Home Novelet Kanak-kanak Pengembaraan ke dunia Kit
Pengembaraan ke dunia Kit
Nik Zah
6/3/2017 21:43:55
68,485
Kategori: Novelet
Genre: Kanak-kanak
Bab 1 (ii)

Malamitu selesai menjamu selera, Encik Samsul menuju ke ruang tamu dan mengambilsalah sebuah buku bacaan ringan di rak yang sudah tersusun buku-buku bacaan yang sengaja dibeli dan dikumpul di situ.

Norli pula masih lagi di meja makan.Norli memerhatikan ibunya mengelap meja dan membasuh pinggan mangkuk di singki.Ibunya hairan dengan kelakuan Norli. Biasanya selepas menjamu selera, tidaklama selepas itu Norli akan kembali ke bilik atau ke ruang tamu.

“Kenapa, Norli ada masalah ke?”tegur Puan Liza setelah selesai menyudahkan kerjanya di dapur.

“Ibu, betul ke kita nak pindah?”tanya Norli sambil memandang wajah ibunya.

“Ye. Betul tu. Kenapa?” tanya PuanLiza pula. Pelik pula kedengaran pertanyaan Norli.

“Norli tak berapa suka pindah rumah.Nanti kena pindah sekolah jugak,” jawab Norli jujur. Baru sebentar tadi ayahnyamemberitahu hal ini. Patutlah wajah ayahnya kelihatan tidak ceria ketika pulangdari pejabat lewat petang tadi. Rupa-rupanya inilah masalahnya.


Bagi Norli, dia lebih sukatinggal di sini dan juga bersekolah di sini kerana adanya Ustazah Sofea. Dalam diam sebenarnya Norlisayangkan Ustazah Sofea. Ustazah Sofea selalu memberi pesanan yang baik kepadaNorli. Pada waktu rehat, ketika Norli keseorangan di kantin, Ustazah Sofeaselalu menegur Norli. Ustazah Sofea juga turut menasihati Norli supaya bergauldengan kawan-kawan sekelas. Tetapi Norli malu. Norli perlukan masa untukberkawan. Tapi kadangkala kawan-kawan sekelas Norli suka mengusik dan mengambilbarang-barang Norli. Norli tidak suka barangnya diambil seperti itu. Jadibagaimana Norli mahu berkawan dengan orang seperti itu? Sebab itu Norli berasa bosan berada di sekolah dan mahu cepat-cepat pulang ke rumah.

“Kat sekolah baru nanti, Norli dapatkawan baru. Mesti seronok kan,” Puan Liza cuba memujuk Norli. Norli diam. Norlitidak kisah jika tidak mempunyai kawan-kawan kerana di sini juga dia tidakmempunyai kawan.Bagi Norli, rakan-rakan di sekolahnya bukanlah rakan yang baik dan tidak memahami dirinya.

“Dah malam ni. Norli tidur dulu.Esok kan Norli nak bangun awal. Nak pergi sekolah,” Puan Liza cuba memujukNorli untuk tidur.

"Huh, asyik kena pergi sekolah je!" Norli mendengus tetapi dia tetap secara perlahan-lahan bangun dari kerusi dan menuju kebiliknya. Norli baring di atas katil. Norli cuba melelapkan mata.

Selesai mengemas di bahagian dapur,Puan Liza cuba mengintai di tempat kebiasaan laluan tikus. Puan Liza teringatmengenai perangkap tikus yang baru di beli oleh Encik Samsul. Puan Lizateringin untuk memasangnya. Sebelum itu Puan Liza perlu mencari umpan untuk menarikperhatian tikus masuk ke dalam perangkap. Selesai menjalankan tugasnya PuanLiza kembali ke ruang tamu. Puan Liza berharap agar umpannya mengena dankeesokan harinya akan terperangkap tikus yang di nanti-nanti selama ini.

Previous: Bab 1
Next: Bab 2 (ii)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.