Hasta La Vista Episod 2
Muka surat pertama kisah cinta Johanna, dia sudah nampak penamat
bahagianya. Majlis perkahwinan ala taman dengan gaun putih labuh diseret di
atas padang rumput hijau bertaburan kelopak mawar merah dan putih. Dalam
pelukan bahagia cinta pertama, berjalan beriringan menuju ke pentas kecil untuk
meraikan hari bahagia mereka. Sekali-sekala bertemu mata, saling menjeling,
tersenyum simpul, menahan tawa gembira.
Johanna adalah seorang penulis. Mempunyai daya imaginasi tinggi merupakan bakat
semula jadinya.
Bertemu dengan Idham bukan sesuatu yang dirancang. Tetapi diajak keluar
bertemu janji sejurus sebelum dia berkata, “Tolong jangan bagitahu saya itu
kereta awak.” sambil mengunjukkan telunjuk kanan ke arah Mercedes C Class yang
dipandu Johanna ke kelas hujung minggu itu, tentu sekali tidak pernah terbayang
dalam kotak angan-angan.
“Bukan kereta saya,”
jawabnya. Kunci dikeluarkan dari poket seluar. Punat membuka kunci ditekan dan
lampu sisi kereta yang menarik perhatian Idham itu menyala sekali.
“Liar,”ujar Idham, tersenyum mengejek.
“Bukan kereta saya. Itu
kereta papa,” Johanna mempertahankan.
“Hmm. Anak orang kaya.”
“Just,anak papa.”
“Saya baru jatuh suka pandang pertama dengan perempuan
yang totally out of my league,”Idham
menerangkan situasi kekok yang sedang mereka berdua lalui.
“And you just asked
me out,”Johanna mengingatkan. Ada senyuman bahagia yang cuba
disembunyikan. Seperti usaha kerasnya yang cuba menyelindung rasa gembira
mendengarkan Idham begitu berterus-terang meluahkan perasaannya.
“And I just asked
you out,”ulang Idham. “Which I don’t
regret at all.”
Beberapa minit berlalu, kedua-duanya terdiam mengunci bibir. Lebih mudah
berbahasa melalui renungan mata, fasa senyuman berperingkat yang berakhir
dengan cetusan tawa tanpa sebab.
Gila adalah kesimpulan yang dapat Johanna keluarkan. Gila adalah dia sejak
pertemuan pertama.
“Apa yang kereta ni dah
buat sampai awak perlukan khidmat mekanik berdekatan?” soal Idham, akhirnya
teringat tujuan dia dipaksa bergegas menggantikan tempat salah seorang pekerja
di bengkel bukantempatnya bekerja.
Dia Cuma datang melepak sambil menikmati servis cucian kereta percuma
memandangkan pemilik Car Zone itu adalah kawannya sendiri. Namun ternyata tiada
yang percuma di dunia ini.
“Tayar depan pancit.”
Idham mengecilkan mata. “Come again?”
“Tayar
depan...p-a-n-c-i-t. Pancit,” ulang Johanna, memikirkan Idham betul-betul tidak
mendengar jawapannya pada sebutan pertama.
Johanna Cuma terkebil-kebil keliru apabila Idham mula tergelak besar.
Terkekek-kekek gembira, nampak bahagia entah kerana apa. Tetapi apabila dia
membuka mulut untuk menerangkan, pandangan matanya jadi redup dan lembut
merenung terus ke dalam anak mata Johanna,
“Ini bukan stupid crush, I can assure you. You had me
at the first look, Anna.”
- Johanna sudah jatuh cinta.
Tiada siapa pernah memanggilnya, ‘Anna’.
Tidak ahli keluarganya. Tidak kawan-kawannya.
Cuma ibunya seorang. Dan ibunya telah tiada.
Mendengarkan panggilan itu setelah bertahun lamanya meyakinkan Johanna
bahawa yang dia sedang rasakan dalam hati pada waktu itu juga bukan Cuma
perasaan bodoh suka-suka biasa. Idham ini yang akan menjaganya sehingga ke
hujung nyawa. Yang akan dikahwininya. Yang akan mencintainya sehingga ke nafas
terakhir. Yang telah mengajarnya erti setiap kata janji yang dilafazkan ketika
akad nikah adalah ikrar yang akan dipegang buat selamanya.
Genap tujuh tahun kemudian, angan-angan Johanna menjadi nyata.
“Jadi...rasa lain tak
tengok saya sekarang?” Johanna bertanya selepas mereka ditinggalkan berdua di
dalam bilik pengantin sebaik majlis nikah tamat tepat jam sebelas pagi.
Idham tidak terus menjawab. Tidak juga berganjak dari bersandar di birai
katil sementara Johanna bercekak pinggang di belakang pintu.
“Atau semua teori akad
nikah yang awak canang-canangkan dulu tu dah terbukti tak bermakna apa-apa?
Saya kena bagitahu editor saya untuk buang babak yang tu dalam buku baru ni. Or else I’m gonna sound ridi-“
“Anna,”Idham memotong, kedengaran serius.
Ekspresinya serius. Telunjuk kanannya diletakkan di bibir, meminta Johanna
berhenti membebel kosong pada waktu genting begini, lalu menepuk ruang kosong
di sebelahnya meminta diisi.
Bahu Idham diiktiraf sebagai kusyen terbaik di dunia. Sepuluh saat pertama,
Johanna mula dibuai rasa mengantuk yang ditahan-tahan semenjak seminggu yang
lalu dek terpaksa bertungkus-lumus memastikan kesempurnaan majlis pada
saat-saat akhir.
“Penat?” Idham bertanya,
berbisik.
“Hmm...” balas Johanna,
lebih kepada hembusan nafas lega.
“Tidur.”
“You know we can’t.”
“And why can’t we?”
Dalam terpaksa dan rela, Johanna mengangkat wajah, membuka sedikit jarak di
antara mereka. Dia tersenyum sendiri memikirkan lelaki di hadapannya itu sudah
bergelar suami.
“Ada majlis resepsi
gilang-gemilang petang ni, awak,” Johanna mengingatkan, tidak boleh mengelak
dari kedengaran teruja, gembira dan agak mengada-ngada.
“Right... That garden wedding dream of yours.”
Dan Johanna mengekek lagi. Terangguk-angguk. Spontan merangkul tengkuk
Idham, memeluknya erat. Dia tidak dapat melihat wajah suaminya pada waktu itu,
tetapi hatinya dapat rasakan yang Idham turut tersenyum bahagia ketika kedua
tangan membalas pelukannya.
“Anna.”
“Hmm?” sambut Johanna,
masih menyembamkan wajah pada tengkuk suami.
“Teori akad tu...”
“Yes?”
“It worked.”
Johanna tidak terus bertanya lanjut. Menanti beberapa saat, menghirup
haruman tubuh Idham yang menenangkan sebelum meleraikan pelukan untuk
bertentang mata. Jari-jemari kanan mereka saling bersimpulan sebagai bahasa
tubuh untuk mempamerkan cinta di antara keduanya.
“Terangkan,” pinta Johanna
akhirnya. Dia mahu tahu.
“Saya tak tahu macamana
nak terangkan, tapi bila saya dengar papa nak serahkan awak pada saya secara
rasminya dan saya terima tanggungjawab tu,... now it feels real. Confirmationyang selama ni saya tak tersalah
pilih untuk serahkan hati saya, dah ada depan mata.”
Pipi kiri Johanna disentuh. Ibu jari memberus lembut wajah yang masih
lembap baru dibuang solekan tebal.
“Teka apa yang saya fikir
lepas saya cium dahi awak depan semua orang tadi,” pinta Idham.
“...Apa?”
“Saya fikir kalau awak
kentut bau lagi teruk dari tapai basi pun saya boleh kata saya cintakan awak
sampai bila-bila.”
Johanna ketawa besar. Namun segera terdiam dengan mata bergenang apabila
Idham menyambung,
“I guess that’s what love is, Anna. Admiring every subtle thing of you.”
Petang itu, Idham tinggalkan Johanna sampai
bila-bila. Terbaring layu di atas pentas kecil idamannya. Tubuh sama yang
masih terasa hangat ketika memeluknya erat sudah tidak bernyawa, kaku, sejuk,
beku di atas pangkuan Johanna.
Hasil bedah siasat doktor menjelaskan perkara-perkara saintifik tentang
pembuluh darah meletup secara tiba-tiba ibarat gunung berapi tanpa amaran awal
sebagai punca kematian tidak dapat diterima akal. Namun Johanna tidak mengamuk
dan mempertikaikan keputusan yang dikeluarkan oleh barisan doktor pakar yang
dibayar oleh papanya. Dia juga tidak sekalipun menitiskan air mata, menangis
dan melalak sambil menyandang status balu selepas hanya beberapa jam bergelar
isteri. Malah dia langsung tidak peduli akan kehadiran beberapa wartawan yang
ingin menemuramah untuk menerbitkan kisah yang dikatakan tragis ini di
dada-dada akhbar, namun sempat ditahan menggunakan pengaruh besar keluarganya.
Kerana Johanna menemui satu penyelesaian untuk semua kekeliruan ini. Satu
ruang kosong untuk dia bersembunyi dari suara-suara yang menghulurkan simpati
dan mata-mata yang memandangnya dengan penuh kasihan.
Johanna mula menggunakan pil anti-depressant.
Bukan Cuma satu jenis, tetapi tiga. Yang ditelan setiap kali suara Idham mula
bergema mengucapkan cinta dan janji dan bayangan tubuhnya yang sekejap datang
sekejap pergi.
Sebaik pil-pil ditelan, bayangan Idham jadi jelas, suaranya kedengaran
membuai dan lebih meyakinkan. Walaupun Johanna tahu itu semua halusinasi dari
kesan buruk menggunakan ubat sebagai jalan keluar, dan tubuhnya sering berpeluh
sejuk menggigil dan panas membahang tidak tentu arah, sukar untuk berhenti dari
terus menggeletar pada bahagian tangan dan kaki – sekurang-kurangnya, Idham ada
di sisi.
Sehingga semuanya menjadi tidak terkawal. Sehingga ubat-ubatan itu hampir
meragut nyawa kalau adiknya tidak menjumpai dirinya bersembunyi di hujung
balkoni bilik tepat pada masa.
Semenjak itu satu rumah sudah mula hilang simpati padanya. Lebih
memandangnya serong kerana telah memilih jalan yang salah. Mereka tidak
meluahkan secara terang, tetapi Johanna dapat baca pandangan mata masing-masing
memanggilnya ‘si penagih dadah’ yang bodoh dan patah hati dan tidak tahu
bagaimana lagi mahu meneruskan hidup.
Jadi sebelum meninggalkan rumah itu buat selamanya, buat kali pertama dan
terakhir, Johanna menitiskan air mata atas kematian suaminya yang tidak pernah
dijangka.
Johanna adalah seorang penulis. Mempunyai daya imaginasi tinggi adalah
bakat semula jadinya. Tetapi tidak pernah sekali dia membayangkan penamat
tragis dalam kisah cinta seseorang akan terasa begini peritnya.
Tidak bermakna dia tidak boleh menjadi penulis cerita sedih. Tidak bermakna
imaginasinya tidak boleh membayangkan seribu seratus satu cara untuk mematikan
satu-satu watak supaya pembaca ikut sama kecewa sepertimana kecewanya dia
terhadap cinta. Tidak bermakna dia tidak boleh membuat orang lain turut mendapat penghujung cerita cinta yang tidak
membahagiakan seperti kisahnya.
Sasaran pertamanya adalah ‘bai’ di hadapannya ini, yang dengan jelas sedang
kelihatan serabut dengan masalah perhubungan cinta. Tanpa mengambil peduli apa
kisah tersirat disebalik wajah sugul ala tapai basi itu, Johanna mencadangkan,
“Well, if you were
to take my advice, I’d say leave her. You deserve so much better.”
Motifnya Cuma satu; putuskan hubungan lelaki ini dengan kekasihnya. Menggunakan
kata-kata fakta bercampur teori bodoh yang digunakan Idham dahulu untuk memikat
hatinya dan masih tetap mendominasi hatinya. Supaya ‘bai’ ini meninggalkan
teman wanitanya itu dan bakal menyesal akan keputusannya kerana tidak ada cinta
yang sempurna melainkan cinta pertama.
Selesai berurusan, Johanna terasa bersalah apabila lelaki itu menawarkan
untuk membayar pesanan makan lewat malamnya. Tetapi tidak mahu juga
berterus-terang mahu lelaki itu melupakan sahaja segala pesanannya dan teruslah
berbahagia.
Johanna bergegas pergi. Sebelum perasaan jahatnya ingin menjadi ejen
pemusnah cinta orang mula beransur hilang.
“Hasta
la vista!”jerit lelaki itu.
Meyakinkan Johanna bahawa nasihatnya pasti akan diambil serius.
Kalau tidak, masakan lelaki itu berharap akan bertemu dengannya lagi.
Untuk itu, Johanna memberikan satu tabik hormat dengan sekuntum senyuman
kemenangan.