Home Novelet Cinta Travel Log Love Story : Kundasang
Travel Log Love Story : Kundasang
JejakaTerpujiSyurga
14/3/2020 22:52:55
15,029
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Senarai Bab
Prolog1

Keadaan di balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur agak sesak ketika ini. Kebanjiran manusia yang tiba untuk melaporkan diri ke kaunter pendaftaran untuk penerbangan masing-masing. Namun kesesakan yang berlaku pada hari ini tidak seperti mana dahulu. Ini kerana ancaman penularan virus Covid-19 semakin menular. Amaran dikeluarkan oleh pihak kerajaan kepada rakyat untuk mengurangkan aktiviti luar dan perhimpunan yang melibatkan ramai pihak bagi membendung penularan virus tersebut. Kebanyakan yang masih melakukan perjalanan jauh lebih bersifat urusan kerja dan mustahak.

Itu yang dirisaukan oleh Fakrul. Kini sahabatnya yang berada di depannya pula ingin melancong. Nasib baik cuma di dalam negara. Tapi kerisauan itu tetap ada di hatinya. Suhail bukan sahaja kawan baiknya, malah merupakan rakan kongsi di dalam perniagaan yang mereka sama-sama usahakan. Andai berlaku sesuatu pada rakannya itu, pasti Fakrul akan menghadapi kesukaran untuk menguruskan syarikat tersebut.

“Kau serius ke nak pergi juga? Kan tak sesuai kau pergi travel time-time macam nie?” soal Fakrul pada Suhail.

“Aku serius. Aku perlukannya ketika ini Fakrul.” balas Suhail dengan nada lemah.

“Aku faham. Harap kau jaga diri kau baik-baik disana.” ujar Fakrul sambil menyerahkan bagasi kepunyaan Suhail yang dikeluarkannya daripada bonet kereta Toyota Vios putih miliknya.

“Insyaallah. Kau pula tolong jaga baik-baik perniagaan kita. Aku tahu ini bukan masa yang sesuai untuk aku pergi bercuti saat perniagaan kita terjejas akibat virus Covid-19, tapi kau sendiri tahu kenapa aku memerlukan percutiaan ini. Aku perlu tenangkan hati dan jiwa aku.” pesan Suhail pada Fakhrul sambil menepuk bahu rakannya itu.

“Aku gerak dulu. Aku belum daftar diri lagi. Takut terlepas pulak penerbangan aku. Doakan agar semuanya kembali seperti sediakala bila aku pulang nanti” kata Suhail sambil bergerak masuk melalui pintu Gate A sambil melambaikan tangan pada sahabatnya Fakrul.

“Aku juga doakan agar kau menemui ketenangan dan dapat melupakan peristiwa hitam yang melanda dirimu wahai sahabat” kata Fakrul di dalam hati sambil melihat sahabatnya itu kini semakin hilang dari pandangan. Fakrul dengan segera memasuki keretanya lantas bergerak meninggalkan lapangan terbang tersebut.

Suhail tahu, sahabatnya Fakrul risau akan keadaan dirnya. Apatah lagi selepas peristiwa tersebut, Suhail yang dikenali berubah secara drastik. Sentiasa termenung, tiada fokus ketika di tempat kerja, dan selera makannya juga tiada. Semuanya bukan kehendaknya. Peristiwa tersebut berlaku bukan disebabkan oleh dirinya. Dia tidak tahu dimana silapnya diri ini. Segala yang diminta diberikan, tidak ada yang kurang semuanya telah dipenuhi. Namun, ternyata dirinya silap. Masih ada yang tidak cukup hingga membuatkan si dia bertindak sedemikian.

Masih ada masa sejam lagi sebelum pintu masuk ke pesawat dibuka. Suhail kini menunggu di tempat yang disediakan sambil memegang roti dan air mineral sebagai bekalnya pada pagi ini. Sebentar sahaja tadi, beliau melaksanakan kewajipannya sebagai umat islam dengan menunaikan solat subuh. Tidak pernah dia mengabaikan perintah Tuhan walau di mana jua dia berada. 

Saat dia sedang menikmati roti di tangannya, matanya kini terpandang seorang gadis yang duduk sebaris dengannya. Apa yang membuatkan Suhail terhenti melihatnya adalah wajah yang dipamerkan oleh gadis itu - Sungguh sayu, seakan gadis tersebut mempunyai nasib seakan dirinya malah mungkin lebih teruk dari apa yang dialaminya. Saat gadis itu perasan dirinya kini diperhatikan, terus Suhail cepat-cepat mengalihkan pandangannya kearah yang lain.

“Penumpang penerbangan Air Asia ke Kota Kinabalu pesawat AK532 sila menuju ke pintu get 7 kerana pintu get anda telah dibuka” pengumuman kedengaran membantu menyelamatkan Suhail. Dengan pantas Suhail bangkit dari tempat duduknya dan menuju ke pintu get. Suhail berdoa agar apa pun yang berlaku pada gadis tersebut, semoga gadis tersebut dapat menempuhinya dengan tabah. Insyallah.  


Next: Prolog2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.