Home Cerpen Cinta Keajaiban Cinta Di tahun Baru
Keajaiban Cinta Di tahun Baru
JejakaTerpujiSyurga
1/1/2018 19:35:55
2,850
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Prolog I

 

 

Namaku Afif.Lelaki hujung 20-an yang bekerja sebagai jurujual peralatan elektronik di salah sebuah kedai di Taiping.Hobiku menonton anime,membaca Manga dan bermain permainan video.Masyarakat memberi gelaran golongan seperti ku ini otaku yang diambil daripada istilah Jepun.Ada yang memandang serong terhadap hobiku namun aku tidak salahkan mereka.Yang penting aku tidak melakukan sebarang jenayah dan mengganggu kehidupan mereka.Pandangandan pendapat manusia tidak mampu dikawal kecuali anda mempunyai kuasa ajaib yang mampu mengawal minda manusia.

Ehem,berbalik kepada diri aku,sedar tak sedar sudah tiba penghujung tahun.Seperti biasa setiap tahun,aku akan pergi memburu"harta" di pusat membeli belah.Maklumlah hujung tahun dan awal tahun banyak jualan murah.Pada masa inilah barang yang pada sebelum ini agak mahal dapat diperolehi dengan harga yang berpatutan.Jangan salah faham,aku bukannya membeli-belah pakaian atau kegunaan diriku,tetapi "harta" yang aku maksudkan adalah Manga,anime dan game.

Teman wanita?..kelakar soalan tu.Jika ada pun wanita yang aku sukai,anda rasa bagaimana?Mesti anda sudah tahu jawapannya.Siapa yang ingin lelaki yang hobinya pada benda yang tidak matang?Lagipun wanita sekarang lebih memandang harta.Tidak hairanlah makin banyak golongan sejenis wujud.Opss,jangan fikir yang bukan-bukan.Aku masih lelaki sejati.Tapi nak salahkan mereka,bukannya 100% kesalahan tersebut  adalah pada mereka.ia berpunca daripada persepsi masyarakat dan taraf hidup yang semakin tinggi.Kalau dulu sekeping lima puluh ringgit mampu beli barang keperluan rumah untuk dua minggu kini seminggu pun belum tentu.Begitulah ringkasan kisah hidupku setakat ini.Cukuplah setakat ini aku bermonolog.


***********************************************************************************************************************************

Hari ini merupakan hari permulaan untuk tahun baru.Ramai yang mengambil kesempatan di atas hari ini dengan keluar membeli belah.Maklumlah hari ini merupakan cuti peristiwa kepada beberapa negeri termasuk negeri Perak.Afif juga sama seperti insan lain menggunakan cuti ini untuk keluar membli-belah.Kelihatan Afif kini sedang berlegar-legar di pusatmembeli belah seakan cuba mencari sesuatu yang menarik perhatiannya.Mungkin buruannya adalah pada hobinya kerana kedai yang dimasukinya tertumpu kepada kedai jualan cd permainan video,komik dan anime.Namun,reaksi muka Afif tampak kecewa.Mungkin apa yang dicarinya tiada.

Setelah selesai meninjau pusat membeli belah sekitar Taiping,ketika Afif memandu pulang,pandangannya tertumpu pada tasik Taiping.Seolah-olah sedang mengingati sesuatu.Sesuatu yang masih tersimpan di dalam ingatannya.Lantas,Afif bergegas memandu ke arah taman tasik dan meletakkan kenderaannya di ruang letak kereta.

Afif cuba mengimbau kenangan silamnya sebaik sahaja kakinya menjejakkan langkah ke taman tasik Taiping…

  

15 tahun lalu…


Kelihatan seorang remaja lelaki sedang merenung jauh ke arah tasik.Kemudian,helaan nafas dilepaskan.Seolah-olah seperti kecewa akan sesuatu perkara yang berlaku di dalam hidupnya.

"Hai lah Afif,sekurang-kurangnya kau dah beritahu perasaan kau dekat dia.Bukan salah kau.Kau tak rugi,dia yang rugi.Kau kena kuat Afif"pujuk Afif pada dirinya.

"Hidup perlu diteruskan,macamlah ini kali pertama kau kena reject"tambahnya lagi

Sedang beliau memberi kata-kata semangat kepada dirinya,Afif terlihat seorang gadis yang tidak jauh daripadanya sedang mengalirkan airmata.Perbuatan tersebut ditangkap oleh Afif lantas membuatkannya bergegas menuju ke arah gadis tersebut.

"Tisu?"ujar Afif sambil menghulurkan tisu pada gadis tersebut.Melihat pada usia gadis tersebut,tidak jauh daripada Afif.Paras rupanya juga tidak kurang hebatnya sambil bertudung manis.

Gadis tersebut yang ternyata terkejut dengan kehadiran Afif namun masih mampu membalas pertanyaan daripadanya dengan senyuman

"Terima kasih"balas gadis tersebut

"Boleh saya tahu kenapa awak menangis?.Maaflah jika soalan saya ini mengganggu awak"

"Sebenarnya saya..."gadis tersebut sepertiteragak-agak ingin menceritakan kisahnya kepada Afif.Maklumlah lelaki di depannya ini baru sahaja dikenalinya sebentar tadi

"Tak apa jika awak tak mahu berkongsi kisah awak.Tapi saya harap awak jangan bersedih.Hilang manis rupa awak nanti.Lagipun saya pasti apa yang lalui ini pasti akan ada hikmah disebaliknya,jadi walau apapun yang berlaku dalam hidup awak,sedih atau gembira ia merupakan sebahagian daripada kisah kehidupan diri awak."hujah Afif kepada gadis tersebut

"Kalau awak sedih,awak campak je dekat dalam tasikTaiping ni,jangan risau tasik nie dalam dan mampu telan kesedihan awak tak kira berapa banyak pun.hehe"Kata Afif yang cuba menggembirakan gadis tersebut.

"Awak ni kelakarlah..terima kasih."balas gadis tersebut terhadap apa yang diucapkan oleh Afif.

"Owh,dah lewat.Saya harap awak dah tak sedih lagi.Bye"kata Afif setelah menyedari sudah lewat untuknya pulang kerumah.Terus sahaja Afif bergerak pantas menuju ke kenderaannya untuk bergerak pulang ke rumah.

Gadis tersebut cuba ingin menanyakan sesuatu namun terlepas peluang....

 

Tamat imbas semula

 

"Ya,di sinilah aku menemui gadis yang sedangbersedih.Yang aku tidak ketahui namanya..dan bagaimana aku mampu berani menegur gadis yang cantik tanpa rasa malu?Misteri buatku.Satu sahaja yang buat aku menyesal adalah aku tidak mengetahui nama gadis tersebut.Antara penyesalan yang tersimpan di lubuk hatiku"monolog Afif sendiri.Tiba-tiba......

***********************************************************************************************************************************

Prolog II

 

Namaku Laila.Berumur lewat 20-an.Boleh dikatakan aku gadis melayu tipikal yg bertudung.Pakaianku cukup memenuhi tuntutan agama.Purdah mungkin tidak sesuai dengan kerjaya ku sebagai pegawai eksekutif di salah sebuah syarikat ternama bumiputera.Namun auratku tetap ku jaga dengan baik.Taraf pendidikan diriku master di University of Oxford,London.Namun semua itu tetap tidak mampu membuatkan aku berjaya menawan hati lelaki yang aku sukai.Ternyata masih ada cinta di dunia ini.lelaki tersebut memilih wanita yang dicintai daripada diriku yang punyai segalanya.Jadi bertepuk sebelah tangan sahaja diriku ini.Aku cuba persoalkan pilihan lelaki tersebut,seolah-olah tidak dapat menerima hakikat bahawa aku bukannya jodohnya.Nyaris aku hilang pedoman dan ingin melakukan sesuatu yang mungkin akan aku kesali.Kering air mata dipipiku saat mengetahui kebenaran tersebut.Lalu aku mengambil keputusan untuk pergi membawa diri.

Kini,aku kembali menjejakkan kaki ke bandar warisan,Taiping.Dahulunya aku dibesarkan disini di bawah jagaan nenek ku.Namun sudah 15 tahun arwah nenek pergi meninggalkan dunia ini.

***********************************************************************************************************************************

Hari ini merupakan cuti tahun baru.Kebetulan Laila mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya.Mungkin juga kerana hati terdetik untuk kembali menziarah kubur arwah neneknya yang sudah lama meninggalkannya dan juga untuk merawat hati yang terluka.Kini,tibalah masanya untuk kembali pulang ke bandaraya Kuala Lumpur untuk kembali meneruskan kehidupannya di sana.Sedang Laila memandu tanpa arah tujuan di sekitar bandar untuk menatap permandangan bandar Taiping sebelum bergerak pulang,pandangannya tertumpu pada sebuah kawasan yang penuh dengan manusia.Lantas terus Laila  mencari ruang untuk meletakkan keretanya dan bergegas menuju ke destinasi tersebut.

"Huh,huh,huh.."tercungap-cungap Laila akibat berlari tanpa henti untuk sampai ke satu tempat di taman tasik Taiping.Laila merasakan bagaikan ada sesuatu kuasa misteri yang memanggilnya untuk kembali ke sini.Sedangkan tempat ini tidak akan pergi kemana pun.Dan tiada istimewa berbanding manamana kawasan di sekitar tasik taiping ini.Yang ada cuma kenangan lampau 15 tahun yang lalu.

"Disinilah aku meratapi kehilangan arwah nenek ku 15tahun yang lalu dan disinilah aku bertemu lelaki yang tidak aku ketahui namanya"kata Laila yang cuba mengimbas semula kejadian yang berlaku di sini 15 tahun yang lalu..

 

15 tahun yang lalu

 

"Nenek,kenapa tinggalkan Laila?"monolog seorang gadis sendirian di tepi pinggir taman tasik sambil kelihatan air mata jatuh berderai daripada matanya.

"Laila masih perlukan nenek.Nenek sahaja yang memahami diri Laila.Tanpa nenek hidup Laila terasa kosong.Siapa lagi yang mahu dengar keluhan Laila,sapa yang mahu sudi luangkan masa dengan Laila,siapa lagi yang mahu ajar memasak pada Laila?"luah gadis tersebut dengan nada sayu dan sebak diiringi air mata yang masih belum putus jatuh ke bumi.

Tiba-tiba...

"Tisu?"tanya seorang lelaki yang sebaya dengannya sambil menghulurkan tisu padanya.

Tersentak dengan kehadiran lelaki tersebut,airmata gadis tersebut juga tiba-tiba terhenti.Raut wajahnya seakan memadam seketika kesedihan yang sedang dilaluinya.

"Terima kasih"balas Laila kepada lelaki tersebut sambil menerima tisu tersebut.

"Boleh saya tahu kenapa awak menangis?"tanya lelaki tersebut yang menyedari tangisan Laila.

Laila kelu lidah untuk menjawab pertanyaan tersebut.Mungkin juga kerana lelaki di depannya kini masih dirasakannya asing.

Menyedari soalan yang diajukannya itu agak berat untuk dijawab,lantas lelaki tersebut berkata "Maaflah soalan saya ini mengganggu awak"

"Sebenarnya saya..." Laila kemudian mula membuka mulutnya untuk menjelaskan situasi tersebut..

"Tak apa jika awak tak mahu berkongsi kisah awak.Tapi saya harap awak jangan bersedih.Hilang manis rupa awak nanti.Lagipun saya pasti apa yang awak lalui ini pasti akan ada hikmah disebaliknya,jadi walau apapun yang berlaku dalam hidup awak,sama ada sedih atau gembira ia merupakan sebahagian daripada kisah kehidupan diri awak."sambung lelaki tersebut sebelum Laila sempat menghabiskan ayatnya

"Kalau awak sedih,awak campak je dekat dalam tasikTaiping ni,jangan risau tasik nie dalam dan mampu telan kesedihan awak tak kira betapa banyak pun.hehe"kata lelaki tersebut dengan nada bergurau sambil tersenyum.

Mendengar gurauan lelaki tersebut membuatkan Laila ketawakecil.

"Awak ni kelakarlah..terima kasih."balas gadistersebut terhadap apa yang diucapkan oleh lelaki tersebut.Kemudian...

"Owh,saya dah lewat.Saya harap awak dah tak sedih lagi.Bye"kata lelaki tersebut seakan baru menyedari sesuatu perkara.Laila cuba ingin berkata sesuatu namun lelaki tersebut pantas meninggalkannya disitu.Hanya kelibatnya dari belakang sahaja dapat dilihat ketika ini.

 

Tamat imbas semula

 

Tamat lamunan Laila akibat daripada tangisan anak kecil yang terjatuh berlari kecil.Mujur ibunya bijak memujuk anaknya dengan meletakkannya di bahunya sambil  tersenyum.Tersenyum Laila melihat keakraban ibu dan anak tersebut.Terasa ingin menjadi anak kecil semula agar dapat bermanja-manja dengan ibunya.

Tidak semena-mena,sesuatu telah berlaku di persekitaran tasik Taiping ini.....

***********************************************************************************************************************************

Kebanyakan manusia yang berada di sekitar tasik Taiping lari bertempiaran.Cuba mencari tempat untuk berteduh.Dengan tidak semena-menapersekitaran tasik Taiping tadi yang kelihatan cerah menyinar telah berubah wajah sama sekali.

Gumpalan awan hitam menutupi sinaran sang suria.Paluan dan dentuman guruh diselang-seli dengan sinaran kilat menyambar.Tidak heranlah kebanyakan manusia yang berada di tasik tersebut lari bertempiaran kerna takut menjadi mangsa sambaran kilat.Kelihatan Afif juga sedang berlari mencari lokasi untuk berteduh.Tidak jauh daripadanya terdapat pondok yang dikhaskan untuk pengunjung tasik ini.Tanpa membuang masa,Afif meneruskan lariannya ke pondok tersebut.Bunyi sesak nafas Afif dapat didengari tatkala beliau berjaya tiba di pondok tersebut.Tidak begitu hairan kerana beliau bukanlah seorang atlet.Bersukan pun jarang jadi sudah pastilah dia merasa lelah ketika ini.

"Huh,huh,huh..hujan ni memang dashyat,tak bagi amaran langsung.Nampaknya tersadai dekat sinilah sementara"rungut Afif termengah-mengah

"Kalau aku tahu tadi hari nak hujan,takde nya aku nak singgah"sesal Afif akan tindakannya itu.Tapi tiada guna baginya untuk menyesali perbuatannya itu.Ia telahpun berlaku.Bukannya masa boleh diputarsemula.

Tidak lama kemudian,datang seorang wanita yang mempunyai niat dan tujuan yang sama.Berteduh untuk sementara di pondok tersebut.Afif yang melihat wanita tersebut sedikit basah mengambil tisu yang berada di dalam sakunya lalu dihulurkan kepada wanita tersebut.

"Tisu?"soal Afif sambil tangannya menghulurkantisu ke arah wanita tersebut.

Wanita tersebut ternyata terkejut kemudian membalas soalan

"Thanks,i appreciated"

"You welcome"balas Afif semula

Tiba-tiba Afif ketawa.Gadis tersebut agak terkejut dengan reaksi yang dipamerkan oleh Afif.Ingin dikatakan sebagai gila,pakaiannya cukup kemas,penampilannya pula rapi.Apa yang membuatkannya ketawa sedemikian?Wanita tersebut cuba melihat pada dirinya jika ada sesuatu yang melucukan pada dirinya.Menyedari tindakan wanita tersebut,Afif cuba menjelaskan situasi tersebut.

"Maaf,saya bukan ketawa pasal awak.Actually,saya teringat sesuatu yang hampir serupa berlaku di sini pada 15 tahun yang lalu"

Gadis tersebut terkejut dengan kenyataan tersebut.Seperti seakan tidak percaya apa yang telah didengarinya itu.Adakah ini kebetulan yang tidak disengajakan?atau ia memang telah ditentukan oleh Sang Pencipta?

"Boleh saya tahu apa yang berlaku  15 tahun dahulu?"soal gadis tersebutpada Afif.

"Sure,fine with me."balas Afif

"15 tahun yang lalu,di tasik ini saya berjumpa gadis yang cukup menawan sedang menangis di tepian.Lalu saya hulurkan tisu untuknya kesat airmata tersebut.Cuma satu sahaja yang saya kesalkan adalah saya tidak berkesempatan bertanyakan namanya."Afif menceritakan apa yang berlaku padanya 15 tahun yang lalu kepada gadis yang sama-sama berteduh di pondok tersebut.

Gadis tersebut seakan tidak percaya dengan cerita yang disampaikan oleh lelaki tersebut.Adakah ini suratan takdir yang halus menemukannya dengan lelaki ini?

"Actually,nama gadis tersebut Laila Suraya."ujar gadis tersebut kepada Afif.

"Ehh,kenapa awak boleh cakap macam tu?.Macam pelik je"kata Afif yang pelik dengan kenyataan gadis tersebut.

"Apa yang membuatkan awak berkata sedemikian?Mind telling me?"soal Afif kembali.

"Sebab gadis tersebut adalah saya sendiri,Laila Suraya Binti Abdul Mutallib"jelas gadis tersebut sambil tersenyum manis.

"Ehhhh..really?"terkejut Afif mendengar pengakuan gadis tersebut kepadanya.

"Yup,saya juga tak sangka peristiwa seperti ini akan berlaku.Selalunya dalam drama je.Itupun cuma rekaan dan olahan skrip seorang insan untuk kepuasan penggemar lakon layar.Benarlah kata pujangga,hidup ini satu misteri dan sentiasa berikan kita kejutan"hujah Laila.

"Betul,tak sangka masih ada tuah di dalam hidup saya.Biar saya perkenalkan diri saya, nama saya Afif Rizki Bin  Awaluddin."Afif menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Laila.

"Selamat berkenalan Laila.Moga titik pertemuan kita ini menjadi sesuatu yang istimewa di dalam hidup kita berdua"kata Afif sambil tersenyum riang melihat tangan yang dihulurkannya disambut oleh Laila

"Insyaallah."balas Laila ringkas

***********************************************************************************************************************************

Epilog

Kelihatan dua kelibat manusia sedang duduk di sofa yangempuk di ruang tamu.Seorang kelihatan agak berusia manakala seorang lagi masih muda dalam lingkungan belasan tahun.Kedua-duanya duduk menghadap antara satu sama lain.

"Dan begitulah kisahnya wahai anakku"kata lelaki berusia tersebut kepada insan yang berada di hadapannya itu.Seolah-olah telah habis menyampaikan riwayat kisah kepada kanak-kanak di hadapannya itu.

"La,takkan sampai situ je papa.Tengah seronok dengar kisah papa dengan mama"ujar kanak-kanak tersebut.

"Wahai anakku Firdaus,cuba kamu tengok jam di dinding pukul berapa sekarang"kata lelaki tersebut sambil menunjukkan jarinya ke arah jam yang tergantung di dinding ruang tamu tersebut.

"Ehh,dah nak dekat maghrib.Kalau macam tue abang bersiap dululah"ujar kanak-kanak tersebut kepada ayahnya.

"Pandai pun,pergilah.Papa pun nak bersiap jugak."jawab lelaki tersebut setelah anaknya beredar daripada ruang tamu lalu bergerak menuju ke tingkat atas.

Sedang lelaki tersebut ingin bergerak meninggalkan ruangtamu,matanya melihat sekeping gambar keluarga yang juga tergantung di dinding rumah tersebut.Tersenyum sendiri dirinya melihat potret gambar tersebut lantas terdengar sahutan suara memanggil dirinya.

"Papanya,cepatlah maghrib dah nak dekat.Nanti lewat pulak kita solat.Tak baik melewatkan solat tau."ujar suara wanita daritingkat atas.

"Baik sayang,dah nak naik nie."jawab lelaki tersebut ringkas.

"Akan aku ingat keajaiban tersebut kerana ia keajaiban di tahun baru yang memberi makna di dalam hidupku"bisik lelaki tersebut di dalam hatinya.

The End?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.