Home Cerpen Cinta Nafas Eleana
Nafas Eleana
Zhar Aruzi Hairi
29/10/2016 10:18:30
4,506
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Nafas Eleana


Oleh : Zhar Aruzi Hairi


Eleana mengesat air mata. Puas sungguh dia ketawa. Kalau Fea yang bercerita memang dia tak akan kering gusi. Tambahan pula kalau dia bercerita perihal terkini kawan-kawan. Dengan tokok tambahnya, sound effect dan memek muka. Kalah peserta lawak solo kat TV tu!

“Yang kau cerita ni betul ke kau tokok tambah jer” Tanya Eleana yang masing menahan sendu ketawa.

“Ya, aku sendiri yang nampak. Lokman tu sampai terlondeh seluar. Kaler seluar dalam dia pun aku ingat lagi. Warna biru dengan gambar Spongebob. Tak sangka ooo. Mamat brutal berjambang tu ada hati macam Spongebob. Kalau aku tak panic masa tu, mesti ku sempat rakam”

“Spongebob!!! Ha.Ha.. kau ni Fea..macam kau reka-reka la cerita ni” Elaeana menyambung tawa. Kepalanya membayangkan gelagat lelaki gempal berjambang yang bernama Lokman itu sedang mengejar pencuri kuih karipapnya, sambil menarik seluarnya yang hampir terlondeh. Serius ! kelakar beb!.

“Gelak-gelak jugak, Ghaz ni kat mana?” Soal Fea. Matanya meliar memerhati sekeliling. Kalau-kalau kelibat individu yang bernama Ghaz itu kelihatan.

“Mana la aku tau Fea. Bukan aku yang jaga tepi kain dia pun”

“Korang kan BFF. Satu Shah Alam ni pun tahu kan?”

“Kau ni pun. Nak bagi anggaran pun agak-agak la. Yang kau kalut sangat tu kenapa?. Bola tu kan start sejam lagi. Kalau kau panik sangat, telefon aje la dia tu”

“Aha..kau bukan tak tahu. Makhluk Ghaz tu kan hidup zaman dinasour. Phone Nokia 3310 belum tentu boleh dapat signal elok. Pelik la mamat tu. Kau sebagai kawan baik dia patut nasihatkan dia tukar phone. Nak wasap pun senang nanti”

“Hal peribadi macam tu aku tak nak campur la. Orang lelaki ni bukan suka sangat kalau kita ambil tahu hal-hal macam tu”



"Kenapa lambat?" Soal Fea, sengaja ditinggikan suara. Biar lelaki berkumis yang terkial-kial menanggalkan beg silangnya itu sedar. Masa itu penting!

"Setengah jam lagi kot..takkan dah meroyan. Kan aku dah pesan, kalau rasa lambat, tak payah tunggu aku. Tiket game ni pun aku ada apa?"

"Ko ke mana Ghaz?" Fea masih tak puas hati.

"Aku solat magrib berjamaah dulu. Dahulukan yang wajib"

Eleana tersenyum memandang Fea yang terkulat-kulat menahan malu. Mau tidaknya. Dressing merah kuning satu badan, ala hardcore fan. Tapi solatnya entah ke mana.

"Kejap kau ke sini" gamit Eleana pada Ghaz. Dia menyeluk saku begnya. Dua marker pen berwarna merah dan kuning dikeluarkan.

"Kata diehard Red Giant kan, bagi aku conteng sikit muka tu. Baru meriah" Ghaz menyerahkan mukanya kepada Eleana. Dia tahu kalau dibangkang pun tak guna. Kuasa leteran Eleana boleh membuatkan dia mengingau nanti.

"Ubat bawa tak!" Eleana yang sedang menconteng garisan hijau kuning di muka Ghaz mengangguk.

"Mana? Aku nak tengok." Eleana menyeluk saku begnya dengan tangan yang satu lagi. Inhaler berwarna pink dikeluarkan.

"Puas hati. Duduk diam-diam. Artwork ni belum siap lagi" bentaknya.

"Benda itu ibarat nyawa kau. Kalau takde tu nanti terpaksa pulak aku buat mouth to mouth breathing kat kau pulak!" Ghaz menyengih.

"Aku pun nak sekali!" Fea memejamkan mata sambil memuncungkan bibir kearah Ghaz.

"Uiii...simpang malaikat 44"

Pecah ketawa Eleana melihat gelagat dua sahabatnya itu. Dua orang yang boleh dibawa ke mana sahaja dengan restu orang tuanya.

"Nak betting ek!" Umpan Fea.

"Kalau aku menang kau nak bagi apa?" Ghaz tertarik.

"Aku belanja dinner. Kalau aku menang, kau pulak yang belanja aku"

"Habis tu Eleana ni macammana."

"Bagi la Eleana tu habiskan novel yang dia baca kat rumah. Kita berdua keluar dating sama-sama ek?"

"Dengan ko memang tak aa.."

"Ko ni kan, bukan senang tau anak gadis anak datuk secantik ni nak luahkan perasaan kat lelaki tau. Ini kali yang ke berapa ratus ntah, aku ajak ko dating. Tapi ko asyik reject jer. Baik aku suruh mak aku perah susu badan dia bagi ko minum jer"

",Hoi, buat apa aku nak minum susu badan mak ko"

""Supaya kita jadi adik beradik susuan. Sampai mati pun aku tak payah nak mimpi kahwin dengan ko"

"Ko ni kan...." Ghaz bangun mencapai beg sandangnya. Fea cepat-cepat bangun dan berlari ke arah pintu stadium. Dia tahu Ghaz memang tak main-main kalau bab mencepuk orang dengan begnya.

Eleana berbaring ketawa hingga kaki terangkat diatas rumput!



Dato’ Asyraff menjamah sarapan dengan telefon yang masih di telinga. Dia mencicip roti bakar sambil memandang kearah Eleana yang baru turun untuk bersarapan. Datin Halimah masih sibuk di dapur.

“Mama tak makan lagi ke Pa?” Tegur Eleana sambil menceduk bihun ke dalam pinggan.

“Richard, I talk tu you later. Ada hal nak bincang dengan anak I sikit” Dato’ Asyraff menghentikan perbualannya di telefon.

Eleana menyuap perlahan sebaik mendengar yang Papanya ada sesuatu untuk diperkatakan. Matanya memandang ke bawah. Tidak sanggup dia menatap wajah Papanya ketika marah.

“Kenapa El apply untuk study di UK tanpa beritahu kami?” Surat yang bercop Universiti Of Nottingham di lempar ke hadapan Eleana.

“Hmmm… El cuba-cuba je Pa” Balas Eleana mengelak.

“Result budak tu kan bagus. Tak salah dia nak study kat sana. Awak jangan nak halang-halang pulak. Masa Radhi ke Mesir dulu, awak tak kata apa-apa pun” Datin Halimah dari dapur pula membela. Hidangan sambal bilis diletakkan diatas meja.

“Radhi tu lelaki. Kalau dia nak ke Afrika sekalipun, saya tak halang. Anak awak ni perempuan. Ada penyakit lelah pulak tu. Siapa pulak nak tengok-tengokkan dia kat sana?”

“Awak ni. Bukan dia seorang yang belajar kat sana. Ramai lagi student Malaysia kat university sana. Ada la nanti yang kita boleh minta tolong”

“Cakap memang senang. Awak tak tahu nanti. Kalau jadi apa-apa, berapa lama pulak kita nak kena naik flight ke sana?” Tegas Dato’ Asyraff.

“Budak tu kan dah lama mengidam nak belajar di sana. Biar ajalah. Lagipun dia tawarkan biasiswa kan. Abang pun tak payah nak sediakan belanja beribu-ribu”

“Abang tak kisah pasal duit sangat. Yang penting kesihatan budak tu”

“Biarla dia buat Mechanical Engineering kat sana. Budak dah besar, dah jadi anak dara. Tahu la dia jaga kesihatan diri”

Eleana tidak kuasa untuk menyampuk pertelingkahan Mama dan Papanya. Dia tahu akibatnya kalau mencelah. Perlahan-lahan dia mencapai surat yang dicampak Papanya tadi dan dimasukkan ke dalam beg.



“Kenapa tiba-tiba sahaja nak belaja kitaorang makan besar ni” Ghaz yang kehairanan bersuara. Fea terus mencapai menu yang diletakkan pelayan di meja.

“Jangan tanya beb. Makan jer. Aku nak order air yang paling mahal dan makanan yang paling mahal. Mesti sedap kan”

“Aku tak paham la kau ni Fea. Nama je anak Dato, pakai baju cantik-cantik. Tapi bab melantak ni ko memang tak tapis-tapis ke. Lain la aku ni, anak driver teksi je”

“Perut aku, aku punya hal. Ko pun bukan laki aku nak nasihat-nasihat macam pakar kesihatan. But, kalau kau sain surat nikah nanti. Confirm aku senyum-senyum aku kat kau, pastu aku cakap, Baiklah sayang, ayang ikut jer” Perli Fea. Ghaz membulatkan mata.

“Korang berdua ni tak habis-habis. Aku nak kongsi good news ni pun terbantut” Bentak Fea.

“Apa yang good newsnya?” Tanya Ghaz dan Fea serentak.

“Ni ha!!!!!” Eleana mencampakkan surat tawaran university Nottingham keatas meja sambil menjerit. Fea pun turut menyambut jeritan itu. Masing-masing terus senyap sebaik perasan semua mata di dalam restoran itu merenung kearah mereka.

“Tahniah El, tercapai juga hasrat kau” Ghaz menghulurkan tangan mengucapkan tahniah. Fea bangun dan memeluk sahabatnya itu.

“Bila kau nak ke sana?” Tanya Fea.

“Kalau itu surat ni sebulan lagi. Ada lagi dua interview aku kena hadir untuk dapat scholarship. Lepas tu aku dah kena fly”

“Bangga aku dapat kawan pandai macam kau. Semput-semput kau pun otak bergeliga.” Puji Fea. Ghaz pula hanya diam.

“Apa plan korang pulak?”

Fea memandang kearah Ghaz.

“Kami berdua pulak akan menamatkan zaman bujang. Ko jemput datang ek?” ucap Fea. Hampir bersembur air Coca-cola yang diminum Ghaz. Matanya membulat ke arah Fea.

“Kau ni Ghaz. Fea dah bertahun curah perasaan kat kau. Takkan kau tak nak respon. Anak dato’ ni. Lawa pulak tu. Sah-sah senang masa depan kau” Eleana cuba menghangatkan suasana.

“Aku tahu la aku ni anak orang berpendapatan sederhana. Tapi aku ada maruah juga. Fea ni dah macam adik aku la..Mak bapak je lain-lain.” Tegas Ghaz.

“Oklah Bro..Aku gurau jer. Kita ni kan dah mengaku saudara dari taska lagi kan” Balas Fea.



Eleana melangkah masuk ke rumah dengan rasa girang. Baru tadi dia mendapat satu lagi panggilan untuk temuduga biasiswa. Sekurang-kurangnya dia pasti akan berjaya dalam salah satu temuduga itu.

Pembantu rumahnya yang bernama Wirda tiba-tiba menghampirinya.

“Kenapa Kak Da?”

“Papa dan Mama kamu jemput untuk minum di taman Depan”

Dato’ Asyraff mencelup cucur udang ke dalam kuah kacang. Penuh berselera dia menyuap ke mulut.

“Pandai awak masak. Sedap” Pujinya pada Datin Halimah.

Walaupun ada pembantu rumah, hal masak-memasak ini masih di tangannya. Dia mahu suami dan anak-anaknya membesar dengan air tangannya sendiri.

Fea meletakkan begnya diatas sofa sebelum sama-sama menjamu selera di pangola taman mereka itu. Dia pun sukakan cucur udang.

“Mama dan Papa dah bincang tadi. Dan kami tak akan halang El belajar di sana” Ujar Dato’ Asyraff.

“Terima kasih, Papa”

“Aii belum habis lagi. Kami benarkan dengan bersyarat”

“Apa syaratnya Pa?”

“Kamu kena bernikah dulu”. Eleana terus ketawa terkekeh-kekeh mendengar syarat tersebut.

“Syarat macam ni dah macam cerita dalam TV Ma..Pukul 7.00 malam mesti ada..ha..ha..”

Datin Halimah turut tersenyum. “Papa kamu serius tau”

“Papa nak jodohkan El dengan siapa?”

“Dengan Ghaz”

“Ghaz!!!”

Sekali lagi Eleana tertawa terbahak-bahak. Lebih lagi. Kali ini sampai terbatuk-batuk.

“Dengan Ghaz Pa…Adoi…tak ada insan lain ke yang layak untuk El Pa. budak sengal tu jugak Papa pilih” Jawab Eleana selepas habis ketawa.

“Ghaz seorang sahaja yang Papa nampak boleh jaga kamu. Tahan dengan perangai kamu. Papa tak percaya orang lain boleh jaga Enna sebaik Ghaz.”

“Papa ni macam kenal sangat dengan Ghaz. Lagipun dia bukan setaraf dengan kita!”

Kali ini Dato’ Asyraff dan Datin Halimah pula yang ketawa.

“Dia ingat kita berdua ni macam Dato’2 dalam cerita drama pukul 7.00 tu. Kami nak anak yang setaraf dengan kami. Barulah harta kami tak ke mana. Barulah setaraf dengan darjat kami….mengarut. Anak driver teksi pun kalau dah berakhlak, Papa terima tau”

“Papa yakin sangat ni. Ghaz tu kawan El dari kecik tau”

“Tapi kalau dia rasa lebih dari kawan macammana?”

“Ghaz..lebih dari kawan..tak mungkinlah Pa. Dari kecik kami kawan. Dia dah macam sedara tau”

“Maksud Papa kamu tu. Ghaz tu sangat sayangkan kamu” celah Datin Halimah.

“ Biar Papa buktikan pada kamu. Sekarang kamu bangun dan berdiri kat belakang langsir tu. Menyorok sikit. Dengar dan perhati baik-baik” Dato’ Asyraff mencapai telefon bimbitnya.



“Apahal uncle telefon Ghaz malam-malam ni?” Ghaz yang sedang menghadap hidangan makan malamnya. Dia bangun untuk menjawab panggilan dari Dato’ Asyraff.

“Uncle nak mintak tolong kamu. Tahu tak Eleana ke mana?. Uncle call dari tadi tak angkat-angkat”

“Setahu saya dia dah balik tadi. Kenapa uncle?”

“Dia balik sekejap sahaja. Lepas tu keluar pulak. Kamu ada dengar tak dia cakap nak kemana-mana?”

“Tak pulak. Nanti saya cuba call Fea. Kalau-kalau dia tahu”

“Macam ni, Eleana tertinggal Inhaler dia dekat rumah ni. Pakcik takut pula apa-apa jadi kat dia”

“Kalau macam tu pak cik tunggu kat rumah. Sekejap lagi saya sampai. Nanti saya cari dia” Ghaz menjawab cemas.

Bunyi motosikal Ghaz mengaum di hadapan rumah. Jejaka itu berlari masuk ke dalam rumah. Setelah bertanyakan lokasi Dato’ Asyraff kepada Wirda, dia berlari semula ke arah taman.

“Mana inhaler Eleana Uncle?” Tanya Ghaz sambil bernafas laju. Banyak kali dia berlari untuk mengejar masa.

“Rekod ni, dalam masa lapan minit dan sampai” Balas Dato Asyraff sambil tersenyum. “Jemput makan dengan kami dulu”

“Maaf Uncle, Ghaz nak kena cari Eleana sampai jumpa dulu. Apa-apa jadi kat dia nanti susah”

“Kamu tengah makan ke?” soal Datin Halimah yang melihat butiran nasi di bibir Ghaz.

“dah habis makan Auntie. Mana inhaler tu? Kita kena cepat tau” jerit Ghaz cemas.

Eleana memerhati gerak laku Ghaz dengan mata berkaca. Tangannya ditekup kemulut menahan sebak. Satu persatu peristiwa dia dibantu Ghaz mula bermain di kotak fikirannya.

Semenjak Taska lagi, Ghaz sentiasa menyimpan inhaler di dalam sakunya. Bukan untuk kegunaanya tapi sebagai sandaran kalau-kalau Eleana tertinggal alat itu di rumah. Sewaktu kecil asma yang dialaminya agak teruk.

Perkenalan mereka bermula apabila Dato’ Asyraff mengupah bapa Ghaz untuk membawa anaknya ke Taska dan sekolah. Ghaz yang sebaya dengan Eleana turut dibawa bersama. Sebab itulah mereka sering bersama sehingga sekarang.

“Sebab apa Ghaz bersusah payah kerana Eleana ni?” Tanya Tanya Datin Halimah.

“Ghaz tak dapat jawab sekarang. Boleh tak ambilkan inhaler tu sekarang. Atau Ghaz kena belikan yang baru” Ucap Ghaz dengan nada bergetar.

“Eleana dan balik Ghaz. Dia selamat. Dia balik sebab terlupa bawa inhaler tu. Kamu duduk dan makan dulu. Jangan cemas sangat. Boleh tak jawab soalan Untie tadi?”

Ghaz kelihatan serba-salah.

“Cakap je. Untie tak marah pun?”

“Ghaz tak boleh kehilangan Eleana. Dia dah jadi sebahagian dari hidup Ghaz” Jawab Ghaz berterus terang.

Bunyi esakan dari belakang langsir menyebabkan dia menoleh ke situ.

“Ghaz sukakan Eleana kan !!! dari dulu!!!” teriak Eleana dari belakang langsir dengan suara sebak.

Ghaz bangun dan bergerak laju kearah motosikalnya. Dia turut sebak. Perasaannya berbaur.



“Dah dua hari dah tak nampak Ghaz. Ke mana dia ek?” Tanya Fea kepada Eleana. Dia menyuap goreng pisang dengan penuh selera. Ice bleanded Coffeenya disedut rakus.

“Entah” jawab Eleana sepatah. Ice lemon tea yang dipesannya tadi hanya direnung sahaja.

“Sepatutnya kau yang lebih tahu apa. Kau rapat dengan dia kan”

“Lantaklah dia. Biar dia buat hal dia”

“Kau ni pun dah kenapa? Dah dua hari juga aku nampak kau semacam jer. Makan pun sikit.asyik termenung jer. Offer ke oversea tu still on kan?

Eleana hanya mengangguk. Mukanya masih mencuka.

“ Aku rasa ada yang tak kena dengan korang berdua ni. Baik kau cerita kat aku”

Prangg!!!

Pinggan goreng pisang ditepis Eleana jatuh ke bawah meja. Jasad Eleana tergolek diatas lantai dengan nafas tercungap-cungap.



Ghaz membuka skrin, cuba membaca mesej yang tertera. Senarai panggilan tidak dijawab di telefonnya kian memanjang. Kebanyakkannay dari nombor yang sama. Nombor Eleana.

Dia sudah tawar hati untuk berjumpa Eleana mahupun keluarganya. Ujian yang dibuat oleh Dato'Asyraff beberapa hari lalu betul-betul menguji hubungannya dengan Eleana. Baru dia tersedar yang perasaannya terhadap gadis itu melebihi hadnya sebagai seorang kawan.

Perasaan cinta yang lahir telah membutakan kenyataan sebenar hidupnya. Dia harus menerima hakikat yang taraf hidupnya tidak setara dengan keluarga Dato' Asyraff. Pencapaian pelajarannya pun biasa-biasa sahaja kalau dibandingkan dengan Eleana. Sebelum apa-apa berlaku dia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari terus berhubungan dengan gadis itu.

"Ghaz..Eleana di hospital , Asma dia datang balik. Kali ni Uncle tak main-main." Mesej dari Dato’ Asyraff dibaca.

Cepat-cepat dia mencapai kunci motosikalnya.



"El kat mana Uncle?." Tanya Ghaz kepada Dato' Asyraff. Mereka bertembung di lobi hospital.

"Sebelum kamu jumpa dia, kita sembang kat cafe dulu" ajak Dato' Asyraff. Ghaz hanya menurut dari belakang.

"Fea kata kamu dah dua hari tak jumpa El. Kamu ada masaalah ke.kalau disebabkan hal haritu, Uncle minta maaf. Uncle yang plan benda tu sebenarnya" Ujar Dato’ Asyraff. Ghaz hanya menunduk. Malu untuk dia berkata apa-apa.

“Sebenarnya Uncle ada hajat besar untuk disuarakan pada kamu. Hari tu Uncle tak ada kesempatan nak tanya kamu. Tiba-tiba je kamu terus blah. So, hari ni Uncle tak nak tangguh-tangguh lagi. straight forward sahaja Uncle tanya. Kamu suka pada Eleana atau tidak?”

Ghaz tergagap-gagap kerana gementar untuk menjawab. Bukan calang-calang soalan dan bukan calang-calang orang yang menyoal.

“Kamu jangan gemuruh sangat. Ini antara kamu dengan Uncle sahaja”

“Saya memang sudah lama sukakan Eleana. Tapi, sebagai kawan sahaja.”

“Kamu sanggup kalau Uncle minta kamu jadi lebih dari seorang kawan?”

“Lebih dari kawan?”

“Jadi suami, mungkin?”

“Uncle main-main ke ni?”

“Uncle serius ni. Sanggup kamu jadi suami Eleana?”

“Saya tak sedia apa-apa pun untuk jadi suami. Lagipun boleh ke Eleana terima saya jadi suami”

“Kamu cari maskahwin pun dah cukup. Hal Eleana tu biar Uncle dan Auntie yang uruskan. Kamu pun kena sediakan Visa dan passport”

“Visa dan passport?” Ghaz masih lagi kehairanan.

“Kamu berdua Uncle akan hantar ke UK. Eleana akan sambung pelajaran di sana dan kamu akan kembangkan perniagaan Uncle. Sanggup tak?”

“Kalau dengan El, ke mana pun tak apa uncle?”

“Dah pandai menjawab budak ni!”



Ghaz melangkah perlahan di dalam wad. Dia sempat bertentang mata dengan Fea yang awal-awal lagi sudah berada di bucu katil. Eleana beralih muka ke arahnya.

Muka Eleana masih bersarung topeng oksigen. Wayar lutsinar tercuck di lengannya dan bersambung ke tiub pada plastik berisi air tulen.

“Ghaz….” Sambut Eleana lemah. Antara dengar dengan tidak.

“Ghaz datang ni..sorry tak bawa apa-apa?” Eleana senyum lagi. Ghaz sentiasa nampak comel. Kalau gugup, lagi cute!.

Dia menghulur tangan kepada Ghaz. Ghaz yang serba salah menyambut. Fea membulatkan mata. Belum pernah drama sebegini dibuat oleh dua sahabatnya itu. Perasaan geli-geleman pun ada.

“Eleana rindukan Ghaz. Kenapa lari dari El” soal Eleana sambil menggenggam erat tangan Ghaz. Arus panas lembut mengalir hingga ke dada. Jantung Ghaz berdegup kencang. Belum pernah dia berperasaan begini dengan Eleana.

“Ghaz takut. Semua ni tiba-tiba sahaja?”

“Selama ni Ghaz tak pernah takut apa pun. Apa keadaan pun Ghaz sentiasa ada di sisi El. Sanggup tak nak jaga El sampai bila-bila?”

Fea menjuih bibir.’ubat apa yang doktor bagi kat El ni sampai dia mabuk macam ni’.Dia menutup telinga kerana tak sanggup mendengar jawapan dari Ghaz.

“Selama ni tak pernah pun macam ni? Kenapa tiba-tiba tukar feel ni”

“Sebab El dah fikir panjang-panjang. Tak ada orang yang boleh jaga El sebaik Ghaz. Sesetia dan sejujur Ghaz terhadap El. Hari ini baru El sedar siapa Ghaz dalam hidup El”

“Siapa?”

“Nafas El”

Fea mengecilkan mata dan melaung dalam hati. “Woi korang, yang aku terpacak kat sini tak nampak ke. Benda syahdu-syahdu ni buat aku meluat pulak. Ghaz dah confirm milik El…aku?”.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.