Home Novel Cinta Bahagia Itu Milik Kita
Bahagia Itu Milik Kita
Andayu
8/12/2021 18:08:57
31,221
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 14
Danial membuka kotak cincin yang ingin diberikan kepada Aryana Solehah. Rekaan terbaru daripada Habib jewels. Cincin berbentuk hati dengan sebutir berlian ditengahnya. Dia mengeluh kecil. dan mummy bercakap Danial meminta mummy mencarikan jodoh buatnya. Dia harus menamatkan zaman bujangnya dengan segera. Hanya dengan berkahwin dia akan melupakan solehah. Walaupun gadis itu bukan seperti solehah. Namun dia harus meneruskan kehidupannya.


ARYANA cuba menghubungi Aryan buat kali terakhir, namun tetap tidak berjaya. Dia bangkit dari tempat duduknya. “Azlyn, sila beritahu Encik Aryan untuk hubungi saya semula,”ujar Aryana perlahan.Azlyn menganggukkan kepalanya. “Baik Cik Aryana.”“Saya minta diri dahulu. Sudah dua puluh minit saya tunggu tapi bos awak masih lagi tak datang jumpa saya,”ujar Aryana dengan sedikit rasa geram.Azlyn tersenyum sumbing. “Saya mohon maaf bagi pihak Encik Aryan.”“Hurm…”balas Aryana. Dia sibuk membalas pesanan ringkas daripada kawannya, Nurin. “Assalamualaikum,”ujar Aryana lalu membuka langkah untuk meninggalkan tempat itu.“Ermm… Cik Aryana?”Aryana segera berpaling ke arah Azlyn. “Ya?”Azlyn tersenyum. “Cantik anting-anting Cik Aryana? Mesti mahal kan?” tegur Azlyn apabila melihat anting-anting yang tergantung di cuping telinga Aryana. 

 “Anting-anting?” ujar Aryana lalu menyentuh telinganya. Aryana terkejut. Dia terlupa untuk menanggalkan anting-anting itu dari telinganya. Selepas mencuba memakai set barang kemas milik Aryan, dia terlena. Sewaktu menanggalkan barang perhiasan yang lain dia terlupa untuk menanggalkan anting-anting itu. “Thanks. Saya tak beli ada orang hadiahkan,”ujar Aryana cuba berselindung. Dia sendiri tidak tahu berapakah nilai harga sepasang anting-anting itu.Azlyn teruja mendengarnya. “Wow! Bestnya. Saya kalau dapat hadiah macam tu mesti suka sangat. Lagipun bukan murah tau harga anting-anting Cik Aryana tu.”Aryana tersengih. Dia sudah menduga. Gadis itu pasti mahu mengetahui harga anting-anting itu. “Saya pun tak pernah tanya berapa harga anting-anting ni.” 

 “Bertuahnya Cik Aryana.”Aryana menggaru kepalanya yang tak gatal. Huh? Bertuahlah sangat. Bukan aku yang punya. Tapi betullah dia cakap. Bertuahnya siapa pemilik barang perhiasan ni, desis hati kecilnya. “Saya minta diri dulu,”ujar Aryana lalu melangkah meninggalkan kaunter pertayaan.Aryana memegang anting-anting yang dipakainya beberapa hari yang lalu. Sungguh dia tidak perasan bahawa anting-anting itu masih berada di cuping telinganya.Aryana berdiri di hadapan pintu masuk utama hotel lalu menghubungi Nurin.IZREEN melihat seorang gadis yang pernah melanggarnya sebelum ini. Hatinya tiba-tiba panas apabila melihat gadis itu. Peristiwa yang berlaku tempoh hari mula diingatinya. Dia masih belum berpuas hati selagi gadis itu tidak meminta maaf daripadanya. Dia menghampiri Aryana lalu melanggar bahu gadis itu dengan sengaja sehingga gadis itu hampir terjatuh.“Opss!! Tak sengaja,”ujar Izreen sambil tersengih.Aryana sempat mengimbangi tubuhnya dari terjatuh. Dia menjeling marah. Telefon bimbitnya hampir saja terlepas dari pegangannya. Aryana cuba membetulkan kedudukannya semula. Dia tidak mahu memikirkan gadis yang telah melanggarnya tadi. “Hello, Aryana!!!”“Hurm…?”“Kau, okey tak?”Aryana membetulkan tali beg tangannya. “Buat masa ni okey lagi. Tapi tak tahulah kalau tiba-tiba perang meletus!”Nurin kehairanan di hujung talian. “Kenapa pulak?”

“Entahlah dari mana datang minah sengal tetiba langgar aku. Then tak reti nak minta maaf?” jawab Aryana dengan kuat agar didengari oleh gadis yang melanggarnya sebentar tadi.Nurin ketawa dihujung talian. Dia sudah masak dengan perangai sahabat baiknya itu. Pasti ada sesuatu yang tidak kena telah terjadi menyebabkan Aryana mula naik angin. 

“Sabarlah. Tak sengaja kot?” 

“Hurm…. Mungkin?”ujar Aryana lalu menoleh ke arah gadis yang melanggarnya. “Tapi, setahu aku, orang akan minta maaf jika tak sengaja. Tetapi dia cakap opss, tak sengaja?” sambung Aryana. “Aku rasa dia sengaja langgar. Bukannya tak sengaja?”

“Ikut suka hati kaulah nak fikir apa pun? Tapi lebih baik kau balik sekarang daripada perang meletus.”

“Masalanya, aku tengah benggang sekarang ni. Aku datang sini nak jumpa seseorang. Tetiba kena langgar, sampai nak jatuh! Lepas tu tak reti minta maaf. Dia datang dari planet mana entah yang tahu beradap langsung!!!”ujar Aryana dengan lantang sehingga mampu didengari oleh orang yang berada berhampiran dengannya.

What?Izreen terdengar perbualan Aryana dengan kawannya. Hatinya terasa puas kerana telah melanggar gadis itu. Namun, kini hatinya kembali terbakar apabila mendengar Aryana mengutuk dirinya. Tanpa membuang masa dia segera menghampiri gadis itu. “What did you say?”Aryana menoleh ke arah Izreen yang kini berdiri di hadapannya. 

“Apa?”

“Bukan ke you mengata I tadi?”Aryana menjeling. “Nurin nanti aku call balik,”ujarnya lalu mematikan talian sebelum sempat mendengar kata putus daripada Nurin.“Maaf, saya tak mengata sesiapa pun?” balas Aryana lalu menyimpan telefonnya di dalam beg tangannya.Izreen mula berpeluk tubuh. “Saya dengar dengan jelas! Awak kata saya tak beradap?”

Aryana mencebik. “Oh terdengar ke? Kenapa? Terasa?”Izreen mula benggang dengan sikap gadis itu. “Of course! You kutuk I. you fikir you siapa?”“Saya?” soal Aryana sambil menunding jari ke dadanya. “Saya bukan sesiapa? Tapi salah ke apa yang saya cakap!”“So, you nak kata I ni tak ada adap? Like that’s?”“Saya tak cakap pun. Tapi kalau rasa sedar diri baguslah. Takdelah menyusahkan orang dan menyakitkan orang lain. Dah buat salah mohonlah maaf.”Izreen menganggukkan kepalanya. “Oh, begitu. Tapi masa you langgar I tak apa pulak? You blah macam tu aje tak minta maaf pun tak apa?”Aryana mengerutkan keningnya. Dia tidak teringat bilakah dia pernah bertemu dengan gadis ini. “Maaf, saya terlupa. Kita pernah jumpa ke sebelum ini?” soal Aryana. Dia betul-betul terlupa. Dia hanya teringatkan janji Aryan untuknya sahaja. Itu pun hanya disebabkan lelaki itu telah berjanji dengannya. Jika diikutkan hati dia tidak mahu pun lelaki itu menggantikan telefon baru buatnya kerana niatnya ingin bertemu lelaki itu hanya ingin memulangkan semula barang kemas milik lelaki itu.Izreen mengenggam erat tangannya. Jika diikutkan hati ingin saja dia menampar gadis itu. 

“Hey, perempuan! Kalau tak pernah jumpa, I takkan cari pasal dengan you!”ujarnya dengan nada marah. “Semua ni disebabkan you langgar I tempoh hari kat sini?”“Perkara yang lepas kenapa diungkit,”ujar Aryana sambil mengimbau kembali peristiwa yang berlaku dua minggu lepas.“Because of you?”“Why?”

“Why?!” soal Izreen dengan hatinya panas. Tangannya dengan ringan ingin dilayangkan ke pipi Aryana. Gadis itu benar-benar mencabar dirinya. Namun, tangannya dipegang oleh Aryana. Niatnya untuk menampar gadis itu terbantut.Aryana segera melepaskan tangan Izreen. Dia menggelengkan kepalanya. “Actually, what’s your problem?” soal Aryana. Dia masih cuba untuk berlembut dengan gadis itu. Jika tidak dia yang akan menampar gadis itu.Aryana memandang Izreen dengan pandangan meluat dan benci. Dia paling tidak suka, 


BEBERAPAA HARI KEMUDIAN.Sudah tiga hari Aryana berulang-alik ke Alamat yang rasa diberikan oleh Aryan. dia ingin memulangkan kembali barang milik lelaki itu. Namun dia tidak berjaya menenuinya.

Previous: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu