Petang
yang damai dan tenang itu, sengaja aku habis masa
dengan menyajikan pandanganku melihat gelagat-gelagat anak-anak terbiar
berhibur sesama sendiri, bersorak ria bergelak ketawa tanpa menghiraukan
masyarakat sekeliling, yang sentiasa memandang hina terhadap kami. Pada mata
kaca mereka, kami ini ibarat sampah masyarakat membazirkan kehidupan waktu
dengan aktiviti liar yang tidak berguna. Mencuri, merompak, sudah jadi lumrah kehidupan
seperti kami. Di kawasan Lorong Pesta yang
terletak di negeri Selangor agak
terkenal dengan kawasan anak-anak terbiar. Walaupun kehidupan kami
seperti itu tapi hubungan sesama kami agak rapat. Segala hal kami akan dilakukan
bersama-sama. Kadang-kadang aku merasakan agak menyampah dan bosan dengan kehidupan seperti ini. Aku dapat rasakan
bahawa jiwaku ini terlalu kosong dan
ketandusan kasih sayang dari ibubapa.
“Ayah,Bapa,Dady,Abah”
Perkataan itu tidak pernah keluar dari mulutku
langsung dari hari pertama aku lahir ke dunia ini sehinggalah sekarang. Aku
berbintikan nama ibuku sendiri bukannya ayah. Menurut ibuku, dia sendiri tidak
tahu hendak meletak siapa nama bapaku kerana dia tidak tahu aku ini dari benih
siapa yang menghamilkannya. Cukup hinanya diriku ini. Aku ada juga terfikir mahu berhijrah dari
kehidupan seperti neraka ini ke arah yang lebih tenang. Tapi aku sendiri tidak tahu bagaimana caranya.
“Arghh!!!
serabut dengan kehidupan seperti ini.” Aku mengeluh kasar sambil meramas kuat
dahiku.
Sedang
aku berkelakuan sedemikian, tiba-tiba hati kecilku berbisik ada sepasang mata sedang memerhatikan diriku
yang berpakaian seperti jantan ini. Lantas aku memalingkan tubuhku. Namun sayang pemilik sepasang mata itu sudah
pun berlalu pergi dengan sebuah kereta menyusuri jalan raya.
“Tolong
lepaskan saya. Lepaslah”
Tatkala itu aku terdengar suara gadis terpekik
meminta tolong untuk dilepaskan.
“Hmm..
tak habis-habis, mesti mereka dah dapat mangsa.” Omelku lantas bangkit dari
tempat dudukku sambil menepuk sedikit bontok yang dipenuhi debu lalu menuju ke arah
sekumpulan remaja lelaki yang cuba mengusik seorang gadis yang lengkap
bertudung labuh.
“Hoi,hoi..
dah lah tuh. Dah nak maghrib, takkan korang nak buat kerja terkutuk tu lagi.
Lepaskan dia.” Sergah ku sambil
menaikkan sedikit cap yang menutupi wajah ku ini.
“
Alah kak Z , kami nak rasa yang bertudung pula. Bagilah peluang” rayu salah
seorang dari geng budak lelaki itu.
“Tak
payah nak rayu merayu pujuk memujuk, aku tak mahu aku dah muat. Lepaskan budak tu
sekarang! Sebelum aku karate korang semua.” Ugutku serius.
“Kesian
pulak aku lihat minah yang bertudung labuh ni, air matanya keluar
mencurah-curah. Budak ini tak bersalah apa-apa. Auratnya pun terjaga dengan rapi. Memang dasar
lelaki jalanan.” Kutuk ku didalam hati.
“Aku
kata lepaslah. Sebelum aku panggil geng aku datang.” Marahku lagi dengan muka
serius.
“Tak
sporting betul kak Z ni. Tak pe, kali ni kami lepaskan, tapi ingat lain kali
jangan harap kami nak takut dengan ugutan akak tu. Dah jom blah.”
“Ka..kak
terima kasih banyak-banyak kerana menyelamatkan maruah saya tadi.” Ucap gadis
itu tersedu-sedu selepas kelibat geng remaja tadi sudah beredar dari situ.
Aku
menoleh ke belakang bila mendengar suara sendu gadis itu. Hatiku tiba-tiba
menjadi sebak dan pilu bila melihat air matanya meleleh dipipinya bersama
esakan tangisannya akibat ketakutan yang amat sangat.
“Tak
pe. Hal biasa lah. Aku tolong pun sebab kau kaum aku jugak kan. Rumah kau kat
mana? Berani betul kau jalan sorang-sorang senja-senja begini.” Omel ku berjeda
untuk menyembunyikan perasaan kesianku kepadanya.
“Rumah
saya dekat dengan Jalan Masjid.” Bagitahu gadis itu sambil mengemaskan
tudungnya serabai itu.
“Oo
aku kenal. Dah mari aku teman kan, kau
balik rumah.” Pelawaku ramah.
“Kak
siapa nama?” Tanya gadis itu memecahkan suasana sepi di antara kami ketika
dalam perjalanan ke rumahnya.
“Hah!
Hmm Zana. Panggil Z je. Kau nama apa? Mesti kau ni anak pak imam kan, tak pun anak ustaz sebab bertudung labuh bagai ni kan
.” soalku kembali sambil memandangnya dari atas ke bawah.
“Nama
saya Nurul Ain. Panggil Ain. Kedua-duanya sekali kot akak.” Jawab gadis itu
sambil tersenyum manis kepadaku.
“Beruntung
betul nasib kau.” balasku sahaja lalu memalingkan pandangku ke hadapan semula.
“Kenapa
kak Z cakap macam tu? Semua makluk yang diciptakan Allah ada rahmatnya
masing-masing. Cuma kita je yang mahu mengubahnya atau tak.” Terang gadis yang
bernama Nurul Ain itu sambil berjalan pantas untuk menyaingi langkahku.
“Dah
nama anak pak imam dan ustaz kan, kerjanya asyik nak ceramah je kan.” Rungutku
pada gadis yang bernama Nurul Ain itu.
“Maaflah
kalau akak terasa. Bukan maksud Ain nak ceramah dekat akak. Ain tahu akak
seorang yang baik.” tutur Ain berhemah.
“Bukan
semua dapat terima nasihat kita. Betul kata Abi untuk mendakwah orang bukannya
mudah. Aku perlu tabahkan hati ku dan kuatkan semangat.” Katanya lagi tapi
hanya dalam hati.
“Kita
dah sampai dah kakak.”
“Tak kan terasanya aku.” Pangkahku sambil
tertinjau-tinjau keadaan rumah gadis itu.
‘Eh
kau tinggal dalam kawasan sekolah pondok ke?” soalku lalu memandang wajah
ayunya.
“Aah.. pondok tu kepunyaan datuk saya. Jemput
masuk dululah kak. Bolehlah singgah solat dulu.” pelawa Ain.
“Ceh
terasa aku. Mentang –mentanglah aku tak tahu solat.” cemuhku dalam hati.
“Tak
pelah, aku chow dulu ya. Daa..”
“Akak
terima kasih sebab sudi selamatkan saya!!”
Langkahku
terhenti bila terdengar budak yang
bernama Nurul Ain melaung padaku. Aku tidak menyahut hanya melambaikan tangan
kananku tanpa menoleh ke belakang .
~~~~~~~~~
“Zana
kau buat lagi? Cepatlah, nanti pak cik kau marah kalau kau lambat.” Sergahan dari
ibu mengejutkan lamunanku. Semenjak ibuku berkahwin dengan seorang lelaki
bernama Roy si ketua pengedar dadah. Kehidupan kami anak beranak menjadi lebih
haru biru. Lelaki itu merangkap bapak tiri aku sering kali mengugut aku. Kalau
aku mahu mengambil barang edaran dengan uncle John rakan kongsinya, ibu
aku pasti dikerat-keratnya.
“Ibu
jelah pergi, Zana malaslah nak amik benda dia tu. Dia tak mahu pergi ambik
sendir. Bijak sungguh dia. Kalau tertangkap nanti, bukan dia yang kena tapi Zana
dan ibu yang kena.”
“Kau
cakap apa Zana . Tak terdengar telinga
aku. Hoiiii! Anak zina uncleJohn dah nak sampai. Baik kau pergi ambik. Kalau tak
aku bunuh mak kau sekarang juga.” Laungan bapak tiriku membingitkan teling
serta hatiku.
“Dasar
jantan tak guna. Benci betul aku dengan jantan tak guna tu.” gerutuku dalam
hati.
“Hello,
amoi manyak punya cantik maa. Mana bapaknya? Soal Uncle John dengan longat
bahasa chinanya sebaik terlihat kelibatku menghampirinya.
“Pergi
mampus! Mana bendanya uncle.” Jawabku kasar sambil menadah tangan.
“Ayooo,
manyak punya marah budak ni woo.”
“Suka
hati unclelah.” Jawabku malas bila melihat uncle John cuba bergurau
denganku.
Setelah mendapatkan benda itu, dengan malas aku
mengatur langkah untuk pulang ketika dipertengahan jalan ke lorong rumahku aku
terjumpa dompet seseorang.
“Wah,
ada rezeki jatuh dari langit lah! Mintak-mintak banyak.” kataku sendiri tersenyum riang sambil membuka
dompet milik entah dari siapa.
“Wow..
banyak gila. Mesti orang kaya ni. Eh jap,
macam nak kenal je budak perempuan ni. Lah minah tudung labuh semalam ke?
Kontai aku nak amek.” Tiba-tiba rasa bersalah terbit dihati kecilku.
~~~~~~
“Ding!Dong!”
“Ain oo Ain?” Laungku selepas beberapa kali
menekan loceng rumah yang berdekokan kayu kayan yang cantik itu.
“Assalamuaikum
anak? Nak cari siapa ni?” Sapa seorang mak cik dalam lingkungan 40-an dengan
lembut dan riak mukanya tersenyum.
“Tak
elok anak gadis melalak memanggil orang?” tegur mak cik itu lagi. Aku tersengih
tanpa rasa bersalah.
“Er..
maaf mak cik.” ujarku sambil menunduk sedikit wajahku kerana tersipu malu
sendiri.
“Ya, anak nak cari Ain ke? Masuklah dulu.
Sekejap ya ,nanti umi panggilkan.” Tutur wanita itu lembut.
Wah
sejuknya mata melihat wajah makcik ini. Kalaulah ibu aku seperti dia pasti hidup
aku tak jadi macam ni, desis hatiku sambil melangkah masuk ke rumah yang tenang
ini.
Lama
pulak si Ain ni? Naik lenguh kaki aku. Bebelku sambil melabuhkan punggung ke
kerusi batu yang terletak di sudut tepi rumah itu.
ALLAHUAKBARALLAHUAKBAR…
Tatkala
telingaku menangkap kalimah itu hati kecilku tersentuh bagaikan ada satu suara
yang berbisik. “Lunaknya suara tok bilal ni?” ucapku tiba-tiba tapi hanya
kedengaran oleh aku sahaja.
“Assalamuaikum
kak Z . Maaf, Ain terlambat sikit. Ain ada kerja kat pondok tadi, sibuk menyuruh
anak-anak pondak pergi solat jemaah. Meh
masuk akak.” Sapa Ain begitu teruja dengan kedatangan gadis yang pernah
menyelamatkan maruahnya.
Sapaan Ain mematikan lamuananku terhadap suara
lemak merdu gerangan si muazan itu.
“Tak
pe. Aku datang ni pun, nak kembalikan dompet kau semula.”
“Ya
Allah syukurlah. Terima kasih akak. Seminggu Ain duk mencari ke mana hilang
dompet Ain. Terima kasih akak.”
Aku
melihat Ain menadah tangan lalu melurut kembali. Selepas itu memelukku
erat-erat.
“Er
…” lidahku kelu.
“Jom
kak, kita solat asar sama-sama dekat pondok tu.”
Ajakan Ain itu membuatkan aku serba salah dah
dua kali dia ajak aku solat. Mana taknya solat pun aku tak tahu macam nak solat. Apatah lagi
dengan bacaan solat.
“Akak..akak
sebenarnya…” Aku cuba mencari peluang untuk melepaskan diri.
“Tak
pe. Ain faham. Nanti Ain tolong ajar.” Pelawa Ain mesra.
Ain meninggalkan aku bersendirian di ruang
tamu untuk ke dapur sebaik sahaja pulang
dari solat asar. Sedang asyik
memerhatikan keadaan sekeliling aku disapa oleh suara sesorang.
“Anak
ni, nama siapa?” Tanya ibu Ain atau lebih dikenali sebagai umi Khaleja
menyapaku lembut. Dia melabuhkan duduknya di sofa dengan badan masih membaluti
kain sembahyang.
“Zana
umi” jawabku perlahan.
“Ya
Allah .. betul ke?”
Aku melihat wajah Umi Khaleja amat terkejut
bila aku memberitahu namaku. Aku mengangguk mengiakan.
“Kalau
umi nak tegur sikit boleh,tak? Soal Umi Khaleja lagi. Aku masih mengangguk.
“Maksud
untuk nama Zana itu, tidak elok sayang. Maksudnya penzina.” Beritahu Umi
Khaleja tenang.
Tersentap
aku bila Umi Khaleja memberi maksud namaku sebenar. Rupa-rupa namaku memang
sesuai untuk diriku ini. Anak si penzina.
“
Zana tak tahu umi. Zanaa…” beritahuku
cuba menahan sebak.
“Tak
pe, umi faham. Apa kata umi bagi nama baru nak tak?”
Persoalan
dari Umi Khaleja itu memaksaku untuk menatap wajah tenang itu.
“Haa,
bagaimana kalau ummi panggil Umaira je? Maksudnya pun sedap. Kemerah-merahan
sesuai sangat dengan wajah tuannya.”Ujar Umi Khaleja dengan senyuman masih
belum hilang.
“Umaira…”
sebutku perlahan
“Kalau
Maira nak tahu. Umaira itu gelaran Nabi kita SAW untuk isterinya yang bernama Siti
Aisyah.” Jelas Umi Khaleja yang sudah
memanggil diriku dengan panggilan Maira.
“Assalamuaikum.”
Tiba-tiba ada suara mencelah.
Wa’alaikumussalam,
masuklah abang. Eh, Nasrul pun ada sekali ? Eloklah boleh kita makan sama-sama.
Maira pun makan sekali ya.” Ajak Umi
Khaleja sambil memandang ke arahku
Aku
mengalih pandangku pada mereka dihadapanku kini sambil tersenyum manis. Aku
terpegun melihat makhluk ciptaan Allah.
Sungguh tampan sekali. Hatiku bergetar kencang. Namun sayang, dia tidak
sesekalipun toleh ke arahku apatah lagi mahu membalas senyumanku.
“Umi
makanan dah siap dihidang,marilah.” laung Ain dari dapur.
“Siapa
anak ini? Abi tak pernah tengok pun sebelum ini.” Soal Abi Khalid bila semuanya
duduk di meja makan.
Belum
sempat aku menjawabnya. Ain sudah pun menjawab bagi pihakku.
“Kawan
Ain, abi. Dia nak tinggal kat sini, nak belajar agama. Bolehkan abi?” kata-kata
Ain membuatku terkedu.
“Laa
macam tu ke? Kenapa tak boleh. Abi alu-alukan, tak kira sesiapa pun asalkan ada
niat mahu belajar agama. Abi raikan. Mak ayah kamu tak marah ke? Soal Abi Khalid
kembali. Menyebabkan lidahku kelu untuk berbicara.
“Aah,
Maira ibu bapa kamu dah tahu ke tentang hal ini?” Soal Umi Khaleja pula.
“Ah
Maira? Ain tak silap dengar ke umi? Tanya Ain sambil memandang ke arahku. Dia
keliru bila uminya memanggil Maira.
“Umi
dah tukar nama. Umaira sedapkan nama itu. Sesuai sangat dengan empunya diri
tambah-tambah bertudung pulak tu. Semakin cantik. “Umi Khaleja memuji diriku.
“Memang
sesuai sangat. Betul tak abang?” Ain turut memujiku. Siap bertanyakan abangnya
sekali.
“Hah?
Hmm..” abang Ain yang bernama Nasrullah sedang khusyuk menatap skrin telefon
bimbitnya terkejut. Dia mendongak sedikit memandangku sesaat kemudian dia menjatuhkan
pandanganya kembali untuk menatap telefon di tangannya.
“Abi tak kesah kalau Umaira nak tinggal dan
duduk kat sini tapi kalau ibu bapa Umaira tak izinkan. Abi terpaksa suruh Umaira
balik rumah.” Abi Khalid bersuara tiba-tiba.
“Se..sebenarnya….
mak saya balik kampung. Jadi dia tak kesah kalau saya nak kemana-mana.” jawabku
gugup kerana telah menipu kedua orang tua yang baik hati lagi soleh ini.
“Tak
pelah macam tu. Eh, apa lagi jemputlah makan! Jangan malu-malu. Nasrul baca
doa.” Pelawa Abi Khalid dengan selingan gurauan.
“Kak.
Itulah orang yang akak tanya tadi.” Bisik
Ain ke telinagku sambil meletak pinggan mangkuk disinki untuk dicuci olehku.
“Hah?
Siapa?” Tanyaku tidak mengerti maksud Ain dengan menoleh sedikit mukaku untuk
menatap wajahnya sekilas.
“Alah
akak ini. Abang Nasrullah yang akak tanya pada Ain tadi. Siapa ustaz yang bagi
tazkirah pendek masa Asar tadi, pasal wanita solehah hanya untuk lelaki yang
soleh itu.” jelas Ain sedikit geram.
“Ooo
… jadi dia jugalah yang mengimami solat kita tadi. Beruntung siapa dapat kahwin
dengan dia, kan?” Ujarku perlahan.
“Hah?
Apa akak cakap?” Ain tidak mendengar bicaraku dan memintaku mengulangnya
kembali.
“Er..
tak de apa-apalah.” Selindungku dengan muka sudah memerah malu.
~~~~~~~~~~~~~~~
Sudah
sebulan aku menjadi salah seorang warga Pondok Wardah ini. Setiap dua minggu
sekali anak-anak pondok dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Anak-anak
pondok lelaki dan perempuan memang diharamkan sesama sekali berjalan berdua-dua
malah untuk memandang muka antara satu lain juga memang sukar. Abi Khalid begitu
teliti dengan pergaulan anak didiknya. Di pondok ini hanya mengajar ilmu agama
sahaja, ilmu akademik tidak diajar. Hanya tiga orang ustaz yang akan mengajar
kami iaitu Abi Khalid, Ustaz Hafiz dan Ustaz Fauzi. Manakala ustaz Nasrullah
akan mengambil setiap malam Sabtu dan pagi Ahad sahaja untuk sesi kuliahnya
disebabkan dia sibuk mengajar diKIPSAS sebagai pensyarah Bahasa Arab.
Bila
tiba kuliah ustaz Nasrullah hatiku berbunga mekar. Setiap hari aku akan menghitung
hari.Siapa yang tak mahu,dah kacak pandai ilmu agama pulak. Kalau dapat
bersuamikan orang yang alim ni, kita juga dapat tumpang ilmunya sekali.
Seperti
biasa waktu peang-petang begini Umi Khaleja dan Abi Khalid akan membebaskan
anak-anak pondok dengan membuat aktiviti masing-masing. Ada yang bersukan dan ada
juga yang berborak sesama sendiri. Aku tidak minat untuk menyertai mereka
semua. Bagiku bersendirian melayan perasaan lagi elok dari bercampur dengan
mereka semua.
“Umaira,
kenapa tak main bersama mereka semua?” Sapa Umi Khaleja yang datang lalu
menyentuh belakangku.
Aku
kalih mukaku mengadap Umi Khaleja sambil mengeluh lembut.
“Ish
tak baik mengeluh sayang. Ada masalah ke?”
“Umi..
Umaira banyak dosa. Umaira tak seperti umi sangkakan. Umaira jahat,umi.” beritahuku
dengan air mata yang mengalir keluar tiba-tiba.
Umi Khaleja jelas terkejut aku menangis
tiba-tiba dia menarik badanku ke pangkuannya erat sekali pelukan itu. Pelukkan
seorang ibu.
“Syhh,
jangan menangis cuba cerita apa masalah
Maira pada umi.” Umi Khaleja memujukku.
Kali
ini, aku tekad tidak mahu menipu lagi. Aku tidak sanggup untuk menipu orang
sebaik Umi Khaleja dan Abi Khalid. Aku
menceritakan kisah hidupku dari kecil sehingga sekarang. Sepanjang
penceritaanku Umi Khaleja hanya mengusap lembut bahuku. Cuba bagi semangat
untukku terus hidup dengan tenang.
“Kalau
macam tu. Eloklah Maira pergi jumpa ibu Maira. Dia pasti rindukan Maira nak.”
Pujuk
Umi
Khaleja tersenyum manis seakan mengerti masalah yang dipikul olehku sekarang.
Dengan
hati berbunga bahagia aku pulang ke diaman asalku untuk mengkhabarkan berita
gembira pada ibu. Akhirnya impianku untuk keluar dari kehidupan nereka
betul-betul tercapai. Sebaik aku membuka pintu rumah hatiku tersentap , bila
aroma bau yang tidak menyenangkan semerbak. Keadaan rumah lintang pukang.
Hatiku tiba-tiba diserang resah dan tidak tenteram. Aku berlari ke bilik ibu untuk
mendapatkan ibu. Bila sampai betul-betul di depan kamar ibu lututku bergetar
bila terlihat ibu mati dalam keadaan yang cukup mengaibkan dengan mata yang
terbeliak dagingnya dimakan ulat. Aku menangis disamping jasad ibu.
“Ibu
maafkan Maira kerana terlambat datang untuk menjemput ibu.” rintihku dalam
tangisan.
Aku
mengambil keputusan untuk meminta bantuan Umi Khaleja dan Abi Khalid bagi menguruskan
jenazah ibu memandangkan aku tiada saudara mara yang lain.Semasa dalam perjalanan
ke rumah umi aku diganggu oleh geng anak-anak liar, bukan orang lain, geng
budak liar aku juga.
“Hoi!
geng tengok-tengok awek bertudung lah. Cun gila. Hai cik adik boleh
berkenalan.”
Aku mengeluh dengan sikap mereka yang masih
tidak mendapat hidayah lagi dari Allah. Aku sempat berdoa dalam hati agar
hati-hati mereka disinari cahaya iman suatu hari nanti. Namun belum sempat aku
aminkan doaku. Mereka sudah bertindak kasar padaku. Mereka menolakku jatuh ke
tanah.
“Hey…
Apa korang buat ni.? Ini aku lah. Woiii!” aku menjerit. Namun sia-sia sahaja. Rayuanku
tidak dipedulikan habis pakaianku dirobek mereka. Aku meminta pertolongan dariNya
agar aku diselamatkan. Namun sudah terlambat. Maruahku sudah dinodai oleh
manusia-manusia keji.
“Umi dah sebulan kak Maira pergi kenapa dia
tak datang-datang lagi.” keluh Ain sambil tertinjau-tinjau menanti kelibat
Umaira.
“Mungkin
dia sedang berkhidmat untuk ibunya. Ibu dia
lebih berhak dari kita Sabarlah sehari dua nanti dia akan kembali jugak. Umi
Khaleja cuba memujuk anak gadisnya itu. Dia sendiri juga merindui anak gadis
itu.
“Betul
juga tuh. Harap-harap kak Maira tetap pendiriannya. Rindunya pada kak Maira
ni.” Rintih Ain yang masih setia berdiri dip agar pintu rumahnya.
“Umi!
Itu kak Maira.” Jerit Ain dapat ditangkap oleh cuping telingaku namun badanku
terhuyung-hayang tak dapat untuk kutampung lagi. Aku betul-betul lemah kerana
sudah berminggu aku tidak makan.
“Ya
Allah! Kak Maira kenapa ni?” Soal Ain cemas. Tapi aku tak dapat menjawabnya.
Dunia sudah menjadi gelap akhir aku jatuh dalam pelukan Ain.
“DIA
sedang hamil empat minggu.” Kata seorang doktor perempuan bila selesai membuat
pemeriksaan ke atasku.
“Hamil?”
sebut Umi Khaleja perlahan namun sempat ditangkap oleh pendengaranku. Aku
melihat Ain tercengang.
“Ya
Allah, apa lagi ujian yang Kau kirimkan pada ku?” rintihku dengan linangan air
mata.
“Sabar
Maira. Sabar.” Umi Khaleja cuba memujukku. Dia mengusap lembut bahuku.
“Umi..
Maira dah tak de tempat hendak dituju.
Ibu Maira.. sudah meninggal.”ujarku
dengan suara bergetar sebak.
“Jangan
bimbang, umi dan Ain akan jaga Maira….,”kata-kata Umi Khaleja terhenti sekejap
“
…. dan kandungan ini.” Sambungnya lagi
seraya menyentuh lembut perutku.
“Maira
tak nak anak ini lahir umi. Maira nak gugurkan.” Ucapku dengan suara yang sudah
berubah nada benci.
“Jangan
Maira! Maira perlu tahu, berdosa besar kalau kita bunuh anak yang tak berdosa
ini.” Umi Khaleja memberi amaran tegas kepadaku.
“Kak
jangan bimbang. Ain akan sentiasa bersama akak. Kita akan besarkan anak itu
sama-sama. Bagi didikan agama yang secukup padanya. Insya-Allah, mungkin dia akan
menjadi seorang yang soleh ataupun solehah.”
Kata-kata
semangat dari Ain dan juga Umi Khaleja betul-betul menghidupkan jiwaku yang
telah mati. Air mataku menitis lagi tapi kali ini menitis kegembiraan.
Aku meninggalkan kamar tidur Ain lalu melewati ke
ruang tamu. Untuk menenangkan fikiranku
yang terlalu kusut untuk dileraikan. Aku memaku diriku ke luar jendela dengan
memeluk tubuh.
“Apa yang akan terjadi dengan hidup aku nanti?
Perut ini akan membuncit sekejap lagi. Macam mana aku nak hadapinya sendiri.
Kenapa perkara ini berlaku padaku. Aku baru nak berubah tapi sudah terjadi
macam ni. Aku tak kuat ya Allah aku tak mampu untuk diuji begini. Aku malu.
Daripada terus begini baik aku mati sahaja.” luah demi luahan aku lepaskan
bersama titisan air mata yang sedang mengalir laju.
“Dah dekat maghrib tak elok termenung. Amallah
sangat termenung tu, ia salah satu tabiat yang digemari oleh syaitan yang
dilaknat Allah. Daripada awak termenung, lebih baik awak mengaji atau pun buat
aktiviti-aktiviti yang berfaedah”
Lamunanku dimatikan. Lantasku membawa tubuhku
menoleh ke belakang. Mukaku panas menahan malu kerana ditegur oleh lelaki yang
ku minati secara senyap.
“Maafkan saya ustaz.” jawabku pendek sambil menatap wajahnya yang sudah duduk menatap
surat khabar.
“Minta maaf pada saya tak deguna. Minta ampun
dengan Pencipta baru betul.” ujar Nasrul dingin.Bibirku ku kemam. Tak dapat
membidas setiap kata-katanya. Ideaku mati. Siapalah aku hendak dibandingkan
dengan dia yang berilmu tinggi. Impianku hendak bersuamikan lelaki macam dia
terkubur terus disebabkan kandung ini.
“Saya minta ke pondok dulu ya, ustaz.” Aku
meminta izin untuk ke pondok.
“Assalamuaikum.” Hatiku berdebar hebat dan tidak
keruan bila berdua-duaan dengan dia. Aku melangkah keluar sebaik sahaja memberi
salam kepadanya. Namun salamku tidak ada respon
darinya.
“Akak, ada
pesanan dari seorang ustaz, ni. Dia kata tak guna kita berpakaian lengkap, tapi
masih selising lengan baju, tetap nampak aurat.” Ain bersuara tiba-tiba kepadaku sebaik sahaja
aku keluar dari bilik air yang baru selesai mengambil wudhuk.
“Siapa Ain?” Soalku pantas ingin mengetahui siapa
orang yang menegurku.
“Alah,tak kan kenal ustaz Ahmad Nasrullah. Ustaz
kesayangan kakak.” ujar Ain tersengih sambil menaikkan keningnya berkali-kali.
“Ya Allah mesti kejadian petang tadi. Aku terlupa
nak jatuhkan balik lengan bajuku selepas amik wudhuk tadi. Patutlah dia tak
pandang tadi. Ampunkan aku ya Allah.”
“Hah beranganlah tuh.” Sergahan berbaur gurauan
dari Ain lantas mengejutkanku. Secara spontan tanganku telah memcubit pehanya.
“Auchhhhh....”jerit sambil mengaduh ketawa.
Fikiranku semakin kusut. Aku tahu pasti perutku
ini akan membesar dalam tempoh beberapa bulan ni. Hari ni cukup 2 bulan usia kandunganku.
Ya Allah, macamana kalau anak-anak pondok yang lain
dapat tahu. Mesti mereka akan pandang hina dekat aku. Ah, macamlah aku tak
biasa kena hina! Tapi macam dengan reputasi pondok ni. Mesti masyarakat akan
memandang serong. Apa yang harusku buat ni? Rungutku sendirian sambil mengusap
perutku.
Sedang aku mengeluh sendiri aku terpandang pisau
ditanganku yang kugunakan untuk mengupas epal. Tiba-tiba ada satu bisikan yang
mendorongku untuk membunuh diri. Tanpa berfikir panjang aku mengelar urat
lenganku. Aku cuba bertahan dari kesakitan dibenakku hanya nampak satu jalan
iaitu mati.
“Maira!”
Aku terdengar seseorang menjerit memanggil namaku
sebelum mataku terpejam rapat.
“ Maira.. kenapa Maira
buat benda terkutuk ni.” Soal Abi Khalid lagaknya seperti seorang polis.
“Maira tak nak maruah umi dan abi tercemar
disebabkan Maira.” Terangku sejujurnya.
“Umi tak nak Maira lakukannya lagi.” kata Umi
Khaleja pula sambil memelukku.
“ Tak berbau syurga kalau kita membunuh diri Maira.
Abi nak Maira ingat tuh.” Ujar Abi Khalid tegas.
“Habis bagaimana dengan kandungan ni abi, umi?
Takkan Maira nak lahirkannya tanpa seorang ayah. Maira tak nak anak ini lahir,
mempunyai nasib yang sama seperti Maira. Maira tak nak.” Ucapku dengan amukan.
“Maira sabar dulu. Nanti abi dan umi akan cari
ikhtiarnya. Abi Khalid cuba menenangkanku sambil melurut janggutnya yang sudah
berwarna putih itu.
Titisan air matku semakin berlagu. Aku juga turut
melihat Ain tidak terkutik dari tadi dia asyik mengesap air matanya.
“Abi nak Nasrul
kahwin dengan Maira hujung minggu ni.” Kata Abi Khalid tegas sebagai perintah
yang wajid ikuti. Aku tercengang begitu juga dengan Ain.
“Apa maksud abi ni? Jihad Nasrul untuk mendakwah
pada masyarakat tak sempurna lagi abi. Soal Nasrul kembali dengan nada
terkejut.
“Abi tahu, Nasrul suka berjihad. Kahwin itu pun
dikira berjihad. Mendidik isteri dan anak-anak adalah satu amanah yang paling
besar yang dikurniakan Allah untuk kita sebagai kaum lelaki Nasrul.” Pujuk Abi
Khalid dengan harapan anaknya itu bersetuju untuk dikahwinkan.
“Umi…” abang Nasrul cuba meraih simpati dari Umi
Khaleja.
“Cukup Nasrul. Abi tak mahu dengar apa-apa alasan
dari Nasrul. Lagipun kamu dah cukup umur nak kahwin. Tahun depan umur kamu dah
nak masuk 29. Kamu masih nak kat tak bersedia lagi ke?” marah Abi Khalid.
Aku lihat dia membisu tanpa menoleh ke arahku.
Aku yakin dia mesti marahkan aku. Gara-gara aku hamil anak orang lain Abi
Khalid terpaksa mengorbankan anak lelaki tunggalnya semata-mata mahu menutup
aibku. Maafkan Maira abang Nasrul.
Majlis perkahwinan
aku dan ustaz Nasrul terlalu ringkas tiada majlis persandingan hanya majlis
akad nikah sahaja. Perkahwinan kami hanya keluarga abi dan umi serta beberapa
orang ustaz yang tahu. Perkahwinan ini
dirahsiakan atas permintaanku sendiri. Aku tak mahu ustaz Nasrul dipermalukan
disebabkan aku.
Malam itu aku tiba-tiba haus. Aku melewati kamar abi
dan umi. Tanpaku sengaja aku tedengar perbualan antara abang Nasrul dan ibubapanya.
“Kenapa abi buat Nasrul macam ni? Nasrul tak
yakin dapat bimbing dia abi, umi. Kan ada hadis Nabi yang berbunyi. Kalau
kita nak cari isteri mesti berketurunan baik.
Diakan anak tak tahu asal usul tambahan pula anak yang dikandung tu pun
tak tahu anak siapa. Macamana Nasrul nak hadapi dia.”
Hatiku bagaikan dihiris sembilu bila kalimah itu
menutur dari bibir abang Nasrul. Memang aku gilakanya. Tapi tak guna jika aku
sorang yang mencintainya.
“Abi tahu semua tu. Nasrul perlu ingat jika
seorang lelaki itu dapat membimbing isterinya ke arah yang benar dan diredhai
Allah. Apatah lagi membelanjakan hartanya untuk keluarganya besar pahalanya.
Tak kesahlah stastusnya yang paling penting dia mahukan ilmu agama. Abi yakin
kamu boleh lakukannya. Buat masa ni abi nak Nasrul pertahankan dia. Ajar dia
ilmu agama. Dia perlukan bimbingan. Dia perlukan seorang guru dan suami, orang
itu adalah kamu Nasrul. Ingat kalau bukan jodoh kamu dan dia pasti kamu berdua tak kahwin malam ni, tengok majlis
berjalan dengan lancar walaupun tak sempurna. Maknanya Allah sengaja pilih kamu
untuk menjaganya.”Berjela Abi Khalid menasihati anak lelakinya itu. Aku tahu
itulah sebenarnya tanggungjawab seorang ayah untuk memastikan abang Nasrul tidak
mempersia-siakan aku.
“Ya Nasrul. Umi percaya yang Nasrul dapat jaga dia
sebaik mungkin. Jadikan dia seorang muslimat sejati.” Tambah Umi Khaleja pula.
Dari sini aku lihat abang Nasrul mengeluh dan Abi
Khalid mendekati anaknya sambil menasihati anaknya. “Sabarlah mungkin ada
himakhnya. Pergilah jumpa dia. Dia sekarang hak kamu.”
Bila terdengar abi Khalid menyuruh ustaz Nasrul
pergi berjumpa denganku. Aku cepat-cepat berlari memasuki kamar dan berlagak
tidak tahu apa-apa. Walaupun hatiku sudag dirobek. Aku cuba menguatkan diri
untuk menghadapi ustaz Nasrullah yang kini sudah bergelar suamiku yang sah
kini.
“ Abang Umaira tak nak minta lebih dari itu,
abang." Aku bersuara sebaik sahaja dia menerpa masuk ke bilik. Aku
melihatnya membuka songkak di kepalanya dan
melabuhkan punggung atas tilam kami.
" Kalau abang jijik untuk sentuh badan
Maira, pandang muka Maira, tak ingin mencintai dan menyayangi diri ini, Maira
tak kisah. Tapi satu sahaja Maira pinta dari diri abang yang sudah bergelar
suami Maira. Tolong ajari ilmu agama pada Maira.
Maira berharap sangat untuk menjadi muslimat yang sejati disisi Allah.” Pintaku
berjeda sambil menatap susuk tubuh sasanya yang sudah berbaring membelakangiku.
“Abang
dah tidur ke?” Tanyaku pada dirinya lalu
melabuhkan punggungku dibirai katil.
Ah!
macam mana nak hidup macam ni, cakap pun tak mahu apatah lagi memandang.
Sakitnya hati bila kahwin dengan orang yang terpaksa menyudikan dirinya untuk
berkahwin dengan diriku ini. Keluh hati kecilku.
“Abang
saya minta izin nak tidur dibilik Ain ya.” pintaku dengan harapan dia tidak
tidur lagi.
“Jangan nak mengarut.” Marah abang Nasrul,
secara spontan memaut lenganku kasar
membuatkan
aku yang berada disisinya terkejut dengan tindakan spontannya itu. Mata kami
saling bertatapan kemudian dia bersuara.
Tidur
je dekat katil ni, arahnya serentak itu dia membaringkan badanya semula. Aku
mengangguk lemah turut membaringkan tubuh disebelahnya. Tiba-tiba air mataku
mengalir sehingga aku terlena sendiri.
“Abi,
umi, Nasrul kena seminar dua minggu dekat Johor. Jadi kuliah Nasrul nanti, abi
suruh ustazah Qatrunnada’ gantikan ya.”Abang Nasrul bersuara tiba-tiba
memecahkan suasana sepi itu ketika kami semua sedang menjamu sarapan pagi.
Aku
hanya memdiamkan diri. Bila nama ustazah Qatrunnada’ meniti dibibir suamiku
hatiku terusik pilu.
“Nasrul tak nak bawak maira sekali ke?” Tanya Umi
Khaleja tiba-tiba.
Pertanyaan
cepucemas dari umi memaksaku untuk memandang suamiku dihadapan. Mata kami bertentangan
seketika.
“Tak!” hanya satu patah perkataan sahaja terpancul
dari mulut abang Nasrul
“Laa…
kenapa tak bawak? Boleh pergi bulan madu terus macamana abinya?” Umi Khaleja
tersenyum manis ke arahku. Riak mukaku merah menahan malu.
“Elok
benar tu Nasrul. Bawaklah isteri kamu tu.”
Perkataan
bulan madu telah mencincang-cincang lenyai hatiku. Bagiku tiada istilah bulan
madu bagi perkahwinan kami. Hendak berbulan madu pandang pun tak ingin.
“Tengoklah
macamana nanti.” jawab Nasrul dengan nada suara dingin.
Aku
membuka pintu kamar bilik kami. Aku melihat suamiku sedang mengemaskan pakaianya. Aku mengambil tempat
dibirai katil yang bertentangan dengannya, aku tahu dia tak mahu aku mendekati
mahu pun menyentuh dirinya.
“Nak
saya bantu?” Perlawaanku tidak diendahkan.
“Abang
janganlah risau, saya tak akan ikut abang. Pasal umi dan abi tu saya sudah ada
jawapan untuk menolak permintaan mereka itu.” ujar ku lembut cuba meraih
pandanganya ke arahku. Namun sia-sia. Ustaz Nasrul masih tidak menunjukkan
reaksi mahu berbicara denganku.
“Abang
pergilah dengan hati yang tenang. Saya akan sentiasa doakan abang.”
Perbicaraanku tidak dijawab kembali hatiku sedih. Lantasku bangkit dan menuju
kebilik air.
“Ini berus dan ubat gigi.” ujarku sambil
meletakknya di tepi suamiku yang masih tekun berkemas. Aku tidak betah duduk
berdua-duaan dengannya lalu aku terus keluar dari bilik itu.
“Wah bagusnya ustazah Qatrunada’ sama hebat dengan ustaz Nasrulkan. Jika
digandingkan mereka nampak hebat. Kalau dikahwinkan pula mahu tak bahagianya.
Betul tak kak Maira.”
“Hah
ya.ya” Airmataku mahu menitis tapiku
tahankan agar ia tak terkeluar dihadapan mereka.
Semua
anak-anak pondok berharap agar ustaz Nasrul dan ustazah Qatrunada’ disatukan.
Mereka berdua memang sesuai jika dipadankan sama-sama keluaran ijazah dari
Kaherah. Keluarga mereka pun sangat rapat.
Dia diminta untuk mengajar di pondok sebelum mendapat panggilan kerja.
“Maira
kan?
Bila
namaku diseru aku segera menoleh ke belakang. Aku kaget bila ustazah
Qatratunnada’ menyapaku.
“Iya,
saya ustazah. Pengisian kuliah ustazah tadi sangat hebat. Pujiku sambil
merenung wajah ayu itu.
“Tapi
tak sehebat awak yang berjaya mencuri hati si jejak penjihad.”
Aku
terpinga tidak mengerti maksud itu
“Maafkan
saya, bukan niat saya mahu cemburukan awak. Tapi saya tak sangka awak wanita
yang sangat hebat. Sebab berjaya mencuri hati Nasrul yang dingin itu.”
Aku
senyum nipis. “Jika ditakdirkan satu hari nanti rombongan dari abang Nasrul
datang meminang ustazah. Adakah ustazah mahu menerimanya.” Soalku tiba-tiba
cuba menebak hatinya.
“Hah!
Apa yang kamu mengarut ni Maira?” dia jelas terkejut dan kebingunggan.
“Macam
ni lah ustzah. Saya rasa sudah masanya untuk saya berterus terang tentang
kedudukan perkahwinan kami. Seperti yang ustazah sedia maklum hanya keluarga
abang Nasrul dan keluarga ustazah saja yang tahu tentang hal ini. Semua anak-anak pondok kat sini tidak mengetahuinya.
Yang mereka tahu saya memang sudah bersuami tapi suami saya dah meninggal.”
Aku mula menceritakan perjalanan hidupku pada
ustazah Qatratunnada. Dia kelihatan betul-betul terkejut bila mengetahui hal
sebenarnya.
“Macamana
ustazah, nak terima atau tidak?” Pelawaku lagi.
“Tapi Nasrul bukan seperti itu Maira. Percayalah.”
“Tak
pe, saya sanggup bermadu dengan ustazah. Nanti bolehlah ustazah ajarkan saya
ilmu-ilmu agama lagi.” Aku cuba menghiburkan hatinya walaupun hati ini sudah
sedia sedih.
Aku
tengok dia senyap. “Ustazah fikirlah dulu,” ucapku lagi. Dia hanya memandangku.
Aku membalas dengan senyuman padanya.
“Abi,
umi Maira ada nak minta tolong sesuatu ini.” pintaku lambat-lambat cuba untuk
memujuk Abi dan Umi.
“Tolong
pinangkan ustazah Qatrunnada’ untuk abang Nasrul.” Akhirnya terluah jua.
“Ya
Allah Maira. Apa yang kamu cakapkan ni.” Marah Umi dengan nada masih lagi
terkawal.
“Tolonglah
umi abi, lakukan demi abang Nasrul. Selama ini dia banyak dan sanggup berkorban
cintanya demi menyelamatkan maruah saya.
Tak salahkan kalau kita lakukannya. Lagipun Abang Nasrul dan Ustazah
Qatratunnada’ saling suka sama suka. Kita je tidak tahu.” Luahku berjela
menimbulkan rasa tidak puas hati dalam diri mereka.
“Apa
maksud kamu ni, Maira abi tak faham? Soal Abi Khalid lagi. Dia seakan tidak
percaya hal ini akan terjadi.
“Abi,
umi. Seorang lelaki soleh hanya untuk wanita solehah sahaja. Tapi saya , saya
bukan seperti itu. Saya tak layak untuk abang Nasrul. Tolonglah makbulkan
permintaan saya umi, abi. Rayu aku lagi sambil menatap wajah kedua-duanya.
Masing-masing resah.
“Bagaimana
dengan Nasrul ? Dia dah tahu ke?” duga Umi Khaleja cuba bermain kata denganku.
“Dia
tahu. Dia kata ikut suka hati saya? Kalau saya sanggup bermadu,dia rela.”
Tipuku dengan tenang. Aku buat semua ini demi kebahagian suamiku sendiri.
“Maira
kehidupan bermadu bukan yang kamu bayangkan. Nabi Muhammad saw sendiri
berkawhin ramai lepas isteri pertamanya wafat. Inikan pula kita sebagai manusia biasa. Umi
Khaleja cuba memaksaku agar aku tidak meneruskan rancanganku.
“Maira
faham umi. Tapi Maira tak nak seksa batin suami Maira sendiri. Maira seorang
yang cukup hina dan jijik. Mana mungkin lelaki sebaik abang Nasrul mahukan bayi
yang tak berbapak ini sebagai anaknya. Dan mana mungkin dia mahu keturanannya
lahir dari rahim anak zina seperti Maira umi,abi.” jelasku lagi dengan air mata
tertumpah keluar.
“Maira,
Allah jadikan hambnya itu ada hikmahnya. Jangan salahkan takdir.” Ujar Abi
Khalid yang dari tadi asyik ke hulu ke hilir kini mengambil tempat betul-betul
dihadapanku.
“Maira
tak salahkan takdir, tapi Maira merelakan jika takdir Maira memang tertulis
begini.”
Aku
yang sedang khusyuk mengadu kepada Penciptaku terhenti bila pintu kamarku
terkuak dengan kuat.
“Eh,
bila abang sampai?” Tanyaku lalu cepat-cepat bingkas bangun untuk menyalami
tangan suamiku.
“Apa
maksud kau ni? Siapa kau nak atur-atur hidup aku, hah?” Sergah abang Nasrul
tiba-tiba seraya menarik kembali tangannya.
“Apa
yang abang cakap ni?” soalku kembali. Tidak faham maksudnya.
“Boleh
awak tanya saya balik, selepas awak buat benda yang mengarut tu pada saya.”
Marahnya lagi.
Aku
senyap seketika sebelum berbicara.
“Itu
impian abang selama ini kan? Mahukan
seorang isteri yang solehah, terpelihara maruah dan akhlak serta agamanya. Mahu
membimbinganya ke arah jalan yang diredhai Allah. Ingin menuju ke syurga
bersama-sama isteri abang yang solehah tu kan?”Aku bermain kata-kata dengannya.
Aku dapat melihat dahinya berkerut
sambil memikirkan sesuatu.
“Macam
mana awak boleh tahu, hal ini? Jangan-jangan awak … Awak memang dah baca dairi
saya kan?” Soalnya kasar.
“Maafkan
saya abang. Saya tak sengaja terbaca. Saya hanya ingin penuhi impian abang tu.
Yang saya mampu hadiahkan hanya ustazah Qatrunnada yang solehah kepada abang.”
Jelasku setenang mungkin takut dapat
mengundang amarah darinya.
Aku
lihat abangNasrul mengigit bibirnya kuat. Bergetar tanganya menahan marah.
“Baiklah
itu yang awak mahukan? Saya akan turuti, tapi ingat Maira.Saya bukannya seorang
suami yang boleh berlaku adil dalam kehidupan bermadu nanti. Saya takut saya
akan melukakan hati isteri-isteri saya nanti.” Kata-katanya terhenti seketika.
“Dengar
sini. Mulai detik ini selepas terjadinya akad nikah antara saya dan Qatrunnada’, awak dan saya bukan suami isteri lagi
“Nasrullllllll!”
nak tahu apa yang akan terjadi lepas tu??? anda boleh mendapatkan antologi cerpen Antologi Orang Berdosa yang bakal terbit untuk mengetahui kesudahan cerita ini.