Home Novelet Thriller/Aksi Bidadara Putera
Bidadara Putera
Ruby Maey
2/7/2018 10:17:56
18,489
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 1:1

‘ALLAHwill make a way when there is no way – anonymous’

 

BUNYI tayar yang bergesel dengan tar, makin membingitkan. Kereta meluncur laju tetapi bagai ular yang mengeliat dipalu. Kadang-kadang ke kiri. Kadang-kadang ke kanan.Pemandu dan penumpang, masing-masing turut dipalu resah. Hanya debaran di dadayang mengetuk diri masing-masing. Adengan yang biasanya terjadi di dalam filem atau drama, berlaku direaliti.

Qai sudah beberapa kali menoleh ke belakang. Memandang kereta yang sedari tadi mengejar kereta yang dia naiki.Qaizer pula sudah beberapa kali mengucap. Kereta yang dipandu Halim semakin melaju. Sesekali terpaksa juga di brek bila tiba di selekoh jalan. Namun hormon yang dirembeskan oleh bahagian medula adrenal milik Qai langsung tiada perasaan takut. Malahan dia seronok dengan situasi kecemasan sedemikian.

Tiba-tiba beberapa das bunyi tembakan rambang dilepaskan. Dan ternyata tembakan itu adalah dari kereta yang mengejar dari belakang.

“Tunduk Tuan Muda!” jerit Halim. Masih berusaha melajukan lagi kereta yang dipandunya.

Qai terpinga-pinga. Qaizer pula cepatmenunduk.

“Qai… tunduk!” Qaizer menarik tanganQai.

Bunyi tembakan itu datang lagi. Serentak itu kereta terhuyung-hayang.

“Pegang kuat-kuat Tuan Muda…” jeritHalim dalam kekalutan dia mengawal stereng kereta.

Namun sekuat mana Halim mencuba, tiada yang dapat mengatasi kekuatan jentera yang hilang kawalan. Kereta yang meluncur laju tanpa dapat dikawal, terbalik. Terheret dengan kadar kelajuan yang semakin lama semakin perlahan. Dan perlahan sebelum berhenti.

“Arrrggg…”

Suara erangan Qai mengatasi bunyi tayar yang masih berpusing ligat, di atas. Qai memegang lengan kirinya. Sakit. Hanya ituyang dia rasa sekarang. Dalam keadaan kaki di atas dan badan di bawah,pergerakannya terasa terbatas. Mata pejam celik, pejam celik. Cuba mengatasi rasa takut dan kesakitan.

“Qaizer!” panggil Qai.

Tiada jawapan daripada Qaizer.

Qai meraba dalam kegelapan. Menggagau mencari Qaizer, abang kembarnya. Kegelapan malam menyukarkan Qai. Tambahan pula dengan kedudukan terbalik sebegitu. Sayup pada pendengarannya bunyi pintu kereta dibuka dan ditutup kasar. Dada sudah mengembang. Debaran dan ketakutan.Qai tahu itu mungkin orang-orang yang telah mengejar mereka. Juga mungkin penyebab kereta yang dinaiki terbalik sebegitu.

“Qaizer, bangun!” Qaizer yang sudahdapat disentuh, cepat-cepat dipanggil Qai.

“Qaizer…” Suara terpaksa diperlahankan.Qai bimbang ‘orang jahat’ di luar sana mendengar suaranya.

“Arrgggg…” Suara Qaizer kedengaran namun perlahan. Mengerang kesakitan.

“Qaizer…” bisik Qai lagi.

“Qa… Qai? Sakit!” Hanya itu balasan daripada Qaizer. Kemudian sudah tiada lagi erangan Qaizer.

Qai menutup mulutnya. Dia hampirter jerit bila suara Qaizer sudah tidak terdengar. Bunyi langkah kaki di luar pula makin menghampiri. Qai tahu, nyawanya dan abangnya dalam keadaan bahaya.Namun apa dayanya. Halim juga Qai nampak samar-samar, sudah tidak bergerak.Pengsan atau sudah tiada? Itulah yang berlegar dalam benak Qai.

Tiba-tiba pintu kereta ditendang dari luar. Berkali-kali. Mungkin mereka yang di luar mahu memastikan tiada yang bernyawa di dalam kereta yang terbalik. Qai yang menggigil, masih mampu menahan jeritan ketakutannya. Kedua tangan menerkup mulut sendiri. Qai mahu tiada yang terdengar suara hatta deruan nafasnya sekalipun. Dia semakin cemas bila bunyi derapan kaki menghala pula ke pintu sebelahnya. Dan terhenti. Qai sudah menutup sebelah matanya, sebelah lagi memerhati kaki yang berkasut hitam itu.

Namun…

Sekali lagi terdengar bunyi tembakan rambang . Serentak itu, pemilih kaki berkasut hitam rebah. Sekali lagi Qai hampir terjerit ketakutan. Si pemilik kaki berkasut hitam betul-betul terbaringdan mukanya menghadap Qai. Jelas juga kelihatan dia ditarik menjauhi kereta.Qai mulai menggeletar, nampaknya ada seseorang yang ‘lebih jahat’ sedang memburu mereka? Hanya itulah yang dia percaya tika itu.

“Hai… hello…” Suara itu menyapa setelah pintu yang hampir remuk dibuka.

Qai yang berkedudukan terbalik hanya berdiam. Memerhati lelaki asing yang berhelmet penuh.

“Mari saya tolong…” Lunak suara pemiliknya.

Tangan dihulurkan tapi Qai teragak-agak.

“Qaizer…”

“Siapa?” tanya lelaki berhelmet.

“Ni… Abang saya…” Hanya itu yang keluar dari mulut Qai. Jarinya menunjuk ke arah Qaizer yang pengsan.

Lelaki berhelmet menjenguk dan dia mengangguk.

“Nanti kita keluarkan abang awak tapi sebelum tu, mari saya bantu awak keluar dulu…” Dan masih lembut bicaranya.

Hati yang ragu-ragu tadi sudah mulai tenang. Qai cukup yakin sekarang, lelaki itu berniat baik. Tangan yang dihulurkan, dicapai. Menggenggam penuh kepercayaan. Hati turut berdoa, agarhari itu cepat-cepat berlalu. Dan hari esoknya bakal menggantikan kemuraman suasana tika itu. 

Previous: Prolog
Next: Bab 1:2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ruby Maey