Kadang - kadang kita saja menjauhkan diri..
Tapi bukan kerana membenci,
Hanya ambil masa untuk sembuhkan,
Hati yang terluka ini.
Kita perlukan ruang menyendiri,
Supaya tidak tersalah lagi...
Apa yang kita lalui...
walau mengabaikan perasaan sendiri
Allah lebih mengerti...
Semuanya ada hikmah yg tersembunyi..
Mematangkan hati dan diri.
Barangkali yg kita suka itu
memberikan keburukan yg banyak
dan barangkali yg tidak kita suka itu
memberikan kebaikan yg banyak.
Allah lebih mengetahui berbanding kita.
Setiap hari selagi masih hidup,
Allah berikan peluang untuk kita berubah.
Lebih taat dan patuh padaNya.
Lebih yakin dan bergantung padaNya.
Merasai cintaNya dan kekasihNya.
Kita hamba yg lemah,
sentiasa gusar dengan perkara yg remeh,
Mudah rebah dengan manusia.
Mudah mengalah dan kecewa dengan tanggapan
manusia.
Mulai tika ini..
Jaga hati kerana Allah,
dan bukan untuk manusia.
Biar apa yg kita terima dari mereka,
kita tidak sedih dan gundah.
Walau kita dilukai.jangan sesekali kita
biarkan mereka merasai apa yg kita rasai.
Kita sebarkan bahagia..
padam luka - luka..
Alnur
meneliti sekali lagi puisi yang dikarangnya sebelum kursor mengklik butang
“Publish”.Kemudian, dia menghirup milo panas yang sudah masih belum
berusik.Langkah kakinya dihayun ke balkoni rumahnya.Dia mengeluh perlahan.
“Kau
yakin dengan tindakan kau ni, Alnur?” tanya Nisha ketika Alnur menyampaikan
berita itu. Matanya bulat seakan tidak percaya.
“Kenapa
kau cakap macam tu?Bukan ke kau yang kata jodoh itu rahsia Allah?”
“Memang
la. Tapi dengan menerima pinangan orang yang kau sendiri tak berapa nak kenal…
Aku rasa kalau Fadhila tau ni mahu dia mengamuk nanti.”
“Pasal
Fadhila tu kau jangan la risau. Aku tahu la uruskannya nanti,”
bersungguh-sungguh Alnur cuba meyakinkan Nisha.
“Serius
kau tak nak tunggu Fitri?” tanya Nisha untuk kepastian. “Kau bukan suka sangat
ke dengan dia?”
Alnur
menghela nafas halus.“Kalau aku sorang je yang suka dia, tak guna juga,
kan?Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.”
“Habis
tu, kau nak pendam je perasaan kau tu?Gitu?”
“Kalau
itu yang terbaik,” Alnur cuba ukir senyuman paling manis buat Nisha. Namun
gadis itu tetap masam mencuka.
“Ala,
Nisha…,” Alnur memaut bahu gadis itu erat. “Kau sepatutnya tumpang bahagia
dengan keputusan aku. Bukannya muncung sedepa macam ni.”
“Aku
sebenarnya… tak berapa setuju dengan keputusan kau ni. Tapi tak apalah.Kalau
kau rasa itu yang terbaik untuk kau, aku redha.Moga kau temui kebahagiaan yang
selama ni kau cari,” Nisha ukir senyum pahit.
*****
Fitri
hanya memerhatikan gelagat orang ramai yang mengunjungi konvensyen itu.Ada yang
berbual sesama sendiri, ada yang sibuk berselfie dengan rakan-rakan, ada juga
yang ralit membaca buku atau bermain telefon.Sedikit sebanyak menghilangkan
resah hatinya yang bertandang sejak dua hari lalu.
“Alnur
bakal bertunang. Dia ada buat kenduri kesyukuran. Dia ajak Abang sekali untuk
datang meraikan.Kau nak ikut?”
“Bila?”
tanya Fitri setelah lama mendiamkan diri.
“Lusa.”
Lusa.Itu
dua hari lalu.Bermakna hari ini.Hancur hatinya mendengar perkhabaran
itu.Sehancur biskut yang dipegangnya ini.
“Kot
iye pun tak nak makan biskut tu…. Janganlah buat macam tu. Bagi aku lagi bagus.
Aku dah la tengah lapar ni. Kau dah buat macam tu, aku nak makan apa lagi?”
bebelFadhila sebaik sahaja dia menghampiri Fitri. “Dah kenapa buat muka macam
tahi kerbau kena hujan ni?Bini kau lari ke?”
“Kau
tak faham…,” Fitri bersuara lirih.
“La,
dah kau tak cerita, macam mana aku nak faham?” potong Fadhila selamba. “Aku
suruh kau sertai konvensyen ni, kau tak nak. Tengok sekarang ni, lembik macam
baru lepas makan bubur cair je.”
“Kau
ni dari tadi asyik bercerita pasal makan ni kenapa?” pelik Fitri dengan tingkah
Fadhila malam ini.
“Aku
lapar!Jom teman aku makan,” Fadhila tersengih.Fitri menggelengkan kepala.Dia
bangun. “Eh, nak ke mana tu?” tanya Fadhila , kalut.
“Pergi
makan la.Kau juga yang ajak.Karang kalau aku tak layan, aku pulak yang kau
makan. Bukannya aku tak tahu perangai kau yang satu tu. Suruh makan Sneakers,
tak nak,” balas Fitri sambil kakinya terus melangkah keluar dari pusat
konvensyen itu.Dia hanya membiarkan sahaja Fadhila membebel sambil mengikuti
langkahnya.
“Kau
nak makan apa?”
“Aku
tak tahu.Kau cadangkan.”
Pekk!
Fadhila sapu dahi.Fitri senyum senget.
“Padan
muka.Buat la lagi,” ejek Fitri.“Kepala aku pusing.Dah tak boleh nak fikir dah.”
“Pulak…,”
Fadhila garu kepala. “Kita makan sate je la. Senang. Depan dewan je.”
“Hurm…,”
Fitri tidak membantah.Dia hanya membiarkan sahaja Fadhila yang membuat pesanan
untuknya.Tidak lama kemudian makanan pun sampai.
“Kenapa
kau tak makan?” tanyaFadhila apabila melihat Fitri sedikitpun tidak menyentuh
makanan yang telah dipesannya. “Aku salah pesan ke?Nak tukar?”
“Eh,
tak payah!Aku yang… tak ada selera,” suara Fitri berubah kendur.Mendengarkan
itu, Fadhila mencapai tisu dan mengelap mulutnya perlahan.Pandangannya
dipusatkan ke wajah Fitri.Baru dia perasan, wajah Fitri yang sentiasa berseri
itu kelihatan mendung.
“Kau
ni dah kenapa?Ada masalah ke?Nak kongsi dengan aku?” nada suara Fadhila sudah
berubah.Menjadi lebih prihatin.Fitri diam, tidak menjawab soalan itu.Melihatkan
itu, Fadhila mendengus halus.
“Bosan
pulak aku bercakap dengan kerusi kosong,” Fadhila meneruskan suapannya.Fitri
menjeling. Perli aku la tu!
“Mulut
kau boleh tahan laser kan?”
“Aku
malas nak layan orang-orang yang suka buat drama Samarinda macam yang kau buat
sekarang ni,” Fadhila menolak pinggan di hadapannya. “Tengok macam aku.Bila
lapar, makan.Kenyang perut suka hati.Senang.Lepas tu balik rumah tidur.Dua tiga
hari kemudian merungut badan makin berisi.”
“Apa
sebenarnya yang kau cuba sampaikan ni?” Fitri tidak faham.
“Kau
la.Bila ada masalah, tak lalu makan.Menyeksa diri sendiri.Bukannya nak luahkan
pada yang berhak.”
“Kau
betul-betul nak tahu apa masalah aku ke apa ni?”
“Aku
cuma bertanya.Hak kau untuk bagitahu atau tak.Cuma jangan buat orang macam
tunggul.Tak jawab soalan bila ditanya.Orang boleh kecil hati tau,” Fadhila memberi
pandangannya.Dalam diam, Fitri mengakui hakikat itu. Dengan Fadhila, dia tak
perlu menjadi orang lain.
“Maaf.”
“Dah.Makan.
Lepas makan, kau nak buat apa pun boleh. Tapi, hantar aku balik dulu.Aku tak
nak tengok kau meroyan kat sini macam orang gila.”
“Kau
ni…,” Fitri menggerutu.“Aku jemput kau dari konvensyen ni sebab aku tengah
serabut.Aku perlu teman bicara.Kau pulak tambah serabut aku!”
“Then,
tell me. Apa masalah yang buat kau serabut sampai aku tengok kau dah macam tak
terurus ni?” itu tujuan Fadhila sebenarnya. Tahu sangat dia dengan lelaki yang
seorang ini.Kalau tak serabut, jangan haraplah dia cari Fadhila.
Fitri
mengeluh halus. “Alnur…”
“Wanita
yang kau puja dalam diam tu,” potong Fadhila .Dia senyum.
“Bagilah
aku habis cakap dulu…”
“Ok,”
Fadhila tutup mulut dengan tangan. Memberi peluang untuk Fitri meneruskan
ceritanya.
“Alnur…
dia dah bertunang.”
“What??”
*****
“Kenapa
pilih Azrul sebagai bakal suami?” tanya Abang Besar setelah Alnur menyampaikan
berita pertunangannya. “Alnur kenal dia ke?”
“Tak
la kenal sangat.Dia jiran kami masa kami tinggal di kuarters polis dulu.Dia
pindah mauk asrama masa tingkatan satu.Tak lama lepas tu, ayah Nur ditukarkan
ke Sabah,” jelas Alnur.
“Semudah
itu Nur terima pinangan dia?”
“Tak
juga, Abang Besar.Nur ada bertanyakan orang-orang tua. Kebanyakannya cakap
Azrul ni baik, bersopan santun. Pendek kata, untunglah siapa yang jadi isteri
dia.”
“Itu
je?” suara Abang Besar sudah naik sedikit.
“Abang
Besar ni…,” Alnur gelak kecil.Kelakar pula rasanya.“Nur ada buat solat
istikarah. Insya Allah, Dia akan berikan jalan untuk hambaNya yang berserah
hanya padaNya.”
“Tapi
Nur dah lama tak jumpa dia. Baru sekali jumpa balik, dia terus meminang.Tak
rasa macam terburu-buru ke?”
“Abang
Besar, kan Nur dah cakap dengan Abang. Sekarang Nur akan terima sesiapa sahaja
yang masuk meminang Nur. Kebetulan dia yang berani nak buka langkah pertama.Nur
terima je la.”
“Tapi
Nur tak kenal dia…,” suara Abang Besar sudah mula kedengaran risau.“Macam mana
kehidupan Nur lepas kahwin nanti?”Pecah tawa Alnur mendengarnya.
“Gelak
pula dia!” marah Abang Besar.
“Ala,
Abang jangan risau.Allah takkan biarkan hambaNya terkontang-kanting macam tu
aje.Lagipun, bercinta lepas nikah kan lebih indah?”
Ayat
itu kedengaran ceria apabila dituturkan Alnur.Namun siapa tahu gelora hati
Alnur bagaimana.Entah apalah nasibnya nanti, bernikah dengan orang yang dia
tidak kenal.
“Ada
orang sedih Nur bertunang ni tahu?”
“Siapa?”
jantung Alnur sudah berdegup kencang.Siapa? Takkan…
“Siapa
lagi?Fadhila la.Bukan main lagi dia marah bila dapat tahu Nur bertunang.Dia cakap,
Nur dah lupa adik dia,” Adu Abang Besar.Mendengarkan itu, Alnur jadi risau.Tahu
sangat dia dengan budak perempuan seorang ini.Amat jarang merajuk namun sekali
buat hal, amat sukar dipujuk.
“Dia
ada dengan Abang ke sekarang?Nur nak cakap dengan dia.”
“Mana
ada la.Tengok la pukul berapa sekarang.Sebelas malam.Dia adik Abang yang paling
awal tidur tahu.Dah lupa?”
Alnur
garu telinga.Bagaimana mahu memujuk adiknya yang seorang itu?
“Dia
tak telefon Abang pun. Fitri yang bagitahu.Dia cakap, lepas dia bagitahu yang
Nur bertunang, dia terus diam. Sampailah masa Fitri hantar dia balik rumah,”
jelas Abang Besar.Alnur telan liur.
“Habis
tu, Nur kena buat apa ni?” tanya Alnur resah. Memang silapnya, tidak
memberitahu Fadhila tentang pertunangannya ini.Memang dia yang harus memujuk
adiknya itu nanti.
“Entahlah,
Nur. Cuba Nur telefon dia. Tapi bukan malam ni la. Sebab dia dah tidur,” Abang
Besar memberi cadangan.“Takpun bagi dia hadiah.Sesuatu yang bermakna.Kek red
velvet ke. Eh, tapi dia kata kek tu dia dah tak boleh makan sangat. Badannya
naik sejak putus cinta haritu.”
“Macam
mana ni, Abang Besar…”
“Ikut
Nur nak pujuk dia macam mana,” suara Abang Besar berubah serius.“Semoga
berjaya!Abang nak dating dengan isteri tercinta kejap. Bye!”
Klik.Talian
dimatikan.Alnur merenung telefon bimbitnya lama.Mindanya ligat memikirkan idea
untuk memujuk Fadhila.Tiba-tiba wajah lelaki itu muncul di wajahnya.
Fitri!
*****
Fitri
hanya merenung gambar yang tersimpan di telefon pintarnya.Kadang-kadang dia
tersenyum sendiri. Kenangan masa lalu cukup manis untuk dikenang. Terutamanya
kenangan dia bertemu cinta hatinya buat kali pertama.Di mana dia dan Alnur
pertama kali bertentang mata.
“Fitri!Sini
kejap!” panggil Abang Besar.Fitri yang sedang melepaskan lelah selepas beradu
tenaga di gelanggang silat hanya memandang Abang Besar tanpa perasaan. Namun
Abangn Besar beria-ia ingin Fitri menghampirinya. Ada seseorang di belakang
lelaki itu.Namun Fitri tidak dapat mengecamnya.Kebetulan pula dia tidak memakai
kanta lekap atau cermin mata.
“Abang
Besar nak apa dengan aku?” tanya Fitri kepada Fadhila di sebelahnya. Gadis itu
hanya angkat bahu.Dia begitu asyik bermain tabletnya.
“Pelik.Jarang
Abang Besar panggil aku,” Fitri bermonolog sendiri.
“Ada
hal penting la tu. Pergi la jumpa dia,” jawab Fadhila selamba.Matanya tidak
lepas dari menatap skrin tablet.“Buat drama pula di sini.Ingat laku?”
“Sombong!
Kau makan la tablet tu sampai kenyang!” Fitri mendengus lalu bangun dan
melangkah menuju ke tempat Abang Besar.Sempat dia menoleh ke arah
Fadhila.Terkejut dia apabila mendapati gadis itu sedang menjelirkan lidahnya.
“Dah
la sombong, buruk perangai pula tu!” tanpa sedar dia bersuara kuat.
“Biarlah
dia, Fitri,” balas Abang Besar.Fitri menoleh. “Dia memang macam tu. Ada masa
gila-gila dia tu, makcik jaga tol pun dia boleh usik.Tiba masa serius dia tu,
jangan la bergurau dengan dia,” sambung Abang Besar lagi.
“Betul
tu, Abang Besar.Nur nak tegur pun takut kalau dah sampai masa tu,” celah
seorang gadis yang berdiri di belakang Abang Besar ketika itu.Fitri
terpana.Senyuman gadis itu… cantik sangat.
“Fitri,
kenalkan ini Alnur.Adik angkat abang, macam Fitri juga,” rasanya kata-kata
Abang Besar tidak didengari oleh Fitri, kerana dia sedang asyik menikmati
senyuman Alnur yang indah bak bulan purnama.
“Fitri!”
suara Abang Besar sedikit kuat.Fitri tersentak.Spontan dia menghulurkan
tangannya.Meletus tawa dari mulut Abang Besar.
“Fitri…
Fitri. Alnur ni kan perempuan. Bukan mahram awak pula tu. Mana boleh salam,”
tegur Abang Besar lembut. Alnur masih tersenyum, berselindung di sebalik tubuh
Abang Besar.Fitri pandang Fadhila yang sudah terkekeh ketawa.
Kurang
asam punya budak!
Kringg!
Kringg!
Lamunan
Fitri terhenti apabila telefon pintarnya menyanyi nyaring.Berkerut dahinya
apabila melihat nombor telefon yang tidak dikenali terpapar di skrin telefon.
Siapa pula yang telefon aku ni?
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.Ni
Fitri kan?” satu suara lembut menyapa gegendang telinganya.Fitri tergamam. Ini
bukan ke…
“Boleh
saya tahu siapa ni?”
“Saya
Alnur.”
Fitri
ternganga.Alnur?
*****
“Abang
Besar bagitahu yang Fadhila merajuk dengan saya.Betul ke?”
Diam.
Masih tiada respon di hujung talian.Alnur pelik. Nak kata dia ni dah bisu,
boleh je dia tanya aku tadi.
“Assalamualaikum,
Fitri.”
“Ah,
Waalaikumsalam. Maaf, saya… er… saya…,” sejak bila aku jadi gagap ni!
“Fitri,
awak okey?Ke awak tak sihat? Kalau macam tu saya telefon nanti…,”
“Eh,
awak!Tadi talian tak jelas, sebab tu saya diam,” ujar Fitri. Mana nak jelas,
kalau dah dengar suara si dia sudah tidak boleh tidur malam!
“Awak
tanya apa tadi?”
“Tak
ada. Saya cuma nak tanya betul ke Fadhila merajuk dengan saya?”
“Lebih
kurang la.Dengan saya pun dia tak bercakap sekarang.Mesej saya pun dijawab
hambar. Panggilan telefon saya pun dijawab mahu tak mahu saja.” Terang Fitri.
Memang itu pun hakikatnya.Bila ditanya, jawabnya dia sibuk dengan kerja.
“Saya
pun belajar separuh masa juga.Ada je masa untuk saya bersama keluarga,” suara
Alnur kedengaran rendah. Alahai, ini yang aku lemah ni, getus Fitri.
“Awak
dah cuba pujuk dia?”
“Macam
mana saya nak pujuk dia? Saya cuba mesej dia melalui Whatsapp,tapi tak
berbalas. Malah dia tak baca pun.Sedangkan statusnya online,” adu
Alnur.“Facebook pun begitu.”
“Mana
awak tahu dia tak baca?”
“Mana
lagi? ‘Blue tick’ lah,”
Fitri
telan liur. Tidak disangka Fadhila alan bertindak sebegitu. Sedangkan sepanjang
perkenalan mereka, gadis itu tidak pernah bertindak mengikut perasaan.
“Awak
dah cuba telefon dia?”sedaya upaya dia cuba mengawal nada suaranya agar tidak
kedengaran gugup di telinga gadis pujaannya itu.
“Dah,
tapi dia tak angkat, jawab Alnur lemah.Suaranya serak seakan ingin menangis.
Mati kutu Fitri mendengarnya. Lama berfikir, akhirnya dia mendapat satu idea.
“Macam
ni. Saya akan cuba tolong awak. Tapi awak kena janji dengan saya, awak takkan
nangis lagi.Boleh?Saya sayang awak tau.”
Sejurus,
suasana sepi di hujung talian.Fitri sendiri menutup mulutnya spontan.Apa yang
aku cakap tadi?
“Awak?”
suara Alnur mengembalikannya ke dunia realiti.“Apa dia?”
“Awak
janji akan tolong saya?”Alnur bersuara penuh mengharap.
“Ye,
saya janji saya akan tolong awak sedaya upaya saya. Insya Allah,” saya buat
macam ni sebab saya sayangkan awak, bisik hatinya mujur juga dia sempat menutup
mulut. Jika tidak…. Pasti Alnur mendengar isi hatinya buat kali kedua.
“Macam
mana awak nak buat?” tanya Alnur, ragu-ragu.
“Saya
ada rancangan.Tapi terpulang pada awak juga, sama ada awak nak ikut cakap saya
atau tidak,” ujar Fitri.Dalam hatinya cukup takut kalau-kalau Alnur berat hati
untuk bekerjasama.
“Apa
sahaja, untuk pujuk Fadhila,” jawab Alnur pantas.Fitri senyum senget.Mindanya
ligat merencanakan sesuatu.
*****
“Apa
motif kau ajak aku keluar ke sini ni? Hilang akal?” tanya Fadhila. Dia pelik
dengan kelakuan Fitri hari ini.Mengajaknya berjogging di KLCC seawal
pagi.Sudahlah ajakan dibuat secara mengejut.Nasib baik hari ini dia tidak
bekerja.
“Hilang
akal apanya?Eloklah tu, berjogging untuk kesihatan. Lagipun, badan kau tu dah
nak dekat samabesar dengan tong air dah aku tengok. Atau kau dalam perancangan
nak simpan lemak kat badan kau tu?”
“Mulut
kau memang tak ada insurans, kan?” pantas Fadhila mengejar Fitri yang sudah
jauh berlari.Dekat sahaja dengan lelaki itu, spontan botol air dibaling ke
arahnya. Tepat di kepala! Fitri gagal mengawal imbangan, lalu terjatuh.Bulat
mata Fadhila melihatnya, namun sebentar kemudian dia ketawa.
“Padan
muka kau!Itulah, cari pasal lagi dengan aku.Kau tak tahu ke yang aku ni
berdaulat?” ejek Fadhila.Fitri menggosok kepalanya perlahan sambil mengaduh
kesakitan.Kelibat Fadhila dipandangnya geram. Kuat juga dia ni baling. Boleh
benjol kepala aku!
“Suka
la tu dapat gelakkan orang!”
“Ala,
rilekslah!Bukan selalu aku dapat gelakkan kau.Lagipun asyik aku je yang kena
buli dengan kau, kan?”Fadhila ketawa lagi.Fitri diam. Mengundang rasa pelik
pada gadis di hadapannya ini.
“Kau
dah kenapa?”
“Tak
adalah. Cuma, aku dah lama tak tengok senyuman kau tu. Yelah, kita pun dah lama
tak jumpa kan.”Fitri bangun.
Fadhila
senyum nipis.“Yelah, kau kan nak melayan perasaan.Jadi aku tak nak la
kacau.Lagipun aku sibuk dengan kerja.”
“Orang
lain pun sibuk dengan kerja juga,” terdengar satu suara lembut dari belakang
Fadhila membuatkan dia menoleh. Sebentar kemudian dia terkejut melihat Alnur
berdiri tidak jauh daripadanya.Pantas dia menoleh, mencari wajah Fitri. “Apa
semua ni?”
“Sorry,
beb,” hanya itu yang mampu diucapkan saat melihat mata Fadhila.
“Korang
tahu tak, korang ni sangat sesuai dan sepadan,” usai berkata-kata, Fadhila
melangkah pergi dari situ.Sengaja dilanggar bahu Fitri sebagai respon terhadap
tindakan lelaki itu. Marah!
“Adik,
janganlah pergi dulu!”
Langkah
Fadhila terhenti.Lantas dia menoleh.“Akak panggil saya apa tadi?”
“Akak
panggil awak adik, sebab akak dah anggap awak macam adik sendiri,” Alnur
bersuara lemah.
“Adik?Akak
panggil saya adik? Kalau akak anggap saya ni adik akak, kenapa saya kena jadi
orang yang terakhir yang tahu tentang pertunangan akak? Hari bahagia akak?”
akhirnya Fadhila meluahkan apa yang terpendam di hati.
“Akak
tahu tak apa rasanya bila kita dapat tahu berita tentang orang yang kita
sayang, dari mulut orang lain? Sakit tu kat sini, akak tahu tak?”Fadhila
menekan dadanya bagi menggambarkan kepedihan yang dialami.Alnur tertunduk,
menyesali kesilapannya.
“Fadhila,”
Fitri melangkah perlahan, cuba menghampiri Fadhila. “Maafkan aku.Selama ni aku
tak tahu isi hati kau.”
“Kau
pun sama!” jerkah Fadhila.“Kau cakap kau sayang dia, kau cinta dia, kau puja
dia. Tapi aku tak pernah dengar kau luahkan kat dia. Lepas tu bila dia
bertunang, kau meroyan sendiri.Kau ingat semua orang ada kuasa telepati, boleh
baca apa yang ada dalam hati kau tu?”
Fitri
tergamam.Alnur terkejut.Fitri… cinta pada aku?
*****
“Kau
cakap kau sayang dia, kau cinta dia, kau puja dia. Tapi aku tak pernah dengar
kau luahkan kat dia. Lepas tu bila dia bertunang, kau meroyan sendiri.Kau ingat
semua orang ada kuasa telepati, boleh baca apa yang ada dalam hati kau tu?”
Kata-kata
Fadhila masih jelas terngiang-ngiang di telinga Fitri walaupun sudah tiga hari
berlalu.Dan sepanjang tempoh itu, tiada panggilan telefon mahupun mesej dari
gadis itu untuknya.Juga dari Alnur. Mengingatkan dia… Fitri mengeluh kasar.
“Orang
muda-muda ni, kalau selalu sangat mengeluh, cepat tua,” suara Abang Besar
kedengaran, memecah lamunan FItri.Dia memandang Abang Besar yang ralit dengan
Ipadnya. Hurm, baguslah tu. Yang sorang main tablet macam nak makan, yang
sorang lagi main Ipad macam tiada hari esok.
“Main
COC la tu,” perli Fitri.
“Tak
la.Berbalas mesej dengan isteri tercinta.Fitri apa tahu?”
“Aik?Tak
puas lagi berborak kat rumah?Main mesej pulak?”Fitri kerut dahi.
“Eh,
biarlah! Kitorang nak bercinta pun, halal apa. Suami isteri.Bercinta lepas
nikah lebih indah,” Abang Besar peluk Ipad sambil buat muka comel.Tergeleng
kepala Fitri melihatnya.Sebentar kemudian dia mengeluh lagi.
“Ni
dah kenapa ni? Macam ada masalah besar je,” tanya Abang Besar prihatin.
“Saya
ni pengecut ke, Abang?” tanya Fitri tiba-tiba. Berkerut dahi Abang Besar
mendengarnya.“Kenapa tiba-tiba tanya macam tu?”
“Mencinta,
tapi tak meluahkan.Menyayangi, tapi tak beritahu.Memuja, tapi hanya dari
jauh.Mengharap sesuatu yang indah akan berlaku, tapi tak pernah membuka langkah
pertama untuk menjadikannya realiti,” Fitri berkias.
“Gadis
pujaan Fitri yang kini bakal menjadi milik orang tu?” cepat Abang Besar
memahaminya.Dia membetulkan duduk.“Kadang ni, bukannya kita tak nak bagitahu
apa perasaan kita pada orang yang kita sayang. Cuma bila kita tahu yang dia
lebih bahagia tanpa kita, apa lagi yang boleh kita buat? Berundur lebih baik.”
“Bolehkah
dia bahagia tanpa cinta?”
“Fitri
maksudkan Alnur?” buntang mata Fitri mendengarnya.Macam mana Abang Besar tahu?
Takkan dia ada….
“Otak
tu jangan nak kartun sangat.Abang mana ada telepati,” cepat Abang Besar
menyambung bicara.Fitri tersenyum sendiri.
“Fadhila
bagitahu abang ke?” tanya Fitri. Abang Besar menggeleng.Fitri hairan. Takkan….
“Alnur?”
satu nama disebut.
“Yup,”
Abang Besar mengangguk.Tidak dipedulikan langsung riak wajah Fitri yang sudah
berubah.“Tadi dia datang ke rumah, belajar memasak dengan isteri Abang. Makin
sedap pula dia masak sekarang ni. Hehehe,”
“Tukar
topik pula dia,” Fitri menggerutu.Abang Besar ketawa.
“Lepas
makan tu, dia cerita apa yang berlaku semalam di KLCC. Pandai ye Fitri berpakat
dengan dia untuk pujuk Fadhila.Tak bagitahu Abang pun,” suara Abang Besar
kedengaran merajuk.Fitri ketawa.
“Tadi
pun sebenarnya Abang ada mesej Fadhila untuk tanyakan hal ni.” Mati tawa Fitri
mendengar kata-kata Abang Besar.
“Alhamdulilah,
dia masih mahu berhubung dengan abang.Kalau dengan saya, jauh sekali.Ada je
alasan yang dia bagi.”
“Tapi
isi perbualan abang dengan Alnur dan Fadhila bukan pasal diorang saja.Tapi
pasal Fitri,”
“Pasal
saya?Kenapa pula?”
“Alnur
tanya, betul ke Fitri suka dia,” Abang Besar senget bibir. Fitri angkat kening.
“Habis
tu, Abang jawab apa?”
“Abang
jawab…,” belum habis Abang Besar menghabiskan ayatnya, telefon pintar Fitri
menjerit nyaring.Dia melihat sekilas skrin telefon itu sebelum memandang mata
Abang Besar dalam-dalam.
“Siapa?”
“Alnur.”Fitri
telan liur.Abang Besar sengih.
*****
“Saya
nak jumpa awak, boleh?”
“Boleh.Tapi
kenapa?Ada hal penting ke?”
“Penting
sangat.Saya tak boleh cakap dalam telefon.”
“Oh,
baiklah.Kita jumpa.Awak nak bawak tunang awak ke?”
“Tak.Hanya
berdua.Jangan bagitahu sesiapa.”
Pulak.“Baik.kita
jumpa kat mana?”
Dan
di sini Alnur berada.Di restoran kegemarannya. Berkali-kali dia melihat jam di
tangan. Resah hatinya tidak terkira.Insane yang ditunggu masih tak kunjung
tiba.
“Assalamualaikum.”
Suara
garau itu amat dikenali Alnur.Lantas dia menoleh ke belakang dan tersenyum.
“Waalaikumsalam, Fitri.”
“Dah
lama sampai?”
“Baru
tak baru la.Dalam 10 minit macam tu,” jawab Alnur lembut.
“Lama
juga la tu. Maaf, saya lambat,” Fitri tunduk sedikit.
“Tak
apa.Duduklah,” pelawa Alnur.Fitri tidak tunggu lama.Dia terus mengambil tempat
di hadapan Alnur.Matanya, masih tidak berubah macam dulu.Masih menunjukkan
sinar kesedihan.Hairan juga Fitri, sedangkan tarikh pernikahannya tidak lama
lagi.
“Awak
ajak saya jumpa ni sebab Fadhila ke?Kalau sebab dia, saya minta maaf.Dia
langsung tak jawab panggilan saya,” ujar Fitri.
Alnur
menggeleng.“Bukan sebab dia. Insya Allah, kawan saya Nisha akan jumpa dia sekejap
lagi untuk pujuk dia.”
“Habis
tu, kenapa awak beria-ia nak jumpa saya ni?”
Alnur
menarik nafas dalam-dalam sebelum memulakan bicara.“Haritu, masa di KLCC,
Fadhila ada cakap sesuatu pasal awak.”
“Pasal
saya?” jantung Fitri sudah berdegup kencang.Ayat keramat Fadhila itukah?
“Betul
ke awak suka saya?”Alnur pandang mata Fitri dalam-dalam, membuatkan lelaki itu
tidak keruan.
Fitri
telan liur.“Awak percaya apa yang Fadhila katakan?”
“Kalau
soalan dijawab dengan soalan, bermakna ada sesuatu yang tak kena.Mungkin ada
sesuatu yang sedang disembunyikan,” satu jelingan dihadiahkan kepada
Fitri.“Jadi betullah, awak suka saya?”
Fitri
mengeluh halus.“Kalau betul pun, semuanya sudah terlambat.Awak dah bertunang
dan akan bernikah tak lama lagi.”
“Jadi
betul awak suka saya?”
“Apa
gunanya kalau saya mengaku sekarang?” sedikit keras suara Fitri.Namun dia
terkedu apabila melihat mata Alnur berkaca.Menangiskah dia?
“Awak,
kenapa ni?” tanya Fitri, kalut. Dia mudah tersentuh apabila melihat gadis
pujaannya itu menitiskan air mata.
“Kalau
betul awak suka saya, kenapa awak tak berterus terang dari dulu?” suara Alnur
kedengaran sebak.cepat-cepat dia mencapai tisu dari dalam beg tangan. Fitri
diam, hanya memerhatikan sahaja tingkahnya itu.
“Awak
tahu tak, kalau awak berterus terang dari dulu, semuanya tak akan jadi macam
ni!”
Dahi
Fitri berkerut.“Maksud awak?”
“Kalau
awak berterus terang dari dahulu,
mungkin saya akan terima awak!” Alnur terus bangun dan meninggalkan
Fitri yang terpinga-pinga di meja itu.Air matanya bercucuran.
Fitri
tergamam.Alnur cintakan aku?
*****
“Jadi
macam mana sekarang?” tanya Fadhila. Hilang sudah rajuknya terhadap Fitri
setelah pertemuannya dengan Nisha tempoh hari.Pertemuan yang membongkarkan isi
hati Alnur yang sebenarnya terhadap Fitri. Kenapalah kena jadi macam ni?
“Macam
mana apa lagi?Macam tu la,” balas Fitri selamba. Sedaya upaya dia cuba
mempamerkan wajah bersahajanya di hadapan gadis itu. Walhal dalam hati…
“Macam
tu la,” Fadhila mengajuk kata-kata Fitri.Dia buat tidak tahu apabila Fitri
menjelingnya tajam.“Macam la aku tak tahu kau tu macam mana.Hati kau tu mesti
tengah berbunga-bunga bahagia. Ye la, cinta akhirnya berbalas, kan?”
“Kau
jangan nak mengarutlah.Alnur tunangan orang, kan?”
“Hurm,
iye la tu,” Fadhila senget bibir.“Kau tak boleh buat sesuatu ke?Jumpa mak ayah
Alnur ke?Sekurang-kurangnya ada usaha ke arah itu.”
“Kau
gila ke apa? Haram meminang atas pinangan orang lain la, Fadhila,” balas Fitri
cepat.Fadhila tunduk.
“Aku
minta maaf sebab tak dapat tolong kau,”
“Tak
apalah.Kau kembali dalam hidup aku pun, aku dah cukup bersyukur dah,” suara
Fitri kembali kendur.“Anggap aje aku dengan dia tak ada jodoh.Mencinta tak
semestinya memiliki, kan?”
“Semudah
itu?” berkerut dahi Fadhila mendengarnya.
“Kalau
dah itu ketentuan Allah, siapa kita untuk menghalang?”
“Jadi
kau pasrah la ni?” tanya Fadhila sambil pandang mata lelaki itu.
“Lebih
kurang macam tu la.”
“Ye
la tu,” Fadhila pandang langit.“Aku tahu kau menipu.Mata kau dah cukup
memberitahu aku perkara yang sebenarnya, Fitri. Kau sebenarnya keberatan
lepaskan dia ke tangan orang lain, kan?”
Fitri
mendengus. “Aku memang tak sampai hati…”
“Dah
agak dah,” Fadhila senyum.“Sekarang ni macam mana?”
“Entahlah…”
*****
“Ada
apa Alnur telefon Abang Besar ni? Ada apa-apa yang Abang boleh tolong ke?” tanya
Abang Besar usai menjawab salam. Alnur diam, berkira-kira untuk meneruskan
hajatnya.
“Kenapa
pula ni?”
“Tak
ada apa-apa Abang. Nur nak mintak tolong satu perkara ni. Satu je Abang. Tak
banyak pun…!”
“Banyak
pula mukadimah dia,” potong Abang Besar.Alnur ketawa kecil mendengar suara
lelaki itu di hujung talian. “Nak minta tolong apa?”
“Boleh
tak, jemput semua adik-adik Abang yang kenal Nur? Rasa macam tak sempat je nak
jemput semua.Nur sibuk sangat dengan urusan perkahwinan Nur ni.”
“Boleh
je, tapi…”
“Tapi
apa, Abang?”
“Boleh
ke Abang jemput adik Abang yang sorang tu?”
“Yang
mana ni?”
“Yang
namanya bermula dengan huruf F tu.”
“Fadhila?Itu
memang wajib, Abang.Kalau boleh, Nur nak dia ada masa kami nikah nanti,” jawab
Alnur cepat.
“Bukan
Fadhila la.Lagipun dia awal-awal lagi dah cakap dengan Abang, yang dia kena ke
Melaka masa Alnur kahwin nanti. Ada urusan kerja,” ujar Abang Besar. Alnur
menghela nafas berat.
“Habis
tu, siapa?”
“Fitri,”
Abang Besar sebut satu nama. Alnur tergamam. Nama itu…. Nama yang sering meniti
di bibirnya, dalam setiap doa.
“Dia
nak ke datang ke majlis Nur nanti?”
“Apa
pulak tak datangnya? Mestilah dia datang kalau Abang yang suruh. Tapi tu la… Alnur
nak ke dia datang majlis Alnur nanti?”
Nafas
berat dihela. “Entahlah Abang Besar. Sebagai kawan, Nur nak dia datang untuk
raikan Nur. Tapi…”
“Biar
Abang sambung. Sebagai kekasih, Alnur tak sanggup tengok dia jadi saksi
perkahwinan Alnur dengan orang lain. Betul tak?” tebak Abang Besar.
“Benda-benda macam ni la yang Abang takut jadi pada adik-adik Abang. Tapi jadi
juga!”
“Nur
minta maaf, Abang.”
“Buat
apa minta maaf dengan Abang? Bukannya Alnur buat salah pun dengan Abang.
Aishh…” Abang Besar menggerutu. “Abang pun tak tahu siapa benar, siapa salah
dalam hal ni.”
Alnur
diam di hujung talian. Memberi peluang untuk Abang Besar untuk terus membebel.
“Korang ni kan, bila ada masalah ke ada rasa sayang kat seseorang tu, simpan je
dalam hati. Bukan reti nak luahkan. Lepastu, buat andaian sendiri. Sudahnya
bila jadi macam ni, mula la nak buat drama Samarinda yang selalu isteri Abang
tengok tiap-tiap malam tu.”
“Abang
Besar marah ke?”
“Tak
marah, nasihat!” selamba Abang Besar menjawab. Alnur tersenyum di hujung
talian. Ada-ada sahaja Abang Besar ni.
“Alnur
redha dengan semua ni?” tanya Abang Besar. Alnur diam, tidak menjawab.
*****
“Alnur
redha dengan semua ni?” tanya Kak Mahirah ketika mereka berdua berada dalam
bilik pengantin, berkongsi debaran menanti saat diijabkabulkan. Alnur ketawa,
mengundang rasa pelik di hati Kak Mahirah. “Kenapa?”
“Korang
ni memang sepadan, kan? Minggu lepas pun suami akak tanya soalan yang sama.”
“Well,”
Kak Mahirah angkat bahu. “Kitorang memang sehati sejiwa pun.” Dia tergelak
apabila Alnur jelling manja.
“Jeling
tu simpan sikit untuk malam nanti.”
“Akak!”
pipi Alnur sudah merah. Spontan dia menepuk manja bahu Kak Mahirah yang sudah
terkekeh ketawa.
“Akak
ni, nakal tau. Tak padan dengan status isteri orang!”
“Kalau
dah namanya isteri Abang Besar…!”
“Amboi,
kutuk Abang ye!” sergah Abang Besar di balik pintu membuatkan mereka menjerit
kecil. Tersengih Abang Besar melihat telatah mereka.
“Abang
ni, kacau je kitorang nak bergosip,” gerutu Kak Mahirah.
“Eh,
Abang bukan saja-saja kacau tau! Alnur, ada orang nak jumpa kat luar,” beritahu
Abang Besar. “Abang dah tanya abah. Dia kata boleh saja kalau nak jumpa
sekejap.”
“Siapa,
Abang?” tanya Alnur ragu-ragu. Tambah pelik apabila melihat senyuman Abang
Besar. Senyuman yang sukar ditafsirkan. Dia bangun, menuju ke pintu bilik. Saat
berselisih dengan Abang Besar, lelaki itu membisikkan satu nama. Alnur
tergamam.
“Pergilah.
Mungkin ada sesuatu yang hendak disampaikan,” nasihat Abang Besar. Alnur
tunduk, memikirkan baik buruk tindakannya nanti.
“Pergilah,”
ulang Abang Besar. “Abang nak dating dengan isteri Abang dalam bilik pengantin
ni sekejap. Janganlah kacau.”
“Eh
eh, Abang ni!” spontan Alnur membalas. Namun dia tersenyum melihat sengih Abang
Besar. Dengan lafaz Bismillah, dia melangkah keluar menemui insan yang
dimaksudkan oleh Abang Besar.
“Assalamualaikum,
Fitri,” sapa Alnur. Fitri yang sedang berdiri membelakanginya pantas menoleh
lalu menjawab salam itu.
“Alnur
sihat?” tanya Fitri. Sebentar kemudian dia rasa ingin tampar diri sendiri.
Kalau dia tak sihat takkan dia berdiri di depan kau sekarang ni, Fitri….
“Alhamdulilah.”
“Alnur…,”
Fitri menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung bicara. “Saya minta maaf
kalau selama ni saya buat awak sakit hati.”
“Tak
ada apa-apalah. Mungkin saya yang bertepuk sebelah tangan…!”
“Alnur,
dengar sini,” cepat Fitri memotong kata-kata Alnur. “Awak tak bertepuk sebelah
tangan. Prasangka awak terhadap saya sebenarnya, betul. Tapi ia dah terlambat.
Memang saya cintakan awak, tapi saya bukan jodoh awak. Mencinta tak semestinya
memiliki, kan?”
Bergetar
suara Fitri apabila berbicara. Alnur tunduk.
“Kisah
kita, hanya sebentar saja. Tapi saya beruntung dapat mengenali seterusnya
mencintai awak. Cuma, saya bukan yang terbaik untuk awak. Tapi dia yang akan
bergelar suami awak nanti. Perancangan Allah, siapa yang tahu, kan?”
Setitis
air mata Alnur menitis di pipi. Cukup untuk membuatkan Fitri serba salah.
“Janganlah macam ni. Saya tak boleh nak sapu air mata awak.”
Tapi
air mata Alnur masih tiada tanda akan berhenti mengalir. Dia tunduk. Fitri garu
kepala.
“Macam
mana ni…” terdengar suara Fitri serba salah.
“Kalau
dia dengar suara aku, banjir rasanya rumah ni,” terdengar pula suara seorang
wanita. Suara yang amat dikenali, dirindui Alnur. Pantas dia mengangkat muka.
“Fadhila!”
suara Alnur kuat mengejutkan Fadhila dan Fitri yang sedang berbincang. Senyuman
Fadhila buat Alnur tidak tunggu lama. Pantas dia menerkam gadis itu dan
memeluknya erat. Air matanya sudah tidak mampu ditahan lagi.
“Akak!
Nanti cair mekap akak tu. Saya pula yang kena marah,” Fadhila bersuara manja.
Barulah Alnur meleraikan pelukannya. Dengan lembut Fadhila menyapu air mata
Alnur.
“Abang
Besar kata Fadhila ada kerja di Melaka,” ujar Alnur.
“Kerja
saya siap awal, kak. Jadi saya balik awal. Kebetulan pula Fitri kata nak jumpa
akak,” jawab Fadhila dengan senyuman manis di bibir. “Mana boleh saya tak ada
pada hari bersejarah kakak kesayangan saya?”
“Fadhila
dah tak merajuk dengan akak?”
“Merajuk
manja, kak. Mana boleh lama-lama,”
“Terima
kasih, dik,” Alnur kembali memeluk Fadhila. Sempat matanya mencari mata Fitri,
tidak jauh daripadanya. Senyuman manis dihadiahkan kepada lelaki itu.
“Terima
kasih,” bisiknya perlahan.
“Sama-sama,”
Apa sahaja untuk wanita kesayanganku, walau kau bukan milikku, bisik hati
Fitri. Dia mula melangkah pergi dari
situ apabila…
“Kau
nak pergi mana?” tanya Fadhila. “Kau janji nak temankan aku hari ni?”
“Aku
nak pergi ambil telefon la,” Fitri menggerutu. Takut aku tinggalkan dia la tu.
Sabar je la perempuan sorang ni.
Masuk
sahaja ke dalam kereta, dia menghambur tangisan sepuas-puasnya. Dia sudah tidak
sanggup menahannya lagi di hadapan Alnur. Dia datang ini pun, atas desakan
Fadhila.
“Kalau
betul kau nak lupakan dia, kau kena datang majlis ni. Kalau tak, aku rasa kau
takkan dapat lupakan dia sampai bila-bila.”
“Apa
motif kau nak aku buat macam tu?”
“Sebab
aku nak kau hantar mesej kat hati kau tu yang dia dah jadi milik orang lain.
Kau kena tengok dengan mata kau sendiri semua tu.”
“Kau
tak rasa itu kejam ke?”
“Memanglah
kejam. Tapi rasanya lebih kejam kalau kau tak pergi. Lagipun, dia tetap kawan
kau. Kawan kita,” Fadhila ambil nafas. “Tapi kalau kau tak sanggup, tak apa.”
Deringan
telefon mematikan lamunan Fitri. Cepat-cepat dia menyapu air matanya. Dia
berdehem seketika bagi membetulkan nafasnya, barulah dia menjawab panggilan
itu.
“Helo,
Abang Besar.”
“Berapa
lama nak duduk dalam kereta tu daa,” Abang Besar buat suara kelakar. Tergelak
kecil Fitri dibuatnya.
“Sekejap
lagi saya masuk,” jawab Fitri selamba.
“Jangan
lama sangat. Majlis nikah dah nak mula ni,” ujar Abang Besar sebelum menamatkan
panggilan. Fitri tersenyum. Kata-kata Abang Besar tidak lama dulu.
“Apabila
Dia tidak memberikan sesuatu yang kita mahu, yakinlah bahawa Dia akan
memberikan yang lebih baik daripada itu. Dan Dia takkan uji kita kalau kita tak
mampu hadapinya.”
“Ya,
Dia takkan zalim kepada hambaNya,” ujar Fitri pada dirinya sendiri. Dia senyum
nipis, lalu melangkah keluar dari kereta. Dia melangkah dengan penuh yakin
menuju ke majlis penikahan gadis kesayangannya. Dia yakin, pasti ada aturan
yang lebih baik untuknya. Dia yakin!
Kisah
kita, berakhir di sini. Kisah kita, cuma sebentar. Namun ingatlah, Allah akan
berikan yang terbaik buat kita. mungkin jodoh kita hanya sebagai kawan biasa,
walau kita saling mencintai. Redhalah dengan ketentuanNya.
Fitri
senyum.