwais memang
nak sangat pergi ke sana, ke?” marah Inas tapi masih dalam terkawal.
Uwais hanya
membatukan diri, Inas semakin bengang. Dia tarik lengan Uwais agar keluar dari
perut kereta, Uwais tetap mengeraskan tubuhnya.
“Kenapa dengan abang
ni?!” bentak Inas.
“Kalau abang terus
macam ni, macamana abang nak sembuh! Kalau abang masih berdegil nak terus sewel
dan sengal seorang diri, Inas tak kesah abang… tapi dengan kesewelan dan
kesengalan abang tu, Inas turut tempias sama tahu tak?! Inas perlu abang untuk
meceriakan hidup Inas, Inas perlukan abang untuk mewarnai hari-hari Inas…” Inas
sudah tersedu-sedu.
“Inas….”
Seru Uzir nyata
terkejut mendengar penjelasan dari mulut Inas, dia tidak menyangka gadis itu
lebih menyintai abangnya yang sewel itu berbanding dirinya.
“Maafkan Inas, abang Uzir,
Inas tak mampu untuk menipu hati Inas sendiri, Abang Uwais sangat penting buat…”
Belum sempat Inas
menghabiskan bicarnya, Uwais mencantas laju.
“Abangkan gila, abang
tak layak untuk Inas, Uzir lebih sepadan dengan Inas, lepaskan abang, Inas.”
“Inas pernah bagitahu
abangkan sebelum ni?! Abang tak gila! Tak gila! abang cuma sewel sikit je… Inas
tak kira! Abang tak boleh nak halang Inas dari menyukai abang. Sampai hati
abang ya, selepas abang buat Inas tergilakan abang, abang terus tinggalkan Inas.
Kalau abang tak suka kan Inas, Inas… Inas tak kesah suara Inas dari nada keras
semakin mengendur, dia cukup sedih bila Uwais tidak memandangnya langsung.
“Tak pelah
abang, Inas doakan abang bahagia,” ujar Inas seraya melepaskan gengamannya. Dia
berundur setapak kebelakang dan sempat menoleh semula ke arah Uwais yang masih
membatu.
“Maafkan Inas mak
cik.. Inas tak dapat menolong merealisasikan impian mak cik dan mak untuk
menyatukan Inas dan abang Uzir. Inas tak nak kahwin dengan sesiapa kecuali
abang Uwais, Inas pergi dulu mak cik,” suara Inas sebak lalu dia berlari dari
perkarangan rumah itu.
Mak
cik Nab sudah menangis dalam pelukan suaminya pak cik Wahab, Uzir masih membisu
akibat terkilan cintanya ditolak manakala Uwais sudah menitis air mata
jantannya. Tidak terniat dihatinya untuk melukakan hati gadis yang bernama Inas itu.
SETAHUN SUDAH
BERLALU, Inas membawa diri ke Kuala Lumpur untuk merawat hatinya yang cukup
terluka, memandang dia mendapat tawaran kerja di salah sebuah syarikat yang
terkemuka di sana sebagai pereka dalaman (ID). Dia akan pulang ke Perak, bila ada
masa terluang, memandang kakaknya sekarang tinggal dengan mak mereka di
kampung. Baginya dia lebih baik berjauhan dengan Uwais dari terus menatap
lelaki itu membuat hatinya terluka.
“Inas, sekejap lagi
arkitek dari Syarikat Bayu Indah akan datang berjumpa dengan kamu, bincang
tentang projek kita dekat Kedah sana.”
“Baiklah bos.”
mendatar sahaja suara Inas.
“Ingat Inas! jam 1
nanti!” laung majikan Inas sebelum melangkah masuk ke pejabatnya.
Inas hanya mengeluh
kecil. Arahan majikan wajib dipatuh, inilah perlu dilakukan bila bekerja
dibawah orang.
“Assalamualaikum cik Inas
Harliana….”
“Wa’alaikumussalam,”
balas Inas, dia yang sedang khusyuk meneliti setiap dekoran di majalah lantas
mendongkat bila namanya diseru oleh seseorang.
Bila melihat seorang
lelaki yang berdiri di hadapannya Inas serentak bangkit dari duduknya. Dia
bagaikan tidak percaya bila melihat lelaki yang pernah menolak cintanya
tersenyum manis padanya.
“Abang Uwais?”
Inas masih tidak percaya, kerana Uwais yang
pernah dia kenali dulu jauh berbeza dengan Uwais yang berada di hadapanya kini,
segak mengenakan pakaian formal pejabat, wajahnya sudah licin dari dinodai
sebarang jambang mahupun misai jangut. Penampilan Uwais kali betul-betul
menggoda hati wanitanya.
Uwais hanya
mengangguk perlahan.
“Sudah lama tidak berjumpakan?
Inas nampak semakin berisi dan semakin cantik,” suara Uwais seraya melabuhkan
duduknya.
Inas hanya tersipu
malu, lama tidak bergurau dengan lelaki itu membuatkan dirinya sedikit kekok.
Jantungnya yang dahulu pernah berdegup kerana lelaki ini, sekali berdegup
kencang pada orang yang sama.
“Inas tak sangka,
abang rupanya arkitek dari Syarikat Bayu Indah tu,” suara Inas bila
masing-masing siap berbincang.
“Aah, tapi baru je
kerja dekat situ. Abang sangat gembira bila dapat tahu yang abang akan berganding dengan Inas untuk
menguruskan projek ini,” balas Uwais teruja.
“Abang jahat….”
“Siapa suruh lari?
Kan dah dapat dikejar,” perli Uwais
“Abang yang mulakan
dulu! Kalau abang tak tolak Inas dulu, Inas takkan datang ke sini tahu?!”
bentak Inas namun suara masih lagi terkawal.
Uwais hanya tersenyum
lembut sebelum bersuara.
“Cik Inas Harliana
sudi ke menjadi isteri Uwais Irfan yang pernah gila dulu…”
Mulut Inas terlopong
bila Uwais sudah mengeluarkan kata-kata keramat itu namun dia tidak mempercayai
kerana dia tidak mahu terluka lagi.
“Lepas Inas pergi,
hidup abang betul-betul kosong. Ketika itu baru abang sedar, abang perlukan Inas
untuk melengkapi hidup abang. Abang tekad tidak mahu terus hidup dengan dunia
abang sendiri, abang cuba untuk membangunkan diri abang dengan apply
kerja berdasarkan ijazah yang abang dapat dan pengalaman kerja yang abang
perolehi di Amerika dulu, alhamduillah ianya berhasil sekaligus dapat menemukan
jodoh abang di sini.”
Uwais berjeda
seketika cuba memujuk hati Inas.
“Macamana Inas, sudi
tak?” ujarnya tegas, dia betul-betul berharap agar lamarannya tidak di tolak.
“Abang jangan nak
buat gila dekat sini, boleh tak?!” marah Inas lalu mahu bangkit dari situ,
namun tidak menjadi Uwais pantas menyentap tangannya
“Abang pernah gila Inas,
dan kali ni, abang akan terus gila bila Inas tolak lamaran abang,” ujar Uwais
sayu.
“Abang! Inaskan
pernah cakapkan? abang tak gila! cuma sewel dan sengal je!” bulat mata Inas
memarahi Uwais, kerana selalu menyebut dirinya gila.
“Jadi kiranya Inas
setujulah, ye?” Uwais memberi jawapannya sendiri.
Inas terkedu sendiri,
mulutnya terkumat-kamit mahu berkata sesuatu, saat itu juga Uwais mengeluarkan
sebentuk cincin emas dari koceknya dan menyarungkan ke jari manis Inas, Inas
nyata terkejut.
“Abang si mamat sewel
dan sengal!” hanya itu yang terpancul keluar dari mulut Inas.
“Mamat sewel dan
sengal ini jugalah yang membuat Inas larikan diri dan turut tersewel sama kan?”
usik Uwais tersenyum menggoda.
Meletus tawa Inas
bila Uwais mengusiknya begitu, dia rasa kebahagian menunggunya, hati kecilnya
berdoa agar perhubungan mereka kekal bersama walaupun dengan bekas pesakit
jiwa.