Home Cerpen Seram/Misteri Antologi Jiwa Kacau : Dendam Seorang Lelaki
Antologi Jiwa Kacau : Dendam Seorang Lelaki
Domi Nisa
25/9/2013 12:56:34
17,508
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri
Beli Sekarang

“Lyn, kak tak suka Lyn keluar dengan Darius lagi.”tegas seorang wanita dalam lingkungan 20-an memberi amaran terhadap adik perempuannya.

“Kak Lyna kenapa? Apa salah abang Darius tu pada akak?! Kak, abang Darius ada rupa, dia ada syarikat sendiri, kaya lagi. Bukanya sembarangan orang bukannya ‘doktor sendiri’. Mentang-mentanglah Kak Lyna ni polis semua lelaki yang Lyn keluar date akak akan cop penjahatlah, penipulah, playboylah” bentak si adik.

“Lyn! Pekik Lyna, geram sikap adiknya yang melampaui batas. Sanggup melawan katanya gar-gara seorang lelaki yang tidak tahu asal usul.

“Betul apa yang Lyn cakap ni? Kak Lyna couple dengan abang Radzi, Lyn tak bising pun malah merestuinya lagi adalah,” jawab Lyn berbaur kasar.

“Suka hati Lynlah, lepas ini apa-apa yang terjadi dekat Lyn akak tak akan ambil kisah dah. Nasihat akak, Lyn tak nak dengar,” Lyna mula berputus asa untuk memujuk adiknya dari mendekati lelaki yang bernama Darius itu.

Dari jauh lelaki itu memerhatikan gelagat seorang gadis di sebalik sebuah kedai yang menjual barang perhiasan dengan seorang lelaki bangsawan. Berbelit bagaikan ular sawa saja lagaknya.

“Kau jangan ingat kau boleh lepas dari aku Diana. Kau silap, perpisahan bukan bererti kau akan bebas dari aku tapi hanya maut sahaja yang boleh memisahkan kita! Aku nak kau rasa bagaimana rasanya hati aku bila kau mempermain-mainkan aku. Pipimu yang putih gebu itu pasti cantik jika ditoreh sedikit demi sedikit, lagi menyerlah keayuanmu Diana…”

Lelaki itu bertutur sendiri dengan mata memandang setiap gerak geri gadis itu.

Sebelum berpisah Diana sempat lagi mengucup pipi teman lelaki barunya, dia melangkah dengan lenggang lenggok megah sambil membimbit beg plastik yang agak mewah keluar dari Shopping Complex MidValley itu. Dia bangga dengan kecantikan dan kemewahan yang dimilikinya. Siapa tak bangga ke mana-mana sahaja pergi pasti mata-mata galak akan memandang ke arahnya saja sambil bersiul-siul. Itulah anugerah Illahi kepadanya.

Tanpa dia sedari dia telah diekori oleh seseorang. Dia mengatur langkah ke tempat parking kereta di bawah tanah, bila hampir dengan keretanya dia menekan punat alarm di tangannya secara serentak bonet kereta mewahnya terbuka secara automatik. Tiba-tiba matanya tertangkap suatu kelibat manusia. Masa dia berjalan tadi dia tidak mengambil endah akan sekeliling kerana merasakan banyak manusia di situ, sekarang barulah dia tersedar bahawa suasana tempat parking kereta tersebut sudah lengang dan sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi tapak kasut tumit tinggi yang dipakainya, memecahkan keheningan suasana malam itu.

Diana mula merasa tidak selesa. Hatinya menjadi merasa resah. “Anyone here..?” tanyanya cuba memberanikan diri, mengharapkan bayangan kelibat manusia yang mengganggu fikirannya sebentar tadi segera muncul.

‘Ah, tak de sesiapa pun dekat sini, hrm.. mungkin cleaner atau pak guard je kot?’ Diana cuba memujuk dirinya sendiri.

Sebaik saja tangannya mahu membuka pintu kereta dia hampir terjerit nyaring apabila suatu kelibat manusia muncul di belakangnya, namun suaranya tersekat. Kerana terlampau takut dan terkejut dia hanya mampu terpaku bagaikan patung, melihat kelibat manusia di hadapannya. Nafasnya bagai terhenti apabila seseorang yang bertubuh sasa memakai topeng cuba mengacu pisau kepadanya.

Rambutnya ditarik kuat seiring jeritan nyaringnya. Kepalanya lalu dihentak tanpa belas ke dinding kereta. Jeritannya terhenti. Kepalanya berpusing meskipun menyedari bahawa dirinya kini sedang menyusuri lebuhraya bersama keretanya yang dipandu lelaki tersebut.

Lelaki itu mengangkat Diana untuk masuk ke dalam bilik kecilnya. Dengan kasar dia melempar tubuh gadis itu ke atas tilam bujangnya. Senyuman meleret di bibir tebalnya.

“Siaplah kau Diana, kali ini kau pasti mampus!” Kata lelaki tu sambil ketawa.

Bunyi pisau diasah membangunkan Diana dari lena. Diana sekali lagi terpinga-pinga dan bingung apabila melihat sekelilingnya. Satu bilik yang agak malap cahayanya penuh dengan gambar-gambar perempuan yang dia tidak kenali tergantung di tali. Siap ada tanda pangkah lagi. Perasaan takut mula menyelubungi dirinya. Dia bangkit tiba-tiba untuk keluar dari bilik itu. Malang tidak berbau dia tersandung dengan kakinya sendiri lalu jatuh.

“Adus, sakitnya!” suaranya kuat.

Suara yang kedengaran menarik perhatian lelaki tersebut mendekatinya. “Oh..kau sudah bangun ya tuan puteri?” suara lelaki itu, meskipun lembut tetapi mengundang debaran yang amat dahsyat di dada Diana. Jantungnya berdegup kencang. Wajah lelaki itu cuba diamati dengan teliti.

“Kau!” Panggil Diana agak terkejut bila melihat bekas kekasih ada di hadapannya.

“Kenapa dah tak kenal I kenal ke? Setia konon. Dengan jantan mana kau tidur semalam?!” Jergah lelaki itu dengan wajah bengis. Sangat berbeza dengan wajah yang dipamerkan dalam tempoh mereka bersama. Suaranya agak garau, matanya mencerun tajam dan bibirnya tidak mengukirkan walau sebait senyum pun. Di mana hilangnya wajah yang tampan dan kacak itu, di mana hilangnya sikap yang berlemah lembut, baik budi bicara sebelum ini?

Diana menelan liur berkali-kali sambil merayu agar dirinya dilepaskan.

Lelaki tersebut menghampirinya. Tangannya menarik rambut si gadis dan mendekatkan mulut ke telinganya. “ Aku takkan apa-apa kan kau sayang..jangan bimbang..” bisikannya halus. Sangat halus. Diana tidak mampu mengawal rasa takutnya. Dia mati akal untuk memikirkan cara bagaimana mahu melepaskan diri. Kaki dan badannya mula menggigil.

Lelaki itu menarik kasar tangan Diana lalu diletakkan di sebuah kerusi kayu. Seutas tali kasar dibelitkan ke mulut si gadis itu. Belitan yang sangat ketat menyebabkan kulit halus si Diana tercalar. Lelaki tersebut tidak menghiraukan titisan darah dari pipi halus si gadis. Ikatan di mulutnya semakin diketatkan dan akhirnya si lelaki tertawa puas. Dengan mulut dan tangan diikat ketat, si gadis hanya mampu pasrah dalam tangisan, menanti nasib malang yang bakal dilaluinya nanti.

Sebilah pisau lipat dikeluarkan. Tangan kasar si lelaki mengusap-ngusap kulit lembut si gadis. Lembut dan gebu. Semakin lama usapannya semakin kasar. Pisau kecil dibiarkan menari-nari di atas kulit tangan dan muka Diana. Lelaki tersebut bagaikan sangat suka bermain-main seperti itu. Lalu kulit gebu halus Diana mula ditoreh perlahan-lahan. Darah mengalir laju membasahi pakaian mahal milik Diana. Kulit mukanya ditoreh sedikit demi sedikit dahinya..pipinya..dagunya. Akhirnya pisau tersebut jatuh ke lantai bersama tawa galak si lelaki. Diana meronta-ronta kesakitan yang teramat tapi tidak diambil kisah oleh lelaki itu. Lelaki tersebut meninggalkan Diana untuk seketika.

Darah di muka si gadis mula mengering. Namun tangisannya belum terhenti Diana tidak mampu bergerak walau sedikit. Hanya mampu menyaksikan penyeksaan yang dilakukan ke atas dirinya bersama sesalan yang tidak kunjung padam. Sesalannya kerana mempermaiankan lelaki itu semata-mata mahu mengkikis kekayaan yang ada pada lelaki itu sekarang tidak lagi berguna.

Diana tersentak apabila lelaki tersebut tiba-tiba muncul kembali di hadapannya. Di tangannya tergenggam erat sebatang besi. Apabila diamati ternyata ia adalah sebatang kikir, nafas Diana bagai mahu terhenti.

“Aku hanya mahukan kau kelihatan lebih cantik.. kau suka bukan?” Pertanyaan si lelaki bagaikan jeritan Malaikat maut ke telinganya. Badannya kembali menggigil kencang. Ikatan di mulutnya dibuka. Tali kasar yang terpalit darah dan air liurnya di lemparkan ke lantai.

“Ampunkan aku! Tolonglah lepaskan aku! Aku beri apa sahaja yang kau nak..”

Mungkin itulah rayuan terakhir yang mampu diluahkan si gadis. Andainya si lelaki ingin menyetubuhinya atau menjadikannya sebagai teman hidup, pasti dan pasti akan diterima olehnya asalkan dia tidak dibunuh. Dia ingin hidup, ingin bertaubat untuk segala dosa-dosanya sebelum ini. Dia sangat menyesal menduakan lelaki tersebut. Dia terlalu bangga dengan kecantikan dan kemewahannya. Namun sekarang, semuanya bagai tiada erti.

Kikir tersebut terus dijolok ke dalam mulut Diana sebelum sempat Diana bersuara kali kedua. Kikir tajam tersebut disorong tarik ke dalam mulut si gadis tanpa sedikit belas kasihan. Darah pekat mengalir laju membasahi dagu dan tubuh si gadis. Kesakitan yang dialaminya tidak mampu digambarkan lagi. Lidahnya hancur dan bibir mungilnya yang menjadi tarikan ramai lelaki sebelum ini, akhirnya robek sekelip mata sahaja. Akhirnya Diana terkulai.

Kikir yang berlumuran darah dikesat dengan bajunya sebelum dilemparkan ke lantai. Lelaki itu tersenyum puas. Meskipun gadis di hadapannya sudah tidak berdaya, namun sedikit pun tidak terliur oleh nafsu jantannya. Pandangannya merenung tajam tubuh si gadis. Ternyata dia belum puas. Dendamnya belum berakhir lagi. Dia menyeluk sebatang jarum dengan ubat bius dikeluarkan dari kocek seluar jeans yang lusuh.

Satu suntikan dicucuk kuat ke lengan si gadis yang semakin lemah. Bila kesan ubat bius mula sebati dengan darahnya, lelaki itu mula bergerak untuk melunaskan dendam terakhirnya. Tangan halus si gadis diikat ke dua batang tiang menjadikan kedudukannya seperti disalib. Perlahan-lahan lelaki tersebut mengangkat sebatang parang yang masih berkilat. Selepas melihat kilauan tajam pada kapak tersebut, si gadis tidak lagi mampu mengingati apa-apa. Hayatnya hanya setakat itu sahaja.

“Lisa… Nana… Suria…Moon…Nylia…dan Diana semuanya sudah diselesaikan. Sekarang masa untuk mencari mangsa terbaru.” Ujar seorang lelaki dengan perasaan penuh kebencian di sebuah bilik kecil yang hanya bercahayakan lilin dengan ketawa terbahak-bahak.

Selepas mengepit gambar Diana di tali bersama-sama dengan gambar yang lain dia tersenyum puas. Sangat puas bila dendamnya terlunas. Kerana seorang wanita yang membuat hal, dia sanggup membunuh! Dia tak suka perempuan yang curang. Tapi semuanya mangsanya mesti mempunyai lesung pipit. Jaga-jaga mangsa seterusnya mungkin anda!

“Lyna, ini ada kes baru.” Sapa Radzi tiba-tiba muncul di depan meja Lyna sambil menghulurkan fail kes terbaru.

“Pasal apa lagi?” Soal Lyna lalu menyambut fail itu. Dia menyandar ke belakang kerusi sedikit kakinya disilang. Bila fail bertukar tangan Lyna menyelak satu persatu.

“Apa lagi pasal kes sebelum-belum inilah. Aku geram betul dengan lelaki gila tu tak habis-habis nak bunuh dan kelar wanita. Tapi yang pelik dia tak rogol pulak. Ke dia tak de nafsu, hah? soal Radzi berjenaka sambil tersengih.

Lyna masih khusyuk meneliti fail memanggung mukanya. “Aku tak rasa dia gila seks tapi dendam! Dendam terhadap kaum wanita.” Uajr Lyna sambil membalas renungan Radzi.

“Kenapa awak cakap macam tu?” Soal Radzi serius, kerusi di depan meja Lyna ditarik lalu melabuh duduk sambil menopang dagunya.

“Cuba awak fikir, kes pembunuhan yang dilakukan olehnya menggunakan cara yang sama. Muka ditoreh, mulut mangsa dijolok dengan kikir, last sekali menghunus tubuh mangsa dengan sebilah parang. Lepas tu mayat ditinggalkan di dalam kereta dan diparking di depan rumah mangsa sendiri. Sekeping gambar si mangsa akan dilekatkan di dahi. Hrmm, saya ada juga terfikir selalunya kes pembuhunan pasti akan melibatkan kes rogol, tapi lelaki ini tak. Awak tak rasa ini satu dendam ke?” soal Lyna kembali.

Radzi merenung wajah Lyna yang cantik bertudung itu. Makin dipandang makin terasa jauh saja dia dengan gadis itu padahal mereka bakal bertunang tidak lama lagi, sambil memikirkan kata-kata gadis itu.

“Dan dalam pemerhatian saya juga kesemua gambar yang ditinggalkan mempunyai senyuman yang menggoda dan berlesung pipit. Boleh jadi dia berdendam dengan kekasihnya yang ada lesung pipit? Haaa! Naik buntu nak selesaikan kes ini,”.keluh Lyna sambil meramas kepalanya yang bertudung itu. Tiba-tiba ada kedengaran nada ‘bip’ menandakan ada mesej baru masuk dalam peti mesejnya. Lyna mencapai telefon lalu membuka.

“Kak Lyna, Lyn nk keluar dgn abg Darius. Mlm nnti x pyh masak sbb kitorg nk pergi dinner.”

Lyna mengeluh lalu meletak kembali telefon ke meja.

“Lyna…” panggil Radzi perlahan dan lembut.

“Ya,” jawab Lyna pendek, tiada mood.

“Awak ada masalah lain kan?” Tebak Radzi tiba-tiba. kedudukannya ditegakkan.

Lyna merenung sang kekasih dihadapan sambil mengeluh halus. “Saya risaukan Lyn… jawabnya perlahan.

“Kenapa dengan Lyn? Dia sakit ke?”

“Tak delah sakit cuma saya risau, baru-baru ni dia ada rapat dengan seorang lelaki yang bernama Darius.”

“Laa … baguslah kita boleh buat majlis serentak,” cantas Radzi laju sambil tersengih bermakna.

“Tapi masalahnya, hati saya mengatakan lelaki itu ada something wrong, melalui pandangan matanya saya rasa dia tak ikhlas mencintai Lyn,” bantah Lyna.

“Lyna… awak memang selalu macam ni. Ingat lagi tak mula-mula saya nyatakan rasa cinta saya pada awak, awak cakap benda ini juga. Kononnya saya melawaklah, penipulah, wajah saya tak tonjolkan yang saya betul serius dengan awak dan macam-macam lagilah. Cuba awak positifkan fikiran awak sikit boleh tak cik Lyna Kartina,” tempelak Radzi dengan muka serius.

“Awak tak faham Rad.. saya dapat rasakan Darius tu adalah suspen yang kita buru sekarang ni. Ciri-ciri dia sama seperti yang diceritakan oleh keteranangan saksi-saksi kita…” jelas Lyna berbaur gusar.

“Ya ALLAH Lyna… cuba jangan nak melaluk. Kekasih adik awak sendirikan sampai hati awak tuduh laki itu, tak pasal-pasal dapat dosa tahu. Dah! Dah! jangan nak banyak fikir kita tunggu saja si Fezrol imbas gambar lelaki itu berdasarkan saksi, okey!” Radzi cuba menenangkan hati Lyna yang semakin berkocah hebat.

Lyna mengangguk lemah. Hatinya masih sama. Tetap mengesyaki sesuatu.

“Abang Darius nak bawak Lyn ke mana ni?” Soal gadis genik yang bernama Lyn Kartini kepada teman lelakinya yang baru menjalinkan perhubungan tidak sampai sebulan.

Darius memandu kereta dengan tenang toleh sekilas ke arah Lyn. “Ke rumah abanglah sayang,” liriknya lembut.

“Hah? buat apa dekat sana? tak naklah Lyn.” Tolak Lyn dengan suara manja.

“Lyn… kita kan dah janji nak dinner sama-sama.”

“Tapi kenapa rumah abang, dekat restoren tak boleh ke?”

“Lyn takut abang apa-apakan Lyn ke?” Soal Darius sinis.

“Er.. bukan macam tu tapi…” Lyn serba salah mahu memberitahu hal sebenar.

“Jangan risau abang tak akan sentuh Lyn selagi Lyn belum bergelar isteri abang,” cantas Darius dengan senyuman masih terukir manis di bibir.

“Lyn duduk sini dulu ya, abang nak siapkan air untuk Lyn,” Darius memohon untuk ke dapur sebaik mereka menapak masuk ke dalam rumah banglo yang agak besar itu.

Lyn yang duduk di sofa melilau melihat dekoran dalam rumah itu. Sungguh ringkas tapi cantik desisnya. Dia bangkit untuk melihat sekeliling. Matanya ralit tertancap pada sebuah gambar keluarga Darius. Hanya tiga orang saja dalam gambar itu ayah dan ibu serta Darius. Ini bermakna Darius anak tunggal. Tapi yang menghairankan Lyn kenapa wajah ibu Darius dalam gambar itu ada setompok cat berwarna merah. Lyn bingung sendiri.

Darius mencapai sebiji mug lalu membancuh air milo kesukaan Lyn. Dia menuju ke cabinet botol kecil yang berisi racun yang memang tersimpan rapi di dalam situ, khas untuk mangsa-mangsa yang seterusnya.

Darius tersenyum sinis sampai ke telinga sambil mengacau air, untuk sebatikan racun dengan air minuman tersebut. “Tunggulah sayang, malaikat maut bakal menjemputmu nanti,”

Lyn berjalan lagi kali ini dia terhenti di sebuah bilik. Dia mencapai tombol pintu bilik itu lalu membuka dari luar. Sebaik pintu bilik itu ternganga dia menjenguk ke dalam sedikit. Tiba-tiba seram sejuk menerjah dilubuk hati serentak itu juga dia dapat menghidu sesuatu yang sangat busuk dan hanyir membuatkan lubang hidungnya kembang kempis. Perasaan ingin tahu bau apakah itu kuat. Dia cuba membuka luas pintu tapi sempat dihalang oleh Darius.

“Lyn!” Jerit Darius dengan mug terpegang kemas di tangan.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.