Home Puisi Umum Teruji dan Diuji
Teruji dan Diuji
JejakaTerpujiSyurga
21/11/2024 18:48:04
33
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Tona warna kelam,

Tatkala mata melihat kehidupan,

Dahulunya senang,

Kini serba serbi kurang.


Mungkin dulu ego mu setinggi angkasa,

Namun, kini ia cuma umpama debu di udara,

Tiada guna, Tiada harga,

Saat kau tiada takhta di dunia.


Mungkin juga kau dianiaya,

Oleh insan yang kau tak duga,

Di kambing hitam begitu sahaja,

Dek agenda terancang manusia durjana,

Hati kau pedih, merintih sedih


Namun kau terlupa,

Kau ada pemiliknya,

Sentiasa bersama,

Menunggumu mengadap diriNya,

Menunaikan ikrar dan janji mu kepadaNya.


Ingatlah ujian itu satu kiriman cinta,

Datang dari Sang Maha Pencipta,

Dihantar dengan penuh pertimbangan,

Tak diberi melebihi dari yang termampu,

Tak dihantar dikala diri tak punya kekuatan,


Beringatlah,

Mungkin kala ini kau duji,

Selepasnya mungkin kau pula yang teruji,

Tatkala melihat insan lain yang diuji,

Doakan dia, bantulah dia,

Sedaya yang ada,

Mungkin empati kamu menjadi tiang untuk dia bangkit semula.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.