Home Novel Seram/Misteri SAKA 2 (COMPLETE)
SAKA 2 (COMPLETE)
ErAisyaaa
27/4/2020 22:16:49
119,025
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 8

Seorang lelaki terduduk mencangkung menghadap sebatang pokok besar. Diana melihat kelakuan lelaki itu sangat aneh. Keadaan yang gelap menyukarkan Diana untuk melihat apa yang sedang dibuat lelaki itu. Diana perlahan-lahan mendekati lelaki itu.

“grrr…grr..grr..”bunyi orang sedang menderam.

Semakin dekat Diana dengan lelaki itu semakin kuat bau hanyir darah. Diana penasaran akan apa yang dibuat oleh lelaki itu. Diana cuba menyentuh bahu lelaki itu. Perbuatan Diana itu menyebabkan lelaki misteri itu berpaling.

Alangkah terkejutnya dia melihat lelaki itu adalah orang yang sangat dia kenali.

“Atok!!!” . Diana tersedar dari mimpi anehnya. Peluh mula membasahi tubuhnya. Apa maksud akan mimpinya itu.

Pintu biliknya diketuk dari luar dan Puan Kalsum masuk ke biliknya membawakan sarapan pagi.

“dah bangun? Macam mana rasa sihat sikit?” tanya Puan Kalsum sambil meletakkan tangannya ke dahi Diana untuk memeriksa suhu. Diana demam, sejak kejadian yang menimpa mereka semalam.

Diana dapat lihat di mejanya terdapat kain dan air untuk membasahkan dahinya.

“alhamdulillah.Panas dah kurang.” Kata Puan Kalsum apabila pertanyaannya tidak dijawab oleh Diana.

“mama dah masak bubur. Makan lah dulu untuk bagi badan tu bertenaga.” Kata Puan Kalsum lagi apabila dia melihat Diana yang masih lagi tidak berkutik. Diana mendengar semua yang dikatakan oleh Puan Kalsum namun dia memilih untuk mendiamkan diri. Badannya terasa sengal sepertinya dia baru sahaja menghabiskan seluruh tenaganya.

“makan yer? Mama turun dulu. Apa-apa panggil mama. Mama cuti hari ni.” Kata Puan Kalsum lagi.Dia berdiri sambil menunggu balasan dari anaknya namun hampa. Dia keluar dari bilik Diana.

Puan Kalsum dan Encik Yusof meminta cuti kecemasan akibat kejadian semalam. Mereka berdua perlu berbincang akan keadaan Diana.

“Diana dah kurang demamnya?” Tanya Encik Yusof.

“saya dah bawakan dia bubur. Tapi saya bercakap dengan dia, dia buat tak peduli je. Matanya buka tapi diam je. Risau saya dibuatnya. Awak pergi lah tengok pulak.” Kata Puan Kalsum. Jelas di matanya kerisauan yang teramat akan anak gadisnya itu.

Encik Yusof yang mendengar kata-kata isterinya melangkah menuju ke bilik Diana. Dia masuk kebilik Diana tanpa mengetuk bilik. Dia melihat Diana sedang duduk bersila diatas katil dan menghadap ke arah pintu biliknya.

“Diana?” panggil Encik Yusof. Tetapi Diana tetap tidak berkutik. Matanya juga kuyu memandang ke arah pintu. Encik Yusof mengambil tempat di sebelah Diana. Dia mengusap kepala Diana dengan lembut.

“Diana okay?”tanya Encik Yusof lagi. Perlahan Diana berpaling memandang wajah Encik Yusof. Namun masih lagi Diana tidak mengeluarkan sebarang kata. Encik Yusof mengangkat tangan Diana dan dia lihat penuh dengan kesan lebam. Dia sangat sedih melihat keadaannya sebegitu. Dia memeriksa kedua-dua tangan dan mendapati ada kesan lebam.

Encik Yusof mengambil bubur yang disediakan oleh isterinya dan cuba menyuap Diana makan. Diana memandang Encik Yusof tanpa riak namun dia membuka mulut apabila disuap bubur.

Encik Yusof risau melihat anaknya yang diam seribu bahasa. Mata Diana melihat ke arah pintu tanpa berkedip. Setelah selesai makan, Encik Yusof keluar dari bilik itu. Dia harus mencari punca Diana jadi begitu.

***

“asalamualaikum,kak ngah” kedengaran suara memberi salam melalui corong telefon.

“Waalaikumusalam.Haa Yusof lama tak call kak ngah. Ada apa ?” Puan Aina berkata. Puan Aina merupakan kakak kepada Encik Yusof.

“saya nak tanya kak ngah tentang sesuatu. Kalau-kalau kak ngah tahu lah.”

“tentang apa?”

“tentang arwah abah.” Kata Encik Yusof.

“haa apa dia?”

“kak ngah kan tahu, semasa arwah pergi saya dan Kalsum tak dapat balik sebab ada kerja di Jepun. Diana yang satu-satunya cucu yang tinggal dengan abah.”

“yer betul. Diana kira cucu kesayangan arwah abah lah. Macam lah kamu tak tahu. Sepanjang korang berdua sibuk kerja, Diana lah yang jadi peneman abah dengan mak kat kampung. Sebenarnya kamu nak tanya apa?”

“abang long adasebut tempoh hari yang saka yang abah bela tak dapat dibuang lagi kan?”

“kami dah cuba buang lepas abah meninggal. Tapi kemungkinan besar masih tak dibuang.” KataPuan Aina.

“Anak saya ni kakngah. Lain sangat sekarang. Saya risau, arwah abah ada bagi sesuatu pada dia.”

“lahh ye ke?! Diana jadi macam mana?”

“mulanya dia biasa-biasa je. Lepas tu dia berubah menjadi seorang yang cepat marah. Pantang silap sikit habis barang dia baling. Semalam, dia mengamuk tapi sepertinya dia tak sedar apa yang dia lakukan.  Risau saya dibuatnya.”

“kamu tak bawa dia pergi jumpa ustaz mana-mana? Risau juga kan apa-apa jadi.”

“tak lagi. Kalsum cadangkan saya bawa dia pergi jumpa psikiatri. Sebab dia mula bercakap seorang diri kak ngah.”

“macam ni lah, kamu berdua bawa lah dia jumpa orang alim. Kalau tak ada perubahan, kita cuba cari jalan lain. Kamu jangan risau sangat. Insya allah tak ada apa-apa.” Kata Puan Aina menenangkan hati adik bongsunya itu.

“baik lah kak ngah.Saya letak telefon dulu yer. Asalamualaikum.” Kata Encik Yusof lalu menamatkan panggilan. Jelas riak wajahnya seperti memikirkan sesuatu.

Tiba-tiba dia terdengar suara isterinya yang meneriak memanggilnya.

“awak!! Awak!!” jerit Puan Kalsum. Encik Yusof meluru ke arah dapur apabila mendengar suara daripada situ. Alangkah terkejutnya dia melihat Diana yang sedang makan kucing peliharaan mereka di dapur. Hampir pengsan dia melihat kejadian itu.

“Astagfirullahal’azim” mengucap panjang Encik Yusof.

“Diana!” Panggil Encik Yusof sambil perlahan mendekati Diana. Bau busuk menusuk ke dalam hidungnya namun dia tetap berjalan mendekati anaknya itu. Encik Yusof memegang bahu Diana. Diana berpaling melihat Encik Yusof.

“ Diana tak buat semua ni baba!” kata Diana sambil menitiskan air mata namun tangan nya masih memegang bangkai kucing tersebut. Mulut Diana penuh dengan darah yang masih segar. Terburai isi perut kucing itu sepertinya dirobek-robek.

“bukan Diana yang makan dia.” Rintih Diana lagi. Mata Diana penuh dengan ketakutan.

“okay diana tak apa. Bangun dari situ.” Kata Encik Yusof perlahan. Diana masih lagi mencangkung berhadapan dengan bangkai kucing itu.

“bangun Diana.Tinggalkan bangkai tu.” Pujuk Encik Yusof lagi.

“tapi bukan Diana yang bunuh Edward.” Kata Diana lagi.

“baba tahu, Diana tak bunuh Edward. Jom cepat bersih kan diri.” Pujuk Encik Yusof sambil menarik tangan Diana. Perlahan Diana bangun mengikuti Encik Yusof lalu masuk ke bilik air. Puan Kalsum membantu membersihkan Diana.

Diana sepertinya sedang bingung akan apa yang berlaku. Encik Yusof pergi ke tempat bangkai Edward dan membersihkannya.

“ kesian kau Edward. Aku pun tak tahu apa yang berlaku. Jum lah aku tanam kau dulu.” Kata Encik Yusof bersendirian. Kucing kesayangan keluarga mereka telah pun menjadi arwah tanpa mengetahui apa yang terjadi. 

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.