Home Novelet Islamik Corat-coret Umrah – Taubat di Bumi Anbiya
Corat-coret Umrah – Taubat di Bumi Anbiya
Jiwa Jingga
16/12/2019 10:05:38
89,288
Kategori: Novelet
Genre: Islamik
Bab 7

Rukun ke 2 : Tawaf

Sebelum memulai tawaf eloklah anda berdiri di penjuru Hajar Al-Aswad atau di belakang garisan yang setentang dengannya. Menghadaplah ke

Ka’abah dengan sepenuh tubuh sambil berniat tawaf.

Aku niat tawaf ........... di Kaabah initujuh kali pusingan kerana Allah Ta`ala.

Bacaan semasa Tawaf dan Saie saya dan suami ada zikir-zikir tertentu. Sepertimana yang ustaz ajar semasa Kursus Umrah. 

Memudahkan untuk kami mengingati Pusingan Pertama hingga ke Tujuh.


Pusingan Pertama

Lailahaillallah

Pusingan Ke 2

Astagfirullahalazim

Pusingan ke 3

Ya latif

Pusingan ke 4

Subhanallah wabihamdihi

Subhanallah hal azim

Pusingan ke 5

Hasbiallah waniqmalwakil

Pusingan ke 6

Lahaulawallah kuywatailla billah hil aliyilazim

Pusingan ke 7

Allahummasolliala saidina Muhammad

Jika ingin membaca doa yang telah disediakan oleh agensi juga boleh atau ingin membaca doa sendiri. Yang penting kita mengingati pusingan.Setelah selesai tawaf, disunatkan bersembahyang dua rakaat di belakang Makam Ibrahim, jika tidak dapat, sembahyang di mana-mana sahaja dalam Masjidil Haram.



Sengaja aku solat sunat Tawaf dua rakaat kerana Allah Ta`ala

Setelah itu disunatkan pula minum air Zamzam sambil menghadap ke arah Kiblat dan berdoa untuk kebaikan dunia dan akhirat. Jika mengikut Sunah Nabi, minum air zam-zam dengan 3 kali tegukan.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.