Home Novelet Kisah Hidup Kerna Kau Ku Di Korea
Kerna Kau Ku Di Korea
JejakaTerpujiSyurga
16/3/2019 00:10:15
11,380
Kategori: Novelet
Genre: Kisah Hidup
Senarai Bab
Prolog

Jam tepat menunjukkan waktunya pada pukul 5.30 petang.Ibu jari lelaki ini telah mencecah mesin pengimbas jari untuk merekodkan bahawa beliau telah tamat bekerja pada hari ini.Lelaki berusia anggaran 30-an ini ternyata begitu teruja  untuk melangkah keluar dari Kawasan tempat kerjanya.Namun ia tidaklah begitu menghairankan kerana keesokkan harinya adalah hari sabtu.

Namun apa yang menyebabkannya begitu teruja adalah kerana perkara lain. Perkara yang mungkin sebelum ini tidaklah terlintas di benak fikirannya namun kini hanya beberapa hari sahaja lagi ia akan menjadi kenyataan. Segala usaha dan keringatnya kini akan diterjemahkan dalam bentuk pengalaman yang bakal dialaminya.

Kerja yang sedia telahpun dipastikan disiapkan seadanya. Beliau tahu sebagai seorang pekerja,tanggungjawab perlulah dilaksanakan dengan sebaik mungkin.Mujurlah juga ada pelajar intern yang sedang menjalani praktikal di bawah jabatannya. Sekurang-kurangnya ketiadaannya dapat diisi oleh pelajar tersebut. Apakah pekerjaan lelaki ini?Kalau dilihat pad apakaiannya,agak sukar diteka. Ditambah lagi lokasi tempat kerjanya yang berada di dalam kawasan perindustrian menyukarkan lagi sesiapa meneka dengan tepat apakah pekerjaannya.

Lelaki ini yang mempunyai paras rupa persis warga Bangladesh juga membuatkan orang yang tidak mengenalinya akan menganggap dirinya pendatang asing.Beliau rakyat Malaysia semestinya,mempunyai status bumiputera tentunya.Masih banyak lelaki Malaysia bujang untuk dijadikan sebagai watak utama. Kesianlah pada mereka yang kini terpaksa bersaing dengan mamat-mamat korea. Ehem..berbalik kepada cerita kita, lelaki yang kini sedang menaiki motorsikal pulang ke kediamannya kini bernama Muhammad Abdullah. Itulah yang tertera pada tag nama yang dikenakan kemas pada bajunya.

 

            Pekerjaannya cukup mulia. Gajinya cukup untuk kehidupannya. Apakah pekerjaan beliau?..Di saat anak-anak ini melihat keputusan spm mereka yang tidak sehebat sahabat mereka yang tersenyum dan menangis kegembiraan, semestinya sayu dan hiba diri mereka akan apa yang diterima mereka. Namun lelaki ini menghulurkan tangannya kepada mereka dan mengubah nasib mereka. Membentuk mereka semula, mendisiplankan mereka dengan cara yang difikirkannya terbaik, walaupun pernah dimaki dan dianiaya secukupnya. Namun semangatnya cukup kental untuk memastikan azamnya yakni melihat anak didik mereka berjaya di luar sana dengan kerjaya mereka. Apakah pekerjaan lelaki ini?

            Pasti ada yang berkata professionnya perguruan dan ternyata ia benar. Beliau menurunkan ilmunya kepada anak muridnya dalam bentuk latihan kemahiran yang dilakukan berulang-ulang hingga mahir dan kompeten. Walaupun pendapatannya tidak semewah guru sekolah namun jasanya tetap sama.Hidup lelaki ini hanya bertumpu pada kerjaya dan hobinya.

            Hartanya cuma sebuah motorsikal lama. Hanya menunggu masa untuk menjadi besi buruk. Rumah yang didiaminya pun cuma di dalam bentuk sewaan.Tidak mampu membuat pinjaman bank kerana gajinya yang tidak memenuhi kehendak pihak bank. Namun beliau bersyukur kerana sekurangnya beliau mempunyai pekerjaan tetap.

            Jadi,apa yang membuatkan lelaki ini sangat teruja ketika ini?..Untuk mengetahuinya, kita terpaksa melakukan imbas kembali setahun yang lalu untuk membolehkan anda semua mendapat jawapan tersebut.

Next: 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.