Home Novelet Seram/Misteri Nang Tani (Bahasa Melayu)
Nang Tani (Bahasa Melayu)
Adithya Aryan Arjuna
4/12/2024 11:15:36
2,128
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Bab 8

Bab 8

     Tom menjeling ke arah penmpakan yang sedang terbentuk. Tom tahu itu adalah NangTani yang cuba menakutkannya, tetapi dia tidak lagi takut. Apa pun yangberlaku, dia rela dan sanggup menghadapinya, walaupun nyawanya sendiri menjadipertaruhan.

     Kabus yang berpusar perlahan-lahan membentuk susuk seorang wanita berpakaian serbaputih, rambutnya yang panjang berurai sampai ke lututnya. Kepalanya ditunduk ke bawah, Oleh itu Tom tidak dapat melihat wajahnya. Tom mencekalkan hatinya,tetap senyap tanpa menunjukkan apa-apa ketakutan. Dia memerhatikan sahaja penampakan itu.

     Tiba-tiba,perlahan-lahan, penampkan itu mengangkat kepalanya. Wajahnya yang pucat tetapi berekspresi tenang, dan matanya yang tajam yang seolah-olah melihat jauh ke dalam jiwa Tom, membuatkan Tom berasa hairan. Bibirnya pula berwarna hitam, melemparkan senyuman kecil ke arah Tom, seolah-olah membayangkan rahsia dan misteri dahulu kala. Rambut hitamnya yang panjang berurai hingga ke lututnya, melayang-layang mengikut pusaran irama kabus. Dia terapung dengan anggun, seperti angsa putih yang berenang di air yang tenang.

     Tidak lama kemudian, susuk penampakan itu mula bertukar wajah. Tom dapat melihat penampakan itu berubah berpakaian megah,  lengkap dengan amour badan yang berkelip-kelip, sebilah pedang panjang di sisi kirinya.Pakaiannya dihiasi dengan corak-corak sulaman emas yang cantik. Jari jemarinya yang panjang dihiasi dengan cincin emas berbatu permata, dan kakinya tersembunyi di bawah pusaran kabus yang tebal. Dari segi pemakaiannya, Tom beranggapan itu adalah pakaian seorang puteri di raja ataupun seorang kesatria bangsawan. Walaupun berpakaian seperti itu, namun ada suasana kesedihan dan kerinduan yang terpahat di wajahnya. Kesedihan dan kerinduan yang terpancar dari wajahnya membuatkan Tom berasa kesian pula padanya.

     Tom mula berfikir, apakah niat Nang Tani berubah wajah? Adakah Nang Tani ingin menyampikan sesuatu mesej kepadanya? Atau, adakah Nang Tani ingin memujuk dia supaya berkahwin dengannya? Tom cuba untuk merungkai persoalan-persoalan yang bermain di mindanya. Tetapi Tom berasa letih dan penat. Dia tidak mahu lagi melayan permainan Nang Tani. Dia hendak tidur.

     Tom memerhatikannya selama beberapa saat, dan kemudian dia menoleh dan menutupi seluruh badannya dengan selimut. Bukan kerana dia takut, tetapi sikapnya telah berubah. Dia tidak lagi takut kepada Nang Tani. Dia telah menjadi lali kepada siksaan Nang Tani. Biarkan dia, Tom berfikir. Tom terdengar bisikan -'Pengecut!' sebelum dia tertidur. Dia hanya tersenyum sendiri. Dia tidak lagi mahu menari mengikut rentak Nang Tani. Mulai saat itu, dia bertekad akan menari ikut rentaknya. Dia sedar pada ketika itu dia telah memenangi satu pertempuran,tetapi perang belum berakhir lagi.

     Pada keesokan paginya apabila waktu matahari terbit, Tom terjaga kerana ayam jantan berkokok dengan kuat di luar tingkapnya. Badannya berasa letih dan otaknya berasa lesu kerana kekurangan tidur. Tom memaksa dirinya bangun dari katil dan berjalan ke arah dapur. Di situ, dia melihat Somchai dan ibu bapanya sedang bersarapan.

     Apabila melihat Tom, Somchai lalu berkata, "Kamu kelihatan letih dan lesu, Tom. Kamu tidak tidur nyenyak malam tadi?”

     Tom agak hairan melihat Somchai dan ibu bapanya kelihatan segar seolah-olah mereka telah tidur dengan nyenyak.

     "Tidak boleh tidur nyenyak malam tadi. Banyak gangguan. Kamu tidak mendengar apa-apa?" Tom bertanya.

     Somchai kelihatan hairan, "Dengar apa?"

     "Tidak apa-apa," kata Tom.  Pada masa itu,dia menyedari bahawa dia adalah satu-satunya yang diganggu oleh Nang Tani. NangTani tidak lagi mengganggu Somchai dan ibu bapanya. Mungkinkah Nang Tani tidak sejahat yang dianggapkan?. Dan, apakah niat Nang Tani sebenarnya? Tom tidak mahu melanjutkan bicara topik itu, dia kemudian bertanya di mana Bhikkhu Kang dan Voon. Somchai menjawab bahawa mereka berdua telah pergi awal pagi. Somchai kemudian menjemput Tom untuk menyertai mereka bersarapan. Tom sebenarnya tidak berseleran untuk makan, tetapi oleh kerana dia tidak mahu ibu bapa Somchai berkecil hati, dia menerima juga untuk bersarapan. Tom kemudian duduk di sebelah Somchai.

     Ibu Somchai menuangkan secawan kopi yang baru dibancuh untuk Tom. Aroma kopi yang  segar dan menarik itu sukar untuk Tom tidak menghirupnya. Bapa Somchai bertanya tentang keadaan Tom dalam bahasa Inggeris yang tersekat-sekat. Tom menjawab bahawa dia berasa lebih baik, tetapi dia pasti ayah Somchai tidak mempercayainya kata-katanya kerana Tom dapat mengesan tanda tanya di riak wajah bapa Somchai.

     Ibu Somchai kemudian menawarkan Tom sepinggan nasi lemak, Tom cuba memakan beberapa sudu tetapi tidak dapat tahan akan kepedasan sambal nasi lemak itu. Dibesarkan di dalam budaya barat yang jarang memakan makanan pedas, Tom berasa seperti lidah dan mulutnya membara. Ibu Somchai dapat mengesan ketidaksenangan Tom dan bercadangkan agar Tom makan nasinya sahaja berlaukkan telur rebus, ikan bilis goreng dan timun. Tom tersenyum dan meminta maaf atas kelemahannya.

     Ibubapa Somchai ketika itu telah selesai makan. Bapanya keluar untuk mengerja kebun sayurnya manakala ibunya pergi mencuci pinggan mangkuk. Tom melihat inilah peluangnya untuk berbicara dengan lebih lanjut dengan Somchai mengenai perkahwinan hantu itu. Dia ingin mengetahui lebih lanjut tentang tradisi timur ini. Dia tidak pernah mendengar tentang perkara ini sebelum ini. Perasaannya bercampur teruja dan takut, takut kepada sesuatu yang tidak diketahuinya.

      "Apa sebenarnya perkahwinan hantu? Saya tidak pernah mendengar istilah ini sebelum ini," Tom memulakan bicaranya.

      Somchai menggaru kepalanya sebentar, cuba menyusun kata-kata untuk dijelaskan kepadaTom. Ini adalah konsep yang kompleks yang sukar untuk dijelaskan.

      "Perkahwinanhantu, ialah perkahwinan antara dua individu, sama seperti perkahwinan biasa,tetapi dalam perkahwinan hantu, sekurang-kurangnya seorang daripada peserta telah meninggal dunia, atau kedua-duanya telah mati," Somchai memulakanpenjelasannya. "Ini adalah adat dan kepercayaan orang Cina. Saya tidak pernah mendengar tentang orang Siam mengamalkannya."

      "Sekurang-kurangnya seorang individu telah mati? Adakah individu yang masih hidup akan kekal hidup?" Tom bertanya.

     "Baiklah,terus terang, saya betul-betul tidak tahu," jawab Somchai. "Tetapi dari apa yang saya tahu, perkahwinan hantu dipercayai memastikan bahawa orang mati yang belum berkahwin tidak bersendirian di alam baqa. Upacara itu serupa dengan perkahwinan rasmi. Sesetengah perkahwinan hantu ada melibatkan orang yang masih hidup berkahwin dengan orang mati."

     "Ituagak meremangkan," kata Tom.

     "Itu adalah budaya dan kepercayaan orang lain. Walaupun kita tidak mempercayainya,kita masih perlu menghormatinya," Somchai menasihati Tom. Kenyataan Somchai membuatkan Tom menilai semula dirinya sendiri. Dia sekarang sedar dan akui bahawa keangkuhannya yang membawa nasib malang kepadanya.

     "Biarsaya google dan cari sedikit maklumat lanjut untuk kamu," kata Somchai kepada Tom sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Tom menunggu dengan sabar dan biarkan sahaja Somchai mencari maklumat yang diperlukan.

     "Nah,nampaknya perkahwinan hantu juga dipanggil perkahwinan ‘posthumous’atau ‘necrogamy’. Perkahwinan sedemian bukan sahaja diamalkan oleh orang Cina tetapi juga diamalkan di Perancis, Jerman, India, Jepun, Afrika Selatan,Korea Selatan, Sudan Selatan, dan Amerika Syarikat, walaupun atas sebab yangberbeza dan dalam keadaan yang berbeza, Ini amat menarik, di Peranchis,perkahwinan sedemikian adalah sah dari segi undang-undang mengikut Artikal 171 kod sivil Peranchis," kata Somchai.

    "Nah !kamu, baca sendiri," kata Somchai sambil memberikan telefon bimbitnya kepada Tom. Somchai berdiam diri sebentar. Dia tidak mahu mengganggu perhatianTom yang sedang khusyuk membaca informasi itu. Setelah selesai membaca, Tom menyerahkan kembali telefon bimbit itu kepada Somchai. Tom tidak berkata-kata sebentar. Dia seperti sedang memikirkan sesuatu.

     "Tiada apa yang perlu dibimbangkan. Ia telah dilakukan di negara dan budaya lain sebelum ini," kata Somchai, cuba meyakinkan Tom.

     Tom berfikir seketika sebelum dia bercakap, "Ya, saya faham. Tetapi keadaan saya berbeza. Saya mengalami sendiri tentang Nang Tani."

     "Ahh! Jadi kamu percaya bahawa Nang Tani wujud," Somchai mencelah Tom.

     "Ya, saya akui Nang Tani memang wujud, tetapi ..."

     "Macam inilah Tom. Saya tahu kamu telah mengalami dan melalui pelbagai cabaran semenjak kamu menyeru Nang Tani. Sekarang kamu tiada pilihan lain. Kamu harus menempuhi masalah ini dengan apa cara sekali pun. ‘Between the devil and the deep blue sea, choose the least evil’, " Somchai menasihati Tom.

     Sedan mereka berbicara, ibu Somchai kini sedang menyediakan makanan pagi untuk ayam-ayam peliharaannya yang berada di dalam reban yang terletak di belakang rumah. Tom terpandang sekilas ibu Somchai membawa semangkuk besar makanan ayam keluar dari pintu belakang.

     Tom masih dalam keraguan. Dia memikirkan impak dalam hidupnya jika dia bersetuju dengan perkahwinan hantu itu. Perkara ini adalah sesuatu yang baharu untuk dirinya. Apakah harus dia lakukan sekiranya dia berkahwin dengan Nang Tani? Adakah dia harus melayan Nang Tani seperti seorang isteri manusia? Dia tidak dapat melihat, berbicara mahupun menyentuh Nang Tani. Bagaimana dia hendak melayan Nang Tani sebagai isterinya?

     Sekiranya Tom menolak pelawaan Nang Tani, apa pula impaknya? Adakah Nang Tani akan terus menghantui hidupnya? Adakah Nang Tani akan membalas dendam dengan membawa musibah kepada Somchai dan keluargnya? Tom berasa resah dan gelisah memikirkan semua persoalan itu. Dia kesal menyeru Nang Tani. Sekiranya dia boleh memutar kembali waktu dan masa, dia tidak akan melakukan perkara yang bodoh menyeru Nang Tani.

     Tiba-tiba,mereka terdengar suatu jeritan kuat yang datang dari belakang rumah. Suaranya seperti suara ibu Somchai. Somchai dan Tom bergegas ke arah belakang rumah. Setibanya di sana, mereka terlihat sesuatu yang amat mengejutkan.

Previous: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.