Home Novelet Thriller/Aksi Bidadara Putera
Bidadara Putera
Ruby Maey
2/7/2018 10:17:56
18,502
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 2:1

QAI tersenyum lebar. Bangunan bertulisan besar Syed Yusuf Bakti University Collage, kolej yang menempatkan pelajar-pelajar yang bermula seawal usia 15 tahun itu sudah jelas kelihatan di hadapan mata. Kereta yang dinaiki juga sudah berhenti.Pantas sahaja dia membuka pintu kereta tanpa sempat pemandu membuka untuk dia.

“Tuan muda boleh pergi sendiri?” soal pemandu baru Syed Yusof.

“Boleh! Abang Zack jangan risaulah. Qai tahu jaga diri sendiri,” balas Qai sambil tersenyum. Sesekali rambut yang terjuntai di depan, diraup ke belakang.

“Sebenarnya tuan pengerusi suruh saya temankan tuan muda hingga ke pejabat,” ujar Zack.

“Takpe-takpe Abang Zack. Saya boleh pergi sendiri.”Sambil jarinya mengisyaratkan tanda ok, Qai cepat-cepat berlalu.

Saat kakinya melangkah memasuki bangunan pejabat, dada berterusan mengembang. Oksigen yan disedut terasa berlegar di dalam paru-paru. Membentuk keyakinan yang telah dipahatkan di dalam kepalanya.

Yes,Qai! You can do it! Itulah gema di dalam hati Qai yangmengembang. Bibirnya terus terukir senyuman paling kacak sedunia.

Langkah diatur. Sesekali Qai berselisih dengan beberapa orang pelajar perempuan. Masing-masing tertoleh-toleh memandang Qai. Mungkin kerana penampilan Qai atau kerana wajah Qai begitu asing di situ.

“Eh, bidadaralah!”

Satu suara menerpa dan hinggap ke telinga. Terjongket seketika kening Qai. Hati juga bertanya, adakah dia yang dimaksudkan si pemilik suara? Qai terus berpusing menoleh ke arah sekumpulan pelajar perempuan. Mereka  kelihatan teruja. Segera Qai melemparkan senyuman ke arah mereka. Tanda perkenalan yang pertama daripadanya.

“Eh, dia senyumlah. Sweet nya.”

“Kacaknya. Hensemnya.”

“Aku nak pengsanlah.”

 “Aaaaa…”

Macam-macam versi yang Qai dengar.Harap-harap yang cakap nak pengsan tu tak pengsan betul-betul. Qai pasti dia tidak larat nak mengangkatnya. Itu baru dia senyum. Kalau tiba-tiba sengaja dia buat dajal, kiss dia orang ke… harus ada yang mati pula. Hati Qai sudah menakal. Perangai lama yang tak mungkin diubah sekelip mata sekalipun. Dan kata-kata nasihat dari papanya supaya menjaga kelakuan, terbang bagai tahu diri tak diperlukan.

Rambut yang baru dipotong pendek semalam sengaja pula Qai raup-raupkan lagi dengan jari. Sengaja tunjuk kacak depan pelajar-pelajar perempuan tadi. Lagak macho yang semulajadi menjadi makanan Qai walau di mana dia berada. Teringat pula Qai kepada abangnya, Qaizer. ‘An angel’, itulah gelaran untuk Qaizer.Namun lain pula dengan Qai. Dia pula digelar ‘troublemaker’. Pasangan kembar yang berlainan karektor dan berlainan wajah.

“Wow!!”

“I’mmelting.”

“Aku pengsan…”

Qai ketawa kecil. Terasa hidupnya bakal ceria kini. Masalah yang terjadi mahu Qai lupakan terus-terusan. Dia mahu menikmati keremajaan dirinya dengan sentiasa gembira dan bahagia. Seketika kemudian, Qai melangkah. ke arah pejabat utama . Di situ papanya, Syed Yusof telah menanti. Dan mulai saat itu juga nanti, satu amanah terus tergalas dibahunya. Menggantikan Qaizer adalah tugasan utama Qai. Nanti-nanti bakal adalagi tugasan lain.

Satu pintu besar yang terpampang nama ‘SyedYusof Bakti– Pengarah dan pengerusi Syed Yusuf University College’ diketuk Qai.Setelah terdengar suara yang menyuruhnya masuk, dia terus melangkah. Sebenarnya ini kali pertama Qai menjejakkan kaki ke pejabat papanya

“Nice,” puji Qai. Matanya memerhati sekitar bilik.

“Thanks my son. Please have a sit.” Syed Yusof mempelawa.

“How’syour day?” Syed Yusof senyum dalam pertanyaan.

“Ok.” Qai menjawab sepatah.

“Just ok?”

“Yeah…”

Senyuman Syed Yusof termati. Dia memandang sayu ke arah Qai dan di matanya ada genangan air. Qai berpaling ke kanan, tidak sanggup rasanya melihat papanya menitiskan air mata lagi setelah apa yang berlaku kepada mereka kira-kira sebulan yang lalu.

“I’m ok papa, don’t worry.I can do it!” Qai cuba memujuk papanya.

Syed Yusof mengangguk.

“Yes…I know you can.” Tuan Syed Yusof sudah mula tersenyum semula.

Previous: Bab 1:2
Next: Bab 2:2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ruby Maey