“Lyn, kak tak suka Lyn keluar dengan Darius
lagi.”tegas seorang wanita dalam lingkungan 20-an memberi amaran terhadap adik
perempuannya.
“Kak
Lyna kenapa? Apa salah abang Darius tu pada akak?! Kak, abang Darius ada rupa,
dia ada syarikat sendiri, kaya lagi. Bukanya sembarangan orang bukannya ‘doktor
sendiri’. Mentang-mentanglah Kak Lyna ni polis semua lelaki yang Lyn keluar date
akak akan cop penjahatlah, penipulah, playboylah” bentak si adik.
“Lyn!
Pekik Lyna, geram sikap adiknya yang melampaui batas. Sanggup melawan katanya
gar-gara seorang lelaki yang tidak tahu asal usul.
“Betul
apa yang Lyn cakap ni? Kak Lyna couple dengan abang Radzi, Lyn tak
bising pun malah merestuinya lagi adalah,” jawab Lyn berbaur kasar.
“Suka
hati Lynlah, lepas ini apa-apa yang terjadi dekat Lyn akak tak akan ambil kisah
dah. Nasihat akak, Lyn tak nak dengar,” Lyna mula berputus asa untuk memujuk
adiknya dari mendekati lelaki yang bernama Darius itu.
Dari jauh
lelaki itu memerhatikan gelagat seorang gadis di sebalik sebuah kedai yang
menjual barang perhiasan dengan seorang lelaki bangsawan. Berbelit bagaikan
ular sawa saja lagaknya.
“Kau
jangan ingat kau boleh lepas dari aku Diana. Kau silap, perpisahan bukan
bererti kau akan bebas dari aku tapi hanya maut sahaja yang boleh memisahkan
kita! Aku nak kau rasa bagaimana rasanya hati aku bila kau mempermain-mainkan
aku. Pipimu yang putih gebu itu pasti cantik jika ditoreh sedikit demi sedikit,
lagi menyerlah keayuanmu Diana…”
Lelaki itu bertutur sendiri dengan mata
memandang setiap gerak geri gadis itu.
Sebelum
berpisah Diana sempat lagi mengucup pipi teman lelaki barunya, dia melangkah
dengan lenggang lenggok megah sambil membimbit beg plastik yang agak mewah
keluar dari Shopping Complex MidValley itu. Dia bangga dengan kecantikan
dan kemewahan yang dimilikinya. Siapa tak bangga ke mana-mana sahaja pergi
pasti mata-mata galak akan memandang ke arahnya saja sambil bersiul-siul. Itulah
anugerah Illahi kepadanya.
Tanpa
dia sedari dia telah diekori oleh seseorang. Dia mengatur langkah ke tempat
parking kereta di bawah tanah, bila hampir dengan keretanya dia menekan punat
alarm di tangannya secara serentak bonet kereta mewahnya terbuka secara
automatik. Tiba-tiba matanya tertangkap suatu kelibat manusia. Masa dia
berjalan tadi dia tidak mengambil endah akan sekeliling kerana merasakan banyak
manusia di situ, sekarang barulah dia tersedar bahawa suasana tempat parking
kereta tersebut sudah lengang dan sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi tapak
kasut tumit tinggi yang dipakainya, memecahkan keheningan suasana malam itu.
Diana
mula merasa tidak selesa. Hatinya menjadi merasa resah. “Anyone here..?”
tanyanya cuba memberanikan diri, mengharapkan bayangan kelibat manusia yang
mengganggu fikirannya sebentar tadi segera muncul.
‘Ah,
tak de sesiapa pun dekat sini, hrm.. mungkin cleaner atau pak guard je kot?’
Diana cuba memujuk dirinya sendiri.
Sebaik
saja tangannya mahu membuka pintu kereta dia hampir terjerit nyaring apabila
suatu kelibat manusia muncul di belakangnya, namun suaranya tersekat. Kerana
terlampau takut dan terkejut dia hanya mampu terpaku bagaikan patung, melihat
kelibat manusia di hadapannya. Nafasnya bagai terhenti apabila seseorang yang
bertubuh sasa memakai topeng cuba mengacu pisau kepadanya.
Rambutnya
ditarik kuat seiring jeritan nyaringnya. Kepalanya lalu dihentak tanpa belas ke
dinding kereta. Jeritannya terhenti. Kepalanya berpusing meskipun menyedari
bahawa dirinya kini sedang menyusuri lebuhraya bersama keretanya yang dipandu
lelaki tersebut.
Lelaki
itu mengangkat Diana untuk masuk ke dalam bilik kecilnya. Dengan kasar dia
melempar tubuh gadis itu ke atas tilam bujangnya. Senyuman meleret di bibir
tebalnya.
“Siaplah
kau Diana, kali ini kau pasti mampus!” Kata lelaki tu sambil ketawa.
Bunyi pisau diasah membangunkan
Diana dari lena. Diana sekali lagi terpinga-pinga dan bingung apabila melihat
sekelilingnya. Satu bilik yang agak malap cahayanya penuh dengan gambar-gambar
perempuan yang dia tidak kenali tergantung di tali. Siap ada tanda pangkah
lagi. Perasaan takut mula menyelubungi dirinya. Dia bangkit tiba-tiba untuk
keluar dari bilik itu. Malang tidak berbau dia tersandung dengan kakinya
sendiri lalu jatuh.
“Adus, sakitnya!” suaranya kuat.
Suara
yang kedengaran menarik perhatian lelaki tersebut mendekatinya. “Oh..kau sudah
bangun ya tuan puteri?” suara lelaki itu, meskipun lembut tetapi mengundang
debaran yang amat dahsyat di dada Diana. Jantungnya berdegup kencang. Wajah
lelaki itu cuba diamati dengan teliti.
“Kau!”
Panggil Diana agak terkejut bila melihat bekas kekasih ada di hadapannya.
“Kenapa
dah tak kenal I kenal ke? Setia konon. Dengan jantan mana kau tidur semalam?!”
Jergah lelaki itu dengan wajah bengis. Sangat berbeza dengan wajah yang
dipamerkan dalam tempoh mereka bersama. Suaranya agak garau, matanya mencerun
tajam dan bibirnya tidak mengukirkan walau sebait senyum pun. Di mana hilangnya
wajah yang tampan dan kacak itu, di mana hilangnya sikap yang berlemah lembut,
baik budi bicara sebelum ini?
Diana
menelan liur berkali-kali sambil merayu agar dirinya dilepaskan.
Lelaki
tersebut menghampirinya. Tangannya menarik rambut si gadis dan mendekatkan
mulut ke telinganya. “ Aku takkan apa-apa kan kau sayang..jangan bimbang..”
bisikannya halus. Sangat halus. Diana tidak mampu mengawal rasa takutnya. Dia
mati akal untuk memikirkan cara bagaimana mahu melepaskan diri. Kaki dan
badannya mula menggigil.
Lelaki
itu menarik kasar tangan Diana lalu diletakkan di sebuah kerusi kayu. Seutas
tali kasar dibelitkan ke mulut si gadis itu. Belitan yang sangat ketat menyebabkan
kulit halus si Diana tercalar. Lelaki tersebut tidak menghiraukan titisan darah
dari pipi halus si gadis. Ikatan di mulutnya semakin diketatkan dan akhirnya si
lelaki tertawa puas. Dengan mulut dan tangan diikat ketat, si gadis hanya mampu
pasrah dalam tangisan, menanti nasib malang yang bakal dilaluinya nanti.
Sebilah
pisau lipat dikeluarkan. Tangan kasar si lelaki mengusap-ngusap kulit lembut si
gadis. Lembut dan gebu. Semakin lama usapannya semakin kasar. Pisau kecil
dibiarkan menari-nari di atas kulit tangan dan muka Diana. Lelaki tersebut
bagaikan sangat suka bermain-main seperti itu. Lalu kulit gebu halus Diana mula
ditoreh perlahan-lahan. Darah mengalir laju membasahi pakaian mahal milik Diana.
Kulit mukanya ditoreh sedikit demi sedikit dahinya..pipinya..dagunya. Akhirnya
pisau tersebut jatuh ke lantai bersama tawa galak si lelaki. Diana
meronta-ronta kesakitan yang teramat tapi tidak diambil kisah oleh lelaki itu.
Lelaki tersebut meninggalkan Diana untuk seketika.
Darah
di muka si gadis mula mengering. Namun tangisannya belum terhenti Diana tidak
mampu bergerak walau sedikit. Hanya mampu menyaksikan penyeksaan yang dilakukan
ke atas dirinya bersama sesalan yang tidak kunjung padam. Sesalannya kerana
mempermaiankan lelaki itu semata-mata mahu mengkikis kekayaan yang ada pada
lelaki itu sekarang tidak lagi berguna.
Diana
tersentak apabila lelaki tersebut tiba-tiba muncul kembali di hadapannya. Di
tangannya tergenggam erat sebatang besi. Apabila diamati ternyata ia adalah
sebatang kikir, nafas Diana bagai mahu terhenti.
“Aku
hanya mahukan kau kelihatan lebih cantik.. kau suka bukan?” Pertanyaan si
lelaki bagaikan jeritan Malaikat maut ke telinganya. Badannya kembali menggigil
kencang. Ikatan di mulutnya dibuka. Tali kasar yang terpalit darah dan air
liurnya di lemparkan ke lantai.
“Ampunkan
aku! Tolonglah lepaskan aku! Aku beri apa sahaja yang kau nak..”
Mungkin
itulah rayuan terakhir yang mampu diluahkan si gadis. Andainya si lelaki ingin
menyetubuhinya atau menjadikannya sebagai teman hidup, pasti dan pasti akan
diterima olehnya asalkan dia tidak dibunuh. Dia ingin hidup, ingin bertaubat
untuk segala dosa-dosanya sebelum ini. Dia sangat menyesal menduakan lelaki
tersebut. Dia terlalu bangga dengan kecantikan dan kemewahannya. Namun
sekarang, semuanya bagai tiada erti.
Kikir
tersebut terus dijolok ke dalam mulut Diana sebelum sempat Diana bersuara kali kedua. Kikir tajam
tersebut disorong tarik ke dalam mulut si gadis tanpa sedikit belas kasihan. Darah
pekat mengalir laju membasahi dagu dan tubuh si gadis. Kesakitan yang
dialaminya tidak mampu digambarkan lagi. Lidahnya hancur dan bibir mungilnya
yang menjadi tarikan ramai lelaki sebelum ini, akhirnya robek sekelip mata
sahaja. Akhirnya Diana terkulai.
Kikir
yang berlumuran darah dikesat dengan bajunya sebelum dilemparkan ke lantai. Lelaki
itu tersenyum puas. Meskipun gadis di hadapannya sudah tidak berdaya, namun sedikit
pun tidak terliur oleh nafsu jantannya. Pandangannya merenung tajam tubuh si gadis.
Ternyata dia belum puas. Dendamnya belum berakhir lagi. Dia menyeluk sebatang
jarum dengan ubat bius dikeluarkan dari kocek seluar jeans yang lusuh.
Satu
suntikan dicucuk kuat ke lengan si gadis yang semakin lemah. Bila kesan ubat
bius mula sebati dengan darahnya, lelaki itu mula bergerak untuk melunaskan
dendam terakhirnya. Tangan halus si gadis diikat ke dua batang tiang
menjadikan kedudukannya seperti disalib. Perlahan-lahan lelaki tersebut
mengangkat sebatang parang yang masih berkilat. Selepas melihat kilauan tajam
pada kapak tersebut, si gadis tidak lagi mampu mengingati apa-apa. Hayatnya
hanya setakat itu sahaja.
“Lisa…
Nana… Suria…Moon…Nylia…dan Diana semuanya sudah diselesaikan. Sekarang masa
untuk mencari mangsa terbaru.” Ujar seorang lelaki dengan perasaan penuh
kebencian di sebuah bilik kecil yang hanya bercahayakan lilin dengan ketawa
terbahak-bahak.
Selepas
mengepit gambar Diana di tali bersama-sama dengan gambar yang lain dia
tersenyum puas. Sangat puas bila dendamnya terlunas. Kerana seorang wanita yang
membuat hal, dia sanggup membunuh! Dia tak suka perempuan yang curang. Tapi
semuanya mangsanya mesti mempunyai lesung pipit. Jaga-jaga mangsa seterusnya
mungkin anda!
“Lyna, ini ada kes baru.” Sapa Radzi
tiba-tiba muncul di depan meja Lyna sambil menghulurkan fail kes terbaru.
“Pasal
apa lagi?” Soal Lyna lalu menyambut fail itu. Dia menyandar ke belakang kerusi
sedikit kakinya disilang. Bila fail bertukar tangan Lyna menyelak satu persatu.
“Apa
lagi pasal kes sebelum-belum inilah. Aku geram betul dengan lelaki gila tu tak
habis-habis nak bunuh dan kelar wanita. Tapi yang pelik dia tak rogol pulak. Ke
dia tak de nafsu, hah? soal Radzi
berjenaka sambil tersengih.
Lyna
masih khusyuk meneliti fail memanggung mukanya. “Aku tak rasa dia gila seks
tapi dendam! Dendam terhadap kaum
wanita.” Uajr Lyna sambil membalas renungan Radzi.
“Kenapa
awak cakap macam tu?” Soal Radzi serius, kerusi di depan meja Lyna ditarik lalu
melabuh duduk sambil menopang dagunya.
“Cuba
awak fikir, kes pembunuhan yang dilakukan olehnya menggunakan cara yang sama.
Muka ditoreh, mulut mangsa dijolok dengan kikir, last sekali menghunus tubuh
mangsa dengan sebilah parang. Lepas tu mayat ditinggalkan di dalam kereta dan
diparking di depan rumah mangsa sendiri. Sekeping gambar si mangsa akan
dilekatkan di dahi. Hrmm, saya ada juga terfikir selalunya kes pembuhunan pasti
akan melibatkan kes rogol, tapi lelaki ini tak. Awak tak rasa ini satu dendam ke?” soal Lyna
kembali.
Radzi
merenung wajah Lyna yang cantik bertudung itu. Makin dipandang makin terasa
jauh saja dia dengan gadis itu padahal mereka bakal bertunang tidak lama lagi,
sambil memikirkan kata-kata gadis itu.
“Dan
dalam pemerhatian saya juga kesemua gambar yang ditinggalkan mempunyai senyuman
yang menggoda dan berlesung pipit. Boleh jadi dia berdendam dengan kekasihnya
yang ada lesung pipit? Haaa! Naik buntu nak selesaikan kes ini,”.keluh Lyna
sambil meramas kepalanya yang bertudung itu. Tiba-tiba ada kedengaran nada ‘bip’
menandakan ada mesej baru masuk dalam peti mesejnya. Lyna mencapai telefon lalu
membuka.
“Kak Lyna, Lyn
nk keluar dgn abg Darius. Mlm nnti x pyh masak sbb kitorg nk pergi dinner.”
Lyna
mengeluh lalu meletak kembali telefon ke meja.
“Lyna…”
panggil Radzi perlahan dan lembut.
“Ya,”
jawab Lyna pendek, tiada mood.
“Awak
ada masalah lain kan?” Tebak Radzi tiba-tiba. kedudukannya ditegakkan.
Lyna
merenung sang kekasih dihadapan sambil mengeluh halus. “Saya risaukan Lyn…
jawabnya perlahan.
“Kenapa
dengan Lyn? Dia sakit ke?”
“Tak
delah sakit cuma saya risau, baru-baru ni dia ada rapat dengan seorang lelaki
yang bernama Darius.”
“Laa
… baguslah kita boleh buat majlis serentak,” cantas Radzi laju sambil tersengih
bermakna.
“Tapi
masalahnya, hati saya mengatakan lelaki itu ada something wrong, melalui
pandangan matanya saya rasa dia tak ikhlas mencintai Lyn,” bantah Lyna.
“Lyna…
awak memang selalu macam ni. Ingat lagi tak mula-mula saya nyatakan rasa cinta saya
pada awak, awak cakap benda ini juga. Kononnya saya melawaklah, penipulah,
wajah saya tak tonjolkan yang saya betul serius dengan awak dan macam-macam
lagilah. Cuba awak positifkan fikiran awak sikit boleh tak cik Lyna Kartina,”
tempelak Radzi dengan muka serius.
“Awak
tak faham Rad.. saya dapat rasakan Darius
tu adalah suspen yang kita buru sekarang ni. Ciri-ciri dia sama seperti yang
diceritakan oleh keteranangan saksi-saksi kita…” jelas Lyna berbaur gusar.
“Ya
ALLAH Lyna… cuba jangan nak melaluk. Kekasih adik awak sendirikan sampai hati
awak tuduh laki itu, tak pasal-pasal dapat dosa tahu. Dah! Dah! jangan nak
banyak fikir kita tunggu saja si Fezrol imbas gambar lelaki itu berdasarkan
saksi, okey!” Radzi cuba menenangkan hati Lyna yang semakin berkocah hebat.
Lyna
mengangguk lemah. Hatinya masih sama. Tetap mengesyaki sesuatu.
“Abang
Darius nak bawak Lyn ke mana ni?” Soal gadis genik yang bernama Lyn Kartini kepada
teman lelakinya yang baru menjalinkan perhubungan tidak sampai sebulan.
Darius
memandu kereta dengan tenang toleh sekilas ke arah Lyn. “Ke rumah abanglah
sayang,” liriknya lembut.
“Hah?
buat apa dekat sana? tak naklah Lyn.” Tolak Lyn dengan suara manja.
“Lyn…
kita kan dah janji nak dinner sama-sama.”
“Tapi
kenapa rumah abang, dekat restoren tak boleh ke?”
“Lyn
takut abang apa-apakan Lyn ke?” Soal Darius sinis.
“Er..
bukan macam tu tapi…” Lyn serba salah mahu memberitahu hal sebenar.
“Jangan
risau abang tak akan sentuh Lyn selagi Lyn belum bergelar isteri abang,” cantas
Darius dengan senyuman masih terukir manis di bibir.
“Lyn duduk sini dulu ya, abang nak
siapkan air untuk Lyn,” Darius memohon untuk ke dapur sebaik mereka menapak
masuk ke dalam rumah banglo yang agak besar itu.
Lyn
yang duduk di sofa melilau melihat dekoran dalam rumah itu. Sungguh ringkas
tapi cantik desisnya. Dia bangkit untuk melihat sekeliling. Matanya ralit
tertancap pada sebuah gambar keluarga Darius. Hanya tiga orang saja dalam
gambar itu ayah dan ibu serta Darius. Ini bermakna Darius anak tunggal. Tapi
yang menghairankan Lyn kenapa wajah ibu Darius dalam gambar itu ada setompok
cat berwarna merah. Lyn bingung sendiri.
Darius
mencapai sebiji mug lalu membancuh air milo kesukaan Lyn. Dia menuju ke cabinet
botol kecil yang berisi racun yang memang tersimpan rapi di dalam situ, khas
untuk mangsa-mangsa yang seterusnya.
Darius
tersenyum sinis sampai ke telinga sambil mengacau air, untuk sebatikan racun
dengan air minuman tersebut. “Tunggulah sayang, malaikat maut bakal menjemputmu
nanti,”
Lyn berjalan
lagi kali ini dia terhenti di sebuah bilik. Dia mencapai tombol pintu bilik itu
lalu membuka dari luar. Sebaik pintu bilik itu ternganga dia menjenguk ke dalam
sedikit. Tiba-tiba seram sejuk menerjah dilubuk hati serentak itu juga dia
dapat menghidu sesuatu yang sangat busuk dan hanyir membuatkan lubang hidungnya
kembang kempis. Perasaan ingin tahu bau apakah itu kuat. Dia cuba membuka luas
pintu tapi sempat dihalang oleh Darius.
“Lyn!”
Jerit Darius dengan mug terpegang kemas di tangan.