Home Cerpen Alternatif OLIMPIK.. KAU TUNGGU AKU DATANG
OLIMPIK.. KAU TUNGGU AKU DATANG
Syameen
17/2/2016 14:40:32
5,166
Kategori: Cerpen
Genre: Alternatif

NAMA aku Fairul Imran. Aku seorang pemain badminton professional Malaysia. Aku mula berkecimpung dalam bidang sukan ini ketika usiaku menjangkau 18 tahun. Di saat remaja-remaja lain bebas bersama teman-teman menikmati usia remaja mereka, aku sudah terikat dengan jadual sendiri. Jadual yang cukup memeritkan aku setiap hari. Namun kini tidak ada langsung perkataan kesal dalam hidupku memilih bidang yang dipandang seolah tiada masa hadapan. Terimbau kembali saat kali pertama aku menjebakkan diri dalam dunia badminton. Jiwaku memberontak resah ketika itu kerana minatku lebih mendalam terhadap sukan bola sepak. Ayahku Haji Marzuki bertegas mahu aku belajar bermain badminton dan atas dasar hormat pada ayah, akhirnya aku turutkan jua kehendaknya.

Hari pertama aku menjalani latihan bersama coach Ah Beng yang juga sahabat ayah sebagai seorang pemain amatur. Masih terngiang-ngiang di telingaku setiap kata-kata jurulatih pertama yang menggilap bakatku dalam dunia badminton hingga menjadikan aku kini sebagai seorang pemain professional.

“Fairul, sekarang saya mauyou warm up dulu.”Coach  Ah Beng memberi arahan pertamanya padaku.

Di saat aku sedang memanaskan badan, mataku liar memerhati sekeliling. Kelihatan beberapa pemain muda berbangsa cina ligat menjalani latihan badminton di bawah pemerhatian coach Ah Beng.

Coach, saya sudah warm up.” Aku bergegas mendapatkan coach Ah Beng sambil menunjukkan kesediaan aku untuk memulakan latihan.

Okey good, sekarang kamu ada nampak itu padang? Saya mau kamu lari itu padang 20 round.

Mata aku terbeliak waktu itu, 20 pusingan padang sebesar bola sepak? Ah.. mungkin aku tersalah dengar. Aku cuba menyedapkan hati sendiri.

Why? Tak cukup ke? Okey then saya tambah, pergi lari 25 pusingan.”

What!! 25 pusingan? aku masih tercengang di saat coach Ah Beng terus-terusan menduga aku.

“Erk.. 25 coach?”

WhyStill not enough ah?” Ringkas coach Ah Beng menyoal.

“Eh..cukup-cukup, saya lari sekarang.” Aku sedar angka pusingan yang perlu aku lari pasti akan bertambah andai aku terus di situ. Aku mula berlari anak sekeliling padang, dalam masa yang sama mulut aku terkumat kamit sempat membebel sendiri melepaskan marahku pada coach Ah Beng.

“Sudah coachcomplete 25 round.” Tercungap-cungap aku mendapatkan coach Ah Beng selepas selesai membuat larian 25 pusingan. Aku terduduk penat, sebotol air mineral yang tersedia di meja berhampiran terus aku capai dan minum hingga tiada setitis lebihan air yang tinggal dalam botol itu.

Get up!! Now saya mau kamu buat sit up 30 kali, push up 30 kali and then kita akan buat blip test untuk ujian masa.” Cukup tegas, tiada sedikit pun senyuman yang diukir untuk aku sepanjang latihan.

“Huh..Coach saya baru habis lari, bagi lah masa rehat sekejap.” Aku masih dapat merasakan seluruh kakiku kebas lenguh dengan larian tadi. Simpati cuba ku raih untuk berehat sebentar.

Only five minutes, then I want you to start the exercise immediately. Jangan ingat saya tak nampak tadi kamu berlari or berjalan.” Tiada sedikit pun belas kasihan yang ditunjukkan.Coach Ah Beng terus beredar selepas memberi arahan seterusnya pada aku.

“Nak bunuh aku agaknya orang tua ni?” Aku tertanya-tanya kenapa latihan yang diberi begitu sukar dan memenatkan walaupun baru di hari pertama latihan. Bagai ada api menggelegak dalam diri bercampur perasaan tidak puas hati.

Okey Fairul, that’s all for today. You can go back home.” Itu adalah arahan terakhir coach Ah Beng untuk hari pertama latihan buat aku. Belum sempat sepatah perkataan keluar dari mulutku, coach Ah Beng sudah mengatur langkah beredar dari situ. Aku tercengang seketika.

Seminggu berlalu, coach Ah Beng masih meminta aku mengulangi rutin latihan yang sama seperti hari pertama. Aku mula rimas, latihan yang diberi seolah-olah tidak bermakna dan aku mula nekad untuk berhenti dari terus berlatih.

“Ayah tahu tak, hari ni dah seminggu along training, tapi along belum pegang raket sekali pun. Setiap hari latihan yang sama dari hari pertama sampai lah sekarang. Apa ni ayah? along tak nak pergi latihan lagi dah, along nak berhenti.” Berkerut-kerut dahi aku cuba meluahkan rasa tidak puas hati aku pada ayah.

“Along, mesti ada sebab kenapa dia bagi latihan begitu pada along. Along kan baru lagi.”

“Tak ada maknanya ayah, budak-budak lain semua berlatih atas gelanggang main badminton. Along ni pegang raket pun tidak, baik along main bola sepak.” Sempat lagi aku cuba selitkan sukan kegemaranku dengan harapan ayah terbuka hati untuk mempertimbangkan hasratku untuk menjadi seorang pemain bola sepak.

“Along jangan nak mengada. Ayah nak esok along turun training, jangan melawan cakap ayah. Ayah dah lama kenal Ah Beng tu, ayah tahu kemampuan dia mendidik anak-anak muda macam kamu ni. Kalau along tak puas hati, along tanya sendiri dengan coach tentang latihan along tu.” Siapa tak kenal dengan ketegasan ayahku dalam soal mendidik anak-anak? Aku tak mampu membangkang setiap katanya. Keesokkan hari ku gagahkan juga kaki ke kem training, namun kali ini dengan niat yang berbeza.

Coach, saya mau cakap sikit.”

YesFairul.” Ringkas dijawabnya.

Coach, saya datang sini nak training badminton bukan nak masuk olahraga. Setiap hari saya kena lari padang dan until now saya langsung tak main badminton.What kind of training is this? Saya dah tak ada mood nak training lagi.” Bagaikan mendapat satu kekuatan, aku meluahkan perasaan yang terbuku di hati.

“Fairul, you tahu tak apa perkara yang paling penting untuk menjadi seorang pemain badminton?.Firstyou mesti ada semangat yang tinggi.Second is you punya tahap kecergasan orfitness level juga mesti tinggi. Kalau you lari 10 round pun you sudah totally exhaustedthen how you mau jadi a good badminton player?” Ketika ini mulut aku mati dari berkata-kata. Hanya telinga aku aktif menyerap bunyi dari kotak suara coach Ah Beng.

“I will let you play badminton but only on the day you prove to me that you are totally ready mentally and physically to be a good badminton player.I can see no seriousness in yourself Fairul.You sendiri tak mau tolong diri you then how can I help you?” Bagaikan menerima satu tamparan, aku tercengang seketika. Kebenaran setiap kata-kata coach Ah Beng tidak mampu aku sangkal. Terasa bagaikan aku baru sahaja dikeluarkan dari sebuah kotak hitam yang tertutup dengan ego sendiri. Akhirnya aku tertunduk mengalah.

“Fairul, saya percaya sama kamu, i know you can do it. Tapi sekarang i just want you to give me everything you haveAll out Fairul and then see the result.”Coach Ah Beng terus memberi kata-kata semangat menanam keyakinan yang kukuh dalam diriku.

Sejak saat itu aku tekad untuk memberikan yang terbaik.Coach Ah Beng gembira melihat perkembanganku hari demi hari. Hampir semua rakan-rakan seperjuanganku yang menjalani latihan di bawah kendalian coach Ah Beng aku tewaskan. Kebiasaannya aku menjadi pemain pertama yang akan tiba di lokasi latihan dan juga menjadi pemain terakhir yang akan pulang selepas latihan, kerana aku percaya ‘no pain no gain’.

Aku mula menyertai pertandingan di peringkat daerah. Nama aku mula menjadi sebutan khususnya atlet-atlet badminton Teluk Intan. Di saat aku mula menapak nama dalam arena sukan ini, tidak mampu untuk aku mengelak dari mendengar cacian orang sekeliling terutamanya saudara maraku sendiri yang memandang rendah terhadap pilihan kerjayaku ini.

“Orang lain semua kerja elok-elok dapat gaji besar, berjaya dalam hidup. Yang kau ni nak main badminton? Apa kau dapat?. Kau ingat sukan badminton tu ada masa depan ka?.”

Itu antara kata-kata sinis yang perlu aku hadap setiap kali bertemu mereka. Namun aku abaikan sahaja kerana aku sedar tulang belakangku yang sentiasa menyokong aku untuk terus berjuang masih setia berada disisi. Siapa lagi kalau bukan ayahku sendiri, Haji Marzuki.

Aku terus melangkah cemerlang hingga mewakili negeri Perak dalam Kejohanan Sukan Malaysia atau SUKMA. Pingat emas mudah ku raih menewaskan pemain berpengalaman luas Chuah Yi Lun dari Pulau Pinang. Semangat dan keyakinanku memuncak dan di saat ini juga cintaku pada sukan badminton semakin mendalam.

1 Tahun kemudian…

Secara rasminya aku diikat kontrak sebagai pemain professional Malaysia di bawah naungan Badminton Association Malaysia (BAM). Segalanya berbeza disini, jadual latihanku semakin padat setiap hari, ditambah peraturan-peraturan kontrak yang perlu aku patuhi. Kawalan pemakanan yang lebih teratur bersesuaian sebagai seorang atlet sukan serta disiplin diri yang menjadi keutamaan setiap pemain.

Di ketika usiaku mencapai 22 tahun, berada di bawah naungan BAM. Buat pertama kalinya aku menghampiri gelaran juara pertamaku di kejohanan GP Emas Terbuka Malaysia menewaskan pemain pilihan utama kojahanan dari Korea Selatan. Penyokong tempatan mula menaruh perhatian, kepercayaan dan harapan padaku. Begitu juga dengan jurulatih yang diimport khas dari Indonesia untuk membimbing pemain perseorangan lelaki Malaysia.

Good job Fairul, you deserve for the title today.”Coach Budianto menghambur pujian buatku.

Keesokkan harinya ku lihat terpampang besar gambarku di front page hampir di semua surat khabar dengan tajuk-tajuk besar yang mengiktiraf kejayaanku sekaligus melabelkan diriku sebagai bintang harapan untuk menyinar di Olimpik. Tak kunafikan Olimpik adalah satu pentas dunia yang diidam idamkan oleh setiap atlet untuk beraksi, namun harapan yang diletakkan itu bagaikan memberi tugas pengurus syarikat kepada seorang pekerja yang baru yang diterima berkerja. Laman facebook ku buka, beratus-ratus notification ku terima dengan friend request yang cukup banyak ingin menjadi teman alam mayaku sebagai peminat. Berhambur pujian ku terima dari minoriti rakyat Malaysia khususnya peminat sukan tempatan.

“Tahniah Fairul Imran, awak harapan Malaysia”. – Aleeya Sofia

Target For Olympic, Good Luck Bro” – Steven

Congratulations Fairul, ayuh harumkan nama Malaysia. Malaysia Boleh!!!! – Rohindren

Aku mula takut, aku takut tenggelam dengan pujian-pujian yang tidak bernoktah, aku takut harapan yang mereka letakkan padaku tak mampu aku tunaikan. Namun saat ini juga aku bangga melihat bagaimana rakyat Malaysia mampu bersatu hati menyokongku, menyokong negara kesayangan mereka Malaysia. Secara tak langsung satu persoalan singgah dimindaku.

Andai kita dengan berbilang kaum boleh berdiri di bawah satu bendera untuk menyokong setiap atlet sukan tanah air, kenapa sehingga kini masih ada persepsi hanya kelompok-kelompok kaum tertentu yang boleh terlibat aktif dalam sesuatu sukan?. Seperti badminton sendiri, kurangnya masyarakat melayu dan india yang mahu terlibat secara serius dalam bidang ini. Persepsi seperti ini tak sepatutnya ada dalam minda masyarakat kita kerana sukan sendiri sebenarnya boleh menjadi platform terbaik untuk menyatukan rakyat. Aku sempat mengeluh sendiri.

Kedudukan ranking aku semakin meningkat setiap kali aku menyertai kejohanan peringkat antarabangsa, aku cuba konsisten untuk berjaya sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir setiap perlawanan.

Kejohanan Piala Thomas

Malaysia berjaya melangkah ke peringkat akhir Piala Thomas dan perlu berhadapan dengan gergasi besar dunia badminton iaitu China. Tiket perlawanan telah dikhabarkan sold out seawal pagi bagaikan jualan pisang goreng panas. Rakan-rakan seperjuanganku telah memberikan yang terbaik dan kini kedua-dua pasukan terikat dengan mata dua sama. Aku menjadi pemain terakhir yang bakal menentukan keputusan kalah menangnya Malaysia hari ini. Kakiku melangkah berat bagaikan ada rantai besi yang mengikat.

“Fairul just main macam biasa ok, no need to stressI know you can do it” Coach Budianto sempat menyelit kata-kata semangat buatku.

Aku cuba bertenang walaupun ketika itu suhu tubuh badanku semakin berubah dingin. Perlawanan diteruskan, rakan seperjuangan tidak henti-henti memberi semangat dari arah tepi gelanggang. Kedengaran namaku diraung-raung oleh penyokong-penyokong Malaysia yang sanggup hadir di bumi China ini untuk memberi sokongan padu. Bendera Malaysia yang mereka bawa, berkibar megah bagaikan dahaga akan kemenangan ini. Lin Zhi Hao pemain muda dari China yang akan membuat perhitungan denganku kali ini, aku sedar ini pasti bukan laluan mudah untuk menentang bekas juara remaja dunia.

Sepenuh keringat ku kerah dengan mengumpul semua semangat dari laungan penyokong aku berjaya memenangi set pertama dengan kemenangan tipis 23 – 21. Harapan semakin cerah untuk aku kibarkan bendera Malaysia dengan megah di bumi China ini. Perlawanan dihentikan 2 minit break time pemain.

Good Fairul, but don’t play too defensive sebab lawan kamu tu very aggressive. Saya nampak dia kurang selesa dan kurang baik untuk ambil back hand shuttlecock. So kamu perlu banyak hantar bola ke sebelah kanan gelanggang okeyRemember Fairul, this is your best chance to winFinish it.” Sedikit sebanyak tips diberikan oleh coach Budianto untuk aku berdepan pemain China ini di set yang kedua. Semangatku semakin berkobar-kobar, hanya tinggal selangkah perjalananku untuk mencipta sejarah baru buat tanah air tercinta.

Perlawanan bersambung sehingga aku mendahului perlawanan di set kedua dengan mata 15 – 11. Pemain muda China ini juga langsung tidak menunjukkan tanda mengalah. Bola rendah dipukul Lin Zhi Hao melepasi jaring gelanggang. Saat itu aku berada di bahagian belakang gelanggang dan tanpa sempat bersedia aku terus berlari sekuat hati untuk mengambil bola yang seakan menggulung jaring dan jatuh ke bahagian gelanggangku. Di saat itu kaki ku terseliuh dan aku rebah ke gelanggang sendiri sambil memegang kaki. Perlawanan dihentikan seketika. Kumpulan pembantu perubatan segera mendapatkan aku dan kakiku diperiksa. Beberapa bahagian pada pergelangan kakiku ditekan perlahan untuk mereka pastikan tahap kecederaan yang aku alami.

“Ahh.. sakit.” Aku mengerang kesakitan.

“Are you okey?” Salah seorang petugas perubatan cuba memastikan keadaanku ketika itu.

“Im not sure.” Aku cuba untuk berdiri, namun aku tidak mampu untuk meletakkan sepenuhnya bebanan tubuhku pada kaki ini, terhinjut-hinjut aku cuba berjalan. Aku sedar ini bukan satu petanda yang baik untuk aku teruskan permainan, namun di saat ini aku terdengar sekumpulan suara yang cukup nyaring menyebut-nyebut namaku dari arah tempat duduk penonton.

“Fairul…. Fairul…”

“Malaysia boleh…. Malaysia boleh…”

Ku lihat mereka melaung dengan penuh harapan. Sudah lama Malaysia tidak menggenggam piala ini, dan di saat hanya tinggal selangkah untuk aku merealisasikan impian mereka, tak mungkin aku mengalah. Aku tak sanggup melihat wajah-wajah yang penuh berharap ini pulang hampa, aku tak sanggup mengecewakan rakan-rakan seperjuangan serta jurulatihku.

If you still feel the pain, you have to withdraw.” Petugas perubatan itu bersuara.

Tarik diri? Ah.. tak mungkin. Not this time, aku bangkit terus mencari semangat kekuatan dari dalam diri, bendera Malaysia berkibar megah dihadapanku. “Untukmu Malaysia” hati kecilku berbisik.

No im okey, I can play”. Setelah anggota perubatan menyembur sedikit cecair untuk mengurangkan rasa sakit, raket ku capai, kaki ku gagahkan untuk menjejak gelanggang. Permainan diteruskan dengan berbekalkan mata 15 – 12. Aku tidak mampu bergerak aktif seperti set pertama, langkahku longlai dan lemah menahan kesakitan. Setiap pukulan lawan tidak dapat aku balas dengan sempurna. Keyakinan aku mula merudum dan kesempatan ini juga digunakan sebaik mungkin oleh piha lawan untuk memenangi set kedua perlawanan dengan pungutan mata 18 – 21.

“Fairul, kamu injuredDon’t force yourself.” Coach Budianto dapat mengesan tahap kecederaan yang aku alami dan dia tahu aku tidak sepatutnya meneruskan permainan.

“Tapi game ni penting coach. Thisis for our team and also my dream.Coach tengok sana, mereka harapkan saya coachhow can I disappoint them?.” Sambil menunjukkan kearah kelompok kecil penyokong Malaysia yang tak berhenti menyokong, berkerut-kerut wajahku cuba memberi penjelasan.

“Fairul listen to meI know your feeling. Tapi sekarang kecederaan kamu agak serius, kalau kamu terus bermain saya risau you will need extra time to recover and also maybe kamu kena lupakan Olimpik. Mungkin kamu tak dapat bawa pulang emas hari ini untuk Malaysia, tapi jangan sia-siakan peluang kamu untuk success di Olimpik, that’s your dream juga kan?. Kamu masih ada masa untuk naikkan ranking dan main di olimpik next year. Kalau injuries kamu serius, kamu terpaksa berehat panjang lepas ini dan mungkin juga ranking kamu akan jatuh. Not only Thomas Cup, kamu juga perlu lupakan Olimpik.Think Fairul think.” Mendengar kata-kata coach Budianto, aku sedar andai aku terus berkeras kemungkinan besar aku terpaksa lupakan Olimpik yang akan berlangsung setahun dari sekarang. Dengan hati yang sangat berat, aku membuat keputusan untuk menarik diri dari bermain di set ketiga dan dengan rasminya kemenangan Piala Thomas diberikan kepada China. Air mataku mengalir, aku dapat merasai kekecewaan penyokong yang hadir apatah lagi yang berada di tanah air. Maafkan aku rakyat Malaysia aku tak berdaya.

Pegawai perubatan mengesahkan aku mengalami kecederaan ankle sprain atau kecederaan buku lali yang melibatkan koyakan pada ligamen. Kemungkinan besar aku terpasa berehat untuk menjalani rawatan dan tidak boleh menyertai beberapa kejohanan yang terdekat.

Tapi insyaAllah akan ku bangkit semula untuk merealisasikan misi emas pertama Malaysia di Olimpik nanti. Teruskan sokonganmu rakyat Malaysia, perjuangan kami tak akan terhenti selagi anda terus menjadi kekuatan kami.

I will not give up, this is not the end

“Olimpik.. Kau tunggu aku datang.”


-Tamat-

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.