Home Cerpen Cinta Aku bukan ‘Playboy’ - Bab 3 – Mengalah bukan kalah.
Aku bukan ‘Playboy’ - Bab 3 – Mengalah bukan kalah.
masterzaki
19/5/2014 16:15:42
6,336
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Aku bukan ‘Playboy’

Bab 3 – Mengalah bukan kalah.

     Aku membuka peti ais dan mengambil setin Coca-Cola lalu duduk di sofa sambil memandang Siti yang terbaring di sofa ruang tamu ini. Ita dan Ana pula terbongkang tidur di atas karpet sebelah sofa tempat Siti tidur. Lalu aku teringat kisah seorang rakanku.


     Kawan baik aku bernama Amir, pernah menceritakan kisah benar yang berlaku ke atas dirinya. Kisah yang akan menakutkan semua lelaki agar tidak membuat kesilapan yang serupa. Kisahnya begini.


     Amir baru berkenalan dengan seorang perempuan dari sebuah kelab malam dan namanya Suzi. Selepas berkenal mesra di kelab malam, Suzi agak mabuk pada malam itu lalu Amir mempelawa Suzi mengikutnya pulang. Setibanya mereka di rumah bujang Amir, kebetulan pada malam tersebut semua rakan serumah Amir telah pulang ke kampung sempena cuti panjang. Maka tinggal mereka berdua di dalam rumah bujang itu.


     Amir menyangka Suzi mabuk dan pasti tidak akan ingat apa yang berlaku pada malam itu. Lalu Amir mengambil kesempatan ke atas Suzi pada malam itu. Namun esok harinya, setelah Amir tersedar dari tidur, dia dapati Suzi tiada di sebelahnya. Dia terlihat pintu rumah terbuka luas. Sangkanya Suzi pasti bangun lebih awal pagi itu dan terus pulang ke rumahnya sendiri. Namun tidak lama selepas itu, kedengaran suara seorang lelaki memanggil dari luar rumah.


     Berdiri di muka pintu rumah Amir adalah 2 orang anggota Polis yang lengkap beruniform. Kata salah seorang anggota Polis itu kepada Amir yang terperanjat dengan kehadiran mereka, “Kamu nama Amir ke?”. Lalu Amir dengan terketar-ketar menjawab, “Ya, saya Amir. Kenapa encik?” Anggota Polis itu menjawab, “Sila ikut kami ke balai. Ada laporan terhadap encik tentang kesalahan merogol.”


     Serta-merta badan Amir menggigil mendengar apa yang dikatakan oleh anggota Polis itu. Nak tak nak, terpaksa juga Amir dibawa ke Balai Polis dengan tangannya digari. Malunya bukan kepalang, sebab ketika itu, jiran kiri kanan rumah tersebut sedang memerhatikan apa yang berlaku. Maklumlah, rumah teres kawasan perumahan Melayu, memang mengamalkan sikap mengambil tahu hal jiran tetangga masing-masing.


     Setibanya di Balai Polis, kelihatan Suzi sedang menangis di kaunter aduan balai tersebut. Amir terus dibawa ke bilik soal siasat. Ketika itu, Amir berasa takut dan insaf tentang apa yang telah dilakukan terhadap Suzi. Sangkanya Suzi mabuk dan tidak mengingati apa yang dia lakukan terhadap Suzi. Namun sangkaannya meleset. Orang mabuk juga mempunyai ingatan yang cukup untuk membuat aduan kepada Polis terutama yang melibatkan hubungan seks secara paksa atau pun dipanggil ‘Rogol’.


      Namun nasib Amir agak baik. Dia terselamat daripada tuduhan jenayah rogol kerana keluarga Amir orang yang mempunyai kuasa dan latar belakang undang-undang. Tak silap aku, abang Amir seorang Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Maka pengaruh kuasa dan kebijaksanaan undang-undang digunakan keluarga Amir bagi membolehkan pertuduhan terhadap Amir digugurkan. Lagi pula, Suzi telah dibayar dengan wang yang banyak bagi menyuruh dia menarik balik laporan Polis yang dibuat. Cerita yang aku dengar, Suzi menyatakan kepada Polis, bahawa mereka adalah pasangan kekasih dan melakukan hubungan seks secara sukarela. Oleh kerana perselisihan faham pagi itu dia membuat laporan Polis. Akhirnya kes itu senyap begitu sahaja.


      Namun Amir pernah berpesan kepada aku. Katanya, “Zul. Kau kalau nak main dengan awek, biar dia yang bagi ikhlas kat kau. Jangan buat macam kesilapan aku dah buat. Aku ingat dia mabuk. Boleh makan. Last-last aku yang kena balik. Nasib lah family aku handle semua. Tapi malu jangan citer la Zul. Family aku jenis terkenal kat kat bandar ni, teruk aku kena marah dengan family aku. Ingat pesan aku ni Zul. Benda boleh dapat mudah kalau kita buat cara betul. Rasa sedap sekejap je. Takut yang aku rasa masa kena angkut dengan Polis tu, Tuhan je tahu. Insaf aku masa tu. Tapi masa tu je la. Hahahah.”


      Betul kata Amir. Memang dia insaf. Tapi masa tu je la. Kemudian dia balik perangai lama. Main dengan ramai pompuan jugak. Tapi yang aku tahu semua dia urus dengan betul. Main kemudian bayar bagi pompuan tu tak kecoh.


      Habis Coca-Cola aku teguk sambil memikirkan kisah Amir tadi. Kemudian aku kembali memandang kepada Siti, Ita dan Ana di depan mataku. Aku juga memandang pintu bilik tidur utama, tempat Wani tidur. Otak aku kembali berfikir dengan rasional. Kalau aku ‘makan’ dia orang ni sorang-sorang semua malam ni, masak aku esok kalau dia orang buat report Polis.


     Sedangkan Amir yang kena satu aduan rogol pun bergetar lutut nak hadap Polis masa soal siasat. Ini kan aku kalau kena 4 aduan rogol. Mau tercabut nyawa aku takut kena soal Polis nanti. Malu pulak, jangan citer la. Ibu dan bapaku jenis meniaga jumpa orang ramai. Kena dalam pelanggan mereka tu yang jadi saudara mara anak dara empat orang ni, memang malu tak terkira la ibu dan bapaku nanti.


      Hatiku berkata, “Sedap sekejap. Seksa berabad. Lebih baik tak payah bro. Kalau kau nak jugak main perempuan nanti kita cari yang ‘baik’ punya. Yang sanggup memberi mahkota wanitanya dengan rela hati. Batin puas. Badan pun tak sakit kena sebatan sebab caj rogol.” Terus kepala aku mengangguk tanda setuju dengan kata hatiku.


      Lalu aku terus mencari sehelai kertas kosong dan menulis di atas kertas itu, “Girls, I tinggalkan not RM100 ini untuk you all bahagi sorang sikit buat tambang teksi balik rumah nanti. Rumah ni nanti I panggil maid datang kemas. Sori sebab tak dapat hantar you all balik. I ada hal penting. See you all next time. Thanks......Zul.” Nota itu aku tinggalkan bersama duit RM100 dan aku letakkan atas meja kecil sebelah sofa Siti tidur. Aku terus keluar dari ‘rest house’ itu untuk pulang ke rumah keluargaku di Bt.10 Cheras.


     Kereta Proton Perdana V6 ku pecut laju menuju pulang ke rumah. Aku mengalah bukan kerana ‘kalah’. Tapi caranya tak kena. Lebih baik mengalah daripada dijatuhi hukuman bersalah. Peribahasa ada berbunyi, “Lambat laga asalkan menang.” Biarlah aku lambat namun tujuan aku tetap akan tercapai.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.