{Pepatah Melayu}
Sediakan
payung sebelum hujan
Maksudnya:
Bersiap sedia sebelum melakukan sesuatu.
Apa
yang boleh anda buat dengan baki wang pinjaman yang ada?
Pertama,
anda bahagikan kepada dua. Jika anda ada RM600, maka setelah dibahagi menjadi
dua, ia menjadi RM300 setiap satu. Satu bahagian, anda harus kekalkan di dalam
bank tanpa diusik.
Kenapa
tak boleh diusik?
Ini
adalah salah satu persediaan untuk anda jika surat hutang sudah menjelma ketika
anda masih tidak memperolehi pekerjaan. Kebiasaaannya, hutang pinjaman
pelajaran perlu dibayar sebanyak RM100 setiap bulan. Jadi, anda sudah mampu
membayar hutang untuk tempoh selama tiga bulan. Anda tidak perlu pening kepala untuk
membayar hutang untuk tempoh itu keranaa duit sudah sedia ada.
Apa
nak buat dengan duit RM300 lagi tu? Anda rasa apa yang perlu anda buat?
Fikirkan sebentar..
Dapat
fikir tak? Fikir betul-betul. Jujur dengan diri anda. Fikir..
Pepatah Melayu
Berjagung-jagung
dahulu sementara menantikan padi masak
Maksudnya: Membuat kerja sambilan sementara mendapat
pekerjaan yang tetap.
Bagaimana
untuk menjadi penganggur berwang?
1
Jika
anda tidak mempunyai baki pinjaman anda harus berusaha untuk mencari wang sampingan
bagi membolehkan anda mempunyai wang. Ada beberapa perkara mudah yang boleh
anda lakukan. Antaranya ialah:
Menjual
barangan terpakai
Langkah
pertama, cuba selongkar barang-barang lama anda yang sudah disimpan rapi di
dalam kotak atau stor. Asingkan ia satu persatu kepada beberapa bahagian
seperti barang sudah rosak, terpakai, sudah tidak mahu atau anda masih mahukan
barangan itu.
Sesudah
itu, ambillah bahagian yang telah ditempatkan barangan terpakai. Teliti ia satu
persatu bagi memastikan ia sesuai untuk dijual dan digunakan kembali oleh orang
yang membelinya.
Antara
barangan yang boleh dijual kembali adalah seperti barangan koleksi peribadi
anda seperti alat permainan, pakaian, CD/DVD,buku-buku lama dan barang hiasan.
Anda boleh menjualnya secara atas talian atau anda menyerahkan koleksi anda
kepada orang yang menjual barangan terpakai. Melalui cara ini anda boleh
mendapatkan wang tanpa mengeluarkan modal. Mudah bukan?
Cara
ini juga dapat mengosongkan rumah anda daripada barang-barang lama. Secara
tidak langsung rumah anda akan bersih dan lapang. Tapi,ingat.. Dapatkan
kebenaran ahli-ahli keluarga lain juga sebelum anda menjual barang-barang tersebut.
Manalah tahu jika mereka mahu menggunakan barang-barang itu lagi.
Selain
itu, ketika belajar sudah tentu anda mempunyai nota ringkas yang anda buat
sendiri. Jika anda tidak segan, anda boleh fotostat nota yang anda buat dan
menjualnya kepada junior-junior yang masih lagi menuntut ilmu. Sudah pasti
mereka akan berminat untuk membeli nota-nota ini kerana mereka sangat dahagakan
ilmu dan ada diantara mereka yang malas membuat nota ringkas. Oppss.. Malas ke?
Ok, kita gunakan istilah tidak sempat, bukan malas. Nanti ada orang marah pula.
Dengan menjual nota-nota ringkas yang anda
buat, anda turut dapat membantu mereka disamping anda memperolehi wang.
Bukankah ilmu patut dikongsi? Sebelum menjualnya, anda wajib memastikan nota
yang anda tulis itu betul dan benar. Kalau tersilap menyampaikan ilmu, maka
silaplah info yang diterima oleh mereka. Ini akan memberi kesan kepada
keputusan peperiksaan mereka dan mungkin akan menyebabkan mereka gagal di dalam
subjek itu. Jadi, juallah dengan rasa penuh tanggungjawab dan bukan hanya
sekadar mahu mengaut keuntungan.
{Pepatah
Melayu}
Mahu
seribu daya, tak mahu seribu dalih
Maksudnya: Jika hendakkan sesuatu, seseorang akan
mencuba untuk mendapatkan dengan sedaya upayanya tetapi jika dia tidak mahu,
pelbagai alasan akan diberikan.
Bagaimana
untuk menjadi penganggur berwang?
2
Mencari
Pekerjaan
Setelah
memperolehi wang, bolehlah anda cuba mencari pekerjaan yang sesuai mengikut
kehendak anda seperti bekerja di butik pakaian, restoren dan sebagainya. Duit
yang anda dapat hasil daripada jualan barangan terpakai bolehlah digunakan
sebagai duit belanja ketika anda mencari pekerjaan-pekerjaan ini.
Ketika
berjalan dari sebuah premis ke sebuah premis sudah tentu penat akan terasa dan
memerlukan anda mengisi perut. Duit inilah yang dapat membantu anda ketika ini.
Selain itu, sudah pasti anda memerlukan duit ini untuk mengisi minyak kenderaan
atau dijadikan sebagai duit tambang. Jadi, anda harus menggunakan ia secara
cermat sehinggalah anda sudah diterima untuk bekerja sambilan di premis
peniagaan yang anda mohon.
Jika
anda bertekad untuk mencari pekerjaan, carilah pekerjaan yang berdekatan dengan
dengan rumah anda. Buat masa ini, elakkan daripada mencari pekerjaan yang jauh.
Ini bertujuan agar anda boleh menjimatkan kos.
Andai
kata anda mencari pekerjaan yang jauh daripada rumah anda, sudah tentu anda
perlu mengeluarkan duit untuk membayar duit minyak, tol, tambang, sewa rumah
dan sebagainya. Bukankah masa sekarang anda masih kekurangan wang? Jika anda
bekerja dekat dengan rumah anda, sudah tentu anda akan tinggal bersama keluarga.
Sekurang-kurangnya bil air, bil elektrik dan makan minum sudah ditanggung ahli
keluarga. Anda bukan mahu mengambil kesempatan, tetapi untuk masa ini anda
masih perlukan bantuan ahli keluarga yang lain. Mereka tentu memahami. Cuma
mungkin anda berasa tidak selesa apabila terpaksa menyusahkan mereka.
Apabila
anda sudah mendapat pekerjaan, sesekali belilah barang keperluan dapur yang
diperlukan seperti beras dan gula. Walaupun tidak banyak, ini sudah cukup untuk
menggembirakan hati ahli keluarga dan insya-Allah rezeki yang anda kongsikan
bertambah berkat.
Ketika
mencari pekerjaan carilah pekerjaan yang sesuai dengan diri anda dan yang
penting ia halal. Jangan sesekali anda mendapatkan pekerjaan yang boleh
menjerumuskan anda ke arah kemaksiatan seperti mengambil upah menyanyi di kelab
malam, menjadi pelayan kelab, mengambil upah mengurut di rumah urut tidak
berlesen dan sebagainya. Pekerjaan-pekerjaan ini mungkin memberikan gaji yang
agak lumayan tetapi sedarkah anda Allah sedang memerhatikan anda. Janganlah
sampai Allah murka kepada anda. Jika pihak berkuasa membuat serbuan dan
didapati anda bersalah, ini akan menyebabkan nama baik keluarga tercalar.
Dimanakah ahli keluarga anda mahu meletakkan muka apabila berhadapan dengan
masyarakat sekeliling yang sudah tentunya bersikap ingin mengambil tahu.
Carilah
pekerjaan yang mendapat keredhaan daripada-Nya walaupun ia dipandang rendah
oleh masyarakat. Pujuklah hati anda, bahawa ini hanyalah pekerjaan sementara
kerana anda mempunyai perancangan yang lebih bagus daripada ini. Pekerjaan ini
merupakah langkah pertama anda untuk membolehkan anda terus menapak satu
persatu agar anda boleh berlari menuju kejayaan selepas ini.
Lihatlah
bayi yang baru lahir. Mereka lahir tidak terus berjalan bukan? Mereka perlu
melalui beberapa peringkat sebelum mereka boleh berlari dengan pantas. Walaupun
beberapa kali mereka jatuh ketika cuba melangkah untuk berjalan, mereka tidak
berputus asa walaupun sesekali mereka terpaksa menangis. Mereka terus berusaha
sehinggalah mereka kini boleh berlari sepantas yang mungkin. Siapa bayi itu?
Andalah bayi itu.
Ketika
kecil dan tidak tahu apa-apa tentang erti kehidupan, anda terus berusaha untuk
mencapai apa yang diinginkan iaitu mahu berjalan seperti ibu dan ayah. Ketika
sudah dewasa, takkanlah anda mahu berputus asa begitu sahaja? Bangkitlah..
Tengoklah kanak-kanak sekeliling anda. Ambil aura semangat daripada mereka.
Anda
sudah semangat? Kalau sudah semangat mari kita pergi kepada bicara yang
seterusnya.
Di
dalam sesuatu perkara, kita perlu membuat perbandingan. Andaikata anda
memperolehi banyak peluang pekerjaan diluar kelulusan pelajaran anda, buatlah
perbandingan diantara pekerjaan itu.
Lihatlah
tawaran gaji yang telah ditetapkan.
Ø Pekerjaan
A= RM900 sebulan
Ø Pekerjaan
B = RM1000 sebulan
Ø Pekerjaan
C = RM 700 sebulan
Pekerjaan manakah yang menjadi
pilihan anda?
“Eh, sudah tentulah perkerjaan B..
RM1000 sebulan siapa yang tak nak..”
Tunggu! Jangan terburu-buru. Anda
masih belum membuat perbandingan lagi.
Ø Perkerjaan A - RM 900 sebulan bertempat di pekan
-
Duit tambang/duit minyak RM150 sebulan
-
Duit
makan dan minum RM 250 sebulan
Baki yang tinggal - RM
500
Ø Pekerjaan B - RM 1000 sebulanbertempat di bandar
-
Duit minyak kenderaan
RM300 sebulan
-
Duit tol
RM150 sebulan
-
Duit makan dan minum RM 250 sebulan
Baki yang tinggal - RM
300
Ø Pekerjaan C - RM 700 sebulanbertempat
di kampung.
-
Tidak perlukan duit tambang atau minyak
kenderaan kerana boleh berjalan kaki atau berbasikal. (Berjimat)
-
Mungkin tidak perlukan duit belanja
makan disebabkan makanan sudah disediakan dirumah. Jika perlu mungkin hanya
RM50 sebulan untuk minum kopi bersama kawan-kawan.
Baki yang tinggal - RM 650
Setelah
membuat perbandingan, pekerjaan mana yang menjadi pilihan anda? Sudah tentulah
pekerjaan C bukan? Walaupun ia bertempat di kampung, ia mampu memberikan gaji
yang banyak kepada anda tanpa anda membuang wang anda kepada keperluan yang
mungkin boleh anda elakkan seperti minyak kenderaan, tol, tambang dan
sebagainya.
Di
kampung, anda boleh bekerja dengan tenang tanpa anda membazirkan wang. Jika
anda bekerja di bandar, mungkin anda akan tergoda untuk membeli-belah,
berjalan-jalan dan melawat tempat yang menarik. Sedarkah ini adalah era
pengangguran buat anda? Jadi, beringatlah ketika menggunakan wang.
Jika
anda tetap mahu meninggalkan kampung halaman dan mahu bekerja di bandar, anda
mestilah berjimat menggunakan wang. Anda perlu bijak mengatur perjalanan anda
untuk ke tempat kerja sama ada mahu menggunakan kenderaan awam atau kenderaan
sendiri. Buatlah perbandingan dari segi masa dan kos yang anda perlukan untuk
sampai ke tempat kerja. Apa yang anda perlu tahu hidup dibandar memerlukan anda
bijak mengatur kadar kewangan anda. Sepertimana yang kita tahu kos hidup di
bandar lebih tinggi berbanding di kampung. Jadi, anda perlu memastikan status
kewangan anda stabil sepanjang masa.
Contoh
yang diberikan diatas, hanyalah contoh semata-mata. Anda yang lalui semua ini
pasti lebih arif tentang kadar perbelanjaan untuk tol,minyak kenderaan, tambang
dan makan minum. Jadi anda kiralah apa yang sedang atau bakal anda lalui bagi
membolehkan anda memperolehi gaji yang tebaik dan menjadikan hidup anda lebih
selesa.