Home Cerpen Fantasi ALKISAHNYA
ALKISAHNYA
Jue Zurhanisza
8/4/2017 08:51:01
1,935
Kategori: Cerpen
Genre: Fantasi

‘’Tuanku Alfonso, Panglima Albert datang mengadap!Ampunkan patik tuanku!’’

Sembah Panglima Albert tanda hormat kepada Raja Besar Negara Tatatusila Halus. Tuanku Alfonso dengan muka kereknya hanya mengangguk tanda mempersilakan kedatangan Panglima Albert yang merupakan ketua angkatan tentera negaranya itu.

‘’Kedatangan patik ini untuk melaporkan bahawasanya bala tentera kita sudah semakin berkurangan dek kerana maut diserang oleh musuh yang masih tidak dapat dikenalpasti asal usulnya. Ampunkan patik , tuanku!’’

Terang Panglima Albert dengan perasaan yang agak terkilan kerana telah kehilangan anak-anak buahnya yang bersama-sama memerah tenaga mempertahankan Negara Tatatusila Halus daripada serangan musuh.

‘’Cis, tak guna punya musuh! Kalau begitu beta mahu menitahkan rakyat jelata semua supaya mempercepatkan proses bermesra-mesraan dengan pasangan masing-masing supaya kita dapat melahirkan bala tentera yang baru menjelang wawasan 2050. ‘’

Titah Tuanku Alfonso sebaik saja mendengar perkhabaran dukacita daripada Panglima Albert itu. Murka dia apabila bala tenteranya semakin pupus.

‘’Baik tuanku akan patik sampaikan titah tuanku ini. Ampun tuanku!’’

Panglima Albert meminta diri. Ada pelbagai urusan lagi yang ingin diselesaikannya bersama anak-anak buahnya yang masih hidup itu. Panglima Albert mahu mengesa bala-bala tenteranya membina semula kubu pertahanan mereka yang baru. Perkara paling penting dia ingin mencari siapa dalang sebenarnya yang telah merobohkan pertahanan mereka sebelum ini.

Sementara itu ada tragedi yang berlaku di Negara Manusia Hidup Untuk Makan. Begini kisahnya yang berlaku di sebalik tragedi tersebut. Negara Tatasusila Halus dan Negara Manusia Hidup Untuk Makan sudah lama bermusuhan selama berabad lamanya.

‘’Zazzz….Zazzzz…zazzzzz!’’

Dengan tiga kali sondol menggunakan mesin pemotong rambut itu akhirnya rambut Husin yang pada mulanya tebal sudah berjaya dikorbankan. Husin mengusap-usap kepalanya yang sudah botak licin itu. Ada rasa kelegaan yang terpamer di wajahnya tika dan saat ini. Rasa berangin. Fuh, lega…Masalah kegatalan yang dialaminya selama berbulan-bulan sudah berjaya diatasi. 

Mana tidaknya sudah berbulan-bulan lamanya kutu-kutu menjadi penghuni tetap di kepalanya. Tidak tenteram hidupnya selama itu. Akhirnya kini dia telah nekad membuat keputusan untuk menghapuskan rambutnya yang tebal, lebat dan kusut itu daripada terus menjadi kubu pertahanan makhluk bernama kutu.Yeyyy…berjaya!

‘’Thank you aney! Saya sukalah fesyen baru ni. Kalau aney nak tau sekarang fesyen botak ni trend tau! Ramai gadis-gadis dekat luar sana kata lelaki botak itu seksi…Seksi kan saya?Mesti ramai tergila-gilakan saya lepas ni’’

Tanpa segan-silu Husin mengayakan kepalanya yang botak itu di depan lelaki berbangsa India yang baru selesai memotong rambutnya tadi. Lelaki India itu hanya tersenyum sumbing menyaksikan Husin yang terlebih perasan kacak itu. 

Nak termuntah mak kau hijau dia apabila melihat aksi perasan lebih Husin itu. Kalau ikutkan hati dia mahu saja dia sondol muka Husin dengan pemotong rambut yang masih dipegangnya itu. Baru padan dengan muka toyol mamat botak tersebut. Seksilah sangat…Citttt..podahhhh…!

‘’Okeylah aney ni upahnya!Saya gerak dulu ye. Nak dating dengan awek. Aney campak jela sisa-sisa rambut saya ni kat mana-mana.Thank You!’’

Husin terus bergegas untuk keluar dari Kedai Rambut Muthusamy itu. Sebenarnya dia sudah tidak sabar-sabar lagi mahu bergaya dengan kepala botak licinnya itu. Husin membuat keputusan nekad membotakkan kepalanya apabila menonton satu rancangan televisyen yang mengatakan lelaki botak itu seksi. Disebabkan itulah dia tidak segan silu untuk membotakkan kepalanya sementelah dia sudah semakin tertekan dengan masalah kutu yang semakin membiak di kepalanya.

Sebaik saja Husin pergi, pekerja Kedai Rambut Muthusamy itu menyapu sisa-sisa rambut Husin untuk dibuang. Tanpa diduga kutu-kutu yang sudah lama membina kubu di rambut Husin mula menyerang lelaki india itu. Lelaki India itu terpaksa mengambil kanta pembesar untuk berlawan dengan segerombolan tentera-tentera kutu yang terdapat di sisa-sisa rambut Husin.

‘’Ayoyoyooo…Apa pasal serang saya…Ayooo %$#@*^()+@####’’

Berlari-lari lelaki India itu menyelamatkan diri daripada kutu-kutu yang sudah mula menjalar masuk ke dalam kain yang dipakainya. Dia menyumpah seranah kutu-kutu yang membuat onar itu dalam bahasa tamil. Nasib baik tidak tercabut kain yang dipakainya. Kalau tidak lagi haru.

‘’Saya tarak salah…Ayoyoyooo…Tolong…!!!Tolong…!!!’’

Akhirnya dia berlari-lari keluar dari kedai untuk mendapatkan pertolongan. Sebaik saja berjaya membeli penyembur serangga dia melancarkan serangan ke atas segerombolan kutu-kutu tersebut. Puas hatinya apabila kutu-kutu tersebut akhirnya mati. Begitulah kisahnya peperangan yang berlaku diantara Negara Tatasusila Halus dan Negara Manusia Hidup Untuk Makan. Sekian, kisah merepek pun tamat.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.