Home Novel Alternatif JELAGA
JELAGA
RUMIÈ AL-HADI
14/7/2020 00:36:14
34,229
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Senarai Bab
1000KM/

Lalu berlarilah hati
1000KM/H
Mengejar yang tak pasti
Lupa melihat kaki
Tersayat luka
Sedang tetes di mata
Masih bertakung duri
Menjadi bayang yang dikejar...
Jauh lebih indah daripada menjadi jejak yang tak dipeduli...



------------------------------------------------------------------


AKU ambil keputusan untuk tidak meneruskan kerja sambilan untuk dua bulan bagi memberi tumpuan kepada peperiksaan hujung tahun. Peperiksaan yang penting bagi memastikan kelangsungan pengajian aku pada tahun hadapan.

Encik Yusuf juga sudah aku maklumkan daripada awal berkenaan tarikh peperiksaan dan kekangan masa yang bakal aku lalui untuk meneruskan kerja sambilan di syarikat miliknya. Setiap tahun pun dia sudah cukup maklum berkenaan ini jadi tidak ada masalah di pihaknya. Lagipun aku sudah memastikan semua kerja yang diserahkan kepada aku telahpun selesai.

"Awal kau bersiap ni nak ke mana?" tegur Yati yang baru terjaga.

"Studio. Banyak kerja nak kena selesaikan. Nanti lepas settle aku terus ke perpustakaan. Kalau kau nak lunch sama-sama nanti call," ujar aku. Aku capai topi dan bag sandang lalu mula beredar keluar.

"Kau ada kelas ke tak hari ni?" soal aku sebelum keluar.

"Ada pukul sepuluh nanti," jawab Yati, masih terpisat-pisat duduk di birai katil.

"Jangan tidur semula nanti terus tak sedar pula nak ke kelas. Aku pergi dulu."

"Okey. Jumpa lunch, nanti aku call."

Aku segera keluar dan menutup pintu bilik dan terus ke kafe untuk bersarapan. Tidak ramai yang berada di kafetria pagi ini.

Mungkin kerana masih awal. Aku lihat jam di pergelangan tanya yang menunjukkan pukul 7.45 pagi. Sesenduk mihun goreng dan pulut panggang yang aku ambil tadi aku nikmati bersama kopi 'o' panas kegemaran.

"Awal hari ni Syafi," tegur abang Amran salah seorang pekerja di kafeteria tersebut. Aku segera berpaling dan senyum ke arahnya.

"Nak ke studio. Banyak kerja."

"Kamu ni abang tengok macam lipas kudung. Tak duduk diam. Makan pelan-pelan, tercekik nanti," ujar abang Amran lagi sambil ketawa dan berlalu masuk ke dapur. Aku cuma perhati dan sudah terbiasa dengan usikannya setiap hari. Usai bersarapan, pinggan dan cawan aku masukkan ke bakul yang disediakan.

"Abang, buatkan kopi 'o' isi dalam termos ni," pinta aku kepada abang Amran.

"Kamu ni asyik minum kopi 'o' saja. Cubalah minum air lain."

"Kopi 'o' abang buat sedap, buat hilang mengantuk," jawab aku. Termos yang sudah penuh diserahkan semula kepada aku.

"Pergi dulu, bang."

"Ya, ya... hati-hati."

Ketika sampai di studio, keadaan sunyi dan lengang. Aku segera mengambil tempat dan mula meneruskan kerja-kerja yang masih bersisa. Selalunya ada sahaja rakan sekelas yang bermalam di studio bagi menyiapkan tugasan tetapi kali ini studio ini kosong. Aku pasang radio yang terletak di atas meja di tengah ruang studio bagi menghilangkan rasa sunyi.

Selalunya sebulan atau dua bulan sebelum peperiksaan, tiada lagi kelas yang perlu dihadiri kecuali kerja-kerja studio. Pensyarah kebanyakannya memberi pelepasan kepada penuntut untuk mengulangkaji dan menyiaplan tugasan mengikut jadual harian sendiri kecuali sekiranya masih ada bagi sukatan subjek yang masih tertunggak.

Aku kembali leka menyiapkan baki proposal draf kajian yang perlu diserahkan kepada Profesor Zuki selewat-lewatnya minggu hadapan. Mengikut perkiraan, aku mampu menyiapkannya pada hari Jumaat ini dan boleh sahaja menyerahkannya pada hari Isnin hadapan jika tiada aral.

Sesekali aku lihat langit dari tingkap kaca yang tertutup rapat. Mendung. Patutlah dingin semacam sahaja. Sekejap lagi pasti hujan. Jika hujan bermakna teman sekelas aku mungkin tidak ramai yang akan datang ke studio dan pasti suasana akan lebih tenang.

"Assalamualikum," satu suara garau menegur aku yang sedang leka menyiapkan kerja. Meja aku kebetulan membelakangi pintu studio menyebabkan aku tidak sedar jika ada yang masuk. Bukan kepalang rasa terkejut yang terbit di dada aku. Bagai baru lepas berlari 1000km/j, jantung aku berdetak laju.

"Maaf buat awak terkejut. Ingatkan awak dengar saya masuk tadi." Aku berpaling dan melihat Profesor Razi terjegat berdiri tidak jauh dari meja aku. Aku jawab salam lelaki itu perlahan.

"Awal awak datang studio hari ni."

"Oh, masih ada draf pelan yang perlu saya siapkan, tugasan Prof Zuki. Prof ada kelas ke hari ni?"

"No. Saya ada meeting petang nanti tapi since tak ada apa nak buat di rumah lebih baik masuk office." Aku cuma anggukkan kepala. Serta-merta aku berasa tidak selesa, bagaikan diri diperhati.

"Awak dah sarapan?" soal Profesor Razi.

"Sudah, di kafe kolej tadi," jawab aku lalu kembali menyambung kerja. Kalau boleh aku tidak mahu perbualan ini terus berlanjutan. Sengaja aku biarkankan lelaki itu terus berdiri tanpa memberi tumpuan kepadanya.

"Did you get the things that I gave you?"

Serta-merta debar di dada aku kembali bertandang, kencang. Aku sudah berusaha sedaya-upaya agar situasi seperti ini tidak perlu aku lalui. Aku tidak berpaling ke arah Profesor Razi. Jawapan apa yang perlu aku berikan? Suasana menjadi begitu hening. Yang kedengaran hanya rintik hujan yang mula turun menerjah tingkap kaca. Kalut, ya hati aku kalut dan serabut.

"How long you want to avoid me and the situation?" lelaki itu kembali menyoal. Aku cuba kumpul kekuatan yang ada lalu berpaling ke arahnya.

"Prof... I don't feel it is right..."

"Razi... I prefer to be called by my name." Aku cuma mampu mengeluh dan tunduk sejurus kata-kata aku dipintas.

"Is it so wrong to like someone?"

"It is wrong to me. I am your student. I don't feel it's right and I am not comfortable with it," ujar aku lembut agar tidak mengguris hati lelaki di hadapan aku ini.

"Kita bukan anak kecil lagi. You are an adult. Beza umur kita hanya empat tahun, Syafi."

"Why me?" soalan itu meluncur laju dari bibir aku hinggakan aku sendiri terkejut dengan tindakan sendiri.

"Because you are different."

"Is that it? And don't you feel it is arkward for us to be together. Look at me. Frankly, I don't like to be the centre of attention. I hate it."

"And being who you are is wrong? Why? Is it so wrong to like a person like you?" Kali ini aku pula diajukan soalan.

"It's weird and to others it's not normal. I don't want to attract unnecessary vibes."

"I respect your decision, but... I hope you will change your mind. Not today, maybe one day. I need to prepare for my meeting. Don't forget your lunch and... have fun, Syafi. You need that," ujar Profesor Razi sebelum berlalu pergi meninggalkan aku termangu-mangu.

Tiada apa yang mampu aku lakukan selain daripada mengeluh. Tidak semena-mena fokus aku untuk menyiapkan kerja terganggu. Aku perhati rintik hujan yang galak menerjah tingkap kaca. Rentak dan dendang hujan semakin lama semakin rancak dan aku hanya termenung kosong.

"Kenapa aku?" gumam aku.

Adalah lebih mudah untuk aku meneruskan hari dalam salah anggap manusia berkeliling kerana ia sudah sebati dalam diri ini. Namun untuk berdiri di luar kelaziman, ia lebih berat dan aku tidak pasti aku mampu mengusung beban sebegitu.

Setengah jam aku hanya termenung melayan perasaan. Hujan di luar sana semakin lama semakin lebat. Sesekali kedengaran sayup-sayup bunyi guruh. Aku pasti teman-temas sekelas aku tidak akan datang ke studio dalam keadaan hujan begini. Tiba-tiba aku rasa fikiran aku begitu berserabut.

Mingu lepas juga aku menerima perkhabaran tentang emak dan abah yang tidak lagi tinggal sebumbung. Entah kali yang ke berapa mereka bergaduh dan berpisah sementara tetapi kemudian kembali tinggal bersama. Cuma kali ini abah katanya sudah melafazkan cerai.

Kakak sibuk meminta aku pulang untuk memujuk emak dan abah agar kembali rujuk. Puas aku nyatakan aku kesuntukan masa kerana peperiksaan makin hampir. Seperti biasa aku sering ditempelak dengan pelbagai tuduhan yang tidak pernah terlintas di fikiran.

Jauh dalam hati, sebenarnya aku lebih rela jika emak dan abah berpisah membawa haluan masing-masing. Untuk apa tinggal bersama jika setiap hari jiwa tidak pernah gembira? Untuk apa hidup bersama tetapi hakikatnya menjadi orang asing. Untuk apa mengekalkan perkahwinan jika saban hari berantakan dan yang menjadi mangsa adalah anak-anak?

Benar, mengekalkan perkahwinan tidak salah tetapi untuk apa diikat sesuatu yang sudah lama runtuh? Walau bagaimana sekalipun diikat, binaan kasih sayang itu tidak lagi sama dan tidak lagi utuh. Ada masa perceraian itu lebih baik demi anak-anak kerana bukan semua anak-anak yang sanggup hidup bagai dalam neraka dunia.

Sebenarnya, bila berkenaan soal perasaan, aku tidak berasa aku mampu menguruskannya dengan baik. Jauh dalam hati ini, aku tidak sanggup memberi atau menerima kasih kerana pengalaman hidup mengajar aku untuk melihat kasih sayang sekadar superficial bagi sesetengah manusia dan aku tidak sanggup berhadapan dengan rasa kecewa.

Aku capai termos dan hirup kopi panas dan tolak ke tepi segala yang berkenaan dengan profesor Razi lalu kembali kepada kerja-kerja yang masih banyak terbengkalai. Waktu berganjak begitu pantas tanpa aku sedar sehinggalah telefon bimbit aku berbunyi nyaring. Di luar sana hujan masih lagi galak.

"Ya, Yati. Kau kat mana? Aku still kat studio. Hujan still tak berhenti ni, kalau kau nak lunch dulu, go ahead. Aku banyak kerja nak kena siapkan," ujar aku ketika Yati menghubungi aku.

Melihat hujan yang seakan tidak akan berhenti dalam masa terdekat, aku putuskan untuk tidak bertemunya dan kekal di studio menyiapkan kerja. Lagipun aku masih tidak berasa lapar. Komputer riba yang aku bawa, aku buka untuk melihat draf fail autocad dan membandingkan draf pelan manual agar benar-benar tepat. Satu jam, dua jam ... masa terus berlalu hinggalah ketukan di pintu studio mengejutkan aku semula.

Profesor Razi terjegat berdiri di muka pintu melihat aku dengan senyuman manis seperti selalu. Entah sudah berapa lama lelaki itu berdiri di situ memerhatikan aku. tanganya menjinjing satu bungkusan. Kali ini lelaki itu tampak lebih santai dengan kemeja yang tidak dikemaskan ke seluar, lengan kemeja yang dilipat hingga ke paras siku. Lelaki itu hanya mengenakan sandal mungkin tidak mahu kasutnya basah dek hujan.

"Dah lunch?" soalnya ringkas. Aku segera menggeleng kepala.

"Lets have lunch together," ujar Profesor Razi bersahaja lalu segera meletakkan bungkusan di tangannya ke atas meja di tengah ruang studio dan menarik dua kerusi ke situ. Radio yang sejak tadi hanya memutarkan lagu-lagu klasik ditukarkannya kepada saluran pop. Aku hanya mampu terkaku memerhati perlakuan lelaki itu.

"Jom makan. Tinggalkan dulu kerja tu. Perut perlu diisi. I beli nasi dan tomyam seafood. Meivin used to mention that you love Thai food," ujar Profesor Razi sambil tangannya lincah mengeluarkan beberapa bekas tupperware yang berisi makanan, sudu dan garfu serta pinggan plastik. Aku masih kaku dan hanya mampu memerhati.

"Jom," ajak lelaki itu semula, kembali memandang aku dengan senyumannya.

"As a friend, nothing more... jom, makan."

Akhirnya aku terpaksa mengalah kerana tidak mahu membiarkan lelaki itu terus menunggu sekaligus menjatuhkan airmukanya.

"Sejuk-sejuk ni kalau makan food panas, nikmat betul. Nah, sudu," ujar Professor Razi lagi lalu dihulurkan sudu dan garfu plastik kepada aku. Beberapa tupperware berisi tomyam, kangkung goreng, sayur campur, telur dadar serta sambal dan ulam memenuhi meja.

"Tomyam seafood tu you punya, I can't eat seafood, allergic. Yang ini tomyam daging. Kalau you nak ambil saja. Jangan malu. Makan...."

"Prof...."

"Razi...."

Aku perhati wajah lelaki itu yang leka menghirup kuah tomyam di hadapannya.

"About... just now. I don't mean to hurt your feeling."

"Forget it. Eat your lunch, nanti sejuk tak sedap. Sedap betul tomyam ni, I suka tomyam kuah putih. Hope you don't mind I belikan yang kuah putih juga untuk you," Profesor Razi pantas memotong kata-kata aku. Perlahan-lahan aku capai sudu dan garfu lalu turut makan makanan yang sedia terhidang.

"My mom is so bad at cooking but my dad really loves to cook. The problem is my dad is so bad at cooking Malay dish. He end up hired someone who delivered the food everyday to our house," ujar Profeseor Razi, mungkin cuba mengurangkan rasa canggung antara kami. Aku cuma tunduk tidak berkata apa-apa.

"I bet your parents, especially your mom cook delicious Malay dish," ujar lelaki di hadapan aku itu.

"We hardly have food on the table. What's there to cook?" balas aku perlahan. Sebenarnya aku berbicara untuk diri sendiri. Menyedari Profesor Razi serta-merta berhenti menyuapkan makanan ke mulutnya, baru aku tersedar akan kata-kata sendiri dan aku pandang wajah di hadapan aku yang seakan terkejut.

"I'm sorry... I shouln't have talk about..."

"Then there will be a lot more that you can't talk about."

Profesor Razi tunduk dan mengangguk-angguk. Entah apa yang difikirkannya bila mendengar kata-kata aku itu.

"Are you ready for the exam? I tak rasa you ada masalah to get good mark for your project and paperwork," ujar Profesor Razi mengalih topik perbualan.

"I don't think anyone would be ready for any exam. There will always be a loophole," jawab aku masih bersikap hambar.

"Yes. On point. I failed  two paper in my third semester when I thought I already covered everything. Had to struggle for the fourth semester just to recover what I had lost," ujar Profesor Razi sambil ketawa.

"For someone yang ada Phd at your age, to fail for certain papers in exam are not that bad," ujar aku lalu kembali makan. Lelaki itu hanya ketawa dan mengangguk-angguk lagi.

Usai makanan tengahari, hujan masih juga tidak berhenti. Sesekali aku lihat jam di tangan. Profesor Razi pula mengambil keputusan untuk beredar ke pejabatnya dan kemudian pulang ke rumah ibu dan bapanya untuk makan malam bersama seperti kelaziman. Aku hanya senyum dan angguk. Hati ini berasa sedikit tenang selepas lelaki itu beredar.

Aku masih ada beberapa jam untuk menyiapkan pelan draf. Memandangkan hanya aku yang berada di studio ini, rasa takut muncul juga untuk berada di sini hingga lewat malam. Ketika leka menyiapkan baki kerja, telefon bimbit aku berbunyi menandakan ada pesanan ringkas yang masuk. Aku segera memeriksa. Mungkin Yati yang menghantar pesanan bertanya di mana aku. Yang tertera adalah nombor yang tidak aku kenali.

"Don't stay di studio too late, Syafi. Thank you temankan I makan. I wonder what did my dad cook for tonight. If I am unlucky, my mom will do the cook. As I said jangan stay lama-lama di studio. I don't think there are too many student at the faculty either so it's quite dangerous to be there alone."

Aku baca pesanan ringkas itu berkali-kali kemudian telefon bimbit aku masukkan ke poket seluar semula dan kembali menyambung kerja. Dari mana Profesor Razi memperolehi nombor telefon aku? Suasana di luar sudah kelihatan gelap. Aku lihat jam di tangan sekali lagi. Baru pukul enam petang tetapi suasana sudah kelihatan seperti pukul tujuh malam. Gelap. Sunyi. Aku segera mengemas barang-barang kemudian lampu dan pintu studio aku tutup lalu beredar.

Sampai di ruang lobi, suasana masih sunyi. Benarlah seperti apa yang Profesor Razi katakan. Barangkali hanya aku yang berada di sini. Kunci kawalan jauh kereta Charade kelabu segera aku tekan memandangkan hujan masih lagi lebat dan aku tidak membawa payung. Jarak kereta dari lobi agak jauh namun terpaksa jugalah aku berlari meredah hujan.

Ketika berada di dalam kereta, aku segera mengesat kepala, muka dan lengan aku yang dibasahi hujan aku kesat dengan tuala kecil yang memang sentiasa ada di dalam compartment. Dingin bagai menggigit hingga ke tulang. Lokasi pusat pengajian ini yang berada di atas bukit dan di kelilingi pokok menambahkan lagi rasa dingin.

"Yati, kau kat mana? Okey lagi sepuluh minit aku sampai, kau tunggu kat lobi, nanti aku pick up. Kita pergi dinner lepas tu," ujar aku sejurus aku hubungi Yati. Gadis itu girang mendengar aku akan menjemputnya di fakulti. Bukan selalu pun aku jemput dan hantar Yati. Sedang berkira-kira untuk beredar pesanan ringkas masuk ke telefon bimbit. Mungkin Yati agaknya, lalu aku segera melihat pesanan tersebut.

"Frankly, I fell in love with the way you write. It's so soothing."

Aku baca lagi pesanan ringkas itu. Adakah aku pernah berkongsi hasil tulisan aku selain kertas kerja dengan lelaki itu? Setahu aku tidak pernah. Lantas dari mana dia baca hasil tulisan aku? Ah! Pelik sungguh. Aku biarkan sahaja pesanan itu tanpa membalasnya lalu segera beredar menjemput Yati di fakultinya. Mulanya kami bercadang ingin membungkus sahaja tetapi aku tiba-tiba berasa ingin duduk santai bersama teman sebilik ini di luar kawasan kampus. Lebih kurang pukul 7.15 malam barulah kami beredar pulang.

"Pergi mandi cepat, Syafi. Kau kena hujan tadi, kan? Nanti demam," ujar Yati sejurus kami sampai di bilik. Aku hanya mengangguk lalu segera mencapai tuala, mengikut saranan yati. Selesai membersihkan diri, masuk ke bilik semula, Yati masih lagi di atas sejadahnya dan aku segera menunaikan kewajipan yang satu itu.

"Terlebih kenyang pula aku rasa," tiba-tiba Yati bersuara membuatkan aku senyum.

"He gave me text message," kata-kata aku meluncur laju sebelum otak ini dapat berfikir.

"Huh? Who?"

"Eh, tak ada siapalah."

"Kau jangan mengada ya, Syafi. Aku ni tahap curiosity mampu membuatkan aku tak dapat tidur nanti. Tell me, who?" Yati menjegilkan matanya seolah mengugut.

"Prof Razi," jawab aku ringkas. Dalam hati, aku menyumpah diri sendiri.

"What?! What did he say?" Wajah teruja Yati mengisi ruang pandangan aku. Senyumnya melebar bagaikan ke telinga. Aku rasa Yati lebih teruja berbanding aku.

"Ish! Tak ada apalah."

"No. No. That's not the answer. Cepat beritahu aku. Lagi kau tak cakap lagi tu aku pester kau," ugut Yati lagi.

"Aduh, dia cuma cakap dia fell in love dengan write up aku."

"What? Eh, gila ke apa boleh jatuh cinta sebab baca paperwork," komen Yati sekaligus membuatkan aku ketawa.

"Apalah kau ni Yati. Kalau ada manusia yang fall in love kat someone just because baca paperwork, aku pun rasa orang tu gila," ujar aku masih terus ketawa.

"Habis tu dia baca write up apa? Kau pernah masuk contest menulis ke? Terbit buku ke?"

Aku kembali diam turut sama memikirkan dari mana lelaki itu membaca hasil tulisan aku. Aku cuma ada satu blog yang memang aku gunakan untuk menulis puisi dan apa sahaja yang terfikir di fikiran ini. Adakah dia salah seorang follower blog tersebut? Setahu aku blog aku itu tidak ramai follower pun.

"Blog kut," jawab aku ringkas.

"Blog? Kau ada blog? Tak cakap pun."

"Blog personal orang tak kenal aku, aku tak kenal orang yang baca. Tempat aku membebel apa yang aku tak boleh bebel. Aku memang tak nak orang tahu aku membebel sebab itulah kau pun tak tahu."

"Habis macam mana dia tahu? Haaa."

"Manalah aku tahu."

"Ish! Kau ni slowlah... tanyalah dia, Syafi oi."

"Malaslah."

"Tanya sekarang."

"Tak nak."

"Tanya sekarang aku cakap."

"Eh, dia ni..."

"Tak payah nak eh eh kan aku... kau reply message dia sekarang, kau tanya dari mana dia baca."

Aku kembali diam, malas melayan permintaan Yati. Tiba-tiba lengan aku dicubit, pedih, bisa.

"Aduh!"

"Aku kata message dia sekarang. Degil kau ni."

Mengenali Yati, aku tahu dia tidak akan berhenti menyuruh selagi permintaannya tidak ditunai. Ada sahaja cara yang digunakannya.

"Kau main kasar, kan?"

"Ah! Kasar tak kasar, kau tanya dia sekarang."

Telefon bimbit aku yang elok berada di atas meja dihulurkannya kepada aku. Aku cuma mampu mengeluh lalu mengaktifkannya. Pesanan ringkas daripada lelaki itu aku buka sambil Yati turut sama tersenyum-senyum melirikkan mata untuk membaca apa yang tertera di skrin.

"I'm confused. What write up?"

Ringkas. Aku malas berbasi-basi untuk dapatkan info.

"Ish! Kau ni... orang tu dah sah cakap dia suka baca tulisan kau sebab so soothing, tulislah ayat manis-manis sikit," ujar Yati. Aku tahu dia sebenarnya mengusik aku namun usikan Yati berlalu begitu sahaja tanpa reaksi daripada aku. Telefon bimbit aku letak kembali ke meja dan aku rebahkan kembali badan ke tilam. Malas melayan bebelan Yati. Kadang-kadang bebelan Yati bagaikan irama enak yang boleh mendodoi aku hingga hampir lena.

"Oi!" tapak tangan Yati singgah ke punggung aku agak kasar.

"Ishh... apa dia?"

"Tu message masuk."

Aku lentangkan badan sambil memerhati kipas yang terus ligat berpusing. Cuaca sejuk menyebabkan aku rasa agak mengantuk. Rintik hujan masih bersisa di luar sana. Aku raup wajah berkali-kali dan aku gosok mata yang mula keletihan. Telefon bimbit di atas meja aku capai.

"I've stumble upon your blog years ago and avidly reading it for many years not knowing who's the owner until I saw you post a picture of your paperwork there. I think it's one of your first case study and I remember it so well since it's one of the best paperwork I've read. That's how I knew the blog is yours. I love pretty much all the write up especially the poems. Don't ever think of taking it down."

Berkali-kali aku baca ayat yang tertera di skrin tersebut. Jika benar lelaki itu baca tulisan di blog aku sejak dahulu, mungkin sudah lebih tiga tahun tulisan aku di situ jadi bahan bacaannya dan mungkin juga aku pernah berinteraksi dengannya tanpa tahu. Tiba-tiba sahaja perasaan aku jadi berserabut dan serba tidak kena. Sedikit sebanyak aku rasa seperti privasi aku diceroboh.

"Apa dia jawab?" soal Yati tiba-tiba. Aku hulurkan telefon bimbit kepada Yati kemudian kembali baring dan aku tarik selimut hingga ke kepala sambil mendengar tawa Yati dan usikan gadis itu sebelum aku terlena.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh RUMIÈ AL-HADI
© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham