Home Novel Cinta Bahagia Itu Milik Kita
Bahagia Itu Milik Kita
Andayu
8/12/2021 18:08:57
1,275
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 4
Usai menunaikan solat subuh Aryan membaca doa. “Ya, Allah, sesungguh ENGKAU yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa arwah isteriku, Aiza. KAU tempatkanlah dia dalam kalangan orang-orang yang beriman. 

Aku memohon kepada-Mu, Ya Allah permudahkanlah segala urusanku dalam mencari keredhaan-Mu. Ya Allah, berilah kekuatan, kesabaran dan ketabahan kepadaku dalam menempuhi dugaan dan ujian yang ENGKAU berikan kepadaku. Semoga aku mampu menghadapinya dengan tenang. Amin.”

Aryan melipat sejadah. Aryan tersenyum melihat Aryani yang masih lena dibuai mimpi. Dia mengelus lembut pipi anak kecilnya itu. “Sayang, anak kita comel seperti sayang. Mata dan hidungnya tak ubah seperti sayang.” Aryan berbicara sendiri. Dia mengucup dahi Aryani.

Tanpa membuang masa dia segera bersiap untuk bekerja. Aryan mengenakan kemeja berwarna oren iaitu warna kesukaan Aiza. Dia melihat jam sudah menunjukkan angka 7.30 minit pagi. Aryani kelihatan sudah mula terjaga dari lenanya dan mula merengek meminta sesuatu. Aryan pantas mendekati Aryani. Dia mengagah Aryani yang mula pandai menegur orang di sekelilingnya. Dia tersenyum lalu menyuakan botol susu yang telah siap dibancuhnya. 

Aryan akan membancuh susu Aryani sebaik saja dia bangun. Sudah menjadi rutin hariannya membancuh susu buat Aryani sejak kelahiran anaknya itu. Dia akan memastikan susu itu tidak terlalu panas apabila Aryani terjaga.

“Papa pergi kerja dulu ya, sayang.” Aryan membisikkan di telinga Aryani yang sudah terlena kembali kekeyangan. Aryan mencapai kunci kereta lalu melangkah meninggalkan Aryani. 

“Assalamualaikum, Aryan.”

“Waalaikumussalam, Cik Dah. Aryan dah lambat nak pergi ofis ni. Aryani baru aje tidur. Cik Dah tolong tengokkan.”

Faridah atau lebih dikenali sebagai Cik Dah. Dia bekerja sebagai pembantu rumah sejak Aryan berpindah ke kawasan perumahannya. “Baik Aryan.” ujar sambil tersenyum.

“Saya pergi dulu.”

Cik Dah hanya menganggukkan kepalanya. Sudah hampir tiga tahun dia bekerja di situ. Alhamdulillah, Aryan dan arwah Aiza tidak pernah sombong, malah mereka lebih selesa memanggil nama daripada Encik atau Puan. Sikap pasangan suami isteri itu yang terlalu baik dan peramah orangnnya menyebabkan Cik Dah selesa bekerja dengan mereka. 

Kematian Aiza turut memberi kesan di hatinya.Setelah bayang Aryan hilang dari pandangan matanya. Dia memulakan tugas hariannya. Sudah seminggu dia bercuti menemani saudaranya yang sakit. Kini dia harus kembali bekerja bagi menampung perbelanjaan keluarganya. Tugasnya tidak begitu sukar, cukuplah sekadar mengemas apa yang perlu dan menyediakan makanan buat majikannya. Kini dia lebih menumpukan perhatian dalam menjaga Aryani.

Aryani seorang anak kecil yang tidak banyak karenah. Menjaga Aryani amat mudah baginya. Dia turut simpati dengan nasib Aryani yang kehilangan ibunya sebelum sempat mengenalinya. Oleh itu, Cik Dah berusaha menjaga dan memberi sepenuh perhatian kepada Aryani agar anak kecil itu turut merasai kasih sayang seorang ibu seperti anak-anak yang lain.


ARYANA menangis. Hatinya sedih memikirkan gelang pemberian arwah ibunya telah hilang. Dia tidak sedar bilakah gelang itu tercicir dari tangannya. ‘Mama, maafkan Arya. Gelang pemberian mama dah hilang,’ desis hati kecilnya.

Puan Atikah melihat Aryana menangis. Hatinya turut hiba melihat anaknya itu bersedih. Dia menghampiri Aryana. 

“Sudahlah Arya. Jangan bersedih lagi,”ujar Puan Atikah sambil menggosok belakang Aryana.

Aryana mengesat air matanya. Dia menoleh ke arah ibunya. “Ibu tahu kan, gelang tu hadiah terakhir mama dan papa bagi.”

Puan Atikah duduk. Dia memeluk tubuh Aryana. “Ya sayang, ibu tahu. Arya janganlah sedih. Ibu belikan yang baru untuk Arya.”

Aryana meleraikan pelukan. Dia menggelengkan kepalanya. “Tak payahlah ibu. Tetap tak sama dengan yang dah hilang.”

“Memanglah tak sama. Tapi ibu tak sanggup tengok anak ibu bersedih macam ni?”

Aryana menyapu air mata yang masih tersisa di tubir matanya. Dia mengukirkan senyuman. “Comel tak anak ibu sekarang?”soal Aryana sambil tersenyum. Walaupun hakikatnya senyuman itu terpaksa.

“Mestilah comel macam baby,”ujar Puan Atikah lalu merangkul tubuh Aryana.

Aryana tergelak mendengarnya. “Baby? Aryana dah besarlah.”

Puan Atikah ketawa.Aryana menjuihkan bibirnya.

"Amboi seronoknya dua beranak ni sembang,”sapa Encik Fuad dari belakang.

Mereka menoleh ke arah Encik Fuad. “Ayah tengok ibu ni? Suka sakat Arya,”Aryana mengadu.

“Amboi pantang nampak ayah terus mengadu,”ujar Puan Atikah lalu mencubit pipi Aryana.

“Auch! Ayah tengok ibu ni,”ujar Aryana lalu menghampiri ayahnya.

Encik Fuad menggosok kepala Aryana. “Betul apa ibu cakap? Anak ayah ni comel macam baby,”usiknya.

Aryana memuncungkan mulutnya. “Tak adillah macam ni. Mana aci kenakan Aryana,” ujarnya sambil menghentakkan kakinya.

Encik Fuad dan Puan Atikah ketawa.

“Dah lah tu, meh duduk kat ayah,”ujar Encik Fuad sambil menepuk sofa di sebelahnya.

Aryana masih memuncungkan mulutnya. Dia duduk di sebelah Encik Fuad lalu melentokkan kepalanya di atas bahu lelaki yang agak berusia itu. 

“Amboi manja betul anak dara sorang ni,”usik Puan Atikah.

Aryana hanya mampu tersenyum.

Encik Fuad mengusap kepala Aryana perlahan. Walaupun Aryana hanya anak saudaranya, namun kasih sayangnya tak pernah kurang kepada gadis itu. Sejak dia lahir lagi, Encik Fuad sudah menyayanginya seperti anak sendiri. Wajah Aryana tak ubah seperti arwah ibunya, Suryati. Sikapnya yang tabah, berani pula seperti arwah ayahnya, Amir.

“Anak ayah ni bila nak start kerja balik?”

Aryana mengangkat bahu. “Kenapa ayah tanya?”

"Anak ayahkan baru aje habis belajar. Hari tu kerja berhenti sebab nak jaga ibu. Tapi sekarang ibu dah sihat, takkan Arya tak nak kerja kot?”Aryana membentulkan kedudukannya. 

“Arya ada jugak terfikir. Tapi nanti siapa nak jaga ibu?”

“Soal ibu Arya janganlah risau. Ibu dah sihat.”

Aryana memuncungkan mulutnya.“Ingat lawa sangat ke buat macam tu?”Aryana mengetap bibir.

“Ni ada orang bagi kat ayah tadi,”ujar Encik Fuad sambil menghulurkan pamplet kepada Aryana.

“Apa ni?”

“Tawaran kerja kosong?”Aryana menoleh ke arah ayahnya. 

“Tapi Aryana nak cari kerja yang sesuai dengan kelulusan Aryana.”

Encik Fuad meraih tangan Aryana lalu menggosok belakang tapak tangannya. “Bagi ayah, kerjalah apapun dahulu. InsyaAllah ada rezeki nanti bolehlah Arya cari kerja yang sesuai dengan kelulusan Arya.”

Puan Atikah menganggukkan kepalanya. “Betul cakap ayah, Arya. Dalam mencari pekerjaan kita tak boleh memilih. Bila ada peluang kita kena rebut.”

“Betul kata ibu tu.”

Aryana menganggukkan kepalanya. “Tahu.”

“Tak pun, Arya tanyalah bos Arya dulu. Ada kerja kosong lagi tak?”ujar Puan Atikah memberi cadangan.

“Arya ada call tanya sebelum ni. Katanya dah penuh.”

“Takpelah, Arya try cari kerja lain dulu. Cari pengalaman kerja.”

“Ya, Arya. Baik Arya cari pengalaman kerja dahulu. Zaman sekarang ni bukan senang nak cari kerja tau.”

Aryana menganggukkan kepalanya. “Tapi bila Arya kerja nanti. Ibu macam mana?”

Encik Fuad menggosok belakang tubuh Aryana. “Soal ibu jangan risau. Ayah dah tak lama nak pencen dah.”

Aryana tersenyum. “Bila?”

“Tak lama lagikan hari jadi Ayah yang ke-60 tahun,”ujar Puan Atikah.Aryana menepuk dahinya. 

“Alamak lupalah. Padahal baru semalam Arya beli barang nak buat kek untuk ayah? Ops!” Aryana cepat-cepat menutup mulutnya.Encik Fuad dan Puan Atikah ketawa bersama. Telatah Aryana melucukan.

Aryana memuncungkan mulutnya. “Alah, terlepas cakap pulak?”

Encik Fuad menggosok kepala Aryana. “Nak buat kejutan untuk ayah erk?”

“Ya,”jawab Aryana perlahan.“Takpelah nanti kita sambut.”

"Tak bestlah. Ingat nak suprissekan ayah.”

“Tak payah nak buat surprisse sangatlah. Nanti ayah terkena serangan jantung pulak,”usik Encik Fuad dengan gayanya.

"Ayah!” Aryana memukul bahu Encik Fuad perlahan.

Encik Fuad memeluk erat tubuh Aryana. “Ayah gurau ajelah.”

Aryana membalas pelukan ayahnya. “Sayang ayah.”

Puan Atikah tersenyum melihat kemesraan dua beranak itu. Aryana seorang anak yang baik. Dia sanggup berhenti kerja demi menjaganya. Kakinya lumpuh setelah terlibat dalam kemalangan setahun yang lalu. Disebabkan itu, Arya terpaksa menjaganya. Dia tidak pernah mengeluh walau sedikitpun. Kini kakinya sudah pulih sepenuhnya. 

Aryana keberatan mahu meninggalkannya sendirian di rumah. Oleh itu, dia masih setia menjadi penemannya. Walaupun kakinya sudah baik beberapa bulan yang lalu.Dia bersyukur kerana Aryana seorang gadis yang tabah dan sabar dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Dia tabah ketika menerima ketentuan Ilahi mengambil ibu bapanya ketika usianya meningkat remaja. Setelah itu sanggup bekorban masa depannya demi menjaga dia. Walaupun dia hanyalah ibu saudaranya yang kini telah dianggap seperti ibu kandung. Itulah hikmah memelihara anak yatim. 


SEMINGGU KEMUDIAN.

Aryan merehatkan badannya di atas sofa sambil memicit dahinya. Kepalanya kusut ketika itu. Kata-kata ibunya masih terngiang-ngiang di telingannya. Dia tidak tahu mengapa ibunya begitu mendesak dia agar menikah lagi. Padahal ibunya tahu dia tak mungkin berkahwin lagi dalam masa terdekat. Hatinya masih terluka lagi dengan pemergian arwah isterinya, Aiza. 

Hatinya masih belum terbuka untuk mencari pengganti Aiza.Walaupun Aryani memerlukan kasih sayang ibu, namun dia tidak bersedia memberi ibu tiri kepada anaknya. Aryan bimbang jika dia menikah lagi, isteri barunya itu tidak mampu menyayangi Aryani seperti anaknya sendiri. Dia memicit kepalanya yang mula terasa pening. 

Walaupun sudah seminggu berlalu kata-kata ibunya masih berlegar dalam fikirannya.Aryan membasuh botol susu Aryani. Datin Ain datang menghampirinya. Dia duduk di atas kerusi sambil memerhati tingkah laku Aryan. 

“Mama tengok Aryan kenapa?” soal Aryan apabila mula perasan sikap ibunya.

“Mama nak cakap sikit. Aryan sibuk ke?”

“Taklah, Aryan nak buat susu, nanti Aryani bangun. Mama nak cakap apa?” soal Aryan lalu duduk di hadapan ibunya.

“Mama nak bagi cadangan aje. Tapi Aryan jangan marah pulak?”

“Apa dia mama?”

“Kenapa Aryan tak kahwin aje?”

Aryan mengeluh. Dia sudah menduga soalan ibunya. “Mama!”

“Ya, mama tahu Aiza baru aje meninggal. Aryan buatlah demi Aryani,”ujarnya perlahan sambil mengukir senyuman buat Aryan.

Aryan menggelengkan kepalanya. “Baguslah mama tahu Aiza baru aje meninggal. Tapi tak perlulah mama jadikan itu sebagai alasan untuk Aryan kahwin lagi?”

Datin Ain merenung wajah Aryan. Wajahnya kelihatan marah. “Mama tak paksa Aryan kahwin lagi. Cuma mama nak anak mama ni terurus. Itu aje.”

Aryan memejam matanya cuba menenangkan hatinya. Dia tidak mahu bersikap kurang ajar dengan ibunya. “Mama. Terima kasih sebab ambil berat pasal Aryan. Tapi mama tengok Aryan ni tak terurus ke?”

“Bukan itu maksud mama. Bila Aryan kahwin ada orang jaga Aryani. Aryan pun happy dengan isteri Aryan.”

“Aryan tak nak fikir soal ni lagi. Aryan harap mama faham,”ujar Aryan lalu bangkit dari tempat duduknya.

"Tapi kenapa? Mama boleh carikan calon isteri buat Aryan.”

 “Siapa? Izreen?”

“Why not?”

Aryan mengusap wajahnya. Dia menggelengkan kepalanya. “Tak payahlah mama. Aryan boleh jaga Aryani dan Aryan takkan peristerikan Izreen. Full stop!”

“But why? Dia gadis yang baik, cantik. InsyaAllah dia akan jadi isteri yang baik buat Aryan.”

“Aryan tak nak cakap pasal ni. Aryan ada banyak kerja nak buat. Aryan tak ada masa untuk fikirkan hal ni. Lagipun Aryan sorang boleh jaga Aryani!”

“Tapi mama cuma nak yang terbaik buat Aryan. Takkan itu pun salah?”

“Yes! Memang tak salah. Tapi tak ada orang lain ke mama?”

“Okey mama boleh carikan orang lain. Apa saja untuk anak mama.”

Blurk! Gatal sangat mulut tu. Kan dah kena, desis hati kecil Aryan. “No! Enough mama! Not this time okay!”

“Aryan…,”

“Aryan just mahu beri tumpuan sepenuhnya pada Aryani. Biarlah Allah yang tentu bila Aryan akan kahwin lagi. Itu pun kalau sempat, manalah tahu Allah ambil nyawa Aryan dulu sebelum sempat kahwin lagi,”ujar Aryan dengan nada sedih.

Datin Ain terkedu. Dia tidak menyangka Aryan akan berkata begitu. Dia terlalu sayangkan Aryan sehingga tidak memikirkan perasaan anaknya itu. Dia cuma mahukan yang terbaik buat anaknya. Aryan satu-satunya harta yang dia ada. Dia tidak sanggup kehilangan Aryan setelah dia kehilangan puterinya.

“Mama minta maaf, Aryan.”

Aryan mendekati ibunya. Dia memeluk tubuh ibunya dari belakang. “Aryan tak bermaksud nak lukakan hati mama. Tapi Aryan harap mama faham perasaan Aryan sekarang.”

Datin Ain mula menganggukkan kepalanya. Dia terlalu ikutkan perasaan sehingga tidak sedar hati anaknya masih sedih lagi dengan pemergian isteri tercinta. 

“Mama sentiasa doakan yang terbaik buat anak mama,”ujar Datin Ain sambil mengusap pipi Aryan.

Aryan tersenyum. Dia mencium pipi ibunya. “Aryan nak buat susu dulu, nanti cucu mama menangis pulak.”

Datin Ain tersenyum.“Aryan, Aryan…”Sapaan Cik Dah menyedarkan Aryan dari lamunannya. 

“Cik Dah? Ada apa?”Cik Dah tersenyum. 

“Dah nak pukul tujuh ni? Cik Dah nak balik dulu. Aryan nak apa-apa ke?”Aryan melihat jam dipergelangan tangannya. 

“A’aalah dah pukul tujuh,”ujar sambil menepuk dahinya. “Cik Dah baliklah dulu. Saya nak apa-apa nanti saya buat sendiri aje.”

“Okey, Aryani tidur lagi dalam bilik. Saya dah mandikan dia. Makan malam saya dah siapkan.”

Aryan menganggukkan kepalanya.

“Saya pulang dulu, assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.