Home Novel Cinta Bahagia Itu Milik Kita
Bahagia Itu Milik Kita
Andayu
8/12/2021 18:08:57
31,068
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

“Aryan nak balik hari ini jugak ke?” Soal Datin Ain.

“Ya,mama,”ujar Aryan sambil mengemas pakaiannya. “Dah seminggu Aryan tinggal  di sini. Kesian kat Aryani tak ada orang jaga dia. Mama pun sibuk.”

“Habis tu bila Aryan balik sana ada orang jaga ke?” Datin Ain menghempaskan punggungnyadi atas tilam.

“Aryan memang sibuk dengan kerja. Tapi Cik Dah ada tolong jagakan Aryani masa Aryan kerja.Malam Aryan akan jaga lah pulak.”

“Sama aje bila Aryan di sini. Kenapa perlu balik?”

“Aryan tak nak susahkan mama. Lagipun tak baik tinggalkan rumah lama-lama.”

“Pernah ke, mama cakap menyusahkan?”

Aryan menghela nafas. Dia berhenti mengemas seketika lalu menghampiri ibunya. Dia meraih tangan Datin Ain lalu menciumnya. “Mama,”panggilnya perlahan sambil memandang wajah ibunya. 

“Aryan tak bermaksud nak sakitkan hati mama. Aryan bukan tak balik terus. Rumah Aryan bukannya jauh dari rumah mama. Bila-bila masa aje mama boleh datang.”

“Mama tahu mama sibuk tak sempat nak jaga Aryani. Tapi Aryan boleh tinggal di sini. Kenapa perlu tinggal sorang-sorang kat sana. Bukannya ada sesiapa? Kat sini Aryan ada mama dan papa.”

“Ya, mama. Aryan tahu. Tapi Aryan nak belajar berdikari. Biarlah Aryan uruskan Aryani.Mama janganlah risau. InsyaAllah nanti Aryan akan ziarah mama lagi.”

Datin Ain mengeluh berat. Aryan memang suka membuat keputusan sendiri sejak dulu lagi.“Kalau itulah kata putus dari Aryan, mama tak boleh nak buat apa? Mama ikutkan aje.”

Aryan tersenyum mendengarnya. “Mama janganlah risau. Mama free datanglah.”

“InsyaAllah.”

“Aryan nak sambung kemas barang dulu. Nanti terlewat pulak sampai rumah.”

“Kenapa?”

“Cik Dah nak datang esok, jadi Aryan nak kemas lah dulu apa yang patut.”

Datin Ain hanya menganggukkan kepalanya. Dia bangkit dari tempat duduknya. “Nanti dulu,mama ada benda nak cakap sikit.”

“Apa lagi mama?”

“Aryan dah fikirkan apa yang mama cakap sebelum ni?”

“Fikirkan pasal apa?” Soal Aryan lalu bangkit dari tempat duduknya. Dia tahu apa yang cuba disampaikan oleh ibunya.

“Takkan Aryan lupa pulak?”

Aryan sengaja menyibukkan dirinya. “Aryan tiada masa nak fikir. Apa yang penting sekarang adalah Aryani. Buat masa ni Aryan tak nak kusutkan kepala dengan perkara yang tak sepatutnya.”

“Tapi Aryan…”

“Sudahlah mama. Aryan tak nak bahas pasal ni lagi?” Aryan segera memitas kata-kata DatinAin. Dia tidak mahu membincangkan soal itu lagi.

Datin Ain mengeluh. “Okey, mama nak pergi tengok Aryani dulu.”

Aryan hanya menganggukkan kepalanya. Dia duduk seketika apabila bayangan Datin Ain sudah tidak kelihatan. Dia mengusap wajahnya. ‘Mama maafkan Aryan. Aryan tak bermaksud mahu bersikap kurang ajar dengan mama. Tapi percayalah dengan takdir Allah. Jika Allah mengkehendaki maka Aryan akan kahwin lagi. InsyaAllah, hatinya berbicara.

Tanpa membuang masa Aryan segera mengemas barang-barang. Hari sudah lewat petang. Dia takut terlewat mahu membeli barang keperluan di pasar raya. Dia segera mengemas barangnya dan barang-barang keperluan Aryani. Masih banyak perkara yang dia harus lakukkan selepas ini. Dia tidak mahu membazirkan masa sedikit pun. Baginya masa terlalu berharga kerana tidak mampu diputar semula setelah ianya berlalu.Cukuplah selama ini dia selalu melengahkan masa. Kini dia tidak mahu membazirkan masa lagi walaupun seminit.

 

ARYANA melihat senarai barang keperluan yang ingin dibelinya. Setiap kali ingin membeli barang Aryana akan menulis senarai barang terlebih dahulu. Sebelum mengambil sesuatu barang dia akan meneliti terlebih dahulu tentang barang-barang yang ingin dibelinya. Dia amat teliti tentang semua perkara. Terutama dalam membeli barang masakan.

“Letak ajelah dalam troli tu Cik Aryana sayang oi, tak perlulah kau nak hadam satu persatu bahan yang dia buat.”

Aryana menoleh ke arah sahabat baiknya, Nurin. Dia meletakkan tin susu ke dalam troli.“Alah, kau ni macam tak faham aku macam mana?”

“Hurm…faham sangat.”

Aryana tersengih. Kemudian dia kembali memilih barang-barang yang lain. “Aku ni bukannya apa, Nurin. Kita ni sebagai pengguna kenalah prihatin dengan kualiti produk yang kita guna. Contoh macam tarikh luput kenalah tengok dulu, mana tau dah expired ke?”

Nurin tersenyum mendengarnya. “Pasal tengok tarikh luput tu, aku pun cek jugak. Tapitak adalah sapa dua, tiga minit menghadap ke satu barang.”

Aryanatersenyum sumbing mendengarnya. “Kau perli aku erk?”

“Eh terasa ke? Perasanlah kau ni? Mana ada?”

“Ikut suka hati kaulah Nurin. Aku tak kisah. Apa yang penting aku happy dengan cara aku.”

“Aku pun tumpang bahagia sekali,”ujar Nurin sambil memeluk belakang Aryana.

“Hish kauni, orang tengoklah.”

Nurin melepaskan pelukannya. “Alah, bukan buat apa pun?”

Aryana menggelengkan kepalanya. “Tu kata kau, nanti apa dia orang fikir?” Balas Aryana lalu menolak troli menuju ke rak yang meletakkan barang-barang untuk membuatkuih.

“Peduli apa aku?”

“Ikut suka hati kau lah, Nurin oi.”

Nurin tersengih. “Kau nak cari apa ni?”

“Aku nak cari bahan nak buat kek. Tak lama lagi hari jadi ayah.”

Nurin sekadar memerhati Aryana memilih barang. Dia faham sangat sifat Aryana yang amat teliti dalam memilih sesuatu barang. Dia sendiri pada mulanya agak kurang senang dengan cara Aryana itu. Namun apabila difikirkan semula, tindakan Aryanaitu ada betulnya untuk memastikan barang yang dibeli itu masih elok dan bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu produk itu halal.

Zaman sekarang banyak produk tiruan, untuk mengelakkan berlaku perkara yang tidak diigini seeloknya teliti dahulu produk yang ingin dibeli. Tindakan Aryana patut dicontohi oleh pengguna lain supaya kita dapat mengetahui kualiti produk tersebut dan bukannya sekadar tengok tarikh luput sahaja.

“Agak-agak lepas kau kahwin nanti, kau ada masa ke nak tilik semua benda ni.”

Aryana mengerutkan keningnya. “Apasal kau tiba-tiba cakap pasal kahwin ni?”

“Saja.Takkan tak boleh kot? Ke kau tak nak kahwin?”

“Setiap makhluk yang dicipta oleh Allah berpasang-pasangan. Jika diizinkan oleh Allah,sampai masa nanti aku kahwinlah. Kenapa kau tanya?”

Nurin menganggukkan kepalanya. “Okey… saja tanya. Kita ni bukannya muda lagi. Dah 25 tahun tau.”

So? What is problem?”soal Aryana sambil memilih barang yang masih belum cukup.

“Takkan kau tak teringin. Kawan-kawan kita dah ramai kahwin dan ada yang dah ada anak tau,”ujar Nurin lagi.

“Aku malas nak fikir pasal kahwin lagi. Apa yang penting keluarga aku aje. Soal kahwin kemudian hari.”

“Hurmm…yelah tu Cik Aryana. Entah-entah nanti aku pergi KL nanti. Aku balik aje kau dah nak kahwin.”

“Apa-apa ajelah Nurin. Malaslah aku nak fikir pasal benda yang tak penting. Ada jodoh aku kahwinlah. Ni tolong tolak troli kejap,”ujar Aryana lalu melangkah meninggalkan Nurin. Dia tidak suka membicarakan soal jodoh. Baginya biarlah masa yang menentukannya.

“Hah nak pergi mana pulak tu?” Soal Nurin sambil menolak troli.

Aryana berjalan mengundur sambil memandang Nurin. “Nak pergi cari jodoh untuk kau,”ujar Aryana sambil tersenyum lalu memusingkan badannya ke hadapan.

“Aryana!”

Betullah kata orang malang itu tidak berbau. Dia terlanggar seseorang sebaik sahaja memusingkan badannya. Hampir saja tubuhnya terjatuh. Namun terasa ada tangan sasa sedang memegangnya.

“Awak tak apa-apa ke?”

“Okey.Maaf tak sengaja.” Aryana cuba membetulkan kedudukannya.

Aryani menangis. Aryan cuba memujuk Aryani yang mula menangis di dalam carry bag. “Alah, sayang papa dah bangun.”

Aryana terkejut. Dia baru perasan lelaki yang dilanggarnya tadi mendukung anak kecil dihadapannya. Secara spontan Aryana cuba mengagah bayi itu sambil mencuit pipi Aryani. “Maafkan aunty ya,sayang-sayang. Comelnya awak.”

Aryan tersenyum mendengarnya. “It’s okay.Awak tak sengajakan.”

Aryana memandang wajah lelaki dihadapannya. Dia tidak sedar jarak mereka begitu rapat ketika itu. Aryana menjarakkan sedikit kedudukannya. Dia mula kekok.Perasaannya yang telalu suka akan kanak-kanak menyebabkan dia tidak sedar diaterlalu dekat dengan lelaki bukan mahramnya.

“Maaf saya cuit anak encik tak minta izin pun.”

“Tak apa.Dia pun suka dekat awak.”

Nurin dari tadi menjadi pemerhati berdehem. “Cik kak sayang. Kita dah lambat ni? Rasanya banyak lagi barang yang nak dibeli.”

Aryana menoleh ke arah Nurin. Dia tersenyum sumbing. Kemudian dia menoleh semula ke arah Aryan. “Saya minta maaf pasal tadi.”

It’s okay.

Bye baby,”ujar Aryana lalu melangkah meninggalkan Aryan.

“Amboi bukan main mesra lagi kan.”

“Eh mana ada? Aku geramlah tengok anak dia. Comel sangat,”ujar Aryana sambil menunjukkan reaksi geram.

Baby comel ke, bapak budak tu yang handsome?

Aryana menjeling tanda protes. “Mana ada? Aku kan suka budak.”

“Tahu.Kalau tak, takkan kau ambil ijazah pendidikan awal kanak-kanak.”

“Hah? Tahupun. So jangan nak fikir yang bukan-bukan.”

“Tak adalah aku tengok kau layan mamat tadi macam dah lama kenal. Bukan main mesra lagi kan kau tadi.”

Aryana berhenti melangkah. Dia merenung tepat ke wajah Nurin. “Kau nak kata aku gedik ke?” ujar Aryana sambil mencekak pinggang.

“Tak? Aku tak maksudkan pun?”

“Habis tu?Apa?” desak Aryana.

Nurin tersenyum. “Gatal kot?”

“Apa?!”Aryana mengetap bibir.

“Tadi kau cakap apa kat aku?” Soal Nurin pura-pura lupa. “Cari jodoh untuk aku?” ujarNurin sambil menunding jari ke arahnya. “Tapi aku rasa kau yang dah jumpa jodoh kau kot,”ujar Nurin sambil tersenyum. Dia berlagak selamba lalu menolak troli tanpa memikirkan perasaan Aryana ketika itu.

“Nurin!”Aryana menjerit nama Nurin perlahan. Dia segera mengejar gadis itu. Dia menggeletek tubuh Nurin tanpa memikirkan pandangan orang lain.

Stoplah Aryana,”ujar Nurin sambil menepis tangan Aryana yang menggeletek tubuhnya.

“Kau kata apa tadi?”

“Okey akuminta maaf.”

Aryana berhentidaripada menggeletek tubuh Nurin. Dia tahu itulah kelemahan Nurin. Dia tidak tahan apabila orang menggeletek tubuhnya. “Aku tegur baby tu aje. Kau ni jangan nak fikir bukan-bukanlah.”

“Ya, aku tahu. Aku bergurau aje. Kau ni cepat sangat touching.”

Aryana mencemik.

“Tapi handsome apa mamat tu,”ujar Nurin sambilmengangkat kening.

Aryanmenjeling marah. “Entah? Aku tak perasan pun. Dahlah aku nak cari barang lain pulak,”ujar Aryana lalu melangkah meninggalkan Nurin.

Nurintersenyum mendengarnya. Dia mengekori langkah Aryana. Namun dalam masa yang sama dia kagum dengan sikap Aryana yang tabah dan sabar dalam menempuh ujian.Ketika usia meningkat dewasa dia harus menerima pemergian insan tersayang. Aryana hidup sebagai anak yatim piatu ketika usianya 17 tahun. Aryana kelihatan kasar di luar, namun dalamannya hanya Allah yang tahu. Dia selalu berdoa agar Aryana terus kuat dalam meneruskan kehidupannya. Walaupun tanpa kedua ibu bapanya.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu