Home Novel Cinta Beautiful Lie
Beautiful Lie
Mazni Aznita
19/3/2020 10:56:10
75,154
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 19

BUNYI ketukan pada pintu biliknya mengejutkan dirinya. Dia berpaling lalu ternampak kelibat ayahnya di muka pintu. Lelaki itu melangkah masuk dengan wajah serius. Dia bangkit lalu bersandar di kepala kerusi. Sekadar memerhatikan lelaki itu dengan wajah lesu. Tengkuknya dipicit-picit lantaran ada rasa berdenyut-denyut di belakang kepala.

                “You drunk again last night.” Keluh Tuan Fahrin kesal. Dia duduk di birai katil anaknya, memerhatikan wajah Mirza yang kelihatan kusut masai. Pakaian Mirza juga tidak bertukar, kuat dengan bau arak yang melekat pada tubuhnya. Entah pukul berapa Mirza balik malam semalam, dia langsung tidak sedar.

                “Sorry pa, I keluar jumpa Toi semalam.”Ujarnya.

                “Toi again? Mirza, apa you tak ada kawan lain ke?”Keluh Tuan Fahrin. Dia bukan tidak berkenan Mirza rapat dengan Toi, tapi budak itu langsung tidak bercita-cita tinggi. Dia tahu Toi bekerja di sebuah bar sebagai bartender. Itu yang menyebabkan Mirza pulang dalam keadaan mabuk hampir setiap malam.

                “Toi is my good friend pa.” Ujar Mirza cuba mempertahankan Toi dari kata-kata ayahnya yang berbaur sinis.

                “A good friend? Are you sure Mirza?” Tuan Fahrin melemparkan tawanya.

                Mirza bangun lalu mencapai tualanya. Dia tidak suka mendengar kata-kata ayahnya kali ini.Baginya Toi satu-satunya kawannya meskipun lelaki itu tidak berfikir sedemikian.

                Tuan Fahrin mengeluh. Dia mengerti Mirza tidak suka dia memburuk-burukkan Toi. Rapat sungguh Mirza dengan Toi, budak dari Batu Pahat itu.

                “Okay, fine. I’m not going to say anything about him again unless you promise me something.” Tuan Fahrin memandang si anak. Mirza sudah berpaling ke arahnya dengan raut wajah tertanya-tanya.

                “Promise me that you will concentrate with your study from now on.”

                “Again? Ah pa, I dah cakap yang I dah tak minat nak belajar. Tanpa SPM pun Mirza boleh ke luar negara.”

                “Jangan cakap benda-benda merepek tu lagi Mirza. Papa dah beritahu you sejak awal lagi apa pendirian papa. Dan papa takkan tukar fikiran.” Tegas Tuan Fahrin. Dia sudah nekad mahu lebih tegas pada Mirza.

                “Petang nanti cikgu tuisyen you datang, dia ada call papa tadi. Jadi jangan nak lari ke mana-mana. Tunggu sampai dia datang. Hari ni dia nak bincang fasal jadual you.” Pesan Tuan Fahrin.

                “Tapi..”

                “Jangan nak bertapi-tapi lagi. Papa rasa dia bagus, dia akan jadi cikgu yang baik untuk you nanti.” Ujar Tuan Fahrin.

                Mirza ketawa sinis. Bagus? Baik? Semua yang cantik ayahnya akan menganggap begitu. Lagi-lagi Adriana sudah mencuri perhatian ayahnya sejak awal. Bukan dia tidak sedar tatapan mata ayahnya pada gadis itu semacam sahaja.

                “Kenapa you ketawa?” Kerutan di dahi Tuan Fahrin mula melebar. Hairan melihat anak muda itu mengetawakannya. Apakah kata-katanya sebentar tadi melucukan?

                “Bukankah papa cakap begitu pada semua perempuan yang papa jumpa? Semua perempuan papa kata baik,lagi-lagi yang cantik macam Adriana Imaniyah.” Sindir Mirza.

                Terkelip-kelip mata Tuan Fahrin memerhatikan anak lelakinya.

                “Hmm…at least you belum buta fikir dia cantik dan masih ingat nama dia. Nama penuh pulak tu.” Senyum Tuan Fahrin cubamengenakan anaknya.

                Mirza merenung lelaki itu dengan wajah mencuka.

                “This time pa? Really?”

                “Okay….I’m sorry. Papa gurau aje, janganlah serius sangat. Kita tengok dulu macamana prestasi Adriana. Kalau dia bagus,mungkin papa boleh pertimbangkan agar you belajar di rumah sahaja, tak perlu ke sekolah tu. Lagipun papa tahu you tak suka pergi ke sekolah tu kan?” Pujuk Tuan Fahrin.

                Mirza terdiam.Kenapa dia tidak terfikir begini dulu? Mungkin ada baiknya juga dia berpura-pura setuju belajar dengan gadis itu agar dia tidak dipaksa ke sekolah itu semula.

                “Bagaimana?Setuju?” Tuan Fahrin melirik ke arah anaknya. Dia sedar kata-katanya membuatkan Mirza tertarik. Ini kerana dia tahu kelemahan Mirza ialah sekolah lama anaknya itu. Dari dahulu Mirza berkeras tidak mahu mengulang ke sekolah yang sama untuk peperiksaan ulangannya.

                “Deal.” Mirza mengalah akhirnya. Tak guna dia berkeras lagi kerana dia benar-benar berharap tidak perlu ke sekolah itu lagi. Usianya sudah mencecah 18 tahun lebih, dia sudah tidak betah mahu bergaul dengan rakan-rakan sekelasnya yang jauh lebih muda darinya.

                “Kalau macam tu, tunggu Adriana datang petang nanti, jangan nak ke mana-mana. Kejap lagi papa kena keluar, ada hal sikit. Kalau papa dengar you tak ada masa cikgu you datang, deal kita tamat. Faham?”

                Mirza mengeluh seraya mengangguk. Suka atau tidak, terpaksalah dia terima sahaja tanpa membantah.

* *  *  *

ADRIANA tercegat di hadapan rumah besar itu hampir lima belas minit lamanya.Dia mendongak memandang rumah yang pernah dikunjunginya beberapa hari yang lalu. Ikutkan dirinya, berat hatinya mahu datang lagi. Tapi kerana dia benar-benar kesempitan duit dan perlukan wang, maka dia memaksa dirinya untuk datang lagi ke tempat itu. Sejak awal dia memaklumkan pada Tuan Fahrin tentang kedatangannya. Risau juga dia jika Mirza tidak ada di rumah ketika dia datang.

                Seorang pembantu rumah Indonesia membukakan pintu untuknya. Dia hanya tersenyum memandang wajah si pembantu rumah yang kelihatan agak ramah itu.

                “Saya nak jumpa dengan Mirza.”

                “Mbak Adriana?”Tanya pembantu rumah itu.

                Adriana sekadar mengangguk. Si pembantu tanpa banyak soal segera mempersilakannya masuk.

                “Sila duduk.Mbak mahu minum?”

                Adriana menggeleng. “Err.tak payahlah, saya sekejap sahaja. Tuan Fahrin ada?”

                “Bapak udah keluar. Deng Mirza ada dikamarnya.”

                “Kalau macam tu boleh panggilkan dia ke mari?” Pinta Adriana.

                “Bentar ya mbak.” Si pembantu rumah itu segera berlalu pergi. Tak lama kemudian wanita itu kembali semula.

                “Deng Mirza bilang suruh mbak nungguin dia sebentar. Nanti saya bawakan minuman es buat mbak.” Ujar wanita itu.

                Belum sempat Adriana hendak bertanya sesuatu, wanita itu sudah menghilangkan dirinya. Dia segera mengeluh. Hendak tak hendak terpaksalah dia menunggu di situ.

                Setengah jam menanti, dia semakin gelisah. Satu jam berlalu, dia semakin tidak keruan. Dan apabila jarum jam beredar lima belas minit lagi, Ariana sudah tidak mampu menahan sabar. Mana budak ni? Aku pun banyak kerja juga selain dari hendak menanti dia sahaja. Itupun dia sengaja balik awal dari kampusnya semata-mata mahu ke mari bertemu Mirza.

                “Mirza mana?Dah lama saya tunggu ni.”Tanya Adriana pada pembantu rumah yang baru muncul diruang tamu.

                Wanita itu kelihatan gelisah dan serba-salah mahu memandangnya.

                “Maaf mbak, bibik sendiri enggak tahu ke mana deng menghilang. Kok baru sebentar tadi ada. Iya malah deng yang memesan mbak tungguin dia aja di kamar tamu. Sekarang udah hilang.” Ujar Bibik mengeluh.

                Wajah Adriana berubah. Bibirnya diketap rapat. Entah mengapa hatinya kuat mengatakan Mirza sengaja mahu membuatkan dia menunggu seperti orang bodoh di situ. Walhal anak muda itu pula senyap-senyap keluar entah ke mana.

                “Tak apalah bik, saya tak marah. Err..kalau macam tu saya balik dululah. Esok, cakap dengan Mirza saya akan datang lagi jam 3 petang.” Ujar Adriana.

                Bibik hanya mengangguk dengan wajah simpati. Sebaik anak gadis itu beredar, pandangan wanita itu melorot ke atas. Ada bayang-bayang kelihatan dari atas. Hatinya kesal kerana terpaksa berbohong dengan gadis yang datang ke situ untuk mengajar tuan mudanya.

                Mirza turun dari atas dengan selamba.

                “Dia dah balik?” Tanyanya pada bibik yang terkelip-kelip memerhatikannya.

                Wanita itu hanya mengangguk.

                “Ngapain deng Mirza ngak mau melayan mbak tadi? Sampei pake bohong segala.” Keluh wanita itu.

                Mirza hanya mengangkat bahunya. Malas mahu melayan pertanyaan demi pertanyaan dari wanita itu. Sekalipun dia menjelaskannya, tak mungkin wanita itu faham akan dirinya.

                Dia segera membaringkan dirinya di atas sofa empuk di ruang tamu sambil melayan saluranHBO. Filem yang ditayangkan menarik perhatiannya. Seronok juga menonton tanpa gangguan! Canda hati kecil Mirza.

                Dia mencari-cari lagi beberapa saluran lain menggunakan alat kawalan jauh. Namun sedang dia leka menyorot beberapa buah iklan di televisyen, bunyi loceng pintu rumahnya menganggu tumpuannya pada rancangan yang sedang ditontonnya. Alamak!Siapa pulak yang datang ni? Memang tak boleh tengok orang senang langsung!Rungut Mirza sedikit berang.

                “Bik, tolong tengokkan siapa yang datang tu.” Laung Mirza. Namun wanita itu tidak muncul-muncul. Mirza mengeluh. Dengan langkah malas, dia bingkas bangun lalu menuju ke muka pintu.

                Sebaik daun pintu di hadapannya terkuak, muncul seraut wajah di hadapannya. Dia terpanar.Terpegun melihat anak gadis yang cuba dielakkannya sebentar tadi, kini muncul semula. Bezanya tadi dia terlepas, tapi kali ini melihat wajah terkejut anak gadis itu yang mula berubah kerlingan tajam, dia sudah tidak mampu mengelakkan diri lagi. Tertangkap jua dia akhirnya!

                Tanpa sebarang suara, Adriana melangkah masuk. Kakinya dihela ke arah ruang tamu sebelum mencapai buku-buku kolejnya yang tertinggal di atas sofa sebentar tadi. Dia langsung tidak memandang Mirza, sebaliknya terus bergegas ke muka pintu

                Mirza terkelip-kelip memerhatikan anak gadis itu. Dari gerak-geri Adriana, dia tahu gadis itu sedang marah. Hendak tak hendak dia segera mengekori Adriana ke luar.

                “Kau tak nak cakap sesuatu dengan aku?” Soalnya.

                Adriana berbuat endah tak endah terus menyarung kasutnya. Usai melakukannya, dia segera menuju ke arah pintu pagar. Hajat hatinya ingin berjalan kaki di hentian teksi berhampiran sebelum pulang ke rumah.

                Mirza menarik nafas. Marah ke? Sungguh dia tidak puas hati kerana gadis itu enggan mempedulikannya. Sekurang-kurangnya dia lebih suka mendengar anak gadis itu memarahinya tapi Adriana hanya berdiam diri bagaikan tidak kisah langsung.

                “Kau dengar tak apa aku cakap ni?” Soal Mirza seraya mengejar anak gadis itu. Lengan Adriana dipaut agak kasar.

                Langkah Adriana terhenti mendadak. Dia berpaling ke arah Mirza. Wajah anak muda itu ditatap agak lama. Kacak! Desis hati kecilnya. Tapi rupa yang kacak tanpa sikap yang baik, tidak ada gunanya Adham Mirza! Bisik hati kecilnya.

                “Esok saya datang lagi jam 3 petang. Baik awak pastikan awak ada di rumah esok.” Ujar Adriana dengan wajah serius.

                “Kalau tidak?”Mirza tersengih nakal. Sengaja mahu menjolok sarang tebuan.

                “Atau saya akan laporkan terus pada ayah awak tentang perangai awak ni. Dia beritahu saya awak tak suka ke sekolah kan? Baik, kalau saya tak dapat mengajar awak dengan sempurna, saya percaya sekolah sahaja tempat yang paling sesuai untuk awak,Adham Mirza.” Balas Adriana selamba sebelum berlalu pergi.

                Wajah Mirza merah padam. Berani betul perempuan ni ugut aku! Kerana tidak puas hati dengan sikap acuh tak acuh Adriana, Mirza kembali ke dalam rumah lalu segera mengambil kunci motorsikalnya. Dia menunggang ke suatu arah, mencari-cari kelibat Adriana. Tak lama kemudian dia menemukan gadis itu sedang duduk seorang diri dihentian teksi sambil ralit membaca.

                Mirza menarik nafas panjang. Matanya tekun mengulit wajah Adriana yang seolah-olah tidak menyedari kehadirannya di situ. Entah apa yang menarik sangat tentang buku yang dibacanya? Tergerak hatinya mahu mendekati gadis itu. Namun belum sempat dia mahu turun dari motorsikalnya, sebuah teksi tiba-tiba berhenti tepat di hadapan Adriana. Gadis itu segera memasuki perut teksi itu tanpa menoleh ke kanan dan ke kiri.

                Mirza terpinga-pinga. Melihat teksi itu beredar, dia tidak ada pilihan lain selain terus mengekori teksi tersebut tanpa berfikir panjang.

* *  *  *

KETIKA gadis itu berhenti di tepi jalan dan berjalan kaki di sepanjang laluan itu, Mirza turut memberhentikan motorsikalnya dan melangkah turun. Dia mengekori  Adriana senyap-senyap. Entah kenapa dia melakukannya dia sendiri tidak tahu. Yang pasti, hari ini hatinya tergerak mahu mengekori gadis itu.

                Semakin lama dia mengekori Adriana, semakin dia hairan. Ada sesuatu pada tempat itu yang mencuri perhatiannya. Ketika gadis itu membelok ke suatu arah dan duduk disebuah bangku di laluan pejalan kaki berhampiran sebuah taman awam, wajahnya berkerut semula. Laluan itu, tempat itu dan bangku itu. Semuanya mengingatkan dirinya tentang malam di mana dia bertemu gadis itu buat pertama kali.

                Adriana duduk di bangku yang sama. Bersendirian dan larut dalam lamunan yang panjang. Samaseperti malam itu juga. Meskipun ketika itu dia dalam keadaan mabuk, tapi otaknya tidak lembab mencerna wajah muram gadis itu tempohari. Kini raut wajah yang sama terpapar di retina matanya, Meskipun tidak ada bulan dan bintang pada siang hari yang asyik dipandang anak gadis itu ketika ini, tapi melihat wajah itu seperti menanggung beban yang berat, hatinya mula tertanya-tanya. Masalahapa sebenarnya yang sedang membelenggu fikiran anak gadis itu?

                Dia ralit mengulit wajah Adriana. Bebola matanya langsung tidak mampu berkalih dari seraut wajah yang entah kenapa menjentik suatu perasaan halus yang diam-diam mula bersemi. Tapi menurut  tafsirannyaitu hanya perkara normal. Lelaki mana yang tidak sukakan perempuan cantik. Tapi hanya sekadar itukah definisi hatinya saat ini? Hanya kerana Adriana cantik?

                Mirza cepat-cepat mengalihkan wajahnya. Come on Mirza, dia tutor kau. Seseorang yang mahu kau singkirkan dalam hidup kau. Suka dia boleh, tapi jangan sesekali jatuh cinta pada dia. Itu dilarang sama sekali!Tutur hati kecilnya memberi amaran pada diri sendiri.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.