Home Cerpen Cinta Sambutlah Cintaku
Sambutlah Cintaku
Siti Norshimah Binti Md Yasan
11/10/2015 20:29:48
7,288
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Sambutlah Cinta

“Ahmad Affendy Aminuddin!” Suara yang memetir itu sudah cukup membuatkan 3 Bistari senyap dan diam. Masing-masing memandang kepada empunya suara. Merah padam wajah yang dipamerkan oleh Azreen. Dia memandang kepada Affendy seperti mahu menerkam rakan sekelasnya itu. Sebaliknya Affendy hanya tenang dan seolah tidak dengar akan namanya dipanggil.

“Engkau ni memang nak kena dengan aku, kan!” Sergah Azreen yang sudah pun singgah di meja Affendy. Affendy diam. Seolah kehadiran Azreen itu sedikit pun tidak memberi impak kepadanya.

“Engkau ni dengar tak aku cakap dengan kau ni?” Sudahlah dia sedang naik angin dengan apa yang terjadi dengan dirinya, tambahan pula dengan sikap Affendy yang tidak memperdulikannya. Kalau hatinya ada gunung berapi memang sah dia akan muntahkan larva yang pastinya disemburkan kepada Affendy, insan yang membuatkan dia naik angin.

“Apa kena dengan kau ni, Azreen Aisyah Ariffin? Dah buang tabiat ke? Jerit nama anak teruna orang. Tak malu ke?” Arhg!!!!! Azreen bercekak pinggang. Kecil besar dia memandang akan Affendy yang seperti orang tidak bersalah.

“Baik kau cakap. Memang kerja kau, kan?”

“Apa dia? Aku sekolah lagilah. Belum cukup umur nak kerja.”

“Kau jangan nak loyar buruk kat sini tau. Kau cakap.”

“Aku buat apa?” Tegang sahaja suara dari Affendy itu.

“Kau letakkan minyak cap kapak atas kerusi aku. Kau kenapa dengki sangat dengan aku ni. Aku tak kacau kau tau.” Ujar Azreen.

“Kau ada bukti yang aku buat ke? Jangan tuduh sebarangan. Jatuh fitnah tu.”

“Siapa lagi kalau bukan kau. Bukan ke kau tak boleh tengok orang lain senang. Engkau ni kalau satu hari tak kenakan aku memang tak sah ke?” Azreen masih lagi tidak puas hati. Affendy sering kali membuatkan darah dia naik. Kalau ada termometer diletakkan di hatinya mahu pecah termometer tu.

“Bukan akulah. Engkau salah orang ni.” Affendy mempertahankan dirinya.

“Baik kau mengaku je.” Affendy tidak mendengarkan akan kata-kata Azreen itu sebaliknya dia memandang ke tempat lain. Di dalam hatinya bagaikan mahu tergelak besar. Memang dia yang meletakkan minyak angin itu dikerusi Azreen. Mahu Azreen tak melompat sebab dia meletakkan hampir satu botol.

“Best tak?” Affendy berpaling semula kepada Azreen. Dia cuba menahan gelak. Asrul dan Nizam juga sudah tidak tahan untuk ketawa.

“Best tengkorak kamu. Nanti kau.... ada ubi ada batas....”

“Kena minyak angin terus naik atas.... hahaha...” Akhirnya Affendy ketawa juga. Begitu dengan Asrul dan Nizam. Terus berubah riak wajah Azreen.

“Hey, budak bateri 3A! Kau nampak telapak tangan aku ni? Aku hinggap kat pipi kau baru tahu.”

“Dan kau tak kenal lagi dengan genggam aku ni. kau pilih. Nak mata sebelah kanan ke sebelah kiri.” Affendy bangkit. Cuba untuk berhadapan dengan Azreen.

“Kau...” Azreen tidak boleh untuk berkata apa. Hatinya sakit dengan tindakan Affendy itu. Nasib baik dia tiada bukti nak serang mamat yang separuh perasan tu. Kalau tidak dah lama dia humban Affendy keluar tingkap. Biar dia tersangkut kat atas pokok.

“Kau Azreen Aisyah Ariffin dan aku Ahmad Affendy Aminuddin.” Sambung Affendy.

***************************************************************

“Azreen Aisyah Bin Ariffin!” Azreen tersentak. Terbang semua nostalgia dibangku sekolah. Debaran hati Azreen kian kencang. Semenjak dia mendapat kerja di syarikat Tabah Berjaya hatinya bagaikan dalam delima. Tambahan pula surat yang dilampirkan yang dia akan melaporkan diri dengan Encik Ahmad Affendy Bin Aminuddin, insan yang pernah menyakitkan hatinya.

Azreen memerhatikan gadis yang memanggil namanya. Dia menghulurkan senyuman kepada gadis itu. Dag Dig Dug! Dag Dig! Dug!.... di dalam dada.... Jantung berdebar.... Hati berbunga... Amboi!!! La.... interframe pulak lagu Aiza. Memang dah macam motor bot hatinya kini. Laju dan bagaikan melambung tinggi. Tidak pernah terlintas di fikirannya yang dia akan berjumpa semula dengan Affendy setelah 13 tahun tidak bertemu. Setelah Affendy berpindah sekolah saat melangkah ke tingkatan 4 membuatkan Azreen menghela nafas lega. Sudah tiada lagi kerja-kerja nakal terhadap dirinya.

Azreen melangkahkan kaki dengan irama yang begitu perlahan. Nak patah balik? Kalau nak kena senduk dengan umi silakanlah. Puas uminya memujuk untuk dia menerima jawatan itu. Uminya tidak mahu dia menjawat jawatan pengganggur bertauliah di rumah. Pernah juga dia memberitahu akan peristiwa silam yang membuatkan dia tidak mahu menerima kerja di Tabah Berjaya. Namun pujukan dari uminya membuatkan dia panjatkan semangat untuk menerima kerja itu.

Pintu bilik diketuk. Kedengaran suara kasar menyuruhnya masuk. Dia tidak dapat bayangkan bagaimanakah rupa Affendy kini. Tempoh hari semasa temuduga hanya Tuan Haji Aminuddin sahaja yang menjadi panelnya. Jawatan penjaga amanah memang benar-benar membuatkan dia sering tertanya-tanya. Seumur hidupnya tidak pernah dia mendengarkan jawatan itu. Berat sangatkah kerja tu? Erm... entahlah. Kalau tidak kena dengan jiwa, apa lagi angkat bendera putihlah nanti.

Azreen memulas tombol pintu dengan perlahan. Dia memberi salam saat dia melangkah masuk ke dala pejabat itu. Dia menghela nafas lega apabila wajah Tuan Haji Aminuddin yang memenuhi di ruang matanya. Hilang terus debaran dihatinya. Dia melemparkan senyuman kepada Tuan Haji Aminuddin.

“Selamat datang, Azreen.” Sapa Tuan Haji Aminuddin seraya Azreen melabuhkan punggung di hadapan Tuan Haji Aminuddin.

“Terima kasih Tuan Haji.”

“Saya minta maaf sebab anak saya cuti hari ni. Dia menjaga cucu saya.”

O.... dah kahwin rupanya mamat tu. Nasib baik.....

“Untuk hari ni saya akan bawa awak kenal dengan staff di syarikat ni. Nanti awak boleh lihat tempat kerja awak. Apa yang sana nak beritahu, tempat kerja awak ni istimewa sikit.” Berkerut dahi Azreen mendengarkan kata-kata Tuan Haji Aminuddin itu. Dah kenapa pula ni? Seram sejuk dia mendengarkan kata-kata Tuan Haji Aminuddin itu.

“Awak ada bilik khas. Bilik itu dilengkapkan dengan katil, sinki, bilik air dan dapur kecil untuk memasak.” Terbuntang mata Azreen mendengarnya. Wa.... syarikat apa pulak ni! Siap katil bagai. Nafas Azreen bagaikan terhenti. Bagaikan ada guli besar tersekat dikerongkongnya.

“Ka.... katil?” Bergetar suara Azreen saat Tuan Haji Aminuddin menyenaraikan keistimewaan di tempat kerjanya.

Meledak Tuan Haji Aminuddin ketawa. Tidak dapat dia bayangkan bagaimana reaksi Azreen yang berubah pucat. Mungkin takut dengan apa yang dikatakan olehnya. Terkutik pula rasa kasihan di sudut hatinya.

“Dah, jangan nak buat muka takut tu. Katil yang saya maksudkan adalah katil untuk cucu saya. Lagi pun tugas awak adalah menjaga cucu saya.” Ujar Tuan Haji Aminuddin yang masih dengan sisa tawanya.

Pelik! Azreen mengerut dahi seribu. Memang dia tak faham.

“Anak saya tu tak nak cucu saya di jaga pusat jagaan harian. Kalau boleh dia nak cucu saya tu depan mata dia. Dia kata kalau pengasuh tu mendera, bolehlah dia tahu sebab dekat dengan dia.” Okey, boleh diterima alasan tu. Tapi.... takkan isteri dia tak jaga. Mungkin isteri dia pun kerja juga. Telahan hati Azreen.

Azreen memerhatikan bilik kecil yang serba lengkap itu. Mesti cucu Tuan Haji Aminuddin ni perempuan. Sebab dinding dan kelengkapan kebanyakkannya berwarna merah jambu. Ringkas dan cantik. Azreen menyusun apa yang patut. Mungkin pengasuh sebelum ini begitu mementingkan kebersihan. Ianya masih lagi di dalam keadaan baik.

Azreen melabuhkan punggung di atas sofa kecil di dalam bilik itu. Hari ini dia dapat menghela nafas lega bila Affendy tiada di pejabat. Namun esok? Dia sendiri tidak tahu apakah reaksi Affendy saat mereka bertentang mata. Azreen bangkit. Dia memandang ke belakang. Dia menarik bajunya. Takut ada sesuatu di belakang baju.

*************************************************************

Bulat mata Azreen saat dia melabuhkan punggungnya. Kali ini dia tidak merasa penangan minyak angin tetapi kali ini membuatkan dia melekat di kerusi. Dia memandang kepada Shikin, teman baiknya. Dia merasa bajunya sudah basah. Tersirap darah Azreen bila dia mula rasa tidak selesa. Dia cuba untuk bangun namun dia tidak betah. Akhirnya menarik baju sekolahnya. Merah!

Azreen memandang tajam kepada insan yang sedang memandang kepadanya. Ada segaris senyuman sindir di bibir Affendy. Nafas Azreen bagaikan terhenti. Hatinya bagaikan dipejap. Jiwanya bagaikan dihentak. Kali ini tiada jeritan dari bibir Azreen namun anak mata Azreen masih lagi tidak lepas dari memandang Affendy. Akhirnya Azreen kalah. Air matanya pantas menghiasi wajahnya. Reaksi Affendy juga berubah. Linangan air mata Azreen membuatkan dia berpaling. Hatinya mula dilanda rasa bersalah.

“Dia dah melampau, Shikin.” Akhirnya Azreen meluahkan hatinya.

“Kenapa?” Azreen tidak memberitahu sebaliknya dia menunjukkan bajunya yang sudah pun dihiasi dengan warna merah.

“Masa bila pulak dia buat ni?” Shikin berpaling memandang kepada Affendy.

“Masa kita cuci perkakas lukisan kitalah. Kenapa dia suka sangat nak kenakan aku, Shikin? Apa salah aku?” Shikin mengelh kecil. Kasihan dengan apa yang menimpa sahabatnya itu.

“Sabarlah ye, Azreen. Aku tahu mesti ada sebab dia buat macam tu. Ke dia suka dengan kau?”

“Tak mungkin, Shikin. Kalau dia suka dengan aku dia takkan buat aku macam ni. Aku tak pernah kacau dia. Apa lagi aku nak ganggu hidup dia. Aku sedih, Shikin. Sampai bila dia akan buat aku macam ni?” Persoalan itulah yang membuatkan Shikin terdiam. Dia sendiri tidak tahu apakah jawapan yang boleh diberikan.

“Kalau macam ni aku boleh jadi gila, Shikin.”

Puas juga Azreen menantikan kelas 3 Bistari kosong. Nasib baik kelas Seni Lukis itu pada waktu akhir. Kalau tidak sudah tentu dia tidak dapat bangun dari tempat duduknya. Shikin masih setia menemani Azreen. Bila sudah kosong, Azreen bangkit dengan perlahan. Kali ini dia berfikir lagi. Macam mana nak naik bas kalau dalam keadaan macam ni?

“Kau okey tak ni? Ke kau nak naik teksi?”

“Aku mana ada duit, Shikin. Duit aku cuma cukup untuk tambang bas. Macam mana ni?” Air mata Azreen mengalir lagi. Dia buntu. Tidak tahu bagaimana untuk dia pulang ke rumah.

“Azreen, Shikin.” Kedua-dua gadis itu berpaling.

“Aku hantar korang balik.” Azreen memandang Affendy dengan pandangan yang tajam. Dengan riak wajah seperti tidak bersalah membuatkan Azreen bagaikan mahu menghinggapkan penumbuk sulung ke wajah Affendy.

“Dah kenapa dengan kau ni, Affendy. Tetiba je kau buat baik dengan aku ni?” Ujar Azreen dengan nada yang agak kasar. Dia kemudiannya berpaling dan tidak sedikit pun memandang semula kepada Affendy.

“Saya tahu baju awak basah, kan?” Azreen tersentak. Kali ini dia berpaling.

“Macam mana awak tahu yang baju saya basah? Jangan-jangan ini kerja awak, kan?” Berubah wajah Affendy bila mendengarkan kata-kata Azreen itu.

“Er....er...” Affendy hilang kata-kata. Dia menggarukan kepala yang tidak gatal. Kalaulah Azreen tahu yang itu memang angkaranya mahu dia kena silat cekak dengan gadis yang bernama Azreen itu.

“Saya tahu awak mesti dalam kesusahan.” Ujar Affendy.

“Atau awak rasa awak bersalah.” Kali ini Azreen menambah lagi rasa bersalah Affendy. Azreen tahu, memang itu kerja Affendy. Ianya terserlah di riak wajah Affendy.

“Tak apalah kalau awak tak nak tumpang. Aku balik dulu.” Affendy mula mengalah. Dia berpaling dan ingin melangkah.

“Affendy!” Shikin menjerit.

Langkah Affendy terhenti.

“Kami tumpang kau balik.”

“Shikin!”

“Relax Azreen. Takkan kau nak tidur kat sekolah kot? Affendy dah ajak kita. Marilah....” Shikin menarik tangan Azreen. Azreen tidak berkata apa menurut sahaja langkah Shikin. Namun sampai sahaja di kereta Azreen terhenti.

“Engkau kenapa pulak ni?” Tegur Shikin.

“Baju aku basah. Aku tak nak kotorkan kereta dia, Shikin. Tak apalah. Aku fikirkan macam nak balik nanti. Kalau kau nak balik dengan Affendy, kau baliklah.”

“La.... kau janganlah macam ni. Takkan aku nak tinggalkan kau seorang kat sini.” Azreen menggelengkan kepala.

“Aku tak naklah.” Affendy menjengahkan muka dari dalam kereta.

“Kenapa tak nak naik?” Tanya Affendy. Azreen mula rasa serba salah. Sudahlah bajunya basah dengan water colour merah. Nanti tak pasal-pasal orang kata darah haid. Oh, mengapakah ini mesti terjadi?

“Tak apalah Affendy. Aku rasa aku tunggu ayah aku petang nanti. Aku tak nak kereta kau kotor.” Sudahlah kereta mewah. Nanti sia-sia je nak bersihkan kotoran tak diundang itu.

“Ala.... tak apa. Kau masuk jelah.” Azreen menggeleng lagi. Affendy mengeluh perlahan. Dia kemudiannya keluar dari kereta dan membuka bonet kereta.

“Dah, masuk. Puas hati?” Affendy membentangkan surat khabar untuk Azreen. Azreen memandang kepada Affendy.

“Kau kenapa beria-ia sangat ni? Kau ada sembunyikan apa-apa dengan aku ke?” Affendy diam.

“Masuk jelah. Jangan banyak cakap boleh tak?” Azreen terkedu. Akhirnya dia akur. Dia masuk ke dalam perut kereta dengan riak wajah yang tidak boleh di gambarkan.

Sepanjang perjalanan Azreen menjadi pendiam. Sepatah pun dia tidak bersuara. Hanya Shikin dan Affendy yang rancak berbual. Dia memerhatikan sahaja di luar tingkap kereta. Hatinya sering kali bertanya, mengapakah Affendy terus menerus mengusiknya? Dia buntu memikirnya.

********************************************************************************

Azreen buntu untuk memikirkan apa yang akan terjadi sebentar lagi. Tangannya mula sejuk. Hatinya bagaikan laju hingga mencapai meter tahap maksima. Turun naik nafasnya bagaikan tidak boleh disukat. Kalau diletakkan di nadi tangan mahu 100 kali denyutan nadi. Abnormal rasanya.

Azreen masih setia di sofa di dalam bilik Affendy. Puas juga dia memerhatikan bilik itu untuk melihat gambar Affendy. Untung-untung boleh tengok gambar perkahwinannya. Tetapi.... gambar bunga pula yang menghiasi dindingnya. Di atas meja dipenuhi dengan fail dan kertas kerja. Yang ada cuma gambar seorang bayi yang comel.

Azreen tersentak bila pintu bili di kuak. Dia berpaling.

“Azreen Aisyah Binti Ariffin....”

“Ahmad Affendy Bin Aminuddin. Awak?” Azreen memandang kepada Affendy yang sedang mendukung anak kecil yang berusia lebih kurang 7 bulan. Betapa comelnya anak kecil itu.

“Encik Affendy.” Tegas Affendy. Ops! Lupa pulak si Affendy ni dah jadi bos.

“Sorry...”

“So... Selamat datang ke Tabah Berjaya. Ini Elisya. Duta kecil Tabah Berjaya. Jadi jawatan awak sekarang ni adalah menjaga duta kecil ni. Saya nak awak jaga dia macam mana awak jaga diri awak sendiri. Kalau saya nampak ada kesan apa-apa di badan Elisya, awak akan diberhentikan kerja. Faham?” Serius sahaja kata-kata Affendy. Tiada segaris senyuman di bibir Affendy. Elisya diserahkan kepada Azreen.

“Hai sayang...”

“What?”

“Eh, tak... maksud saya, Elisya.” Cepat sahaja Azreen menggeleng.

“O.... ingatkan untuk saya.” Eleh.... perasan sangat.

“Gerammnyyaa.” Azreen mencubit pipi Elisya.

“Excuse me?”

“Bukan.... ini pipi Elisya geram sangat.”

“Ingat geram dengan saya.”

“Tak ada maknanya.” Perlahan sahaja suara Azreen.

“Okey, awak kerja dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang bergantung waktu kerja saya. Kalau lambat saya kerja lambatlah awak balik. Sebelah ni bilik Elisya. Di situlah pejabat awak. Kalau ada apa-apa awak boleh panggil saya.” Terang Affendy.

“Baiklah, Encik Affendy.” Bagaikan kekok untuk dia memanggil Affendy dengan panggilan Encik. Sedangkan sewaktu dibangku sekolah dia sering kali memanggil Affendy dengan panggilan ‘Budak Bateri 3A’.

“And one thing..... saya akan perhatikan awak. Kalau awak dera dia, tahulah apa yang saya akan buat dengan awak.” Azreen mengganggukkan kepala dengan laju.

Elisya yang berada di dukungan Azreen tidak meragam. Dia sentiasa tersenyum saat Affendy senantiasa mengagahnya.

“Erm.... dia dah kenyang. Sebelum ke pejabat saya dah berikan dia susu. Pampers dia pun saya tukar. Nanti pukul sepuluh awak boleh mandikan dia. Dan berikan dia makan. Pandai-pandailah awak memasak. Semuanya ada di pantry.” Azreen menelan air liurnya. Nah, akhirnya jadual kerja sudah diberikan.

“Pukul dua, awak tidurkan dia. Sila pastikan dia selesa tidur. Dan saya nak awak jaga dia baik-baik. Boleh?”

Azreen mengangguk lagi.

“Sila jaga dia macam mana awak jaga diri awak sendiri. Faham tu?” peringatan itu membuatkan Azreen bersuara.

“Baik, Encik Affendy.”

“Sudah, awak dah boleh pergi.” Azreen berlalu tanpa berkata apa. Sebelum itu mahu sahaja dia ingin beramah mesra dengan Affendy. Namun bila melihatkan sambutan Affendy yang tegas dan serius dia matikan angan itu. Baru sahaja untuk dia bertanyakan khabar. Kalau macam ni sambutan dia, Azreen mula menghela nafas lega.

O... Belum boleh lagi nak tarik nafas lega. Kalau dia buat perangai macam kat sekolah macam mana? Azreen mula rasa tidak senang hati. Elisya diletakkan di dalam baby court. Pada mulanya dia terkejut bila Tuan Haji Aminuddin berkata tentang katil. Bila dia memandang kepada baby court mahu sahaja dia tergelak. Setelah memastikan Elisya selesa di dalam baby court itu dia segera ke pantry untuk memasak bubur buat si kecil. Sambil memasak mataya sesekali memandang kepada Elisya yang sedang leka bermain little bearnya.

Jam telah pun menginjak ke pukul 2.00 petang. Perutnya mula terasa lapar. Ah, zohor tak lagi ni. Elisya sudah pun terlena. Takkan nak tinggalkan dia? Azreen menjenguk ke pejabat Affendy. Kosong. Dia mengeluh kecil. Akhirnya Azreen mengambil keputusan untuk solat zohor sementara Elisya enak di buai mimpi.

Usai bersembahyang zohor, pintu biliknya diketuk. Azreen tersentak dan segera dia membuka pintu. Takut jika mengejutkan Elisya.

“Encik Affendy,” Tegur Azreen apabila melihatkan Affendy berada di muka pintu sambil membawa makanan.

“Maaf, awak tengah solat ke?”

“Dah habis dah. Ye, ada apa Encik Affendy?”

“Saya tahu awak lapar. Saya ada bawakan makanan untuk awak. Jadi awak makanlah.” Affendy menghulurkan plastik yang berisi makanan kepada Azreen.

“Awak makanlah dulu. Saya boleh jaga Elisya.”

“Eh, tak apa. Saya boleh makan sini. Encik Affendy boleh sambung kerja Encik Affendy.”

“Betul ni?” Affendy seperti serba salah. Hatinya saat itu bagaikan dilonjak untuk berbual dengan Azreen. Namun dia sedar kenangan lalu antara dia dan Azreen mana mungkin gadis itu akan memaafkan dia. Dia sering kali ingin bertanya khabar Azreen namun kedinginan Azreen itu membuatkan tembok untuk dia kunci akan kata-kata.

Akhirnya Affendy kalah. Dia kemudiannya meninggalkan Azreen dan berlalu menuju ke pejabatnya.

“Marah lagikah dia pada aku?” Hati kecil Affendy mula bersuara.

Azreen mencapai Elisya saat Affendy melangkah masuk ke dalam pejabat. Namun hati Azreen bagaikan terdetik. Melihatkan Elisya yang tidak bermaya itu segera dia menghinggapkan tangan di dahi anak kecil itu.

“Encik Affendy, Elisya demam ni.” Ujar Azreen dengan perasaan yang tidak senang.

“Hah?! Demam? Patutlah saya beri dia susu dia tak nak.”

“Panas badan dia ni Encik Affendy.”

“Okey, macam ni. Saya letak dulu beg saya. Kita ke klinik. Awak tunggu sini.” Bergegas Affendy masuk ke dalam pejabatnya dan kemudian keluar kembali.

Namun belum sempat Affendy dan Azreen melangkah pergi, mereka di datangi oleh seseorang membuatkan mereka terhenti.

“Argh!!! Apa lagi ni?” Affendy bagaikan tidak keruan.

“Engkau nak apa lagi ni Sarah? Tak puas ke apa yang kau dah buat dengan aku?”

“Please Fendy. I tahu yang I salah. I tak usul periksa dulu.” Apa pula ni? Azreen memandang sekilas kepada Affendy. Aduh, ada drama swasta free pulak kat sini. Orang lagi nak cepat ni.

“Sorry, aku nak cepat. Dah berapa kali aku cakap dengan kau, Sarah. Jangan nak ganggu lagi. Engkau juga yang minta semua ni. So, lepaskan aku.”

Tiba-tiba Sarah memandang kepada Azreen dengan pandangan yang tajam.

“Who is she?” Tunding Sarah dengan angkuh.

“My beloving wife. Why?” Azreen tersentak. Pulak dah, kenapa pulak termasuk dalam cerita drama ni?

“No!”

“Bukan!” Azreen menggeleng.

“Sorry, aku nak cepat. Anak aku demam. I have to go now. Cepat sayang.” Affendy berlalu tanpa sebarang kata lagi. Azreen mahu sahaja membuka mulut untuk menceritakan hal yang sebenar. Namun langkah Affendy itu membuatkan dia cuma menurut.

“Affendy!” Sarah menjerit dengan perasaan yang marah. Sakit hati dia dengan reaksi Affendy itu.

Azreen hanya diam membisu sepanjang berada di dalam klinik. Dia hanya menjadi pemerhati sahaja. Mahu ditegur, dia takut. Ingin ditanya lagilah pulak. Silap haribulan mahu dia kena hambur.

“Tanya sahaja apa yang awak nak tanya.” Kata-kata Affendy itu membuatkan Azreen tersentak. Dia memandang kepada Affendy. Hish! Dia ni macam tahu je apa yang kita fikir. Affendy berpaling dan memandang kepada Azreen. Pandangan mata mereka betaut. Azreen cepat mengalihkan pandangan matanya.

“Tak apa kalau tak nak cerita.”

“Dia tinggalkan saya.” Ringkas sahaja kata-kata yang terbit dari bibir Affendy. Azreen mengangguk. Dia tidak mahu bertanya lagi. Dia takut dikatakan ambil tahu hal orang lain. Dia tahu hak peribadi adalah hak masing-masing. Azreen juga tidak berharap yang Affendy akan menceritakannya.

“Awak kahwin dengan saya.” Terbuntang mata Azreen mendengarkan kata-kata Affendy itu. Zup! Dia memandang kepada Affendy. Gila apa ke dia ni?

*****************************************************************************

Seluruh warga Sekolah Menengah Dato’ Bentara Dalam tersenyum dengan dan ada yang tertawa saat Azreen berlalu. Azreen diselubungi dengan tanda tanya. Pelik. Saat dia berlalu ada pula yang berbisik dan ketawa. Dia menarik bajunya. Mana tahu kalau-kalau bajunya ada tompokan merah. Tak adalah pula. Ini mesti ada sesuatu yang tak kena. Azreen terus masuk ke dalam kelas saat loceng rehat berbunyi.

“Shikin, tadi aku balik dari kantin semua orang ketawakan aku. Ada yang bisik-bisik dan ada juga yang mengejek aku.”

“La.... Kenapa pulak?” Azreen mengangkat bahu.

Namun tidak lama kemudian 3 Bistari dihiasi dengan gelak tawa.

“Berani kau, Azreen. Tahniah. Aku nak isi borang boleh tak ? ” Azreen terpinga-pinga bila dia didatangi oleh Farish. Dia memandang kepada Farish yang tersenyum memandang kepadanya.

“Entah siapa yang nak berkahwin dengan dia agaknya.” Kata-kata Affendy itu membuatkan Azreen benar-benar merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengannnya.

“Shikin, ada yang tak kena dengan aku ke?” Tanya Azreen.

Shikin menjadi pemerhati seketika. Kemudiannya dia tahu mengapa semua pelajar mentertawakannya. Shikin menarik sekeping kertas dari belakang.

Terkejut Azreen apabila melihatkan kertas yang tertulis ‘PINANGLAH SAYA’. Memang tak serik-serik agaknya si Affendy ni. Azreen tahu akan sememangnya angkara Affendy. Sebab tadi Affendy ada menolaknya sebelum keluar dari kelas. Kali ini Azreen tidak mahu kalah. Dia berlalu ke meja Affendy.

“Aku akan pastikan kaulah orangnya yang akan pinang aku.” Terdiam Affendy dengan kata-kata Azreen itu. Azreen tersenyum bila dia merasa lega dengan serangan kata-katanya itu.

“Padan muka dia.” Shikin tertawa.

“Berani kau cakap macam tu dengan dia, Azreen.”

“Biar dia rasa. Mulai dari sekarang ni aku tak akan takut dengan dia. Apa? Dia ingat dia besar sangat? Aku takkan sesekali kalah dengan dia.”

“Bagus tu Azreen. Aku sokong kau.” Ujar Shikin.

“Apa? Dia ingat dia besar sangat?” Azreen menjuihkan bibirnya. Gelihati juga dia melihat akan perubahan wajah milik Affendy tadi. Kali ini biar Affendy pula yang meletup termometernya. Hahaha....

Azreen menjadi takut saat Affendy memandangnya dengan pandangan yang tajam. Azreen cuba untuk mencari tempat untuk melarikan diri dari pandangan tajam milik Affendy itu. Namun gagal. Ke mana sahaja dia pergi Affendy tetap dengan pandangannya.

Kali ini Affendy pula yang bertandang di meja Azreen. Azreen kelihatan tidak senang duduk. Shikin juga begitu. Mamat ni kalau dah sampai tahap kronik mahu dia mengapa-apakan si Azreen ni.

“Okey, kalau itu kau cakap, Azreen aku nak pastikan yang kau akan terima.” Kali ini Azreen pula yang terdiam. Kata-kata itu membuatkan Azreen hilang kata-kata. Nak hidup bersama dengan Affendy? NO WAY! Budak paling nakal dalam sekolah siapa nak? Tapi.... nakal-nakal dia pun dia seorang pelajar yang paling cerdik di dalam kelas. Pelik. Entah ilmu apa yang digunakannya.

****************************************************************************

“Dengar tak apa yang saya cakap ni?” Azreen tersentak. Dia memandang kepada Affendy dengan sekilas. Affendy kini lebih matang dan kacak. Dia akui pertama kali dia bertemu dengan Affendy bulan lepas dia tertarik dengan Affendy. Namun dia tahu, Affendy bukanlah miliknya.

“Saya nak ke tandas sekejap.” Azreen tidak menjawab akan persoalan Affendy namun sebaliknya dia meminta izin untuk ke tandas.

Hati Azreen bagaikan melonjak tinggi. Debarannya kini bagaikan lagu mencecah 180 km/j. Dia menampar lembut pipinya. Mimpikah aku? Bagaimana pula dengan Sarah? Wanitanya yang ditemuinya tadi? Tidak, Affendy adalah milik Sarah.

‘Aku tidak mahu menjadi orang tengah. Aku tidak mahu melukan hati orang lain.’

Azreen keluar dari tandas dan kemudiannya dia sedar Affendy dan Elisya sudah tiada di perkarangan menunggu. Dia segera ke kaunter pertanyaan.

“Dik, nak tanya. Lelaki dengan ada budak kecil tadi dah balik ke?” Tanya Azreen.

“Belum lagi kak. Rasanya doktor tak panggil dia lagi. Tapi saya ada lihat dia keluar tadi. Oh, ya. Dia ada pesan tadi. Dia kata dia akan datang balik nanti.” Azreen menganggukkan kepala dan kemudiannya dia kembali duduk.

Tidak lama kemudiannya dia terpandang akan Affendy yang sedang mendukung Elisya dan membawa bungkusan paper bag. Entah mengapa saat dia memandangkan Affendy hatinya kembali bergetar dengan volume yang sangat tinggi. Walau pun Affendy sedang mendukung Elisya namun lelaki itu tampak tampan.

“La.... ke mana Encik Affendy pergi. Kenapa tak tunggu saya je.”

“Nah, untuk awak. Kalau saya tunggu lagi lepas ni silap haribulan awak salahkan saya pulak.” Azreen mencapai paper bag dari tangan Affendy. Dia menjengah isi di dalam paper bag itu. Serta-merta wajahnya berubah. Merah menahan malu dan saat itu dia tidak tahu di mana untuk dia sorokkan mukanya. Mesti ramai yang memerhatikannya semasa dia pergi ke kaunter pertanyaan tadi. Sudahlah dia memakai baju terang.

“Pergilah tukar cepat. Nanti lagi teruk pulak.” Azreen akur.

Keperluan yang diperlukan semuanya ada. Di dalam hati Azreen memanjat kesyukuran dengan keprihatinan Affendy. Azreen kemudiannya bangkit semula untuk ke tandas. Aduh! Macam mana pulak boleh tak perasan ni? Azreen mula menyalahkan dirinya. Betapa malunya Azreen saat dia terpandangkan tompokan kecil berwarna merah.

Azreen tidak menunggu lama. Dia kemudiannya menukar baju yang sememangnya sesuai dengan sosok tubuhnya. Cantik. Puji hati Azreen. Walau pun hanya berbaju kurung cotton English namun menarik pandangan Azreen. Pandai betul dia memilih. Kali ini Azreen yakin dengan dirinya. Dia keluar tidak lama kemudian. Kasihan pula dia dengan Affendy. Mungkin lelaki itu sudah menantinya.

“Terima kasih, Encik Affendy.” Ujar Azreen saat dia melabuhkan punggung di sebelah Affendy.

Affendy kaku. Tiada sebarang balasan dari Affendy. Affendy kaku dengan penampilan Azreen itu.

“Encik Affendy?” Azreen melambaikan tangan betul-betul di ruang mata Affendy yang membuatkan Affendy tersentak.

“Jom balik. Insyaallah.... Elisya tak ada apa-apa.” Ujar Affendy menutup rasa malunya.

Sepanjang perjalanan pulang Azreen hanya mendiamkan diri. Dia masih teringatkan akan soalan yang diajukan oleh Affendy tadi. Dia berharap yang Affendy akan dapat melupakan soalan yang pernah ditanya.

“Macam mana?” Tiba-tiba Affendy bersuara memecah keheningan tengahari itu.

“Maksud Encik Affendy?”

“Dengan apa yang saya tanya tadi?”

“Tak faham.”

“Tak faham. Tak apa. Lepas ni awak akan faham. Terutama sekali bila awak akan terima panggilan dari keluarga awak.” Zup! Sekilas itu Azreen memandang kepada Affendy. Cuba untuk dia mencari kebenaran.

“Apa ni?” Affendy menjawab pertanyaan Azreen dengan senyuman tanpa jawapan.

“Please.... saya tak faham. Encik Affendy jangan buat saya macam-macam.”

“Nanti bila sampai masanya saya akan buat awak macam-macam.” Kata-kata bersahaja itu membuatkan Azreen tersentak. Lehernya bagaikan dijerut. Nafasnya bagaikan terhenti seketika.

“Fikirkan Sarah, Encik Affendy. Dia berhak untuk Encik Affendy.”

Kali ini Affendy terdiam. Dia memandang kepada Azreen.

“Walau apa pun, keluarga awak dah setuju.” Kali ini Azreen terkjut buat kali kedua.

“Saya tak faham. Walau pun keluarga dah setuju tak bermaksud saya juga bersetuju. Jangan lupa, saya juga ada hak dalam soal ni.”

“Saya tahu yang awak sukakan saya. Saya tahu awak rindukan saya, kan?” Azreen tidak tahu untuk berkata apa. Memang benar apa yang telah diucapkan oleh Affendy.

“Tidak!”

“Awak bohong.”

“Saya tak layak. Encik Affendy ada Elisya dan Sarah.”

“Tapi saya tak ada awak. Awak dah lupa apa janji awak?”

“Saya tak pernah berjanji.”

“Awak berjanji yang suruh saya meminang awak, kan? Saya sudah lunaskan janji tu. Kali ini janji awak pulak. Awak akan terima pinangan saya.”

“Itu awak yang cakap. Bukan saya.” Kenangan yang pernah menerjah di fikirannya membuatkan dia kembali kepada kenangan silam.

“Dan awak juga yang minta saya pinang awak.” Mati lagi kata-kata Azreen.

“Saya akan pastikan yang awak akan terima saya. Takkan awak nak musnahkan harapan orang tua awak?” Kali ini air mata Azreen yang mengalir. Tiada jawapan dan sebarang kata dari bibirnya.

Affendy terkejut dengan tindakan Azreen itu. Sumpah! Bukan niatnya untuk melukakan hati Azreen. Niatnya baik. Dia cuba untuk menebus segala kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini. Memang sebelum ini dia sering mengusik Azreen. Namun usikan itu terselit dengan rasa suka. Dia memang suka kepada Azreen semenjak di bangku sekolah lagi. Bila dia mendapat tahu bahawa ayahnya bersahabat baik dengan Azreen membuatkan dia memasang angan.

“Kenapa Encik Affendy buat saya macam ni?”

“Buat apa? Salah saya ke kalau saya pinang awak? Awak bukannya isteri atau tunangan orang. Saya tak buta, Azreen.” Azreen tidak tahu untuk berkata apa lagi.

Kini, dia cuma merelakan apa yang bakal terjadi di kemudian hari. Dia sudah tidak malas untuk bersoal jawab dengan Affendy. Dia tahu, dia selalu kalah dengan lelaki itu. Akhirnya diam tanpa suara. Elisya yang sedang lena diusapnya lembut. Air matanya tumpah lagi.

Semenjak peristiwa itu Azreen ingin sekali untuk tidak bertemu dengan Affendy. Namun itu semuanya tidak mungkin kerana Affendy adalah majikannya. Mana mungkin untuk dia mengelak dari lelaki itu. Sikap dingin dari Azreen itu membuatkan Affendy bergolak rasa. Affendy tekad. Dia mengetuk pintu bilik Azreen.

“Encik Affendy?” Terkejut Azreen dengan kedatangan Affendy itu. Kelihatan Affendy begitu tidak bemaya.

“Abang nak masuk sekejap. Biar abang jaga Elisya. Abang tak larat ni.” Abang? Terkedu denga kata-kata Affendy itu. Dia membiarkan Affendy masuk.

“Sekejap. Habis saya? Takkan saya nak duduk sini?” O.... tidak. Nanti apa pula orang kata. Sudah pulak tu. Tak ada ikatan. Mahu kena mangguk dengan umi.

“Tak apalah. Azreen pergi makan dulu. Tak lama. Abang dapat tidur sekejap pun jadilah.” Affendy membuka tali lehernya. Kemudiannya dia merebahkan badan di atas tikar yang sememangnya disediakan untuk Elisya bermain.

Azreen terkejut buat kali kedua. Kali ini Affendy memanggilnya dengan panggilan nama. Pelik. Dia memandang kepada Affendy yang sudah pun tertidur. Memang nampak dia tidak bermaya. Teruk sangatkah dia bekerja? Azreen meninggalkan Affendy dan Elisya yang sedang lena dibuai mimpi. Dia kemudian menuju di meja Salina.

“Kalau ada apa-apa kau telefon aku. Aku nak pergi makan sekejap. Elisya tengah tidur dengan Encik Affendy.” Salina mengangguk.

Saat Azreen ingin melangkah keluar dari pejabat dia tertembung dengan Tuah Haji Aminuddin. Dia memberi salam dan melemparkan senyuman.

“Azreen nak keluar makan ke?” Tanya Tuan Haji Aminuddin.

“Ye, Tuan haji. Elisya dengan Encik Affendy ada dalam bilik tengah tidur. Tak manis pula saya ada sama. Lagi pun saya keluar tak lama.” Terang Azreen.

“Jom, saya temakan Azreen makan. Lagi pun saya ada sesuatu yang nak beritahu dengan Azreen.” Kali ini Azreen mula dilanda gelisah. Fikirannya penuh dengan teka-teki. Ingin ditolak dia tidak betah. Akhirnya Azreen akur. Dia menurut Tuan Haji Aminuddin dari belakang.

Balik sahaja dari makan tengahari, niat di hati Azreen ingin masuk semula ke bilik namun bila melihatkan Affendy masih lagi lena dia mematikan langkah. Dia menjengah di dalam bilik itu. Ternyata Elisya sudah bangun dan sedang menangis. Dah sah tidur mati majikan aku ni. Azreen tekad. Dia perlu untuk masuk ke dalam bilik itu memandangkan Elisya yang sedang menangis kuat. Dengan langkah perlahan untuk dia cuba untuk mencapai Elisya, namun belum sempat dia mencapai Elisya sudah jatuh tidak sedarkan diri.

Azreen membuka matanya saat dia mula tersedar. Dia kemudiannya meraba perlahan kepala yang menyebabkan dia jatuh pengsan. Azreen memerhatikan di segenap penjuru bilik yang begitu asing buatnya. Di manakah aku?

Barulah Azreen sedar dia dipukul sebelum dia jatuh pengsan. Tapi siapa? Kini saat dia tersedar barulah dia merasa sakitnya. Kepalanya masih lagi berpusing. Dia cuba untuk bangun dari katil. Namun dia teduduk semula. Azreen masih lagi memerhatikan di sekeliling bilik itu. Baru dia sedar dia kini berada di hospital. Azreen melirik jam dinding. Hampir satu pagi. Perutnya terasa lapar. Azreen menekan interkom untuk memanggil jururawat.

Tidak lama kemudiannya, seorang jururawat melangkah masuk ke dalam biliknya ditemani oleh Affendy? Sudah... apa pula dia buat di hospital tengah malam buta ni?

“Nurse saya lapar.” Hanya itu yang mampu dia luahkan ketika itu. Jururawat itu tersenyum. Apabila melihatkan Affendy di sebelah dia mula rasa serba salah.

“Tak apalah. Abang pergi beli dulu. Azreen dulu rehat dulu. Nak makan apa?” Tanya Affendy perlahan. Azreen terpinga-pinga bila Affendy membiasakan diri sebagai ‘abang.’

“Tutu mulut tu. Masuk lalat nanti.” Terus sahaja Azreen menutup mulutnya. Malu pula bila Affendy menegurnya.

“Nak makan apa?”

“Apa-apalah. Tak kisah.” Sebenarnya dia tidak mahu menyusahkan Affendy. Melihatkan wajah Affendy yang begitu keletihan membuatkan dia tidak sampai hati untuk menyuruh Affendy pergi membeli.

Lima belas kemudian Affendy membuka pintu bilik dengan ditemani oleh seorang jururawat. Cepatnya dia beli. Berlari ke apa mamat ni? Tercuit dengan keprihatinan Affendy itu membuatkan Azreen menyambut bungukusan makanan dengan melemparkan sebuah senyuman.

“Kenapa tak balik lagi?” Pertanyaan Azreen itu benar-benar membuatkan Affendy terdiam. Ah, perlukah untuk berterus terang? Ya atau tidak sahaja jawapannya.

“Tak mengapalah. Abang tunggu Azreen kat luar. Kalau ada apa-apa Azreen panggil abang.”

“Itu bukan jawapannya. Saya tanya, kenapa Encik Affendy tak balik lagi? Saya tak ada apa-apa Encik Affendy. Saya okey. Encik Affendy baliklah. Kesian dengan Elisya. Mesti dia cari Encik Affendy.”

“Elisya ada dengan nenek dan atoknya. Abang tak sampai hati nak tinggalkan Azreen.” Yang sebenarnya Affendy merasa bersalah. Dialah yang memukul Azreen dari belakang. Dia fikirkan ada orang yang ingin membawa lari Elisya. Dalam keadaan separuh sedar dari tidur terus dia memukul empunya yang hampir menyambut Elisya. Bila saat Azreen rebah di hadapannya baru dia tahu dia sudah tersalah pukul.

“Azreen dah okey ke? Abang risaulah. Kita buat scan nak?”

“Dahlah Encik Affendy. Jangan nak macam-macam. Saya okey. Kena ketuk sikit je. Hilang bengkak baiklah dia. Encik Affendy baliklah. Dah macam tak terurus saya tengok.”

“Eh, nanti sekejap.” Perbualan mereka terhenti. Masing-masing memandang kepada jururawat yang masih berada di dalam bilik itu.

“Encik ni siapa sebenarnya?”

“Dia majikan saya, Nurse.”

“Tapi dia kata suami puan.” Cepat-cepat Azreen menggelengkan kepala.

“Bukan!” Jururawat yang memakai tanda nama Yati tu memandang kepada Affendy. Affendy tersenyum seperti kerang busuk.

“Hehehe.... jangan marah Cik Yati. Yang sebenarnya memang saya majikan dia. Tapi, kami dah bertunang. Tak lama lagi kami akan berkahwin. Sumpah makan satay 10 cucuk. Aci tak alasan tu?”

“Encik, encik tak boleh tinggal sini. Saya nasihatkan baik encik balik. Patutlah beria-ia nak saya temankan. Rupa-rupanya belum kahwin lagi.”

“Encik Affendy ni jangan bagi malu saya boleh tak? Baliklah Encik Affendy. Kalau Encik Affendy tak balik mahu saya jatuh pengsan buat kali kedua nanti.”

“Okey.... okey..... Esok saya datang dengan Elisya.” Terang Affendy. Affendy melangkah keluar. Namun sebelum keluar dari bilik itu dia terhenti. Dia memandang kepada Azreen.

“Azreen, sayang Elisya tak?”

“Sayang.”

“Azreen, sayang Elisya tak?” Kali ini Azreen berpaling. Pekak barangkali mamat ni.

“Sayang....”

“Azreen, sayang Elisya tak?”

“Sayang....” wajah Azreen mula berubah. Main-mainlah pulak.

“Azreen, sayang saya tak?”

“Ye.... Sayang....sayang....”

“Yes! Azreen sayang abang!” Terkedu seketika Azreen mendengarnya. Argh!!!! Dalam diam dia telah dikenakan. Dengan pantas Affendy keluar dari bilik itu.

Argh!!! Boleh sakit semula rasanya. Merona wajah Azreen ketika itu. Kalaulah Affendy boleh melihat akan wajahnya ketika itu mahu dia digelakkan.

“Saya rasa dia sayangkan puan.” Azreen terdiam dengan kata-kata Yati itu.

“Maksudnya?”

“Semenjak dari puan masuk hospital tak senang duduk saya tengok. Makan pun tidak. Gelisah je. Tapi bila puan panggil saya tadi, terus berubah muka dia. Terus ceria dan tersenyum. Beruntung kalau puan dapat suami seperti dia.”

Azreen mengamati akan kata-kata Yati itu. Beruntungkah aku? Tetapi dia tidak pernah lupa dengan apa yang telah dilakukan oleh Affendy di bangku sekolah. Dia tidak yakin Affendy serius akan perhubungannya. Hubungannya dengan Affendy adalah berdasarkan seorang majikan dan pekerja. Tidak lebih dari itu. Lagi pun masakan dia mahu meruntuhkan hubungan Affendy dan Sarah? Dia tidak mahu menjadi orang ketiga!

Azreen kembali semula bekerja setelah diberi rehat selama seminggu. Dia melangkah perlahan menuju ke biliknya. Sudah seminggu dia meninggalkan bilik itu namun bilik itu kelihatan kemas. Ah, mungkin sudah ada orang lain yang menjaga Elisya. Telahan Azreen.

“Hai,” Azreen berpaling. Wajah Sarah mula berada di hadapannya. Dia memandang sekeliling. Mana tahu Sarah datang bersama-sama dengan Affendy. Namun bila dia gagal melihat kelibat Affendy, baru dia tahu yang Sarah berseorangan.

“Ye, Cik Sarah. Ada apa yang boleh saya bantu? Nak cari Encik Affendy ke? Dia masih belum masuk pejabat lagi.”

“Saya nak cari awak.” Ah, kenapa pulak ni? Bala mana pula yang datang bergolek ni?

“Maafkan saya?”

“Saya datang nak cari awak.”

“Maafkan saya, Cik Sarah. Saya memang tak ada apa-apa hubungan dengan Encik Affendy. Saya sumpah, Cik Sarah.” Bergetar suara Azreen saat dia berhadapan denga Sarah. Wajah Sarah yang bengis itu benar-benar membuatkan dia takut. Baru sahaja nak melangkah masuk kerja setelah seminggu cuti sakit takkan nak sambung cuti sakit lagi?

“Hai, belum apa-apa lagi awak dah mengaku? Saya tak cakap apa lagi awak dah beritahu?”

“Saya tahu yang Cik Sarah buah hati Encik Affendy. Saya memang tak ada apa-apa hubungan dan hati dengan dia. Saya merayu Cik Sarah.”

“Macam mana saya nak percaya dengan awak. Saya tak percaya.” Aduh! Macam mana ni?

“Betul. Percayalah cakap saya, Cik Sarah.”

“Saya tak percaya.” Kali ini Azreen tekad.

“Baiklah, saya akan ambil keputusan berhenti dari syarikat ini.” Itulah yang boleh dia pertaruhkan.

“Aku nak tanya dengan kau. Kau sayang dengan Elisya ke?” Azreen mengangguk.

“Tapi kalau itu yang boleh buat hubungan Cik Sarah dengan Encik Affendy pulih sedia kala saya rela berundur.”

“Kalau kau sayang dengan Elisya kenapa awak nak berundur. Awak bukannya bercinta dengan Elisya.” Kelu lidah Azreen saat Sarah bersuara.

“Aku nak tanya kau. Kali ni aku nak kau jawab dengan jujur. Kau sayang dengan bapa saudara Elisya?” Azreen mengerutkan dahinya. Bapa saudara Elisya? Siapa pulak bapa saudara Elisya ni?

“Aku tanya ni, jawablah.” Gertak Sarah.

“Ye!” Ah, bantailah. Janji aku lepas. Buat dia tanya tentang Affendy, susah pulak nanti.

“What?” Tersentak Azreen saat mendengarkan suara Sarah yang nyaring itu.

“Tak!” Azreen menggelengkan kepala.

“No! Kau suka dengan dia.” Aduh peninglah. Dia ni nak pekenakan aku ni? Mana pulak si Affendy tak masuk lagi?

“Cakap!”

“Ya! Tak! Eh, Tak tahu!” Kali ini tiada suara nyaring dari Sarah sebaliknya hilaian tawa yang panjang Hish! Awek Affendy ni gila ke apa?

“Mana satu jawapan awak ni?” Azreen terdiam. Dia tunduk.

“Awak rasa Affendy sayangkan awak ke?” Azreen terdiam lagi. Dia sendiri tiada jawapan. Dia buakan Affendy. Kalau dia seorang sahaja yang menyukai dan menyintai Affendy sedangkan Affendy tidak, alangkah malunya dia.

“Saya tak tahu.”

“Awak, pandang mata saya.” Azreen masih lagi kaku.

“Saya cakap dengan tunggul ke? Saya kata pandang mata saya.” Kali ini Azreen akur.

“Awak cakap dengan saya, sejujurnya. Awak sayangkan Affendy?” Entah mengapa pertanyaan itu membuatkan Azreen menitiskan air mata. Dia tidak dapat berkata apa. Bibirnya terkunci. Ya, dia menyintai dan menyayangi Affendy. Namun dalam masa yang sama dia juga tidak mahu menguriskan hati Sarah.

“Ya, aku sudah tahu jawapannya. Kau sayangkan Affendy, kan?”

“Maafkan saya Cik Sarah.”

“Nak buat apa minta maaf? Awak tak salah dalam hal ni. Lagi pun memang Affendy dah lama sayangkan dan cintakan awak. Satu hari kalau tak sebut nama awak memang tak sah.” Azreen memberanikan diri memandang kepada anak mata Sarah.

“Awak beruntung, Azreen. Mendapat lelaki seperti Affendy. Ya, memang semasa di bangku sekolah dia selalu menaikkan darah awak, kan. Tapi semua tu sebab dia sukakan awak. Bila dia pindah sekolah dia seperti mencari. Mencari awak. Dia rindu dengan jeritan yang awak selalu buat bila dia buat perkara gila-gila.”

Azreen mengerutkan dahinya. Dia benar-benar tidak faham.

“Awak sayangkan Affendy kan?” Azreen mengangguk perlahan. Kali ini kalau Sarah nak kata apa pun dia tak kisah. Lagi pun Sarah cuma bekas kekasih Affendy.

“Yes! Affendy!!!” Kali ini Azreen seperti terpinga-pinga.

“Akhirnya!!!!” kedatangan Affendy itu benar-benar memberi kejutan kepada Azreen.

“Thanks Sarah. You do a great job.” Apa ni? Senyuman Affendy separuh sini membuatkan hati Azreen tidak keruan.

“Apa ni Encik Affendy? Kita bukan di bangku sekolah. Jangan nak buat lawak antarabangsa kat sini boleh tak? Apa semua ni?” Azreen benar-benar terpukul dengan apa yang telah Affendy lakukan.

“Azreen, abang benar-benar sayang dan cintakan Azreen semenjak dari bangku sekolah lagi. Abang cuba untuk menepis perasaan abang tetapi abang tak boleh melupakan Azreen. Tambahan lagi dengan perpindahan abang. Sukar nak gambarkan perasaan abang masa tu.”

“Saya tak layak. Saya tak nak dikatakan perampas kekasih orang. Saya mohon maaf, Encik Affendy. Lepaskan saya.” Rayu Azreen.

“Tidak, abang tidak akan lepaskan sayang walau apa pun yang terjadi. Lagi pun kesian dengan Elisya. Mesti dia mencari Reen. Lagi pun abang nak sangat anak bersama-sama dengan insan yang abang cinta.” Azreen memandang kepada redup mata Affendy.

“Terimalah Affendy, Azreen. Dia benar-benar cintakan awak. Lagi pun penatlah saya nak berlakon lagi. Inilah! Idea Affendy sampai saya pun terheret sama.” Azreen tersentak.

“Jadi... Cik Sarah....”

“Saya kawan Affendy. Kawan sekolej dulu. Saya dah kahwinlah Azreen. Tu... suami saya. Dia pun saya tumpang sekaki dalam hal ni. Dia memang nakal. Sampai sekarang tak habis-habis dia nak kenakan awak.”

Azreen tersenyum tawar.

“Ye, memang dia suka menyakat saya. Memang suka mengusik saya. Suka mengenakan saya. Dan saya pasti dia juga mengenakan saya dengan panggilan tunang dan abang. Saya tidak pernah nak mengharapkan apa-apa dari dia.” Kali ini Affendy terpampan.

“Maafkan abang, sayang. Memang tidak ada niat abang nak lukakan hati Reen.” Reen? Macam pelik je bunyinya. Reen? Macam best pula bila dia mendengarkan nama itu meniti di bibir Affendy.

“Habis semua ni apa?”

“Memang abang bersalah. Abang banyak menyakitkan hati Reen. Abang berjanji. Kali ni abang tak nak kenakan Reen. Tapi tak salahkan kalau abang usik Reen, kan? Nak tengok bukti. Nah, ini yang pertama.” Affendy menyerahkan sampul surat berwarna peach lembut itu. Dengan perlahan Azreen menyambut sampul surat itu.

Azreen membuka sampul surat dengan perlahan. Kad jemputan kahwin. Dia melirik kad jemputan yang memang menarik perhatiannya. Apa? Terbuntang mata Azreen bila melihat isi kad jemputan itu.

Walimatul Urus

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Sekapur sirih seulas pinang, Buat pemanis pembuka bicara

Kami,

Tuan Haji Ariffin Bin Fahmi dan Hajjah Aisyah Sofea Binti Abinsah

Serta

Tuan Haji Aminuddin Bin Akmal Dhani Serta Hajjah Zulaikha Binti Saharuddin

Dengan lafaz tahmid memuja Illahi

Kami setulus ikhlas mempersilakan

Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Doktor/ Tuan/Puan

Menyerikan lagi majlis ikatan kasih anakda kami

AZREEN AISYAH BINTI ARIFFIN

Dengan insan yang dikasihi

AHMAD AFFENDY BIN AMINUDDIN

Pada hari

AHAD 8 JUN 2014

Bertempat di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur

“Macam mana sekarang? Percaya?” Azreen memandang kepada Affendy. Dia menggelengkan kepala.

“Sesiapa pun boleh buat semua ni.”

“Tak percaya?” Kali ini Affendy berlalu ke pejabat dan mencapai beberapa keping kertas dari atas meja.

“Ini borang kahwin saya. Reen punya pun abang dah isi separuh. Mana yang tak tahu abang tinggalkan. Nak minta Reen isikan. Kursus kahwin abang dah settelekan. Minggu depan kita pergi kursus.” Azreen menggelengkan kepala lagi.

Affendy menggarukan kepalanya. Dia menghela nafas perlahan. Tunang sudah, isi borang sudah.... Cuma....

“Abang tahu. Bila sampai masanya akad yang abang lafazkan abang akan pastikan Reen akan menjadi milik abang selamanya. Abang akan pastikan Reen bahagia bersama-sama dengan abang. Abang tahu abang tidak sempurna tetapi berilah abang peluang untuk menyintai, melindungi Reen sebagai seorang sahabat, kekasih dan juga isteri.” Ada getar pada nada suara Affendy.

Kini Azreen sedar, Affendy benar-benar jujur. Tiada lain yang jawapan yang mampu dia berikan hanya dengan air mata kegembiraan.

“Janji tak buli saya lagi?”

“Abang janji. Tapi.... please... sekali ni je abang nak buli sayang. Sekali ni je. Abang janji lepas ni abang tak buli lagi.”

“Apa dia?”

“Panggil abang boleh tak? Nanti kalau ayah dengar tak best pulak dengan panggilan Encik Affendy tu.”

Azreen menggeleng.

“Please...”

“Tak boleh. Dalam pejabat mana boleh. Hilang profesional nanti.”

“Ala... setakat jaga Elisya je kot. Itu pun nak berkira ke?”

Azreen menggeleng.

“Okey tak nak tak apa. Abang ada hak pecat orang.”

“Takkan setakat tak panggil abang pun kena pecat.”

“Yes, tu.... dah pandai panggil abang pun.” Argh!!!! Terkena lagi.

“Mana aci.”

“Walau macam mana pun abang akan tetap pecat Reen. Sebab Reen kena jaga rumah. Jaga Elisya dan inshallah kena jaga anak kita nanti kalau ada rezeki.”

“Abang!”

“Manis pun panggil dengan nama abang.”

“Maafkan abang sekali lagi sayang jika sebelum ini abang banyak menyusahkan sayang.”

Azreen mengangguk dan tunduk malu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Siti Norshimah Binti Md Yasan