Home Novelet Thriller/Aksi Bidadara Putera
Bidadara Putera
Ruby Maey
2/7/2018 10:17:56
18,504
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Prolog

DIA sedikit tercungap. Nafas ternyata minta oksigen umpama ikan yang berlari tatkala munculnya kaki yang tiba-tiba dari perut. Namun insang seakan terlupa bertukar menjadi paru-paru. Nafasnya sedikit sesak tapi cepat dia melangkah ke dalam masjid. Ramai saudara mara sebelah pengantin berkumpul dan bersila bersama-sama. Tiada laluan mudah rupanya untuk ke hadapan. Hati terasa ingin menolak-nolaksahaja himpunan orang-orang itu bagi memberinya laluan.

Hati resah dan bersuara. Hal yangsebegitu mesti dihalang. Penyatuan dua jiwa itu mesti disekat. Agaknya Tan Sritu sudah gila. Dan nampaknya setelah berjaya mendapat gelaran yang maha besaritu, sudah lupa hukum agama. Akidah sudah terpesongkah? Atau sengaja mahu mencabar Yang Kuasa? Perkara dulu, walau sebuah janji sekalipun. Yang telaht emeteri dan bagai mengikat mereka tetapi begitukah caranya?

Namun sebaik sahaja dia berjaya sampai ke depan dengan bersusah payah mengesutkan diri umpama siput, kedengaran Abang Zahari mengakad nikahkan anaknya, Aleesya. Hati dia luruh tika itu juga.Jiwanya bergocang saat itu juga. Dinding masjid pula seakan meruntuh dan menghempap dirinya.

Pengesahkan ‘sah’ dari saksi-saksi sekeliling telah meleraikan janji yang bertahun lamanya. Aleesya ternyata sudah sah menjadi milik Qairul Bunyamin ataupun Qai. Hampir pitam dia mendengar pengesahan dari para saksi. Malahan hampir mati juga. Dia orang itu sudah check betul-betul tak? Dan yang pastinya, betulkah boleh sah? bebelnya lagi.

Kelihtan Tan Sri tersenyum sahaja melihat anaknya yang segak bersongkok menadah tangan mengaminkan doa-doa daripada Pak Imam. Tentu hati tua seorang Tan Sri bangga dengan anaknya itu. Cuma dia kekesalan. Kebanggaan seorang ayah rupanya telah mengaburi mata sang ayah tersebut.

Cepat dia memandang wajah pengantin lelaki. Wajah itu kelihatan berseri tanda kebahagiaan itulah yang dicari.Cepat-cepat dia mengurut dada tatkala melihat pengantin lelaki. Dada yang tadinya sudah menyempit sudah kembang kembali. Mujur tidak pengsan tadi, kalau pengsan agaknya apalah yang akan bermain difikiran orang lain. Sang hero pun boleh pengsan? Ah, mujur sungguh! Terdetik kata-kata itu di hati.

Pengantin lelaki sudah bertukarkah? Nama yang serupa tetapi wajah yang berlainan. Qairul Bunyamin sudah bertukar rupakah? Wajah di hadapannya ternyata tidak dikenalinya.

Matanya memandang sekeliling mencari Qaiyang dia kenal dulu. Tiada! Dimanakah dia? Yang paling pentingnya, sudah dewasakah dia? Jika dihitung dengan jari tangan dan jari kaki, Qai sudah dewasa. Sudah memegang kunci usia yang menyatakan dia telah dewasa. 23 tahun.Qai sudah 23 tahun tika ini. Bagaimanakah rupanya? Bagaimanakah tingkahlakunya? Masih samakah seperti dulu atau sudah berubah?

Dengan langkah kaki yang longlai, dia mencari pintu keluar dari kelompok orang-orang ramai. Nampaknya Qai sudah hilang. Qai yang baru bernikah tadi pula, orang yang lain. Hanya keluhan kesakitan yang tiba-tiba datang, menghuni hatinya kini. Budak yang nakal dulu sudah ‘tiada’. Kaki sudah di hujung tangga masjid.

Tiba-tiba…

Satu tepukan di bahu betul-betul mengejutkannya.

“Zumar, kan?” soal TanSri, masih mesra seperti dulu.                 

Zumar tersenyum. “Ya… saya. Tan Sri apakhabar?” Tangan dihulurkan.

Namun satu pelukan diterima. Tan Srimemeluknya erat. Kemas dan kejap. Hampir dia menolak tubuh tua itu kerana kelemasan tiba-tiba. Lemas dengan rasa yang dulunya telah ditanam jauh ke perut bumi berhasta jaraknya. Rasa yang baginya hanya ‘si dia’ yang mampu menggalinya semula. Maaf. Bukannya dia punyai rasa dengan Tan Sri, bukan… Tan Sri hanyalah medium perantaraan.

“Saya sihat. Awak bagaimana pula?Sihat?”

Zumar ketawa.

“Seperti yang Tan Sri tengok sekarang.Saya sihat. Lebih sihat dari dulu. Alhamdulillah.” Zumar membelek diri sendiri.

“Alhamdulilah. Syukur kita dapat jumpajuga hari ini. Tak sia-sia rancangan Abang Zahari rupanya.” TanSri mengesat matanya. Ada genangan air mata di situ.

Kenapa? Persoalan itu terdetik di hatiZumar.

“Apa maksud Tan Sri? Rancangan AbangZahari?” Bertanya. Zumar kehairanan.

“Abang Zahari yang rancang menpercepatkan waktu nikah Aleesya dengan Qaizer. Katanya Zumar pasti akan balik bila terdengar berita ini.” Tan Sri membongkarkan satu rahsia.

“Nama pengantin tadi Qaizer?” soalZumar.

“Ye… Qaizer. Qaizer Bunyamin. DipanggilQaizer atau boleh jugak Qai,” jawab Tan Sri tenang. Dia tahu apa yang bermaindifikiran Zumar.

“Awak sedang bercuti sekarang, kan?”Sengaja pula Tan Sri melencongkan perbualan. Dia mahu hal Qaizer dilupakan..

“Ya… kenapa Tan Sri?”

“Saya betul-betul memerlukan pertolongan awak sekarang. Sekali lagi. Itu pun kalau boleh dan saya amat berharap jawapannya ‘boleh’. Masalah ini makin memberat tahun demi tahun. Saya juga rasa awak sahaja yang boleh membantu. Hanya awak, Zumar.” Tan Sri menyebut dan memberi satu isyarat.

Kelihatan mata tua itu berkaca semula.Ternyata ada masalah yang begitu berat masih terpikul di bahunya. PerlahanZumar mengangguk bersama keluhan berat. Dan dia tahu masalah ini berkait rapat dengan Qai. Qai yang telah ‘menghilang’ beberapa tahun yang lalu. Dia pergi bersama1001 persoalan yang tidak mampu diungkaikan oleh sesiapa pun. Dimanakah Qai?Atau apakah namanya yang sebenarnya?

Next: Bab 1:1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ruby Maey