Home Cerpen Cinta AKU BUKAN PLAYBOY
AKU BUKAN PLAYBOY
masterzaki
15/5/2014 02:33:02
4,698
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Bab 1 – Pengenalan diri - Aku Bukan Playboy

     Aku bernama Zulkefli bin Shamsudin. Kini berumur 65 tahun. Tinggal di Tanah Rancangan Felcra di Seberang Perak. Alhamdulillah. Walaupun kini aku tergolong dalam golongan ‘warga emas’, namun aku tetap bersyukur dengan ketentuan yang diberikan Ilahi. Mempunyai seorang isteri yang masih hidup kerana seorang lagi isteriku telah menyambut seruan Ilahi. Dikurniakan 5 orang anak. 3 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan hasil perkahwinan dengan kedua-dua isteri ku. 4 bulan lepas aku baru mendapat seorang lagi cucu lelaki yang menjadikan jumlah cucuku kini semuanya 7 orang.

     Duduk di bangku depan halaman rumahku sambil melihat pemandangan sawah padi yang kini sedang menunggu waktu untuk dituai. Hela nafasku dihembus keluar bersama kepulan asap rokok nusantara kegemaran aku semenjak muda dahulu. Waktu kini lebih kurang 6 petang dan aku menanti waktu senja untuk aku ke surau bagi solat Maghrib berjemaah nanti. Petang ini aku keseorangan kerana isteri, anak-anak dan cucu-cucuku semuanya pergi ke Bandar Teluk Intan untuk berjalan-jalan dan membeli barang-barang keperluan dapur. Aku pula lebih selesa berehat di rumah.

     Pemandangan sawah padi di hadapanku kini semuanya berwarna kuning diselang-seli batang padi hijau kegelapan kerana padi semuanya telah masak dan menunggu waktu untuk dituai menggunakan jentera penuai padi yang memang telah sedia berhampiran petak-petak padi yang ingin dituai. Sunyi sepi. Sesekali angin petang lembut menghembus tubuhku yang dibaluti t-shirt pagoda putih ini.

     Sesekali mataku fokus ke titik-titik pandangan yang jauh. Dapat ku lihat hujung pelepah kelapa yang menari ke kiri dan kanan mengikut alunan angin yang bertiup. Sejauh aku memandang dengan mataku, sejauh itu pula fikiran aku jauh melayang. Menyingkap sejarah silam hidupku.

     Kisah aku sekitar 40 tahun dahulu. Waktu itu umur aku baru 25 tahun. Tahun 2004. Baru menamatkan pengajian Diploma Pentadbiran Awam dari Universiti Teknologi Mara - UiTM di Shah Alam, Selangor. Lulus cukup-cukup makan untuk mendapat diploma itu. Waktu itu aku baru mula mengenal ‘perhubungan sebenar lelaki dan wanita’. Iaitu beza perhubungan antara ‘mahram’ dan perhubungan yang ‘haram’. Ini adalah kisahku...

     Aku lahir sebagai anak usahawan yang hidup penuh kemewahan. Ibu dan bapaku adalah peniaga perabot jati yang sangat berjaya dan maju dengan perniagaan mereka. Walaupun ibu dan bapaku tidak bergelar Datuk atau Datin, namun mereka adalah idola aku dalam dunia perniagaan. Aku lahir sebagai anak tunggal dalam kemewahan hidup pasangan suami isteri bernama Shamsudin dan Aminah. Sejak lahir hingga dewasa, hidupku tidak pernah berasa susah seperti anak orang lain. Namun ibu dan bapaku bukan jenis orang kaya yang kedekut. Mereka sering bersedekah kepada orang susah dan mereka yang memerlukan. Seingat aku, semenjak aku kecil hingga dewasa, Hari Raya Pertamaku pasti disambut bersama anak-anak yatim di kebanyakan rumah anak yatim di sekitar Lembah Klang ini. Kerana didikan ibu dan bapaku yang mengajar aku untuk membantu orang yang memerlukan, maka kemewahan aku sentiasa dikongsi bersama rakan-rakan sekelilingku.

     Mungkin kerana itu, ramai rakan aku kebanyakkannya mengambil kesempatan di atas kemurahan diri sebagai orang yang suka bersedekah dan membelanja rakan-rakan. Sehinggalah aku tamat pengajian di UiTM Shah Alam dengan diploma cukup-cukup lulus aku, ramai rakan yang melekat di sekeliling aku. Terutamanya kaum ‘hawa’.

     Bukan aku nak membangga diri tetapi ini adalah hakikat kehidupan aku. Aku lahir dari keturunan Jawa di sebelah bapaku dan Melayu di sebelah ibuku. Maka wajahku yang kacak, kulitku yang putih melepak dan tubuh badanku yang sedang-sedang tidak berapa tinggi dan tidak berapa rendah, adalah kerana faktor keturunan keluarga.

     Mungkin kerana ke’handsome’man dan kekayaan keluarga aku, menjadikan aku sebagai tumpuan kebanyakkan perempuan dari kecil hingga dewasa. Namun sejak aku bergelar pelajar UiTM, kesemua godaan perempuan, termasuk pensyarah perempuan aku tolak ketepi. Ini kerana Pak Andak aku pernah berpesan sewaktu aku menerima tawaran masuk ke UiTM. Katanya, “Zul, kau dah masuk universiti ni, jangan nak main cinta-cinta. Masa bercinta memang sedap. Tapi nanti masa frust bercinta, buku ke mana, kau pun entah ke mana. Last-last nanti, semua ‘fail’. So sebelum kau ‘fail’ dalam exam nanti dan Pak Andak tau kau main cinta-cintun dengan perempuan, kau nanti Pak Andak terajang. Supaya kau tak ‘fail’ sebab frust bercinta. Faham?”. Dengan wajah menunduk ke lantai, aku menjawab, “Faham Pak Andak”.

     Hanya kerana pesanan Pak Andak itulah membuatkan aku tidak berani bercinta sewaktu bergelar pelajar UiTM ini. Bukan sahaja bercinta, malah hendak melayan teguran perempuan pun aku malas. Takut aku kena terajang dengan Pak Andak kalau dia tahu aku bercinta.

     Tapi itu dulu. Mula aku masuk daftar UiTM tahun 2000 hingga aku tamat tahun 2004. Orang buat diploma 3 tahun, tapi aku buat diploma 4 tahun. Sebab aku sangat mencintai ilmu. Membuatkan aku sentiasa ingin mengulang balik subjek-subjek yang telah aku pelajari dalam setiap semester berulang kali. Hehehehe. Ini alasan untuk orang yang ‘repeat’ paper sebab gagal dalam exam. Bak kata kawan-kawan aku, biasa la. Lelaki memang belajar slow. Sebab kita tak pandai bab teori ni. Kita lelaki lebih kepada praktikal dan ‘eksperimental’. Heheheh.

     Jadi start je aku tamat last paper exam tahun akhir di UiTM tu, maka confirm la aku menjadi ‘penjual anggur’ sepenuh masa. Bak kata lain, penganggur ber’diploma’. Aku tak kisah pasal result exam. Sebab aku tau pasti lulus. Sebab apa? Sebab aku dah tulis surat rayuan kepada setiap pensyarah yang mengajar aku di tahun akhir itu dan aku selitkan bawah pintu pejabat mereka. Surat bukan setakat merayu, malah mengampu, menangis pun boleh surat tu bagi pihak aku. Sebab aku ceritakan dalam surat itu, aku ni anak Melayu yang ingin maju dalam pelajaran namun faktor ‘kelupaan’ keturunan Melayu dalam otak aku memang tak boleh diketepikan. Kan pepatah ada kata, ‘Melayu mudah lupa’. Jadi apa salahnya aku terlupa sekali sekala kepada jawapan yang betul. Bukan aku tak tau jawapan yang benar, cuma ‘Melayu mudah lupa’ ini menjadi sifat kewajipan aku setiap kali menjawab exam. Hehehehe. Panjang surat tu aku taip dan fotostat serta hantar kepada semua 5 orang pensyarah aku. So aku pasti mereka tak sanggup gagalkan seorang anak Melayu yang berjiwa murni seperti aku.

     Bab penganggur ber’diploma’ ni aku tak kisah sangat. Kan aku dah citer atas tu, aku ni anak peniaga yang berjaya. Hidup dalam kemewahan. Jadi bagi menghilangkan ‘tension’ sebab belajar, konon-kononnya, aku mengambil keputusan untuk enjoy sepuas hati. Lagi pulak, aku dah tak terikat dengan amaran ganas Pak Andak aku. Sebab aku bukan pelajar Universiti lagi. Aku kini Pemegang lesen ‘Penganggur berDiploma’.

     Jadi langkah aku yang pertama untuk enjoy, mestilah bukan pegi masjid. Nak enjoy kena la pegi ‘Club’ atau orang zaman purba panggil pegi Disko. Hehehe. Tapi nak pegi solo ke ‘Club’ ini macam tak cukup syarat. Sebab pergi ke ‘Club’ ni kena berjemaah dengan perempuan. Oleh itu, aku ambil masa dalam 2 3 jam untuk aku main chatting di internet. Dalam dunia MiRC chat ni macam-macam perempuan ada. Kita tinggal pilih je. Dalam 2jam setengah, aku dah dapat 3 orang perempuan untuk meneman aku ke ‘Club’ malam nanti. Tapi 3 perempuan dengan aku sorang laki, masih tak cukup sifat, jadi aku mintak si Ana ni carikan sorang lagi kawan perempuan dia. Jadi 4 perempuan dengan aku sorang laki baru lah mantap barisan kawad masa berjalan nanti. Dua perempuan di kiri aku dan dua di kanan aku.

     Seperti yang aku janjikan kepada ‘girls’ tadi, jam 8.00 malam siap. Aku jemput mereka di ‘bus stop’ dekat rumah masing-masing. Bukan tak nak berbudi bahasa, datang jemput mereka di depan pintu rumah mereka. Cuma takut kot bapak atau abang-abang mereka nanti cam muka aku bawa keluar anak dara mereka malam dan hantar pagi esoknya. Hehehe. Sebelum kantoi lebih baik amalkan langkah keselamatan awal.

     Mula-mula aku jemput Siti, sebab rumahnya di Sg Jelok, Kajang. Dekat rumah aku di Bt. 10 Cheras. So lepas ambil Siti, aku terus ambil Ita di Sg Ramal. Kemudian last sekali aku ambil Ana dan rakannya nama Wani. Menaiki Proton Perdana V6 milik bapaku, rasa hebat sungguh aku malam itu.

     Destinasi malam itu adalah ‘Club’ di Ampang Park yang aku tak tau namanya. Aku tau ade ‘Club’ je di situ. Mereka berempat ni pula dah biasa dengan ‘Club’ jadi bila ada lelaki macam aku ajak nak belanja mereka ke ‘Club’ umpama ‘Orang mengantuk disorongkan bantal la’. Sampai di pintu masuk ‘Club’ aku ditahan pengawal pintu @ tukang pukul ‘Club’ itu dan meminta aku membayar ‘entry fee’. Aku tanya, “Berapa?” Pengawal tu menjawab, “Laki masuk RM30 sekali ‘free 1st drink’. Perempuan masuk free. Takde free drink.” Aku pun memberinya sekeping RM50 sambil berkata, “Keep the change”. Pergh. Sekali masuk ‘Club’ terus pandai cakap orang putih aku. Tapi cakap bahasa jawa tak reti jugak aku sampai sekarang.

     Masuk je ke dalam ‘Club’ sambil diiringi di kiri ku, Siti dan Ita. Sambil di kanan ku, Ana dan Wani. Tersenyum panjang ‘girls’ ni sebab dapat masuk ‘Club’ dan segala perbelanjaan ditanggung aku. Tapi aku pelik, tang mana aku kena bayar untuk mereka ni. Sebab mereka masuk ‘Club’ ni free. Kemudian Siti bertanya aku, “Zul. Awak dapat first drink free ni, awak minum ke?” Aku pun menaikkan kening mata kiri dan menjawab, “Eh mesti la minum. Air kita boleh pilih kan?” Hehehe, lupa nak cerita ni pengalaman pertama aku masuk ‘Club’. Jadi aku ingat macam masuk pusat karaoke je kot. Lalu Ana menambah, “Mana ade pilih air la Zul. First drink tu Vodka la. You minum ke Vodka?” Terkaku aku sebentar. Vodka? Mak ai, air haram ni memang tak pernah aku diajar minum. Jadi lebih baik aku hindari aje. Lalu aku berkata, “Oh kalau Vodka tu, I memang tak nak la. Sakit tekak malam ni. I ingat nak minum mineral water je.” Alasan aku biar nampak tak bodoh sangat masuk ‘Club’ ni. Rupanya bebudak perempuan ni suka aku bawa mereka masuk ‘Club’ sebab nak aku belanja mereka minum air haram ni la. Lantak korang la nak minum air apa pun. Aku bawak RM500 je malam ni. Abis duit ni nanti, korang minum la air Sungai Klang yang percuma kat sini. Hehehehe.

     Selepas kami mengambil air yang dipesan di bar, terus kami duduk di kerusi berbentuk ‘U’ dihujung gelap dalam ‘Club’ tersebut. Aku duduk di tengah-tengah. Siti dan Ita di kiri ku. Ana dan Wani di kanan ku. Sambil tangan aku melebarkan tangan umpama sayap di belakang bahu Siti dan Wani. Ketika dalam kegelapan suram diselang seli cahaya lazer dalam ‘Club’ sambil dentuman muzik yang menghentak jantung kami, aku terperasan ramai lelaki dalam ‘Club’ ini yang memandang aku secara pandangan sinis. Seperti tidak berpuas hati dengan apa yang aku ada di kiri dan kanan ku. Dalam hatiku berkata, “Apahal lak dia orang ni. Aku bawak pompuan suka hati aku la nak kepit kiri dan kanan. Kalau korang nak awek-aweks macam aku dapat ni, bawak la sendiri. Apahal lak tak puas hati nak mandang-mandang. Kang aku cungkil bijik mata baru tau.” Hehhehe. Sambil tu aku senyum kepuasan. ‘Dance music’ atau lagu disko terus berkumandang dan setiap lantunan bunyi drum atau bass akan menhentak bersama jantung kita yang berada dalam ‘Club’ ini.

     Lebih kurang 3 minit kami duduk di kerusi berbentuk ‘U’ itu, Siti lantas bangun dan berkata, “Jom guys, kita dance.” Wani dan Ana pun menjawab, “Ahah. Jom” Lalu mereka bertiga pun bangun pergi ke ruangan menari. Ita pula berkata, “I nak abiskan smoke ni dulu. Kang I pun nak dance. You nak dance dengan I tak?” Ita bertanya kepada aku. Aku menggelengkan kepala sambil tangan ku mengeluarkan sebatang rokok dan letakkan di bibir untuk dinyalakan. Aku lebih selesa duduk di kerusi ini sambil menghayati situasi dalam ‘Club’ ini. Di atas meja depan ku adalah air mineral dalam botol kecil yang aku beli dengan harga RM10 di Bar tadi. Kejadah punya ‘Club’. Air mineral botol kecil RM10 dia jual. Air vodka yang haram tu dia jual RM5 je pulak. Lantak korang la ‘girls’, nak minum sampai mabuk. Aku bayar aje. Tapi aku tak minum. So aku takkan mabuk dengan minum air mineral ni kan? Heheheh.

     Selepas keempat-empat perempuan yang kubawa tadi pergi menari di lantai tarian, aku tersenyum kelakar melihat mereka menari sesuka mereka. Tiada corak tarian atau tidak mengikut rentak muzik, semuanya hanya menggoyangkan badan dan kepala sesuka hati. Aku rasa bebudak ni dah separuh mabuk atau khayal. Heheheh. Senyum je aku sorang. Ketika ini aku berkata dalam hati, “Hebat juga aku ni ye. Dapat bawak 4 aweks sekaligus. Ini baru namanya enjoy. Aku rasa bebudak laki yang tengok aku macam tak puas hati tadi, mesti fikir aku ni ‘Player’ hebat. Hahahaha.” Gelak aku dalam hati. Hakikatnya, aku bukan ‘Player’ atau ‘Playboy’. Cuma nasib aku baik dan aku bijak menggunakan segala yang aku ada. Kemewahan harta.

     Sebenarnya, tujuan aku enjoy malam ni pun bersebab. Yang pertama, aku nak ‘test’ ketajaman aku ‘mengayat’ perempuan untuk bawa keluar malam ni. Hasilnya aku lulus cemerlang sebab berjaya bawa keluar 4 orang perempuan sekaligus. Malah tak bergaduh sesama sendiri pun. Semuanya ‘sporting’ dan ‘open minded’. Keduanya, aku nak mengalami sendiri suasana dalam disko atau ‘Club’ tempat muda-mudi menari ni. Ada orang kata best. Ada orang kata bising. So sekarang aku dah ada dalam ‘Club’, baru aku faham perasaan berada dalam ‘Club’ ini. 

     Ketiganya, aku nak tengok, lepas bebudak perempuan berempat ini mabuk, aku kena anta mereka balik kan? Sebab mereka mabuk tapi aku tak mabuk. So takkan aku nak hantar mereka balik rumah dalam keadaan mereka tak sedarkan diri itu kan? Jadi apa yang aku nak buat dengan mereka berempat kejap lagi? Apa yang akan jadi dengan Siti, Ita, Ana dan Wani selepas ‘Club’ ni ditutup jam 2 pagi sebentar lagi? Hehehehe. Nak tau apa aku akan buat kepada mereka? Akan ku ceritakan dalam bab 2.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.