Home Novelet Seram/Misteri Sihir Pemisah
Sihir Pemisah
ErAisyaaa
19/12/2018 22:49:22
36,363
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Bab 5

Keadaan Azura semakin tenat. Wajahnya pula seperti orang tua. Walaupun sebelum ini, wajah Azura amat jelita. Dia tidak mampu lagi untuk bangun.

“Ustaz kenapa wajah Azura seperti terlalu tua?” tanya Salina kepada Ustaz Alias. Dia tidak dapat membendung sifat ingin tahunya.

“Azura telah mengamalkan susuk yang menyebabkan wajahnya kelihatan sentiasa muda walaupun umurnya telah lanjut.” Ustaz Alias memberi penerangan.

Kelihatan ada seorang lelaki tua datang memasuki rumah Azura sambil memberi salam.

“Asalamualaikum.”

“Waalaikumusalam” salam itu dijawab serentak oleh mereka. Mereka berasa hairan melihat lelaki tua itu. Salina beranggapan lelaki itu adalah ayah Azura. Namun tekaannya meleset sekali apabila lelaki itu memperkenalkan dirinya.

“Saya Rahman. Bekas suami Azura.”

Semua orang disitu kelihatan terkejut. Mereka tidak menyangka bekas suami Azura begitu berusia. Lelaki itu kelihatan berusia dalam lingkungan 70 tahun.

“Saya mendapat tahu bahawa Azura telah tenat. Itu yangs aya datang melawat.” Rahman berkata lagi. Rahman tidak menyangka bekas isterinya masih tidak meninggalkan perkara syirik itu. Dia juga mengesahkan bahawa umur sebenar Azura adalah 74 tahun. Azura sentiasa dilihat sepertiwanita berumur 30-an kerana mengamalkan susuk.

Mereka juga dikhabarkan bahawa Rahman dan Azura bercerai disebabkan Azura tidak mahu meninggalkan amalan syiriknya itu.

 

Setelah beberapa hari Azura menanggung derita. Dia telah pergi dengan keadaan yang menggerikan. Matanya terbeliak, lidahnya terjelir keluar bagaikan ketakutan yang amat sangat. Begitu seksa pemergian arwah Azura.

Pemergian Azura juga menyedarkan Salina dan Adam bahawa jangan sesekali mengamalkan perkara syirik dan dilaknat Allah SWT.

Mereka juga tertanya-tanya dia manakah Tok Esau. Tetapi Ustaz Alias berkata bahawa Tok Esau itu hanyalah roh orang yang mengamalkan ajaran sesat sehingga tidak diterima bumi. Roh itu juga telah dapat dihapuskan.

Berita itu disambut dengan nafas lega.

“Alhamdulillah, semua telah selesai.” Ustaz Alias berkata sambil tersenyum

 

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.