Home Novelet Seram/Misteri Lanun
Lanun
NaimTamdjis
18/6/2016 15:39:50
32,784
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 1

Bab 1

Jo dan Mahmud kini berada dijeti Bukit Malut Pulau Langkawi.Mereka sedang menunggu pemandu bot untuk membawa mereka memancing sekitar PulauPayar.

“Manapemandu ni. Sudah sejam tunggu. Batang hidung tak nampak? Kau janji betul takni?” tanya Mahmud.

“Sabarlah.Aku sudah telefon. Tapi dia kata ada hal sikit. Kang aku beritahu tadi dia nakbawa isterinya sakit.”

“Yelah.Tapi ini sudah sejam. Takkan takde pengganti? Lagipun hari macam nak mendung!Kau telefon lagi,” arah Mahmud yang kini bengang seolah-olah dipermainkan.

“Yelah.Yelah,” balas Jo yang malas melayan kepala angin Mahmud.

Barusahaja mendail, seseorang menyapa mereka.

“Assalaimualaikum!”

Jo danMahmud menoleh ke arah orang yang memberi salam. Seorang tua menyapa mereka.

“Waalaikumussalam,”jawab Jo dan Mahmud serentak.

“Anakni Jo dan Mahmud?” tanya orang tua tersebut.

“Yapakcik. Saya Jo dan Mahmud. Pakcik ni Pak Mail?” tanya Jo ramah.

“Yanak,” Pak Mail menghulurkan salamnya.

“Kenapapakcik lambat sangat?” sampuk Mahmud tanpa berlapik.

“Mahmud…relakslah,” tegur Jo.

“Kaudiamlah. Aku dah bayar. Janji perlulah ditepati. Kata pukul 7 malam. Kamidatang jauh pakcik. Dari Kuala Lumpur. Terus ke jeti ni. Bot lain dah bertolakpukul 7 malam lagi. Kami tercangak macam orang bodoh kat sini.”

“Maaflah.Pakcik ada hal. Isteri pakcik lelah tadi. Ini dah ambil gas Alhamdulillahsihat. Kena tunggu lelahnya baik. Kalau tak masih sesak nafas pakcikpun susahhati.”

“Takkantakde pengganti?”

“Anakpakcik yang seorang lagi dah bawa bot semalam. Memang takde pengganti.”

“SudahlahMahmud. Jomlah.”

PakMail mendongak melihat awan.

“Nak…mendung cuaca ni. Ombakpun agak beralun sedikit. Kita tunggu cuaca baik sedikitya.”

“Wah.Kalau tak lambat tadi dah tentu kita sudah berada di laut Pak Mail. Takdetakde, nanti bila hujan lain pula alasan. Bot ni bot laut dalam. Dah! Jom kitapergi.”

“TapiMahmud.”

“Kaujangan banyak bunyi. Kali ini trip aku yang bayar semuanya. Ikut sahaja cakapaku!” marah Mahmud.

“Baiklah.Jom ke bot pakcik.”

Walaupundi hati Pak Mail sejak dari pagi berat untuk memandu bot ke lautan, namundisebabkan kedegilan Mahmud mahu tidak mahu Pak Mail akur.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.